The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP 3143
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR SABIHAH BINTI MOHD SAHID IPG-Pelajar, 2024-03-11 07:02:59

2021202340379

EDUP 3143
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP 3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : NOOR SABIHAH BINTI MOHD SAHID No. K/P : 020204-08-0574 Angka Giliran : 2021202340379 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.04 Nama Pensyarah : DR ROSNINAH BINTI GHANI Tarikh Hantar : 5 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : Tarikh : PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: SABIHAH Tarikh : _____________________


i Penghargaan Dikesempatan ini , saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi atas limpah kurnianya saya mampu menyempurnakan tugasan kerja kursus ini bagi subjek EDUP 3143. Tugasan ini sememangnya amat penting bagi saya kerana telah dimaklumkan bahawa kerja kursus ini merupakan salah satu elemen yang menyumbang peratusan markah pada keseluruhan penilaian bagi kursus ini. Sekalung penghargaan ingin saya berikan kepada Dr Rosninah Binti Ghani iaitu pensyarah bagi kursus EDUP 3143 yang telah memberikan saya peluang untuk menimba pengalaman baharu dalam menyiapkan tugasan ini dengan bersungguhsungguh dan secara bersistematik seperti yang telah dipertanggungjawabkan. Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Mereka tidak pernah jemu dalam memberikan kata-kata perangsang dan motivasi sebagai salah satu sokongan mental kepada saya. Sememangnya tidak dapat dinafikan, kata-kata perangsang itu sedikit sebanyak mampu membuat saya lebih bersemangat untuk menyempurnakan tugasan ini tanpa berputus asa. Dan tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah berusaha bersama-sama bagi menjayakan tugasan ini tanpa gagal dalam tempoh yang telah ditetapkan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya berusaha menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Sekian terima kasih


ii ISI KANDUNGAN Penghargaan i Isi Kandungan ii 1.0 Pengenalan 1 2.0 Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial 1 2.1 Definisi 1-2 3.0 Budaya Sekolah 3-4 4.0 Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Sekolah 4 4.1 Pencapaian Akademik 4 4.2 Budaya dan Agama 5 4.3 Sosioekonomi 5 5.0 Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Sekolah Dapat Dimanipulasi Untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah 6 5.1 Pencapaian Akademik 6 5.2 Budaya dan Agama 6 5.3 Sosioekonomi 6 6.0 Penutup 7 Rujukan 8


1 1.0 Pengenalan Sosiologi dapat dedifiniskan sebagai himpunan pengetahuan asas tentang tingkah laku sesebuah masyarakat secara saintifik dan lebih berdisiplin. Mudah bicaranya, sosiologi ini mengkaji interak si sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat dalam pelbagai fenomena secara lebih bersistematik agar dapat mencapai suatu keselesaan dan keharmonian dalam masyarakat sejagat. Jika kita lihat sosiologi dalam pendidikan pula, ia sering berkait rapat dengan kelas sosial, kebangkitan teknologi, bangsa dan sebagainya. Hal ini kerana untuk membangunkan lagi sistem pendidikan mengikut peredaran semasa yang mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 2.0 Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial 2.1 Definisi Umum mengetahui bahawa stratifikasi berasal dari bahasa Latin iaitu “ stratum atau strata” yang memberi makna lapisan. Lapisan di sini boleh ditakrifkan sebagai kelas sosial secara bertingkat-tingkat atau sistem berlapis. Secara terminologi, stratifikasi sosial dapat dijelaskan sebagai sistem yang mengukur hierarki individu dalam masyarakat sekaligus mewujudkan ketaksamaan sosial dalam kalangan mereka. Menurut Idrul Ismail et.el (2024), stratifikasi sosial mewujudkan ketaksamaan sosial hasil daripada jurang perbezaan kuasa dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Kelas atasan Kelas pertengahan Kelas bawahan


