The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 BMMB1104 - Penghasilan Produk (1000pp)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vivianabiby4, 2022-03-19 09:06:31

TUGASAN 1 BMMB1104 - Penghasilan Produk (1000pp)

TUGASAN 1 BMMB1104 - Penghasilan Produk (1000pp)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM, 96800 MIRI, SARAWAK.
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN [PPISMP] AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]

NAMA PELAJAR : VIVIANA BIBY ANAK LENGGI

ANGKA GILIRAN : 2021022310081

NO. KAD PENGENALAN : 030505-13-0554

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-3

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
MELAYU
NAMA PENSYARAH
: PN. SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR
: 21 .03. 2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
DARIPADA PENSYARAH

SOALAN TUGASAN

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat
dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.

Berdasarkan pernyataan di atas huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan
manifestasi pantun-pantun Melayu berikut:

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Hasilkan perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk
e-Book.

ISI KANDUNGAN

PERKARA PENGENALAN MUKA SURAT
1.0 1
2.0 KONSEP 2-3

3.0 KESUSASTERAAN 4

4.0 MELAYU 5
4.1 5
4.2 FUNGSI 5
4.3 6
5.0 KESUSASTERAAN 7
6.0 8
MELAYU

MANIFESTASI PANTUN

MELAYU

PANTUN RANGKAP

PERTAMA

PANTUN RANGKAP

KEDUA

PANTUN RANGKAP

KETIGA

RUMUSAN

RUJUKAN

1

1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu merupakan karya atau buatan yang ada dalam masyarakat
Melayu tradisional yang mana disampaikan sama ada dengan tulisan ataupun lisan.
Kesusasteraan juga semakin berkembang sejak dahulu sehinggalah ke hari ini
walaupun dunia semakin moden kerana sifatnya yang unik dan menarik. Menurut
Ismail Husein (1998), sastera mengandungi aspek yang terdapat penggunaan
bahasa yang bersifat kreatif.

2

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan ialah satu penyampaian karya atau hasil seni kreatif yang mana

menggunakan bahasa sebagai medium pengantarnya. Perkataan “sastera”
merupakan bahasa Sanskrit, iaitu “castra” yang bermaksud kitab suci. Perkataan
“kesusasteraan” juga membawa maksud yang tersendiri, iaitu seperti yang terdapat
pada jadual berikut:

Jadual 1 MAKSUD
Maksud “kesusasteraan” Lebih berguna atau berfaedah.

PERKATAAN Karya, hasil, teks.
Su Ciptaan yang berfaedah dan baik.
Karya-karya yang bernilai, mempunyai
Sastera bahasa yang indah dan isi yang bagus.
Susastera
Kesusasteraan

Tambahan, sastera juga dikatakan termasuk semua aktiviti manusia selain
daripada satu bentuk ilmu yang berseni (Syed Ali Ashraf, 1989). Hal ini dikatakan
demikian kerana, kesusasteraan Melayu menggambarkan keadaan dan juga
digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional dahulu dalam kehidupan seharian
mereka. Misalnya, bayi yang didodoikan oleh ibunya menggunakan syair irama dodoi
yang sesuai dengan nyanyian ibu itu sama ada secara spontan ataupun tidak.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), kesusasteraan ialah hasil seni
yang memiliki ciri-ciri keistimewaan yang tertentu dan berbentuk prosa atau puisi.
Bukan itu sahaja, terdapat kesusasteraan Melayu yang dibentuk ataupun dihasilkan
untuk memberikan keseronokan kepada pembaca ataupun pendengar. Malah, dalam
karya sastera terdapat unsur nilai-nilai moral yang dapat dijadikan sebagai
pengajaran.

