The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhashimah, 2021-10-09 05:42:23

Selawat - Haruman Rohani

Selawat - Haruman Rohani

Keywords: Selawat

HARUMAN ROHANI



Cintailah Nabi Muhammad SAW
Diurus edar oleh:
GALERI ILMU SDN. BHD.
No. 44, Jalan Pekaka 8/3,
Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-61421614/Faks: 03-61421611

Nota:
Untuk EDARAN PERCUMA dan bukan untuk diniagakan.

KANDUNGAN 2

Petunjuk daripada al-Quran yang menyuruh untuk 3
berselawat dan menyampaikan salam ke atas Nabi SAW.
4
Petunjuk daripada Nabi SAW sebagaimana yang
diajarkan cara berselawat dan mengucapkan salam 6
kepada Baginda. 8

Petunjuk daripada Nabi SAW tentang waktu dan 13
tempat untuk berselawat dan menyampaikan salam 15
kepada Baginda. 18
35
Petunjuk daripada Nabi SAW tentang cara dan kaifiat
berselawat dan menyampaikan salam kepada
Baginda SAW dan kaifiat menjawabnya.

Petunjuk Nabi tentang kelebihan berselawat dan
menyampaikan salam kepada Baginda.

Petunjuk Nabi tentang peringatan daripada lupa
berselawat ke atas Baginda kerana ia adalah
syarat ibadah diterima.

Kelebihan menyebarkan ilmu ini dan kecaman
terhadap orang yang menyembunyikannya.

10 Selawat Pilihan

Zikir Asma’ul-Husna

1

PERTAMA:
Petunjuk dari al-Quran yang menyuruh untuk
berselawat dan menyampaikan salam ke atas
Nabi .

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah
dan Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi;
wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu
kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan
dengan sepenuh penghormatan ke atasnya.”

(Al-Ahzab 33: 56)

Penjelasan: Selawat daripada Allah adalah
rahmat, selawat daripada malaikat adalah memohon
keampunan (atas kesalahan, bukan dosa) dan
selawat daripada orang-orang yang beriman adalah
doa.

2

KEDUA:
Petunjuk daripada Nabi SAW sebagaimana yang
diajarkan cara berselawat dan mengucapkan
salam kepada Baginda.
1. Bacalah:

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Penjelasan: Cara paling sempurna dalam berselawat
dan menyampaikan salam kepada Nabi adalah
sebagaimana lafaz yang terdapat di dalam hadis dan
hadis tersebut menerangkan secara lebih terperinci
terhadap firman Allah di atas.
2. Bacalah:

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3

KETIGA:

Petunjuk dari Nabi tentang waktu dan tempat
untuk berselawat dan menyampaikan salam
kepada Baginda .

3. ‘Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah ke
atasku, sesungguhnya selawat kamu itu sampai
kepadaku.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 3164)

4. ‘Sesiapa yang namaku disebut di sisinya, maka
berselawatlah ke atasku.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 6246)

5. ‘Berselawatlah kamu kepada sekalian nabi
apabila kamu mengingatiku, sesungguhnya
mereka (para nabi) itu diutuskan sebagaimana
aku diutuskan.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 178)

6. Sesungguhnya Nabi berselawat dan
menyampaikan salam kepada diri Baginda
sendiri serta berdoa kepada Allah tatkala
masuk dan keluar dari masjid.

7. Ketika Baginda berkata: ‘Sesiapa yang

memasuki masjid, sampaikanlah salam kamu

kepada Nabi, berselawatlah ke atas Nabi

4

dan bacalah:

Yang bermaksud: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu
Rahmat-Mu.’

Apabila keluar (dari masjid), maka sampaikanlah
salam serta berselawatlah ke atas Nabi dan

bacakanlah:

Yang bermaksud: ‘Ya Allah, aku memohon kelebihan
dan anugerah daripada-Mu.’

(Sahih Muslim, Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 515,
Sahih Sunan Abi Dawud: 484)

8. ‘Apabila kamu mendengar muazzin (melaungkan
azan), maka ucapkanlah sebagaimana yang
dilafazkan oleh muazzin, kemudian berselawatlah
ke atasku.’ (Sahih Muslim)

9. Sesungguhnya Nabi menyampaikan salam
dan berselawat ke atas diri Baginda pada
ketika tasyahhud awal dan akhir.

10. Dan Baginda bersabda: ‘Apabila kamu selesai

5

menunaikan solat dan kamu duduk, maka
ucapkanlah pujian kepada Allah dengan apa
yang selayak buat-Nya, serta berselawatlah
ke atasku, kemudian berdoalah, nescaya akan
dikabulkan.’ (Sahih Muslim: 198)

11. ‘Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada
hari Jumaat dan malamnya.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 1208)

KEEMPAT:

Petunjuk daripada Nabi tentang cara dan
kaifiat berselawat dan menyampaikan salam
kepada Baginda dan kaifiat menjawabnya.

