The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noranasyrah, 2022-03-02 05:17:35

BUKU PENGURUSAN

SEGA 2022/2023

SEGA – 2022/2023
KANDUNGAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
i
BIL KANDUNGAN
Surat lantikan, Aku Janji & Nilai Etika vii
viii
1 PROLOG x
Kata Alu-aluan Pengetua SMK Seri Gading xii
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia xiii
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) xiv
Science, Technology, Engineering & Mathematics ( STEM ) xv
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) xvi
Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Abad Ke-21 xvii
Konsep Bilik Darjah Abad Ke-21 xviii
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) xix
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 3 ( SKPMg2) xxi
Standard 4: Pembelajaran & Pemudahcaraan xxxiii
Konsep Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Surat Pekeliling xlii
Peraturan Guru dan AKP xlii
xliii
2 DASAR PENDIDIKAN xliv
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Visi, Misi, Matlamat, Objektif KPM dan JPNJ 1
Visi, Misi, Piagam Pelanggan, Hala tuju Matlamat Sekolah 6
Objektif dan Dasar Sekolah 8
9
3 MAKLUMAT GURU, AKP & GURU TINGKATAN 10
Maklumat Guru Sidang Pagi 12
Maklumat Guru Sidang Petang 13
Maklumat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
Enrolmen Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana ( AKP ) 14
Senarai Guru Tingkatan dan Deskripsi Tugas 15
Pakej Mata Pelajaran Teras & Elektif 16
Pelan Bangunan SEGA 17

4 MAJLIS PENGURUSAN & PENTADBIRAN 34
Keputusan e-Penarafan SKPM
Struktur Organisasi SEGA
Struktur Organisasi Pentadbiran
Jawatankuasa Majlis Pengurusan & Pentadbiran dan Deskripsi Tugas

5 TAKWIM
Kalendar 2021,2022 dan 2023

SEGA – 2022/2023
KANDUNGAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN

Takwim Persekolahan 35
Hari Kelepasan Am ( bagi Negeri Johor Darul Takzim ) 37
Takwim Sekolah 2022/2023 38

6 MAJLIS KURIKULUM 55
Sasaran Majlis Kurikulum 56
Struktur Organisasi Majlis Kurikulum 57
Jawatankuasa Majlis Kurikulum dan Deskripsi Tugas
65
7 MAJLIS HAL EHWAL MURID 66
Sasaran Majlis Hal Ehwal Murid 67
Struktur Organisasi Majlis Hal Ehwal Murid
Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Murid dan Deskripsi Tugas 79
80
8 MAJLIS KOKURIKULUM 81
Sasaran Majlis Kokurikulum
Struktur Organisasi Majlis Kokurikulum
Jawatankuasa Majlis Kokurikulum dan Deskripsi Tugas

9 MAJLIS PENGURUSAN MEDIA DAN PUSAT SUMBER 96
Struktur Organisasi Majlis Pengurusan Media dan Pusat Sumber 97
Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber 98
Jawatankuasa Majlis Pengurusan Media dan Pusat Sumber dan Deskripsi Tugas

10 MAJLIS PENGURUSAN PPKI 103
Struktur Organisasi Majlis PPKI 104
Jawatankuasa Majlis PPKI dan Deskripsi Tugas

11 STRUKTUR ORGANISASI & DESKRIPSI TUGAS AKP 107

12 GURU BERTUGAS MINGGUAN 111

13 PENCERAPAN PDPC & FAIL BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR GURU 131
14 PENYEMAKAN HASIL KERJA MURID 135
15 LAMPIRAN 137

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon : 07-4558264
SMK Seri Gading, Faks : 07-4558263
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat Laman Web: smkserigading18.blogspot.com
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor.

Ruj. Kami : JEA0018/ 100–8/1/2 (01)
Tarikh : 21 Mac 2022

Kepada,
Semua Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana
SMK Seri Gading,
Batu Pahat

Tuan,

PELANTIKAN RASMI TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SMK SERI
GADING TAHUN PERSEKOLAHAN 2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, dengan sukacitanya saya melantik tuan/puan sebagai Guru Khas Bidang, Pengurus Tingkatan
dan menganggotai Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran, Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum, Jawatankuasa
Pengurusan Hal Ehwal Murid, Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum, Jawatankuasa Pengurusan Media dan Pusat
Sumber dan Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Khas Sekolah bagi tahun persekolahan 2022/2023 seperti yang
disenaraikan dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2022/2023.

3. Tugas tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan
perubahan dalam perjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2022/2023.

4. Saya percaya tuan/puan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan
kebolehan, keupayaan, minat dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini demi meningkatkan kecemerlangan
SMK Seri Gading, Batu Pahat, Johor.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

_________________________
( MOHD SUHAIMI BIN SAPRAN )
Pengetua
SMK SERI GADING,
BATU PAHAT, JOHOR.

s.k. Fail Pengurusan

i



AKU JANJI PENERIMAAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2022/2023
Saya, .................................................................................No. Kad Pengenalan……………………………………….
beralamat di.................................................................................................................................................................
dengan sesungguhnya berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam
Buku Panduan Pengurusan 2022/2023. Maka dengan itu saya berjanji;
i) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan

bertanggungjawab;
ii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
iii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah

dengan tugas awam saya;
iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya

telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan
kegunaan saya sebagai pegawai awam;
v) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;
vi) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan
awam;
vii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam.

Sesungguhnya saya faham segala tugas yang telah tercatat dalam Buku Panduan Pengurusan 2022/2023 dan
perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tandatangan pegawai, Tandatangan Ketua Jabatan,

