The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahlayanti2667, 2022-06-14 08:22:56

TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

PAMERAN
BERTEMA

TEMPAT
BERSEJARAH
SETIAP NEGERI
DI MALAYSIA

Anjuran :
PANITIA SEJARAH DAN

PSS SK BATU KIKIR

• Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the cake’
untuk bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di
hadapan Dataran Merdeka, anda boleh bersantai untuk
menikmati pemandangannya yang lebih-lebih lagi memukau jiwa
pada waktu malam sambil menikmati angin bandar.

• Dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893, bangunan ini
memiliki reka bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam
berdasarkan 3 buah kubah yang terdapat padanya.

• Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru
Kerajaan, namun, pada tahun 1948, setelah Persekutuan Tanah
Melayu terbentuk, Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan
sebagai Sekretariat Persekutuan.

• Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor
telah dipindahkan ke Shah Alam, dan sejak dari itu, bangunan ini
telah diberikan nama yang baru bersempena dengan nama Sultan
Selangor yang memerintah dari tahun 1857 ke 1898, Sultan Abdul
Samad.

SELANGOR

• Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905,
Istana Bandar (Alaeddin) adalah sebuah peninggalan antik yang
memiliki seni binaan yang unik. Sewaktu pembinaan istana,
tukang-tukang Cina yang mahir turut terlibat dimana mereka
menghasilkan ragam hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina
sendiri. Secara keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh
Islam dari Timur Tengah dan juga India.

• Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat keindahan
lanskapnya yang dipercantikkan dengan kehadiran kolam-
kolam di hadapan istana.

• Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah menjadi tempat
bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisuri
baginda sehingga baginda mangkat pada 1889. Bangunan ini
kemudiannya menjadi tempat pertabalan sultan Selangor ke-7.

• Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini telah
tidak digunakan lagi kerana pusat pemerintahan mula
dipindahkan ke Kuala Lumpur.

PERAK

KELLIE’S CASTLE

• Beraura misteri, Kellie’s Castle adalah sebuah bangunan
bersejarah yang dibina oleh seorang pengusaha ladang dari
Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan
sebagai lambang cinta kepada isterinya serta untuk
mengembalikan kenangan kepada rumah yang jauh di
Scotland.

• Namun, sedihnya, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan
secara serta-merta kerana Kellie telah mati secara mengejut
pada tahun 1926. Walaupun tidak 100% siap, istana ini
dikatakan memiliki banyak ruang rahsia yang termasuklah
terowong-terowong bawah tanah.

MELAKA

KOTA A FAMOSA

• Kota A Famosa boleh dikatakan yang selalu menjadi sebutan
ramai. Kota A Famosa adalah sebuah kota yang telah dibina pada
tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu dibawah
taklukan Portugis.

• Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan
yang sempurna, kerana satu-satunya struktur yang masih dalam
bentuk asal hanyalah pintu gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang
Santiago. Dikatakan bahawa pintu gerbang ini adalah struktur
Eropah yang tertua di rantau Asia.

• Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini
masih teguh berdiri kerana menggunakan antara jenis batuan
yang paling kukuh iaitu Batu Lada ataupun Batu Letrik yang
agak sukar untuk dicari.

JOHOR

MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR

• Muzium Diraja Abu Bakar terletak di dalam sebuah bangunan
yang dahulunya adalah Istana Besar Johor. Istana yang siap
dibina pada tahun 1866 ini telah dibina dengan pengaruh reka
bentuk Resaissance di bawah seliaan arkitek Eropah.

• Perabot-perabot yang terdapat di dalam istana ini telah
ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dari negara
England.

• Bangunan ini kemudiannya telah dibaikpulih untuk dijadikan
muzium pada tahun 1982. Di dalam muzium ini anda dapat
melihat pameran barangan yang diperbuat daripada perak,
cenderahati dan barang-barang kemas. Di samping itu, turut
dapat dilihat adalah foto-foto keluarga Diraja sejak
pemerintahan Sultan Abu Bakar

NEGERI
SEMBILAN

ISTANA LAMA SERI MENANTI

• Pernah tak anda tertanya-tanya, apa maksud ‘Seri Menanti’ tu
sebenarnya? Untuk pengetahuan anda, Seri Menanti adalah nama3
batang padi yang tumbuh di kawasan sekitar yang dinamakan
sebagai Padi Menanti ataupun ‘semangat padi yang menanti’.
‘Seri’ pula bermaksud ‘padi’ di dalam bahasa Jawa. Baru tahu
kan?