12. ‘Berselawatlah kamu serta sampaikanlah salam
kepadaku, kerana sesungguhnya selawat kamu
itu sampai kepadaku walau di mana pun kamu
berada.’ (Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 3785)

13. Perbanyakkanlah berselawat kepadaku,
kerana sesungguhnya bagi Allah itu ada
satu malaikat yang diberikan kepadanya
kemampuan untuk mendengar makhluk.
Ia berdiri di kuburku setelah kewafatanku.
Tidaklah seseorang yang berselawat kepadaku

6

melainkan malaikat tersebut berkata kepadaku,
‘Telah berselawat si fulan anak si fulan
kepadamu satu kali.’ (Hadis Sahih)

14. ‘Sesungguhnya bagi Allah itu ada
malaikat-malaikat yang bertebaran di muka
bumi, menyampaikan salam kepadaku yang
diucapkan oleh umatku.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 2174)

15. Tidak ada seorang pun yang berselawat
kepadaku, melainkan Allah mengembalikan
rohku pada jasadku sehinggalah aku membalas
kembali salamnya. Sahabat-sahabat bertanya:
‘Tidakkah jasadmu mereput?’ (Sahih al-Jami‘
ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 5679) Nabi bersabda:
‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi
daripada memakan jasad para nabi dan
meminum darah mereka.’(Hadis Sahih). ‘Para nabi
itu hidup (hidup di alam barzakh) dalam kubur
mereka dan solat di dalamnya.’ (Hadis Sahih).
‘Aku melintasi Nabi Musa yang berpakaian
berwarna merah ketika peristiwa Israk, Baginda
sedang berdiri menunaikan solat dalam
kuburnya.’

7

Penjelasan: Hadis-hadis ini jelas menunjukkan
kepada kita bagaimana para nabi sedang
menikmati kehidupan di alam barzakh. Begitulah
juga Nabi boleh membalas salam yang
disampaikan oleh umatnya kepada Baginda .

KELIMA:

Petunjuk Nabi tentang kelebihan berselawat dan
menyampaikan salam kepada Nabi.

16. “Telah datang Jibril kepadaku, lalu berkata:
‘Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu
berfirman: Bukankah akan menggembirakanmu
sesungguhnya, tidaklah seseorang yang
berselawat kepadamu sekali melainkan Aku
berselawat (merahmati) ke atasnya 10 kali,
dan tidaklah seseorang itu memberi salam
kepadamu melainkan Aku memberi salam ke
atasnya sebanyak 10 kali’.” (Sahih Sunan an-Nasa’i: 1216)

17. ‘Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan
sekali selawat, maka Allah berselawat ke
atasnya dengan 10 selawat, dihapuskan
daripadanya 10 kesalahan dan diangkat
darjatnya dengan 10 darjat.’ (Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir

wa Ziyadatuh: 6359)

8

18. ‘Tidaklah seseorang hamba yang berselawat
kepadaku melainkan malaikat berselawat
kepadanya, selama mana dia berselawat
kepadaku. Maka hendaklah seseorang hamba
itu berselawat sama ada sedikit atau banyak.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 5744)

19. ‘Sesungguhnya doa-doa itu terhijab,
sehinggalah di dalamnya itu diawali dengan
pujian kepada Allah ‘azza wa jalla dan selawat
ke atas Nabi dan keluarga Baginda, kemudian
berdoalah, nescaya akan dimakbulkan doanya.’

(Hadis Sahih)

20. ‘Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu
pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali,
maka dia akan memperolehi syafaatku pada
hari Kiamat.’ (Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh:

6356)

21. ‘Orang yang paling utama bagiku pada hari
Kiamat (yang paling layak mendapat syafaatku)
ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.’

(Sahih Sunan at-Tirmizi: 484)

22. ‘Tidaklah seseorang yang berselawat kepadaku
sebanyak 100 kali selawat, melainkan
diampunkan dosanya.’ (Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa

Ziyadatuh: 5716)

9

23. Apabila tiba dua pertiga malam, Rasulullah
bangun lalu bersabda: “Wahai sekalian

manusia, ingatlah Allah, ingatlah Allah, tiupan
pertama datang dan diiringi oleh tiupan kedua,
kematian datang dengan yang ada padanya,
kematian datang dengan membawa segala
kelanjutannya.” Berkata Ubai bin Ka‘ab:
“Wahai Rasulullah, aku selalu membaca
selawat untukmu, lalu berapa banyak aku
patut berselawat untukmu?” Rasulullah

menjawab: “Terserah.” Aku bertanya:
“Seperempat?” Rasulullah menjawab:
“Terserah, jika kau tambahi, itu lebih baik
bagimu.” Aku bertanya: “Setengah?” Baginda
menjawab: “Terserah, jika kau tambahi, itu lebih
baik bagimu.” Aku bertanya: “Dua pertiga?”
“Terserah, jika kau tambahi, itu lebih baik
bagimu.” Aku berkata: “Aku akan menjadikan
seluruh selawatku untukmu (mengisi setiap
waktu lapang dengan sentiasa selawat
untukmu).” Baginda bersabda: “Kalau begitu,
kau dicukupkan daripada dukamu dan dosamu
diampuni.”