...................................................................... ...........................................................
Nama Pegawai : ..........................................
Jawatan Pegawai : ....................................... ……………………………………………..
Tarikh : ......................................................... Cap Rasmi Jabatan

ii

PANEL BUKU PENGURUSAN TAHUN 2022/2023

PENGERUSI : EN. MOHD SUHAIMI B. SAPRAN
TIMB. PENGERUSI : EN. MUSA B. MD TAHIR
NAIB PENGERUSI 1 : EN. KAMISAN B. ABDUL GHANI
NAIB PENGERUSI 2 : EN. SATERIA B. MOHD TAIB
NAIB PENGERUSI 3 : PN. NOR HEMILAH@NOR HAMILAH BT. PAIMAN
PENYELARAS : PN. SHAMIRA BT. ABU DZARIM
SETIAUSAHA : PN. SANISAH BT. ALI
BENDAHARI : PN. NURUL JANNAH BT. AHMADDARIRI
PANEL :SEMUA GKMP
PN. MAHMUNAH BT. AHMAD
PN. HJH. HAIRANI BT. RAZALI
PN. SITI KHADIJAH BT. ZAINAL ABIDIN
PN. SITI MIZARINA BT. GHAZALI
PN. SANISAH BT. ALI
PN. NORHAYATI BT. MINHAT
PN. KHALIJAH BT. IBRAHIM
PN. JULI BT. HASSAN HABIDIN
PN. AZLINDA BT. ABDULLAH
PN. NUR LIYANA BT. KHAIRANI
PN. HASLINDA BT. NGAH JIDIN
PN. NORAINI BT. MUNAWAR
PN. RADIN NUR IFTITAH BT. RADIN SHARUDDIN
PN. HAMIMASRIAH BT. SAIRIN
PN. NOR HIDAYAH IMANI BT. GHAZALI
CIK NURHIDAYAH BT. WASMON
PN. NURAIN BT. ROSLEE
EN. NOR AZMI B. MOHD. MUJI
PN. SANIAH BT. KUSAN
PN. NORAZURA BT. MAAROF
EN. FIRDAUS B. MUHAMAD

EDITOR 1 : PN. NORA NASYRAH BT. ABD RAZAK
EDITOR 2 : PN. ROHILA BT. SAIDON
EDITOR 3 : CIK NOORHASYIMAH MUNIRA BT. ISMAIL

PEREKA GRAFIK : MUHAMMAD SYAFIQ B. ZAINI

iii

___________________________________________________________________________

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

iv

___________________________________________________________________________

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

v

___________________________________________________________________________
vi

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

SMK SERI GADING
‫ ْس ِم ٱهَّٰل ِ ٱل َّر ْح ٰ َم ِن ٱل َّر ِحي ِم‬,
‫اَل َّسلاَ ُم َع َل ْي ُك ْم َو َر ْح َم ُة الل ِه َو َب َر َكا ُت ُه‬

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Bijaksana, selawat dan salam khusus kepada Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat
dan tabi’-tabi’en.

Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan
kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bertugas menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk
meneruskan kecemerlangan pendidikan di SEGA. Walaupun ujian pandemik Covid-19 sedang melanda, sesungguhnya tugas dan
amanah yang kita galas sebagai pendidik dan penjawat awam tetap perlu digalas dengan penuh komited dan tanggungjawab.

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan SMK Seri Gading
Tahun 2022/2023 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini dengan baik sekali. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan ini
sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) agar dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisien, efektif dan berfokus.

Warga pendidik dan warga sekolah yang dirahmati, bidang pendidikan negara seperti yang kita semua maklum, sememangnya
bersifat dinamik dan mengalami pelbagai transformasi. Hal ini adalah bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global.
Oleh hal yang demikian, seluruh warga SEGA terutamanya pendidik perlu bertindak sebagai arkitek sosial yang memikul tanggungjawab
besar dalam memberikan pendidikan sewajarnya, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi
pelajar ke arah yang lebih optimum. Kita perlu bergerak seiringan dalam menggerakkan pendidikan di sekolah ini demi mencapai hasrat
yang sama iaitu menjana kecemerlangan sekolah dan membentuk kemenjadian pelajar dalam pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu,
diharapkan buku panduan pengurusan ini dapat membantu guru-guru membuat perancangan dan menyediakan program-program yang
merangkumi aktiviti akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang tahun 2022/2023.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa warga SMK Seri Gading akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan
landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa-apa juga
halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga SEGA harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang
terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah.
Bersama-samalah kita meneruskan amanah di bawah satu bumbung dalam suasana yang damai dan harmoni. Teruskan tekad,
gandakan usaha agar kita dapat menjadi khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara dengan penuh
keberkatan.

Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang tahun 2022/2023.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
Mohd Suhaimi bin Sapran

vii

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2 Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
3 Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
4 Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5 Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6 Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8 Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
9 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11 Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

viii

Gelombang 3 (2021 - 2025) PPPM

Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Pada
permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjuk prestasi melebihi standard minimum.
Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya
kepimpinan rakan sejawat bagi pembangunan kecemerlangan profesionalisme. Kementerian juga akan menganjakkan
kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan
inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang
mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang.
Gelombang 3 (2021 - 2025)
● Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri
● Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dengan lebih meluas dari segi pelaksanaan kurikulum dan
peruntukkan belanjawan bagi sekolah yang layak
● Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing rakan sejawat, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling
membimbing, berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan sejawat mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard
profesionalisme
● Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan
menyediakan lebih pilihan untuk mempelajarai bahasa tambahan
● Melaksanaan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard
pembelajaran
● Mengukuh dan mentransformasi Kementerian melalui pengukuhan kemajuan kerjaya bagi pegawai pada peringkat Kementerian
● Mengkaji semula struktur sekolah untuk menentukan keperluan bagi mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan

ix

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

x

xi

MATA PELAJARAN BIDANG STEM DI SEKOLAH

KSSR SAINS MATEMATIK RBT TMK
KSSR
(Semakan Sains Matematik RBT Pengajian Kej. S. Pertanian
2017 ) Elektrik &
KBSM Sains Matematik KHB Elektronik RC
Sn. Tambahan Matematik Pengajian Kej. Lukisan ICT
KSSM Tambahan Sn. Sukan
Biologi Mekanikal Kejuruteraan E. Rumahtangga
Fizik Pengajian Kej.
Kimia Teknologi
Awam Kejuruteraa

n

Sains Matematik RBT Pengajian Kej. Pertanian
Sn. Tambahan Matematik
Tambahan S.Komputer Elektrik & RC
Biologi Pengajian
Fizik Kej.Mekanikal Elektronik S.Komputer
Kimia Pengajian Kej. S.Sukan
Grafik Komunikasi
Awam Teknikal S.Rumahtangga

Asas Kelestarian

xii

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
HIGH ORDER THINKING SKILLS (HOTS)

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.

KBAT
HOTS

TAKSONOMI BLOOM TAKSONOMI ANDERSON

xiii

Untuk itu, 8 Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual iaitu Peta Pemikiran yang memudahkan para pelajar
dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.

