The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ., 2021-10-20 04:22:04

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor 2021

Buku Program Hari Guru

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
ATUR CARA MAJLIS 3
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 4
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR 5
KAMI GURU MALAYSIA 6
IKRAR HARI GURU 7
GURU IKON 8
TOKOH GURU 9
TOKOH KEPIMPINAN 10
JAWATANKUASA 11
PENGHARGAAN 14

2

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

ATUR CARA MAJLIS

MASA PERKARA
8.50 PAGI
9.00 PAGI MUZIK LATAR PEMBUKAAN MAJLIS

9.10 PAGI LAGU NEGARAKU
9.20 PAGI LAGU NEGERI SELANGOR
9.25 PAGI LAGU KAMI GURU MALAYSIA
9.30 PAGI VIDEO LAFAZ IKRAR HARI GURU
9.35 PAGI
9.45 PAGI BACAAN DOA
9.55 PAGI UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
10.25 PAGI
10.35 PAGI VIDEO MONTAJ
10.45 PAGI UCAPAN TUAN PPD
10.55 PAGI UCAPAN PERASMI
VIDEO PENYERAHAN GURU IKON
11.05 PAGI
VIDEO TOKOH GURU
VIDEO PENYERAHAN ANUGERAH TOKOH GURU

VIDEO TOKOH KEPIMPINAN
VIDEO PENYERAHAN ANUGERAH TOKOH
KEPIMPINAN
MUZIK LATAR PENUTUPAN MAJLIS

3

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

“Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’
Para guru, saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi
membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu
memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran
atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid
perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran
insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian
seseorang.
Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana
seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas
untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut
dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang
mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada
masyarakat dan negara.
Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal
demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga
kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang
dalam pelbagai aspek kehidupan.
KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’ ini dapat memberi semangat
baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu
dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari
16 Mei sentiasa dinanti,
Sambutan meriah penuh tradisi;
Terima kasih guru-guru yang dikasihi,
Jasa baktimu sentiasa diingati.

Puan Hajah Anismah Binti M. Noh
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

4

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

KATA ALU-ALUAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.
Salam Sehati Mengungguli Prestasi.
Salam Selangor Terbilang.

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru di daerah Hulu Selangor. Hari Guru yang
disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai jasa dan
pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Sambutan Hari
Guru Tahun 2021 merupakan sambutan yang paling bermakna kerana telah genap 50 tahun
semenjak ianya disambut buat kali pertama pada tahun 1972.
Tema yang sama telah digunakan pada tahun ini iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”
ini menyentuh peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina
generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru
merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan
pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong learning).
Pada tahun ini PPD Hulu Selangor menambah bilangan anugerah sempena hari guru. Jika sebelum
ini, hanya dua orang guru sahaja yang dipilih untuk dianugerahkan sebagai tokoh guru dan tokoh
kepimpinan, tapi pada tahun ini, kami telah menanmbah 12 lagi kategori Ikon Guru mengikut bidang
masing-masing.
Saya ucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih sama ada sebagai tokoh guru, tokoh
kepimpinan dan ikon guru sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor tahun 2021.

Terima kasih cikgu.
Andalah pewaris negara bagi membentuk generasi baharu.

Puan Rozlina Bt Abdul Ghani
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor.

