The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR SABIHAH BINTI MOHD SAHID IPG-Pelajar, 2024-03-20 12:14:35

T2S2.04_NOOR SABIHAH BINTI MOHD SAHID

EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PEPERIKSAAN Nama : NOOR SABIHAH BINTI MOHD SAHID No. K/P : 020204-08-0574 Angka Giliran : 2021202340379 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.04 Nama Pensyarah : DR MOHD AZMI BIN MAT YUSOFF Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : Tarikh : PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: SABIHAH Tarikh : _____________________


i Penghargaan Dikesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi atas limpah kurnianya saya mampu menyempurnakan tugasan kerja kursus ini bagi subjek EDUP 3153. Tugasan ini sememangnya amat penting bagi saya kerana telah dimaklumkan bahawa kerja kursus ini merupakan salah satu elemen yang menyumbang peratusan markah pada keseluruhan penilaian bagi kursus ini. Sekalung penghargaan ingin saya berikan kepada Dr Mohd Azmi Bin Mat Yusoff iaitu pensyarah bagi kursus EDUP 3153 yang telah memberikan saya peluang untuk menimba pengalaman baharu dalam menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh dan secara bersistematik seperti yang telah dipertanggungjawabkan. Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Mereka tidak pernah jemu dalam memberikan kata-kata perangsang dan motivasi sebagai salah satu sokongan mental kepada saya. Sememangnya tidak dapat dinafikan, kata-kata perangsang itu sedikit sebanyak mampu membuat saya lebih bersemangat untuk menyempurnakan tugasan ini tanpa berputus asa. Dan tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah berusaha bersama-sama bagi menjayakan tugasan ini tanpa gagal dalam tempoh yang telah ditetapkan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya berusaha menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Sekian terima kasih


ii KANDUNGAN Penghargaan i Isi Kandungan ii 1.0 Pengenalan 1 2.0 Justifikasi Instrumen Pentaksiran berdasarkan RPH 1 2.1 Petaksiran Penulisan RPH 1 1 2.1.1 Kelebihan 2 2.1.2 Kelemahan 3 2.1.3 Cadangan Penambahbaikkan 3 2.2 Pentaksiran Penulisan RPH 2 4 2.2.1 Kelebihan 5 2.2.2 Kelemahan 6 2.2.3 Cadangan Penambahbaikkan 6 2.3 Pentaksiran Penulisan RPH 3 7 2.3.1 Kelebihan 7-8 2.3.2 Kelemahan 2.3.3 Cadangan Penambahbaikkan 8 3.0 Instrumen Penilaian Bertulis Menyokong Profesionalisme 9-10 Guru Dalam Menentukan Tahap Penguasaan Murid 4.0 Penutup 10 Rujukan 11 Lampiran 12-14


1


1 1.0 PENGENALAN Umum mengetahui bahawa Pentaksiran Bilik Darjah merupakan pentaksiran berterusan yang dijalankan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mustaqim Roslan (2024), PBD ini diwujudkan bertujuan untuk memperoleh maklumat perkembangan pencapaian murid terutamanya dalam aspek kognitif dan kemahiran secara berterusan. Oleh itu, peranan guru amat penting bagi memastikan PBD ini dilaksanakan secara efektif agar murid dapat memperoleh pembelajaran yang berkesan dan mencapai objektif pembelajaran. 2.0 Justifikasi Instrumen Pentaksiran berdasarkan RPH 2.1 Pentaksiran Penulisan RPH 1 Gambar rajah 1 Berdasarkan gambar rajah 1, pentaksiran ini dilakukan untuk mengukur tahap kefahaman murid tahun 4 dalam bidang akidah berkaitan tajuk Kufur. Set instrumen pentaksiran yang digunakan berbentuk objektif yang berbentuk item respon tetap. Item respon tetap membawa makna murid perlu memikirkan jawapan yang paling tepat seperti format betul atau salah , padanan atau aneka pilihan. Pentaksiran ini telah dilakukan pada akhir sesi pembelajaran langkah 1 berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dirancang.


