1 “A good teacher is like a candle. It consumes itself to light the way for others.” NAMA GURU NO K/P NO JPNJ NO TEL EMAIL OPSYEN KELAS / SUBJEK YANG DIAJAR TUGAS-TUGAS KHAS SELAMAT MENJALANKAN TUGAS __________________________________ (Tandatangan)
2 SURAT AKU JANJI Saya,.....................................................................................No.KadPengenalan …...............................………………………… beralamat di .............................................................................................................................. dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawa saya i. akan sentiasa taat kepada Yang DiPertuan Agong, Negara dan Kerajaan; ii. akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai awam dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; iii. tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; iv. tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya; v. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; vi. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; vii. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; viii. tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan ix. Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya, sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. …………………………….. .............................................. (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai) Di hadapan saya, ………………………………………….. (Tandatangan Ketua Jabatan) ........................................................................................ KP: …………………………..………………… (Nama dan No: Kad Pengenalan Ketua Jabatan) ....…..…………… Tarikh (Cap Rasmi Jabatan)
3 PERKARA MUKA SURAT ➢ AMANAT PPD & PENGETUA ➢ 4-5 ➢ MISI & VISI ➢ 6 ➢ SURAT PELANTIKAN TUGAS 2023 ➢ 7 ➢ AKU TERIMA PELANTIKAN RASMI TUGAS 2023 ➢ 8 ➢ WACANA PENDIDIKAN ➢ 9-21 ➢ SEJARAH & BENDERA SEKOLAH ➢ 22-24 ➢ PELAN LOKASI SEKOLAH ➢ 25 ➢ PELAN KELAS ➢ 26 ➢ PIAGAM PELANGGAN ➢ 27 ➢ LAGU SEKOLAH ➢ 28 ➢ IKRAR INTEGRITI ➢ 29 ➢ PANDUAN AM GURU DAN ARAHAN ➢ 30-60 ➢ JADUAL WAKTU (KOSONG) ➢ 61 ➢ UNJURAN KELAS ➢ 62 ➢ WARGA PENDIDIK & STAF SOKONGAN ➢ 63-65 ➢ TAKWIM SEKOLAH ➢ 66-83 ➢ PENGURUSAN AM ➢ 84-106 ➢ PENGURUSAN KURIKULUM ➢ 107-118 ➢ PENGURUSAN HEM ➢ 119-135 ➢ PENGURUSAN KOKURIKULUM ➢ 139-159 ➢ PEKELILING ➢ 160-173 ➢ SENARAI TUGAS GURU ➢ 174-189
4
5 Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dalam Buku Pengurusan SMK Taman Desa Jaya bagi tahun 2024. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan SMK Taman Desa Jaya yang telah berusaha menyiapkan buku ini yang berfungsi sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru serta staf sokongan sekolah untuk melaksanakan tugas seharian dengan lebih terarah, berkesan dan seterusnya meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekolah. Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Pelbagai cabaran telah kita lalui sepanjang tahun 2023 yang turut memberi impak dan perubahan dalam iklim pendidikan sekolah. Sehubungan dengan itu, sebagai ketua organisasi, saya menyeru semua guru dan staf sokongan supaya terus menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berdedikasi selaras dengan arahan dan panduan yang digariskan. Semua warga sekolah sewajarnya memupuk budaya ketepatan masa iaitu sentiasa bersegera, cekap dan berfikiran positif, menitikberatkan budaya bekerja sepasukan, bergerak sederap mara ke hadapan serta menjunjung semangat muafakat dalam merealisasikan semua program dan tugasan yang telah dirancang. Saya berharap dengan usaha yang tidak mengenal jemu, anak-anak didik SMK Taman Desa Jaya akan memperoleh bukan sahaja kecemerlangan dalam akademik malah penerapan sahsiah selain cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Generasi yang kita harapkan ialah ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Selain itu, penguasaan guru dalam pedagogi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang tepat menjadi elemen penting bagi menjayakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Saya yakin dan percaya bahawa warga SMK Taman Desa Jaya akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Akhir kata, saya berharap agar semua warga sekolah dapat melaksanakan program yang dirancang sepanjang tahun 2024. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan bagi memastikan strategi yang dirangka secara efektif dan efisien mampu menjelmakan kejayaan. Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang tahun 2024. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” T’Deja Ekstrem Merealisasi Transformasi T’Deja Top Ten Menjelang Tahun 2025 Saya yang menjalankan amanah, ….……………………………. (MAHANI BINTI ABD MAJID) Pengetua, SMK Taman Desa Jaya. SEKAPUR SIRIH
6 VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MATLAMAT ➢ Mewujudkan pengurusan kurikulum yang efisien untuk kecemerlangan akademik ➢ Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan beramal ➢ Memaksimakan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum secara berterusan ➢ Memantapkan pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti ➢ Menjalineratkan permuafakatan dengan komuniti serta pihak yang berkepentingan ➢ Menyediakan suasana sekolah yang kondusif dan selamat VISI, MISI DAN MATLAMAT SMK TAMAN DESA JAYA
7 Tarikh: 10 Mac 2024 Semua Guru dan Kakitangan Sokongan SMK Taman Desa Jaya Tuan, PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN, SESI PERSEKOLAHAN 2024 Perkara di atas adalah dirujuk 2. Sukacita saya melantik tuan/puan sebagai guru khas dan ahli jawatankuasa dalam bidang tertentu, guru kelas dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Tadbir, Majlis Kurikulum, Majlis Hal Ehwal Murid dan Majlis Kokurikulum sekolah ini bagi sesi persekolahan 2024 seperti yang disenaraikan dalam Buku Panduan Pengurusan 2024 ini. Tugas tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan perubahan dalam perjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2024. 3. Tuan hendaklah melaksanakan semua tugas yang dipertanggungjawabkan berdasarkan spesifikasi tugas yang ditetapkan dan mematuhi semua peraturan, prosedur dan sistem yang diguna pakai berkaitan dengannya. Sukacita juga diingatkan bahawa tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada tuan/puan adalah merupakan tugas-tugas rasmi yang perlu diurus dengan efisien untuk memastikan visi, misi dan objektif sekolah tercapai. 4. Saya percaya tuan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan kebolehan, keupayaan, minat dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini demi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sekian, terima kasih ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah, ( MAHANI BINTI ABD MAJID ) Pengetua, SMK Taman Desa Jaya. s.k. Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang Telefon: 07 -3578654 Fax s: 07- 3574654 Email : JEA1057@moe .edu.my SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA Jalan Danau 40, Taman Desa Jaya. 81100 Johor Bahru, Johor
8 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tarikh: 10 Mac 2024 Semua Guru dan Kakitangan Sokongan SMK Taman Desa Jaya AKU TERIMA PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU TAHUN PERSEKOLAHAN 2024 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita saya menerima pelantikan saya sebagai guru khas dalam bidang tertentu, dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Tadbir, Majlis Kurikulum, Majlis Hal Ehwal Murid dan Majlis Kokurikulum sekolah ini bagi sesi 2024 seperti yang disenaraikan dalam Buku Panduan Pengurusan 2024 ini. Saya juga faham bahawa tugas-tugas yang diberikan kepada saya tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan perubahan dalam penjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2024 3. Saya berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab demi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sekian, terima kasih ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah, ______________________________ Nama Guru : No K/P : Telefon: 07 -3578654 Fax s: 07- 3574654 Email : JEA1057@moe .edu.my SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA Jalan Danau 40, Taman Desa Jaya. 81100 Johor Bahru, Johor