10

Penjelasan: Jika kita inginkan Allah dan malaikat-Nya
berselawat ke atas kita dan Allah mengeluarkan
kita daripada kegelapan kepada cahaya, serta
mencukupkan segala keperluan di dunia dan
akhirat, maka jangan tinggalkan atau lupakan
selawat ke atas Nabi dan ahli keluarga Baginda
bahkan hendaklah kita memperbanyakkan selawat.
Kerana Allah Taala berfirman:

Yang bermaksud: Dialah Yang memberi rahmat
kepadamu dan malaikat-Nya juga untuk

mengeluarkan kamu daripada gelap gelita kepada
cahaya yang terang benderang; dan adalah Dia
sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada orang
yang beriman. (Al-Ahzab 33: 43)

Seseorang bertanya: ‘Sejak bilakah Allah Taala dan
malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi ?’ Maka
jawapannya: ‘Sejak Allah memperakui Baginda
sebagai Nabi.’ ‘Dan bilakah Allah menuliskan
Baginda sebagai Nabi?’ Jawapannya, ‘Dalam sabda
Baginda: Sesungguhnya aku ... ditulis sebagai Nabi
dan ketika itu Adam berada antara roh dan jasad.’

(Hadis Sahih)
11

Sesungguhnya tujuan daripada selawat Tuhan
sekalian alam dan malaikat-Nya ke atas orang
beriman ialah untuk mengeluarkan mereka daripada
kegelapan kepada cahaya (... untuk mengeluarkan
kamu daripada gelap gelita kepada cahaya yang
terang benderang ... .) (Al-Ahzab 33: 43). Manakala
tujuan daripada selawat Tuhan sekalian alam dan
malaikat-Nya ke atas Nabi ialah supaya Baginda
tetap dalam cahaya dan tidak keluar kepada
kegelapan selama-lamanya. Tatkala Baginda
keluar dari perut ibunya, seolah keluar cahaya
yang menghilangkan kegelapan dunia. Seperti
firman Allah Taala: (... Sesungguhnya telah datang
kepadamu cahaya daripada Allah, dan sebuah Kitab
yang jelas keterangannya) (Al-Mai’dah 5: 15). Dan Allah
telah menjadikan kekuatan cahaya Baginda itu
seperti kuatnya cahaya yang terang seperti firman
Allah Taala: (Dan juga sebagai penyeru manusia
seluruhnya kepada agama Allah dengan taufik yang
diberi-Nya; dan sebagai lampu yang menerangi)
(Al-Ahzab 33: 46). Sedangkan matahari tidak setanding
dengan cahaya Baginda kerana cahaya Baginda
itu menyinari namun tidak membakar dan tidak
juga sekadar menyinari penghuni bumi, malah
dalam masa yang sama cahaya Baginda menyinari

12

sekalian alam. Seperti firman Allah Taala: (Dan
tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam). Sesungguhnya
Baginda seperti cahaya yang kelahirannya menjadi
cahaya yang menyinari seluruh alam. Dan ia tidak
hilang selepas kewafatan Baginda, bahkan ia
tidak akan hilang sehingga Hari Pembalasan. (Dia
yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad)
dengan membawa petunjuk dan agama yang benar
untuk dimenangkan atas segala agama yang lain,
walaupun orang musyrik tidak menyukainya).

(At-Taubah 9:33)

KEENAM:

Petunjuk Nabi tentang peringatan daripada lupa
berselawat ke atas Nabi kerana ia adalah syarat
ibadah diterima.

24. ‘Doa itu ibadah.’ (Sahih Sunan Abu Dawud: 1329)

25. ‘Setiap doa (ibadah) itu terhijab sehinggalah
berselawat ke atas Nabi Muhammad dan ahli
keluarganya.’ (Hadis Sahih)

26. ‘Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila
disebutkan namaku, dia tidak berselawat ke
atasku.’ (Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 2878)

13

Penjelasan: Kerana dia kedekut dengan diri
sendiri apabila menghalang dirinya daripada
mendapat ganjaran pahala selawat ke atas
Nabi.

27. “Telah datang Jibril kepadaku, lalu berkata:
‘Wahai Muhammad … dan barangsiapa yang
disebut namamu kepadanya, tetapi dia tidak
berselawat kepadamu, jika dia mati, maka akan
masuk neraka, dijauhkan dari Allah, katakanlah
Amiin.’ Maka aku katakan Amiin.” (Sahih al-Jami‘

ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 70)

28. ‘Tidak duduk sesuatu kaum dalam suatu
majlis yang tidak mengingati Allah, juga tidak
berselawat ke atas Nabi mereka melainkan
mereka dalam keadaan menyesal pada hari
Kiamat, jika Allah menghendaki Dia akan
menyeksa mereka dan jika Dia menghendaki
Dia akan mengampunkan mereka … dan
mereka akan dimasukkan ke dalam syurga
sebagai balasan pahala mereka.’ (Hadis Sahih)

29. ‘Sesiapa yang lupa untuk berselawat kepadaku,
nescaya dia terkeliru jalan untuk ke syurga.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 6568)

14

KETUJUH:

Kelebihan menyebarkan ilmu ini dan kecaman
terhadap orang yang menyembunyikannya

Apabila engkau inginkan pahala sedekah jariah
untukmu dan juga orang lain, maka sebarkanlah
ilmu yang penuh bermanfaat ini dengan mencetak
dan mengedarkannya sebagaimana sabda Nabi :

30. ‘Sesiapa yang boleh memberi manfaat kepada
saudaranya, maka berilah manfaat kepadanya.’

