BMMB1104
WARISAN BUDAYA KITA
KESUSASTERAAN
& KEBUDAYAAN
MELAYU
NUR SABIRAH BINTI MOHD ASRI
F2F
ISI KANDUNGAN
1. Takrif
2. Jenis
Kesusasteraan Melayu Tradisonal
Kesusasteraan Melayu Moden
3. Bentuk
Prosa tradisional
Prosa Moden
Puisi Tradisional
Puisi Moden
4. Ciri-Ciri Sastera Melayu Tradisional & Moden
5.Fungsi Sastera Melayu
6.Manifestasi Akal Budi Puisi Tradisional
Pantun
Syair
Seloka
Gurindam
7. Kesimpulan
8. Rujukan
1. Takrif
Kesusasteraan merujuk kepada ‘kumpulan buku yang indah bahasanya dan baik isinya’
yang boleh diumpakan dengan pelbagai pengucapan yang indah-indah dalam bentuk
bertulis atau tidak bertulis.
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Dalam
Dewan Bahasa Edisi Keempat,sastera dimaksudkan dengan seni karang mengarang yang
berbentuk prosa,puisi dan lain-lain menggunakan ciri-ciri sastera yang tertentu. Menurut
Azman et.al (2022),kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang tertulis dalam bahasa
Melayu dalam bentuk novel ,cerpen, drama,sajak,prosa tradisional atau puisi tradisional
yang mempunyai elemen kehalusan dan keindahan bahasa yang berfungsi untuk
mengimbangi intelek,rohani,emosi dan jasmani serta menunjukkan nilai kemanusiaan dan
citra masyarakat.
Menurut Harun Mat Piah et.al (2006),istilah kesusasteraan dalam bahasa Melayu
mempunyai kesamaan dengan literature dalam bahasa Inggeris dari segi etimologi
,pembentukan kata dan perubahan konsepsinya. Istilah kesusasteraan dalam bahasa Melayu
/Indonesia telah berkembang daripada perkataan sastra dalam pinjaman bahasa Sanskrit.
Kata terbitan sas bermaksud ‘mengarahkan ,mengajar ,memberi petunjuk manakala -tra
yang menunjukkan alat sarana.Maka, sastra didefinisikan sebagai alat untuk
mengajar,buku petunjuk ataupun buku pengajaran. Terdapat kata susastera dalam bahasa
Sanskrit yang awalan su membawa maksud indah atau baik Manakala imbuhan awalan dan
akhiran ,ke- dan -an membawa maksud lengkap iaitu setiap yang bertulis dengan nilai seni
dan estetika yang menjadi petunjuk dan panduan.
Berdasarkan kenyataan tersbeut,jelas menunjukkan kesusasteraan itu dalam bahasa Melayu
adalah daripada bahasa Sanskrit yang asalnya ialah sastra menjadi susastera sehinggalah
diperkembangkan menjadi kesusasteraan dengan memasukkan imbuhan untuk
memperlengkapkannya.Selain itu, kesusasteraan Melayu jelas menunjukkan hasil karya
menggunakan kata-kata yang indah dan estetika dalam menceritikan suka duka
,pengalaman ,pemikiran dan keadaan masyarakat atau perihal diri sendiri.
2. Jenis
Kesusasteraan Melayu Tradisional
Kesusasteraan Melayu secara umumnya dikategorikan kepada dua jenis iaitu
kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden.
Menurut S.Othman Kelantan (2000) ,kesusasteraan Melayu tradisonal telah mencapai
perkembangan pada abad ke-17.Sastera Melayu tradisional dikatakan terbentuk
melalui daripada keaadan sekeliling masyarakat Melayu pada zaman dahulu seperti
cerita-cerita lipur lara,penceritaan,nyanyian rakyat , alam sekeliling yang menjadi
perkaitan dengan seeorang yang dijadikan sumber ilham kepada para tokoh dan
penulis sastera untuk untuk mendeklamasikannya dalam bentuk karya.Karya-karya
yang dihasilkan bertujuan untuk memberi pengajaran,menyindir,menegur dan cebisan
hidup yang mampu menjadi pendoman dengan makna yang tertentu. Menurut Harun
Mat Piah et.al (2006), kesusasteraan Melayu tradisional mempunyai banyak ciri dan
bentuk yang berbeza berbanding kesusasteraan moden.Perbezaan ini dapat dilihat
melalui makna struktur,gaya,plot dan teknik serta cir-ciri sastera yang lain dari aspek
bahasa,persembahan,fungsi dan faktor-faktor luaran.
Kesusasteraan Melayu Moden
Kesusasteraan Melayu moden boleh dikatakan bermula daripada karya-karya yang
dihasilkan oleh Abdullah Munsyi yang dinobatkan sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu
Moden pada tahun 1959 yang bermulanya pemisahan antara kesusasteraan Melayu moden
dan tradisional (Skinner,1959). Pengarang atau penulis Melayu menghasilkan karya sastera
Melayu moden berdasarkan ilham daripada sastera Melayu tradisional mengenai
pengetahuan atau maklumat masa lalu yang dijadikan sebagai pengajaran.Hal ini kerana
para penulis sastera Melayu moden didorong dengan sastera tradisional untuk mereka
sentiasa mengingati masa lampau dengan kesalahan yang telah dilakukan pada sejarah
lampau supaya mereka tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa hadapan
(Nanney,1994).Contoh karya sastera Melayu sebelum merdeka yang menceritakan tentang
kesalahan dan kekejaman orang yang bertanggungjawab sebagai pemerintah mahupun
suami yang telah melakukan kesalahan yang tidak sengaja telah melibatkan orang yang
tidak bersalah dalam kekejamannya.Cerita ini dapat dilihat melalui karya Ahmad Bakhtiar
(1902-1961) dalam cerita Dang Anun (1958) yang terdapat dalam novel bertajuk Mas
Bakhtiar). Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden,terdapat beberapa zaman
yang terlibat iaitu zaman Abdullah Munsyi,zaman sebelum perang , zaman Angkatan
Sasterawan (ASAS 50) dan zaman selepas perang.