9 A. WACANA PENDIDIKAN A1 HALA TUJU DAN DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA A1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. A1.2 TERAS PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan. • Bekerja dengan penuh tanggungjawab. • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri. • Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan. • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara • Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara • Berpegang teguh kepada ajaran agama. A1.3 PRINSIP ETIKA KERJA KEMENTERIAAN PENDIDIKAN MALAYSIA Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip- prinsip berikut: • Niat kerja yang betul. • Perlakuan yang baik. • Penggerak ke arah kebaikan. • Memperkotakan apa yang dikata. • Berdisiplin dan beradab. • Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
10 A1.4 NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - Amanah : Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. - Benar : Niat dan perbuatan benar. - Bijaksana : Gunakan pemikiran bijaksana untuk membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan keadaan dan masa - Bersyukur : Menghargai nikmat dan pemberian yang diterima. - Dedikasi : Rela mengorbankan tenaga pada bila-bila masa, demi menghasilkan kerja yang berkualiti. - Ikhlas : Jujur semasa ditugaskan untuk menghasilkan kerja terbaik tanpa ganjaran. - Penyayang: Berempati, bersifat kasih sayang dan mengambil berat terhadap permintaan dan emosi orang lain. A1.5 FOKUS UTAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fokus 1: Pengetua dan Guru Besar Berkesan Fokus.2: Sekolah Berkesan Fokus 3: Guru yang Profesional Fokus 4: Kurikulum yang relevan Fokus 5: Sistem Penilaian dan Peperiksaan Fokus 6: Pembinaan Infrastruktur Sokongan, Pengajaran dan Pembelajaran Fokus 7: Pembinaan Institusi Perancangan dan Penyelidikan Fokus 8: Pembinaan Sistem Institusi Perlaksanaan dan Pemantauan yang Berkesan : Sistem Pentadbiran Fokus 9: Pembangunan Staf yang Komprehensif Fokus 10: Pembinaan Hubungan Luar dan Masyarakat
11 A1.6 ERA BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12 A1.7 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – MELANGKAH KE HADAPAN
13 A1.8 KEMENTERIANPENDIDIKAN MALAYSIA –NARATIF BAHARU AMALANPENDIDIKAN
14 A1.10 OBJEKTIF PPPM, ASPIRASI SISTEM DANASPIRASI MURID Objektif Pelan Pembangunan Pendidikan : A Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan tumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. B Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang. C Menggariskan program transformasi bagi sistem pendidikan, termasuk perubahan penting dalam KPM. Lima aspirasi sistem pendidkan Malaysia: Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global :
15 A1.11 PPPM MENJANGKAU TEMPOH 13 TAHUN (3 GELOMBANG) DAN 11 ANJAKAN Gelombang 1 Gelombang 2 Gelombang 3 Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama Memacu peningkatan sistem Menganjak ke arah kecemerlangan melaui peningkatan tadbir-urus kendiri 2013 2015 2020 2025 13 tahun 11 Anjakan Utama Transformasi Sistem Pendidikan Negara A1.12 DISTRICT TRANSFOMATIONAL PROGRAMME (DTP)
16 A1.13 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) KSSM DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
17 KERANGKA KSSM Sains & Teknologi • Penguasaan ilmu Sains, Matematik dan Teknologi • Pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran Sains, Matematik dan Teknologi secara bertanggungjawab dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai dalam sains, matematik dan teknologi Komunikasi • Penguasaan kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi dalam kehidupan seharian serta melengkapkan diri ke arah alam kerjaya Kerohanian, Sikap & Nilai • Penghayatan amalan agama, sikap dan nilai murni dalam kehidupan. • Peningkatan kepatuhan kepada Tuhan secara berterusan dalam kehidupan seharian • Pembentukan insan berakhlak mulia, berintegriti dan akauntabiliti PEMIKIRAN KRITIS & KREATIF, INOVATIF INSAN SEIMBANG Perkembangan Fizikal & Estetika • Pengaplikasian pengetahuan, kemahiran serta amalan nilai dalam jasmani dan kesihatan bagi mencapai kesejahteraan diri • Pengaplikasian daya imaginasi, bakat, apresiasi, kreativiti dan inovasi dalam hasil karya Keterampilan Diri • Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum • Penghayatan nilai positif (harga diri dan keyakinan diri) • Penonjolan potensi, kemahiran yang ada pada diri dan daya kreatif • Membina perhubungan yang bermakna dengan individu dan masyarakat Kemanusiaan • Pembinaan warganegara untuk abad ke-21 • Penguasaan ilmu dan pengetahuan mengkonsepsi • Perkembangan kemahiran intelektual • Penghayatan nilai asas demokrasi • Pembinaan kemahiran menyelesaikan masalah
18 A1.14 PENDIDIKAN STEM Pendidikan STEM ialah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegras ikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna. /////////// Murid Memiliki Pengetahua n STEM
19 A1.15 SENARAI KUMPULAN MATA PELAJARAN ELEKTIF MENENGAH ATAS
20 A1.16 PEMBELAJARAN ABAD KE- 21 (PAK21) DEFINISI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 “merujuk kepada enam kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri murid oleh guru-guru melalui proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. KONSEP 6K 1N
21 A1.17 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA KUALITI @ SEKOLAH (SKPM)
22 MAKLUMAT SEKOLAH Nama Sekolah : SMK TAMAN DESA JAYA Alamat : Jalan Danau 40, Taman Desa Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. No. Telefon/ Fax : 07-3578654 / 07-3574654 Email : [email protected] Kod Sekolah : JEA1057 Website : https://facebook.com/tdejaextreme/ Sesi : 2 sesi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Walau bagaimana pun hanya pada 27 Ogos 2001, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Desa Jaya selama 8 bulan dan pembelajaran diadakan pada sesi petang. Sekolah ini dibina di atas tanah yang keluasannya lebih kurang 8 ekar. Pada 13 Ogos 2001, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyerahkan kunci bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya kepada Pengetua Pertama Sekolah ini iaitu Hajah Norlia Bt Kayat. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya diberi berdasarkan lokasi sekolah ini yang dibina di kawasan Perumahan Taman Desa Jaya yang telah dibuka pada tahun 1992. Kedudukan Sekolah Menengah Taman Desa Jaya juga disempadani oleh beberapa taman perumahan yang lain seperti Taman Desa Cemerlang dan Taman Ehsan Jaya. Pada 27 Ogos 2001 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya telah siap dibina, semua pelajar berpindah ke bangunan baru dan belajar di sesi pagi. Pada tahun itu sekolah mempunyai 590 orang pelajar sahaja. Jumlah guru yang mengajar di sekolah ini adalah seramai 32 orang dan 3 staf sokongan. Pada tahun 2012, bilangan pelajar telah mencapai 1446 orang, Bilangan guru ialah 93 orang dan 8 orang staf sokongan yang terdiri daripada 2 orang pembantu tadbir, 3 orang pembantu am dan 3 orang pembantu makmal. Memandangkan jumlah pelajar semakin meningkat dengan begitu ramai dan masalah kekurangan bilik darjah, pengajaran dan pembelajaran pada sesi petang telah dimulakan pada 1.1.2011. Sekolah baharu ketika itu terdiri daripada :- • 4 blok iaitu blok A hingga blok D • 37 buah bilik darjah • 2 buah Bilik Guru • Makmal Fizik, Makmal Kimia, Makmal Biologi, Makmal Bahasa, Bilik Sejarah, Bilik Geografi, Bilik Disiplin, Bengkel Kemahiran Hidup, Koperasi Sekolah, Perpustakaan, Bilik Alat Pandang Dengar, Bilik Masakan, Bilik Jahitan, Bilik Bimbingan Kaunseling, Bilik Perkembangan Staf, Bilik Mesyuarat dan Dewan • Sebuah Pejabat Pentadbiran Berikut ialah Pengetua yang berkhidmat di sekolah ini:- 1. Cik Hjh Norlia Binti Kayat Telah berkhidmat pada 16.12.2000 hingga 09.01.2012 (bersara wajib) 2. Pn Hjh Sukinah Binti Rehduan Memulakan khidmat pada 16.07.2012 hingga 01.01.2015 (bersara wajib) 3. Pn Hjh Zaharah Binti Hashim Memulakan khidmat pada 04.01.2015 hingga 01.06.2017 4. Pn Ruzita Binti Zainuddin Memulakan khidmat pada 22.10.2017 hingga 01.07.2020 (bersara wajib) 5. Pn Hjh Mahani Binti Abd Majid Memulakan khidmat pada 02.07.2020 hingga sekarang SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA
23 Interpretasi lambang & warna Warna Kuning ➢ Melambangkan keceriaan, keharmonian, kebahagiaan, keamanan dan kecemerlangan kepimpinan murid-murid serta mendukung dan menghormati lunas- lunas perlembagaan dan Prinsip Rukun Negara. Warna Putih ➢ Melambangkan kesucian, keikhlasan, kerohanian, ketulusan, kesempurnaan dan kesungguhan bagi meningkatkan keperibadian murid yang beradab di sekolah. Warna Merah (Merah Hati) ➢ Melambangkan kegagahan, keberanian dan kesiagaan dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran sebagai usaha untuk meletakkan sekolah sebagai sekolah yang berwawasan. Bentuk Warna Menjalur Ke bawah ➢ Melambangkan kepatuhan setiap murid kepada pegangan agama masing-masing. BENDERA RASMI SMK TAMAN DESA JAYA 2024
24 Interpretasi lambang & warna Lima Gelang Bulat ➢ Melambangkan 5 matlamat yang hendak dicapai: Warna Kuning ➢ Melambangkan kepimpinan Warna Hitam ➢ Melambangkan kejayaan Warna Merah ➢ Melambangkan semangat perjuangan. Warna Biru ➢ Melambangkan perpaduan Warna Hijau ➢ Melambangkan kepatuhan peraturan Warna Putih ➢ Melambangkan keikhlasan Gelang Bulat ➢ Semangat kesukanan mencapai kegemilangan dalam sukan BENDERA SUKAN SMK TAMAN DESA JAYA
25 PADANG BENGKEL PERTANIAN PINTU MASUK GELANGGANG BOLA KERANJANG KANTIN PEJABAT MAKMAL TANDAS PEREMPUAN KELAS TANDAS LELAKIDEWAN BILIK GURU BILIK KP BILIK GKMP DATARAN ZAMRUD GELA G GANG BOLA JARING PELAN LOKASI SEKOLAH SMK TAMAN DESA JAYA 2024
26 PELAN KEDUDUKAN KELAS DAN BILIK-BILIK KHAS 2024/2025 1 1
27 PIAGAM PELANGGAN Kami warga SMK Taman Desa Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji seluruh keupayaan kami untuk: 1. Melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran secara berkesan dan berkualiti bagi melahirkan insan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak para pelanggan. 2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum yang dapat membentuk pelajar yang sihat dari aspek rohani dan jasmani serta berakhlak mulia di samping mempunyai bakat kepimpinan. 3. Meningkatkan disiplin pelajar agar memudahkan penerimaan ilmu semasa pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dan menjalin hubungan baik dan rapat dengan ibu bapa dan masyarakat. 4. Membentuk sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan mesra kepada setiap pelanggan. 5. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang harmonis bagi merangsang minda pelajar agar bersedia menempuh pelbagai cabaran masa kini dan masa akan datang. PIAGAM PELANGGAN SMK TAMAN DESA JAYA
28 DISIPLIN ASAS KEJAYAAN Disiplin asas kejayaan cogan kata sekolah kami, Kami putera dan puteri berusaha dengan sepenuh hati, Guru berdedikasi mendidik dengan tabah hati, Mendukung cita-cita menjadi rakyat bervisi. Harapan ibu ayah tercinta kamikan tunaikan, Belajar dan berusaha mencapai wawasan, SMK Taman Desa Jaya, namamu jadi sanjungan, Disiplin asas kejayaan tetap jadi amalan. LAGU SEKOLAH SMK TAMAN DESA JAYA
29 IKRAR INTEGRITI SMK TAMAN DESA JAYA IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut: Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan Keenam : Memenuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
30 1.0 ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru-guru dinasihatkan supaya membaca, memahami dan juga boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip- prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pelajaran Kebangsaan. 1.6 Meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada diri dalam menjalankan tugas 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Guru ganti hendaklah masuk ke kelas-kelas yang telah ditetapkan. 1.9 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.10 Guru hendaklah hadir ke sekolah pada bila-bila masa yang diperlukan apabila diarahkan oleh Pengetua. 1.11 Guru digalakkan mengenali dan menghormati pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 1.12 Semua surat menyurat kepada JPN hendaklah disalurkan melalui dan salinan kepada Pengetua dan Pegawai Pendidikan Daerah. 1.13 Guru dan kakitangan mestilah mendapatkan kebenaran Pengetua sekiranya ingin pergi ke PPD, JPN atau KPM atas urusan rasmi. 2.0 PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS 2.1 Guru-guru adalah wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 dan Pekeliling pakaian seragam dan cara berpakaian bagi anggota perkhidmatan awam negeri Johor. (Sila rujuk salinan surat yang dilampirkan) 2.2 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 2.3 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. PANDUAN AM GURU DAN ARAHAN SEKOLAH SMK TAMAN DESA JAYA
31 2.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang kemas dan panjang rambut yang sesuai. 2.5 Guru yang mengajar pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai. 2.5.1 Guru Perempuan Seluar trek/ seluar panjang yang sesuai. Kemeja T atau kemeja sukan berlengan panjang, baju trek. Kasut sukan atau getah tanpa tumit. 2.5.2 Guru Lelaki Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja berkolar, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan tanpa tumit. 2.6 Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 3.0 WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 3.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti berikut : Sesi Pagi Ahad 7.10 pagi – 1.30 petang Isnin – Khamis 7.10 pagi – 2.00 petang Sesi Petang 12.30 tengah hari – 6.45 petang 3.2 Semua guru wajib berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi sekolah. 3.3 Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sekurangkurangnya 10 minit sebelum loceng pertama dibunyikan (waktu perhimpunan : 7.20 pagi) dan mengimbas cap jari waktu kehadiran ketika sampai dan balik sekolah. 3.4 Kehadiran guru adalah dokumen yang membantu pengetua untuk membuat “Penilaian Prestasi Tahunan”. 3.5 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas-kelas tambahan juga dikehendaki menandatangani Buku Kehadiran untuk kegiatan Kokurikulum / Kelas Tambahan. Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. 3.6 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. 3.7 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa. 4.0 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU BERTUGAS 4.1 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu bertugas kecuali mendapat
32 kebenaran daripada Pengetua. 4.2 Guru dikehendaki mengisi Borang kebenaran Keluar dan diserahkan ke pejabat sekolah. Dapatkan tandatangan Pengetua / Timbalan Pengetua sebelum keluar. Sekiranya urusan itu melebihi 3 jam guru dinasihatkan mengambil cuti rehat. 4.3 Guru-guru yang mendapat arahan JPN/PPD/BTPN/MSSJ/KPM mesti memaklumkan kepada pengetua terlebih dahulu dan melengkapkan borang kebenaran bertugas di luar. 4.4 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah. 4.5 Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran. 5.0 MELAKUKAN KERJA LUAR 5.1 Penjawat Awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan syarat mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut : 5.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. 5.1.2 Dibenarkan dengan syarat: a. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat b. Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam c. Tidak dengan apa-apa berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan 5.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 132(g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 (Ringgit Malaysia: Lima puluh ribu) atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali. 6.0 CUTI 6.1 Cuti Sakit Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan (PK) Pentadbiran atau PK HEM atau PK Kokurikulum mengikut tatacara berikut: i. Menelefon pengetua dengan kadar segera. ii. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 180 hari dalam setahun. iii. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke JPN dan KPM.