8 Peta Pemikiran

PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) ABAD KE-21

xiv

xv

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Pemilihan PLC sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan usaha komprehensif Jabatan
Pendidikan Negeri Johor untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid. PLC
merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan juga pihak sekolah dengan komuniti luar. PLC menyediakan
peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan partnership.

Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited bekerja secara kolaboratif serta berterusan
untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker
& Mary, 2006).

Terdapat tiga prinsip asas PLC yang perlu diberi keutamaan iaitu memastikan pembelajaran murid, berlakunya budaya
kolaboratif dan berfokuskan kepada pencapaian.

Beberapa strategi PLC perlu dibangunkan dan dirancang oleh sekolah bagi memastikan Pembelajaran Abad Ke-21
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Antara strategi pembangunan PLC yang dicadang dilaksanakan pada peringkat sekolah atau kluster PLC ialah :

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Siapa Guru Berkualiti ?

xvi

Apakah Peranan Guru ?

xvii

xviii

xix

xx

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (19) No. Siri :

KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2017

CUTI REHAT KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan
Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan
sedia ada yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan
institusi pendidikan.
LATAR BELAKANG
2. Pada masa ini, pelaksanaan Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005
dan Surat JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11) bertarikh 17 Februari 2015.

xxi

3. Dalam hal ini, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar kelayakan Cuti
Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh (7) hari kepada
sepuluh (10) hari setahun.

TAFSIRAN

4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain-

‘perkhidmatan yang melayakkan’ bermaksud perkhidmatan yang diambil
kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri
daripada masa-masa bertugas, cuti rehat, cuti sakit dan cuti penggal/semester
bergaji penuh tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji,
cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.

‘ahli keluarga’ bermaksud suami atau isteri dan anak-anak pegawai.

‘sanak saudara rapat’ bermaksud ibu bapa kandung, ibu bapa mentua, ibu
bapa tiri, ibu bapa angkat yang sah disisi undang-undang, ibu dan bapa saudara,
adik beradik pegawai serta datuk dan nenek kepada pegawai dan suami/isteri
pegawai.

PELAKSANAAN

Kelayakan Cuti Rehat Khas

5. Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah
sepuluh (10) hari setahun.

xxii

6. Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah
atau institusi pendidikan.

7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan selain yang dinyatakan di perenggan 6 atau
diperuntukkan kemudahan Cuti Rehat adalah tidak layak Cuti Rehat Khas.

8. Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada:

(a) Guru Sandaran/Guru Interim; dan

(b) Guru Kontrak.

Peraturan Dan Syarat Cuti Rehat Khas

9. Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah secara
prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Pegawai boleh
memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan
sepertimana dinyatakan di perenggan 16 dan 17.

10. Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti
Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

11. Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara
prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut:

(a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau
meninggal dunia;

(b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;

xxiii

(c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;

(d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti
kebakaran, banjir dan sebagainya;

(e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;

(f) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau
di luar negara);

(g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;

(h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan

(i) perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

12. Pegawai boleh dibenarkan memohon Cuti Rehat Khas yang melangkau tahun,
di mana tempoh Cuti Rehat Khas tersebut melebihi daripada bilangan hari yang
pegawai layak secara prorata, atas sebab bercuti yang tertakluk kepada tujuan-tujuan
yang dinyatakan di perenggan 11(a) hingga 11(i). Walau bagaimanapun, Cuti Rehat
Khas yang diluluskan adalah tertakluk kepada peruntukan dan kelayakan mengikut
tahun berkaitan.

13. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Rehat Khas melebihi dari bilangan yang
dilayaki secara prorata dan kemudiannya tidak dapat memenuhi tempoh perkhidmatan
yang melayakkan cuti tersebut pada tahun berkenaan, urusan pemotongan emolumen
hendaklah dilakukan sebagai mengganti cuti yang telah terlebih diambil.

14. Dalam keadaan di mana jenis cuti yang diperuntukkan kepada pegawai

bertukar dari Cuti Rehat Khas kepada Cuti Rehat, atau sebaliknya, pegawai adalah

tertakluk kepada peraturan seperti berikut:

xxiv

(a) layak diberikan Cuti Rehat Khas atau cuti rehat secara prorata mengikut
jenis cuti yang diguna pakai;

(b) apabila pegawai bertukar tempat bertugas atau jenis cuti, baki Cuti Rehat
Khas atau cuti rehat di tempat atau jawatan terdahulu tidak boleh
digunakan di tempat bertugas atau jawatan baharu;

(c) pemotongan emolumen seperti di perenggan 13 atau pelarasan cuti tidak
perlu dibuat ke atas Cuti Rehat Khas yang telah diambil melebihi
bilangan yang dilayaki secara prorata; dan

(d) baki cuti yang tidak dapat digunakan boleh dikumpul bagi tujuan
Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) mengikut ketetapan
pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

15. Contoh simulasi kelayakan cuti bagi pegawai dalam keadaan di perenggan 14
adalah seperti di Lampiran A.

Kuasa Melulus

16. Kuasa untuk meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah:

(a) Pengetua/Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah;

(b) Ketua Institusi Pendidikan di mana pegawai tersebut bertugas; atau

(c) pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di perenggan 16(a)
dan 16(b).

xxv

17. Pihak yang meluluskan Cuti Rehat Khas hendaklah memastikan keberkesanan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tidak
terjejas.

PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

18. Pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR atas sebab persaraan
dilaksanakan seperti berikut:

(a) Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi
tujuan GCR pada setiap tahun;

(b) Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan GCR di bawah Pekeliling
Perkhidmatan ini boleh dicantum dengan Cuti Rehat yang dikumpul
bagi tujuan GCR mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat
kuasa dari semasa ke semasa;

(c) pengumpulan Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR
hendaklah mendapat pengesahan Ketua Jabatan setiap tahun; dan

(d) sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai, jumlah keseluruhan Cuti
Rehat dan Cuti Rehat Khas yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan
GCR hendaklah mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa
dari semasa ke semasa.

19. Pegawai yang tidak layak GCR adalah seperti berikut:

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang meletak jawatan; xxvi
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dibuang kerja;

(c) Guru Sandaran/Guru Interim; dan

(d) Guru Kontrak.

TINDAKAN KETUA JABATAN

20. Bagi melaksanakan urusan kemudahan Cuti Rehat Khas dan pengumpulannya
untuk tujuan GCR, Ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan berikut:

(a) memastikan Cuti Rehat Khas yang diambil, direkod dan dikemas kini di
dalam Buku Rekod Perkhidmatan; dan

(b) mengesah dan merekodkan baki Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi
tujuan GCR ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan pada setiap akhir tahun.

