penulis ANIS SYAMIMI ZULKIFLI Kisah Saidina Abu Bakar
Ketika nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar telah menemani baginda pada khamis 27 safar tahun ke-14 kenabian. Pada waktu tengah hari, Rasulullah datang ke rumah Saidina Abu Bakar lalu beliau berkata سيدنا أبو بكر : لن يأتي رسول هللا إىل هنا في هذا الوقت إال إذا كان هناك عمل مهم.. Baginda tidak akan datang kesini pada waktu begini kecuali ada urusan penting.. رسول هللا : وقد أذن هللا لي بالهجرة إىل المدينة المنورة. Allah membenarkan aku berhijrah ke Madinah. Kemudian baginda pulang ke rumah.. Sekumpulan kaum Quraisy yang memusuhi Rasulullah berhasrat untuk menghentikan dakwah Rasulullah dengan cara membunuh baginda ketika waktu malam. Saidina Abu bakar dan Rasulullah keluar dari Mekah sebelum terbitnya fajar dan terus menuju ke arah Yaman, selatan Mekah dan tidak terus ke Madinah.. 1
Terdapat sebuah gua yang besar disana. Mereka berdua berhajat untuk bersembunyi didalam gua tersebut. Lalu, Saidina Abu Bakar membantu Rasulullah untuk mendaki gua tersebut. Setibanya di hadapan gua itu iaitu Gua Thur, Abu Bakar telah berkata سيدنا أبو بكر : يا رسول هللا، ال تدخل حتى أدخل هذا الغار، فإنه إن كان فيه خطر فأنا الذي ُيضرب وليس أنت، يا رسول هللا. Wahai Rasulullah, janganlah kamu masuk selagi aku tidak masuk kedalam gua ini kerana jika ada sesuatu yang berbahaya, maka aku lah yang akan kena dan bukannya kamu, wahai Rasulullah. Kemudian Abu Bakar masuk kedalam gua sekaligus membersihkan kawasan gua termasuklah di dinding-dinding gua tersebut. سيدنا أبو بكر : إن الجو في هذا الغار شديد الحرارة يا رسول هللا Cuaca di gua ini sangat panas, ya Rasulullah رسول هللا : ال بأس، أنا معتاد عىل ذلك، يا أبو بكر Tidak mengapa, aku sudah biasa, wahai Abu Bakar 2
Beliau telah mengoyakkan sedikit pakaian yang dipakai olehnya untuk menutupi lubang - lubang yang terdapat disitu. Setelah beliau memastikan kawasan tersebut selamat, Abu Bakar menjemput Rasulullah untuk masuk ke dalam gua. Lalu Rasulullah masuk dan memejamkan mata sambil menyandarkan kepala baginda ke sebuah batu. Secara tiba- tiba, kaki Abu Bakar disengat oleh seekor binatang berbisa disebalik lubang yang disumbat menggunakan kain tadi. Abu Bakar menahan sedaya upaya untuk tidak bergerak sambil menahan rasa sakit yang teramat kerana beliau bimbang pergerakannya akan membangunkan Rasulullah yang sedang berehat. Akan tetapi, akibat terlalu sakit, air mata Abu Bakar jatuh ke wajah Rasulullah SAW. Kemudian baginda bangun lalu bertanya kenapa Abu Bakar “ Apa yang berlaku, wahai Abu Bakar ?” “Aku disengat oleh binatang berbisa, Ya Rasulullah. ” jawab Abu Bakar. Tanpa ragu-ragu, Rasulullah meludah ke arah luka di kaki Abu Bakar lalu rasa luka tersebut hilang buat seketika. 3
Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah semasa berhijrah ke Madinah lalu baginda bertanya kepada Abu Bakar, رسول هللا : كم يوم نحن مسافرون، يا أبو بكر؟ sudah berapa hari kita bermusafir, wahai abu bakar ? سيدنا أبو بكر : لقد هاجرنا إىل المدينة المنورة لمدة 3 أيام في غوا ثور والسفر لمدة 7 أيام إىل يثرب، المدينة المنورة. kita sudah berhijrah ke Madinah selama 3 hari di Gua Thur dan 7 hari perjalanan ke Yathrib, Madinah. Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar akhirnya tiba di Madinah iaitu pada hari Isnin bersamaan 8 Rabiul Awal pada tahun ke-14 kenabian. رسول هللا : والحمد لله وصلنا إىل المدينة المنورة بعد 10 أيام من السفر Alhamdulillah , tiba juga kita di madinah setelah 10 hari perjalanan Ali bin Abi Talib berkata “ Ketika berlakunya perang Badar, kami mendirikan sebuah khemah, lalu aku bertanya kepada mereka yang berada di sekitarku “ Siapa yang bersedia untuk mendampingi Rasulullah dan menjaga baginda agar tiada musuh yang boleh mendekati Rasulullah ?” . Kemudian, tiada diantara kami yang ingin menawarkan diri melainkan Saidina Abu Bakar. Masyarakat pada ketika itu sudahpun mengetahui bahawa Abu Bakar merupakan seorang yang sangat berani bahkan seorang yang sangat dermawan. Saidatina Aisyah, anak kepada Saidina Abu Bakar menceritakan bahawa “Ketika masuk Islam, Abu Bakar mempunyai 40 ribu dinar keping emas lalu beliau menginfaqkan hartanya kepada Rasulullah SAW. ” 4