33 6.2 Sijil Perakuan Doktor Sijil perakuan doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua atau Penolong Kanan apabila datang bertugas kembali. 6.3 Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh dari jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. 6.4 Cuti Rehat Khas (CRK) 6.4.1 Kadar layak Cuti Rehat Khas (CRK) pegawai perkhidmatan pendidikan kurang 10 tahun berkhidmat layak 10 hari. Manakala, pegawai yang berkhidmat lebih 10 tahun layak 15 hari.(*mengikut kelayakan). Rujuk Pekeliling. 6.4.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 6.4.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak. 6.4.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C ). 6.4.5 Permohonan CRK mestilah menggunakan Sistem HRMIS dan mendapat kelulusan daripada Pengetua terlebih dahulu kecuali kes-kes kecemasan. 6.5 Cuti Kecemasan/Cuti Sambilan 6.5.1. Untuk memohon cuti ini sila baca Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3/1995 yang dilampirkan bersama. 6.5.2. Dapatkan borang permohonan di Pejabat Sekolah 6.5.3. Serahkan kepada Pengetua borang yang telah lengkap diisi untuk kelulusan. 6.6 Cuti Tanpa Gaji* 6.6.1 Mengikut Perintah Am 14 Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab- sebab persendirian yang mustahak.
34 6.6.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 6.6.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 6.6.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 6.6.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh KPM. Borang permohonan handaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. *Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan 6.7 Cuti Keluar Negara Guru-guru mesti mengisi Borang Kebenaran Keluar Negeri sama ada semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan. Borang permohonan yang telah diisi mesti dihantar ke PPD sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh berlepas. 6.8 Cuti Khas – Isteri Bersalin Cuti ini diberikan tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraan ini termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 6.9 Cuti Tanpa Rekod Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan persatuan/ pertubuhan, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan dan tugas khas perubatan. 6.10 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak- anak, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mentua, datuk dan nenek kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
35 7.0 MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 7.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua. 7.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan. 8.0 TUGAS GURU 8.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM), kokurikulum dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. 8.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di JPN, PPD atau sekolah lain, arahan tersebut hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. 8.3 Guru yang mewakili sekolah ke mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar hendaklah mengemukakan minit mesyuarat atau minit curai kepada Pengetua. 8.4 Guru yang mewakili sekolah ke mana-mana mesyuarat taklimat atau seumpamanya, apabila balik kelak perlu membuat ’In House Training’ kepada guru yang berkaitan atau terlebih dahulu memaklumkan kepada Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya. 8.5 Guru yang menjalankan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran masing- masing. 8.6 Menganggotai Panitia Mata Pelajaran atau Jawatankuasa Kurikulum sekolah apabila diperlukan serta membantu melaksanakan projek-projek yang dirancang oleh badan lain. 8.7 Menggantikan guru yang tidak hadir apabila diperlukan oleh Pengetua atau wakilnya. 8.8 Mengendalikan kegiatan kokurikulum selaku guru penasihat persatuan / kelab / unit beruniform /permainan atau sukan mengikut yang diperuntukan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 8.9 Mengendalikan dan menyempurnakan tugas-tugas khas seperti Guru Tingkatan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Bertugas Harian, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Sukan, Guru Buku Teks dan seumpamanya.
36 8.10 Mengawas dan membantu dalam perkara berikut:- a) Disiplin murid b) Panduan kerjaya murid c) Kebersihan sekolah dan murid d) Keselamatan sekolah dan murid 8.11 Memberikan kerjasama dalam urusan pejabat sekolah seperti mengemas kini stok-stok yang diurus, mengisi borang-borang dan urusan-urusan lain yang diperlukan. 8.12 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 9.0 PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN 9.1 Persediaan Mengajar Harian adalah dokumen penting yang menunjukkan kerja- kerja seorang guru dan merupakan harta kerajaan. 9.2 Guru-guru perlu membuat Persediaan Mengajar Harian dan hantar kepada Pengetua pada hari Khamis tiap-tiap minggu. 9.3 Fail Persediaan Mengajar mesti dilengkapi dengan perkara- perkara berikut:- i. Maklumat Diri ii. Sukatan Pelajaran(SP)/Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) /Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran iii. Jadual Waktu Kelas dan Persendirian iv. Rancangan Harian v. Catatan Aktiviti MIngguan vi. Data Markah Ujian dan headcount pelajar 9.4 Fail Persediaan Mengajar adalah dokumen yang dapat membantu dalam menyediakan Borang Keberhasilan. 9.5 Setiap guru mestilah membaca Pekeliling Ikhtisas Bil 3 /1999 yang menerangkan mengenai tujuan dan penggunaan fail tersebut serta mematuhi perkara-perkara mengenainya. 9.6 Rancangan pelajaran harian mestilah ditulis sehari sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Sesuatu rancangan yang tidak dapat dijalankan hendaklah diberikan catatan di bawahnya. 9.7 Guru-guru berkewajipan menentukan kandungan fail ini sentiasa bersih dan kemas.
