PENTAKSIRANPENTAKS IRAN D ALA M PEND I D IKAN EDUP3153 PENTAKSIRAN BERTERUSAN MUHAMMAD ANAS ABDU WAHAB
Halaman Pengakuan “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : Nama : MUHAMMAD ANAS BIN ABDU WAHAB Tarikh : 19 Mac 2024 Anas i
Penghargaan Saya bersyukur kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya melaksanakan tugasan bagi kursus EDUP3153 iaitu kursus Pentaksiran dalam Pendidikan bagi pengajian saya Tahun 2 Semester 2. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada ahli keluarga, pensyarah, guru-guru, dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada saya dalam menuntut ilmu. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada pensyarah kursus ini, iaitu Pn. Haliza binti Hussien kerana telah memberikan tunjuk ajar, penerangan serta pembelajaran kepada saya. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama-sama memberikan idea dan juga bertukar-tukar pendapat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan amatlah saya hargai. Harapan saya agar segala tugasan yang telah dihasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang berpengetahuan luas, bertanggungjawab, kompeten serta berdedikasi dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Sekian. ii
Kandungan i. Halaman pengakuan ..........................................................i ii. Penghargaan ....................................................................ii ii. Kandungan .......................................................................iii 1.0 Pengenalan ...................................................................1 2.0 Pentaksiran dalam Pendidikan di Sekolah ....................2 2.1 Instrumen Pentaksiran ..............................................4 2.2 Pentaksiran Alternatif ..............................................4 3.0 Penilaiann terhadap Instrumen Pentaksiran ................6 3.1 Penilaian Instrumen Pentaksiran .............................6 3.2 Penilaian Pentaksiran Laternatif ...........................10 3.3 Penilaian Pentaksiran Laternatif ............................16 5.0 Penutup .........................................................................20 6.0 Rujukan .........................................................................21 7.0 Lampiran .......................................................................22 iii
Di sekolah, khususnya dalam bilik darjah, guru membuat Keputusan tentang murid-murid berdasarkan keputusan daripada Pentaksiran. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah satu bentuk penilaian berterusan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kemahiran, dan prestasi murid di dalam kelas sepanjang proses pembelajaran dilaksanakan. Dalam konteks PBD, guru perlu menggunakan pertimbangan professional mereka dalam menetapkan tahap penguasaan murid. Oleh itu, guru perlu kreatif mengaplikasikan pelbagai strategi pentafsiran altenatif seperti pentaksiran berkumpulan, penilaian kendiri, temu bual dan sebagainya. PBD membantu guru memahami tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran dan memastikan aktiviti pembelajaran berjalan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan (Miftahuljannah Kamaruddin & Mohd Effendi, 2020). Dalam portfolio ini akan memuatkan tentang pentaksiran dalam pendidikan di sekolah serta justifikasi terhadap 3 instrumen pentaksiran altenatif yang telah digunakan guru dalam menjalankan pentaksiran dalam pendidikan. 1.0 PENGENALAN 1
2.0 PENDIDIKAN DI SEKOLAH PENTAKSIRAN Pentaksiran di sekolah diperkenalkan dengan nama Pentaksiran Sekolah (PS) namun ianya diperkenalkan semula dengan nama baharu iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bermula pada tahun 2016. PBD ini melibatkan interaksi diantara guru dalam membuat penilaian terhadap pelajar di dalam bilik darjah. Guru akan menggunakan pelbagai kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian dan kemajuan murid dalam pembelajaran. Secara jelasnya, PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seharian bagi memperoleh maklumat yang lebih efisyen tentang perkembangan, kemajuan dan pencapaian murid secara holistik termasuk dalam aspek kognitif, afektif, psikomotor dan nilai. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). 2
3 Pelaksanaan PBD yang lengkap dan tepat perlu melibatkan teknik pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran pentaksiran, laporan pentaksiran dan juga tindakan susulan pentaksiran.PBD merupakan satu proses pentaksiran yang terbuka, murid-murid dapat mengetahui cara pentaksiran, masa pentaksiran dan juga isi kandungan yang ditaksir. PBD bukan sejenis pentaksiran yang serupa dengan peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun yang mementingkan keputusan akademik sahaja. Sebaliknya PBD merupakan sejenis pentaksiran yang memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat penambahbaikan dan meningkatkan tahap penguasaan mereka bagi setiap mata Pelajaran (Juan, N. P. et al., 2023).