2 2.1.1 Kelebihan Antara kelebihan set instrumen pentaksiran ini ialah, item ini mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan iaitu murid dapat menganalisis kesan kufur dengan betul mengikut panduan Dokumen Standard Kukurikulum dan Pentaksiran (DSKP) pada standard pembelajaran yang dinyatakan . Oleh itu, tahap penguasaan murid dapat diukur dengan tepat kerana instrumen yang digunakan aras menganalisis yang mampu merangsang minda murid untuk berfikir dengan lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Shaharir Zain (2021), kemahiran menganalisis mampu menghasilkan sesuatu idea yang baru selepas sintesis kerana ianya merangsang kognitif seseorang untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi. Tuntasnya, murid dapat menguasai topik pembelajaran dengan lebih berkesan kerana perlu berfikir dengan lebih mendalam untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya, pentaksiran yang dijalankan sesuai dengan tahap keupayaan murid. Umum mengetahui kanak-kanak berumur 7-11 tahun keupayaan kognitif mereka mampu menganalisis, atau menaakul secara logik dan rasional. Hal ini kerana kanak-kanak ini telah berkembang ke arah alam remaja yang berfikiran lebih matang seperti orang dewasa. Akan tetapi pertuturan mereka masih menggunakan kosa kata yang rendah dan mudah. Oleh itu, pentaksiran ini sejajar dengan tahap keupayaan kognitif mereka iaitu kemahiran menganalisis yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi dan menggunakan perbendaharaan kata yang mudah dalam teks sajak. Ironinya, murid dapat menganalisis dengan baik kerana dapat memahami teks yang diberikan sekaligus mampu mengetahui tahap kefahaman mereka dalam topik pembelajaran.


3 2.1.2 Kelemahan Dari sudut kelemahan, pentaksiran ini dilakukan secara kumpulan menyebabkan guru tidak mampu mengetahui kefahaman murid secara individu. Hal ini kerana jawapan murid dirumuskan oleh ahli kumpulan menyebabkan kemungkinan besar segelintir murid yang lemah akan pasif di dalam kumpulan dan membiarkan murid yang cemerlang dominan dalam menyelesaikan masalah dalam pentaksiran yang dijalankan.Impaknya, guru tidak dapat melakukan kelas pemulihan bagi murid yang lemah untuk membantu mereka dalam memahami topik yang dipelajari. 2.1.3 Cadangan Penambahbaikkan Antara cadangan penambahbaikkan yang dapat dilakukan adalah guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan semua murid terlibat dalam penilaian yang dijalankan. Oleh itu, guru perlu memastikan setiap murid sekurang-kurangnya menjawab satu soalan dalam pelaksanaan pentaksiran ini. Sebagai contoh, guru menggunakan kaedah “Round Table” iaitu satu kumpulan disusun dalam bulatan dan setiap ahli perlu menulis satu jawapan sahaja secara bergilir-gilir. Impaknya, guru dapat menilai murid yang menguasai topik pembelajaran dan sebaliknya dengan mudah malah dapat menilai nilai kerjasama serta kepimpinan mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, pentaksiran ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2024), pendidikan di Malaysia ini adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu serta melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.


4 2.2 Pentaksiran Penulisan RPH 2 Gambar Rajah 2 Berdasarkan gambar rajah 2, pentaksiran ini dikhususkan untuk menilai bidang Al-Quran berkaitan hukum tajwid iaitu qalqalah. Pentaksiran ini mengandungi 2 soalan yang mempunyai aras kesukaran berbeza mengikut Taksonomi Bloom iaitu aras mengingat dan menganalisis. Aras mengingat merupakan aras mudah manakala aras menganalisis merupakan aras KBAT yang memerlukan kemahiran berfikir yang lebih tinggi.