Zaman Abdullah Munsyi (1769-1854) telah menghasilkan karya-karya sastera yang dicetak
oleh mesin yang berbeza dengan karya sastera Melayu lama dengan teknik dan corak
penulisan moden.Penulisan beliau tidak lagi berkisar di istana,tidak bersandarkan cerita-
cerita yang mengandungi mitos atau lagenda yang mempunyai khayalan ,sebaliknya karya-
karyanya lebih memberi mesej yang kritis,positif dan tidak hanya mengaungkan golongan
bangasawan dan istana sahaja.Beliau sering menghasilkan karya sastera yang berlatar
belakangkan tentang persoalan masyarakat zamannya yang dapat diihat dalam karya beliau
yang terkenal iaitu Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah
(1848).
Ketika Peperangan Dunia kedua belum berlaku,karya-karya Abdullah Munsyi telah
dijadikan sebagai pendoman dan pegangan oleh para penulis sastera malah disebarkan
dengan pengaruh luar dan teknologi moden.Karya-karya yang dihasilkan berkembang
dengan pesat apabila masuknya mesin pencetakan yang disiarkan dalam bentuk akhbar dan
majalah.Contoh karya sastera Abdul Rahim Kajai,Onn Jaafar dan Syed Syeikh telah
meyumbangkan karya mereka seperti sajak,cepern dan novel dalam akhbar terawal yang
diterbitkan di Malaysia ialah Sekolah Melayu (1883) dan Bintang Timur (1894) menyiarkan
rencana yang berunsurkan nasihat,politik dan sosioekonomi.Selain itu,guru-guru sekolah
Melayu turut berperanan dalam menyebarkan karya sastera Melayu moden sperti di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI),Tanjong Malim,Perak.Tokoh penulis guru seperti Ahmad
Bakhtiar dan Abdullah Sidek didorong untuk menghasilkan karya dalam menyumbang
sastera Melayu penulisan.
Selepas itu,wujudlah Angkatan Sasterawan (ASAS 50) pada tahun 1950 di Singapura yang ketika itu
menjadi pusat tumpuan para penulis di Tanah Melayu .Pertubuhan ini telah mengembangkan karya
sastera Melayu moden dengan menggalakkan penulisan sastera sajak,cerpen,esei dan kritikan malah
mempertingkatkan martabat sastera dan budaya ke arah kemajuan dalam penghasilan karya ke peringkat
Asia.Hasil pertubuhan ini telah menyumbangkan satu aliran baharu iaitu romantisisme yang menekan
terhadap perasaan dan realisme yang merujuk kepada isu masyarakat dalam perkembangan bahasa dan
sastera Melayu.
Setelah berlakunya Peperangan Dunia Kedua ,penulisan novel tidak mendapat galakan sehingga
Perseketuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Dalam mengembangkan kembali penulisan karya
berbentuk novel,Dewan Bahasa dan Pusaka (1958) telah mengadakan satu anjuran mengarang novel yang
telah dimenangi oleh Hassan Ali dengan novelnya bertajuk Musafir .Pada tahun 1976 dan 1978 turut
diadakan pertandingan menulis novel yang dianjurkan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).
Perkembangan ini juga berlaku dengan penulisan cerpen dan sajak yang berkembang maju selepas
kemerdekaan.Ini jelas menunjukkan perkembangan satera Melayu moden turut berkembang selepas
perang hinggalah pada tahun 1970-an sebelum munculnya penulis sastera baharu dan karya popular pada
tahun 1980-an seiring dengan peredaran masa.Ketika zaman ini,terdapat ramai penulis yang menjadi
tokoh utama dalam Kesusasteraan Melayu Moden seperti Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati dan S.
Othman Kelantan.
3. Bentuk
Prosa Tradisional
Menurut Dr.Azman et al., (2022),kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada 4 bentuk iaitu
puisi dan prosa tradisonal dan puisi dan prosa moden.
Menurut Siti Hajar (2009),prosa merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya dan
tatabahasa yang mudah.Prosa dapat dikenal pasti dengan mudah kerana bentuk penulisannya
disusun dalam bentuk karangan.Prosa sastera Melayu lebih mudah untuk dibaca dan difahami
berbanding dengan puisi sastera Melayu yang sukar difahami.Contoh penulisan prosa ialah
cerpen,novel,dan skrip drama.Penulisan prosa tidak terhad kepada bentuk naratif iaitu mempunyai
unsur penceritaan atau pengalaman sahaja malah melibatkan juga bentuk tidak naratif iaitu tidak
mempunyai unsur penceritaan tetapi bentuk pengucapan yang indah.
Bagi prosa Melayu tradisional,penulisan prosa neratif dibahagikan kepada dua iaitu sastera rakyat
lisan dan tulisan.Sastera lisan bermula daripada ucapan mulut ke mulut dan menjadi hasil warisan
kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional seperti pantun,nyanyian dan cerita rakyat yang
digolongkan sebagai sastera rakyat (Zaidan et al.,2000).Dalam sastera rakyat (lisan),terdapat tiga
genre utama yang terdiri daripada mitos,lagenda dan cerita rakyat.
