The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8622486, 2021-09-13 16:11:17

KEGEMILANGAN KESULTANAN (AutoRecovered)

KEGEMILANGAN KESULTANAN (AutoRecovered)

KEGEMILANGAN KESULTANAN
JOHOR RIAU DALAM ASPEK
PERDAGANGAN

NAMA:BAHIEJ IKHWAN
TINGKATAN:2IKHLAS
NAMAGURU:MATA PELAJARAN:
HJH NAZRAH BT HJ JAMLUDIN

PENGHARGAAN

Allhamdulillah,syukur ke hadrat kerana dengan limpah kurnianya s
aya dapat menyiapkan kajian kes sejarah ini.Insyaallah kajian kes i
ni dapat memberikan banyak manfaat kepada saya disamping me
nambah ilmu pengetahuan saya.Pertama skali,saya ucapkan ribua
n terimakasih kepada guru pelajaran sejarah iaitu, Hjh kerana tela
h banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini.
Tidak lupe jugak rakan-rakan yang lain-lain banyak membantu
menyelesaikan tugasan Bersama-sama.Akhir skali,saya ingin
mengucapkan
terimakasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi so
kongan .

Pernyataan masaalah

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah.
Terdapat beberapa usaha memajukan kerajaan Johor Riau
termasuklah memajukan Aktiviti perdagangan. Namun, maklumat
berkaitan aktiviti perdagangan di Johor Riau di dalam buku teks
adalah terhad. Oleh itu kajian kes ini dijalankan bertujuan untuk
mengenal pasti factor-faktor yang mendorong kepada
kegemilangan perdagangan di Johor Riau

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif yang ditetapkan o
bjektif ini adalah seperti berikut:

1.Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau
2.Mengenal pasti ciri-
ciri perdagangan kesultanan Johor riau yang gemilang
3.Menguraikan factor-factor
yang menjadikan johor sebagai sebuah pelabuhan entreport
sehingga menyumbang kepada kemilangan

KAEDAH KAJIAN

Terdapat 3 jeniah kaedah kajian iaitu kaedah lisan,kaedah bertulis
dan kaedah arkeaologi.Namun, dalam kajian kes ini,saya menggun
akan kaedah berikut :

1.Kaedah Bertulis

Saya telah membuat rujukan ke atas beberapa bahan kajian antar
anya buku teks sejarah,membuat carian menggunakan internet
dan buku rujukan sejarah yang lain

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Perkara Catatan

1. 28/7/2021 Taklimat kajian kes tingkatan 2 dari guru Panduan pemilihan tajuk

mata pelajaran kajian oleh guru

2. 29/7/2021 Melengkapkan rancangan awal kajian Usaha kendiri dan guru

kes:

I.Membina jadual kerja

2.Menentukan tajuk kajian

3. 29/7/2021 Penghargaan Usaha kendiri dan guru

4. 30/7/2021 Menyiapkan objektif kajian dan kaedah Usaha kendiri dan guru

kajian.

5. 31/7/201 Membaca buku teks untuk mecari bahan Usaha kendiri

maklumat untuk menyiapkan kajian kes.

6. 1/8/2021 Mengumpul maklumat dari laman web Usaha kendiri

Internet.

7. 15/8/2021- Menyediakan kerangka kasar: Usaha kendiri dan guru

23/8/2021 1.Sejarah pengasasan Kesultanan Johor

Riau

2.Ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor

Riau 3.Faktor-faktor Johor sebagai sebuah

Pelabuhan entrepot

4.Bukti Kesultanan Johor Riau sebagai

sebuah negeri yang mempunyai system

perdagangan yang gemilang

5.Pandangan anda tentang sistem

ekonomi negara kita hari ini..

8. 26/8/2021 Langkah untuk memajukan system Usaha kendiri dan guru

ekonomi masa kin

9. 28/8/2021 Nilai dan iktibar Usaha kendiri dan guru

10. 29/8/2021 Harapan Usaha kendiri dan guru

11. 1/9/2021 Menyiapkan laporan akhir Usaha kendiri dan guru

12. 3/9/2021 Sumber rujukan Usaha kendiri dan guru

Sejarah Pen *Kota Kara di Pekan
gasasan Kes Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tah
ultanan Joh un 1535. Sultan Alauddin Riayat Shah
or I berundur dan membuka pusat pemerintahan di

