The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Digital Tumbuhan Herba Tradisional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aina Zara, 2021-09-25 04:10:42

Buku Skrap Digital Tumbuhan Herba Tradisional

Buku Skrap Digital Tumbuhan Herba Tradisional

Persatuan Pengakap Malaysia CABARAN DALAM TALIAN Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

PROGRAM PAKAIAN BERUNIFORM

PENGAKAP

SEK. KEB. FELDA PADANG PIOL




TUMBUHAN HERBA

TRADISIONAL

AINA ZARA BINTI AZHARUDIN
KUMPULAN : PERANG (09)
PENGAKAP KANAK-KANAK

PENGHARGAAN

AINA ZARA BINTI AZHARUDIN
4UKM

SK FELDA PADANG PIOL,JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR.

OBJEKTIF

Buku skrap digital ini dibuat bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan spesis
tumbuhan herba tradisional yang terdapat di Malaysia
Buku Skrap ini untuk mencadangkan suatu pengumpulan maklumat berkaitan nilai-nilai
perubatan yang telah ditemui daripada tanaman-tanaman tersebut.
Adalah diharapkan buku skrap ini akan dapat menyumbang kepada jenis-jenis tanaman
ubatan yang boleh ditanam dan boleh membawa manfaat kepada sesuatu
pelandskapan yang dibuat.

PENGENALAN

Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan,
khasiat makanan dan baunya.Ia merujuk kepada tumbuhan renek berbatang
lembut. Biasanya, tumbuhan herba mempunyai batang lembut dan mengandungi
banyak air.

Pokok herba telah lama digunakan orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat
atau penguat tenaga.Secara amnya,semua tanaman yang digelar tanaman herba
boleh digunakan untuk perubatan. Tapi untuk lebih khusus, tanaman herba
dikelaskan kepada 5 jenis kategori. Kategori herba mengikut kegunaan adalah
seperti berikut :

1.Herba yang boleh dimakan segar/buat ulam
2.Herba yang mempunyai daya tarikan sebagai tanaman hiasan
3.Herba yang digunakan khusus untuk perubatan
4.Herba yang digunakan dalam masakan
5.Herba yang mempunyai bau wangi atau aroma yang menyenangkan

TUMBUHAN HERBA
TRADISIONAL

POKOK KUNYIT Kunyit adalah sejenis rempah yang banyak digunakan
Curcuma longa dalam kari dan masakan lain di Asia, juga digunakan
untuk memberi warna kuning pada masakan, dengan
khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan
mencantikkan kulit, di samping daun serta bunga kunyit
memang digemari sebagai ulam.
Ia digunakan sebagai antioksida, antibakteria,
antiradang dan antikanser. Kunyit juga berfungsi bagi
menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan
peranakan bagi wanita yang baru bersalin,
membersihkan dan menghalang pembekuan darah,
melancarkan peredaran darah, membantu proses
pencernaan dan menghilangkan selsema. Selain itu, kunyit
juga dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan
kudis.

TONGKAT ALI Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak
Eurycoma longifolia (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan
untuk merawat beberapa jenis penyakit dan
meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,
disenteri, bengkak, ketumbuhan, antiradang dan
antioksida.
Eurikomanona, eurikomalaktona dan eurikomanol
(kuasinoid) yang banyak terdapat dalam akarnya
merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan
menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang
terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras
testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi
seksual lelaki.

Tumbuh melintang di daratan, tidak berbulu dan memiliki
cabang-cabang panjang yang menjalar berukuran
ketinggian 0.3-0.8m.
Daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Ia
digunakan dengan cara meminum jusnya, untuk
melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat
demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan
paru-paru dan sakit tulang belakang. Keseluruhan
tumbuhan ini boleh digunakan.

POKOK KADUK

Piper Sarmentosum Roxb

TUMBUHAN HERBA
TRADISIONAL

POKOK MENGKUDU Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia,
Morinda Citrifolia Australia dan kepulauan Pasifik. Kebanyakannya terdapat
dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan
dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus,
berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur
dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang.
Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Kajian fitokimia terhadap mengkudu menunjukkan setiap
bahagian pokok mengkudu mempunyai pelbagai komponen yang
berkhasiat untuk tubuh badan. Mengkudu kaya dengan
polifenol, asid lemak, vitamin dan juga komponen semula jadi
yang lain yang dapat meningkatkan kesihatan dan mencegah
penyakit. Antara khasiat mengkudu kepada kesihatan ia dapat
melindungi jantung dan hati, bertindak sebagai antikanser,
antioksida, mengurangkan risiko penyakit gout, mencegah
diabetes, meningkatkan sistem imun badan dan menguatkan
tulang.

POKOK LIDAH BUAYA Ia salah saty tumbuhan antara 250 spesies Aloe
Aloe Vera serata dunia. Lidah buaya digunakan sebagai ubatan
tradisional untuk melegakan luka,ruam, demam, gatal-
gatal kulit. Selain itu, pokok ini juga terkenal dalam
industri kosmetik dan produk kesihatan.
Sap daripada lidah buaya dikatakan dapat melegakan
kesaiktan dan mengurangkan keradangan. Satu kajian
menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang
sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga 6
hari apabila luka selalu disapu dengan gel lidah buaya
berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh
pembalut kasa.