21. Bagi urusan persaraan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Jabatan
hendaklah menguruskan permohonan GCR mengikut ketetapan pekeliling yang
berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

22. Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) berhak
membetulkan apa-apa kesilapan perihal Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepanjang tempoh perkhidmatannya bagi tujuan
persaraan.

PEMBATALAN

23. Dengan berkuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Surat JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11)

bertarikh 17 Februari 2015 adalah dibatalkan.

xxvii

TARIKH KUAT KUASA
24. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

xxviii

LAMPIRAN A

SIMULASI KELAYAKAN CUTI PEGAWAI YANG BERTUKAR JENIS CUTI

Contoh 1:

Encik Aiman merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar
ke sekolah sebagai guru berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Khas
(CRK) menggantikan Cuti Rehat Tahunan (CRT) yang diterimanya semasa bertugas di PPD. Beliau
telah menggunakan CRT sebanyak 6 hari dan CRK sebanyak 4 hari sepanjang tahun 2018.

(Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun)

1.1.2018 PPD 1.5.2018 Sekolah 31.12.2018

CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK
= 120/365 x 25 hari = 245/365 x 10 hari

= 8.21 ≈ 8 hari = 6.71 ≈ 7 hari

Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut:

Tarikh Tempat Keterangan Kelayakan Cuti (Hari)
1.1.18 - 30.4.18 Bertugas
Kelayakan CRT 2018 CRK CRT
(120 hari) PPD CRT diambil
1.5.18 - 31.12.18 Baki CRT pada 30.4.18 -8
Sekolah Kelayakan CRK 2018
(245 hari) CRK diambil - -6
Baki CRK pada 31.12.18
-2

7-

-4 -

3-

Apabila pegawai berpindah dari PPD ke sekolah:

(i) Baki CRT (2 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRT yang boleh
dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut.

(ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRK pada kadar prorata iaitu 7 hari semasa bertugas
sebagai guru di sekolah. CRK yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki
kelayakan CRK pada tahun tersebut. CRK tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

xxix

Contoh 2:

Puan Shireen merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar
ke sekolah sebagai guru berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Khas
(CRK) menggantikan Cuti Rehat Tahunan (CRT) yang diterimanya semasa bertugas di PPD. Beliau
mempunyai baki CRT tahun 2017 yang dibawa ke hadapan sebanyak 3 hari. Beliau juga telah
menggunakan CRT sebanyak 7 hari dan CRK sebanyak 2 hari sepanjang tahun 2018.

(Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun)

1.1.2018 PPD 1.5.2018 Sekolah 31.12.2018

CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK
= 120/365 x 25 hari = 245/365 x 10 hari
= 8.21 ≈ 8 hari = 6.71 ≈ 7 hari

Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut:

Tarikh Tempat Keterangan Kelayakan Cuti (Hari)
Bertugas
1.1.18 - 30.4.18 Cuti (2017) dibawa ke hadapan CRK CRT
(120 hari) PPD Kelayakan CRT 2018
CRT diambil -3
1.5.18 - 31.12.18 Sekolah Baki CRT pada 30.4.18
(245 hari) Kelayakan CRK 2018 -8
CRK diambil - -7
Baki CRK pada 31.12.18 -4
7-
2-
5-

Apabila pegawai berpindah dari PPD ke sekolah:

(i) Baki CRT (4 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRT yang boleh
dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut.

(ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRK pada kadar prorata iaitu 7 hari semasa bertugas
sebagai guru di sekolah. CRK yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki
kelayakan CRK pada tahun tersebut. CRK tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

xxx

Contoh 3:

Puan Zaharah merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar di Sekolah A pada
1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai
pentadbir berkuat kuasa pada 1 Oktober 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Tahunan (CRT)
menggantikan Cuti Rehat Khas (CRK) yang diterimanya semasa mengajar di sekolah. Beliau telah
menggunakan 4 hari CRK dan 5 hari CRT sepanjang tahun 2018.

(Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun)

1.1.2018 Sekolah 1.10.2018 PPD 31.12.2018

CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT
= 273/365 x 10 hari = 92/365 x 25
= 7.47 ≈ 7 hari
= 6.3 ≈ 6 hari

Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut:

Tarikh Tempat Keterangan Kelayakan Cuti (Hari)
1.1.18 - 30.9.18 Bertugas
Sekolah Kelayakan CRK 2018 CRK CRT
(273 hari) CRK diambil
1.10.18 - 31.12.18 PPD Baki CRK pada 30.4.18 7-
Kelayakan CRT 2018
(92 hari) CRT diambil -4 -
Baki CRT pada 31.12.18
3-

-6

- -5

-1

Apabila pegawai berpindah dari sekolah ke PPD:

(i) Baki CRK (3 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRK yang boleh
dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki kelayakan CRK pada tahun tersebut. CRK
tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

(ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRT pada kadar prorata sebanyak 6 hari semasa bertugas
sebagai pentadbir di PPD. CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari
kelayakan CRT pada tahun tersebut. Baki CRT boleh dibawa ke tahun berikutnya kerana
pegawai masih berkhidmat di PPD.

xxxi

Contoh 4:

Puan Suhaila merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar di Sekolah B pada
1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai
pentadbir berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Tahunan (CRT)
menggantikan Cuti Rehat Khas (CRK) yang diterimanya semasa mengajar di sekolah. Beliau telah
menggunakan CRK secara pendahuluan sebanyak 5 hari pada 8 hingga 12 Januari 2018 kerana urusan
kecemasan di kampung. Beliau telah menggunakan CRT sebanyak 12 hari sepanjang tahun 2018.

(Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun)

1.1.2018 Sekolah 1.5.2018 PPD 31.12.2018

CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT
= 120/365 x 10 hari = 245/365 x 25 hari
= 3.28 ≈ 3 hari = 16.78 ≈ 17 hari

Pendahuluan CRK = 10 hari

Baki CRK = 3 hari - 10 hari
= - 7 hari

Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut:

Tarikh Tempat Keterangan Kelayakan Cuti (Hari)
1.1.18 - 30.4.18 Bertugas
Sekolah Kelayakan CRK 2018 CRK CRT
(120 hari) CRK diambil secara pendahuluan
1.5.18 - 31.12.18 PPD Baki CRK pada 30.4.18 3-
Kelayakan CRT 2018
(245 hari) CRT diambil -5 -
Baki CRT pada 31.12.18
-2 -

- 17

- -12

-5

Apabila pegawai berpindah dari sekolah ke PPD:

(i) Pegawai layak menggunakan kemudahan CRT pada kadar prorata sebanyak 17 hari.

