1 KATA ALU-ALUAN PENTADBIR Salam Sejahtera. Bersyukur kita kerana dengan izin-Nya dapat kita meneruskan sesi persekolahan 2023/2024. Sempena tahun 2023, marilah kita warga pendidik SM La Salle meneruskan perjuangan menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita untuk membimbing dan mendidik Lasallian menjadi modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Jutaan terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2023 yang telah bertungkus-lumus dan bekerjasama menyiapkan buku ini. Manual Pengurusan Sekolah ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada warga SM La Salle untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SM La Salle kerana telah berjaya melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Justeru, bagi sesi 2023 kami mengharapkan semua warga SM La Salle akan dapat membudayakan Budaya Kerja Cemerlang dan Kerja Berpasukan untuk terus cemerlang bagi meningkatkan prestasi SM La Salle. Setiap warga SM La Salle diharapkan dapat memahami dan menghayati sepenuhnya aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025). Dengan adanya Manual Pengurusan Sekolah ini, kami mengharapkan warga SM La Salle dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan bagi mencapai kemenjadian murid ke tahap yang lebih cemerlang serta boleh bersaing di peringkat global. Pembudayaan PdPc menggunakan PAK 21, PBD, dan PdPc Berkesan diharapkan akan lebih berjaya dengan disusuli pelbagai kemahiran, Kajian Tindakan dan Inovasi yang dijalankan oleh warga pendidik SM La Salle. Perlu diingatkan tugas pendidik adalah untuk melahirkan warganegara yang bermaruah dan mempunyai jati diri yang kuat berpegang teguh kepada budaya bangsa Malaysia, bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan semata-mata. Harapan kami semoga semua warga pendidik SM La Salle sentiasa merujuk Manual Pengurusan Sekolah dan Buku Dasar dan Ketetapan Sekolah serta MYSG dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan sepanjang sesi 2023 bagi mencapai hala tuju dan KPI sekolah. Semoga SM La Salle akan dapat mencapai prestasi yang terbaik dan melakarkan kejayaan dalam semua bidang sama ada kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Diharapkan warga SM La Salle dapat menghadapi segala cabaran dan transformasi yang mendatang dengan hati dan minda yang positif serta cemerlang dalam semua bidang. Sekian terima kasih. Pentadbir SM La Salle
2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH LA SALLE PETI SURAT NO 10282 Tel : 088-224326 (Kampus Senior) 88803 KOTA KINABALU : 088 - 223002 (Kampus Junior) SABAH, MALAYSIA Faks 088-268687 Email [email protected] Salam Sejahtera Semua guru SM La Salle Tuan/ Puan, WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SMLS 2023/2024 Dengan hormat, saya merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa tuan/ puan adalah dengan ini dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan yang diamanahkan seperti tercatat di dalam Manual Pengurusan Sekolah 2023/2024 ini. 3. Jawatan, amanah serta tanggungjawab dalam Manual Pengurusan Sekolah 2023/2024 ini boleh diubah, ditambah dan dikurangkan berdasarkan keperluan sekolah dari semasa ke semasa. 4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan/ puan menerima pelantikan ini. 5. Besarlah harapan saya, tuan/ puan dapat menjalankan tugas amanah dan tanggungjawab ini dengan cemerlang dan penuh dedikasi dalam mendidik anak bangsa. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ( VIJAYA KUMAR A/L ARUMUGAM) Pengetua SM La Salle Rujukan tuan : Rujukan kami : Tarikh : 20 Mac 2023
3 2.0 WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 2.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan. 2.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. 1.0 ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Visi, Misi, Moto, Core Values, Strategic Thrusts, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 dan Wawasan 2020. 1.6 Semua guru dan AKP dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas. 1.7 Semua guru dan AKP dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Semua guru dan AKP hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. PENTADBIRAN AM UNTUK GURU DAN AKP SM LA SALLE
4 3.0 WAKTU BEKERJA 3.1 Waktu bertugas rasmi guru-guru: HARI MASA Isnin 7. 00 Pagi – 2.30 Petang Selasa 7. 00 Pagi – 2.30 Petang Rabu 7. 00 Pagi – 2.30 Petang Khamis 7. 00 Pagi – 2.30 Petang Jumaat 7. 00 Pagi – 12.00 Tengah hari 3.2 Guru perlu daftar kehadiran dengan segera sebaik tiba di sekolah. 3.3 Jika terlewat, guru perlu terus berjumpa dan maklumkan dengan Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran dan memaklumkannya. 3.4 Guru dan AKP akan diberikan SURAT PERINGATAN sekiranya lewat melebihi 3 kali. 3.5 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 6.30 pagi dan waktu balik 2.30 petang. 3.6 Rakaman hadir dan pulang guru adalah dokumen audit sekolah. Catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian ‘Prestasi Tahunan’. 3.7 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum/ kelas tambahan/ aktiviti luar sekolah dan lain-lain perlu merekod kehadiran bertugas pada BUKU REKOD TUGAS/ SUMBANGAN TAMBAHAN. 3.8 Waktu bekerja pada hari SABTU ialah pada M2 dan M4. 4.0 TIDAK HADIR BERTUGAS 4.1 Semua guru WAJIB memaklumkan Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran sekiranya tidak dapat hadir bertugas. 4.2 Guru - guru yang tidak dapat hadir bertugas WAJIB memaklumkan kepada Unit Relief dengan mencatat dalam group telegram MMI SEBELUM jam 6.15 pagi bagi tujuan penyediaan guru ganti/ relief. Guru mesti menyerahkan sijil cuti sakit/ bukti tidak dapat hadir kepada Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran keesokannya untuk direkodkan. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib.
