The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama ana-anak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syufia, 2020-12-09 20:28:16

Modul Aktiviti Si Kecil

Modul ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama ana-anak.

Isi kandungan

KANDUNGAN HALAMAN

1 PENGHARGAAN 1
2 AKTIVITI CHOCOLATE SANDWICH 2-3

3 AKTIVITI SAIZ TAPAK TANGAN SAYA 4-6
4 AKTIVITI BUTTON LETTERS 7-8
5 AKTIVITI MENARA BLOK 9 - 10
6 AKTIVITI LIPATAN KERTAS 11 -13
7 PENUTUP 14

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr.
Nordin Bin Mamat selaku Pensyarah kursus Hubungan Keluarga, Komuniti Dan
Budaya Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (KAQ 3073) yang telah banyak
memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan penulis buku ini yang
bertungkus lumus memberikan idea baru dan menarik dalam menghasilkan buku ini
serta ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan
buku Modul Aktiviti Bersama Si Kecil ini. Di harapkan agar buku ini dapat membantu
semua pihak yang memerlukan terutamanya kepada para pendidik serta ibu bapa
selaras dengan matlamat Kurikulum Permata Negara iaitu menyediakan peluang
kepada kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun untuk mendapatkan pengalaman
pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang
mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi,
menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat serta
matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu untuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna . Akhir kata, Sesungguhnya ilmu Allah itu
meliputi semua isi, tidak tersentuh kekeliruan dan tidak memiliki kekurangan
sedangkan ilmu manusia terbatas, Selalu menerima tambahan dan selalu diliputi
kesalahan. Terima kasih.

1

CHOCOLATE SANDWICH

OBJEKTIF

1) Menambah keyakinan dalam diri

kanak-kanak ketika melakukan

sesuatu tugas seperti menyediakan

bahan untuk memasak.

2) Meransang pengunaan imaginasi

dalam diri kanakkanak sebagai contoh LANGKAH AKTIVITI

biarkan mereka menghias sandwich 1) Menyediakan bahan untuk membuat
sandwich iaitu roti, jem coklat, buah-
dengan buah-buahan yang ada buahan seperi pisang dan strawberi, sudu
plastic dan pinggan plastik.
mengikut kreativiti mereka.
2) Membawa kanak-kanak di tempat yang
3) Menambah baik pengunaan lima deria lapang dan selamat untuk melakukan
aktiviti serta menggunakan meja yang
ketika melakukan aktiviti seperti selesa dengan ketinggian kanak-kanak.

melihat, mendengar, bau dan rasa 3) Memakaikan kanak-kanak apron dan topi
memasak sebagai langkah keselamatan
4) Meransang perkembangan untuk mereka.

menyeluruh kanakkanak 4) Menunjukkan cara membuat sandwich
iaitu menyapu jem coklat di permukaan roti
kemudian hiaskan ia dengan buah pisang
atau strawberi yang telah siap dipotong
kepada saiz yang kecil

5) Memberi galakan dan pujian kepada
kanak-kanak ketika sedang dan selepas
melakukan aktiviti.

2

Nama :………………………………………………………….. Tarikh :…………..

ARAHAN: Sila padankan bahan yang betul untuk Sandwich Chocolate

3

SAIZ TAPAK TANGAN SAYA

OBJEKTIF LANGKAH AKTIVITI

1) Meransang pergerakan jari kanak- 1) Ibu bapa menunjukkan cara membacuh
kanak sedang menjalankan aktiviti. warna dengan air dan kanak-kanak
membuat bancuhan warna seperti yang
2) Meningkatkan keyakinan diri diarahkan.
kanak-kanak untuk melakukan
aktiviti. 2) Ibu bapa menunjukkan cara mengecop
tapak tangan pada kertas lukisan.
3) Melatih kemahiran sosial kanak-
kanak untuk berinterakasi bersama 3) Kanak-kanak membuat aktiviti mengecop
rakan ketika menjalankan aktiviti. tapak tangan pada kertas lukisan.

4) Merangsang perkembangan kreatif 4) Ibu bapa boleh meminta kanak-kanak
dan estetika kanakkanak semasa membanding tapak tangan sendiri dengan
memilih warna air. tapak tangan rakan disebelahnya.

5) Merangsang kemahiran matematik 5) Ibu bapa juga boleh menggunakan lampiran
kanak-kanak dengan perbandingan dibawah supaya kanak-kanak dapat
saiz tanan dan warna. membezakan antara tangan kiri dan tangan
kanan.

6) Ibu bapa meminta kanak-kanak untuk
mengecop tangan kiri pada lampiran tangan
kiri dan mengecop tangan kanan pada
lampiran tangan kanan.

7) Kanak-kanak diminta menghiaskan gambar
corak tapak tangan yang dihasilkan.

8) Kanak-kanak mempamerkan hasil corak
tapak tangan masing-masing.

9) Ibu bapa boleh melakukan aktiviti
mengecop dengan menggunakan daun, ubi
kentang, bawang, pelepah pisang dan
sebagainya.