(Riwayat Muslim)

31. ‘Sesiapa yang memberi ilmu kepada orang
lain, maka baginya pahala sebagaimana yang
diamalkan (oleh orang yang mendapat ilmu
daripadanya), tidak berkurang pahala daripada
si pelaku.’ (Sahih Sunan Ibnu Majah: 196)

32. ‘Sesungguhnya yang sampai kepada seorang
mukmin dari amalannya dan kebaikannya
setelah meninggal dunia ialah ilmu yang
diajar dan disebarkannya, anak soleh yang dia
tinggalkan, mashaf al-Quran yang dia wariskan
(atau buku-buku agama), masjid yang dia
binakan, rumah yang diperuntukkan untuk

15

ibnu sabil yang dia binakan, sungai yang dia
alirkan (atau dia memberi sumbangan untuk
perkara-perkara tersebut), dan sedekah yang
dia keluarkan dari hartanya dalam keadaan
sihat dan hidup. Semuanya ini akan menyusul
ketika dia meninggal dunia kelak.’ (Sahih Sunan

Ibnu Majah: 198)

33. Tidaklah seseorang itu bersedekah dengan
sesuatu yang mampu menyamai seperti
menyebarkan ilmu. (At-Thabrani)

34. ‘Orang yang paling beruntung dalam
kalangan kamu selepas aku ialah orang yang
mengajarkan ilmu dan ilmunya tersebar,
dibangkitkan pada hari kiamat dengan umat
yang satu.’ (Al-Baihaqi)

35. Dan apabila ditanya kepada Nabi tentang
seseorang yang meninggal, Baginda bersabda
‘Sekiranya dia seorang Islam, dan kamu
membebaskan seorang hamba untuknya, atau
kamu mengeluarkan sedekah bagi pihaknya,
atau kamu menunaikan haji untuknya, nescaya
perbuatan itu akan bermanfaat kepadanya.’

16

36. Dan berwaspadalah agar tidak menghalang ilmu
ini daripada orang lain kerana Rasulullah SAW
bersabda:
‘Sesiapa yang menyembunyikan ilmunya,
nescaya pada hari kiamat akan dikekang dirinya
dengan tali kekang daripada api neraka.’

(Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh: 6517)

RUJUKAN: • Al-Quran al-Karim • Tafsir ath-Thabari • Sahih al-Bukhari
• Sahih Muslim • Al-Bukhari wa Muslim • Sahih al-Adab al-Mufrad lil Bukhari

• Sahih Sunan at-Tirmizi • Sahih al-Jami‘ ash-Shaghir wa Ziyadatuh
• Sahih Sunan Abi Dawud • Sahih Sunan an-Nasa’i • Sahih Sunan Ibnu Majah

• Misykat al-Mashabih • Sahih at-Targhib wa at-Tarhib.
Semoga ilmu ini menjadi ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah bagi
mereka yang menyebarkannya, juga kepada orang lain sama ada yang masih
hidup atau sudah meninggal dunia. Ilmu ini adalah cuplikan daripada kitab

Zad al-Muslim oleh As-Sayyid Muhammad al-Labudi.
17

10 SELAWAT PILIHAN

• Selawat Ibrahimiyyah
• Selawat Fatih
• Selawat Syifa’

• Selawat al-Anwar
• Selawat Munjiyah
• Selawat Ummiy
• Selawat ‘Azimiyyah
• Selawat Imam asy-Syafi’i
• Selawat Imam al-Ghazali
• Selawat Sayidina Ali

(Dipetik daripada buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan susunan Iqbal Zain al-Jauhari
terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.)