(ii) Tiada pemotongan emolumen atau pelarasan cuti perlu dibuat ke atas Cuti Rehat Khas yang
telah diambil melebihi bilangan yang dilayaki secara prorata.

(iii) CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun
tersebut. Baki CRT boleh dibawa ke tahun berikutnya kerana pegawai masih berkhidmat di PPD.

xxxii

SEGA –2022/2023
PERATURAN GURU DAN AKP

________________________________________________________________________________
PERATURAN SEKOLAH (GURU & AKP)

⮚ Semua murid boleh diajar, boleh belajar dan boleh berjaya.
⮚ Pembelajaran berkualiti untuk semua murid.

1. ARAHAN AM
2. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru

adalah dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
2.1. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan
kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang lain.

3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu
pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
3.1. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang
3.2. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
3.3. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
3.4. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda
sekolah.
3.5. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. KEDATANGAN GURU
2.1. Sampai di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum jadual pertama persekolahan dimulakan (7.15 pagi dan 12.30 tengah
hari) dan balik selepas pukul 2.00 petang atau masa yang ditetapkan oleh Pengetua mengikut keadaan semasa.
2.2. Kehadiran masa tiba dan masa balik hendaklah diketik melalui perakam waktu yang disediakan di pejabat sekolah.
2.3. Jika sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan dan sebagainya, guru berkenaan
hendaklah segera memberitahu Pengetua dengan apa cara juga. Jika cuti lebih dari sehari, Buku/Fail Persediaan Mengajar, buku
rujukan, anak kunci dan surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Pengetua.
2.4. Jika terlewat sampai ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah berjumpa Pengetua terlebih
dahulu menerangkan sebab kelewatan itu sebelum menjalankan tugas.

3. PERHIMPUNAN
3.1. Perhimpunan rasmi murid-murid dan guru-guru diadakan pada setiap Ahad. Semua guru diwajibkan hadir dan berdiri di
hadapan murid-murid atau di kiri kanan mereka. Tidak dibenarkan guru berada di lain-lain tempat seperti kantin atau bilik guru.
3.2. Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan sepenuhnya perhimpunan ini dengan bantuan murid. Aturcara
perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Iktisas Bil. 4/1984 KP(BS)8591/Jld.11/24
bertarikh 14.7.84.
3.3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah - Mesyuarat Guru, Mesyuarat PIBG, Hari Sukan
Sekolah, Hari Anugerah Sekolah dan lain-lainnya.

xxxiii

__________________________________________________________________________________

4. BUKU/FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR/RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN [RPH]
4.1. Semua guru mestilah menyediakan Buku/Fail Persediaan Mengajar dengan sempurna dan penuhkan semua kehendak di
dalamnya.
4.2. Buku ini hendaklah disediakan dalam masa persediaan atau di rumah. Membuat persediaan dalam bilik darjah adalah ditegah.
4.3. Buku ini mestilah diserahkan kepada Pengetua atau wakilnya untuk disemak dan diperiksa pada hari Khamis setiap minggu.

4.4. Butir-butir dalamnya hendaklah ditulis dengan teliti, teratur dan sentiasa kemaskini.
4.5. Buku ini adalah dokumen penting sebagaimana kehendak Undang-undang Sekolah (Kursus Pendidikan) 1956.Serahkan pada
Pengetua pada akhir tahun untuk disimpan

5. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU
5.1 Guru Kelas
5.1.1. Bertanggungjawab hal disiplin, kebersihan kelas dan murid-muridnya serta mengetahui tentang diri dan latar belakang
mereka.
5.1.2. Melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Pengetua atau kerja-kerja semasa.
5.1.3. Mengambil tindakan sewajarnya tentang:
5.1.3.1. Jadual Kedatangan
5.1.3.2. Kutipan yuran/pelbagai bayaran
5.1.3.3. Buku/Kad Kemajuan Pelajaran
5.1.3.4. Buku/Kad Pelaporan Gerakerja Kokurikulum
5.1.3.5. Fail PBS dan sebagainya
5.1.4. Menyediakan dan mempamirkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Giliran Murid Bertugas di dalam kelas.Tentukan tugas
murid-murid seperti menyapu, padam papan hitam dan menceriakan bilik darjah.
5.1.5. Melengkapkan menyusun barang-barang dan alatan dalam kelas supaya dapat menimbulkan suasana bilik darjah yang
sentiasa kemas dan teratur, sesuai sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran.
5.2. Guru Khas/Bukan Guru Kelas
5.2.1. Boleh diarah untuk menjadi guru kelas sepenuh masa atau mengganti/mengambil alih tugas sementara kerana
ketiadaan guru kelas yang sebenar.
5.2.2. Bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada pelajaran khas yang diajar seperti Bahasa
Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Pemulihan dan sebagainya. Bilik-bilik khas (jika ada) mestilah dilengkapi dengan
alat-alat mengajar yang kemaskini.
5.2.3 Membuat dan melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Pengetua lebih banyak dari
guru kelas.

6. JADUAL WAKTU DAN MASA MENGAJAR.
6.1. Guru hendaklah mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah dirancang/ditulis dalam Buku/Fail
Persediaan Mengajar.
6.2. Guru tidak dibenarkan mengajar selepas masa yang dihadkan. Pertukaran kelas/guru hendaklah dijalankan serta merta.

xxxiv

__________________________________________________________________________________

6.3. Semasa seseorang guru sedang mengajar, guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu dengan tujuan membantu
PdPc. Pegawai-pegawai yang datang melawat/ Guru Penolong Kanan/ Guru Kanan Mata Pelajaran dan Pengetua boleh membuat
penyeliaan mengikut keperluan semasa.
6.4. Guru-guru dilarang