2.1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN Dalam pelaksanaan PBD, terlebih dahulu guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid masing-masing berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Pentaksiran menggunakan 3 kaedah pentaksiran sebagai instrumen kepada penilaian murid. Kaedah pentaksiran tersebut termasuklah pemerhatian, lisan dan penulisan. Guru bebas memilih dan menentukan kaedah serta instrumen pentaksiran berdasarkan kreativiti, situasi dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Sebagai contoh, contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan semasa membuat pemerhatian ialah seperti senarai semak, anekdot atau rekod berterusan. Selain itu, guru boleh menggunakan teknik penyoalan sebagai instrumen bagi pentaksiran secara lisan. Guru boleh berinteraksi dengan murid melalui penyoalan dan membuat penilaian secara teliti dengan memberi komen kepada respons murid untuk menggalakkan pembelajaran yang berkesan. 4 2.2 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran Pentaksiran alternatif merupakan pentaksiran yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah selain daripada peperiksaan berpusat. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting dalam membuat diagnosis mengenai pertumbuhan dan perkembangan murid, kebolehan dan perkembangan akademik serta prestasi murid. Di samping itu, guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, melaksanakan prosedur pentaksiran, merekod keputusan, menganalisis keputusan berdasarkan data yang dikumpul, menulis laporan serta mengambil tindakan susulan (Mahaya Salleh et al., 2024).
5 Menurut Mohd Haidzir Yusof dan Norasmah Othman (2019), Pentaksiran Alternatif merupakan salah satu sistem pentaksiran baharu yang digunakan untuk menilai kebolehan dan pencapaian murid secara holistik dan auntentik. Pentaksiran alternatif menekankan konsep pentaksiran berterusan dalam perkembangan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, pemilihan setiap cara pentaksiran bergantung kepada hasil pembelajaran yang hendak ditafsir dan bersesuaian dengan kehendak yang ingin dinilai. Terdapat pelbagai strategi telah dirancang dan dilaksana oleh gurudi peringkat sekolah untuk mengenal pasti potensi murid secara integrasi dan keseluruhan seperti yang ditunjukkan pada rajah 2 seperti berikut: Rajah 2: Strategi Pentaksiran Alternatif
6 3.0 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN PENTAKSIRAN Dalam menjalankan penilaian terhadap instrumen pentaksiran, saya telah mengumpulkan 3 instrumen pentaksiran alternatif yang telah digunakan dalam pentaksiran bilik darjah. Antara instrumen pentaksiran alternatif yang saya tenmui termasuklah pentaksiran lisan, pemerhatian dan amali. Berikut merupakan analisis terhadap instrumen pentaksiran alternatif yang dinilai: PENILAIAN INSTRUMEN PERTAMA (LISAN PENILAIAN INSTRUMEN 3.1 PERTAMA (LISAN Rajah 3: Borang Pentaksiran Alternatif
7 Berdasarkan analisis terhadap instrumen pentaksiran alternatif yang pertama, iaitu dirujuk pada rancangan pengajaran harian (RPH) pada lampiran 1 di bawah, guru tersebut menggunakan pentaksiran alternatif secara lisan. Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Islam Tahun 3 (Lampiran 2), Standard Kandungan iaitu bidang kefahaman, 1.5 Menganalisis, mengamal dan menghayati surah al-Fatihah secara beradab dan istiqamah. Manakala Standard Pembelajaran (SP) iaitu 1.5.2 menerangkan erti ayat daripada surah al-Fatihah. Seterusnya, objektif pembelajaran yang dirancang ialah selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyebut erti ayat 1 hingga 4 daripada surah al-Fatihah dengan jelas selepas aktiviti “We Learn & Sing”. Instrumen pentaksiran alternatif secara lisan atau pembentangan lisan merupakan satu kaedah pentaksiran yang mudah dan cepat bagi mengesan perkembangan atau penguasaan murid dalam kemahiran berkomunikasi serta menilai keyakinan dan kesediaan murid semasa membuat pembentangan (Mahaya Salleh et al., 2024). Pentaksiran secara lisan boleh berlaku secara spontan semasa PdP atau secara terancang melalui sesi soal jawab atau kuiz. 3.1.1 ANALISIS KRITERIA
8 Berdasarkan penilaian terhadap instrumen pentaksiran alternatif secara lisan, guru tersebut tidak dapat menampilkan penilaian yang jelas terhadap murid kerana pentaksiran tersebut tidak dapat direkodkan atau tiada catatan yang menunjukkan pentaksiran tersebut dijalankan. Penilaian lisan tersebut tiada eviden dan bahan konstruk yang jelas yang hendak diukur. Justeru, kesahan terhadap pentaksiran tidak dapat dikenalpasti iaitu konstruk yang sepatutnya diukur tidak dijelaskan secara tetap. Oleh itu, guru tidak dapat menilai dengan tepat ciri-ciri kriteria kejayaan yang dirancang dalam objektif pembelajaran. Dalam makna yang yang lebih mudah difahami, kesahan adalah suatu tahap sesuatu ujian dalam mengukur secara tepat konstruk yang sepatutnya diukur (McMillan seperti yang dinyatakan dalam Mahaya Salleh et al., 2024). Penilaian terhadap pentaksiran alternatif secara lisan tanpa menyediakan instrumen pentaksiran yang tepat seperti borang set soalan atau rubrik pentaksiran boleh menjejaskan proses pentaksiran. Hal ini penting kerana instrumen pentaksiran yang tersedia dapat membantu memastikan objektiviti, keadilan, dan kebolehpercayaan dalam penilaian pelajar. Instrumen pentaksiran seperti borang set soalan atau rubrik pentaksiran adalah penting untuk memastikan konsistensi dalam penilaian. Selain itu, instrumen pentaksiran yang jelas juga membantu memastikan bahawa semua aspek yang relevan dari kemahiran atau pengetahuan yang dinilai diberi perhatian yang sama dan adil. Tanpa instrumen yang sesuai, guru mungkin cenderung untuk menilai berdasarkan aspek-aspek yang lebih dominan atau subjektif, yang boleh mengabaikan aspek-aspek penting lainnya. PENILAIAN DAN JUSTIFIKASI PENILAIAN DAN JUSTIFIKASI 3.1.2
9 Cadangan dan penambahbaikan yang dapat dilaksanakan bagi pentaksiran secara lisan ialah guru boleh menyediakan bentuk soalan yang jelas dan tepat. Dengan itu, guru dapat memastikan bahawa soalan yang diajukan kepada pelajar adalah jelas dan tepat. Ini akan membantu dalam menilai jawapan pelajar dengan lebih objektif dan memastikan bahawa penilaian dilakukan dengan adil. Selain itu, guru boleh menyediakan rubrik konstruk penilaian yang hendak diukur dan dicapai supaya penilaian tersebut dapat dikenalpasti dan diberikan nilai berdasarkan konstruk yang telah ditetapkan. Hal ini membolehkan kesahan dan keobjektifan dapat diukur dengan tepat. Di samping itu, Guru boleh menggunakan teknologi seperti rakaman audio atau video untuk merekod penilaian lisan pelajar. Ini tidak hanya membantu dalam menyediakan rekod yang dapat dirujuk semula, tetapi juga membolehkan guru untuk memberikan penilaian yang lebih teliti dan berfokus pada perkembangan pelajar. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk menyediakan instrumen pentaksiran yang jelas dan sesuai untuk setiap jenis penilaian alternatif yang dilakukan secara lisan. Guru juga dapat memberikan penilaian yang lebih berkesan dan memaksimumkan potensi pembelajaran setiap murid. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 3.1.3