Kota Sayong. Kawasan ini.
Riau *Kesultanan johor terlah diasaskan oleh

Raja Ali,putera Sultan Mahmd Shah dan
Tun Fatimah.Baginda meggunakan gelaran Sultan
Alauddin Riayat Shah [1528-1564].Bendahara Seri
Nara Diraja ditahankkan menghimpunkan rakyat untuk me
mbuka negeri di pesisir sungai Johor.
*Sultan Alauddin Riayat Shah
I membina pusat pemerintahan di kota Kara,Pekan Tua
pada tahun 1528.Kedudukan Kota Kra
yang terletak berhampiran sungai yang lebar dalam memud
ahkan kapal untuk keluar masuk.Kawasan berbukit di sekita
r Kota
Kara menjadi bentang pertahanan daripada ancaman.
*Kota Kara di Pekan
Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tah
un 1535. Sultan Alauddin Riayat Shah
I berundur dan membuka pusat pemerintahan di
Kota Sayong.
Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang
musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

KERANGKA KASAR

- Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I
memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor
Lama. Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu.
Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar
dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.
- Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu
tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan
dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bintan). Sultan
Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu
pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada
Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu
Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab perperangan dan
bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor
berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor
termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.



Ciri-ciri Kedudukan yang strategik

perdagangan - Pelabuhan Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki

Kesultanan kapal besar sebab sungai Johor Lebar dan dalam

Johor Riau - Lokasi pelabuhan bolehkan Johor kawal lalu lintas kapal

dagang dari Timur dan Barat

- Pelabuhan Riau di persimpangan lalu lintas maritim yang

strategik jadi tumpuan pedagang

Tumpuan para pedagang

- dari China, Gujerat, Belanda, dan Inggeris
- Pedagang jawa pilih pelabuhan Johor kerana tidak mahu
berdagang dengan Portugis di Melaka
- Pedagang Siam pasarkan beras
- dapat tumpuan pedagang dari tanah jajahan, naungan
dan kerajaan alam melayu lain

Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang
dagangan

- peranan-pusat pertukaran barangan keluaran alam
melayu dengan barangan dari China, India dan Arab
- barang dagangan dibekalkan tanah jajahan dan naungan
Johor. Contoh: lada hitam, bijih timah dan emas
- bijih timah dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta
Pulau Bangka, Sumatera
- Lada hitam dari Jambi
- emas dari Inderagiri

- Barang tempatan – kelapa kering, kayu gaharu, damar,
kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin
dan garam datang dari Pahang, Sumatera, Kepulauan Riau,
Sungai Ujong, Klang, Naning dan Rembau
- Pelabuhan Batu Sawar jadi pusat perdagangan dari
china.Cth barang benang emas, kain sutera putih, barang
tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga
- Pedagang jawa bawa beras
- Pedagang Gujerat bawa kain, wangian dan manik -
- Johor dapat bekalan beras dari pedagang Siam

Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

- Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai
bangsa berlabuh di Pelabuhan Johor terutamanya di
Pelabuhan Riau
- Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal
Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu

Faktor-faktor Kemudahan Pelabuhan

Johor

sebagai - sediakan gudang bawah tanah untuk simpan barangan

sebuah untuk elak dari kebakaran

Pelabuhan - sediakan pegawai terlatih untuk uruskan perdagangan

entrepot - bekalkan barang yang diperlukan. Cth, lada hitam,

rempah ratus.

Urusan jual beli

- secara tukar barangan dan guna mata wang
- Sultan Alauddin Riayat Shah I telah kenalkan mata wang.
Emas(mas), perak (kupang), bijih timah (katun)
- akhir abad 18, mata wang asing dolar Sepanyol, Mexico
dan Belanda turut digunakan
- Syahbandar bertanggungjawab uruskan sistem jual beli
dan kutipan cukai pelabuhan
- Cukai yang dikenakan berpatutan
- Syahbandar juga tetapkan ukuran dan berat timbangan
barangan

Sistem naugan

- Pedagang luar dan tempatan perlu dapat naungan dari (
Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera
Bongsu)

- Sebahagian hasil keuntungan diberi pada pihak yang
berikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan ikut
sistem naungan
- Sistem ini mudahkan dapat surat kebenaran dari Belanda
- dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka

Peranan orang laut

- ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal
dagang, penunjuk arah pada pedagang dan pengawal di
perairan Johor dan Selat Melaka.
- Terlibat mengawal keselamatan Johor Riau dengan jadi
tentera angkatan laut

Kemudahan membaiki dan membina kapal

- mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal
saiz kecil
- orang laut mahir bina kapal
- mereka buat kapal pesisir pantai.Cth kolek, banteng,
penjajap, balok dan pencalang.
- kemahiran ini bantu Johor Riau maju.