6.4.1. Menukar masa pengajaran/jadual waktu tanpa kebenaran Pengetua.
6.4.2. Berbual-bual dengan guru lain sewaktu PdPc
6.4.3. Duduk semasa PdPc (Kecuali dalam kes-kes tertentu)
6.4.4. Memeriksa buku rampaian atau kertas ujian tanpa mempedulikan murid-murid TETAPI memeriksa kerja murid dari
seorang ke seorang dalam kumpulan kecil adalah dibenarkan
6.4.5. Membuat persediaan mengajar atau alatan semasa PdPc
6.4.6 Meninggalkan atau mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan alasan pelajaran itu tidak
penting atau guru itu tidak berminat.
6.5. Semasa mengajar Pendidikan Jasmani, guru hendaklah memakai kasut yang sesuai dan memakai pakaian sukan iaitu seluar
trek dan baju kemeja T sehingga tamat sesi persekolahan pada hari tersebut
6.6. Jangan membiarkan murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru bersama. Adalah dilarang sama sekali
guru memberi arahan atau sekadar memerhati sahaja dari jauh. Risiko yang dihadapi amat tinggi jika dalam keadaan begini murid
mendapat kemalangan atau kecederaan.
6.7. Jika hujan atau padang tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani boleh dijalankan di dalam dewan (jika ada) atau di
mana-mana tempat yang sesuai sama ada di dalam atau di luar bangunan.

7. MASA TIDAK MENGAJAR
7.1. Masa ini hendaklah digunakan untuk memeriksa buku-buku rampaian, atau membuat persediaan mengajar atau membaca
buku-buku rujukan.
7.2. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali ada urusan penting dan mendapat kebenaran Pengetua.

8. JADUAL KEDATANGAN
8.1. Jadual Kedatangan adalah dokumen penting sekolah. Guru Kelas hendaklah menandakannya tiap-tiap hari dan dihantar ke
pejabat pada waktu pertama jadual waktu. Jika guru kelas bercuti atau berkursus tugas ini diambil alih oleh Guru Penyelaras.
8.2. Cara menulis/mengisi/menanda semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti peraturan yang tercatat dalamnya.
8.3. Jadual Kedatangan mestilah ditulis hanya dengan dakwat biru atau hitam yang kekal.
8.4. Kesalahan dalam Jadual Kedatangan hendaklah dipotong dengan terang, dibetulkan dengan menulis semula dan
ditandatangani ringkas oleh guru berkenaan. Sebarang jenis pemadam tidak dibenarkan bagi membetulkan kesalahan.
8.5. Tidak dibenarkan memotong atau memasukkan nama murid tanpa pengetahuan atau arahan dari Pengetua.Peringatan Jadual
Kedatangan adalah dokumen sekolah yang mesti dihantar dan dikehendaki oleh pihak Audit Sekolah-Sekolah untuk diperiksa
tiap-tiap tahun. Pengetua berhak mengarahkan guru-guru yang melakukan kesilapan dalam buku kedatangan UNTUK MENULIS
SEMULA DALAM BUKU BAHARU

xxxv

__________________________________________________________________________________

9. KEMALANGAN DAN KEUZURAN
9.1. Murid-murid yang didapati sakit atau kemalangan, guru kelas atau guru bertugas pada minggu itu hendaklah segera
menghubungi ibu bapa/penjaga murid berkenaan dan menghantar murid ke hospital dengan kebenaran mereka.
9.2. Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau ke klinik/hospital hendaklah direkod dalam Buku
Laporan Guru Bertugas.
9.3. Guru kelas sepatutnya tahu sebab-sebab muridnya tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa
sebarang maklumat hendaklah dilaporkan kepada Pengetua. Satu surat peringatan 'Tidak Hadir' akan dikirimkan kepada ibu
bapa/penjaga oleh guru kelas tersebut.

10. MENGUTIP WANG PEMBELIAN BUKU
10.1. Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang dari murid-murid tanpa arahan atau kebenaran bertulis dari Pengetua
10.2. Murid-murid tidak boleh diarah atau dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja, buku bacaan tambahan dan
sebagainya sebelum mendapat kebenaran Pengetua.
10.3. Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada Pengetua. Resit rasmi sekolah
hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang menjelaskan yuran.

11. BUKU RUJUKAN GURU
11.1. Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan semula pada hujung tahun atau apabila
bertukar sekolah. Jika hilang hendaklah diganti.

12. BUKU LATIHAN/RAMPAIAN, UJIAN DAN PENILAIAN
12.1. Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah diperiksa segera selepas diajar atau
dijalankan
12.2. Latihan hendaklah diberi tiap-tiap hari/selalu dan ujian topikal mengikut keperluan PdPc untuk mengetahui tahap
pencapaian/prestasi murid-murid. Semua kertas ujian mestilah dimasukkan ke dalam fail prestasi tiap-tiap murid.
12.3. Pengetua/Guru Penolong Kanan,Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia akan memeriksa buku-buku rampaian/latihan
dan buku kerja murid-murid sebanyak 5 buah ATAU bilangan yang diambil secara rawak. Begitu juga fail prestasi murid.
12.4. Slip laporan kemajuan prestasi murid (PBS) hendaklah lengkapkan, pertengahan tahun dan akhir tahun sebagai ukuran
penilaian yang tepat, hasil dari penilaian/peperiksaan yang diberi. Satu salinan slip laporan hendaklah difailkan dan diserahkan
kepada Pengetua untuk ditandatangani dan disimpan di pejabat sekolah.

13. GURU BERTUGAS.
13.1. Guru bertugas akan ditetapkan mengikut tugas mingguan bagi sekumpulan guru. Masa bertugas ialah sepanjang masa
persekolahan bersesi.
13.2. Bertanggungjawab mengawasi semua hal murid - murid dan pastikan mematuhi peraturan sekolah.
13.3. Menulis catatan ke dalam"Buku Laporan Guru Bertugas" segala yang berlaku pada hari berkenaan termasuk topik-topik lain
yang perlu perhatian seperti perhimpunan, kebersihan, kantin, tandas dan sebagainya
13.4. Kumpulan guru bertugas yang terdiri dari guru - guru subjek dikehendaki melengkap dan menceriakan papan kenyataan yang
telah ditetapkan dengan bahan - bahan yang berfaedah untuk panduan murid - murid.

xxxvi

__________________________________________________________________________________

14. GERAKERJA KOKURIKULUM.
14.1. Gerakerja 1Murid 1Sukan diwajibkan memakai pakaian Karektor Murid/Guru Johor (KMJ) pada setiap Isnin jam 7.30 - 8.30
sesi pagi dan 11.30 - 12.30 sesi petang. Gerakerja Unit Beruniform dijalankan pada hari Rabu jam 7.30 - 9.00 sesi pagi dan 11.00 -
12.30 sesi petang. Guru yang terlibat hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya tentang kehadiran dan keselamatan murid - murid
serta peralatan yang digunakan.
14.2. Pastikan kegiatan yang dibuat dijalankan dengan penuh minat, bersungguh - sungguh dan mencapai tahap kemajuan /
prestasi yang boleh dibanggakan.
14.3. Semua guru diwajibkan hadir, giliran tidak dibenarkan. Bertanggungjawab menyediakan/ membuat laporan kegiatannya
apabila dikehendaki oleh Pengetua.