5 5.0 PANDUAN CUTI 5.1 Cuti Rehat Khas (CRK) 5.1.1 Guru diperuntukkan sepuluh (10) hari cuti rehat khas berdasarkan SPI Bil. 8/ 2017 dan tambahan lima (5) hari kepada guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun (JPA.SARAAN(S) 63/51/8 JLD 4 bertarikh 5 September 2022) 5.1.2 CRK layak dipohon dan kelulusan atas BUDI BICARA PENGETUA. 5.1.3 CRK mesti dipohon daripada Pengetua sahaja dengan berjumpa secara peribadi. 5.1.4 Kelulusan permohonan dipertimbangkan dengan syarat tidak menjejaskan tugas dan perjalanan sekolah. 5.1.5 Permohonan hendaklah dibuat 3 hari lebih awal, kecuali kes-kes kecemasan. 5.1.6 Kes kecemasan (kemalangan, kematian atau musibah yang tidak dijangka) perlu dimaklumkan melalui telefon dan perlu mengisi borang sebaik sahaja kembali bertugas. 5.2 Cuti Rehat / Cuti Penggal Persekolahan 5.2.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046 SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal persekolahan untuk menggantikan cuti rehat. Namun guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas- tugas selain mengajar. 5.3 Cuti Sakit 5.3.1 Prosedur yang sama diguna pakai seperti Perkara 4 (Tidak Hadir Bertugas) 5.4 Cuti Ke Luar Negara 5.4.1 Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sekiranya ingin bercuti ke luar negara sama ada ketika cuti sekolah atau cuti penggal persekolahan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti dan kelulusan atas BUDI BICARA PENGETUA.
6 5.5 Cuti Tanpa Rekod 5.5.1 Cuti Tanpa Rekod (CTR) yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau perkhemahan tahunan pertubuhan/ persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian dalam sukan atau tugas-tugas khas perubatan. 5.5.2 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat seperti suami atau isteri, anak-anak, ibu atau bapa kandung serta ibu atau bapa mertua. Cuti yang diberikan selama 3 hari. Pengiraan cuti termasuk cuti rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.5.3 Cuti isteri bersalin diberikan selama 7 hari kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada 5 kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.8 Cuti Tanpa Gaji 5.8.1 Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan. Cuti ini akan menjejaskan kenaikan pangkat. 6.0 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH/ URUSAN PERIBADI 6.1 Kebenaran perlu diperoleh dan dibenarkan untuk urusan peribadi, kes-kes kecemasan seperti menziarahi jenazah keluarga terdekat, mesyuarat, kursus atau seumpamanya. Kebenaran hanya diberikan oleh Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran. 6.2 Guru perlu menulis dalam Buku Makluman Guru Cuti/ Keluar dan dapatkan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran. 6.3 Rakamkan waktu keluar/ masuk (punch out/ punch in) sendiri. Jangan wakilkan orang lain. 6.4 Guru dan AKP tidak boleh keluar dari kawasan sekolah untuk apa-apa urusan TANPA KEBENARAN.
7 7.0 MENGHADIRI MESYUARAT/ KURSUS/ SEMINAR/ BENGKEL. 7.1 Guru yang berkenaan wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri mesyuarat, kursus atau yang seumpamanya di Jabatan Pelajaran atau di sekolah-sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya. Penggantian hanya dengan kebenaran Pengetua. 7.2 Guru berkenaan perlu menyediakan LAPORAN EKSEKUTIF dan serahkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan sebaik sahaja balik semula ke sekolah. Maklumat dalam laporan eksekutif tersebut hendaklah dilaporkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan yang berkenaan. 7.3 Guru berkenaan perlu mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru lain mengikut keperluan. Maklumkan Pengetua/ Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya. 7.4 Dokumen yang diperoleh semasa taklimat hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah untuk direkodkan dan diambil tindakan selanjutnya. 7.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk murid dan diserahkan kepada GKMP bagi digunakan oleh guru relief. 7.6 Guru-guru yang mendapat surat arahan menghadiri kursus atau yang seumpamanya daripada JPN/ PPD/ KPM mesti memaklumkan Pengetua terlebih dahulu. 8.0 URUSAN DENGAN PPD/ JPN/ KPM 8.1 Guru dan AKP yang perlu berurusan dengan pihak PPD/ JPN/ KPM hendaklah dalam pengetahuan dan dengan kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran. 8.2 Guru dan AKP hendaklah sentiasa menjaga imej sekolah dan profesion masing-masing dalam apa-apa jua urusan di peringkat PPD/ JPN/ KPM. 9.0 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH (GABUNG) 9.1 Semua guru WAJIB hadir dan berada di pentas semasa perhimpunan rasmi sekolah. 9.2 Kehadiran semua guru akan direkodkan oleh ketua guru bertugas mingguan. 9.3 Guru bertugas harian hendaklah merekod dan melaporkan semua aktiviti yang dilaksanakan semasa perhimpunan di dalam Laporan Guru Bertugas.