Pusat persuratan

- Karya yang tertulis dalam Bahasa Melayu. Karya yang
mampu cetuskan unsur pemikiran, sistem nilai,
kepercayaan, falsafah, pandangan hidup, dan
mencerminkan pemikiran orang Melayu
- Contohnya: Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah

Bukti Johor dapat kumpul pelbagai hasil dagangan kerana

Kesultanan mempunyai jajahan takluk yang luas

Johor Riau

sebagai - Bukti: • 1623, kapal dagangan Johor telah berdagang

sebuah negeri hingga ke Maluku dan Makasar.

yang - Ramai pedagang asing datang berniaga dipelabuhan

mempunyai Johor – pedagang China dari Canton (Guangzao dan Amoy)

sistem - Kapal Belanda dan Inggeris juga datang ke pelabuhan

perdagangan Johor.

yang gemilang - Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah 11 (1685-

1699) = pusat pentadbiran dan Pelabuhan Johor telah

berpindah dari Batu Sawar ke Riau.

- Thomas Silcher = Gabenor Belanda melawat Johor pada

tahun 1689, mengatakan bahawa terlalu banyak kapal

yang berlabuh di pelabuhan Johor.

Kemajuan perdagangan Johor disebabkan oleh
kepelbagaian barang dagangannya

Terdapat pelbagai barang tempatan dan luar negeri dijual
di pelabuhan Johor.
- Bukti:
- Barang tempatan = damar, tikar, bijih timah, sagu,
minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu,
gaharu dan beras.
- Johor juga terkenal sebagai pembekal kain bercorak
baharu.
- Barangan luar negeri = benang emas, kain sutera putih,
teh, barangan tembikar, tembaga dari China

Di pelabuhan Johor, terdapat pelbagai kemudahan untuk
pedagang seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.

Perdagangan dijalankan melalui 2 cara =
1) secara tukar barang
2) penggunaan mata wang = Johor memperkenalkan mata
wang yang diperbuat daripada emas, perak dan timah.
a) mata wang emas = mas
b) mata wang perak = kupang
c) mata wang timah = katun
- Mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Shah II.
- Mata wang = Dolar Sepanyol, Dolar Mexicodan duit
Belanda juga digunakan di pelabuhan Johor.

Kerajaan Johor cekap mentadbir pelabuhan dan
mengamalkan sistem cukai yang berpatutan.

- Contoh =
- Setiap bahara lada hitam = cukai 6 keping mas
- Setiap bahara timah = 10 keping mas
- (bahara = timbangan/kilogram)

Kerajaan Johor mengamalkan sistem naungan bagi
menjamin keselamatan pedagang asing

- Setiap pedagang dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera
Bongsu, Temenggung dan Laksamana.
- Bagi menjamin keselamatan pedagang dan kapal yang
berlabuh = kerajaan Johor mengerahkan Orang Laut.
-Tugas Orang Laut : I.Pengawal Pelabuhan II.Pengawas
perairan Johor III.Penuda IV.Penunjuk arah

Pelabuhan Johor terlindung daripada tiupan angin
monsun.

Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat
Melaka = Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang
dari barat dan Timur

Johor = pusat membuat kapal persisiran pantai seperti
banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

Pandangan Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia

anda terhadap

sistem - Ramai pelabur asing ternama melabur di Malaysia.

ekonomi - Malaysia merupakan negara hab halal, hab elektronik,

negara kita hab perlancongan dan industry yang mapan.

hari ini. - Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai mata

wang lain di dunia.

- Penggunaan teknologi termaju dalam bidang

pembangunan ekonomi serta social

- Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti

PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan sebagainya.

- Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu

dan sebagainya.

Langkah untuk IPT menyediakan kursus dalam bidang berkaitan ekonomi.

memajukan

sistem - Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu

ekonomi masa menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang

kini keusahawanan.

Menyediakan pinjaman modal dan bantuan teknologi
serta konsultasi.

- Pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan pinjaman
modal atau konsultasi bagi menangani masalah pencarian
sumber pendapatan bagi golongan yang kurang
berkemampuan

Mengenal pasti sumber negara yang berpotensi untuk
dimajukan.

- Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan
adalah sector pelancongan memandangkan Malaysia kaya
dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik untuk
dilawati.

Menghasilkan produk tempatan yang bertaraf dunia.

- Pada masa kini banyak produk-produk pengeluaran
tempatan mendapat tempat di mata orang luar.
Contohnya, jenama Getha (jenama pengeluaran tilam),
Yokohama (jenama pengeluaran tayar dan bateri kereta).
Mamee (jenama makanan), Fujiaire (jenama penghawa
dingin) dan Joven (jenama pemanas air).

Nilai dan Mengadakan program pembangunan seperti FELDA dan
iktibar FELCRA.

- Mengadakan program pembangunan bertujuan bagi
membantu rakyat miskin menaik taraf sumber
pendapatan sekaligus mengembangkan sektor ekonomi
negara.

SPRM sebagai badan berkuasa menangani rasuah
ekonomi.

- Hal ini adalah bagi memastikan sistem ekonomi negara
bersifat bersih dan bebas daripada jenayah rasuah.
Kita mestilah mementingkan strategi yang berkesan

- Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi
memastikan kelancaran sesuatu bidang. Strategi
ekonomi/perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi
memastikan sistem ekonomi negara semakin
berkembang.

Mempunyai pentadbiran yang berkesa

- Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah
penting dalam membentuk sistem ekonomi yang kukuh.
Contohnya dalam Kesultanan Johor Riau mengamalkan
sistem naungan bagi menjamin keselamatan pedagang
asing.

Harapan Mempunyai pemimpin berwibawa

- Seorang pemimpin mempunyai peranan yang penting
dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara.
Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi
yang berkesan bagi memastikan kemajuan negara
semakin berkembang.

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka
untuk memahami dan menghayati kewujudan tentang
kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu.

Melalui pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran
tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi
pada zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran
kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan
bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan
tersendiri. Generasi kini makin lupa betapa pentingnya
pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari
zaman sejarah kegemilangan Johor.

Memandangkan subjek sejarah merupakan subjek yang
wajib lulus, para pelajar hanya mempelajarinya untuk
lulus dan tidak memahami dengan mendalam. Oleh itu,
generasi muda haruslah menghayati dan menghargai
sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri
terhadap tanah air.

LAPORAN AKHIR

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai
petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14,
kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit
sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana
negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya.
Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan
Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang
dan kemudiannya ke Bintan di Johor.

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera
Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan
gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Bendahara Seri
Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka
negeri di pesisir Sungai Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di
Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528. Kedudukan Kota Kara yang
terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam memudahkan
kapal untuk keluar masuk.

Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi
benteng pertahanan daripada ancaman luar. Kota Kara di Pekan
Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun
1535Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat
pemerintahan di Kota Sayong. Kawasan ini lebih selamat kerana
kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah memindahkan
pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama. Kawasan ini juga

dikenali sebagai Tanjung Batu. Kedudukannya yang strategik di
Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal
dagang.

Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu tarikh
kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh
Megat Seri Rama (Laksamana Bintan).Sultan Mahmood tidak
mempunyai waris yang sah dan oleh itu pengurusan dan
pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu
menteri- menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh
sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu
negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor
termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.

Kedudukan pelabuhan Johor yang strategik. Pelabuhan Batu
Sawar dan Panchor mudah dimudiki kapal besar sebab sungai Johor
Lebar dan dalam. Lokasi pelabuhan bolehkan Johor kawal lalu lintas
kapal dagang dari Timur dan Barat. Pelabuhan Riau di
persimpangan lalu lintas maritim yang strategik jadi tumpuan
pedagang. Tumpuan para pedagang dari China, Gujerat, Belanda,
dan Inggeris.

Pedagang jawa pilih pelabuhan Johor kerana tidak mahu
berdagang dengan Portugis di Melaka. Pedagang Siam pasarkan
beras. Pelabuhan ini dapat tumpuan pedagang dari tanah jajahan,
naungan dan kerajaan alam melayu lain. Pusat pengumpulan dan
pengedaran pelbagai barang dagangan.

Peranan pusat pertukaran barangan keluaran alam melayu
dengan barangan dari China, India dan Arab. Barang dagangan
dibekalkan tanah jajahan dan naungan Johor.