5

SAMBUTAN HARISGAUMRBUUDTAAENRAHHARHIUGLUURSUELDAANEGROARH2H0U2L1U SELANGOR 2021

KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

6

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

7

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

GURU IKON

BIL ANUGERAH NAMA PENERIMA SEKOLAH

1 ANUGERAH KOKURIKULUM NORHASMADI BIN SK TAMAN BUNGA
GURU IKON SEKOLAH RENDAH NORDIN RAYA
SENI BUDAYA RAFIDAH BINTI KAMIS SMK TAMAN BUNGA
2 SEKOLAH RAYA 1
MENENGAH
3 SUKAN SEKOLAH PRABHAKARAN A/L SJKT LADANG KERLING
RENDAH RAMACHANDRAM
4 ANUGERAH PEMULIHAN KHAS ROSLEE BIN ABDUL @ SK KAMPUNG
GURU MOHD SOEHARTO
PENDIDIKAN KHAS MOHD RINO BIN MOHD SK TUN ABDUL RAZAK
5 CEMERLANG SEKOLAH RENDAH JOHARI
PENDIDIKAN KHAS MAHEZAN BINTI MAT SMK BUKIT SENTOSA 2
6 SEKOLAH JUSOH
MENENGAH
7 PRASEKOLAH HAJAH NIK RAIHAN BT HJ SK BANDAR BARU
NIK MAT BATANG KALI
8 ANUGERAH GURU INOVATIF SK RASA
9 NOR WAHIRA BINTI ALI SK RASA
NORASHIKIN BINTI MOHD
10 ANUGERAH KHAS PENCIPTA YUSOF SMK AMPANG PECAH
FAIRUZZAH BINTI ZAINOL

PENDIDIKAN KANDUNGAN

DIGITAL (TVET –

SEKOLAH

MENENGAH)

11 GURU PENDIDIKAN ABD SUKOR BIN YUSOF SMK SUNGAI CHOH

MAYA (TVET –

SEKOLAH

MENENGAH)

12 PDPR (TVET – HANIF BIN HASNI SK SUNGAI CHOH

SEKOLAH RENDAH)

8

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

TOKOH GURU

Nama Penuh : Zainal Bin Sudin

Tarikh Lahir : 19 Oktober 1960

Tempat Lahir : Durian Tunggal, Melaka

Tempat Membesar : Kg Melayu, Kepong

Nama bapa : Sudin bin Jaamat

Nama ibu : Zainab bin Jendol

Pekerjaan bapa : Pengawas Hutan di FRIM

Pekerjaan ibu : Suri rumah

Bil adik beradik :6

Sekolah rendah (Tahun) : SK Kepong dan SK Kampung Batu

Sekolah menengah (Tahun) : SMK Kampung Batu

Universiti : Universiti Malaya (UM)

Posting pertama dan seterusnya:

1. SMK Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

2. SMK Dato’ Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

3. SMK Kuala Kubu Bharu.

Aktif dalam bidang apa selain Pendidikan: Sukan dan permainan

Tarikh perkahwinan : 27 Julai 1989

Nama isteri : Faizah binti Yusof

Bil anak : 1 lelaki 4 Perempuan

Hobi : Jogging dan berkebun

Prinsip hidup : Berusaha dan Berikhtiar buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah

larang.

Kenangan manis di SMKKKB : Dapat menyesuaikan diri dan bekerjasama dengan semua Tuan

Pengetua.

Sumbangan Kerjaya :

#Peringkat Kebangsaan

1. Jurulatih Utama Kebangsaan Ekonomi Asas/Ekonomi.

2. Ketua Pemeriksa Bersama Ekonomi Asas/Ekonomi.

3. Panel Ekonomi Asas/ Ekonomi SPM.

4. Panel Perekaan Bentuk Format Soalan Ekonomi.

5. Panel Penggubal DSKP Ekonomi.

6. Jawatankuasa Teknikal Penilaian Buku Teks Ekonomi Asas.

7. Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM)

#Peringkat Negeri

1. Kakitangan Sumber/ Jurulatih Utama Negeri Ekonomi Asas/ Ekonomi.

2. Penceramah/ Fasilitator Ekonomi Negeri.

3. Panel Modul PINTAS.

4. YDP Majlis Guru Cemerlang Selangor.

#Peringkat Daerah

1. Kakitangan Sumber/ Jurulatih Utama Daerah Ekonomi Asas/ Ekonomi.

2. Penceramah/ Fasilitator Ekonomi Asas/ Ekonomi.

3. Penulis Buku MAGIK SPM 2018, 2019, 2020 EKONOMI 3767

APC : 1995 dan 2004

Anugerah/ Penghargaan : Guru Ikon Peringkat Negeri Selangor, 2020.

9

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

TOKOH KEPIMPINAN

Pada tanggal 18 Mac 1964 merupakan tarikh keramat bagi pasangan bertuah
Abdullah bin Mat dan Halipah binti Ibrahim di Kampung Sungai Miang, Pekan,
Pahang apabila dikurniakan seorang putera yang diberi nama Abdul Rahman.
Insan ini telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan diberi pendidikan
yang sempurna. Pada tahun 1971 beliau telah memulakan zaman persekolahannya
di SK Sungai Miang, Pekan , Pahang sehingga 1976. Kemudian insan ini telah
melanjutkan pelajarannya di SMK Panching Selatan, Kuantan dari tingkatan 1
hingga 3 iaitu pada tahun 1977-1979. Pada tahun 1980-1983, beliau telah
melanjutkan pelajarannya pula di SM Abdul Rahman Talib (SMART).