• Istana Lama Seri Menanti ini adalah sebuah istana 4 tingkat yang
dibina untuk menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar
sewaktu Perang Bukit Putus.

• Istana ini telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar
dengan arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu istana ini
dibina dengan reka bentuk alam Minangkabau.

• Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa
menggunakan walaupun satu batang paku besi! Macam mana
tu? Untuk menyambung dari satu bahagian dengan bahagian
yang lain, mereka menggunakan sambungan kayu yang
dinamakan pasak.

PAHANG

MASJID NEGERI (MADRASATUL FIRDAUS)

• Masjid yang comel berwarna terang ini, Masjid Negeri ataupun
Madrasathul Firdaus adalah sebuah bangunan yang tertua yang
terletak di bandar Kuala Lipis.

• Bayangkanlah, bagaimana sebuah masjid yang tidaklah segah
bangunan-bangunan kolonial lain ini mampu berdiri dengan
teguh sejak tahun 1888 lagi.

• Sangat menakjubkan bukan? Lagi satu sebab kenapa masjid ini
sangat istimewa adalah kerana ia tidak pernah ditenggelami
banjir walaupun ketika banjir besar melanda pada tahun 1971,
yang peliknya, masjid ini terletak di tebing Sungai Jelai. Wow!

• Untuk pengetahuan anda, masjid ini telah dibina pada abad ke-
19 oleh seorang saudagar Arab dari Yemen yang bernama Habib
Hassan. Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini ya.

KEDAH

RUMAH KELAHIRAN
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

• Alor Setar Kedah adalah daerah dimana Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan iaitu
pada 20 Disember, 1925.

• Daripada seorang rakyat biasa yang dibesarkan di dalam rumah
papan yang hanyalah berbumbungkan daun nipah, beliau telah
membesar menjadi seorang doktor dan seterusnya sebagai
pemimpin negara.

• Rumah satu bilik ini telah dipulihara oleh Arkib Negara pada
tahun 1992.

KELANTAN

MASJID KAMPUNG LAUT

• Nak lihat masjid yang tersangatlah tua usianya di Malaysia ni?
Datanglah ke Masjid Kampung Laut. Jangan terkejut jika
dikatakan bahawa masjid ini telah berusia sekitar 300 ke 400
tahun kerana dibina pada tahun 1730. Tua ya amat bukan?

• Masjid ini telah dibina oleh para mubaligh yang sewaktu pelayaran
meraka di sepanjang Kepulauan Melayu mengalami nasib yang
malang di mana kapal mereka bocor. Namun begitu, mereka
berjaya mendarat dengan selamat di kawasan pantai yang
terdekat. Masjid ini kemudiannya dibina untuk memperingati
peristiwa tersebut.

• Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat ciri reka bentuk Jawa
dan teknik binaan klasiknya yang tidak langsung menggunakan
paku. Lokasinya, hanyalah dalam 10 km dari bandar Kota Bharu.

• Namanya, Masjid Kampung Laut adalah bersempena dengan nama
lokasi asal masjid ini yang terletak di kawasan Jajahan Tumpat
iaitu Kampung Laut. Kini, ianya terletak di dalam kawasan Pusat
Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri.

TERENGGANU

KOTA LAMA DUYUNG

• Terletak hanyalah 7 km dari bandaraya Kuala Terengganu di
Pulau Duyung, Kota Lama Duyung telah dibina pada tahun
1919 oleh pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu,
Dato’ Biji Sura.

• Rumah ini digelar sebagai Kota Lama kerana ia turut dikelilingi
oleh tembok batu. Yang menariknya tentang rumah ini, ia
merupakan rumah yang dibina menggunakan batu-batayang
satu-satunya terdapat di daerah ini pada ketika itu. Reka
bentuknya diinspirasikan daripada seni bina Melayu
Terengganu pada zaman 1920-an.