SASTERA RAKYAT (LISAN)
Menurut Dr.Azman et al.,(2022),mitos merupakan cerita yang dianggap benar terjadi dan dianggap
suci oleh masyarakat yang telah diterima masuk empu ceritanya.Cerita mitos ini berkisar dengan
kejadian alam semula jadi,manusia,binatang,alam semesta dan kejadian alam yang berlaku dan
menjadikan makluk halus,dewa atau bentuk aneh sebagai tokoh dalam penceritaan.Walaupun
mitos dianggap aneh dan benar tetapi perkara ini dijadikan keramat dan kudus yang memberi
kesan kepada masyarakat.Mitos ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu mitos asal usul,mitosinstitusi
sosial dan mitos politik.Mitos asal usul mempunyai ciri pemikiran yang mistik dan mempunyai
kaitan dengan kuasa magik dan telah berlaku di masa lampau sehingga dianggap keramat oleh
masyarakat tersebut.Mitos institusi sosial pula merujuk kepada cerita yang dibangkitkan dalam
sejarah sesebuah kelompok masyarakat Melayu seperti mitos kedatangan Islam atau institusi
bomoh dalam merawat atau membuat pedinding diri manakala bagi mitos politik pula merujuk
kepada cerita keturunan raja-raja Melayu seperti bangkitnya kerajaan Kesultanana Melayu Melaka
dan Samudera-Pasai.
Bagi genre prosa legenda pula,cerita ini dianggap benar-benar berlaku tetapi tidak mempunyai ciri
keramat seperti cerita mitos.Tokoh legenda ini kononnya manusia yang mempunyai sifat luar biasa
berbanding manusia biasa seperti tokoh dan pahlawan yang mempunyai kaitan dengan masa
lampau.Namun begitu,terdapat satu kisah yang mempunyai keramat dan masih didukung oleh
masyarakat sekarang iaitu Perigi Hang Tuah yang dikatakan mempunyai keajaiban dalam
menyembuhkan penyakit dan tidak pernah kering airnya.Terdapat lima jenis legenda yang terdiri
daripada legenda keagamaan,legenda alam ghaib dan legenda perseorangan .Legenda keagamaan
menceritkan tentang orang alim dan penyebar agama seperti Tok Kenali yang memang wujud dan
menjadi perbualan masyarakat dengan mengatakan bahawa Tok Kenali ini mampu berjalan di atas
air dan bergerak ke suatu tempat yang jauh dalam masa yang singkat.Legenda alam ghaib
dikatakan mempunyai kepercayaan dalam sesetengah masyarakat dengan kebenaran yang ada
seperti memasuki alam ghaib atau alam bunian.Menurut Dr.Azman et al.,(2022),legenda
perseorangan ini merujuk kepada tokoh legenda yang benar terjadi dari segi masa dan peninggalan
tempat bersejarah seperti tokoh Hang Tuah dan Tun Perak.
Selain itu,terdapat legenda tempat yang dikatakan mempunyai fakta sejarah tempatan seperti asal
ususl sesuatu tempat dengan kaitan nama tokoh atau binatang seperti Kampung Tok Pasai di Kuala
Kedah yang diberi nama berasaskan tokoh pejuang agama yang berasal daripada Indonesia dan
telah dimakamkan di Kuala Kedah.Akhir sekali,legenda tokoh pula merujuk kepada cerita Mahsuri
yang benar terjadi dan mempunyai bukti kepercayaan di Pulau Langkawi seperti
makamnya.Legenda ini mengisahkan tentang Mahsuri yang telah difitnah dengan melakukan
hubungan sulit dengan dseorang penglipur lara semasa ketiadaan suaminya.Mahsuri dikatakan
telah mengeluarkan darah putih ketika dihukum sula malah memberi sumpahan tujuh keturunan
ke atas Pulau Langkawi menjadi ‘padang jarak padang’ setelah kematiannya.
Seterunya,cerita rakyat yang dianggap tidak terjadi tetapi hanya dianggap sekadar hiburan yang
memberi moral dan pengajaran seperti cerita binatang atau cerita lipur lara Contoh cerita yang
terkenal ialah cerita Sang Kancil,Hikayat Malim Dewa,cerita Pak Kaduk,Pak Belalang dan cerita
Batu Belah Batu Bertangkup.Kebanyakan watak yang dimainkan memberi unsur kuasa sakti
,kelucuan,kebijaksanaan dan panduan yang didedahkan kepada masyarakat.
