The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JBA7016 SK GEMEREH BY SHARIFAH AMANDA QAIREEN BINTI SYED MOHD NAJIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by runitis83, 2021-04-24 22:29:36

Tokoh Pemimpin Johor - Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar

JBA7016 SK GEMEREH BY SHARIFAH AMANDA QAIREEN BINTI SYED MOHD NAJIB

Tokoh Pemimpin
Johor

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Abu Bakar

Biodata Peserta

Sharifah Amanda Qaireen binti Syed Mohd Najib
5 Perdana

Emel : [email protected]
Sekolah Kebangsaan Gemereh
KM5, Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta’zim

PENDAHULUAN

Sultan Ibrahim diputerakan pada 17 September 1873 bersamaan 25 Rejab 1290 di Istana Bidadari Singapura.
Sejak kecil Baginda telah diberi penuh asuhan dan pimpinan sebagai bakal raja.

Ketika berusia 17 tahun, Baginda mula didedahkan dengan pengetahuan dunia luar oleh ayahanda Baginda
Sultan Abu Bakar dan menitahkan Baginda berangkat ke Eropah pada Jun 1890. Pada 23 Mei 1891, Baginda

dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru
Sultan Ibrahim ditabalkan menjadi Sultan Johor pada 7 September 1895.

Baginda merupakan Sultan Johor ke-22.

Istana Bidadari, Singapura, Istana Bukit Serene, Johor
tempat keputeraan Sultan Ibrahim Tempat persemayaman Sultan Ibrahim

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Inche Besar Zubaidah Binti Abdullah,
Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Bonda Sultan Ibrahim
Temenggong Seri Maharaja Tun

Daeng Ibrahim
Ayahnda Sultan Ibrahim

BIODATA Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Abu Bakar
Nama Penuh
Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Abu

Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Tempat Persemayaman

Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Ayahanda

Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Ibni Al-Marhum Dato Temenggong Sri
Maharaja Tun Ibrahim
Bonda
Inche Besar Zubaidah Binti Abdullah

BIODATA

Keputeraan Keputeraan /
17 September 1873 Istana Bidadari, Kemangkatan
Serangoon, Singapura, Negeri-negeri Selat

Kemangkatan
8 Mei 1959 (umur 85)

Grosvenor
House, London, England, United Kingdom

Dimakamkan
6 Jun 1959 Makam Diraja Bukit
Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor

Agama
Islam

Perkahwinan

Baginda berkahwin sebanyak enam kali, iaitu dengan:
1. Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abdul Majid. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah Johor pada 2 November
1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 33.
2. Sultanah Rogayah (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos
1920.
3. Che Puan Hasana Binti Dato' Ja'afar: Hasana ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri
Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.
4. Ungku Intan Binti Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad
bin Ungku Muhammad.
5. Helen Bartholomew Wilson (21 Disember 1888 - 13 Ogos 1978):. Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor
di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931.
6. Marcella Mendl (7 November 1915 - 1 Jun 1983). Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 18 September
1956.

Anakanda

Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya
adalah seperti berikut:
1. Tunku Muhammad Khalid Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur diputerakan oleh Sultanah Ungku
Maimunah:
2. Tunku Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, juga diputerakan oleh Sultanah Ungku Maimunah:
3. Tunku Haris Abu Bakar Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, diputerakan oleh Sultanah Rogayah:
4. Tunku Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Che Puan Hasana.
5. Tunku Meriam Binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerikan oleh Sultanah Fawzia.

PENDIDIKAN

Baginda belajar di bawah guru peribadi yang mengajarkan pendidikan Inggeris sejak kecil.
Baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota

pada usia 17 tahun,
Baginda pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890.
Baginda telah melawat pelbagai negara seperti Jerman, Switzerland, Perancis dan England.

KERJAYA

Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan
dan kedaulatan Johor.

Baginda berusaha untuk melakukan pelbagai perubahan dan pindaan perlembagaan
disebabkan tidak mahu dijajah oleh pihak.

Perkara ini menimbulkan kerisauan dikalangan pentadbir Birtish jika meletusnya Perang
Besar di Eropah iaitu Perang Dunia Pertama.

KERJAYA

British telah mendesak Sultan Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir
negeri Johor. Sultan Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor.
Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu
pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor.
Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.

SUMBANGAN

Antara sumbangan Sultan Ibrahim adalah:-
* Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.
•Baginda Sultan Ibrahim sangat mengambil berat hal pendidikan dengan menitahkan pelajaran wajib kepada
semua kanak-kanak melalui Enakmen Pelajaran Wajib 1902.
•Baginda Sultan juga sangat mengambil berat terhadap perkembangan Bahasa Melayu.
•Baginda telah berkenan menjadi penaung kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku DiRaja (P.B.M.P.B
Di-Raja) Johor.
•Pada tahun 1908 ketika pemerintahan Baginda, jalan kereta api merentasi Negeri Johor dapat disiapkan,
sementara Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura, telah siap dibina pada tahun 1924.