2 Sebagai contoh, dalam sosiekonomi kelas atasan terdiri daripada golongan T20 , kelas pertengahan golongan M40 dan kelas bawahan adalah B40.Perbezaan jurang pendapatan ini telah mewujudkan ketaksamaan sosial sekaligus menyebabkan setiap kelas ini memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat sosial seperti keharmonian dan persaingan yang sihat antara mereka. Persaingan sihat ini akan melahirkan keinginan individu dalam meningkatkan mobiliti sosial dalam kehidupan mereka. Mobiliti sosial disini dapat dimaksudkan sebagai peralihan individu dari suatu kelompok ke suatu kelompok yang lain. Mudah bicaranya, mobiliti sosial adalah peralihan taraf kehidupan individu yang lebih baik dari sebelumnya. Menurut Aini Idris (2004), taraf kehidupan bergantung kepada taraf pendidikan seseorang kerana pendidikan mempunyai hubungan yang positif dalam tingkat pendapatan individu. Hal ini kerana, pendidikan yang tinggi mampu memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada individu disebabkan oleh kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki. Oleh itu, stratifikasi sosial ini akan menyebabkan mobiliti sosial berlaku agar masyarakat dapat mencapai keselesaan hidup yang diingini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), Institusi didefinisikan sebagai sesebuah badan atau organisasi dalam menguruskan sesuatu. Tamsilnya institusi pengajian tinggi menguruskan bidang akademik , pusat perbankan dalam bidang kewangan dan sebagainya. Secara terperinci, konsep institusi sosial lebih cenderung kepada penyelesaian masalah berkaitan pola atau tingkah laku masyarakat yang telah dipersetujui oleh undang-undang. Hal ini bermakna, institusi sosial berperanan dalam membantu masyarakat mengatasi isu atau konflik untuk mencapai keharmonian dan keamanan. Misalnya, di Malaysia , Institusi Sosial Malaysia (ISM) ditubuhkan untuk mengorak langkah dalam latihan dan penyelidikan sosial. Menurut Kementerian Wanita Keluarga & Masyarakat (2024), ISM memberi penekanan yang utama kepada 4P iaitu pengurusan , akademik , penyelidikan dan penerbitan bagi menghasilkan kurikulum yang komprehensif dan membangunkan pembangunan sosial yang cemerlang.


3 3.0 Budaya Sekolah Menurut Tham Yin Yee (2021), budaya sekolah mempunyai pelbagai aspek berlandaskan kepercayaan, nilai dominan , organik dan ianya boleh dibentuk mengikut kesesuaian dan matlamat sesebuah sekolah tersebut. Tamsilnya, budaya 3S iaitu senyum, sapa & salam , budaya Mawaddah dan lain-lain lagi. Sekolah yang mampu mencorakkan suatu budaya yang positif mampu melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dari segi adab dan akhlaknya. Oleh itu, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membina atau mewujudkan budaya sekolah yang memberi manfaat kepada anak didik bangsa terutamanya sebagai persediaan sebelum mengorak langkah ke alam dewasa. Gambar rajah 1 Faktor mempengaruhi budaya sekolah Pencapaian Disiplin Hubungan sekolah dengan komuniti