Tambahan pula, terdapat empat unsur yang terdapat dalam sastera, iaitu intelek,
emosi, imaginasi dan teknik. Sastera yang terkenal dengan keindahan dan kesenian
mempunyai unsur-unsur seperti intelek, emosi, imaginasi ataupun perasaan dan kaya
dengan teknik yang kreatif dalam menghasilkan karya sastera (Norazimah Bt Zakaria,
2015). Unsur pertama, iaitu intelek. Dalam karya sastera yang dihasilkan haruslah
mengandungi pengajaran dan nilai-nilai moral yang mana boleh dijadikan teladan

3

kepada pembaca. Hal ini supaya pembaca dapat mencontohi nilai-nilai moral yang
disampaikan oleh penulis.

Unsur emosi pula, karya sastera yang dicipta dapat mengusik perasaan
pembaca. Contohnya, pembaca akan ketawa ataupun menangis semasa mereka
membaca novel. Di sini kita dapat melihat bahawa karya yang dihasilkan oleh penulis
tersebut berjaya mengusik perasaan pembaca.

Selepas itu, unsur yang ketiga ialah imaginasi, iaitu pembaca dapat menghayati
dan membayangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sesuatu karya melalui
imaginasi mereka. Unsur yang terakhir ialah teknik, yang mana penulis atau
penyampai berkemampuan untuk menyampaikan isi dalam karyanya menggunakan
kreativiti yang tersendiri.

4

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Fungsi kesusasteraan Melayu yang pertama ialah dijadikan sebagai hiburan. Hal

ini dikatakan demikian kerana, karya sastera yang dicipta dapat menghiburkan
masyarakat melalui kata-kata yang diungkapkan, kelucuan sastera itu dan
sebagainya. Malah, satu karya sastera yang menghiburkan juga akan memberikan
dan membuatkan pembaca sastera itu berpuas hati serta seronok. Contoh sastera
Melayu yang mempunyai unsur hiburan ialah cerita “Pak Pandir”, “Lebai Malang” dan
sebagainya. Masyarakat Melayu juga akan mengisi masa senggang mereka dengan
mendengar cerita rakyat.

Di samping itu, kesusasteraan Melayu juga berfungsi untuk memberi pengajaran
kepada pembaca. Hal ini dikatakan demikian kerana, trerdapat banyak nilai-nilai
moral yang diterapkan dalam setiap karya sastera yang dihasilkan oleh penulis.
Masyarakat juga dapat memperoleh banyak pengajaran khususnya kepada golongan
kanak-kanak. Contoh karya sastera yang memberi pengajaran ialah “Gurindam Dua
Belas” dan “Seloka Pak Pandir”. Mohd Firdaus Che Yaacob dan Normaliza Abd
Rahim (2016) menyatakan bahawa masyarakat Melayu dapat membentuk nilai moral
yang tinggi sekiranya cerita rakyat yang dihasilkan mempunyai olahan nilai murni
yang baik.

Seterusnya, kesusasteraan Melayu digunakan sebagai kritikan sosial, iaitu
digunakan untuk menyindir dan menempelak masyarakat yang melakukan perkara
yang negatif. Hal ini dikatakan demikian supaya masyarakat dapat diberitahu
berkaitan sesuatu yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan. Perkara ini juga bagi
mengelakkan masyarakat daripada bersikap negatif secara berterusan. Contoh karya
sastera yang mengandungi kritikan sosial ialah “Pak Kaduk” dan “Pak Pandir”.

5

4.0 MANIFESTASI PANTUN MELAYU
4.1 PANTUN RANGKAP PERTAMA

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Rangkap pertama pantun bermaksud semakin kita berpangkat atau semakin
berilmu seseorang itu, seharusnya semakin merendahkan diri mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana, janganlah kita sombong dan memandang rendah orang
lain hanya disebabkan kita mempunyai kelebihan berbanding dengan orang lain
kerana pada masa kita jatuh kelak kita pasti akan menyesali sikap kita yang begitu
angkuh dahulu. Malah, orang yang sentiasa merendahkan diri mereka akan disukai
oleh orang di sekelilingnya serta dipandang tinggi oleh masyarakat juga.