37 10.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR 10.1 Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan. 10.2 Sewaktu mengajar, adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas adalah seperti berikut: i. Kelas dalam keadaan teratur ii. Bersih dan kemas. iii. Bilangan pelajar akur dengan jadual kedatangan iv. Mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam buku kawalan kelas. 10.3 Guru-guru hendaklah berada di dalam kelas-kelas yang ditugaskan untuk mengajar atau mengganti guru sakit / cuti sepenuh masa. Guru boleh meninggalkan kelas itu hanya jika ada hal-hal lain yang lebih penting dengan persetujuan Pengetua. 11.0 GURU GANTI 11.1 Sila lihat Surat Pekeliling Bilangan 3/1981 Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkembar mengenai Masa Luang (Free Period). 11.2 Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Bilangan 8/1990 Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polisi Guru Ganti. 11.3 Guru wajib menandatangani jadual Guru Ganti 12.0 BUKU RAMPAIAN / NOTA PELAJAR 12.1 Buku Rampaian / nota pelajar hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti. 12.2 Buku yang diperiksa hendaklah SEGERA dikembalikan kepada murid. 12.3 Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku /nota yang telah diperiksa. 12.4 Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak bukubuku tersebut mengikut jadual yang akan ditetapkan. 12.5 Ibu bapa / Penjaga juga akan diminta untuk menyemak buku-buku anak- anak mereka. 13.0 GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN GURU BIMBINGAN 13.1 Semua guru adalah GURU DISIPLIN dan GURU BIMBINGAN. 13.2 Guru-guru bertanggungjawab mengawal tingkah laku murid pada setiap masa. 13.3 Guru-guru hendaklah sentiasa memberikan BIMBINGAN kepada pelajar dan mengamalkan budaya “SEKOLAH PENYAYANG”. 13.4 Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus murid-murid.
38 14.0 KESELAMATAN PELAJAR (SPI 1/1995, SPI 9/2000) 14.1 Adalah menjadi tanggungjawab SEMUA GURU menjaga KESELAMATAN murid-murid sewaktu berada di dalam kawasan sekolah. 14.2 Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, guru diminta segera memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan HEM atau Penolong Kanan Kokurikulum. 14.3 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar berkenaan mesti dimaklumkan. 14.4 Peraturan Keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi. 14.5 Latihan Kebakaran wajib diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. 15.0 KOKURIKULUM ( SPI. 1/1985) 15.1 Guru terlibat dengan kegiatan kokurikulum sekolah. 15.2 Kehadiran guru-guru untuk kegiatan kokurikulum adalah diwajibkan. 15.3 Guru-guru yang tidak dapat hadir perlu memberikan sebab-sebab bertulis kepada Penolong Kanan Kokurikulum. 15.4 Guru dikehendaki menandatangani kehadiran dalam Buku Kehadiran Kokurikulum. 15.5 Guru-guru penasihat yang menganjurkan lawatan ke sesuatu tempat bertanggungjawab menguruskan lawatan tersebut seperti mengisi borang lawatan, merancang persediaan untuk lawatan dan sebagainya. Semua surat rasmi berhubung dengan lawatan itu hendaklah melalui Pengetua. 15.6 Guru yang bertugas menjaga papan kenyataan dikehendaki memastikan semua aktiviti mingguan dicatat pada papan kenyataan yang terletak berdekatan laluan ramai. 15.7 Guru dan murid dikehendaki memakai pakaian sukan semasa aktiviti sukan dan juga aktiviti pendidikan jasmani. 16.0 PERHIMPUNAN MINGGUAN (SPI 4/1984, SPI 2/1997) 16.1 Semua guru diwajibkan hadir di tempat perhimpunan mingguan sekolah pada pukul 7.15 pagi setiap hari Isnin. 16.2 Guru bertugas mingguan perlu memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur dan sempurna sebelum majlis dijalankan. 16.3 Surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pendidikan Bil. 4/1984 mesti dipatuhi. 16.4 Aturcara perhimpunan mingguan 16.4.1 Nyanyian lagu lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, lagu sekolah dan upacara menaikkan bendera. 16.4.2 Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar 16.4.3 Laporan Guru bertugas minggu lepas 16.4.4 Ucapan Pengetua 16.5 Majlis perhimpunan mingguan hendaklah ringkas dan padat. 17.0 MESYUARAT GURU 17.1 Segala mesyuarat yang dirancangkan oleh sekolah merupakan tugas rasmi yang wajib dihadiri oleh semua guru.
39 17.2 Semua mesyuarat wajib mempunyai agenda dan minit. 17.3 Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak berkenaan. 17.4 Semua mesyuarat yang tidak tercatat dalam takwim persekolahan hendaklah diadakan di luar waktu persekolahan. 17.5 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. 17.6 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Timbalan Pengetua/ Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia. 18.0 KURSUS 18.1 Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD/JPN/BTPN/IAB atau Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk dalam bidang perkhidmatan pengurusan. 18.2 Guru-guru adalah diwajibkan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak yang disebut di atas sekurang-kurangnya 40 mata kredit. 18.3 Guru-guru perlu memastikan perkara 18.2 dengan merujuk dan mengemaskini melalui portal SPL KPM. 18.4 Guru-guru digalakkan menyimpan Salinan-salinan surat atau sijil yang berkaitan dengan perkara 18.1 untuk dijadikan rekod evidens. 19.0 ACARA/MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN 19.1 Semua guru wajib hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah/mesyuarat dan juga kursus dalaman. 19.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 19.3 Guru dan staf sokongan digalakkan memakai batik sekolah semasa majlis rasmi. 20.0 PENGGUNAAN PERALATAN / HARTA SEKOLAH 20.1 Peralatan / harta sekolah adalah HARTA KERAJAAN. 20.2 Penggunaan peralatan / harta benda sekolah untuk urusan peribadi adalah dilarang. 20.3 Sesuatu peralatan yang dipinjam untuk kepentingan sekolah mestilah mendapat kebenaran Guru Kanan terlebih dahulu dengan mengisi Borang Pinjaman. 20.4 Peralatan yang telah digunakan hendaklah diserahkan semula kepada Guru Kanan berkenaan. 21.0 PEMBELIAN PERALATAN 21.1 Guru-guru yang memerlukan peralatan baru hendaklah mengemukakan kepada Guru Kanan berkenaan. 21.2 Guru-guru wajib mengisi ‘Nota Minta’ dan tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa melalui Guru Kanan Mata Pelajaran. 21.3 Guru dan Guru Kanan Mata Pelajaran wajib mendapat Sebut Harga untuk membeli sesuatu barang yang lebih daripada RM500.00 untuk 1 unit 21.4 Peraturan Kewangan PKPA Bilangan 1/1991 Kementerian Pendidikan Malaysia wajib dipatuhi.
40 22.0 PELAWAT 22.1 Pelawat perlu melapor diri di pondok pengawal sebelum berurusan dengan pihak sekolah. 22.2 Pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan GURU atau MURID tanpa kebenaran Pengetua terlebih dahulu. 22.3 Guru-guru diminta menggunakan Bilik Mesyuarat/Bilik Penolong Kanan untuk berjumpa pelawat. 23.0 BILIK GURU 23.1 Keceriaan dan kebersihan Bilk Guru adalah tanggungjawab setiap guru 23.2 Jadikan Bilik Guru sebagai contoh kepada pelajar dari segi keceriaan dan kebersihan. 23.3 Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan Bilik Guru untuk membantu kerja-kerja guru. 23.4 Pelawat-pelawat TIDAK DIBENARKAN menggunakan Bilik Guru untuk berbincang dengan guru. 23.5 Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada semua murid dari segi kekemasan dan susunaturnya. 23.6 Mewujudkan perpustakaan khas guru dengan mengadakan koleksi bahan bacaan yang berupa jurnal, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan sebagainya untuk dijadikan rujukan guru-guru. 24.0 SURAT RASMI SEKOLAH 24.1 Surat rasmi sekolah tidak boleh digunakan untuk membuat catatan atau surat menyurat peribadi. 24.2 Kelab/Persatuan/Badan Beruniform mesti mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu untuk menggunakan surat rasmi sekolah. 25.0 FAIL SEKOLAH 25.1 Guru-guru perlu mendapat kebenaran pembantu tadbir terlebih dahulu untuk meminjam Fail Rasmi Sekolah. 25.2 Fail Rasmi Sekolah mesti diserahkan semula kepada pembantu tadbir dengan segera setelah digunakan. 25.3 Segala surat menyurat rasmi hendaklah menggunakan nombor rujukan fail yang betul. 26.0 TELEFON PEJABAT 26.1 Telefon sekolah hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja. 26.2 Kebenaran Pengetua perlu diperolehi untuk kegunaan peribadi dan mesti dicatat dalam buku Panggilan Telefon serta membayar kos panggilan tersebut kepada PT Pejabat.