8 10.0 PROGRAM RASMI SEKOLAH 10.1 Semua guru wajib hadir dalam setiap program rasmi sekolah seperti yang terdapat dalam takwim. 10.2 Guru-guru perlu menandatangani kehadiran pada Rekod Kehadiran yang disediakan. 10.3 Jika tidak dapat hadir ke sebarang program sekolah, surat permohonan hendaklah dikemukakan sendiri kepada Pengetua sebelum program tersebut berlangsung. 11.0 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) 11.1 Guru-guru bertanggungjawab memastikan PdPc dilaksanakan dengan berkesan. 11.2 Ketepatan masa masuk ke kelas adalah kewajipan setiap guru. 11.3 Sekiranya guru tiada di sekolah kerana berkursus/ cuti rehat/ menghadiri mesyuarat/ menjalankan tugas di luar, guru harus menyediakan bahan bagi membolehkan guru ganti mengambil alih kelas tersebut. 11.4 Guru bertanggungjawab menggantikan kelas yang ditinggalkan dan menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan. 11.5 Guru yang tidak hadir perlu menyediakan modul/ bahan bagi menggantikan PdPc pada hari tersebut. Bahan tersebut akan diletakkan di ruang pengurusan relif (bilik guru kampus senior)/ meja relif (bilik guru kampus junior). 12.0 WAKTU PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) 12.1 Guru mata pelajaran perlu memastikan kelas berada dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif, bilangan murid akur dengan kehadiran murid dan dicatatkan dalam Buku Kawalan Kelas (BKK) sebelum PdPc dimulakan. 12.2 Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan. 12.3 Guru dilarang meninggalkan kelas untuk apa-apa tujuan kecuali kes-kes kecemasan dan perlu memaklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan yang berkenaan.
9 13.0 e-RPH 13.1 Fail/ Buku adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butir hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 13.2 Semua guru WAJIB menghantar e-RPH untuk disemak pada hari Jumaat oleh pentadbir TANPA GAGAL. 13.3 Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Jadual Waktu Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Murid, Markah Ujian, TOV dan ETR murid dan maklumat-maklumat lain di ruangan yang disediakan. 13.4 Guru kanan mata pelajaran akan menyemak RPH dan Sukatan Pelajaran Tahunan (RPT) dalam e-RPH. 13.5 Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan RPH atau sekurang-kurangnya berdasarkan SPI Bil. 3/1999 - Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 13.6 e-RPH adalah dokumen yang membantu dalam menyedia dan melaksanakan Sasaran Keberhasilan Tahunan. 14.0 BUKU LATIHAN/ NOTA MURID 14.1 Buku-buku tersebut hendaklah sentiasa disemak dengan teliti dan dikembalikan kepada murid. 14.2 Guru perlu menurunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku/ nota yang telah disemak. 14.3 Pentadbir sekolah akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual (Lampiran dalam Pengurusan Kurikulum)
10 16.0 GURU GANTI (RELIEF) 16.1 Jadual guru ganti adalah tanggungjawab bersama. 16.2 Guru ganti MESTI MASUK KELAS dan melaksanakan PdPc yang sesuai atau menggunakan bahan MMI yang telah disediakan. 17.0 TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN AWAM 17.1 Tugas mengawas peperiksaan awam adalah tanggungjawab semua guru. 17.2 Pengecualian bertugas kepada guru yang sarat mengandung, sakit yang serius atau sedang berkursus. 17.3 Guru yang telah dilantik sebagai pengawas peperiksaan awam wajib hadir mengikut jadual pengawasan peperiksaan. 17.4 Guru mesti melaksanakan tugas pengawasan dengan penuh etika dan tanggungjawab. 15.0 WAKTU TIDAK MENGAJAR (NON TEACHING PERIOD) 15.1 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 menjelaskan bahawa non teaching period adalah waktu bekerja. Oleh itu perlu digunakan untuk membuat perancangan PdPc, menyemak kerja murid, menyediakan BBM, membuat rujukan di PSS dan menulis e-RPH. 15.2 Guru boleh menggunakan masa ini untuk berbincang secara profesional dengan rakan sejawat mengenai masalah murid, perancangan PdPc, masalah akademik, panitia dan kokurikulum/ mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah. 15.3 Guru boleh diberi tugas menggantikan guru yang tidak hadir di sesebuah kelas. 15.4 Guru perlu peka akan masa untuk masuk ke kelas relief.
