The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminur.naim, 2021-03-25 05:53:18

KRAFTANGAN SONGKET

KRAFTANGAN TRADISIONAL

Keywords: SONGKET

KRAFTANGAN
SONGKET

AMINUR NAIM BIN KAMAL AFFANDI
14DKM20F1002

Songket

Songket merupakan sejenis kain tenunan unik dalam alam Melayu yang dihasilkan
dengan mesin tradisional menghasilkan corak rumit menggunakan
benang emas atau perak. Ia kain lazim dibusanakan dalam adat-adat
perkahwinan Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali.

Sejarah perkembangan songket

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin
diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya
dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
kemungkinan tenun songket mencapai semenanjung Malaya melalui perkawinan atau
persekutuan antar bangsawan Melayu, karena songket yang berharga kerap kali dijadikan mas
kahwin atau hantaran dalam suatu perkawinan. Praktik seperti ini lazim dilakukan oleh negeri-
negeri Melayu untuk mengikat persekutuan strategik. Bahkan, keberadaan sesbahagian bahan
asas membuat kain ini seperti benang emas juga mencerminkan kedudukan para petukang kain
ini yang terletak dalam kerajaan kerana bahan pembuatannya yang mahal - benang emas
sejatinya memang terbuat dari lembaran emas murni asli. Kain ini ada juga dikaitkan dengan
kegemilangan Sriwijaya suatu ketika dari abad ke-7 hingga abad ke-13.

Songket sebagai busana diraja juga disebutkan dalam naskah Abdullah bin Abdul Kadir pada
tahun 1849

Perkembangan soket pada zaman kini

Kini dengan digunakannya benang emas sintetik, maka songket pun tidak lagi luar biasa
mahal seperti dahulu kala yang menggunakan emas asli. Meskipun demikian, songket
mutu terbaik tetap dihargai sebagai bentuk kesenian yang anggun dan harganya cukup
mahal. Pemakaian songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa. Sebagai
contoh, songket dijadikan sampin untuk dipakai oleh orang lelaki untuk menyambut Hari
Raya dan juga untuk majlis pernikahan. Peningkatan kos penghasilan sutera, benang
emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit sebanyak mempengaruhi
industri songket seawal pertengahan abad ke-20.
Dengan ini, pemakaian kain ini lebih menyeluruh tidak terhad kepada kerabat diraja
sahaja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga
corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan
peredaran masa

Usaha penambahbaikan industri soket

Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara
relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin dipelbagaikan
kegunaan: songket misalnya sering dibingkai dan dijadikan benda seni penghias ruangan dinding
atau cenderahati. Penerapan kain songket secara moden amat beraneka ragam, mulai dari tas
wanita, songkok, bahkan juga bekas telefon bimbit.
Di Malaysia, usaha memartabatkan industri songket setempat ke persada fesyen tanah air dan
antarabangsa dicetuskan oleh Endon Mahmood di mana perjuangannya yang tidak mengenal
putus asa menganjurkan pelbagai program bagi mengembalikan kegemilangan songket Melayu
seolah-olah memberi nyawa baru kepada industri seni fabrik yang menjadi identiti masyarakat
Malaysia.

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus
mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan
keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:
• Susunan bunga penuh
• Susunan bunga bertabur
• Susunan bercorak

Motif yang digunakan pula boleh menerapkan rupa dan bentuk barangan sekeliling seperti
tumbuh-tumbuhan, binatang, alam malah juga kuih.

Setelah benang dibersihkan akan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia
dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat
sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing,
menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

Teknik dan proses

1. Melerai

2. Menganing Benang yang telah kering akan dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk
diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis
rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan
sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk
benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan
berat.

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran
panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran

26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan
panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang
pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan
susunan kemas.

4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan
di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat
benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila
disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah
hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada
jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk
menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan
untuk menghubung.

6. Mengarak

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing
atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua
karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah
dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga
atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang
alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak
pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira
ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas
kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar
menjadi kain songket.

8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi
kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman
motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang
emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang
emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan
menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga
menghasilkan sehelai kain songket.


Click to View FlipBook Version