18

19

1. SELAWAT IBRAHIMIYYAH

‫آعآع ِآلآل ِِللََسس ِّيِّي ِِددنَنَاا‬.َ‫بَاَاََاللص ّلََرَّل َّل ُْهُكهيْ يِ ََّّممََفتبتَااَلْصلَِلَر َعّىَِىَ ْالكععلَ ِملََلََسََسَىَىسسيِّيِّيَعِِّّييعإِإنِِببدْْدِِددإِنََنََََسررننََسنَّااااِااّيِّي ِإِإَِِِههِدبْبدكْحُحُييْْنَنَََممََرراََاامماَمََّّمم ِِحهِحُهحٍٍُدديْيْمَيْمَ ٌََََّّممدمم ٍٍدَدَوَجو ِمَللََوَويَْىَى لَلَعٌعدىَى‬ ‫َك َما‬
‫َك َما‬

Terjemahannya: Ya Allah, berilah rahmat-Mu kepada

Penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga

Penghulu kami Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau

telah merahmati Penghulu kami Nabi lbrahim dan

keluarga Penghulu kami Nabi lbrahim. Dan berkatilah

Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu

kami Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah

memberkati Penghulu kami Nabi Ibrahim dan keluarga

Penghulu kami Nabi lbrahim. Sesungguhnya Engkau Maha

Terpuji lagi Maha Pemurah bagi seluruh alam.

20

2. SELAWAT FATIH

‫ُحمَ َّم ٍد اَلْ َفاتِ ِح لِ َما أُ ْغ ِل َق َوا خلَْاتِ ِم‬ ‫اَللِلَّ َمُهاالَّْم ُمَس َْبَسصَتَ ّقِ ِقلنَيْا ِلَم ىَرِعَو ِص ىلَ َاس ِعّي حْلَِآد ِِّهنَقِال‬
‫ َك‬.‫* َحبِاَّق حْلَ َق ِّ ْقد ِرَوهِالْ ََوهاِم ِدْق َديا ِاِرلهِىالْ َعرِ َِصظايْ ِِطم‬

Terjemahannya: Ya Allah, limpahkanlah selawat-
Mu kepada Penghulu kami, Muhammad, pembuka
sesuatu yang terkunci, penutup sesuatu yang
terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran,
pemberi petunjuk ke jalan-Mu yang lurus, serta
kepada ahli keluarga dan Sahabat, sesuai dengan
darjatnya yang sebenar dan kedudukannya yang

agung.

21

3. SELAWAT SYIFA’/
THIBBIL QULUB/ THIBBIYAH

.‫َواََلل ىَ ََلّوع َوَاهنُعآِ َّطمِهِْوف ِليَِِّر َبِةَاوصااِّأَْلْلَلصأُْبقَْل َْللُحَْجىَِْبوصعاَِهِس ِرباََسوِدََِّيَبوواَدَِِودجِرَنَِوَاشااْكئَِلفئَِاهُح َوئَِاهمَ ََاهَّسما ِلٍّد ْم‬

Terjemahannya: Ya Allah, berilah rahmat ke atas
penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan
berkat Baginda, engkau menyembuhkan hati-
hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh
badan juga memberi kesembuhan penyakit serta
mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah
juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas
keluarga dan sahabat Baginda.

22

4. SELAWAT AL-ANWAR

‫ ْخرِ َسيَ ِّاِّيس ِِرادنَأْاَلَع َُحدرْمَََدس َّامنِ ِرٍدَع َاَوملْتِاُمْرل َيلْاخِه َتِاق ِر‬.‫ا أاَْلَل َّلَوْغُآهيَِه َّامِل ِرا َأَصْوَل ِِّْملط ْف َهتََلااَى ِر ِعح َنُوأَبَوا ِْرصِاب ََوأحْأاََلالْفْنْبِيََِوهَاَضساِاراِهأَِِْللرَو‬

Terjemahannya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat
kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari
segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan,
pembuka pintu kemudahan, yakni Penghulu kami
Nabi Muhammad SAW yang terpilih, keluarganya
yang suci dan para sahabatnya yang mulia
sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurnia-Nya.

23

5. SELAWAT MUNJIYYAH

‫بِاَهِما ِمحْْلَاَنالِْعن َلّنْمََجُهِجاَمَد َّيِمج َِِيكعت ِ َعاأَصَواّلُِْتخلْلَأىَََْلرعطَْيَْلهِّااه ىََولُرعاَِّدنَتِاَلرَ يِسبَِِّيجَوفَهااِداْآانَِلاتِمحفَْلَاَيَْحُونامُِّتِةتَّبَممَ َِلِّوجٍَدوَبُيغ َتَِْنععْقَا َصدا ِيبِلَااَهلَّلْاسضًةَم ِيّأَ َئَمُنتقْلَاانْا ىَ ِِِبِجتت َيهصاَنََووااتََللْ مَْبِىَرَغِجَعَهافيايَُآعَاعهَِن ِلاِت‬
.‫َو َص ْح ِب ِه َو َس ِلّ ْم ت َ ْس ِليـ ًما َك ِثي ًرا‬

Terjemahannya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada
Junjungan kami Nabi Muhammad SAW, yang dengan rahmat
itu Engkau akan menyelamatkan kami daripada semua
keadaan yang mendebarkan, dan daripada semua cubaan,
yang dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan
kepada kami hajat, yang dengan rahmat itu Engkau akan
membersihkan kami daripada semua keburukan dan
kesalahan, yang dengan rahmat itu Engkau akan mengangkat
kami kepada setinggi-tinggi darjat. Yang dengan rahmat itu
pula Engkau akan menyampaikan kami kepada sesempurna
semua maksud daripada semua kebaikan pada waktu
hidup dan setelah mati. Semoga Allah limpahkan rahmat
dan keselamatan kepada Nabi Muhammad, keluarganya,
sahabatnya serta seluruhnya.