Contoh: lada hitam, bijih timah dan emas, bijih timah dari Klang,
Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera, Lada
hitam dari Jambi, emas dari Inderagiri. Barang tempatan ialah
kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan
masin, periuk belanga, lilin dan garam datang dari Pahang,
Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan
Rembau.

Pelabuhan Batu Sawar jadi pusat perdagangan dari china.
Contoh barang benang emas, kain sutera putih, barang tembikar,
seramik, kuali besi, teh dan tembaga. Pedagang jawa bawa beras,
pedagang Gujerat bawa kain, wangian dan manik.

Kemudahan Pelabuhan seperti disediakan gudang bawah tanah
untuk simpan barangan untuk elak dari kebakaran, disediakan
pegawai terlatih untuk uruskan perdagangan dan dibekalkan
barang yang diperlukan. Contohnya, lada hitam, rempah ratus.
Urusan jual beli secara tukar barangan dan guna mata wang.

Sultan Alauddin Riayat Shah I telah kenalkan mata wang. Emas
atau mas, perak atau kupang, bijih timah atau katun. Akhir abad 18,
mata wang asing dolar Sepanyol, Mexico dan Belanda turut
digunakan. Syahbandar bertanggungjawab uruskan sistem jual beli
dan kutipan cukai Pelabuhan.

Cukai yang dikenakan berpatutan. Syahbandar juga tetapkan
ukuran dan berat timbangan barangan. Sistem naungan, pedagang
luar dan tempatan perlu dapat naungan dari Bendahara,
Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu.

Sebahagian hasil keuntungan diberi pada pihak yang berikan
naungan dalam bentuk cukai perdagangan ikut sistem naungan.
Sistem ini mudahkan dapat surat kebenaran dari Belanda. Ia dapat
membuat pedagang belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

Peranan orang laut, ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan,
penunda kapal dagang, penunjuk arah pada pedagang dan
pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka. Terlibat mengawal
keselamatan Johor Riau dengan jadi tentera angkatan laut.
Kemudahan membaiki dan membina kapal, mempunyai
kemudahan membaiki dan membina kapal saiz kecil.

Orang laut mahir bina kapal. Mereka buat kapal pesisir
pantai.Contohnya kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang.
Kemahiran ini bantu Johor Riau maju. Pusat persuratan, karya yang
tertulis dalam Bahasa Melayu.

Karya yang mampu cetuskan unsur pemikiran, sistem nilai,
kepercayaan, falsafah, pandangan hidup, dan mencerminkan
pemikiran orang Melayu. Contohnya, Sulalatus Salatin dan Hikayat
Hang Tuah.

Johor dapat kumpul pelbagai hasil dagangan kerana mempunyai
jajahan takluk yang luas. Buktinya, pada 1623, kapal dagangan
Johor telah berdagang hingga ke Maluku dan Makasar. Ramai
pedagang asing datang berniaga dipelabuhan Johor seperti
pedagang China dari Canton (Guangzao dan Amoy). Kapal Belanda
dan Inggeris juga datang ke pelabuhan Johor.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah 11 (1685- 1699),
pusat pentadbiran dan Pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu
Sawar ke Riau. Thomas Silcher, Gabenor Belanda melawat Johor

pada tahun 1689, mengatakan bahawa terlalu banyak kapal yang
berlabuh di pelabuhan Johor.

Kemajuan perdagangan Johor disebabkan oleh kepelbagaian
barang dagangannya. Terdapat pelbagai barang tempatan dan luar
negeri dijual di pelabuhan Johor. Contohnya, barang tempatan iaitu
damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan
masin, garam, kayu, gaharu dan beras.

Johor juga terkenal sebagai pembekal kain bercorak baharu.
Barangan luar negeri seperti benang emas, kain sutera putih, teh,
barangan tembikar, tembaga dari China.

Di pelabuhan Johor, terdapat pelbagai kemudahan untuk
pedagang seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.
Perdagangan dijalankan melalui 2 cara iaitu secara tukar barang
dan penggunaan mata wang.

Johor memperkenalkan mata wang yang diperbuat daripada
emas, perak dan timah. Mata wang emas dikenali sebagai mas,
mata wang perak dikenali sebagai kupang, mata wang timah
dikenali sebagai katun.

Mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Shah II. Mata wang seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexicodan
duit Belanda juga digunakan di pelabuhan Johor. Kerajaan Johor
cekap mentadbir pelabuhan dan mengamalkan sistem cukai yang
berpatutan.