MUZIUM KOTA KAYANG
(RUMAH TETAMU KANGAR)

• Muzium Negeri Kangar berdiri di atas tanah berkeluasan 4.84
ekar yang suatu ketika dahulunya diberikan Raja Syed Alwi
kepada adik lelaki baginda Syed Salim yang menjadi ketua
menteri kepada Raja.

• Pada sekitar kurun ke-19, Syed Salim telah mendirikan rumahnya di
atas tanah yang luas ini untuk didiami bersama keluarganya
sebelum dijual kepada Kerajaan Negeri selepas Perjanjian
Bangkok ditandatangani.

• Bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Penasihat British
yang pertama, Meadow Frost serta pewarisnya sehinggalah
Perang Dunia Kedua (1941) yang memperlihatkan rumah ini
diambil alih oleh tentera Jepun. Dari tahun 1943 ke 1945 pula ia
digunakan oleh tentera Thai.

• Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan ini dijadikan
sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis. Sedihnya,
bangunan asal di atas tanah ini dirobohkan pada tahun 1991 dan
digantikan dengan replika bangunan yang sama yang berfungsi
sebagai Muzium Negeri.

SARAWAK

KUBU MARGERITHA

• Kalau dilihat reka bentuk Kubu Margherita ni terasa macam
melancong ke negara Eropah. Kubu yang berwarna putih ini
telah siap dibina dengan reka bentuk istana lama Inggeris pada
tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena
nama isterinya, Margaret Brooke.

• Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang
seluas pandangan mata ke semua arah di kawasan sekitarnya.
Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan
kekuatannya.

SABAH

AGNES KEITH HOUSE

• Siapa sangka rumah kayu yang kelihatan begitu terpancar ciri
tradisional tempatan ini sebenarnya merupakan milik keluarga mat
saleh daripada Amerika, Agnes Keith. Kalau anda gemar membaca
sastera lama, mungkin anda pernah dengar nama ini, kerana Agnes
Keith telah membukukan pengalamannya-pengalamannya sewaktu
menetap di Sabah.

• Rumahnya sebelum ini pernah menjadi kuarters kerajaan Inggeris
yang dipanggil sebagai Newlands. Agnes dan keluarganya tinggal di
sini sehingga tahun 1942 dan kembali lagi selepas Perang Dunia Ke-2.

• Namun, sekembalinya ke sini, rumah ini dilihat telah musnah
terbakar dek kerana perang. Oleh itu, mereka telah membina rumah
ini sekali lagi dengan reka bentuk yang sama. Mereka tinggal di sini
sehinggalah tahun 1952.

• Bangunan ini dibaikpulih 50 tahun kemudian dan dibuka kepada
orang awam mulai tahun 2004. Di dalamnya terdapat perabot-
perabot dengan ciri-ciri kolonial dan barangan antik yang lain.

FORT CORNWALLIS, PADANG KOTA LAMA

• Fort Convalis antara tempat bersejarah yang paling terkenal di
Pulau Pinang. Kubu Cornwallis ini terletak di Jalan Tun Syed Sheh
Barakbah, Georgetown dan merupakan sebuah kubu lama
bersejarah yang telah dibina sekitar tahun 1876 oleh Syarikat
Hindia Timur Inggeris.

• Tahukah anda, Fort Cornwallis ini dibina sebagai benteng
pertahanan? Ia adalah kerana kedudukan Pulau Pinang dan Kota
Cornwallis yang berhampiran dengan laut maka ia mudah
terdedah kepada serangan musuh dan ancaman dari kuasa-kuasa
luar. Kubu ini merupakan kubu terbesar yang masih wujud di
Malaysia sehingga kini.

• Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang lain di sini seperti van
tentera, bilik simpanan serbuk senjata api, penjara dan juga rumah
api. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini dipelihara dengan
sangat baik sebagai satu kesan sejarah dan warisan budaya yang
penting sehingga kini. Ia mampu menarik minat para pelancong
untuk berkunjung tidak kira pengunjung dari luar mahupun dalam
negara.

SUMBER

• https://www.ammboi.com/tempat-
bersejarah-di-pulau-pinang/

• https://www.maisinggah.com/bangunan-

bersejarah-di-malaysia/


Click to View FlipBook Version