MISAI KUCING Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula
banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman
Orthosiphon Stamineus kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui
keratan batang dan memerlukan medium yang agak
lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah
herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.
Daun pokok misai kucing digunakan sebagai herba
perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.Herba
misai kucing digunakan untuk memperbaiki saluran
kencing dan buah pinggang dan bagi membantu
mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian,
daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik
dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan
dalam badan.

TUMBUHAN HERBA
TRADISIONAL

POKOK SEMAMBU Pokok semambu atau disebut sebagai neem ialah sejenis
Azadirachta Indica tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia
DUKUNG ANAK merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta,
Phyllanthus niruri dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan
Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-
tropika. Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini
(Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan
merawat 40 jenis penyakit.
Kajian terhadap penggunaan neem dilaporkan banyak aktiviti
biologikal dan farmakoligikal termasuk antibakteria,
antifungal, dan antiradang. Daripada kajian awal terhadap
tindakan atau aktiviti daripada bahan yang terkandung
didalam tumbuhan ini telah menunjukkan peranan neem
sebagai anti-radang, anti-arthritic, anti-pyretic,
hypoglycemic, anti-ulser gastrik, anti-fungal, anti-bakteria
dan anti-tumor.

Dukung anak dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah
sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia.
Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan
sering ditanam dikawasan sekitar rumah.
Dukung anak telah lama digunakan sebagai bahan
perubatan tradisional di China, India, BraziL dan negara-
negara asia. Ia boleh digunakan sebagai rawatan masalah
penghadaman, jaundis dan batu karang. Didalam perubatan
ayurveda, tumbuhan ini digunakan dalam rawatan
penghadaman, sistem urinari, pernafasan dan masalah
kulit. Di China, herba ini di preskripsikan sebagai ubatan
untuk merawat hepatitis B, kembung perut dan sakit
tekak. Manakala di Thailand, Amerika latin terutamanya
Brazil dan Afrika menggunakan dukung anak sebagai
rawatan jaundis, batu karang dan malaria secara meluas.

POKOK SENDUDUK Pokok senduduk merupakan sejenis rumpai di kawasan kebun
Melastoma Malabriticum tanaman serta kawasan pertanian dan perlu dibasmi kerana
mampu menurunkan hasil kepada tanaman. Terdapat senduduk
ungu dan senduduk putih yang sering dilihat.
Antara khasiat pokok senduduk ialah ia berguna untuk
merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan
oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk
mempercepatkan proses penyembuhan rahim, selain itu boleh
juga digunakan untuk merawat cirit birit, daun dan pucuknya
mampu merawat penyakit keputihan. Air rebusan senduduk
amat mujarab untuk mengatasi buasir, daun dan akarnya yang
telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk
mengelakkan parut.

TUMBUHAN HERBA
TRADISIONAL

POKOK PEGAGA Pokok ini adalah sejenis tumbuhan yang meliar di kawasan
Centella Asiatica yang lembap, berdekatan dengan air.
Bagi kaum Melayu, ia makan secara segar sebagai ulam,
bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan
manakala bagi kaum India ia digunakan sebagai tonik
kecerdasan minda.
Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan
awet muda serta mengelakkan kegemukan. Antara khasiat
pegaga yang lain ialah sebagai penawar alahan, merawat
asthma dan sesak nafas, merawat jangkitan paru-paru,
merawat kegusaran dan kegigilan,anti kanser, melawaskan
air kencing dan membantu merawat buah pinggang, penawar
batu karang, menurunkan tekanan darah, penawar ulser.

CEKUR Cekur merupakan tanaman herba yang tiada berbatang.
Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom yang
Kaempferia Galanga mendatar dibawah permukaan tanah.
Antara khasiat cekur ialah ia mampu memecahkan angin
dalam urat saraf, sebagai anti penuaan, boleh menguncup
dan memulihkan rahim selepas bersalin, membanyakkan
susu ibu, memberikan tenaga, menguatkan rahim untuk
mencegah keguguran, ubat sembelit, menyembuhkan
bengkak, demam malaria, penyakit resdung, menghilangkan
sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu
di kepala.

SERAI WANGI Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan
Cymbopogon Nardus mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia mempunyai aroma
yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan.
Dari segi perubatan, serai wangi digunakan untuk rawatan
selepas bersalin dan pening kepala. Ia juga banyak digunakan
dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah
kebas-kebas, gigitan serangga dan kembung perut.
Selain itu, ia juga mampu meningkatkan imuniti, sebagai anti
oksidan, membuang toksin dari badan, melegakan senak perut
dan sebagai baunya mampu menjadi agen penghalau serangga

KESIMPULAN

Dengan terhasilnya buku skrap digital ini saya berharap
ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan

mengenai pelbagai spesis tumbuhan herba yang ada
disekeliling kita sama ada yang hidup di dalam hutan, di
sekitar rumah kita, di dalam lautan, di kawasan gurun

mahupun yang tumbuh di kawasan yang amat sukar
didapati.



Ia juga dapat mendidik kita supaya sentiasa
mengamalkan pengambilan tumbuhan herba sebagai
ulam-ulaman kerana ia dapat memberi 1001 khasiat

kepada kesihatan badan.





RUJUKAN

ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia
http://azbhomeopati.blogspot.com
https://facebook.com/KebunMiniHerbdanHerba

www.google.com


Click to View FlipBook Version