11 SENARAI PENGAWAS SPM 2023 1 Lo Su Thong 7 Osman bin Mehat 2 Noridayu binti Kamarulzaman 8 Rosmawati Hasnida binti Razali 3 Dymphna Edna Mojikon 9 Kow Fui Fong 4 Bernadette Bernard 10 Suhaili bin Ahmad 5 Jeoffery Francis Tating @ Geoffery 11 Jong Chee Ming 6 Andy Alfian bin Abdul Karim 12 Mohd Kamal Kakom Abdullah @ Zatin bin Kakom 18.0 KEGIATAN KOKURIKULUM 18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi Guru Penasihat Unit-Unit Kokurikulum. 18.2 Guru wajib hadir sewaktu aktiviti kokurikulum dan menulis nama pada e-buku laporan kokurikulum. 18.3 Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan tersebut. 18.4 e-Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras pada setiap minggu untuk disemak dan seterusnya dihantar sebulan sekali kepada Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk disahkan. 19.0 SURAT PEKELILING/ SURAT PANGGILAN MESYUARAT/ KURSUS/ LAPORAN EKSEKUTIF 19.1 Guru perlu bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan. 19.2 Guru perlu berbincang dengan pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lengkap. 19.3 Laporan eksekutif perlu dihantar selepas menghadiri kursus luar untuk difailkan.
12 20.0 ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS 20.1 Semua guru dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut mengikut Etika Berpakaian Penjawat Awam. 20.2 Semua guru perlu sentiasa memakai tanda nama. 20.3 Semua guru perlu mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan) 20.4 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan. 20.5 Semua guru digalakkan berpakaian baju batik Malaysia pada hari Khamis. 20.6 Guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada setiap hari Jumaat. 20.7 Guru-guru hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai semasa aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti sukan dan gotong-royong. Jeans adalah pakaian tidak formal dan tidak dibenarkan. 21.0 GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN 21.1 Semua guru SM La Salle adalah guru disiplin dan pembentuk disiplin murid. 21.2 Semua guru SM La Salle adalah guru bimbingan dan perlu mengamalkan budaya “Sekolah Penyayang’. 21.3 Lasallian Handbook menjadi rujukan pengurusan disiplin murid. 22.0 KESELAMATAN MURID 22.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah. 22.2 Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkannya kepada Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan. 22.3 Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
13 22.4 Program Latihan Kebakaran/ Fire Drill wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali. 22.5 Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan penyertaan kokurikulum hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dan perlu mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan. Guru penasihat berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program berkenaan.. 23.0 HUBUNGAN SESAMA GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) 23.1 Guru dan AKP sewajarnya memupuk hubungan profesional yang baik dan sihat sepanjang masa demi mewujudkan iklim kerja yang harmoni. 23.2 Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat kepercayaan mereka kepada sesama rakan ataupun murid sekolah ini. 23.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosioekonomi, status akademik dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 24.0 BILIK GURU 24.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada murid. 24.2 Guru hendaklah berada di bilik guru/ bilik khas yang telah ditetapkan semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara - perkara berkaitan dengan PdPc atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 24.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di premis sekolah. 24.4 Sebarang jamuan/ pot luck oleh mana-mana pihak hendaklah dimaklumkan kepada pentadbir sekolah khususnya JK Kantin untuk dipanjangkan kepada pengusaha kantin. 24.5 Murid tidak dibenarkan keluar masuk atau berada di bilik guru tanpa urusan. 24.6 Pelawat dan jurujual tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.
14 25.0 GURU BAHARU 25.1 Guru berkenaan perlu menyerahkan perkara-perkara berikut ke pejabat am 25.1.1 Borang Biodata Diri 25.1.2 Borang Perubahan Gaji (KEW -8) 25.1.3 Permohonan penangguhan lapor diri perlu dikemukakan kepada pengetua sebelum tarikh lapor diri 26.0 PENGURUSAN BILIK-BILIK KHAS DAN BILIK DARJAH 26.1 Bilik-bilik khas perlu lengkap dengan perkara berikut: i. Carta Organisasi, Visi, Misi, Brosur ii. Senarai Inventori iii. Pelan laluan kebakaran iv. Rekod penggunaan bilik v. Jadual tempahan bilik perlu dipamerkan vi. Kunci perlu didaftarkan dan tidak diberi kepada murid 26.2 Guru-guru bilik khas termasuk guru kelas bertanggungjawab atas keselamatan, kebersihan dan keceriaan bilik berkenaan. Pastikan bilik sentiasa dikunci dan semua peralatan elektrik dipadam apabila tidak digunakan. 26.3 Guru perlu membuat laporan segera kepada pihak pentadbiran jika ada kerosakan atau sesuatu yang tidak selamat berlaku. 27.0 SURAT/ SURAT SIARAN SEKOLAH 27.1 Semua surat/ surat siaran sekolah kepada KPM/ JPN/ PPD/ pihak luar/ ibu bapa/ penjaga murid mesti ditandatangani oleh Pengetua. 27.2 Sekiranya Pengetua tiada dan surat itu perlu dikeluarkan segera, Penolong Kanan hendaklah menandatangani surat berkenaan bagi pihak Pengetua. 27.3 Surat siaran PIBG kepada ibu bapa/ penjaga hendaklah ditandatangani oleh YDP PIBG dan salinan kepada Pengetua.
