The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hayar Aziz, 2024-01-28 22:40:37

AGC COFFEE TABLE BM

AGC COFFEE TABLE BM

PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PERAK 1 PENUBUHAN Pewujudan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak di Negeri Perak Darul Ridzuan telah bermula pada tahun 1960. Pada awal operasinya, Pejabat ini mempunyai 11 orang perjawatan iaitu seorang Penasihat Undang-Undang, 2 orang Timbalan Pendakwa Raya, seorang Pembantu Undang-Undang dan 7 orang kakitangan. Pejabat ini telah di tempatkan di aras bawah bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab sebelum berpindah ke Kompleks Islam Darul Ridzuan pada tahun 1987. Pada tahun 1990, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak kemudiannya berpindah ke bangunan dua tingkat milik Dewan Bandaraya Ipoh bersebelahan bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh (kini Bahagian Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh). 1960 - Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak terletak di aras bawah Bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh 1987 - Perpindahan ke Kompleks Islam Darul Ridzuan 1990 - Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak berpindah ke bangunan milik Dewan Bandaraya Ipoh 1999 sehingga kini - Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak di Aras 1 dan 4, Bangunan Perak Darul Ridzuan Pada tahun 1999, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak telah berpindah Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bersamasama jabatan kerajaan lain yang mana Bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah pada tahun 2000. Sehingga kini, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak beroperasi di Aras 1 Bangunan tersebut yang menempatkan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, Unit Pentadbiran, Unit Penasihat dan Unit Penyemakan, manakala Bahagian Pendakwaan dan Unit Guaman di Aras 4. Dengan 82 perjawatan, Pejabat ini telah berkembang dengan turut mempunyai 5 buah Pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Taiping, Teluk Intan, Kuala Kangsar, Tanjung Malim dan Gerik dan 5 buah Rumah Sebagai Pejabat di Batu Gajah, Kampar, Parit Buntar, Tapah dan Manjung. DRAF 3


Pejabat TPR Kuala Kangsar di Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Kangsar Pejabat TPR Teluk Intan di Bangunan Lama Majlis Perbandaran Teluk Intan Pejabat TPR Gerik di Bangunan Persekutuan Gerik RSP Tapah RSP Kampar RSP Batu Gajah Pejabat TPR Taiping di Lido Business Centre Pejabat TPR Muallim di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim RSP Parit Buntar RSP Manjung


PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PERAK Pada 30 Disember 1960, YB. Dato’ Abdul Aziz bin Mohd Zain telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri yang pertama, diikuti oleh YB. Tuan Pawan Ahmad bin Ibrahim Rashid pada 3 Oktober 1962 dan YB. Tun Abd. Hamid bin Hj. Omar 1 Ogos 1965. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak telah menyaksikan perkhidmatan seramai 20 orang Penasihat Undang-Undang Negeri di sepanjang tempoh pewujudannya. Pada masa kini, Pejabat Penasihat UndangUndang Negeri Perak diterajui oleh YB. Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin. Warta pelantikan LA pertama, YB. Dato’ Abdul Aziz bin Mohd Zain Warta pelantikan LA kedua, YB. Tuan Pawan Ahmad bin Ibrahim Rashid Warta pelantikan LA ketiga, YB. Tun Abd. Hamid bin Hj. Omar Senarai YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak YB. Tuan Pawan Ahmad bin Ibrahim Rashid YB. Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin 2019 hingga kini YB. Dato’ Rohana binti Abd Malek YB. Dato’ Ahmad Kamal bin Md Shahid YB. Tun Ariffin bin Zakaria YB. Datuk Engku Nor Faizah binti Engku Atek YB. Tan Sri Haidar bin Mohamed Nor YB. Tun Mohd Eusoff bin Chin YB. Tun Abdul Hamid bin Hj. Omar YB. Dato’ Abdul Aziz bin Mohd Zain YB. Datuk Nor Bee binti Ariffin Antara YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak yang pernah dan sedang berkhidmat


1977 - Dato’ Seri Shaik Daud bin Md Ismail (duduk, 2 dari kanan) bersama Encik Lee Lim Huat (TPR), Encik Abd. Rahim Mat Taib (PUU) dan kakitangan Dato’ Seri Shaik Daud bin Md Ismail ketika Majlis Perpisahan Menteri Besar Perak Tan Sri Dato' Seri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi pada 28 September 1977 1991 - Puan Yong Zaridah Sazali (TPR) bersama kakitangan di hadapan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak 1997 - Dato’ Abdul Wahab bin Said Ahmad (4 dari kiri) bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Perak dan ketika sidang Dewan Negeri Perak 1984 - Tun Ariffin b. Zakaria (kanan atas) menghadiri Perasmian Pembukaan Dewan Negeri Perak


2023 - YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin ketika sidang Dewan Negeri Perak yang meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 2019 - Dato’ Rohana Abd Malek bersama anggota pentadbiran Kerajaan Negeri 1999 - Lawatan Rasmi AG dan SG sempena perpindahan Pejabat LA Perak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan 9 Mei 2000 - Dato’ Jalaludin bin Saleh (3 dari kiri) bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah semasa Majlis Perasmian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2004 – Majlis Perpisahan Penasihat Undang-Undang, Datuk Nor Bee binti Ariffin ke Jabatan Peguam Negara 2007 – Datuk Engku Nor Faizah dalam majlis perpisahan pegawainya


Kediaman Rasmi Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dengan rekabentuk kolonial berusia lebih 50 tahun. Ia pernah didiami oleh mantan-mantan Penasihat Undang-Undang di antaranya Tun Mohd Eusoff bin Chin, Tan Sri Haidar bin Mohd Noor dan Dato’ Ahmad Kamal bin Md. Shahid 2023 – YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin semasa Majlis Perpisahan Puan Hezlin Haldi (ALA I) Perpustakaan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak memiliki koleksi warta kerajaan seawal tahun 1902 2023 – YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin semasa Majlis Perpisahan Puan Hezlin Haldi (ALA I) ke Jabatan Bantuan Guaman


Click to View FlipBook Version