The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP MERDEKA - MUHAMMAD IRFAN RIFQI BIN HAILINIZAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10416954, 2021-09-12 21:49:24

BUKU SKRAP - BAPA KEMERDEKAAN

BUKU SKRAP MERDEKA - MUHAMMAD IRFAN RIFQI BIN HAILINIZAM

BIODATA 1

PENGHARGAAN 2

PENGENALAN 3
KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN 4

BIODATA RINGKAS BAPA KEMERDEKAAN 5

KERJAYA 6

SUMBANGAN DAN PERJUANGAN 7-9
PERDANA MENTERI 10
MANGKAT 11
GALERI GAMBAR 12
PENUTUP 13
RUJUKAN 14

NAMA : M……UH…A…M…M…A…D…IR…FA…N…R…IF…Q…I B…IN…H..…AI…LIN…I…ZA…M..
UMUR : …12…T…AH…U…N………………………………….…………
KELAS : 6…P…IN…T…AR………………………………………………
SEKOLAH : …SK…S…ER…I …PE…M…A…TA…N…G…RE…N…G…AS………..…….
S…E…RI…M…E…DA…N…B…A…TU…P…A…HA…T.……………………………………
GURU SEJARAH : …PU…A…N…JU…L…IA…H…BI…N…TI…SA…R…JU……...

1

Buku skrap ini dihasilkan bagi memenuhi
keperluan untuk mata pelajaran Sejarah.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Puan Juliah binti Sarju Guru
Besar dan juga guru Sejarah yang banyak
membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam
proses menghasilkan buku skrap ini.

Terima kasih juga kepada kedua ibu
bapa dan adik beradik yang banyak memberi
galakan. Tidak lupa kepada semua guru SKSPR
dan rakan-rakan 6 Pintar.

2

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni

Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (8

Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan

Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari

1955, dan Perdana Menteri pertama

sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga

1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963

merupakan salah satu daripada

pencapaiannya yang teragung.

Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku

Abdul Rahman merupakan anugerah yang

amat bernilai sebagai mengenang segala

sumbangan dan perjuangannya ke atas

kemerdekaan tanah air.

3

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan
kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC
(ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi
pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil
Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957
sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang
Pahlawan,Bandar Hilir, Melaka.

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk
untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan
komunis. Lalu,Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama
Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan
Bangunan Sultan Abdul Samad dandiganti dengan bendera Persekutuan
Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium
Merdeka,Kuala Lumpur.

4

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

dilahirkan pada 8 Februari 1903 di

Alor Star, Kedah. Anak kelahiran

Kedah ini merupakan putera kepada Sultan Abdul

Hamid Halimshah iaitu Sultan Kedah yang ke-24 dan

bonda beliau bernama Makche Menjalara iaitu seorang

wanita cantik berketurunan Thailand. Beliau adalah

putera ke-20 bagi pasangan diraja tersebut.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah

Melayu di Alor Star dan Sekolah Inggeris sebelum di

hantar ke Bangkok dan dimasukkan ke Sekolah

Debsurin. Tidak lama kemudian beliau pulang ke Kedah

dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu sebelum

memasuki Penang Free School. Akhirnya beliau dihantar

untuk melanjutakan pelajaran ke St. Catherine’s College,

Universiti Cambridge, England.

Tunku Abdul Rahman merupakan anak melayu

pertama yang memasuki universiti inggeris dan

mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan

Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1933,

beliau berkahwin dengan Meriam, seorang gadis cina

yang memeluk agama islam. Mereka dikurniakan

dua orang anak iaitu Tunku Khadijah dan Tunku

Nerang. 5

KERJAYA

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku memulakan kerjayanya sebagai
Penolong Pegawai Daerahdan kemudiannya
dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah
di beberapa Daerah di Kedah termasuk Kuala
Nerang dan Pulau Langkawi. Semasa bertugas di Kuala
Nerang, daerah tersebut mengalami wabak demam malaria
dan isterinya meninggal dunia akibat demam malaria di
sana.

Pada tahun 1940 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah Selatan.
Apabila Jepun menyerahkan Kedah kepada negara Thai
pada tahun 1941,Tunku dilantik menjadi Penyelia Pelajaran
dan beliau menyandang jawatan tersebut hingga British
menjajah Tanah Melayu semula.