41 27.0 PENGUMUMAN MELALUI PEMBESAR SUARA 27.1 Pengumuman melalui pembesar suara hanya boleh dibuat oleh guru bertugas sekiranya pengumuman tersebut adalah PENTING sahaja. 28.0 MENULIS SURAT RASMI 28.1 Semua surat rasmi yang berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui Pengetua. 28.2 Satu salinan draf surat yang disediakan oleh Kelab/Persatuan/Sukan/Badan Beruniform mesti disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum atau Pengetua. 28.3 Satu salinan surat rasmi mesti disimpan dalam Fail Sekolah. 29.0 BILIK KHAS 29.1 Menyediakan carta organisasi bagi setiap bilik-bilik khas. 29.2 Menyediakan buku pelawat. 29.3 Mengemas dan menceriakan bilik-bilik berkenaan. 29.4 Menyediakan pelan kebakaran untuk bilik-bilik berkenaan. 29.5 Menyediakan stok inventori serta stor bagi peralatan yang digunakan di bilik berkenaan 29.6 Menyediakan peraturan penggunaan dan keselamatan bilik berkenaan. 30.0 KENYATAAN MEDIA MASSA DAN MEDIA SOSIAL 30.1 Guru-guru DILARANG sama sekali membuat kenyataan dalam media massa dan media social berhubung dengan KPM / JPN / PPD dan sekolah. 31.0 REKOD KEHADIRAN DAN MAKLUMAT MURID MELALUI SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) 31.1 Rekod ini adalah sumber dokumen yang penting mengenai murid. 31.2 Rekod ini amat penting tujuan Audit kewangan. 31.3 Rekod ini perlu didokumenkan untuk mudah dirujuk bagi keperluan urusan pentadbiran sekolah. 31.4 Rekod ini mesti diakses pada setiap masa. 31.5 Guru Tingkatan ketika murid pertama kali mendaftar ke sekolah hendaklah mengisi butiran yang kemaskini dalam sistem tersebut: i. Nombor daftar pelajar ii. Nama penuh pelajar seperti tercatat pada Kad Pengenalan iii. Tarikh lahir pelajar iv. Jantina v. Nama, alamat, pekerjaan dan no. telefon ibu bapa/penjaga. vi. Analisis Kehadiran Bulanan 31.6 Guru Tingkatan sendiri MESTI menanda kehadiran murid tiap-tiap hari dalam sistem tersebut. 31.7 Guru tingkatan dikehendaki mendapatkan bukti bagi sebab murid tidak hadir ke sekolah misalnya sijil sakit daripada doktor atau surat daripada ibu bapa / penjaga.
42 31.8 Guru tingkatan dikehendaki menghantar surat kepada ibu bapa /penjaga jika didapati murid tidak hadir lebih daripada tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebab atau 10 hari berselang dengan menggunakan borang yang telah disediakan. 31.9 Maklumat Kehadiran murid hendaklah dihantar ke pejabat sebelum jam 8.00 pagi. 31.10 Maklumat kedatangan murid hendaklah dicetak pada setiap akhir bulan dan dan difailkan untuk simpanan guru tingkatan dan pejabat. 32.0 KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR 32.1 Guru yang diberikan kemudahan komputer riba dan LCD Projektor hendaklah mematuhi peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan. 32.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana objektif penggunaannya 32.3 Keselamatan komputer dan LCD adalah tanggungjawab sepenuhnya penyimpan dan mesti diserahkan ke pejabat apabila cuti akhir tahun. 32.4 Lapor segera sekiranya berlaku kerosakan untuk tujuan baik pulih. 32.5 Proses peminjaman dan pemulangan alatan ini hendaklah direkodkan dalam borang yang disediakan. 33.0 PERKARA-PERKARA LAIN 33.1 Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan maklumat dan pengurusan sekolah tertakluk kepada maklumat semasa yang disampaikan oleh Pengetua, Penolong Kanan perlu dijadikan panduan dan maklumat terkini dan diterima pakai. 33.2 Semua kunci alatan kemudahan sekolah mestilah disimpan di pejabat dan dilabelkan. 33.3 Guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas perlulah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik itu. 33.4 Semua guru WAJIB hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. B2. POLISI BAGI PENGETUA DAN PENOLONG KANAN BAGI GURU YANG BARU BERPINDAH MASUK 1. Melapor diri kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran pada hari pertama di SMK Taman Desa Jaya. 2. Menerima taklimat/laporan Program Sekolah Amanah daripada Pengetua/PK/GKMP. • Garis Panduan Sekolah Transformasi. • Ahli Jawatankuasa Induk dan ahli jawatankuasa kerja Sekolah Transformasi. • Proses dan sistem yang ada di Sekolah Transformasi. 3. Menjalani Modul Latihan SLT baru sepenuhnya. 4. Menjalani proses latihan melaksanakan pemantauan e-LW bersama-sama PK atau GKMP. 5. Menyertai sistem yang sedia ada secara aktif bagi mempelajari sistem tersebut. 6. Menghadiri semua latihan dan aktiviti yang telah diatur oleh pihak sekolah.