10 PENILAIAN INSTRUMEN KEDUA (BERTULIS) PENILAIAN INSTRUMEN 3 KEDUA (BERTULIS) .2 Rajah 4: Instrumen Pentaksiran Bertulis
11 Rajah 6: Rumusan Tahap Pencapaian Murid Rajah 5: Rubrik pentaksiran
Berdasarkan analisis terhadap instrumen pentaksiran alternatif yang kedua, iaitu dirujuk pada rancangan pengajaran harian (RPH) pada lampiran 1, guru tersebut menggunakan pentaksiran alternatif secara bertulis. Merujuk kepada DSKP KSSR Pendidikan Islam Tahun 3 (Lampiran 2), Standard Kandungan iaitu bidang kefahaman, 1.5 Menganalisis, mengamal dan menghayati surah al-Fatihah secara beradab dan istiqamah. Manakala Standard Pembelajaran (SP) iaitu 1.5.2 menerangkan erti ayat daripada surah al-Fatihah. Seterusnya, objektif pembelajaran yang dirancang ialah selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menjelaskan erti ayat 1 hingga 4 daripada surah al-Fatihah dengan tepat selepas aktiviti “Hook a Duck”. Instrumen pentaksiran alternatif secara tulisan atau tugasan bertulis iaiatu merupakan tugasan yang memberi murid peluang untuk menjawab secara bebas dan menginterprestasikan jawapan mereka ke dalam bentuk bertulis. Gabungan idea dan pendapat hasil daripada dapatan maklumat dan rujukan yang diperolehi boleh dikembangkan melalui penulisan murid secara kreatif. Tugasan bertulis melibatkan proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kerana murid mengolah dan mencipta idea sumber maklumat yang diperolehi dengan menghasilkan tugasan bertulis yang menarik. Tugasan bertulis merangkumi penulisan yang berbentuk esei, berstruktur, ulasan kajian penyelidikan sehinggalah kepada penyelidikan berperingkat seperti penghasilan kertas projek dan penghasilan manual. Dalam melaksanakan tugasan bertulis di peringkat sekolah, guru akan memberi bantuan dan galakan kepada murid dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Tugasan bertulis boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan (Mahaya Salleh et al., 2024). 12 3.2.1 ANALISIS KRITERIA
Berdasarkan penilaian terhadap instrumen pentaksiran alternatif secara tulisan, jika dinilai pada RPH, didapati aspek pentaksiran yang ingin diukur adalah kurang tepat di mana guru tersebut menyatakan bahawa pentaksiran alternatif bilik darjah yang digunakan iaitu bertulis: mengenalpasti erti ayat 1 hingga 4 daripada surah al-Fatihah melalui “Quizizz”. Guru tersebut menggunakan pentaksiran alternatif secara tulisan dengan mengaplikasikan teknologi digital iaitu perisian ‘Quizizz’. Pada pandangan saya, pentaksiran yang lebih tepat adalah pentaksiran secara pemerhatian. Hal ini kerana aktiviti yang dilaksanakan tidak melibatkan tugasan bertulis atau penulisan idea dan pengembangan kemahiran berfikir untuk mengolah dan mencipta idea sumber maklumat. Strategi pentaksiran alternatif pemerhatian membolehkan guru menilai sikap penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan Pentaksiran yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Hasil pemerhatian mombolehkan guru mengenal pasti murid yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepsukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, penyayang atau prihatin dan lain-lain. Instrument pentaksiran secara pemerhatian adalah seperti senarai Semak, skala kadar, anekdot dan rekod berterusan (Running record) (Mahaya Salleh et al., 2024). 13 PENILAIAN DAN JUSTIFIKASI PENILAIAN DAN JUSTIFIKASI 3.2.2