SASTERA ISTANA (TULISAN)
Berbalik kepada prosa Melayu tradisonal,sastera istana (tulisan) telah mula
diperkenalkan setelah kedatangan Islam.Menurut Harun Mat Piah (2006), sastera lisan
digolongkan dalam sastera rakyatkerana mengambil kira bentuk sastera tulisan yang
bertulis sebagai cerita,hikayat dan kaba.Terdapat 5 jenis sastera tulisan yang
berunsurkan cerita iaitu sastera hikayat,sastera epik,sastera panji dan perwayangan
,sastera sejarah dan kisah para nabi serta tokoh-tokoh Islam manakala unsur sastera
bukan cerita pula ialah sastera kitab dan sastera undang-undang dan
ketatanegaraan.Bagi contoh sastera cerita ialah hikayat yang berunsurkan sumber Islam
dan India seperti Hikayat Raja Pasai.Kedua,sastera epik pula mementingkan nilai
kepahlawanan dan keperiwaan pahlawan seperti Hikayat Hang Tuah.Ketiga,sastera panji
dan perwayangan pula merupakan kisah tentang pengembaraan atau percintaan yang
lain daripada tradisi wayang seperti Hikayat Cendawan Putih dan Ramayana atau
Mahabharata.Keempat,sastera sejarah pula bersifat mitos dan legenda seperti Hikayat
Raja-Raja Pasai dan Merong Mahawangsa.Kelima ,kisah para nabi dan tokoh-tokoh Islam
banyak menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammaad SAW dan tokoh Islam seperti
Iskandar Zulkarnain.
Bagi bukan cerita ,sastera kitab dapat dilihat seperti Kitab Fikah,Ilmu Faraid,sastera
undang-undang dan ketatanegaraan pula seperti Hukum Kanun Melaka dan adat istiadat
seperti Adat Temenggung dan Pepatih manakala nagi kepustakaan ilmu tradisional pula
seperti ilmu hisab dan bahasa dapat dilihat melalui sastera Ilmu Hisab dan Bustan al-
Katibin.
Prosa Moden
Prosa kesusasteraan Melayu moden terbahagi kepada tiga iaitu cerpen ,novel dan
drama.Novel merupakan jenis sastera yang disampaikan melalui cereka yang mempunyai
ussur-unsur sastera yang perlu dikongsi bersama.Menurut Shahnon Ahmad
(1972),pentafsiran rencam hidup manusia dibina dalam bentuk sastera cereka iaitu
novel.terdapat tiga faktor utama yang merangkumi penulisan novel iaitu pengalaman
peribadi,realiti rencam hidup dan imaginasi penulis.Idea yang dikeluarkan bukan sekadar
mengisahkan tentang kehidupan manusia semata-mata tetapi boleh berlegar selain daripada
manusia itu sendiri.Pelbagai jenis corak yang dapat dihasilkan dalam karya novel seperti
corak kemasyarakatan karya Harun Aminurrashid dan corak semangat kebangsaan (1940)
seperti novel Pahlawan Rimba (1946) .Selepas kemerdekaan ,pada tahun 1960-an telah
dijadikan zaman kegemilangan novel Melayu yang berkisarkan tentang kemerdekaan
sehinggakan telah melahirkan ramai penulis novel baharu .
Selain itu,prosa Melayu moden seperti cerpen merupakan gabungan daripada perkataan
cerita dan pendek (Dr.Azman et al,2022).Cerpen bukan sahaja menjadi alat dalam
meluahkan perasaan,emosi dan pandangan malah turut dijadikan sebagai gambaran dari
segi politik,sosial dan ekonomi tentang suatu zaman.Menurut Siti Hajar (2009)cerpen
mengandungi isi kandungan yang padat yang menfokuskan satu tema sahaja berbeza
dengan karya fiksyen seperti novel atau ‘novella’ dan lazimnya mempunyai satu plot,satu
latar,watak yang terhad dan jangka waktu yang singkat.Cerpen kurang kompleks jika
dibandingkan dengan novel dan kebiasaanyya mengandungi pesanan moral dan pengajaran
kepada pembaca.
Di samping itu,drama juga tergolong dalam jenis prosa moden.Menurut Moulton,1989)drama
merupakan hidup yang disampaikan melalui pergerakan manakala menurut Slametmuljana
(1957) drama merupakan kesenian melukis sifat dan sikap menusia dengan pergerakan.
Drama digunakan sebagai satu karya dalam menyampaikan pesanan dan pemikiran melalui
lakonan kepada orang ramai.Perkara yang penting dalam drama adalah skrip drama yang
dijadikan panduan kepada pengarah kerana skrip itu memainkan peranan untuk
berperanan untuk menghidupkan watak dalam cerita dan tarikan hati serta kesan terhadap
emosi dalam proses penyampaian di pentas.
Puisi Tradisional
Menurut Dr.Azman et al,.(2022),puisi dikatakan sebagai genre sastera terawal di semua
bangsa dunia seperti masyarakat Eropah dan Hindu yang menggunakan puisi sebagai
wadah untuk penghasilkan buah epik seperti Iliad dan Odyssey serta melahirkan
Mahabharata dan Ramayana.Puisi juga merujuk kepada penghasilan sastera dalam gaya
yang tertentu dan tidak mengikut peraturan tatabahasa yang betul (Siti Hajar
,2009).Lazimnya,puisi mempunyai ayat yang lengkap dan frasa yang mengikut susunan
dan baris yang betul.Antara contoh genre puisi termasuklah sajak,pantun,syair,gurindam
,seloka dan nazam.
Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang wujud sejak zaman dahulu .Menurut
Siti Hajar (2009),pantun pada zaman dahulu berupa bentuk sastera lisan yang dihasilkan
dan dibaca dengan spontan sehinggalah dibukukan pada hari ini untuk dijadikan tatapan
orang ramai sebagai bahan bacaan.Pantun terdiri daripada empat baris serangkap dan
berima akhir seperti a-b-a -b yang mempunyai sedikit variasi dan kekedualian dan
bukanlah seperti a-a-a-a-a-b dan a-b-b-a.Pantun mempunyai dua bahagian iaitu
pembayang dan maksud .Pembayang yang sering digunakan meliputi unsur alam bagi
memperlihatkan budaya masyarakat sebagai pendukung untuk memudahkan pendengar
membaca.