43 B3. POLISI SISTEM GURU GANTI (SOP FOR RELIEF COVER) 1. Apabila guru tidak hadir, merupaka tanggungjawab pengetua atau staf yang dilantik untuk memastikan pembelajaran murid terus berlaku dengan produktif melalui kewujudan sistem dan proses-proses yang berkesan bagi guru ganti. When teachers are absent, it is the responsibility of principal or delegated staff to ensure the student’s learning continues to be productive through establishing effective system and processes for relief cover. 2. Terdapat dua jenis ketidakhadiran guru: a) Dirancang contohnya : latihan/kursus-kursus/aktiviti-aktiviti yang telah diberitahu lebih awal. b) Tidak dirancang contohnya sakit semalaman. There are two types of teachers absences: a) Planned e.g. known training/courses/activities b) Unplanned e.g. sickness overnight 3. Pengetua/guru yang ditugaskan akan memantau pelaksanaan guru ganti seperti yang diharapkan melalui LW guru ganti secara berkala menggunakan kriteria yang telah dihasilkan. Principal/ or delegated staff will monitor relief cover is done as expected through Regular Relief Cover Llearning Walks using the designated criteria. 4. Pengetua dan Penolong Kanan pentadbiran secara keseluruhan bertanggungjawab memastikan LW guru ganti dilaksanakan, data dianalisis dan maklum balas diberikan kepada guru dengan perhatian diberi kepada perkara yang telah dilakukan dengan baik dan penambahbaikan yang perlu dibuat. Principal and GPK 1 have overall responsibility in ensuring the Relief Cover LW is done, data is analysed and feedback is given to staff noting areas success and areas for improvement. 5. Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab untuk memastikan semua ketua kelas / para pelajar mengetahui perkara yang perlu dibuat sekiranya guru tiada di dalam kelas. Staf sokongan perlu mengetahui guru yang perlu dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai guru ganti bagi memastikan semua staf yang berkaitan terus mendapat maklumat terkini berkenaan dengan Sistem Guru Ganti yang efektif di sekolah. GPK 1 is responsible for ensuring the class monitors/ students know what to do if there is no teacher in the classroom, and support staff know who to contact in case of queries about relief cover to ensure all relevant staff are kept updated about effectiveness of relief cover in the school. 6. Penolong Kanan Pentadbiran atau staf yang ditugaskan akan menyimpan fail guru ganti yang memenuhi keperluan MoE dan termasuk borang LW guru ganti beserta data yang telah dianalisis dengan bukti maklum balas terhadap guru. GPK 1 or delegated staff member will keep a file for relief cover that meets MoE requirements and includes relief cover learning walk and analysed data with evidence of feedback to teachers. 7. Semasa menetapkan guru ganti, pengetua dan/ Penolong Kanan Pentadbiran perlu mengambil kira beban guru ganti hari sebelumya dan komitmennya pada hari tersebut contohnya: Individu guru yang menjalani CPD, tanggungjawab-tanggungjawab tambahan lain. When assigning relief cover, principal and/GPK 1 need to take into consideration the teacher’s previous relief cover load and prior commitments e.g. CPD of individual teachers, additional responsibilities.
44 8. Pengetua bertanggungjawab memantau data pergerakan guru termasuknguru ganti dan perlu bertindak sewajarnya sekiranya ada isu berbangkit contohnya: ketidakhadiran guru pada permulaan atau pengakhiran minggu secara kerap atau ketidakhadiran secara kerap disebabkan oleh tugasan di luar sekolah. Mengekalkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi untuk semua pelajar merupakan keutamaan yang paling penting bagi sekolah. Principal is responsible for monitoring teachers movement data including relief cover and should act accordingly if trends or issues arise that need to be addressed e.r. regular absence of teacher at the begining or end of the week or frequent teacher absence due to external duties. Maintaining high quality learning and teaching for all students is the core priority for the school. 9. Sekolah perlu mewujudkan dan melaksanakan satu sistem yang mesti diikuti oleh semua staf sekiranya mereka tidak hadir : School need to define and communicate a system to be followed by all staff in the case of be in absent. a) Maklumkan ketidakhadiran yang telah dirancang sehari sebelum cuti diambil. Teachers must inform of intended absence a day prior to the absence. b) Cuti sakit yang tidak terancang atau cuti yang tidak diberitahu hari sebelumnya, perlu dimaklumkan kepada Penolong Kanan sebelum pukul 0700 pagi pada hari tersebut. For unplanned sick leave or leave not informed the day before, teachers must inform Timbalan pengetua by 0700 on the day. c) Sebarang cuti yang diambil perlu dimaklumkan kepada sekolah melalui pentadbir sekolah dan para Penolong Kanan dan kebenaran diberikan oleh Tuan Pengetua. Any leave taken must be notified to the school at administrators and GPK, and Approval given by the school administrators. d) Guru yang menghadiri kursus/latihan perlu membuat perancangan lebih awal untuk mengisi waktu pdp yang ditinggalkan di sekolah. Teachers who attended a course/training should plan early for the planned time out of school. e) Guru yang menghadiri kursus yang dirancang perlu memberikan rancangan pengajaran kepada ketua panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum mereka pergi berkursus. Teachers attending a planned course must provide lesson plans to the Panel Head or GPK 1 before they go on the course. f) Pengetua, Penolong Kanan dan GKMP akan menjalankan pemantauan guru ganti bagi guru yang tidak hadir. Principal, GPK and GKMP will monitor the relief cover for the absent teacher. g) Guru perlu mencatat aktiviti yang telah dijalankan dalam kelas ganti dalam slip yang disediakan. The teacher should note the activities carried out in the classroom against the relief slip provided. h) Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Panitia memastikan guru ganti hadir ke kelas yang digantikan. Principal, GPK, Panel Heads should ensure the relife cover is present for the lesson to be covered. i) Pastikan aktiviti di dalam kelas produktif serta pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti dirancang sekiranya rancangan pengajaran disediakan.
45 Ensure that activities in the classroom are productive and teaching and learning is taking place as planned if lesson plans are provided. j) Guru-guru ganti bertanggungjawab terhadap kelas mereka sepanjang waktu gantian. Relief cover teachers are responsible for their classes during this time. B4. POLISI PENGURUSAN KELAKUAN MURID 1. Rasional: Pembelajaran yang berkesan terhasil melalui persekitaran tingkah laku murid yang terkawal. Hasil pembelajaran yang berkesan turut diukur berdasarkan tingkah laku yang dipamerkan oleh murid. Justeru hasil pembelajaran berkait dengan hubungan kawalan persekitaran dan kejayaan kritikal dalam bentuk tingkah laku atau sahsiah murid; oleh itu setiap pihak yang terlibat dalam keberkesanan pendidikan memainkan peranan mengawal dan memastikan pembinaan sahsiah murid sentiasa diberi perhatian secara serius. 2. Matlamat: Mewujudkan persekitaran yang positif dari aspek sahsiah warga sekolah dan mencerminkan budaya cemerlang dalam pengurusan sekolah. 3. Tujuan: • Mengetahui ciri-ciri sahsiah positif yang perlu ditampilkan sepanjang persekolahan. • Menghubung kait kepentingan amalan tingkah laku positif dengan keselamatan berada di sekolah atau aktiviti yang berkait dengan sekolah. • Memastikan garis panduan tingkah laku semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah menjadi amalan. 4. Sasaran: Semua warga kerja dan murid di SMK Taman Desa Jaya. 5. Garis Panduan: a) Polisi ini menjadikan rujukan utama daripada Akta pendidikan dan pekelilingpekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan. b) Polisi ini mengutamakan prinsip keadilan asasi dan menggunakan strategi serta sistem pengurusan kelakuan yang positif. Setiap kakitangan dan pelajar mempunyai keupayaan untuk memenuhi jangkaan pengurusan kelakuan sekolah. c) Staf akan melalui latihan berkala dalam penggunaan strategi pengurusan kelakuan yang positif supaya mereka dapat memberi sokongan kepada polisi ini. d) Semua pelajar mempunyai peluang untuk mempelajari dan mengamalkan kemahiran sosial yang diterima oleh semua orang semasa di sekolah, contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral.