4.2 PANTUN RANGKAP KEDUA
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Sehubungan dengan itu, rangkap kedua pantun tersebut membawa maksud
seseorang pasti dipandang tinggi oleh masyarakat di sekitarnya kerana sikapnya
yang berbudi bahasa. Seseorang yang tinggi budi bahasa akan dipandang mulia
orang sekelilingnya kerana penggunaan bahasanya yang sopan dan baik. Tambahan,
pantun tersebut juga mengatakan sesuatu bangsa akan dipandang tinggi disebabkan
bahasa mereka. Di sini kita dapat melihat betapa pentingnya bahasa kepada sesuatu
bangsa. Misalnya, masyarakat Melayu yang sejak dahulu sehinggalah sekarang
dipandang tinggi kerana sikap masyarakat Melayu dahulu yang sering
memartabatkan dan mementingkan Bahasa Melayu. Impaknya, Bahasa Melayu
menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Masyarakat Melayu juga terkenal dengan
sikap mereka yang berbudi bahasa ketika berbicara. Kita haruslah mencontohi
sikap-sikap masyarakat Melayu dahulu, iaitu tidak melupakan bahasa ibunda sendiri
agar tidak dilupakan. Pada masa kini, yang bertanggungjawab serta memainkan
peranan penting bagi membawa Bahasa Melayu ke pringkat yang lebih tinggi dalam
konteks penerbitan ilmiah ialah ahli akademik negara (Noraien Mansor dan Noor
Rohana Mansor, 2015).

6

4.3 PANTUN RANGKAP KETIGA
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Rangkap terakhir pantun bermaksud seseorang yang tidak bersungguh-sungguh
dalam menuntut atau mempelajari ilmu akan menyebabkan pengetahuan yang ada
pada diri seseorang tidak mencukupi dan juga terhad. Hal ini dikatakan demikian
kerana, seseorang yang tidak berbuat sehabis baik dalam belajar tidak akan
memberikan sebarang manfaat kepada diri mereka. Oleh itu, kita haruslah menuntut
ilmu dengan lebih mendalam serta bersungguh-sungguh agar dapat mendatangkan
pelbagai faedah khususnya kepada kita sendiri. Maksud rusa berbelang kaki pada
pantun tersebut ialah merujuk kepada belalang rusa, yang mana mempunyai kaki
yang berbelang. Jadi, di sini kita dapat mengetahui bahawa berburu ke padang jajar,
dapat rusa berbelang kaki bermaksud seseorang yang memburu di padang dan
bukannya di hutan akan mendapat belalang rusa sahaja dan bukan rusa yang
sebenar kerana di padang hanya ada serangga kecil sahaja, namun tiada haiwan
yang besar (Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul, 2022).

7

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengekalkan

kesusasteraan Melayu yang ada di negara kita supaya kesusasteraan itu tidak hilang
ditelan zaman dan tidak dilupakan walaupun negara semakin moden. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kesusasteraan melayu merupakan salah satu daripada
identiti negara kita juga dan seharusnya diteruskan dari generasi ke generasi yang
akan datang.

(889 patah perkataan)

8

6.0 RUJUKAN
DR ZAFIR KHAN MOHAMED MAKHBUL. (2020, Ogos 24). BERBURU KE PADANG

DATAR. Sinar Harian.

Ismail Hussein. (1986). Sastera dan agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor, N., & Mansor, N. R. (2015). Penerbitan ilmiah Bahasa Melayu dalam
kalangan ilmuwan negara. Journal of Business and Social Development, 3(1),
25-32.

Syed Ali Ashraf. (1989). Crisis in Muslim Education. United Kingdom: Abby Herts.

Yaacob, M. F. C., & Abd Rahim, N. (2016). Nilai baik hati menerusi cerita rakyat
Melayu terhadap masyarakat Melayu suatu aplikasi Teori Pengkaedahan
Melayu. Journal of Business and Social Development, 4(2), 45-57.

ZAKARIA, N. (2015). PENGHAYATAN NILAI MURNI DALAM PEMBANGUNAN
MODAL INSAN MELALUI KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL. Jurnal
Peradaban Melayu, 10, 25-32. Retrieved from
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/2003


Click to View FlipBook Version