Masyarakat pada ketika itu sudahpun mengetahui bahawa Abu Bakar merupakan seorang yang sangat berani bahkan seorang yang sangat dermawan. أهل المدينة : هل أنتم تعرفون ما هي هواية أبو بكر ؟ Penduduk Madinah : Adakah kalian tahu apa hobi Abu Bakar? مرافقة رسول هللا في كل وقت. ًا وغيرهم من أهل المدينة: طبع Dan penduduk Madinah yang lain: Sudah tentu, menemani Rasulullah pada setiap masa. أهل المدينة : صحيح، لكن هوايته يحب أيًضا التبرع بممتلكاته. Penduduk Madinah: Benar, tetapi hobi beliau juga suka menyumbangkan harta miliknya. Saidatina Aisyah, anak kepada Saidina Abu Bakar menceritakan bahawa “Ketika masuk Islam, Abu Bakar mempunyai 40 ribu dinar keping emas lalu beliau menginfaqkan hartanya kepada Rasulullah SAW. ” Pada suatu hari, baginda bertanya kepada orang ramai “Siapa diantara kalian yang berpuasa pada hari in?” kemudian Abu Bakar mengangkat tangan seraya berkata “Aku, Ya Rasulullah. ” “Siapa yang ikut menghantar jenazah?” Tanya Rasulullah lagi. “Aku” Jawab Abu Bakar lalu baginda bertanya “Siapa yang memberi makan kepada orang miskin hari ini?” “Aku” jawab Abu Bakar lagi. “Siapa yang sudah menjenguk orang yang sakit pada hari ini?” baginda bertanya lalu Abu Bakar menjawab “Aku. ” Lalu Rasulullah bersabda “Tidaklah semua perkara yang aku sebutkan tadi dilakukan oleh seseorang melainkan orang itu akan masuk ke dalam Syurga. ” 5
Suatu hari, Rasulullah sakit secara tiba-tiba dan sakit baginda semakin teruk lalu baginda bersabda “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam dalam solat kalian. ” Selepas kejadian tersebut, ulama’ para sahabat memahami bahawa ia merupakan satu petunjuk bahawa Abu Bakar merupakan sahabat yang paling utama. Dalam pada masa yang sama, Rasulullah juga pernah berpesan kepada Bilal bin Rabbah “Jika waktu solat sudah tiba namun aku masih belum datang, mintalah Abu Bakar menjadi imam solat. ” Setelah kewafatan Rasulullah, Abu Bakar telah dibai’ah sebagai pengganti pemimpin bagi umat Islam. Beliau memegang jawatan sebagai khalifah selama hampir 3 tahun. Selama memipin kaum muslimin, Abu Bakar telah memberikan pelbagai karya-karya penting bagi perkembangan Islam dan kaum muslimin selain daripada beliau memerangi orang murtad, meneruskan rancangan untuk mengirim pasukan Uthamah bin Zaid yang sebelum ini telah disiapkan oleh Rasulullah SAW, memerangi orang yang enggan membayar zakat, memerangi nabi palsu iaitu Musailamah Al-Kazzab serta membukukan Al-Quran. 6
Cadangan untuk membukukan Al-Quran diberikan oleh Saidina Umar RA. Pada awalnya, Saidina Abu Bakar menolak berkali-kali cadangan tersebut namun kerana ia membawa kepada perbincangan yang lebih lama, maka akhirnya Saidina Abu Bakar bersetuju dengan perkara tersebut. Lalu Saidina Abu Bakar memanggil sahabat yang lain iaitu Zaid bin Thabit, penulis wahyu Rasulullah SAW. Beliau kemudian menceritakan sesuatu kepada Zaid “Sesungguhnya Umar telah mendatangiku lalu berkata “ Ramai para sahabat yang menghafal Al-Quran syahid semasa perang Yamamah iaitu perang menentang Musailamah Al-Kazzab, nabi palsu dan pasukannya. Aku juga bimbang jika peristiwa yang sama terhadap para Qura’ , penghafal Al-Quran berulang lagi. Sudah tentu kita akan hilang sebahagian besar dari Al-Quran. ” 7