Setelah tamat perang dunia kedua, Tunku Abdul
Rahman menyertai politik menentang Malayan Union dan
membangkitkan kesedaran kemerdekaan di kalangan
rakyat Tanah Melayu. Bersama pemimpin UMNO,

Beliau berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi
Tanah Melayu. Beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk
menjadi Timbalan Pendakwa Raya di bawah Jabatan
Undang-Undang Persekutuan dan kemudiannya menjadi
Presiden Session Court. Setelah Dato On Jaafar meletak
jawatan, Tunku Abdul Rahman dilantuk sebagai Dipertua
UMNO yang ke-2 .

6

SUMBANGAN & PERJUANGAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Memupuk kerjasama di antara
Kaum dalam masa yang sama
menjaga keutuhan bangsa Melayu
seperti hak-hak istimewa bagi
orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas dasar
pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama
rasmi. UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC
dan membentuk konsensus dalam Perikatan dan
pemimpin-pemimpin Perikatan mengadakan
rombongan pertama Perikatan ke London
pada tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan.

Pada Julai tahun 1955, pilihanraya umum
pertama diadakan di Malaysia dan Perikatan
mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 51
daripada 52 kerusi yang ditandingi. Dengan majoriti
yang diperolehi, Perikatan melakukan rombongan
kali ke dua ke London dan ia diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri
Dalam Negeri. Dalam rombongan ini Tunku Abdul
Rahman berusaha untuk menamatkan keganasan
komunis secara damai.

7

SUMBANGAN & PERJUANGAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman
mengisytiharkan pengampunan bagi komunis
Yang menyerah diri. Rundingan Baling telah
diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 di
antara Parti Komunis Tanah Melayu dengan
kerajaan. Parti Komunis Tanah Melayu telah diwakili oleh
Chin Peng,
Chin Tien dan Rashid Maidin sementara Kerajaan pula
diwakili oleh Tunku Abdul Rahman danTun Tan Cheng Lock.
Namun rundingan ini gagal apabila Chin Peng menolak
cadangan Tunku agar komunis meletakkan senjata tanpa
syarat. Tunku Abdul Rahman berjaya mengalahkan komunis
lima tahun kemudian.

Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke
London untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai
Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa
empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil
Parti Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan
ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

8

SUMBANGAN & PERJUANGAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12
tengah malam bendera Tanah Melayu pun dinaikkan

bagi menggantikan bendera Union Jack. Keesokan

harinya di Stadium Merdeka, Tunku membaca
Pengisytiharaan Kemerdekaan dan kedengaran
pekikan “Merdeka!” sebanyak tiga kali oleh Tunku
Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan,

9

PERDANA MENTERI

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri
yang pertama. Di antara usaha pertama beliau
sebagai Perdana Menteri ialah untuk menyatu-
padukan rakyat dan meningkatkan kemajuan
ekonomi. Tunku Abdul Rahman memperkenalkan
Rancangan Malaya yang pertama pada tahun
1956 dengan fokus untuk membangunkan Tanah
Malaya. Pada tahun 1960, darurat selama 12 bulan
diisytiharkan tamat apabila komunis berjaya
dihentikan.

10

MANGKAT

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunka meninggal dengan tenang pada 6 Disember
1990 pada usia 87. Antara yang menyaksikan nafas
terakhirnya ialah Ketua Setiausaha Tun Ahmad
Sarji, Perdana Menteri Mahathir, dan beberapa
yang lain. PM kemudian memerintahkan Ketua
Setiausaha untuk mengumumkan kematian Tunku.
Dia dikebumikan di Makam Diraja Langgar di Alor
Setar sesuai dengan keinginannya yang
ditandatangani sehari sebelum kematiannya.

11

12

13

1. Buku teks Sejarah Tahun 6
2. http://pmalaysia2014.blogspot.com/p/kronologi.html
3. https://ilabur.com/biodata-tunku-abdul-rahman/
4. https://en.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
5. https://pekhabar.com/tunku-dikurniakan-gelaran-

bapa-kemerdekaan/

14


Click to View FlipBook Version