15. PERATURAN PEJABAT.
15.1. Guru – guru ditegah mengambil fail-fail, atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa izin Pengetua. Walau bagaimanapun surat
penting untuk tindakan guru berkenaan boleh difotostat dengan syarat terlebih dahulu memberitahu ketua kerani sekolah dan
direkodkan ke dalam "Buku". Tindakan yang perlu mestilah dijalankan dengan kemas dan memuaskan mengikut tarikh yang
dikehendaki selesai.
15.2. Guru - guru ditegah membaca,menyelongkar dan mengintip...
15.2.1. Surat - surat yang berada di atas meja Pengetua, Guru Penolong Kanan atau Kerani.
15.2.2. Mengambil / membaca "Buku Diari Sekolah " melainkan dengan izin Pengetua atau Penolongnya.
15.2.3. Mengambil / menulis buku - buku stok kecuali guru berkenaan yang dipertanggungjawabkan.
15.2.4. Berbual - bual atau membuat kerja di pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Pengetua atau Guru
Penolong Kanan.
15.2.5. Mengarahkan kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Pengetua atau Guru Penolong
Kanan.
15.2.6. Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi.

16. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
16.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang
merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa kepengetahuan pihak sekolah.
16.2. Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan - peraturan penggunaan bilik - bilik khas seperti bilik
makmal sains, bengkel KH, bilik SAL, bilik matematik, PSS, bilik pemulihan, makmal komputer, surau, bilik muzik, bilik pendidikan
seni dan bilik - bilik khas yang lain.
16.3. Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat, termasuk kunci - kunci yang dipenduakan oleh guru – guru. Jika guru - guru
hendak menyimpan kunci pendua untuk bilik - bilik tertentu, kebenaran bertulis dari Pengetua hendaklah diperolehi. Guru tersebut
bertanggungjawab terhadap bilik berkenaan

xxxvii

__________________________________________________________________________________

17. KEBERSIHAN
17.1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas. Jadual giliran tugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas.
Alatan membersihkan hendaklah digunakan rapi dan disimpan dengan selamat.
17.2. Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, guru bilik khas dan guru - guru yang menggunakan bertanggungjawab menjaga
bilik tersebut.
17.3. Kebersihan kawasan sekolah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid-murid.

18. SURAT - MENYURAT
18.1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

19. SURAT YANG DITERIMA
19.1. Surat yang diterima oleh pihak sekolah yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan dengan kadar segera.
19.2. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu bolehlah disimpan sendiri
setelah diambil tindakan.
19.3. Jika surat itu dituju kepada Pengetua, surat itu akan diedarkan kepada guru berkenaan.
19.3.1. Mengambil tindakan yang diperlukan.

20. PERGI KE PPD DAN JPN
20.1. Guru - guru tidak digalakan ke PPD atau JPN tanpa surat rasmi dari Pengetua

21. CUTI
21.1. Cuti Rehat/ Cuti Penggal. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP ) 004.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember
1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi
sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas - tugas seharian daripada tugas mengajar.
21.2. Cuti sakit
21.2.1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut - turut hendaklah disahkan oleh
pegawai perubatan kerajaan.
21.2.2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun.
21.2.3. Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putus - putus akan dilaporkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
21.3. Cuti Tanpa Gaji.
21.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab - sebab persendirian yang mustahak.
21.3.2. Cuti Tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
21.3.3. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap - tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
21.3.4. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
21.3.5. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan
Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

xxxviii

__________________________________________________________________________________

21.4. Cuti Rehat Khas
21.4.1. Cuti rehat ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
21.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab - sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 7 hari
dalam setahun ( Dengan syarat tidak mengganggu proses PdPc).

21.5. Cuti Keluar Negara
21.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan. Sila isikan borang permohonan
yang ada di pejabat selewat - lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

22. PAKAIAN
22.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
22.2. Pakaian berbentuk seluar dan baju yang merupakan pakaian negara lain tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
22.3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai.
22.4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
Guru perempuan : trek, tshirt sukan, baju trek, kasut sukan yang sesuai tanpa tumit.
Guru lelaki : Seluar trek / seluar panjang yang sesuai. Tshirt sukan baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa
tumit.
22.5. Pada hari …
Ahad : Pakaian Koperat seperti yang telah digazetkan oleh Kerajaan Johor (Guru perempuan berkain sarung hitam/biru tua)
Isnin : Pakaian Kerja/Karektor Guru Johor (KGJ)
Selasa: Formal/Pakaian Kerja
Rabu : Baju Unit Beruniform.
Khamis : SANGAT digalakkan memakai baju Melayu.
22.6 Semua guru perempuan dikehendaki memakai kasut bertumit dan bertutup.

23. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
23.1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur
kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
23.2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman / pendapat/ kepercayaan kepada guru atau pelajar
atau staf sokongan sekolah yang lain.
23.3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial sosio ekonomi, kelulusan dan
sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

24. BILIK GURU.
24.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik
guru.
24.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini dianggap sebagai "non-teaching period"
bukannya "free period". Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara perkara yang berkaitan
dengan PdPc atau PLC
24.3. Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.
24.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama - sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak
mengganggu ketenteraman mana - mana pihak

xxxix

__________________________________________________________________________________

25. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN.
25.1. Jikalau guru menghadapi masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir/Pembantu
Tadbir atau Pengetua.
25.2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Kanan Mata Pelajaran,Ketua Panitia,
Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan atau Pengetua.

26. TUGAS
26.1. Guru akan diberi tugas - tugas kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka melaksanakan tugas – tugas tersebut dengan
dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
26.2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN / PPD atau ke
sekolah lain guru hendaklah, mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya
tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan bersama, maka ia mesti sampai ke
pengetahuan Pengetua. Semua bahan - bahan mesyuarat /kursus hendaklah disampaikan kepada Pengetua untuk simpanan pihak
sekolah.