4 Gambar rajah 1 di atas menunjukkan beberapa faktor yang mempengaruhi budaya sekolah iaitu pencapaian , disiplin dan hubungan sekolah dengan komuniti. Jika kita lihat satu contoh di atas iaitu ,pencapaian murid yang cemerlang hasil daripada budaya sekolah yang positif. Sebagai contoh, budaya “ Guru Muda” yang diterapkan oleh pihak sekolah dapat membantu murid yang lemah untuk memahami sesuatu topik dengan lebih efesien. Menurut Marcella Modius et.al (2023), sekumpulan rakan lebih selesa untuk berbincang dalam lingkungan mereka dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu penerapan budaya “Guru Muda” sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. 4.0 Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Sekolah Tidak dinafikan stratifikasi sosial memberi impak yang sangat besar dalam budaya sekolah dalam pelbagai aspek seperti pengelasan kelas , jantina dan juga bahasa. 4.1 Pencapaian Akademik Stratifikasi sosial sering dikaitkan dengan sistem pengelasan kelas di sesebuah sekolah. Hal ini kerana, perbezaan pencapaian akademik seseorang mendorong pihak sekolah mewujudkan sistem pengelasan kelas mengikut tahap penguasaan murid. Impaknya, murid di kelas bawah akan berasa terasing dan kurang berkeyakinan disebabkan oleh pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan. Menurut Husnizam Hosin (2021), sistem pengasingan kelas mampu menganggu emosi , mental dan keyakinan murid kerana memberi gambaran bahawa murid di kelas bawah mempunyai potensi yang lemah berbanding murid kelas atas. Oleh itu, stratifikasi pencapaian akademik murid menjurus kepada budaya sekolah mengasingkan murid mengikut potensi dan pengetahuan mereka salam sesuatu perkara.


5 4.2 Budaya dan Agama Penduduk Malaysia sememangnya mempunyai bangsa yang berbilang kaum dan menjurus kepada perbezaan agama. Perbezaan agama seperti Hindu, Buddha dan Islam ini sedikit sebanyak telah memberi impak kepada budaya sekolah. Hal ini kerana guru sering memberi penekanan terhadap sesuatu budaya dan agama yang kadangkala tidak homogen kepada seluruh kaum di sekolah itu. Misalnya, guru sering memberi nasihat kepada murid muslim sahaja agar melakukan kebaikan seperti berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan sebagainya tanpa mengambil kira murid yang beragama lain. Hal ini secara tidak langsung mampu mewujudkan perasaan ‘disisihkan” dalam diri murid bukan beragama islam kerana kurang diberi penekanan terhadap mereka. Malah tidak mustahil mereka akan berasa sekolah kebangsaan (SK) kurang menerima mereka sebagai murid kerana diberi penekanan yang lebih kepada golongan muslim sahaja. 4.3 Sosioekonomi stratifikasi sosial dalam sosioekonomi iaitu perbezaan pendapatan ibu bapa yang mempengaruhi suasana pembelajaran anak mereka. Umum mengetahui bahawa pendapatan ibu bapa yang lebih tinggi lebih memberi peluang pendidikan yang lebih berkualiti kepada anak mereka dari aspek kelengkapan dan keperluan pembelajaran. Ironinya, jurang pendapat ini akan mewujudkan suatu budaya diskriminasi antara golongan kaya dan sebaliknya. Sebagai contoh, murid T20 akan lebih cenderung berinteraksi dengan golongan mereka sahaja dalam pembelajaran kerana mempunyai kelengkapan pelajaran yang lengkap. Ironinya, murid B40 akan berasa kurang bermotivasi dalam proses pembelajaran kerana beranggapan bahawa mereka tidak dapat menunjukkan potensi disebabkan kekurangan kelengkapan pelajaran.