Gurindam tergolong dalam bentuk puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris
serangkap dan rima akhir yang sama dan berbentuk terikat.Oleh kerana itu,gurindam
biasanya mempunyai 3-6 patah perkataan dan memerlukan rangkap-rangkap lain untuk
melengkapkan keseluruhan idea.Menurut Siti Hajar (2009),gurindam mempunyai
peroalan atau masalah yang terdiri daripada baris pertama manakala baris kedua
mengandungi jawapan atau akibat.Gurindam kebiasaannya mengnadungi unsur
nasihat,pengajaran,kebenaran dan percintaan.Antara gurindam Melayu yang terkenal
ialah Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji di Kepulauan Riau pada tahun 1846.
Selain itu,syair juga merupakan puisi Melayu tradisional yang didefinisikan sebagai
karangan berangkap yang terdiri daripada empat baris serangkap dan mempunyai rima
akhir yang sama pada setiap baris iaitu a-a-a-a (Siti Hajar,2009).Syair biasanya
mempunyai bentuk yang tetap dan sejenis puisi lagu yang dicipta untuk dilagukan dan
diperdendagkan kepada orang ramai.Tujuan syair dihasilkan untuk menceritakan
kisah,nasihat,pendapat dan kepujian yang mempunyai kenyataan yang berlanjutan.
Bentuk puisi Melayu tradisional yang lain ialah seloka yang didefinisikan sebagai
karangan berangkap yang mengandungi pepatah dan perumpamaan (Siti
Hajar,2009).Seloka biasanya ditulis dalam bentuk empat baris yang mempunyai
kesamaan dengan pantun dan syair tetapi ada sesetengah yang ditulis dengan lebih
barisnya.Seloka juga dapat dilihat kesamaannya jika dibandingkan dengan gurindam dan
talibun dari segi bentuk.Unsur yang dimasukkan ke dalam seloka biasanya terdiri
daripada jenaka,ejekan,sindiran dan gurau senda.Sebahagian besar kandungan seloka
mempunyai sindiran yang dapat dijadikan pengajaran dan teladan oleh pendengar.Contoh
seloka yang menujjukkan ciri yang bebas ialah Seloka Pak Kaduk.
Puisi Moden
Sajak merupakan satu-satunya genre dalam puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak
terikat.Menurut Dr Azman et al.,(2022)sajak lebih mementingkan kesan pengucapan perasaan
melalui pemilihan dan pemakaian kata-kata yang saling berpaut dan terjalin dengan
iramanya.Pemilihan kata yang digunakan dalam sajak amat penting untuk diperdengarkan kepada
para pendengar dan menekankan aspek estetik untuk menzahirkan nilai rasa dan erti yang
seimbang antara kata dengn maksudnya.Apa yang jelas dalam sajak ialah tidak terikat dengan
peraturan pemilihan kata,kepanjangan suku kata ataupun rima akhir yang tertentu.Ini bermakna
penyajak bebas mendeklamasikan sajak dalam memilih ayat dan kata yang sesuai untuk
menyampaikan mesej dengan rasa puas hati dan yakin tidak seperti bentuk-bentuk terikat puisi
Melayu tradisional.
4. Ciri-ciri Sastera Melayu
Tradisional & Moden
Sastera Melayu tradisional bersifat kolektif iaitu milik bersama antara masyarakat.Hal
ini jelas kerana sastera Melayu tradisional tidak menyatakan nama penulis atau
pengarang berbanding sastera Melayu moden yang mempunya hak milik tersendiri
dengan adanya nama penulis dan mempunyai perlindungan undang-undang atas hak
milik milik individu.Selain itu,sastera Melayu tradisional juga bercirikan fungsional
yang digunakan dalam karya sastera tradisional untuk digunakan dalam kehidupan
masyarakat harian terutamanya dalam genre puisi.Tulisan dalam karya Melayu
tradisional menggunakan huraian makna yang klasik atau nilai-nilai klasikisme
dalam sasteranya yang menunjukkan bentuk dan ciri yang menjadi tradisi yang
mantap seperti penguasaan tema,kesederhanaan gaya,ketepatan dan struktur yang
formal.Oleh kerana itu,tulisan-tulisan klasik banyak digunakan dalam karya tokoh-
tokoh R.O Winstedt,Mohd Talib Osman dan Liaw Yock Fang kerana menjadikan ciri
klasikisme yang dipamerkan dalam karya Melayu tradisional sebagai ukuran dalam
penulisan mereka.Di samping itu,karya tradisional ini bersifat warisan iaitu akan
dihadikan hak setelah dihasilkan dalam sesuatu masyarakat berkenaan .Dalam erti
kata lain,karya-karya sastera Melayu tradisional merupakan warisan tradisi
Nusantara kerana perkara ini dijadikan tradisi dengan menyimpan karya tersebut
sama ada berbalut kain kuning atau hitam seperti kitab suci,pustaka misteri dan
rahsia yang penuh dengan rasa bangga malah dianggap sebagai keramat
(Muhammad,1988).