Contohnya, setiap bahara lada hitam dikenakan cukai 6 keping
mas, setiap bahara timah dikenakan cukai 10 keping mas. Bahara
boleh dikatakan sebagai timbangan atau kilogram. Kerajaan Johor

mengamalkan sistem naungan bagi menjamin keselamatan
pedagang asing.

Setiap pedagang dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera
Bongsu, Temenggung dan Laksamana. Bagi menjamin keselamatan
pedagang dan kapal yang berlabuh = kerajaan Johor mengerahkan
Orang Laut.

Pengawal pelabuhan, Pengawas perairan Johor, Penunda dan
Penunjuk arah. Pelabuhan Johor terlindung daripada tiupan angin
monsun. Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat
Melaka hingga Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari
barat dan Timur.

Johor mendapati pusat membuat kapal persisiran pantai
seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

andangan saya terhadap sistem ekonomi negara kita hari ini
ialah Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia. Ramai
pelabur asing ternama melabur di Malaysia.

Malaysia merupakan negara hab halal, hab elektronik, hab
perlancongan dan industry yang mapan. Nilai ringgit yang
kukuh/stabil berbanding nilai mata wang lain di dunia. Penggunaan
teknologi termaju dalam bidang pembangunan ekonomi serta
social.

Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti PWTC,
KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan sebagainya. Malaysia kaya
dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu dan sebagainya

Pada pendapat saya, langkah untuk memajukan sistem
ekonomi masa kini ialah IPT menyediakan kursus dalam bidang
berkaitan ekonomi. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

perlu menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang
keusahawanan.

Menyediakan pinjaman modal dan bantuan teknologi serta
konsultasi. Pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan
pinjaman modal atau konsultasi bagi menangani masalah
pencarian sumber pendapatan bagi golongan yang kurang
berkemampuan.

Mengenal pasti sumber negara yang berpotensi untuk
dimajukan. Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan
adalah sector pelancongan memandangkan Malaysia kaya dengan
tempat-tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati.
Menghasilkan produk tempatan yang bertaraf dunia.

Pada masa kini banyak produk-produk pengeluaran tempatan
mendapat tempat di mata orang luar. Contohnya, jenama Getha
(jenama pengeluaran tilam), Yokohama (jenama pengeluaran
tayar dan bateri kereta).

Mamee (jenama makanan), Fujiaire (jenama penghawa dingin)
dan Joven (jenama pemanas air). Mengadakan program
pembangunan seperti FELDA dan FELCRA.

Mengadakan program pembangunan bertujuan bagi
membantu rakyat miskin menaik taraf sumber pendapatan
sekaligus mengembangkan sektor ekonomi negara. SPRM sebagai
badan berkuasa menangani rasuah ekonomi. Hal ini adalah bagi

memastikan sistem ekonomi negara bersifat bersih dan bebas
daripada jenayah rasuah.

Nilai dan iktibar yang didapati di kerja kursus ini ialah kita
mestilah mementingkan strategi yang berkesan. Strategi yang
berkesan amatlah diperlukan bagi memastikan kelancaran sesuatu
bidang.

Strategi ekonomi/perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi
memastikan sistem ekonomi negara semakin berkembang.
Mempunyai pentadbiran yang berkesan. Tidak dinafikan
pentadbiran yang berkesan amatlah penting dalam membentuk
sistem ekonomi yang kukuh.

Contohnya dalam Kesultanan Johor Riau mengamalkan sistem
naungan bagi menjamin keselamatan pedagang asing. Mempunyai
pemimpin berwibawa. Seorang pemimpin mempunyai peranan
yang penting dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara.

Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi yang
berkesan bagi memastikan kemajuan negara semakin
berkembang. Harapan saya, berdasarkan kajian yang telah kami
lakukan, adalah penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang
merdeka untuk memahami dan menghayati kewujudan tentang
kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu.

Melalui pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang
wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman
dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-
negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini
mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan
yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah
kegemilangan Johor. Memandangkan subjek sejarah merupakan
subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya mempelajarinya untuk
lulus dan tidak memahami dengan mendalam

Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan menghargai
sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap
tanah air.

RUJUKAN

Buku Teks

- Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 (KSSM),2017,Dr.Safian bin
Mansor et.AL,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur

Internet

- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor
- https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-

kesultanan-johor/
- http://fourpincess.blogspot.com/p/blog-page.html


Click to View FlipBook Version