15 27.4 Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan/ derma mesti ditandatangani oleh Pengetua sahaja.. 28.0 APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) 28.1 Guru kelas hendaklah mengemaskini kehadiran murid dalam Sistem APDM sebelum jam 12.00 tengah hari setiap hari. 28.2 Sistem kehadiran murid boleh diakses melalui https://apdm.moe.gov.my/ atau aplikasi mudah alih (mobile app) e- kehadiran murid. 28.3 Guru kelas perlu mengemaskini sebab ketidakhadiran murid berdasarkan dokumen yang diserahkan oleh murid. 28.4 Guru kelas perlu mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada Penolong Kanan HEM. 28.5 Guru kelas perlu memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam Sistem APDM bagi setiap murid adalah tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran. 28.6 Guru Kelas perlu memastikan maklumat murid dan penjaga sentiasa dikemaskini. 29.0 KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 29.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan ke pejabat sekolah. Ketua Panitia/ Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan peraturan-peraturan penggunaan alatan di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan 29.2 Peralatan dan harta sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan harta sekolah untuk tujuan peribadi adalah dilarang. 29.3 Peralatan yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran GKMP/ guru yang bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman dan hendaklah dikembalikan semula serta dicatatkan tarikh pemulangannya. 30.0 KEBERSIHAN 30.1 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, AKP dan murid.
16 31.0 PELAWAT 31.1 Semua pelawat wajib mendaftar di pondok pengawal, dan mendapatkan pas pelawat. 31.2 Pelawat dikehendaki berjumpa dengan Pengetua untuk tindakan selanjutnya. 31.3 Pelawat perlu sentiasa mempamerkan pas pelawat sepanjang berada di kawasan sekolah. 31.4 Pelawat perlu memakai pakaian yang sopan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. 31.5 Pelawat yang gagal mematuhi peraturan di atas tidak akan dibenarkan berurusan. 32.0 PERATURAN PEMBELIAN PEROLEHAN/ HARTA ASET 32.1 Prosedur 32.1.1 Guru/ AKP yang hendak membuat pembelian mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan mengemukakan nota minta 32.1.2 Segala pembelian perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengetua 32.1.3 AKP tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesebuah syarikat tanpa melalui Pengetua. 32.1.4 GKMP wajib mendapat tiga sebut harga untuk pembelian sesuatu barang yang harganya lebih daripada RM 500.00 untuk 1 unit. 30.2 Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Peralatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat. 30.3 GKMP/ KP dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut. 30.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, AKP dan murid.
17 32.2 Pembelian barang melalui koperasi hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua. 32.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order (LO)) 32.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima, rekodkan No. Daftar Stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 32.5 Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit tidak boleh melebihi nilai RM 100.00 untuk tuntutan semula. 32.6 32.6.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. (Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta.) 32.6.2 GKMP/ Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong Kanan/ Pengetua. 33.0 PEKELILING IKHTISAS/ PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN/ PERINTAH AM PEGAWAI AWAM 33.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta diambil tindakan. 33.2 Guru hendaklah menyimpan bahan-bahan tersebut di dalam fail yang berkaitan. 33.3 Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dalam Buku Rekod Mengajar mengenai: 33.3.1 Surat Bil. 2/196 (Penggunaan waktu tidak mengajar) 33.3.2 Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) (menyedia dan menghantar BRM) 33.3.3 Surat Bil. 1/1972 (Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah / Pelajaran 1959)
18 33.3.4 Surat Bil. 5 /1977 (Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah) 33.3.5 Surat Bil. 3/2005 (Cuti Rehat Khas) 33.3.6 Surat Bil. 6/1985 (Peraturan Pakaian Guru) 33.3.7 Surat Bil. 13/2005 (Pelaksanaan lima hari bekerja dan boleh melaksanakan aktiviti hari Sabtu) 33.3.8 Cabutan Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib Bab D) 35.0 TELEFON 35.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. 35.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam kelas 35.3 Semasa mesyuarat, guru dikehendaki menukar telefon bimbit kepada mod senyap. 36.0 KUNCI-KUNCI BILIK KHAS 36.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. 36.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah. 36.3 Kunci perlu didaftarkan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan tidak diberi kepada murid. 36.4 Sebarang penukaran kunci/ mangga hendaklah mendapat kebenaran pentadbir dahulu. 37.0 KERJA LUAR 37.1 Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar seperti berniaga, ceramah/ pendakwah bebas kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut: 37.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan 37.1.2 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan 37.1.3 Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam 37.1.4 Tidak dengan apa-apa cara kecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan
19 37.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sub seksyen 79 (e) dan sub seksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 38.0 PERATURAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR 38.1 TUJUAN 38.1.1 Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan melaksanakan pekerjaan luar bagi pegawai awam mengikut Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). 38.2 RUJUKAN 38.2.1 Peraturan 4, Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan- Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) 38.3 LATAR BELAKANG 38.3.1 Pegawai awam yang ingin melakukan pekerjaan luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing. 38.3.2 Dalam menimbangkan permohonan pegawai, Ketua Jabatan perlulah mengambil kira tata kelakuan pegawai berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut. 38.4 SYARAT-SYARAT 38.4.1 Kegiatan dalam pekerjaan luar tidak mengganggu tugas harian pegawai. 38.4.2 Segala pekerjaan luar hendaklah dilakukan di luar waktu pejabat. 38.4.3 Jika pekerjaan luar melibatkan waktu pejabat, maka pegawai berkenaan hendaklah memohon cuti dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. 38.4.4 Tidak dibenarkan menggunakan harta benda Kerajaan bagi tujuan pekerjaan luar tersebut.