Sastera Melayu moden berbeza dengan sastera Melayu tradisional.Penyebaran sastera
moden melalui tulisan menakala penyebaran sastera tradisional melalui lisan .Hal ini
kerana perkembangan teknologi mesin pencetak telah digunakana secara meluas
untuk menjadikan sastera sebagai karya tatapan umum dan disebarkan ke peringkat
Asia.Selain itu,ciri puisi moden dapat dilihat pada hak miliknya.Bagi puisi moden,hak
miliknya bersifat individu berbanding tradisional yang bersifat kolektif.Perkara ini
disebabkan hasil karya yang dihasilkan sudah mempunyai nama pengarang dan
khusus dimiliki oleh penulisnya sahaja malah telah mendapat hak cipta terpelihara
yang dijaga oleh undang-undang negara.
5. Fungsi Sastera Melayu
Perkembangan budaya melalui peredaran zaman yang digambarkan dalam sastera memberi
kesinambungan yang indah buat masyarakat.Melalui kemajuan kesusasteraan ini,fungsi sastera
Melayu telah melahirkan pemikiran yang bijak bagi para pemimpin untuk kesejahteraan hidup
bersama.Oleh itu,menurut Dr.Azman et al.,(2022)fungsi sastera Melayu dapat dibahagikan kepada
6 pecahan iaitu berfungsi sebagai alat pendididkan,instrumen perpaduan,alat kawalam sosial
dalam kehidupan harian,dakwah,medium protes dan kritik sosial serta hiburan.
Menurut Hashim Awang (1985) fungsi kesusasteraan terbahagi kepada dua. Fungsi yang pertama
iaitu fungsi kesusasteraan kepada pembaca atau khalayak manakala fungsi yang kedua ialah
kesusasteraan kepada pengarang. Terdapat dua fungsi kesusasteraan kepada pembaca iaitu fungsi
dari aspek pendidikan dan fungsi dari aspek hiburan.
Sastera berfungsi sebagai alat pendidikan kerana para pengarang menulis penglaman-pengalaman
mereka seperti ilmu ekonomi,politik,sosial dan agama sama ada dalam bentuk prosa atau puisi
untuk masyarakat.Unsur-unsur pendidikan yang diselitkan telah mevmberi pengetahuan yang
tinggi kepada pembaca malah telah memberi didikan secara tidak langsung.Perkara ini jelas
menunjukkan sastera Melayu berfungsi sebagai alat pendidikan buat masyarakat sehinggakan
negara Malaysia telah mweujudkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (1957)kepada para
pelajar untuk mempelajari dan mendalami unsur-unsur positif seperti
kewarganegaraaan,kebudayaan dann kerohanian .Tambahan pula,sastera mempunyai unsur
estetika yang mampu menimbulkan rasa kebersamaan bahasa dan kebudayaan kepada pelajar dan
masyarakat.
Selain itu,sastera juga mampu menjadi sebagai instrumen pendidikan yang mampu menanam dan
membakar sikap kesatuan dan perpaduan kepada masyarakat.Hal ini kerana unsur sastera bukan
sahaja mengandungi lipur lara atau lawak jenaka malah mengandungi unsur kebangsaan dan
perpaduan yang dapat menghidupkan nilai patriotisme dalam diri masyarakat.Kesedaran yang
timbul terhadap pemikiran masyarakat dalam kesusasteraan kebangsaan negara Malaysia mampu
mencegah perbalahan masyarakat seperti Rusuhan Kaum (1969)dalam merangsang minda dalam
hubungan etnik yang erat di negara Malaysia.
Di samping itu,kesusasteraan Melayu dapat berfungsi sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan
seharian masyarakat.Kalau diperhatikan,baik cerita mitos ,legenda,lipur lara dan sebagainya
dalam cerita rakyat,pelbagai nasihat dan pengajaran dapat dijadikan ikhtibar dan membentuk
wawasan dalam kehidupan masyarakat.Melalui cerita rakyat seperti cerita Si Tanggang misalnya
telah memberi pengajaran yang mendalam kepada para pembaca dan pendengar untuk berbuat
baik dan taat kepada ibu bapa supaya tidak menjadi seperti Si Tanggang yang mendapat musibah
kerana berbuat derhaka dan kurang ajar terhadap ibunya sehinggakan dia disumpah menjadi
batu.Cerita-cerita seperti ini secara tidak langsung menjadi pegangan dalam masyarakat yang
menjadi ikutan untuk berperilaku baik terhadap ibu bapa malah masyarakat sekeliling.
Seterusnya,dakwah adalah salah satu fungsi sastera Melayu dalam membimbing dan mendidik
masyarakat dalam membentuk nilai ijabiyah (positif) dan waqi’iyah (realistik).Pembangunan
sastera Islam yang berkembang di Alam Melayu pada abad ke-13 -16 M dalam menggerakkan
transformasi Islamisasi ke dalam sejarah kedudayaan Melayu.Sastera Melayu yang mengandungi
unsur keagamaan telah telah menjadi pendoman kepada masyarakat untuk membentuk akhlak
masyarakat Melayu dalam menegakkan kebenaran dan kebaikan berlandaskan agama Islam
.Sastera Islam bukan sahaja menceritakan tentang kisah para nabi malah mampu mengajak
menusia ke arah ketakwaan dan mengukuhkan keimanan manusia seperti syair-syair karya
Hamzah Fansuri .
