The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BIJAK KBAT PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU (1 - 4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhamisah Md Hassan, 2020-11-10 10:50:57

MODUL BIJAK KBAT PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU (1 - 4)

MODUL BIJAK KBAT PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU (1 - 4)

MODUL BIJAK KBAT PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN SATU

NAMA MURID : __________________________________________

KELAS : __________________________________________

Cara menjawab soalan KBAT

1. Markah yang diperuntukkan untuk soalan KBAT ialah 4 markah

iaitu isi (1 markah), huraian (1 markah), huraian lengkap (1 markah)

dan kesimpulan (1 markah).

2. Jawab dalam perenggan supaya ada kesinambungan antara isi,

huraian, huraian lengkap dan kesimpulan.

3. Isi + Huraian (Sebab/Contoh) + Huraian lengkap (Contoh/Kesan/

Bukti/Kata-kata hikmah) + Kesimpulan.

4. Untuk kesimpulan, lebih mudah dimulakan jawapan seperti ayat

pengajaran. Contohnya: (saranan)

i) Kita sebagai umat Islam hendaklah ______________________

agar ____(k_e_sa_n_b_a_ik_d_a_r_ip_ad_a_s_a_ra_n_a_n)______.

(atau)
ii) Oleh itu, kita hendaklah __________(_sa_r_a_na_n_)_______________

kerana ____(_se_b_a_b_d_isa_r_a_nk_a_n_s_ed_e_m_ik_ia_n_)___.

Nota tambahan 1.
1. Isi : Menjawab persoalan utama dalam soalan.
2. Huraian : Jelaskan sebab anda menyatakan sedemikian (dalam
jawapan isi)
3. Huraian lengkap : Jelaskan kesan positif yang akan diperoleh.
4. Kesimpulan : Berikan saranan yang sepatutnya dilakukan sebagai
seorang muslim, kemudian sambung dengan kata hubung (supaya
/ untuk / kerana / agar) diikuti kesan baik daripada saranan tersebut.

Nota tambahan 2.
 Bagi huraian + huraian lengkap, anda boleh memilih untuk
menyatakan sebab sebagai huraian dan contoh / kesan sebagai
huraian lengkap atau contoh sebagai huraian dan sebab / kesan
sebagai huraian lengkap.

BIDANG AL-QURAN DAN HADIS (KEFAHAMAN)

SOALAN 1

Berdasarkan dialog di atas, huraikan tindakan yang wajar dilakukan oleh
Akmal supaya Faizal tidak leka dengan urusan dunia sahaja.
_________________________________________________________

ISI – Menasihati Faizal supaya tidak terlalu mengejar kekayaan dunia. HURAIAN – kerana kekayaan dunia tidak dapat membantu untuk
memberatkan timbangan di akhirat. HURAIAN LENGKAP - Tujuan nasihat: (Hal ini supaya) dapat membuka hati Faizal untuk mendekatkan
diri kepada Allah, seterusnya melaksanakan perintah Allah iaitu solat. KESUMPULAN : hendaklah mengimbangi antara dunia dan akhirat -
SUKA (supaya/untuk/kerana/agar) - hidup sentiasa dirahmati Allah.

SOALAN 2

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat
sombong”

(Riwayat Muslim, Abu Daud, AT-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Berdasarkan maksud hadis di atas, berikan hujah anda bagaimana untuk
memastikan sifat tersebut tidak wujud dalam diri.

_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

ISI – Sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah HURAIAN – kerana Allah akan melembutkan hati orang yang sentiasa berzikir.
HURAIAN LENGKAP - Kesan baik: (Hal yang demikian) dapat menjauhi sifat keras hati yang boleh memutuskan silaturahim sesama
manusia. KESUMPULAN : hendaklah sentiasa menghiasi diri dengan akhlak mahmudah - SUKA (supaya/untuk/kerana/agar) –
disenangi oleh orang lain.

SOALAN 3

Rakan anda terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia mengalami kecederaan teruk
di kaki serta badan yang perlu dirawat di hospital. Dia juga terpaksa meminta
bantuan orang lain dalam menguruskan keperluan sehariannya.

Berdasarkan situasi di atas, huraikan bagaimanakah anda sebagai rakan
baik membantu dalam menenangkan emosinya.

_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

ISI – Menasihatinya agar bersabar serta reda dengan ujian tersebut HURAIAN – kerana setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
HURAIAN LENGKAP - Kesan baik: (Hal yang demikian) dapat meyakinkannya bahawa Allah hanya menguji hamba yang disayangi-Nya sahaja.
KESIMPULAN : hendaklah menerima qadak dan qadar Allah dengan hati yang terbuka - SUKA (supaya/untuk/kerana/agar) – banyak hikmah
di sebalik ujian tersebut.

SOALAN 4

Makanlah makanan yang halal lagi baik.

Berdasarkan pernyataan di atas, berikan hujah anda mengapakah umat
Islam dituntut berbuat sedemikian.

_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

ISI – Untuk memastikan tubuh badan menjadi sihat HURAIAN – kerana makanan yang dimakan bukan sekadar untuk mengenyangkan tetapi
merupakan keperluan jasad manusia dari segi mineral dan vitaminnya. HURAIAN LENGKAP - Kesan baik: (Hal yang demikian) jika badan sihat,
kita dapat melakukan ibadat yang dituntut dengan sempurna. KESIMPULAN : hendaklah mengutamakan makanan yang halal dan berkhasiat
- SUKA (supaya/untuk/kerana/agar) – sentiasa berada dalam keredaan Allah.

Click to View FlipBook Version