24

6. SELAWAT UMMIY

‫ َو َر ُس ْولِ َك‬.‫اَللَّ ُه َّم َصا ِّلل َّن يِ ِلَّبىَعا أَُْلس ِي ِّي ِّمِدنَ َوا َل ىَحُمَع َّمآ ِهٍدِل ََوعبَْصِد ْحَك ِب َِهونَ َِوب ِّيَس ِلَّكْم‬

Terjemahannya: Ya Allah, limpahkanlah selawat
atas Penghulu kami Nabi Muhammad hamba-
Mu, Nabi-Mu, Rasul-Mu, Nabi yang Ummiy dan
juga kepada keluarga dan para sahabatnya
limpahkan pula salam sejahtera padanya.

25

‫‪7. SELAWAT ‘AZHIMIYYAH‬‬

‫اَللَّا ذَُّه ِل َّم إِي ِ ّي َْمن أَأََل ْسأَأَلُْر اََكك َبِننُوَع ِرْر ِ َوشْجاِهلال ِلهلاهلْاَعلْ َِعظي ِظِمي ِم‬
‫َو َليَِيىََاوعأَف َلَاَمصَْىلآنُلهِْاَعُّورِِّلتاَُكلآولًةَلَِِمِنَلص ْاثحْمَِدينََاَّيَليَِلَئَِووحااِ ََّقٍملةبَذَلاًَّنحُلِةَىاَمََمْوفعلبَََِّنملِكَََِْهدمفُتد ََْسوواوٍباِاياََلْ ِاَِهمَلسعظمْنََجااَذِاظَالَْعِععهيلَواًحَُِِرهبدَامماَلِيَْداخلَّْبيُِِمُملَْولَُقٍَْمََبندعاِااْلقدِ َِظلذيِوِِاطرِيهَبلفًنِْيْميااَذَعنَلاْ ِاََعُتيِهَعظلَِْلْْقعيَِتقِظََِمكِمظظْايدَاميًْلِةِمَارلولًملِهََااوسِهلمْاََِلّمَجاَلْعحنَِْلملَْْعَاعَِِّظعقًمَِيَظعِاتظَِيلمَكيِيْبمَِيمِهنَْ‬
‫َوا ْج َعلْ ُه يَا َر ِّب َُقربْو َ ًلحاا آْذِلَلاِخِي َرْت ِة ِميَاْن َع مَ ِِجظيي ِ ُعم‪.‬الْ ُو ُجو ِه ِيف ال ُّد ْنيَا‬

‫‪26‬‬

Terjemahannya: Ya Allah aku memohon kepada-Mu
dengan perantaraan Nur Wajah Allah yang Agung,
yang memenuhi tiang-tiang penyanggah ‘Arasy Allah
Yang Maha Agung yang dengan (perantaraan Nur
Allah tersebut) terciptalah seluruh alam semesta
Allah Yang Maha Agung.
Kiranya Engkau melimpahkan rahmat ta‘zhim
kepada Junjungan kami Nabi Muhammad yang
memiliki kedudukan yang agung, dan juga kepada
keluarga Nabi Allah yang besar, berkat kedudukan
Keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung.
Selawat yang terus menerus berkat keabadian Allah
Yang Maha Agung, sebagai pengagungan terhadap
hak-hak-Mu, wahai Tuhan kami.
Wahai Tuan kami, wahai Muhammad! Wahai Pemilik
budi pekerti yang agung! Dan limpahkan salam
sejahtera kepada Baginda dan keluarganya seperti
itu.
Kumpulkanlah antara aku dan Baginda,
sebagaimana Engkau kumpulkan antara roh dan
jiwa, zahir dan batin, bangun dan tidur.
Serta jadikanlah Baginda, wahai Tuhanku, sebagai
roh bagi jasadku daripada seluruh segi di dunia
sebelum akhirat, Wahai Yang Maha Agung.

27

8. SELAWAT IMAM ASY-SYAFI‘I
Lafaz pertama:

‫ه‬.ِ‫َاََووَول َوََّلََصصَصُه ِّّصِِّلَّلمّلِل لَلَلََ َىىَلَصىَعَىعّعِلع َََسسسََلِّيِّيسِّي َى ِّيِِدِدعد ِنَنَدنَااناََسا ِّيحُُححُمَمَِحُمَد َّمََّمنمََّماَّمٍٍدٍدد ٍدحُ َمََكَكبِك َّــمََعم ََمٍامَددااأَِبِدتََحُمَعنِْتَْمرَبَد ِيَُِّْندبتغلَأََبِماْمالْْلننيُ َّ َّيُصَص ََاصَ َاصصِّلىَّللَّىُةلِةل َعَعََععَلَعلَلَلَيْلَيْيْيِْيْهِهِِهه‬