Sementara itu,sastera juga berfungsi sebagai medium protes dan kritik sosial dalam kehidupan
harian manusia.Manusia yang tidak mengambil berat akan sejarah akan mengulangi kesilapan
yang sama terhadap dirinya.Hal ini kerana sastera merupakan sejarah kehidupan manusai dengan
sesuatu yang telah berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan.Pelbagai watak dalam masyarakat
yang menimbulkan tindakan dan tatasusila yang bertujuan untuk menegur,mengkritik atau
menyampaikan mesej .Kritikan sosial mampu dilihat melalui cerita Mat Jenin yang mengkritik
masyarakat yang sering berangan-angan tanpa usaha untuk berjaya.Begitu juga dengan cerita Pak
Kaduk yang mengkritik sosial masyarakat dengan sikap seseorang yang lurus benduk
.Berdasarkan kritikan dan protes ini,sastera mampu memberi pendekatan moral kepada pembaca
dan menjelaskan fenomena yang realitinya berlaku.
Akhir sekali, sastera Melayu berfungsi sebagai hiburan yang membawa kepada keseronokan yang
indah dan asas bagi sebuah karya sastera.Fungsi sastera sebagai hiburan dapat dilihat melalui
karya cerita lipur lara yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kegilaan penghiburan
masyarakat ketika zaman dahulu.Misalnya situasi si nenek yang bercerita kepada cucunya tentang
cerita Pak Kaduk yang menghibur masa-masa lapang masyarakat ketika dahulu.Sastera Melayu
bukan sahaja bertujuan untuk penghiburan sahaja malah turut dijadikan pengajaran dan teladan
yang diselitkan secara halus oleh para penulis supaya masyarakat sedar dengan perkara yang
berlaku di sekeliling mereka .
Kesimpulannya,kesusasteraan Melayu mempunyai dua jenis yang penting iaitu kesusasteraan
Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden.Genre-genre yang terkandung dalam kedua-
dua jenis sastera Melayu ini patutlah dihargai dan dijadikan sebagai warisan kerana setiap isi
kandungan yang terkandung dalam karya-karya sastera merupakan cerminan masyarakat yang
berkait rapat dengan masa dan zaman termasuklah dari apsek pemikiran dan pandangan hidup
citra masyarakat .Segala peristiwa yang digambarkan adalah fenomena sosial,budaya,ekonomi dan
politik yang sedang berlaku di masa lampau atau pada masa sekarang dalam kehidupan
masyarakat.Justeru.karya sastera amatlah penting dan dianggap manusiawi dalam membina
pemikiraan yang kritis dan kefahaman yang mantap terhadap kebudayaan bangsa dan negara
tanpa mengetepikan perkembangan fungsi sistem bahasa dalam membentuk karya itu sendiri.
Manifestasi Akal Budi Puisi Tradisional
Pantun
Dalam puisi tradisional,te
rdapat manifestasi akal budi yang menggambarkan
perbuatan,pemikiran dan
sikap seseorang manusia yang mengandungi
kebijaksanaan ,kehalusan dan jiwa keindahan (Dr.Azman et al.,2022). Manifestasi
akal budi dalam dilihat dalam puisi tradisional dalam genre pantun,syair,seloka
dan gurindam sastera Melayu melalui empat aspek iaitu
pemikiran,pertuturan,perlakuan dan gaya hidup.
PANTUN BUDI
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Puisi Melayu Klasik,
Oscar Book International.
Berdasarkan pantun budi tersebut,pemikiran dapat dilihat melalui pembayang jarum yang patah
dengan perbandingan hati yang terasa .Hal ini kerana jarum ialah objek yang digunakan
seharian dalam menjahit oleh tukang jahit begitulah juga dengan hati yang akan menghadapi
situasai seseorang itu dalam kehidupannya .Penulis mengatakan jarum yang patah jangan
disimpan di dalam peti kerana jarum tidak dapat lagi digunakan dan perlu dibuang.Jika
tidak,seseoramg akan terluka dengan jarum tersebut.Penulis merujuk kepada hati seseorang
yang patah dan terguris kerana perlakuan atau percakapan seseorang.Jika tidak diluahkan akan
menimnulkan lagi persaan tidak puas hati dan tidak suka terhdapa seseorang itu.Pemikiran akal
budi dalam pantun ini menunjukkan didikan kepada masyarakat supaya meminta maaf dengan
kerendahan hati agar keharmonian antara kedua-dua belah pihak sentiasa dijaga dan
mengelakkan perkara yang negatif berterusan.
Syair
SYAIR MENGAJAK PELAJARAN
Anakku sayang salahmu nyata,
Dalam pelajaran bertutur kata,
Duduk menulis kalam di lata,
Kembali kepada sekalian pendeta.
Kerana pelajaran beratur pangkatnya,
Jangan dicampur yang bukan masanya,
Kerja demikian besar salahnya,
Faham tak lekat dalam keduanya.
Pendengaran pasti menjadi haru,
Yang ditulis pun tak keliru,
Laksana menumbuk beralas nyiru,
Berasnya luluh antah menderu.
Ilmu lisan tatkala disyarahkan,
Sekalian anggota wajib satukan,
Ke hati semuanya kamu kumpulkan,
Barulah pendengaran dapat difahamkan.
Semasa mendengar orang berkata,
Tangan menulis pula serta,
Telinga di asingkan daripada mata,
Mustahillah faham terangnya nyata.
Puisi Melayu Klasik,
Oscar Buku International.