20 38.4.5 Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai Badan Berkanun. 38.4.6 Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun atau tidak selaras dengan kedudukan pegawai. 38.4.7 Segala pekerjaan luar hendaklah selaras dengan Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) 38.4.8 Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi, Ketua Jabatan boleh menarik balik keputusan dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) Penetapan syarat-syarat tersebut adalah untuk memastikan pekerjaan luar yang dilakukan oleh pegawai tidak akan menjejaskan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam dan produktiviti pegawai. 38.5 CARA MEMOHON 38.5.1 Isi borang permohonan dan kemukakan pada Ketua Jabatan (peringkat jabatan/ fakulti) 38.5.2 Hantar kepada Unit Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar untuk mendapatkan kelulusan Pendaftar. Surat kelulusan akan dikemukakan kepada pegawai dalam tempoh 2 minggu setelah mendapat kelulusan Pendaftar.
21 39.0 BUDAYA KERJA SM La Salle Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Objektif Sekolah Mementingkan mutu dan kesan pendidikan Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil Kepimpinan melalui teladan Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran Memelihara dan mempertingkat imej sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa Menentukan objektif (setiap tugas) Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah Mengamalkan sikap perkhidmatan penyayang Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri Kerja adalah ibadah “Halalkan Rezeki Yang Diterima”. 40.0 TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Berpegangan teguh kepada ajaran agama Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
22 41.0 PRINSIP ETIKA KERJA Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip- prinsip berikut : ● Niat kerja yang betul ● Perlakuan yang baik ● Penggerak ke arah kebaikan ● Memperkotakan apa yang dikatakan ● Berdisiplin dan beradab ● Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
44 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya. PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 20.03.2023 31.03.2023 10 5 01.04.2023 21.04.2023 13 JUMLAH HARI 23 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 22.04.2023 - 30.04.2023 9 01.05.2023 26.05.2023 18 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 27.05.2023 - 04.06.2023 9 2 05.06. 2023 30.06. 2023 16 12 01.07. 2023 31.07.2023 20 01.08.2023 25.08.2023 19 JUMLAH HARI 55 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 26.08.2023 - 03.09.2023 9 3 04.09.2023 30.09.2023 19 15 01.10.2023 31.10.2023 22 1.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 15.12.2023 11 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 16.12.2023 - 01.01.2024 17 02.01.2024 31.01.2024 22 6 01.02.2024 09.02.2024 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2023/2024 4 10.02.2024 - 10.03.2024 30 KALENDAR AKADEMIK SESI 20 2 3 / 2 0 2 4
45 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 22.04.2023 (Sabtu) dan 23.04.2023 (Ahad) 20.04.2023 (Khamis) 20.04.2023 (Khamis) Satu (1) hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) hari Cuti Tambahan 21.04.2023 (Jumaat) KPM untuk Kumpulan B HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 (Khamis) 28.06.2023 (Rabu) 28.06.2023 (Rabu) Satu (1) hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 30.06.2023 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 12.11.2023 (Ahad) 13.11.2023 (Isnin) 13.11.2023 (Isnin) (Negeri Sarawak sahaja) Satu (1) hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 14.10.2023 (Selasa) TAHUN BARU CINA 10.02.2024 (Sabtu) dan 11.02.2024 (Ahad) 09.02.2024 (Jumaat) Satu (1) hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B CATATAN : Hari Deepavali : Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagi Negeri Sarawak. : Negeri-negeri lain dalam Kumpulan B memperoleh cuti berganti yang diperuntukkan oleh kerajaan. Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) Hari Krismas : 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024) Tahun Baru Cina : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 C U T I P E R A Y A A N S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4