5 2.2.1 Kelebihan Antara kelebihan pentaksiran ini ialah, penggunaan “font” dan warna tulisan yang jelas. Hal ini menyebabkan murid mudah membaca soalan pentaksiran tanpa sebarang masalah. Menurut Hanafi Tahir (2020), kemudahbcaan pembaca bergantung kepada keupayaan mereka dalam mentafsir muka huruf anatomi seperti saiz muka huruf,pengunaan warna dan sebagainya. Secara logiknya, jika penggunaan tulisan yang tidak sesuai seperti warna kuning atau oren ianya akan menyebabkan murid sukar memahami soalan pentaksiran terutamanya murid yang mempunyai masalah penglihatan. Oleh itu, penggunaan tulisan warna hitam amat sesuai agar bahan yang ingin dicetak jelas dan terang. Kesannya, pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar tanpa sebarang gangguan dari segi format pentaksiran atau kesilapan-kesilapan teknikal yang dikenali sebagai “ralat”. Sebagaimana diketahui “ralat” dalam pentaksiran mampu menimbulkan kekeliruan kepada murid yang mendorong mereka melakukan kesilapan semasa menjawab PBD. Disamping itu, pentaksiran yang dijalankan mengikut kesahan kandungan. Menurut Mahaya Salleh et.al (2024), kesahan kandungan merujuk kepada pentaksiran yang dinilai berdasarkan topik yang telah dipelajari. Oleh itu, pentaksiran ini sememangnya mengikut topik yang telah dipelajari pada langkah 1 berdasarkan RPH yang telah dirancang. Ironinya, guru dapat menilai tahap pengetahuan murid secara tepat kerana input pembelajaran telah diajar semasa proses PdP. Maka, penilaian yang tepat mampu membantu guru untuk melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan murid seperti program pengayaan mahupun pemulihan. Tuntasnya dapat disimpulkan bahawa item pentaksiran ini relevan kerana mengikut isi kandungan topik yang telah dipelajari oleh murid.


6 2.2.2 Kelemahan Walaupun begitu, pentaksiran ini juga mempunyai sedikit kelemahan iaitu arahan soalan yang kurang jelas pada soalan pertama. Hal ini kerana simbol tick diletakkan pada permulaan ayat soalan menyebabkan susunan ayat soalan tidak betul. Malah, arahan juga tidak menyatakan arahan “pangkah” pada jawapan yang salah menyebabkan ianya boleh timbul kekeliruan dalam kalangan murid. Arahan yang jelas amat penting dalam setiap soalan pentaksiran agar murid dapat memahaminya dengan jelas. Kesalahan dalam memberi arahan boleh menyebabkan murid melakukan kesilapan dalam menjawab soalan. Kesannya, pentaksiran yang dijalankan akan kurang efektif kerana kesalahan jawapan yang dilakukan oleh murid disebabkan oleh arahan soalan yang kurang jelas. 2.2.3 Cadangan Penambahbaikkan Arahan soalan perlu dibina dengan menggunakan istilah yang formal dan penggunaan tatabahasa yang betul Sebagai contoh , tidak menggunakan bahasa pasar , singkatan atau sebagainya. Oleh itu, guru perlu cakna ketika membina soalan dengan memastikan arahan yang diberikan adalah jelas serta penggunaan bahasa yang formal mengikut format peperiksaan. Arahan yang diberikan juga perlulah mudah difahami dan menggunakan kata kerja yang betul seperti “ gariskan”, “bulatkan” dan sebagainya. Tidak dilupakan juga untuk menyemak kembali soalan yang telah dibuat agar dapat memastikan tiada kesalahan yang mampu menimbulkan kekeliruan kepada murid.


7 2.3 Pentaksiran Penulisan RPH 3 Gambar Rajah 3 Berdasarkan gambar rajah 3, pentaksiran ini dilakukan untuk menilai kefahaman murid dalam bidang adab iaitu adab tetamu. Pentaksiran ini merupakan aras rendah iaitu aras mengingati berkaitan definisi tetamu. Tidak dapat disangkal lagi, pentaksiran aras mengingati sering dilakukan pada langkah 1 kerana mengikut panduan DSKP dalam standard pembelajaran. 2.3.1 Kelebihan Kelebihan pentaksiran ini ialah, wujudnya beberapa visual yang mampu menarik perhatian murid untuk melibatkan diri secara optima dalam menyelesaikan soalan pentaksiran di dalam kelas. Menurut Zurina Mustaffa et.el (2021), minat murid amat penting dalam memastikan pencapaian akademik mereka cemerlang kerana perasaan minat mampu mendorong mereka dalam melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Malah visual yang dicetak juga mempunyai unsur warna-warni yang mampu merangsang minda untuk kekal positif. Kecenderungan mental atau minda yang sihat mampu membantu seseorang dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik dan rasional.