Terjemahannya: Ya Allah, limpahkanlah selawat
kepada Penghulu kami Nabi Muhammad sebanyak
jumlah orang yang berselawat kepadanya,
limpahkanlah selawat kepada Penghulu kami
Nabi Muhammad sebanyak jumlah orang yang
tidak berselawat kepadanya, limpahkanlah
selawat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad
sebagaimana selawat yang Engkau perintahkan
kepadanya, limpahkanlah selawat kepada
Penghulu kami Nabi Muhammad sebagaimana
Engkau suka agar dibacakan selawat atasnya, dan
limpahkanlah pula selawat kepada Penghulu kami
Nabi Muhammad sebagaimana selayaknya ucapan
selawat atasnya.

28

Lafaz kedua:

‫ك َر ُه ال َّذا ِك ُر ْو َن‬.َ ‫َص ّىَل الل ُه لَ َىع َونَ َِبغ ِّي َفَن َال َس َعِّي ِْدننَاِذ ُْحكمَِر َّهِم ٍادلْ َغُلاكَّفَِملُاو َذ َن‬

Terjemahannya: Ya Allah, limpakanlah selawat atas
Nabi kami, Penghulu kami Nabi Muhammad, selama
orang-orang yang ingat menyebut-Mu dan orang
yang lalai melupakan untuk menyebut-Mu.

29

9. SELAWAT IMAM AL-GHAZALI

‫َو َاََخلصتْ َالَّ د ُُهلل ًةَّم خَِدُباَلُئِص ْوَِّم ِلدًة َكَل ُم َى َوعْساَتَلَسِم ِّي ََّارِغدًةيَنَاَتَة ُلدَحُ َهْمَوا َُّمم ٍُدبِد ْوَدَو ََنواىلَََِممع ْرآَكَِلضاَوتََِتسبِّْيَ َىك ِدقنََوا اَبِبَل حُ َقمَا ََّمجئِ ٍَزدَاك َء‬
‫َو ْج ِه َك‬ ‫َوال َّن ْظ ِر‬ ‫َغ رَْي َج َّن ِت َك‬ ‫َو ُم َص ِلّيْ َها‬ ‫ِل َقائِ ِل َها‬
‫إِل َى‬ .‫الْ َك ِريْ ِم‬

Terjemahannya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat
pada Junjungan Kami Nabi Muhammad dan kepada
keluarga Junjungan Kami Nabi Muhammad rahmat
yang kekal dan terus-menerus. Ia kekal kerana
kekekalan-Mu. Dia tetap kerana ketetapan-Mu.
Dia terus kerana penerusan-Mu, tidak ada hujung
baginya tanpa keredhaan-Mu. Tidak ada balasan
bagi pembacanya dan pemohonnya melainkan
syurga-Mu dan melihat kepada wajah-Mu yang
Maha Mulia.

30

‫‪10. SELAWAT SAYIDINA ALI‬‬

‫َوَو َبنَا َو ِرا ىِ َئمابَلْ ََرم اَكْستِ ُم َ ْكو َا َكو َر ِأْتفَ‪َ ،‬ة‬ ‫َدا يَِح الْ َم ْد ُح َّوا ِت‬ ‫اَل َلّ ُه َّم‬
‫رََشائِ َف َصلَ َواتِ َك‬ ‫ِا ْج َع ْل‬
‫لِِعأََوللِْْوحبََِوَْوَِتبمِحمََوارِهُُّأانَِيمأَلِنِْنَْبَّمأُدىُكَهَارِهرْكََْغياِِقَكمَدالَِْجلبكَِيَ ََغمَحِلًَِلُقامِتسَى َْتِفاجْخوعِطاَلَوًُاإْازاِِليْظلَِْضلْاَوسقَعَُخـقلْْاِّشيَِِتسِلباِانلُ َِاَتَِدعٍحَْوِنََِلاْوكهماتُِسَمِلشِِب‪،‬دُامتِحَُهمَفأآََبمَْاْيكْااَلُسهَّْلعمبَُأَتَدََْواَمَلٍَُسْءدوداَِأَبَْكعطفِا َِِيْمَاًلََزيَقخضعيْاِللًْيبْوْلونُِهَِِياومَِمادَتََلفَضْكاَكَلوَاُِمكَلنَىمََماصِّااْدععلَُِْْئِويرْتِلَلمََنَِمُررَِأاْانَِبِضّنفحُلُْسمأاَاَِِاَفتِْوْولوِْذتهلَبنَِ ُِلحَْألَِاَفَِنعتكَاَِّهْأيْمكْقََلوُثََِْأَووراااضبَِْحلْخََْْإاْسَكاَكِحفِاَطعلبَلكِازثايًلَْنَِِتَِباَِمحَُِّْمععِنُقىَّهحَم‪،‬ت ًة‬