46 Bulan/ Tarikh Hari Cuti (Hari Kelepasan AM) Cuti Perayaan yang Diperuntukan Oleh KPM JANUARI 1 Ahad Tahun Baharu 2023 Dalam sesi persekolahan 2022/2023 2 Isnin Cuti Tahun Baharu 2023 22 Ahad Tahun Baru Cina 23 Isnin Tahun Baru Cina 24 Selasa Tahun Baru Cina APRIL 7 Jumaat Good Friday 22 Sabtu Hari Raya Aidilfitri 20.04.2023 dan 21.04.2023 23 Ahad Hari Raya Aidilfitri (hari kedua) MEI 1 Isnin Hari Pekerja 4 Khamis Hari Wesak 30 Selasa Pesta Kaamatan Dalam Cuti Penggal 1 31 Rabu Pesta Kaamatan JUN 5 Isnin Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda YDP Agung 29 Khamis Hari Raya Aidiladha 28.06.2023 dan 30.06.2023 JULAI 19 Rabu Awal Muharram (Maal Hijrah) OGOS 31 Khamis Hari Kebangsaan Dalam Cuti Penggal 2 SEPTEMBER 16 Sabtu Hari Malaysia 28 Khamis Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) OKTOBER 7 Sabtu Hari Yang DiPertua Negeri NOVEMBER 12 Ahad Hari Deepavali 13.11.2023 dan 14.11.2023 DISEMBER 25 Isnin Hari Krismas Dalam Cuti Penggal 3 Catatan : Tertakluk kepada perubahan H A R I K E L E P A S A N A M N E G E R I S A B A H
47 https://bit.ly/TAKWIM20232024 TAKWIM TAHUNAN S M L A S A L L E
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
64 Bulan MAC 2023 Tema A Lasallian is Something More! Tarikh Hari Catatan Perhimpunan Perdana Gabungan 21 Selasa Speaker Pengetua Tema Perhimpunan Pelancaran Jom Sekolah & Ponteng Sifar 28 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Ketua Guru Disiplin (Sr) Ketua Guru Disiplin (Jr) Tema Perhimpunan Etika Perhimpunan dan Pengurusan Disiplin Bulan APRIL 2023 Tema A Lasalian is Gentle! Tarikh Hari Catatan 4 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Guru Bimbingan & Kaunseling (Sr) Guru Bimbingan & Kaunseling (Jr) Tema Perhimpunan Pelancaran Program Minda Sihat Perhimpunan Sekolah Berasingan 11 Selasa Speaker PK Kokum (Sr) SU Sukan (Jr) Tema Perhimpunan Aktiviti PAJSK, Kokum dan Sukan 18 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Penyelaras PSS (Sr) Penyelaras PSS (Jr) Tema Perhimpunan Pelancaran NILAM dan Budaya Membaca 25 Selasa Cuti Pertengahan Penggal 1 2023/2024 TAKWIM PERHIMPUNAN SESI 2023/2024
65 Bulan MEI 2023 Tema A Lasallian is Enthusiastic in Self Discipline and Self Motivated Tarikh Hari Catatan 2 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Pn. Grace Tei Lai Ching (Sr) Pn. Cheryl Annette Adriano (Jr) Tema Perhimpunan Lasalle Heritage - Lasallians Take the Lead Gotong Royong Perdana 9 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Penyelaras Kantin (Sr) Penyelaras Kantin (Jr) Tema Perhimpunan Kebersihan dan Keceriaan Kantin 16 Selasa Perhimpunan Sekolah Gabungan Speaker Pengetua Tema Perhimpunan Sambutan Hari Guru 23 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Pengetua (Sr) PK Pentadbiran (Jr) Tema Perhimpunan A Lasallian is Enthusiastic in Self Discipline and Self Motivated 30 Selasa Cuti Penggal 1 Sesi Akademik 2023/2024
66 Bulan JUN 2023 Tema A Lasallian is Competitive Tarikh Hari Catatan 6 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker SU Peperiksaan SPM (Sr) SU Peperiksaan PBD (Jr) Tema Perhimpunan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD, Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, PEKA, SEGAK) 13 Selasa Minggu peperiksaan T4, T5 Pentaksiran Sumatif Penggal 1 12 Jun 2023 - 23 Jun 2023 20 Selasa Minggu peperiksaan T1, T2, T3 Pentaksiran Sumatif Penggal 1 19 Jun 2023 - 23 Jun 2023 27 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker PK Kokum (Sr) Penyelia Kampus (Jr) Tema Perhimpunan Program - program PAJSK dan penglibatan murid - murid
67 Bulan JULAI 2023 Tema A Lasallian is Consistency in Learning Tarikh Hari Catatan 4 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Ketua Bidang Bahasa (Sr) KP Bahasa Melayu (Jr) Tema Perhimpunan Pelancaran Bulan Bahasa/ Minggu Bahasa Melayu 11 Selasa Perhimpunan Sekolah Gabungan Speaker Pengetua Tema Perhimpunan Pelaksanaan Program Peningkatan Akademik untuk Memantapkan Kecemerlangan dan Prestasi Pelajar (Sasaran KPI Pencapaian) Perhimpunan Sekolah Berasingan 18 Selasa Speaker Ketua Bidang Bahasa (Sr) KP Bahasa Inggeris (Jr) Tema Perhimpunan English Week Perhimpunan Sekolah Berasingan 25 Selasa Speaker PK Hem/ Ketua Guru Disiplin (Sr) Ketua Guru Disiplin (Jr) Tema Perhimpunan Tanggungjawab setiap pelajar mengekalkan disiplin yang cemerlang