6 5.0 impak stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah dapat dimanipulasi untuk membentuk budaya positif di sekolah 5.1 Pencapaian akademik Dari sudut positif, budaya pengasingan kelas mampu membantu murid yang lemah untuk mencapai pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini kerana, guru akan menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut keupayaan tahap murid. Contohnya, guru akan menggunakan kaedah “Pembelajaran Mastery” untuk memastikan murid lemah memahami sesuatu topik pembelajaran dengan lebih jelas. Menurut Naquiah Nahar et.al (2022), Pembelajaran Masteri memastikan murid telah menguasai topik sebelum berpindah ke unit baharu menyebabkan murid dapat pembelajaran yang berkesan mengikut keupayaan kognitif mereka. 5.2 Budaya dan Agama Perbezaan budaya dan agama mampu memberi impak positif kepada budaya sekolah. Hal ini kerana, murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum dan agama menyebabkan mereka mampu mengenal budaya baharu. Contohnya, murid beragama Hindu dan Buddha akan mengelakkan diri mereka daripada menjamu selera di hadapan murid muslim pada bulan Ramadhan sebagai tanda hormat. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan sikap hormat-menghormati dan tolenrasi dalam kalangan murid untuk menerima perbezaan budaya dan agama. Oleh itu, mereka dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dalam berinteraksi dengan orang lain walaupun terdiri daripada pelbagai agama dan budaya. 5.3 Sosioekonomi Jika dimanipulasikan presepsi negatif budaya diskriminasi berdasarkan pendapatan keluarga, pihak sekolah mampu mewujudkan budaya “guru penyayang” bagi membina suasana yang prihatin dan cakna antara satu sama lain. Hal ini kerana, budaya guru penyayang ini mampu membantu golongan B40 atau kurang berkemampuan dari segi kelengkapan sekolah, sumbangan makanan dan banyak lagi. Perbezaan sosioekonomi ini sebenarnya penting bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti sekolah untuk lebih prihatin dan mengambil tahu keadaan orang sekeliling kita. Malah secara tidak langsung, ianya mampu memupuk sikap kasih sayang dan bantu-membantu dalam kalangan murid juga tanpa mengira status , bangsa mahupun agama.


7 6.0 Penutup Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa stratifikasi sosial mampu memberi impak positif dan negatif dalam budaya sekolah. Oleh itu, peranan guru dan kepimpinan sekolah amat penting bagi memastikan ketaksamaan sosial ini tidak menjurus kepada budaya yang tidak sihat dalam kalangan murid. Hal ini kerana budaya yang tidak sihat mampu memberi tekanan mental dan kurang berkeyakinan dalam diri murid untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum.


8 RUJUKAN Aini Idris. 2004. Mobiliti Sosial di Kalangan Generasi Kedua Felda. https://journalarticle.ukm.my/4257/1/akademika64%5B01%5D.pdf Husnizam Hosin. 2021. Mansuh Pengasingan Kelas Wajar Dikekalkan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/796635/mansuh-pengasingan-kelaswajar-dikekalkan Idrul Hisham, Rosly Kayar & Hanapiah Khamis. 2024. Sosiologi Dalam Pendidikan. Local Publications. Institusi Sosial Malaysia. 2024. Laman Utama. http://www.ism.gov.my/index.php/ms/ Kamus Dewan Edisi Keempat. 2017. Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=institusi Marcella Modius, Siew Nyet Moi & Mad Madjapuni. 2023.Pendekatan Guru Muda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. 8(49), 37-5. http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2023-49-03-04.pdf Naquiah Nahar, Jimaain Safar, Aminudin Hehsan & Juhazren Junaidi. Mastery Learning Sebagai Medium Pengajaran Jawi Berkesan Dalam Kerangka Pembentukan Kompetense Guru. Satu Kajian Kes Mastery Learning As An Effective Jawi Teaching Medium In The Framework of Teacher Competence Formation: A Case Study. https://www.researchgate.net/publication/365994540_MASTERY_LEARNING_SEBAGAI_MEDI UM_PENGAJARAN_JAWI_BERKESAN_DALAM_KERANGKA_PEMBENTUKAN_KOMPETEN SI_GURU_SATU_KAJIAN_KES_MASTERY_LEARNING_AS_AN_EFFECTIVE_JAWI_TEACHI NG_MEDIUM_IN_THE_FRAMEWORK_OF_TEACHER_CO Tham Yin Yee. 2021. Memupuk Budaya Sekolah Positif Dalam Norma Baharu. The Head Foundation. https://headfoundation.org/wp-content/uploads/2021/08/Handbook-2- Malay_Memupuk-Budaya-Sekolah-yang-Positif-dalam-Norma-Baharu-DIGITAL.pdf


Click to View FlipBook Version