Justeru itu, guru tersebut telah menyediakan instrumen pentaksiran yang lebih terarah kepada pentaksiran secara pemerhatian. Contohnya ialah, guru tersebut telah menyediakan instrumen set soalan digital melalui aplikasi “Quizizz”, menyediakan rubrik Pentaksiran yang mengandungi kriteria yang dinilai dan tahap pencapaian yang bermula dengan tahap murid sangat memerlukan bimbingan, memerlukan bimbingan, memuaskan, baik, cemerlang dan sangat cemerlang. Tambahan pula, guru turut menyediakan sekali dengan rumusan tahap bagi pencapaian murid sebagai bahan eviden dan catatan rekod murid. Hal ini termasuk dalam kategori perekodan dan pertimbangan professional di mana perekodan PBD adalah proses merekod pencapaian murid berdasarkan Tahap Penguasaan yang telah diperincikan dalam DSKP (Mahaya Salleh et al., 2024). 14 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 3.2.3 Cadangan dan penambahbaikan ialah guru perlu menilai dan membuat pertimbangan dengan professional dalam membuat pentaksiran dan penilaian kepada murid. Aktiviti merekod dilakukan secara bertrusan supaya maklumat tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan lebih menyeluruh serta mudah dirujuk. Pelbagai cara boleh digunakan untuk merekod seperti dalam bentuk pernyataan, menanda dengan menggunakan symbol, memberi markah dan memberi gred. Rekod juga boleh dibuat dalam buku rekod mengajar, buku catatan guru, senarai Semak dan templat pelaporan (Microsof Excel) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).
Pertimbangan profesional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, bukti pencapaian, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran, serta kriteria dan standard yang ditetapkan. Guru perlu membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid berdasarkan analisis dan rumusan maklumat berkaitan pembelajaran mereka. Pertimbangan profesional adalah berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, input murid dan tanggungjawab profesional guru. Bagi meningkatkan kompetensi dalam membuat pertimbangan profesional, guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan tentang bidang atau disiplin ilmu, pedagogi serta pentaksiran melalui pembacaan dan perbincangan secara profesional dengan rakan pendidik lain (Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Mahaya Salleh et al., 2024). 15
16 PENILAIAN INSTRUMEN KETIGA (AMALI) PENILAIAN INSTRUMEN 3 KETIGA (AMALI) .3 Rajah 7: Borang Senarai Semak (Amali)
17 3.3.1 ANALISIS KRITERIA Berdasarkan analisis terhadap instrumen pentaksiran alternatif yang pertama, iaitu dirujuk pada rancangan pengajaran harian (RPH) pada lampiran 3 di bawah, guru tersebut menggunakan pentaksiran alternatif secara amali. Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 (Lampiran 4), Standard Kandungan iaitu bidang ibadah, 4.3 Memahami dan mengamalkan konsep berwuduk dengan sempurna. Manakala Standard Pembelajaran (SP) iaitu 4.3.6 Mengaplikasi cara berwudhuk dengan sempurna. Seterusnya, objektif pembelajaran yang dirancang ialah selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat melakukan cara berwuduk dengan betul selepas aktiviti tunjuk cara oleh guru. Instrumen pentaksiran alternatif secara amali adalah cara pelaksanaan prinsip atau teori yang telah dipelajari untuk diamalkan dalam bilik darjah. Tujuan utama amali adalah untuk membolehkan murid memanipulasi data dan membolehkan mereka memperolehi pengalaman hands-on dan menekankan interprestasi Keputusan yang dicapai. Hasil daripada sesi amali, guru boleh mengenal pasti kebolehan murid (Mahaya Salleh et al., 2024).