27. PELAWAT
27.1. Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua /Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru - guru tidak dibenarkan
berbincang dengan wakil firma atau penjual - penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua.

28. MEMBELI BARANG
28.1. Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang nota minta yang diperolehi dari
pejabat.
28.2. Borang itu hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia / Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan
oleh Pengetua.
28.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Nota Minta Borang Pesanan Tempatan.
28.4. Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

29. MESYUARAT GURU
29.1. Dari semasa ke semasa Pengetua akan mengadakan mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah
diwajibkan.
29.2. Guru - guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Penolong Kanan,Guru Kanan Mata Pelajaran dan
Ketua Panitia.

30. BUKU STOK DAN INVENTORI
30.1. Guru Penolong Kanan,Guru Kanan Mata Pelajaran,Ketua Panitia dan guru - guru bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemaskini. Buku ini akan
disemak dari masa ke masa oleh Pengetua / Guru Penolong Kanan.

31. TANDA NAMA
31.1. Semua guru WAJIB memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di sekolah.

xl

__________________________________________________________________________________

32. KEAHLIAN KELAB
32.1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
32.2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

33. PENGGUNAAN ALAT - ALAT.
33.1. Penggunaan alat - alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
33.2. Mesti mendapat kebenaran daripada ketua - ketua bahagian atau Penjaga stok.
33.3. Bertanggungjawab menggunakan alat - alat dengan baik dan memulangkannya kembali dengan segera dalam keadaan yang
baik.
33.4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

34. ARAHAN DAN PEKELILING
34.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani
selepas membacanya.
34.2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas guru sendiri.
34.3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah mengembalikannya segera ke pejabat
sekolah setelah tindakan diambil. Peringatan Kegagalan mematuhi arahan - arahan yang ada guru berkenaan akan diberi amaran
bertulis.

35 . ARAHAN DARI SEMASA KE SEMASA
35.1. Setiap arahan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan situasi semasa oleh Pengetua,KPPD, JPN dan KPM wajib
dipatuhi

xli



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI
INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.

USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN,
BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI, SERTA

MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MATLAMAT

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR BERHASRAT MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG YANG BERDAYA TAHAN
TINGGI SERTA MAMPU MENANGAI TUNTUTAN-TUNTUTAN KE ARAH PENCAPAIAN 2020, SEJAJAR DENGAN
KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA BERLANDASKAN RUKUN NEGARA

OBJEKTIF

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR BERHARAP DAPAT :
MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG DARI SEGI INTELEK, ROHANI DAN JASMANI. MELAHIRKAN INSAN YANG

MEMPUNYAI BUDAYA ILMU KEMAHIRAN BERFIKIR, BERAKHLAK TERPUJI, CELIK SAINS DAN TEKNOLOGI.
MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI.

xlii

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI GADING (SEGA)
“SEKOLAHKU, SEHEBATKU”

VISI SEGA

SMK Seri Gading mendokong visi bersama
Pendidikan Berkualiti Insan terdidik Negara Sejahtera

MISI SEGA

SMK Seri Gading komited dengan misi bersama
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PIAGAM PELANGGAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik, cekap, jujur dan adil kepada semua pelanggan
kami :

Murid
1. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh 5 minit waktu jadual bermula
2. Latihan akan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 3 hari selepas latihan diserahkan.

Guru Dan Kakitangan
1. Buku Rekod Mengajar yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh 3 hari selepas diserahkan
2. Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan serahkan kepada pemohon dalam tempoh 1 minggu selepas pesanan
diterima.

Waris (Ibu Bapa / Penjaga)
1. Setiap aduan akan diberi maklum balas dalam tempoh 2 minggu aduan diterima
2. Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas dilaksanakan.

◆ Memastikan setiap pelajar mendapat didikan dengan bimbingan secara adil, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
◆ Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.
◆ Melahirkan pelajar yang produktif, berdisiplin dan berilmu serta berakhlak mulia.
◆ Mewujudkan kemudahan dan iklim sekolah yang harmoni, bersih dan kondusif.
◆ Bersedia menerima dan melayan anggota masyarakat yang berkaitan dengan sekolah.

xliii

HALA TUJU MATLAMAT SEKOLAH

Kami berazam dengan penuh iltizam akan menjana kecemerlangan

SMK SERI GADING dengan berfokus kepada lima aspek :

◆ Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah pelajar melalui pengurusan yang berkesan.
◆ Meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar bagi mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang selamat, bersih dan indah.
◆ Melahirkan pemimpin negara untuk masa depan.
◆ Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang sains, teknologi dan teknologi maklumat.
◆ Mendidik dan melahirkan modal insan yang kamil dalam semua bidang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta

menambahkan komitmen warga sekolah terhadap tugas dan tanggungjawab.

OBJEKTIF SEKOLAH

Untuk merealisasikan objektif jangka panjang, kami bertekad dan berazam memenangi anugerah atau pengiktirafan dalam :
◆ Top 8 dalam peperiksaan SPM daerah Batu Pahat Pengurusan Kewangan Cemerlang
◆ Pengurusan Kewangan Cemerlang
◆ Anugerah Ikon Asrama peringkat negeri Johor
◆ Johan Olahraga dan Bola Sepak MSSD daerah Batu Pahat
◆ Amalan terbaik PIBK daerah Batu Pahat

DASAR SEKOLAH

◆ Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan rancangan-rancangan lain yang ditetapkan oleh kerajaan dengan licin dan memuaskan.
◆ Berusaha dan menggembleng tenaga yang ada bagi mencapai objektif-objektif sekolah.
◆ Segala masalah sekolah adalah masalah bersama, bekerja dalam satu pasukan dan satu keluarga.
◆ Mengadakan hubungan yang rapat dengan agensi awam dan agensi swasta.
◆ Mewujudkan hubungan yang rapat dengan ibu bapa / penjaga murid-murid dan masyarakat tempatan.
◆ Membentuk satu kumpulan guru yang benar-benar bersifat profesional.
◆ Mengamal cita-cita dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
◆ Menghayati dan mengamal ajaran agama.
◆ Setiap warga sekolah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi.
◆ Mengamalkan objektiviti dalam sebarang penilaian.
◆ Mengamalkan kerja-kerja yang sistematik dan kemas kini.
◆ Melaksanakan pembelajaran abad ke-21

xliv


Click to View FlipBook Version