Bagi menzahirkan impiannya menjadi seorang pendidik beliau telah meneruskan
pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1983-1985 dan
telah memperoleh Sijil Perguruan Asas. Bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan
yang sedia ada dan profesian keguruan, beliau melanjutkan pengajian secara PJJ di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2011 dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda.

“Selamat pagi, cikgu”, ucapan keramat pertama beliau terima pada tahun 1986 di SJKC Liat Choon, Jeram, Kuala
Selangor. Perkhidmatan beliau di sekolah itu sehingga tahun 1987. Setelah itu, beliau telah meneruskan khidmatnya di
SK Gedangsa pada tahun 1988-2012. Beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran pada tahun
2008. Kematangan pengalamannya dalam pelabagai jawatan sebagai guru dan kemantapan pengetahuan yang
dimilikinya, beliau dilantik sebagai guru besar di SK Tun Abdul Razak pada 1 Julai 2012. Kemudian beliau telah
meneruskan khidmatnya sebagai guru besar di SK Gesir Tengah pada 10 November 2014 hingga 2 Januari 2017. Atas
semangat, kegigihan dan pengalaman yang ditunjukkan, beliau telah meneruskan khidmatnya sebagai guru besar di SK
Hulu Bernam pada 3 Januari 2017. Sepanjang menjalankan perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan sebagai
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1994, 2007, 2011 dan 2017.

Di SK Hulu Bernam beliau telah menabur jasa dan bakti sehingga telah mencapai ke peringkat antarabangsa. Beliau
telah mewujudkan pemimpin berkesan, guru berkualiti dan komuniti berkesan sehingga memberi impak kemenjadian
murid dan sekolah kualiti. Beliau bersyukur berada dalam dunia pendidikan kerana dapat mengumpul pahala iaitu ilmu
yang bermanfaat dan amal jariah. Beliau telah berjaya menjalin hubungan dengan rakan strategik seperti UPSI, MRSM,
PROTON, INSTUN, Datuk Rosni (ADUN Hulu Bernam), Dr Mazlan, Alumni UPSI, Kastam, Datuk Syed Husian dan Encik
Zoolaney. Beliau amat menitik beratkan tentang projek menaik taraf SKHB agar dapat melahirkan suasana
pembelajaran yang kondusif. Beliau juga amat mementingkan kualiti dan faktor wow supaya dapat mentransformasikan
sekolah untuk menjenamakan diri dan sekolah khususnya.

Pada tanggal 27 Julai 2018, sebuah Program Jalinan Antarabangsa antara dua pihak telah termeterai iaitu antara SKHB
dan Universiti Ar-Ranieiry, Aceh. Kemudian, pada 14 November 2018, Delegasi Universitas Yogyakarta telah datang ke
SKHB untuk Program Jalinan Serumpun Pendidikan. Sebuah Program Jalinan Antarabangsa Pendidikan Khas telah
dimeterai antara Warga Pendidik Maldives dan SKHB pada 24 Mac 2018. Seterusnya, SKHB telah menjalankan
Lawatan Penanda Aras ke Yogyakarta pada 25 Mac 2019. Jaringan Antarabangsa Pendidikan antara Universitas
Yogyakarta dengan SKHB berlaku apabila Delegasi Universitas Yogyakarta datang ke SKHB pada tanggal 5 Ogos
2018.