Dalam syair Menyambut Pelajaran ini,penulis telah menunjukkan manifestasi akal budi dari sudut
pertuturan yang baik dan sopan .Contohnya penulis menggunakan kata anakku sayang dan tidak
menunjukkan kata yang kurang sopan dalam syair.Keseluruhan syair dalam aspek akal budi,penyair
menunjukkan penyair memberi jalan dan cara kepada penuntut ilmu untuk belajar dengan
betul.Tumpuan utama penulis ialah kefahaman dan tumpuan dalam belajar supaya proses pembelajaran
tidak sia-sia .Selain itu,dalam aspek pertuturan,penyair menggunakan ayat yang sopan seperti ‘Anakku
sayang salahmu nyata, Dalam pelajaran bertutur kata,”menunjukkan teguran halus daripada Sang Ibu
kepada anaknya menggunakan bahasa yang memancarkan keperibadian yang mulia seorang
ibu.Nasihat yang disampaikan oleh penyair bukan sahaja menjadi teguran malah dijadikan bimbingan
yang berguna kepada generasi muda dalam menuntut ilmu.Ilmu amatlah penting dan dipandang tinggi
dalam kalangan masyarakat dan mampu membezakan darjat seseorang dalam lapisan masyarakat.
Begitulah tingginya pemikiran dan pertuturan penyair dalam menghasilkan satu karya yang penuh
dengan teguran dan panduan berlandaskan keutamaan utama dalam hidup iaitu ilmu.
Seloka
SELOKA PAK PANDIR
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan :
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
Puisi Melayu Tradisional ,1997.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berdasarkan seloka Pak Pandir,pengarang menunjukkan kritikan sosial dalam masyarakat melalui
watak Pak Pandir yang dapat dilihat melalui perlakuan dan gaya hidup.Dalam masyarakat
Melayu,tidak lengkaplah akal budi tanpa gaya hidup perlakuan seharian.Seloka Pak Pandir bersifat
menyindir citra masyarakat yang berlaku dengan keadaan sekeliling iaitu masyarakat yang
mempunyai sifat-sifat negatif.Buktinya Pak Pandir mewakili masyarakat yang lebih mengutamakan
orang lain yang bukan darah daging sendiri dan sanggup mengabaikan anaknya sendiri.Watak Pak
Pandir juga menunjukkan sikap yang tidak pandai menguruskan kewangan .Dalam erti kata lain,Pak
Pandir mempunyai sifat pemboros yang suka berbelanja sehinggakan terpaksa menggadaikan hartnya
akibat daripada aktiviti berjudi dan bertaruh seperti dalam baris ‘hartanya habis tergadai’.Pengarang
menjelaskan kepada masyarakat supaya tidak melepaskan kebosanan dengan perkara yang merugikan
kita dan lurus bendul dalam terpengaruh dengan kata orang sekeliling.Sikap masyarakat yang
diwakili oleh watak Pak Pandir ini perlulah ditegah dan dihakis dalam diri supaya masyarakat Melayu
tidak dipandang rendah dan menanggung dertita kerana kelemahan diri sendiri.
Gurindam
GURINDAM DUA BELAS
Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.
Akal budi dalam masyarakat Melayu dapat dilihat dalam Gurindam Dua Belas fasal satu yang
menujukkan ciri keagamaan.Pengarang menekankan kepada pembaca tentang kehidupan yang tidak
berlandaskan agama tidak akan mempunyai tujuan utama dalam hidupnya.Seseorang yang mengenali
agama dan tuhannya menyebabkan kehidupannya terhindar daripada tercela dan sesat.bagi seorang
hamba,seseorang itu perlulah melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan segala suruhan dan
perintah Allah SWT serta menjauhkan larangan perintah iaitu amar makruf nahi munkar.
Pengarang menyentuh jiwa masyarakat dengan memasukkan nilai keperibadian insan yang mulia
mengikut syariat Islam dan kebenaran yang terselit sebagai hamba.Dalam fasal ini juga,pengarang juga
menyelitkan peringatan kepada manusia tentang alam akhirat yang kekal dan abadi berbanding
kehidupan dunia yang sementara dan fana dengan nikmat dunia.Seseorang itu perlu sedar dengan
kehidupan dunia yang sia-sia dan mula mencari keredaan Allah SWT dalam kehidupannya.
Jelaslah,fasal pertama yang ditulis oleh pengarang iaitu Raji Ali Haji menekankan konsep keagaamaan
sebagai permulaan untuk memulakan kehidupan yang benar.
7. Kesimpulan
Kesimpulannya,menifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya puisi tradisional
menunjukkan betapa tingginya ilmu dan pemikiran masyarakat dahulu ketika
berbahasa.Puisi tradisional amatlah penting dalam meluahkan pemikiran dan akal budi
masyarakat Melayu supaya perkembangan masyarakat Melayu secara historikal dalam
memperlihatkan perkembangan dari aspek bahasa dan alam pemikiran para penulis.Oleh
itu,karya sastera perlulah dimanfaatkan kerana sastera ialah sebahagian penting dalam
kehidupan manusia wahana keindahan warisan Melayu.
8.Rujukan
Dr.Azman, R. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (Z. Dr.Mohd Nazri, A. B.
Shamsudin, H. Haji Abdul Rani, & A. Dr.Hasnah, Eds.). Pustaka Al-Ehsan.
Hajah Zainon, S. A. (1997). Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden STPM Kertas 1. Penerbit
Elman.
Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu tradisional. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hasri, M. (2016). KESUSASTERAAN MELAYU. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
Nur Hanida. (n.d.). BMM3163 Tajuk 3 PDF | PDF. Scribd. Retrieved March 26, 2022, from
https://www.scribd.com/doc/307545367/BMM3163-Tajuk-3-pdf
NorAzimah, Z. (2017). (PDF) Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun.
ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan_Jati_Diri_Me
layu_dalam_Pantun
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
SEKIAN,TERIMA KASIH.