46 e) Polisi ini memerlukan sokongan ibu bapa atau penjaga bagi memastikan kejayaan dalam pembentukan kelakuan positif. Sasaran kelakuan akan dimaklumkan secara lisan dan bertulis kepada ibu bapa dan pelajar bagi tujuan pengiktirafan kelakuan yang positif dan ganjarannya. f) Rekabentuk dan pelaksanaan sistem pengurusan kelakuan di bawah tanggungjawab Penolong Kanan HEM dengan bantuan Guru Bimbingan Kaunseling dan guru Unit Disiplin. 6.Prosedur: a) “Buku Peraturan Sekolah” menjadi rujukan utama atau panduan Kod Tatalaku yang menjadi standard rujukan kepada tingkah laku murid. b) Guru melaksanakan sistem pengiktirafan kelakuan dan ganjaran yang positif di dalam bilik darjah dengan kerjasama semua pelajar. Sistem ini dimaklumkan kepada semua murid sama ada melalui edaran atau hebahan lisan; supaya mereka sentiasa sedar akan jangkaan dan akibatnya. c) Pendekatan dan tindakan secara positif terhadap murid sangat diutamakan kerana ia merupakan sebahagian daripada pembangunan emosi yang selamat, mesra dan inklusif. d) Semua staf bertanggungjawab memastikan jangkaan polisi ini dipantau dan diperkukuhkan. e) Program pembangunan pelajar mesti dijadualkan dan dilaksanakan setiap tahun bagi membina dan mengukuhkan tingkah laku yang positif. f) Pelajar mesti diraikan dengan penghargaan tertentu sebagai pengiktirafan kejayaan mereka dalam perubahan tingkah laku positif atau pencapaian dalam akademik, kokurikulum dan kepemimpinan. g) Analisis dan pelaporan kelakuan dan kehadiran pelajar akan menjadi sebahagian daripada agenda dalam mesyurat pengurusan, guru, PIBG dan komuniti. h) Kod Tatalaku sekolah mesti diperluaskan menjadi amalan di luar sekolah jika murid terlibat dengan aktiviti yang berkait dengan program sekolah atau program Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGURUSAN KELAKUAN Langkah 1: Guru akan memaklumkan kepada pelajar apakah kelakuan baik yang diharapkan daripadanya, jika pelajar masih meneruskan kelakuan yang kurang memuaskan. Langkah 2: Guru memberi amaran secara lisan kepada murid atas kelakuan yang kurang memuaskan dan direkodkan. Langkah 3: Guru Bimbingan Kaunseling/ Penolong Kanan HEM menemui pelajar dan pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga. Langkah 4: Pengetua mengadakan mesyuarat melibatkan pelajar bersama-sama ibu bapa atau penjaga.
47 Langkah 5: Pengetua mengadakan mesyuarat melibatkan PIBG dan pemimpin komuniti dalam kes kelakuan tertentu yang serius Langkah 6: Pengetua akan mempertimbangkan tindakan sewajarnya ke atas kelakuan yang kurang memuaskan sama ada menggantung atau membuang pelajar mengikut garis panduan KPM dengan mengambilkira langkah 4 dan langkah 5. 8. KOD TATALAKU a) Semua warga sekolah sentiasa saling menghormati antara satu sama lain pada setiap masa. b) Semua warga sekolah sentiasa bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah sama ada di dalam atau di luar bangunan sekolah. c) Warga sekolah sentiasa menunjukkan kesopanan dan dan tidak menyinggung hati pihak lain sepanjang berinteraksi antara satu sama lain. d) Warga sekolah sentiasa bersedia dengan peralatan yang sesuai untuk urusan aktiviti tugas atau pembelajaran. e) Warga sekolah sentiasa mempamerkan sikap positif di sekolah. f) Warga sekolah bertanggungjawab menghindarkan konflik atau berusaha menyelesaikan konflik dengan harmoni demi menjaga kepentingan ramai. 9. Sistem ganjaran dan pengiktirafan murid a) Murid boleh diiktiraf dan diberi ganjaran berupa sijil khas atas cadangan staf jika mereka mengikuti syarat-syarat dalam Kod Tatalaku - "catch the student doing the right thing" b) Ada beberapa keadaan murid/ kelas mungkin mendapat pengiktirafan dan ganjaran termasuk: • Bilik darjah yang sangat bersih dan teratur • Ahli kelas yang menepati masa • Gerakan dari ahli kelas yang segera dan tidak menimbulkan kebisingan • Bilik darjah yang sering bantu-membantu • Persekitaran bilik darjah • Ahli kelas yang dapat menyiapkan kerja rumah dengan lengkap dan menepati masa c) Murid atau kelas diberi pengiktirafan dalam Perhimpunan rasmi akan perkara 2. Penyampaian hadiah disampaikan dalam tempoh sebulan sekali. Murid yang menerima pengiktirafan atau ganjaran individu juga akan mendapat mata rumah sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan seluruh sekolah.
48 d) Guru secara individu boleh melaksanakan sistem kelas ganjaran mereka sendiri dengan kerjasama pelajar; contohnya mata kumpulan, jar guli kelas dan carta bintang individu. e) Mengadakan sudut Papan Paparan Pencapaian Murid dengan mengemas kini setiap bulan bagi mengenengahkan kejayaan murid, *warga kerja staf dan sekolah. Nota: * warga kerja : guru dan staf sokongan. B5. POLISI SEKOLAH SELAMAT 1. PENDAHULUAN Mutakhir ini media masa kita sering membuat Iiputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat. Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat. Bagi merealisasikan hasrat agar polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama- sama oleh semua pihak. Usaha untuk mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturanperaturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang. 2. MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
49 3. OBJEKTIF a) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebaran isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. b) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. c) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. d) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. e) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran f) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. g) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. h) Meningkatkan tahap penumpuan terhadap pelajaran dan kerja dalam kalangan warga sekolah. i) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. 4. RASIONAL a) Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalam membuat pertimbangan. b) Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Oleh itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. c) Kurang kerjasama antara keluarga dan masyarakat dengan institusi Pendidikan dari segi keselamatan. d) Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti. 5. DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar. 6. ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen- elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan. a) Kesedaran awam atau komuniti b) Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum. c) Peraturan sekolah d) Pengurusan bencana alam dan kecemasan. e) Kehadiran warga sekolah.
50 f) Membasmi ponteng. g) Pencegahan dadah, rokok dan arak. h) Perkongsian bijak dengan agensi luar. i) Kesedaran sosial dan budaya. j) Kepimpinan murid. k) Penglibatan keluarga dan komuniti. l) Program khas bersama komuniti. m) Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat. n) Aktiviti kokurikulum dan rekreasi. o) Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan. p) Mengenal pasti latar belakang warga sekolah. q) Pembangunan staf. r) Kawalan keselamatan sekolah. s) Khidmat kemasyarakatan. t) Perkongsian bijak bersama korporat. u) Perkongsian bijak dengan media. v) Perkhidmatan kesihatan sekolah w) Pengangkutan. x) Perundangan. y) Penilaian dan pemantauan 7. MODEL UNTUK MENJADIKAN MURID SELAMAT 7.1 Peranan Sekolah a) Menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. b) Memastikan semua warga sekolah (Guru, Murid dan Staf sokongan) sentiasa selamat semasa pergi dan dan balik sekolah termasuk selamat semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan lain- lain aktiviti luar bilik darjah. c) Mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan Amalan Selamat di tempat yang sesuai. d) Melaksanakan Pelan Pengurusan Krisis. e) Menyediakan prosedur/sistem Amaran Awal akan isu keselamatan seperti banjir & ribut. f) Mewujudkan sistem pelaporan bagi sebarang kes yang melibatkan isu keselamatan murid. g) Melaksanakan sistem perekodan rekod semua peristiwa mengenai keselamatan. 7.2 Peranan Komuniti a) Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat. b) Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah. c) Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan sekolah. d) Menerapkan nilai-niIai kerohanian oleh pemimpin agama.