The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 2019229168, 2022-07-14 05:06:38

HIKAYAT PAK KADUK

Hikayat Pak Kaduk

Kata-Kata Aluan

Isi Kandungan

Karakter
Kisah Pak Kaduk dan Raja
menyabung Ayam
Kisah Sumpahan Ikan Tapah
Puzzles

Karakter

Pak Kaduk dan Raja
Menyabung Ayam



Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan
menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya
menjadi satu temasya hiburan di samping
menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan
semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan
sehinggalah Sultan.

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda
berketurunan Raja daripada Negeri Siak, Sumatera
yang bernama Kaduk memulakan pelayarannya
lalu datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat
baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi
Sungai Perak bernama Lambor. Kaduk mempunyai
kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan
menyabung ayam. Adapun menyabung ayam
adalah satu permainan yang amat digemarinya.



Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor
ular sedang menggonggong sebiji telur ayam lalu
ular tersebut meletakkan telur tersebut di atas
tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular
tersebut pun berundur dan menghilangkan diri.
Kaduk pun mengambil telur ayam tersebut dan
dieramkan oleh ayam ternakannya. Telur tersebut
akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang handal
dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua
pertandingan sehinggakan semua penduduk
termasuk para pembesar Istana takut dan tidak
mahu menyabung dengan ayam Si Kaduk. Kaduk
menjadi resah kerana tidak menyabung dan
akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang
dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam
handalnya itu.



Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk
mendapat perhatian daripada Sultan, lalu
baginda mencabar Kaduk untuk menyabung
ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan.
Syarat-syaratnya ialah, ayam Kaduk hendaklah
ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si
Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung
halaman dan isi rumahnya.

Dan di pihak Sultan pula Kaduk akan
diberikan sebahagian kuasa memerintah dan
kawasan negeri Perak jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima
syarat-syarat tersebut kerana sudah lama ia tidak
menyabung ayam.



Sebagaimana yang dijangkakan pada
peringkat awal, ayam Pak Kadok yang ditukarkan
dengan Sultan telah menang. Pak Kadok pun
bersorak sakan kerana ayamnya menang
sehinggakan baju dan seluar kertasnya terkoyak
rabak dan yang hanya tinggal Pak Kadok
bertelanjang bulat. Sultan dan para penonton
telah mengetawa dan mengejek Pak Kadok atas
keadaannya ketika itu. Dia lupa bahawa ayam itu
telah menjadi milik Sultan.



Setelah pengumuman dibuat barulah Pak
Kadok sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh
Sultan. Pak Kadok berasa amat malu dan terus
pulang kerumahnya, lalu menceritakan perkara
sebenar kepada isterinya. Isteri Pak Kaduk pun
meminta untuk Pak Kadok bersabar, bertenang
dan meminta perlindungan dari Allah.



Maka dengan berpegang pada janji
dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa
menyerahkan kampung halamannya, isteri dan
anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang
tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan
seekor kucing kerana masa Sultan mengambil
pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau
tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.







Sumpahan Ikan Tapah



Kaduk pun berundur ke sebuah pulau
(Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai
Perak dimana kebanyakan masyarakat Melayu
pada ketika itu menanam padi huma) bersama
kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil
Pak Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing
itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit
kaki Kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas
juga dihalau kucing tersebut tetapi ia tetap juga
begitu.



Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi
tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor
ikan tapah yang besar. Pak Kaduk pada mulanya
apabila ternampak ikan tapah itu tidaklah tahu
bagaimana cara untuk menguruskannya, tetapi
dengan tiba-tiba seekor Burung Kakaktua telah
hinggap diatas dahan sebatang pokok yang
meneduhi diri Pak Kaduk lalu berbunyi
“Blah pruut..blah pruut”.
Perkataannya itu dianggap Pak Kaduk
sebagai membelah perut ikan itu, lalu dengan
segeranya Pak Kaduk pun berlari ke dangau dan
mengambil mata tuai yang terselit di celah atap
lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan
keluarlah emas dengan banyaknya. Pak Kaduk
bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki
daripada Tuhan.



Maka Pak Kaduk pun menjahit perut ikan
Tapah tersebut dengan menggunakan jarum
patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu
melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai.
Semasa inilah Pak Kaduk melafazkan sumpahnya
yang berbunyi:

“Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak
menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku,
cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas
endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak
boleh memakan, menganiaya atau mengkianati
akan Ikan Tapah. Barangsiapa melanggar
sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur
dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan

tidak selamat hidupnya…”










Click to View FlipBook Version