SUMBANGAN

* Pendidikan Agama Islam dimajukan dengan membina sekolah agama dan masjid.
•Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar
•Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerajaan dengan penekanan kepada tulisan jawi.
•Pendidikan Agama Islam dimajukan dengan membina sekolah agama dan masjid.
•Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan Ayahndanya Sultan Abu Bakar.
•Pada 2 Februari 1900, Masjid Abu Bakar dirasmikan pembukaannya.
•Lagu ‘Bangsa Johor’ ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan Jurulatih Pancaragam) dijadikan lagu
rasmi negeri yang dinyanyikan dalam majlis rasmi dan di sekolah di Negeri Johor.

Lagu Selamat Johor/Lagu Bangsa Johor

Lagu Bangsa Johor atau Lagu Selamat JohorBangsa Johor wujud awal 1910. Lebih 100 tahun kewujudannya.
Lagu Bangsa Johor telah dikarang oleh bandmaster Gliston dan digunakan untuk beberapa tahun dengan iringan pancaragam.
Ia dicipta berinspirasikan dari lagu dondang sayang Melayu. Lagu Bangsa Johor dimelayukan oleh Major Dato Mohd Said bin Sulaiman

God preserve the Sultan Allah peliharakan Sultan
Grant that honour, health and happiness Anugerahkan dia segala kehormatan

May be with him evermore Sihat dan ria kekal dan makmur
Long may his hand Luaskan kuasa menaungkan kami
Protect our kand Rakyat dipimpini berzaman lagi

And lead his people on Dengan merdeka bersatu hati
Through years to be Allah berkati Johor

In freedom and in unity Allah selamatkan Sultan
God bless Johore

God save the Sultan

NILAI KEPIMPINAN

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi generasi sekarang antarannya adalah:-
1. Tegas dalam kepimpinan dan bijak membuat keputusan

Semasa pemerintahannya dapat dilihat baginda melakukan pelbagai pelbagai perubahan dan pindaan terhadap
perlembagaannnnya iaitu pada tahun 1895 kerana tidak mahu dijajah oleh pihak British.
Walaupun terdapat pindaan pada 1914 dimana baginda membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk
rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri sebagai Penasihat Am tetapi Penasihat Am tidak
mempunyai kuasa seperti kuasa Residen dan Penasihat British di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya
tidaklah semestinya dituruti oleh baginda.

NILAI KEPIMPINAN

2. Membina Hubungan Yang Baik dan Berdiplomatik
Baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain.
Pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh
Abdullah Yahya.
Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah
di Hong Kong dan Shanghai, China.
Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand Cordon of the Order of Rising Sun'
sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.

Nilai Kepimpinan

Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu,
seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian
ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York.
Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England, United Kingdom atas jemputan baginda King
George V dan Queen Mary. Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

Nilai Kepimpinan

Dalam menjaga hubungan diplomatik, Sultan Ibrahim juga belayar menaiki kapal Chinchba Maru
dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco.
Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New
York. Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England, United Kingdom atas jemputan baginda King
George V dan Queen Mary. Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

PENUTUP

Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.
Pentingnya kita memelihara institusi beraja adalah sebagai kesinambungan agama, budaya, adat resam dan cara

hidup. Ini kerana kerajaan dan dasar boleh bertukar setiap 5 tahun sekali namun kesinambungan agama,
identiti, budaya dan cara hidup bermasyarakat di negara ini perlu stabil dan dikekalkan. Cara hidup budaya
melayu dan Islam perlu dikekalkan dan dilindungi kerana ianya adalah teras dan asas kepada pegangan moral,

adat, kesopanan dan kesusilaan majoriti masyarakat Malaysia. Tanpanya kita akan menjadi lemah.
Justeru, pentingnya institusi Raja-raja sebagai pelindung dan pengekal identiti walaupun kerajaan bertukar ganti

di Parlimen.

Sumber Rujukan

SUMBER RUJUKAN:

Portal Wikipedia

Riwayat Hidup Mejar Dato’ Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman, Johor. Pulau Pinang,
Nanyang Press (tiada tarikh).
Mejar Dato’ Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman dalam kenangan. Perpustakaan
Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1984.
Tayah Ah. Rahman, Mengenal Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu
Bakar, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Senarai Kumpulan Dato Haji Mohd Said, Arkib Negara Malaysia.
Kumpulan Buku-buku Major Datuk Hj. Mohd Said, Arkib Negeri Johor.
Dr. Zainal Ariffin Ahmad, USM, P. Pinang
Kredit info Dang Ku Puteri

Portal Majlis Agama Islam Selangor

Portal Kemahkotaan Johor


Click to View FlipBook Version