Lalu Saidina Abu Bakar berkata kepada Zaid “ Wahai Zaid, sesungguhnya kami mempercayaimu sepenuhnya bahawa engkau juga merupakan jurutulis wahyu Rasulullah, maka carilah ayat-ayat tersebut lalu kumpulkanlah. “ Kata Saidina Abu Bakar dengan memberikan sepenuh kepercayaan pada Zaid. Kemudian Zaid menolak sambil berkata dihadapan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar “ Mengapa kamu ingin melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh baginda ?” . “Ini adalah perkara yang baik. ” ujar Saidina Umar. “Tidak, jika aku diminta untuk memindahkan sebuah gunung, itu adalah jauh lebih ringan daripada mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran. ” Selepas berbincang, akhirnya Zaid bersetuju untuk melakukan sedemikian sambil berkata “Akhirnya, Allah SWT membukakan pintu hatiku sepertimana Allah membuka pintu hati Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. ” Tanpa berlengah lagi, Zaid bin Thabit mula mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran yang ada di daun-daun, pelepah kurma, tulang-temulang dan dari para penghafal Al-Quran. 8
Pada hari-hari terakhirnya, beliau demam hampir 15 hari akan tetapi beliau masih memikirkan kebaikan untuk umat Islam dan kaum muslimin. Beliau cuba sedaya upaya untuk menjadi pemimpin yang baik buat kaum muslimin. Beliau telah memanggil beberapa sahabat lalu bertanyakan tentang Saidina Umar. Beliau juga meminta Saidina Uthman bin Affan untuk memberikan surat wasiatnya lalu membacakan dihadapan kaum muslimin agar mereka dapat mentaati perintah Saidina abu Bakar. سيدنا عثمان عفان : أيها الناس الكرام، تحت هذه الرياح الباردة، لقد تلقيت بالفعل تعليمات بنقل هذا األمر إليكم. Saidina Uthman: Wahai sekalian yang dimuliakan, di bawah angin yang sejuk ini, saya telah diarahkan untuk menyampaikan perkara ini kepada anda semua. أهل المدينة : من فضلك يا سيدنا عثمان. Penduduk Madinah : silakan wahai saidina uthman. Antara penetapan didalam surat beliau ialah menjadikan Saidina Umar bin Al-Khattab sebagai penggantinya untuk memimpin umat Islam. 9
10 Kemudian Aisyah menemui beliau lalu ditanyakan kepada Aisyah “Pada hari apakah Rasulullah SAW wafat?” . “Hari isnin. ” jawab Aisyah. “Semoga aku meninggal antara saat ini sehingga malam nanti. ” kata Saidina Abu Bakar kemudian beliau wafat pada malam selasa. Saidina Abu Bakar merupakan sahabat sekaligus seorang murid daripada Rasulullah. Beliau telah menjadi teladan yang baik kerana sanggup menemani gurunya ketika waktu susah dan senang, selalu ada untuk membantu seseorang dari segi harta, masa dan tenaga.
11 kita perlulah melakukan sebanyak-banyak amalan di dunia demi agama Islam atas dasar iman kepada Allah supaya amalan kita terus mengalir meskipun sudah meninggal dunia. PENGAJARAN KISAH SAIDINA ABU BAKAR Jika kita diberi kepercayaan dan tanggungjawab, kita perlulah melaksanakan tugas tersebut dengan sebaiknya agar kepercayaan terhadap diri kita tidak musnah begitu sahaja. Kita perlulah melakukan kebaikan walaupun tiada siapa yang melihatnya Kita perlulah sentiasa menghormati dan menyanyangi orang sekeliling kita
12 RUJUKAN Kisah Rasulullah SAW dan Abu Bakar di Dalam Gua Thaur. Diperoleh daripada https://maktabahalbakri.com/2411- kisah-rasulullah-saw-dan-abu-bakar-di-dalam-gua-thaur/ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2023) Rabiatul Adaweeyah. (2017). Universiti Malaya 8 Sumbangan Abu Bakar As-Siddiq Sebagai Khalifah Pertama Umat Islam. Diperolehi daripada https://tzkrh.com/20179079/ KH Zakky Mubarak. (2024) Kisah Nabi Muahmmad Bersembunyi di Gua Tsur. Dieroleh daripada https://jabar.nu.or.id/hikmah/kisah-nabi-muhammadbersembunyi-di-gua-tsur-jSm4a Kisah Islami. (2020). Kemuliaan Abu Bakar As-Siddiq Karya Kastari Animation Studio. Diperoleh daripada https://youtu.be/-RVXQ34keKE?si=u155uqGVhHV5owXM PandaiBot.(2024) . Hijrah Membawa Rahmat Diperoleh daripada https://app.pandai.org/note/read/kssr-y5-pi-05- 01/KSSR-Y5-PI-05-01
penulis ANIS SYAMIMI ZULKIFLI Kisah Saidina Abu Bakar