8 Selain itu, susunan stuktur soalan yang sistematik menyebabkan murid mudah memahami kehendak soalan. Sebagai contoh, pada awal lembaran kertas pentaksiran dinyatakan tajuk seterusnya arahan soalan , pilihan jawapan serta soalan isi tempat kosong. Turutan yang teratur ini memudahkan murid untuk menyelesaikan soalan pentaksiran malah ianya mampu dijadikan nota rujukan pada masa akan datang. Sebagaimana diketahui umum, PBD dilakukan bukan semata-mata untuk mengukur pencapaian murid di dalam kelas sahaja malah ianya ingin melihat perkembangan murid secara berterusan dari aspek pengetahuan , kemahiran mahupun nilai-nilai murni. Oleh itu, hasil pentaksiran yang dilakukan ini mampu membantu murid untuk mengulang kaji pelajarannya dengan menjadikan ianya sebagai nota ringkas dalam sesebuah topik. 2.3.2 Kelemahan Jika dilihat dari prespektif kelemahan pula , aras kesukaran pentaksiran ini terlalu mudah bagi murid tahun 4. Hal ini kerana definisi tetamu tersebut telah dinyatakan dalam petikan secara tidak lengkap menyebabkan mereka hanya menebak jawapan mengikut ayat yang munasabah tanpa memahami maksud tetamu yang sebenar. Ironinya, guru cenderung melakukan kesalahan dalam menilai tahap pencapaian murid dalam topik ini. Kesalahan dalam menilai tahap penguasaan murid boleh menyebabkan prestasi akademik mereka sedikit merundum. Hal ini kerana, keupayaan atau penguasaan sebenar mereka yang berada di tahap yang lemah tidak dibantu secara berkesan oleh guru. 2.3.3 Cadangan Penambahbaikkan Oleh itu, cadangan penambahbaikkan bagi pentaksiran ini ialah , guru boleh menilai melalui pentaksiran lisan. Hal ini kerana aras mengnigati definisi lebih mudah dilaksanakan secara lisan ketika proses PdP. Malah ianya lebih efisien kerana murid dapat mengingati secara keseluruhan makna tetamu tersebut sekaligus mendorong mereka untuk memahaminya. Pentaksiran lisan ini boleh direkodkan dalam borang senarai semak mengikut skor tahap pencapaian murid atau pandangan guru itu sendiri. Malah pentaksiran lisan ini juga mampu memberi ruang dan peluang kepada rakan untuk menilai jawapan rakan sekelas yang mendorong mereka membantu rakan yang lemah untuk memahami sesuatu topik pembelajaran dengan lebih berkesan.


9 3.0 Instrumen Penilaian Bertulis Menyokong Profesionalisme Guru Dalam Menentukan Tahap Penguasaan Murid Penilaian bertulis dapat membantu guru dalam mengukur kemajuan murid dari segi pengetahuan mahupun kemahiran. Hal ini secara tidak langsung dapat mendorong guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisen agar dapat memaksimumkan potensi murid. Hal ini kerana, data prestasi murid berdasarkan penilaian bertulis mampu disimpan secara kekal menyebabkan mudah untuk dirujuk oleh guru agar dapat melakukan penambahbaikkan yang sewajarnya. Hal ini sejajar dengan profesionalsime guru yang sering memperbaiki kaedah pedagogi yang lebih baik mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan murid agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Sebagai contoh, murid yang lemah guru akan menggunakan kaedah pembelajaran masteri iaitu murid tidak akan berganjak pada tajuk seterusnya sekiranya mereka masih tidak menguasai sesuatu topik. Menurut Naquiah Nahar et.al (2022), Pembelajaran Masteri memastikan murid telah menguasai topik sebelum berpindah ke unit baharu menyebabkan murid dapat pembelajaran yang berkesan mengikut keupayaan kognitif mereka. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penilaian bertulis dapat membantu guru dalam menjadi seorang pendidik yang efektif dalam proses PdP. Seterusnya, pentaksiran bertulis secara berkumpulan juga mampu melahirkan seorang guru yang berpengetahuan. Hal ini kerana aras pentaksiran secara berkumpulan sering dilaksanakan pada aras yang lebih tinggi yang memerlukan pemikiran yang kritis dan analitik. Ironinya, murid mampu mengeluarkan idea-idea yang baharu dan memperkembangkan potensi mereka secara maksimum. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu profesionalisme guru dalam merancang aktiviti-aktiviti PdP yang lebih kreatif dan mencabar minda agar dapat menghasilkan output murid yang berkualiti. Bukan itu sahaja, dalam pentaksiran berkumpulan juga mampu mendorong guru untuk berpengetahuan dalam menilai dari aspek nilai murid bukan kognitif semata-semata.


