MODUL BIJAK KBAT PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN DUA
NAMA MURID : __________________________________________
KELAS : __________________________________________
Cara menjawab soalan KBAT
1. Markah yang diperuntukkan untuk soalan KBAT ialah 4 markah
iaitu isi (1 markah), huraian (1 markah), huraian lengkap (1 markah)
dan kesimpulan (1 markah).
2. Jawab dalam perenggan supaya ada kesinambungan antara isi,
huraian, huraian lengkap dan kesimpulan.
3. Isi + Huraian (Sebab/Contoh) + Huraian lengkap (Contoh/Kesan/
Bukti/Kata-kata hikmah) + Kesimpulan.
4. Untuk kesimpulan, lebih mudah dimulakan jawapan seperti ayat
pengajaran. Contohnya: (saranan)
i) Kita sebagai umat Islam hendaklah ______________________
agar ____(k_e_sa_n_b_a_ik_d_a_r_ip_ad_a_s_a_ra_n_a_n)______.
(atau)
ii) Oleh itu, kita hendaklah __________(_sa_r_a_na_n_)_______________
kerana ____(_se_b_a_b_d_isa_r_a_nk_a_n_s_ed_e_m_ik_ia_n_)___.
Nota tambahan 1.
1. Isi : Menjawab persoalan utama dalam soalan.
2. Huraian : Jelaskan sebab anda menyatakan sedemikian (dalam
jawapan isi)
3. Huraian lengkap : Jelaskan kesan positif yang akan diperoleh.
4. Kesimpulan : Berikan saranan yang sepatutnya dilakukan sebagai
seorang muslim, kemudian sambung dengan kata hubung (supaya
/ untuk / kerana / agar) diikuti kesan baik daripada saranan tersebut.
Nota tambahan 2.
Bagi huraian + huraian lengkap, anda boleh memilih untuk
menyatakan sebab sebagai huraian dan contoh / kesan sebagai
huraian lengkap atau contoh sebagai huraian dan sebab / kesan
sebagai huraian lengkap.
SOALAN 5
Berdasarkan keratan akhbar di atas, huraikan mengapa perbuatan
tersebut semakin berleluasa dalam kalangan murid.
_________________________________________________________

ISI – kurang didikan agama daripada ibu bapa HURAIAN – kerana ibu bapa terlalu sibuk bekerja untuk memenuhi keperluan hidup sehingga
tiada masa untuk mendidik anak-anak. HURAIAN LENGKAP - Kesan buruk : (Dengan hal yang demikian) menyebabkan anak-anak terpengaruh
dengan unsur-unsur negatif dalam melakukan sesuatu tindakan. KESIMPULAN : semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani
kes buli - SUKA (supaya/untuk/kerana/agar) – mereka merupakan aset negara yang akan menerajui negara pada masa hadapan.
SOALAN 6
Makan adalah keperluan jasmani yang harus dipenuhi. Halal dan baik
merupakan syarat utama ketika kita menghidang dan mengambil makanan.
Berdasarkan pernyataan di atas, berikan hujah anda bagaimana untuk
mengenal pasti makanan tersebut adalah halal.
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
ISI – Terdapat logo halal yang sah daripada JAKIM HURAIAN – kerana JAKIM merupakan sebuah institusi yang menentukan halal atau tidak
setiap produk yang dikeluarkan. HURAIAN LENGKAP - Kesan baik : (Dengan hal yang demikian) menjadikan makanan yang kita makan
mendapat keberkatan daripada Allah. KESIMPULAN : kita hendaklah berhati-hati terhadap makanan yang dimakan - SUKA
(supaya/untuk/kerana/agar) – tidak termakan makanan yang syubhah.