‫‪31‬‬

‫مزَنِيَّنايِْنَْئفناَِءِطلُها ٍٍَبْعتقَِتوَْعأَدَعهَنََُِلاعْطكثِا َِْردئِكَغٍَْملكَرْكَي‬.‫لَ ىَكاَهيَِعَملُلوِاَُبللْبِضْنُنُْنَهَرمْاوالََّفَْهمَرِْءاَحُمهاْالٍَُضقفْنَلوْاِولأََّنلََ ِساَلِعَةِْجْكحِ َِظوزَذسُِهيْامهََجٍُلَبِهمَِِم‬.‫ضكاِاَامَلكلبََِوْعاّلَنَّ ََُشوفُخهنُاحََفْلهَََُّّماطْزِّوِقٍَدهةأَِتزَُلِة َاْرفَثَع َوََوِومأَْْخاللَْحََتِصمبِرًْةٍَّْمِرَلي‬.َ‫َوُمأَ َهامَُللَْثَْْكوجَمَوَََّمِرزداْعهُُِْهقَسرلُابُلُْدوْموَْلوٍَُ ََِيلتْل‬

Terjemahannya: Ya Allah, Pencipta bumi yang
menghampar, Pencipta langit yang tinggi, dan
Penuntun hati yang celaka dan yang bahagia
pada ketetapan-Nya, jadikanlah selawat-Mu
yang mulia, berkat-Mu yang tidak terbatas dan
kasih sayang-Mu yang lembut pada Penghulu
kami Nabi Muhammad hamba dan utusan-Mu,
pembuka segala hal yang tertutup, pemangkas
yang terdahulu, penolong agama yang benar

32

dengan kebenaran, dan penakluk bala tentera
kebatilan seperti yang dibebankan padanya,
sehingga dia bangkit membawa perintah-Mu
dengan tunduk kepada-Mu, siap menjalankan
redha-Mu, tanpa gentar dalam semangat dan
tanpa kelemahan dalam kemahuan, sang
penjaga wahyu-Mu, pemelihara janji-Mu, dan
pelaksana perintah-Mu sehingga dia nyalakan
cahaya kebenaran pada yang mencarinya,
jalan-jalan nikmat Allah terus mengalir
pada ahlinya, dengan Nabi Muhammad hati
yang tersesat memperoleh petunjuk setelah
menyelami kekufuran dan kemaksiatan, dia
(Muhammad) telah memperindah tanda-tanda
yang terang, hukum-hukum yang bercahaya,
dan cahaya-cahaya Islam yang menerangi,
dialah (Muhammad) orang yang jujur yang
dipercayai oleh-Mu dan penyimpan ilmu-Mu
yang tersembunyi, saksi-Mu di hari kiamat,
utusan-Mu yang membawa nikmat, Rasul-Mu

33

yang membawa rahmat dengan kebenaran.
Ya Allah, luaskanlah syurga-Mu baginya,
balaslah dengan kebaikan yang berlipat ganda
dari anugerah-Mu baginya, iaitu kelipatan yang
mudah dan bersih, dari pahala-Mu yang dapat
diraih dan anugerah-Mu yang agung dan tidak
pernah terputus.

Ya Allah, berilah dia darjat tertinggi antara
manusia, muliakanlah tempat tinggal dan
jamuannya di syurga-Mu, sempurnakanlah
cahayanya, balaslah jasanya sebagai utusan-
Mu dengan kesaksian yang diterima, ucapan
yang diredhai, pemilik ucapan yang lurus, jalan
pemisah antara yang benar dan yang batil dan
hujah yang kuat.

34

ZIKIR
ASMA’UL-HUSNA

dan Terjemahan

‫َو لِهَّلِ ٱ ۡألَ ۡس َمآ ُء ٱ حۡ ُل ۡس ىَ ٰن َفٱ ۡد ُعوهُ بِ َهاۖ َو َذ ُرواْ ٱ ذَّ ِلي َن‬
١٨٠ ‫يُ ۡل ِح ُدو َن ِي ٓف أَ ۡس َ ٰٓمئِهِۚۦ َس ُي ۡج َز ۡو َن َما َاكنُواْ َي ۡع َملُو َن‬

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu

dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti
mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah

mereka kerjakan.
(Al-A’raf 7:180)

Dari Abu Hurairah r.a.,
bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh
sembilan nama, iaitu seratus kurang satu.
Barangsiapa yang dapat menghafalnya, ia masuk surga.
Dia Yang Maha Esa dan mencintai yang esa. ”

(HR. Muslim)

35

36

37

Dalam hadis riwayat Anas,
Nabi bersabda:

Ertinya: “Engkau bersama orang
(atau golongan) yang engkau cintai.”

(Riwayat Bukhari)

DOA MOHON KURNIAAN BERTERUSAN

Ertinya: “Ya Allah, aku meminta dari-Mu iman
yang tidak goyah, nikmat yang tidak berhenti dan
agar aku mendampingi Muhammad S.A.W di dalam

tempat tertinggi dalam syurga yang kekal.”

(HR. Ibnu Hibban-Mawardi no. 2436)


Click to View FlipBook Version