68 Bulan OGOS 2023 Tema A Lasallian is Wise Tarikh Hari Catatan 1 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Ketua Bidang Kemanusiaan (Sr) Ketua Panitia Sejarah (Jr) Tema Perhimpunan Pelancaran Bulan Kemerdekaan/ Minggu Bidang Kemanusiaan Perhimpunan Sekolah Gabungan 8 Selasa Speaker Pengetua Tema Perhimpunan Sekolah TS25 - Pemantapan Kepimpinan, Guru yang Kompeten dan Kemenjadian Murid 15 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker PK Pentadbiran/ SU Kurikulum (Sr) Penyelia Kampus (Jr) Tema Perhimpunan Program Peningkatan Akademik Perhimpunan Sekolah Berasingan 22 Selasa Speaker Guru Media (Sr) Penyelaras PSS (Jr) Tema Perhimpunan PSS, NILAM dan Budaya Membaca Cuti Penggal 2 Sesi Akademik 2023/2024 29 Selasa
69 Bulan SEPTEMBER 2023 Tema A Lasallian is Prudent Tarikh Hari Catatan 5 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Guru Bimbingan & Kaunseling (Sr) Guru Bimbingan & Kaunseling (Jr) Tema Perhimpunan Teknik Pembelajaran Berkesan 12 Selasa Minggu peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun T4 Peperiksaan Percubaan SPM 1 T5 11 September 2023 - 22 September 2023 19 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker PK Kokum (Sr) SU Kokum (Jr) Tema Perhimpunan Hari Inovasi Kokum 26 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Penyelaras JK Kesihatan (Sr) Penyelaras JK Kesihatan (Jr) Tema Perhimpunan Penjagaan kesihatan diri secara menyeluruh Bulan OKTOBER 2023 Tema A Lasallian is Positive Minded Tarikh Hari Catatan 3 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker GKMP Sains dan Matematik (Sr) KP Sains (Jr) Tema Perhimpunan Pelancaran Minggu Bidang Sains dan Matematik/ Minggu Sains Perhimpunan Sekolah Gabungan 10 Selasa Speaker Pengetua Tema Perhimpunan Penglibatan murid dalam pelbagai program dalam dan luar bilik darjah untuk meningkatkan prestasi sekolah 17 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker GKMP Sains dan Matematik (Sr) KP Matematik (Jr) Tema Perhimpunan Aktiviti Minggu Matematik Perhimpunan Sekolah Berasingan 24 Selasa Speaker Pengetua/ PK Pentadbiran (Sr) GKMP/ Penyelia Kampus Jr Tema Perhimpunan Positive Minded Lasallians Towards Excellence.
70 Bulan NOVEMBER 2023 Tema A Lasallian is Zealous Tarikh Hari Catatan 7 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Guru Bimbingan & Kaunseling (Sr) Guru Bimbingan & Kaunseling (Jr) Tema Perhimpunan Pemantapan Disiplin Sekolah dan Sahsiah Murid 14 Selasa Cuti Deepavali Perhimpunan Sekolah Gabungan 21 Selasa Speaker GKMP Teknik Vokasional (Sr) KP RBT/ KP ASK (Jr) Tema Perhimpunan Pelancaran Minggu Teknik Vokasional 28 Selasa Minggu peperiksaan Pentaksiran Akhir Tahun T4 Peperiksaan Percubaan SPM 2 T5 20 November - 1 Disember 2023 Perhimpunan Sekolah Perhimpunan Jr Speaker Guru Bimbingan & Kaunseling (Jr) Tema Perhimpunan Kerjaya dan Motivasi Bulan DISEMBER 2023 Tema A Lasallian is Respectful Tarikh Hari Catatan 5 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Guru Media (Sr) Guru Penyelaras PSS (Jr) Tema Perhimpunan Pelaporan Pelaksanaan Nilam dan Prestasi Murid Perhimpunan Sekolah Berasingan 12 Selasa Speaker Guru Penyelaras SPBT (Sr) Guru Penyelaras SPBT (Jr) Tema Perhimpunan Pelaporan dan Pengurusan SPBT 19 Selasa Cuti Penggal 3 Sesi Akademik 2023/2024
71 Bulan JANUARI 2024 Tema A Lasallian is Compassionate Tarikh Hari Catatan 2 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Ketua Guru Disiplin (Sr) Ketua Guru Disiplin (Jr) Tema Perhimpunan Pemantapan Disiplin Sekolah dan Sahsiah Murid 9 Selasa Minggu peperiksaan UASA Sesi Akademik 2023/2024 T1, T2, T3 8 Januari 2024 - 12 Januari 2024 Perhimpunan Sekolah Gabungan 16 Selasa Speaker PK Kokum/ Pengetua Tema Perhimpunan Karnival Sukan/ Permainan/ Majlis Anugerah NILAM 2023 Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker Guru Penasihat Parlimen (Sr) 23 Selasa Guru Penasihat Parlimen (Jr) Tema Perhimpunan Pilihanraya Parlimen. Leadership, Service and Charity Perhimpunan Sekolah Berasingan 30 Selasa Speaker Penyelaras Kebersihan dan Keceriaan Sekolah (Sr) Penyelaras Kebersihan dan Keceriaan Sekolah (Jr) Tema Perhimpunan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Menaikkan Imej Sekolah. Bulan FEBRUARI 2024 Tema A Lasallian is Ambitious Tarikh Hari Catatan 6 Selasa Perhimpunan Sekolah Berasingan Speaker SU Peperiksaan (Sr) SU Peperiksaan (Jr) Tema Perhimpunan Pengurusan persiapan SPM/ STPM dan Pengurusan Sijil-sijil Tamat Sekolah Cuti Tambahan Tahun Baharu Cina Cuti Akhir Penggal 3 Sesi Akademik 2023/2024