The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA DALAM SESEBUAH ORGANISASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-11-13 19:27:38

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA DALAM SESEBUAH ORGANISASI

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA DALAM SESEBUAH ORGANISASI

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA
DALAM SESEBUAH ORGANISASI

Hubungan majikan dan pekerja yang harmonis merupakan satu budaya yang perlu
diterapkan di setiap organisasi. Ia amat mempengaruhi keberkesanan organisasi. Ianya
melibatkan setiap individu dan berkait dengan penghayatan agama dan akhlak. Ianya
harus difahami oleh setiap warga dalam organisasi. Etika kerja haruslah bersendikan
keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tanpa mengenepikan hak – hak manusia yang
patut dijaga.

CARA BAGAIMANA RASULULLAH SAW
MENJAGA AMANAH SEBAGAI SEORANG

PEKERJA YANG JUJUR

1. Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para
Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat
Al-Imam At-Tarmizi).

 Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara
elemen terpenting dalam perniagaan.
 Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya
sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan
kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai
dengan adanya dusta dan penipuan.
 Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah.
Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-
longgokkan.
 Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam
satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan
jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.“Terkena
hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah
itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah.Kemudian Baginda
berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

2. Lemah Lembut
 Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut
ketika menjalankan perniagaan.

 Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia
membeli dan ketika ia membuat tuntutan

TANGGUNGJAWAB PEKERJA

Pekerja adalah seseorang yang penting dalam sesebuah organisasi yang dimana
mereka merupakan asset yang penting dalam sesebuah organisasi tanpa pekerja juga
sesebuah organisasi tidak dapat menjalankan organisasi tersebut.

1.Amanah

-Seorang pekerja perlu mempunyai sikap yang amanah dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan sama ada melibatkan urusan peribadi iaitu perkara yang melibatkan
hubungan seseorang itu dengan Allah atau urusan kemasyarakatan. Amanah juga
merupakan suatu perkara yang tidak boleh dikhianati sama sekali.

2.Berakhlak Mulia

-Kemahiranyang dimiliki seseorang itu juga tidak mendatangkan sebarang erti jika
pekerja itu tidak mempunyai akhlak yang mulia kerana pada bila-bila masa sahaja, dia
boleh menjadi pemusnah terhadap sesuatu (organisasi) yang telah dibangunkan atau
disesebuah oranisasi tempat beliau bekerja.

3.Cekap dalam melaksanakan tugas

-Pekerja yang baik mestilah juga mampu mempamerkan cara kerjanya dengan
sempurna dan sentiasa mencuba memperbaiki mutu kerjayanya dari semasa ke
semasa dan mestilah sesuai dan perkembangan & tuntutan semasa

4. Menyelesaikan kerja tepat pada waktunya.

Seseorang pekerja itu juga mestilah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan
tugas yang diberikan kepada mereka mengikut tempoh yang diberikan dan menghantar
tepat pada masanya.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM
SESEBUAH ORGANISASI

Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira
organisasi itu kecil atau besar. Dalam Islam juga amat penting dalam menjaga hubungan
antara majikan dengan pekerja. Selain itu ianya terikat juga dengan tanggungjawab
masing-masing.

1. Melindungi hak dan kebajikan pekerja.

Majikan mestilah menjaga keperluan dan kepentigan pekerjanya. Tujuan Islam menjaga
kebajikan adalah untuk menjaga hubungan sesama manusia dan juga memastikan
tempat pekerjaan berada dalam suasana aman dan tenteram.

2. Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan.

Selain itu juga ,majikan juga mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja yang akan
bekerja dibawahnya. Ini bermakna pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan
pekerjaan yang akan dilakukannya.

3. Pemberian kerja yang berpadanan dengan kelayakan.

Menjadi kewajipan majikan untuk memberitahu pekerjannya tentang bentuk dan juga
cara pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang pekerja itu. Setiap pekerjaan yang
diberi hendaklah bersesuaian dengan fitrah manusia.

4. Membayar upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Seseorang pekerja berhak mendapat upah yang setimpal dengan corak pekerjaan
yang telah dilakukannya. Pembayaran upah perlulah adil dan juga mestilah bepandukan
polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian kerja dan juga mestilah
mempunyai jaminan masa depan.


Click to View FlipBook Version