18 PENILAIAN DAN JUSTIFIKASI PENILAIAN DAN JUSTIFIKASI 3.3.2 Berdasarkan penilaian terhadap instrumen pentaksiran alternatif secara amali, guru tersebut menggunakan borang senarai semak sebagai instrumen pentaksiran bagi amali. Hal ini adalah sesuai kerana melalui senarai semak, guru boleh menyemak kemahiran atau ilmu pengetahuan melalui perbuatan dan konstruk kandungan pembelajaran yang ditetapkan. Selain itu, pentaksiran melalui senarai semak juga boleh digunakan sebagai lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi. Hal ini membolehkan murid membuat refleksi tentang prestasi mereka sendiri. Lembaran Pentaksiran kendiri atau refleksi dapat membantu murid mengimbas kembali objektif pembelajaran dan memberi maklum balas tentang cara objektif dicapai, termasuk teknik atau langkah yang digunakan sepanjang proses pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Sebagai contoh, ketika melakukan amali wuduk, murid akan dinilai dengan menggunakan borang senarai semak dengan menanda pada langkah dan cara-cam berwuduk seperti uang diajarkan oleh guru dalam aktiviti tunjuk cara. Walau bagaimanapun, dari sudut kebolehpercayaan ialah ketiadaan rubrik pemarkahan. Ini menyebabkan ketekalan dalam memberi skor adalah tidak jelas kerana hanya simbol pangakah (X) dan betul (/) sahaja sebagai tanda untuk penilaian. Oleh itu, melalui kaedah senarai semak akan menyebabkan skor tidak dapat diberikan dengan tepat sama ada tahap prestasi murid adalah berada di tahap yang rendah, sederhana dan tinggi. Di samping itu, dari sudut kemudahtadbiran pula, berdasarkan instrumen tersebut, guru tidak menetapkan masa yang diperuntukan bagi melakukan amali tersebut, hal ini boleh boleh meyebabkan pengurusan waktu yang tidak sistematik dan tidak berkesan.
19 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 3.2.3 Cadangan dan penambahbaikan yang dapat dilaksanakan bagi pentaksiran secara amali ialah sebelum melaksanakan amali, guru perlu memberikan penerangan terperinci tentang peraturan-peraturan atau arahan yang berkait, serta penggunaan peralatan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kesilapan. Selain itu, guru perlulah membuat pertimbangan yang betul untuk merekod hasil kefahaman murid dan tahap penguasaan dengan merujuk kepada rubrik pemarkahan dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Selain itu, senarai semak tersebut perlulah mengandungi ruang untuk catatan guru supaya guru lebih mudah menilai dan membuat rekod yang tertentu bagi setiap murid di samping guru juga dapat mncatat komen dan penambahbaikan kepadd individu murid tersebut. Tambahan pula, bagi pengujian secara amali, guru perlu merancang strategi dan kaedah pembelajaran yang sesuai serta memperuntukkan masa atau waktu agar murid lebih berdisiplin dan tidak mengganggu waktu lain. Selain itu, dari sudut kemudahtafsiran yang rendah kerana hasil keputusan yang diperloehi tidak dapat dikur dengan baik dan tidak dapat dijadikan sebagai satu ukuran yang tepat. Isntrumen yang berbentuk amali melibatkan segala domain yang ada iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Oleh itu, instrumen tersebut perlulah jelas dan teliti agar mudah untuk guru mentafsir bagi menilai tahap penguasaan murid tersebut secara tepat dan adil.
PENUTUP 5.0 Kesimpulannya, instrumen pentaksiran bilik darjah merupakan perkara yang penting kerana ianya memberi impak yang besar kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dalam memberikan gambaran secara kesuluruhan terhadap tahap kefahaman murid. Bukan itu sahaja malah instrumen PBD dapat membuatkan guru menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Hal sedemikian dapat dilihat melalui instrumen pentaksiran yang telah dibuat oleh guru-guru dalam menilai dan membuat pentaksiran terhadap murid-murid mereka di sekolah dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran alternatif yang sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam bilik darjah. Melalui pelaksanaan PBD juga, guru dapat mengenali kelebihan dan kelemahan murid, memantau perkembangan mereka, menilai murid secara menyeluruh, serta memperkaya teknik pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran murid (Mohd Haidzir Yusof, & Norasmah Othman, 2019). 20
21 RUJUKAN
22 LAMPIRAN LAMPIRAN 1
23 LAMPIRAN
24 LAMPIRAN
25 LAMPIRAN LAMPIRAN 2
26 LAMPIRAN LAMPIRAN 3
27 LAMPIRAN LAMPIRAN 4
MUHAMMAD ANAS ABDU WAHAB