4

Nama :…………………………………………………… Tarikh: ……………

Tangan Kanan
ARAHAN: Sila tekapkan tangan yang betul pada gambar rajah.

5

Nama :…………………………………………………… Tarikh: ……………

Tangan Kiri
ARAHAN: Sila tekapkan tangan yang betul pada gambar rajah.

6

BUTTON LETTERS

OBJEKTIF

1) Merangsang pergerakan jari

menyusun butang mengikut huruf

abjad.

2) Melatih perkembangan kognitif

kanak-kanak dengan mengencam

bentuk huruf abjad.

3) Mendisplinkan kanak-kanak LANGKAH AKTIVITI

menyusun butang dengan teliti. 1) Ibu bapa menyediakan butang pelbagai
warna dan bentuk serta kertas pelbagai
4) Merangsang perkembangan huruf abjad.

menyeluruh kanak-kanak. 2) Ibu bapa meminta kanak-kanak untuk
menyusun butang mengikut huruf abjad.
5) Merangsang kreativiti kanak-
3) Kanak-kanak dibenarkan memilih
kanak kerana memilih butang pelbagai butang mengikut kreativiti
mereka.
mengikut pilihan mereka
4) Kanak-kanak mula menyusun pada
huruf abjad.

5) Sambil kanak-kanak menyusun, Ibu
bapa lakukan soal jawab bersama
kanak-kanak berkenaan huruf abjad.

6) Dengan ini, kanak-kanak mudah
mengingat huruf abjad.

7) Ibu bapa membimbing kanak-kanak
sepanjang lakukan aktiviti dan
memberikan pujian kepada mereka

7

Nama :…………………………………………………………………. Tarikh : ………………..
ARAHAN : Sila susun butang mengikut bentuk huruf.

AE
IO

U

8

MENARA BLOK

OBJEKTIF LANGKAH AKTIVITI

1) Merangsang koordinasi mata 1) Menyediakan bahan permainan blok
dan tangan dengan cara untuk kayu seperti “Jenga” .
menarik dan menyusuk blok.
2) Menerangkan aktiviti yang hendak
2) Meningkatkan perkembangan dijalankan kepada kanak-kanak.
kognitif kanak-kanak untuk
membuat pilihan yang betul. 3) Susun blok kayu secara rawak dengan
susunan meninggi.
3) Menguatkan otot jari dan
tangan kanakkanak untuk 4) Setiap tapak menggunakan tiga blok
menggenggam objek. yang disusun secara berselang-seli.

5) Kanak-kanak perlu membaling dadu
terlebih dahulu .

6) Apabila dadu berhenti bergolek ,
perhatikan warna apa yang tertera pada
bahagian atas dadu.

7) Kanak-kanak perlu memilih warna yang
telah ditetapkan pada blok kayu secara
rawak.

8) Ulangi langkah seperti berikut sehingga
selesai.

9) Bimbing kanak-kanak sehingga selesai
aktiviti.

9

Nama :…………………………………………………….. Tarikh :………………….
ARAHAN: Sila sambung titik mengikut bentuk .

10

LIPATAN KERTAS

OBJEKTIF LANGKAH AKTIVITI

1) Menguatkan otot jari kanak-kanak 1) Menyediakan lembaran kerja atau kertas
dengan menekan dan membuat a4 berwarna dan gam.
lipatan pada kertas.
2) Membuat garisan panjang dengan
2) Mengasah kognitif kanak-kanak jaraknya berukuran 2cm.
dengan mendengar arahan untuk
melakukan aktiviti ‘step by step’ 3) Menerangkan aktiviti yang hendak
dijalankan kepada kanak-kanak.
3) Merangsang pergerakan jari
kanak- kanak 4) Meminta kanak-kanak untuk melipat kertas
mengikut garisan secara kedepan.

5) Terbalikkan kertas yang sudah dilipat .
6) Sambung lipat pada bahagian yang sudah

dilipat secara kebelakang mengikut
garisan yang telah dibuat .
7) Ulanginya secara berselang seli dengan
dengan terbalikkan kertas secara kedepan
dan kebelakang sehingga selesai.
8) Selepas itu, lipat pada bahagian tengahdan
gamkan.
9) Setelah kering,kembangkan bahagian
lipatan yang telah dilipat.
10) Bimbingan diperlukan untuk kanak- kanak
menyelesaikan aktiviti.

11

Nama :……………………………………………………….. Tarikh :…………………….
ARAHAN : Sila potong pada bahagian yang bergaris (…….)

12

13

PENUTUP

Penghargaan kepada pensyarah pembimbing: Profesor Madya Dr. Nordin Bin Mamat
Kursus: Hubungan Keluarga, Komuniti Dan Budaya Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kod Kursus : KAQ 3073
Kumpulan : C
Penerbit dan Pencipta:

Nurul Asyiqin Binti Sudin
D20182085951

Nur Syufia Aida Binti Marzini
D201820185964

Nur'Aina Husna Binti Zain Ariff
D20182086008

Nany Leyana Binti Zulkifli
D20182086026

14


Click to View FlipBook Version