Insan cemerlang ini juga telah dinobatkan sebagai Ikon Alumni UPSI kerana banyak menerima anugerah dan
pencapaian dalam bidang pendidikan. Atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan, beliau telah dilantik sebagai Panel
Penggubal Standard Kualiti Pengurusan Asrama Harian KPM pada 8 April 2014, dan Mentor Program Perantisan 2
NPQEL Ambilan 2 (2014-2020). Ramai mentee beliau telah menjadi guru besar dan ada juga yang sedang menunggu
penempatan sebagai guru besar. Selain itu , beliau juga dilantik sebagai Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas Bahasa
Melayu UPSR –Penulisan dari tahun 2003 hingga 2012, Ketua Kontinjen Pertandingan Karnival STEM Peringkat
Kebangsaan (2019) dan juga Pegawai Teknikal Kejohanan Olahraga MSSM ke-43 (2001). Beliau juga telah menghadiri
Seminar Pendidikan Bahasa Melayu di Songkhla, Thailand pada 5-7 Ogos 2010. Sebelum bersara, beliau telah menulis
manuskrip yang diterbitkan oleh PPD Hulu Selangor bertajuk Komuniti Berkesan Memacu Sekolah Kualiti pada tahun
2021. Penulisan manuskrip ini dengan kerjasama Cik Mardhiah Syairah iaitu salah seorang guru SKHB.

Maka dengan ini diumumkan penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan bagi tahun 2021 ialah Encik Abdul Rahman bin
Abdullah.

10

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

JAWATANKUASA

PENGERUSI Pn Rozlina Bt Abdul Ghani
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

TIMBALAN PENGERUSI Pn Norma Bt Mohd Saleh

Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Hulu Selangor

NAIB PENGERUSI En Rozman Bin Baharudin

Timb PPD Sektor Perancangan Dan Dasar, PPD Hulu Selangor

En Ahmad Nasir B Mohd Salleh
Timb PPD Sektor Pembelajaran, PPD Hulu Selangor

En Rosli Bin Sulaiman
Timb PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Hulu Selangor

SETIAUSAHA Pn Norzainiza Bt Buyong

11

SAMBUTAN HARISGAUMRBUUDTAAENRAHHARHIUGLUURSUELDAANEGROARH2H0U2L1U SELANGOR 2021

JAWATANKUASA

JK PENGURUS ACARA Tn Hj Noormalis Bt Hj Jamari
JK PENGACARAAN Pn Azrinah Bt Ali Miras @ Abd Shukor
Ustazah Jumaayah Bt Hj Md Yasin
JK BACAAN DOA En Fadly Bin Mamat
JK LATAR PENTAS
JK RAKAMAN VIDEO Ustaz Hishamuddin Bin Ahmad
Ustazah Jumaayah Bt Hj Md Yasin

Pn Saemah Bt Mat Sahir

PENERIMA ANUGERAH & En Mohd Helman Bin Rahim
IKRAR
En Che Muhamad Bin Che Othman
JK KREW TEKNIKAL En Shahrul Riza Bin Razali
YOU TUBE LIVE En Khairil Hafiz Bin Abd Rani
En Mahathir Bin Abdul Razak

JK PENGURUSAN PENERIMA Pn Zuraidah Bt Mohd Amin
ANUGERAH Pn Siti Hawa Bt Shamsudin

JK VIDEO MONTAJ En Azahari Bin Daud
En Muhammad Faizul Bin Mohd Ridzuan
En Muhammad Helmi Azhar Bin Zainal
En Mohd Khairulanuar Bin Mohd Habib

12

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

JAWATANKUASA

JK TEKS UCAPAN TUAN PPD Pn Hjh Ummal Salmah Bt MSM Sultan Dulkarunain

JK TEKS UCAPAN PERASMI Pn Hjh Azura Bt Janudin
JK DOKUMENTASI
Pn Khairul Faridah Bt Hasan
JK BUKU PROGRAM Pn Chek Norila Bt Mohamad Zain
JK HADIAH & SIJIL
En Mohd Fakrul Radzi Bin Lokman

Pn Faranina Bt Saleh
Pn Nur Syahana Bt Shahruddin

JK PENGURUSAN VIDEO Tn Hj Mohd Rodzi Bin Selamat
TOKOH

JK PANEL PEMILIHAN TOKOH En Mahmud Pa’aid Bin Yusof

JK PENGURUSAN MAKANAN Pn Mazlina Bt Rosli

13

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021

PENGHARGAAN

YB Tuan Haji Muslimin Bin Hj Yahaya,
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bank Islam Cawangan Rawang
Bank Rakyat Cawangan Rawang
Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor
Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor
PIBG Semua Sekolah Daerah Hulu Selangor

Fargoes Info Tech Sdn Bhd
Dan

Semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Sambutan hari Guru Daerah Hulu Selangor Tahun 2021

14

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2021


Click to View FlipBook Version