10 Akhir sekali, pentaksiran bertulis ini juga mampu membantu guru adil dalam memberi markah pentaksiran. Hal ini kerana , lembaran kerja yang diberikan perlu disemak secara telus tanpa memilih bulu agar markah yang diperoleh murid adalah adil dan dipercayai. Pemarkahan yang telus amat penting bagi mengetahui tahap penguasaan murid dalam sesuatu topik. Hal ini kerana ianya dapat membantu murid dapat memperbaiki kelemahannya dengan menghadiri kelas tambahan, memberi tumpuan lebih kepada topik yang tidak dikuasai dan sebagai. Oleh itu, pentaksiran bertulis ini telah membantu guru untuk menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab dalam mentaksir murid dalam pelbagai aspek penilaian tidak kira pengetahuan , kemahiran mahupun nilai murni. 4.0 Penutup Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran bilik darjah amat penting bagi mengetahui tahap potensi seseorang murid dalam pembelajarannya. Oleh itu guru perlu menitikberatkan dasar kerajaan ini bagi merealisasikan hasrat FPK yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi inteleke , jasmani , rohani , emosi dan sosial (JERIS). Tidak dilupakan pertimbangan profesionalisme guru perlu diamalkan oleh guru ketika melaksanakan PBD agar ianya lebih berkesan serta berkualiti.


11 Rujukan Hanafi Thahir. 2020. Kemudahbacaan Dan Kebolehbacaan Tipografi Dan Visual Terhadap Reka Bentuk Kulit Buku. UITM. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33297/1/33297.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia. 2024. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KPM. https://www.moe.gov.my/index.php/falsafah-pendidikan-kebangsaan Mahaya Salleh, Suzana Mutalib, Hashiroh Hussein & Zakirah Abdullah. 2024. Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publication. Mustaqim Roslan. 2024. International Journal of Islamic and Civilizational studies: Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu: Analisis Subjek Pendidikan Islam. 11(1), 63-78. https://www.researchgate.net/publication/378598609_Kaedah_Pentaksiran_Bilik_Darjah _PBD_dan_Kesannya_Kepada_Murid_Tahap_Satu_Analisis_Subjek_Pendidikan_Islam Naquiah Nahar, Jimaain Safar, Aminudin Hehsan & Juhazren Junaidi. 2022. Mastery Learning Sebagai Medium Pengajaran Jawi Berkesan Dalam Kerangka Pembentukan Kompetense Guru. Satu Kajian Kes Mastery Learning As An Effective Jawi Teaching Medium In The Framework of Teacher Competence Formation: A Case Study. Shaharir Zain. 2021. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia : Kritikan Terhadap KBAT Dan Syor Penggantinya. 11(1). file:///C:/Users/User/Downloads/admin,+Shaharir.pdf Zurina Mustaffa, Zaharah Hussin & Abdullah Sulaiman. 2020. Malaysia Journal of Science and Humanities: Pedagogi Terbeza Untuk Pengajaran guru Terhadap Kepelbagaian Murid. 6(9), 202-214.


12 LAMPIRAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1


13 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2


14 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3


Click to View FlipBook Version