The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-7 2022 KPR LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanfazatulshida, 2022-07-21 10:01:09

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-7 2022 KPR LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD

(No. Daftar : T-3-0600)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM

KEMAMAN BERHAD
KALI KE-7 (2022)

TARIKH : 10 OGOS 2022 (RABU)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA KG BUKIT ANAK DARA,

KIJAL KEMAMAN

Dirasmikan Oleh :

ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN HAJI ALIAS
Pengurus Besar

FELCRA Berhad Wilayah timur

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD
(No. Daftar : T-3-0600)
Pejabat Felcra Kawasan Darat Datok, Peti Surat 27, 24207 Kemasik,
Kemaman, Terengganu.
No Tel: 019-9883221 / 013-3993165
e-mail: [email protected]

Rujukan : KPFLDKB.TAD 01/03 (34)
Bertarikh : 20 Julai 2022

Yang di hormati
Anggota Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam
Kemaman Berhad.

Tuan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-7 (2022)
KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta mendapat limpahan
rahmat daripadaNya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh akan diadakan
sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka Kampung Bukit Anak Dara,

Kijal, Kemaman.

3. Oleh yang demikian, dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk turut hadir pada
Mesyuarat Agung tersebut. Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis dan agenda
Mesyuarat Agung untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar
KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD

……………………………….
( HAJI CHE WAN SHAHAPUDDIN BIN CHE WAN RAZAKI )
Setiausaha

s/k: - Pengerusi KPFLDKB

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Aturcara
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali ke- 7 (2022)

08.30 Pagi - Anggota hadir dan mendaftar kehadiran
09.00 Pagi -
Ketibaan Encik Zainal Abidin bin Haji Alias
09.30 Pagi - Pengurus Besar FELCRA Bhd. Wilayah Timur
-
Bacaan Doa
-
Ucapan aluan oleh Pengerusi KPR Lubuk Dalam Kemaman Berhad
- Tuan Haji Yahaya bin Mamat

11.00 Pagi - Ucapan oleh Pen. Pengarah SKM
11.15 Pagi - Wilayah Terengganu Selatan, Kemaman

Ucapan Encik Zainal Abidin bin Haji Alias
Pengurus Besar FELCRA Bhd. Wilayah Timur
Seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
KPR Lubuk Dalam Kemaman Berhad Kali ke-7 (2022)

Majlis berehat dan minum pagi

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7 (2022) dimulakan

SELAMAT BERMESYUARAT

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

SUSUNAN KERTAS
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-7/2022

PADA : 10 OGOS 2022

Susunan Kertas Muka Surat

1. Majlis Perasmian :i
: ii
2. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 (2022) : 1 -13
: 14-21
3. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali-6 (2021)
(Kertas Mesyuarat Bil.01/07/2022) : Lampiran SKM

4. Menimbang Laporan Tahunan Anggota Lembaga Koperasi ( m/s : 1-14)
Dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
Bagi tahun 2021/2022 : 22 – 24
(Kertas Mesyuarat Bil.02/07/2022)
: 25
5. Membentang dan Menerima Akaun Teraudit
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember, 2021
dan Laporan Berkanun Anggota Lembaga Koperasi
(Kertas Mesyuarat Bil.03/07/2022)

6. Membentang dan Menerima Anggaran Bajet
Bagi Tahun 2023
(Kertas Mesyuarat Bil. 04/07/2022)

7. Usul yang dinotiskan
(Kertas Mesyuarat Bil. 05/07/2022 )

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan
Kali Ke- 7 (2022)

1. Aluan Setiausaha dan perlantikan Pengerusi Mesyuarat
2. Memilih 10 orang menduduki Jawatankuasa untuk menentusahkan

Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke- 7 (2022)
(6 orang anggota dan 4 orang ALK - termasuk Pengerusi)

Mengikut UUK 31(1)(n)

3. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 (2021)

Mengikut UUK 31(1)(a)

(Kertas Mesyuarat Bil. 01/07/2022)
4. Menimbang Laporan Tahunan Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2021/2022

Mengikut UUK 31(1)(b) dan laporan Jawatankuasa Audit Dalaman.
(Kertas Mesyuarat Bil. 02/07/2022)
5. Membentang dan Menerima Akaun Teraudit bagi tahun berakhir
31 Disember, 2021 serta Laporan Berkanun Anggota Lembaga Koperasi

Mengikut UUK 31(1)(c)

(Kertas Mesyuarat Bil.03/07/2022)
6. Memilih Anggota Lembaga Koperasi

Mengikut UUK 31(1)(d) & UUK 36(1)

7. Menimbang dan Melulus Anggaran Bajet Bagi Tahun 2023

Mengikut UUK 31(1)(e)

(Kertas Mesyuarat Bil. 04/07/2022)
8. Meluluskan Perlantikan Panel Firma Audit

bagi kerja-kerja pengauditan akaun Koperasi bagi Tahun 2022

Mengikut UUK 31(1)(h)

9. Menimbang dan Meluluskan Skop dan Had Pelaburan
daripada wang berlebihan Koperasi

Mengikut UUK 31(1)(j)

10. Menetap Had Maksimun Keterhutangan Koperasi
Mengikut UUK 31(1)(m)

11. Menimbang dan Meluluskan usul yang dinotiskan -

Mengikut UUK 31(1)(p)

(Kertas Mesyuarat Bil. 05/07/2022)
12. Ucapan Penangguhan

ii

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Minit Mesyuarat Agung
Tahunan

Koperasi Peserta Felcra
Lubuk Dalam

Kemaman Berhad
Kali Ke -6 (2021)

Kertas Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam

Kemaman Berhad
Kertas Mesyuarat Bil. 01/07/2022

( Muka Surat 01-13 )

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM

KEMAMAN BERHAD
KALI KE–6 (2021)

Tarikh : 30 Ogos 2021 ( Isnin )
Masa : 9.30 pagi
Platform : Aplikasi Google Meet

1. Kehadiran :-

Seramai 49 orang hadir Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6, mereka adalah terdiri daripada
10 orang Anggota Lembaga, 3 orang JAD dan 36 orang anggota.

1.1 : Anggota Lembaga (10 Orang)

1.1 : Tuan Haji Yahaya bin Mamat (003-2) - Pengerusi

1.2 : Tuan Haji Che Wan Shahapuddin b. Che Wan Razaki (011-1) - Setiausaha

1.3 : En. Mohd bin Deraman (060-1) - Bendahari

1.4 : Tuan Haji Mohd Yusof bin Mohamad (001-1) - Anggota Lembaga

1.5 : Encik Abu Bakar bin Zainol (032-1) - Anggota Lembaga

1.6 : Encik Ibrahim bin Abd Ghani 009-1) - Anggota Lembaga

1.7 : Puan Zubaidah binti Yusof (007-3) - Anggota Lembaga

1.8 : Puan Hjh Fatimah@Kembang binti Mat Amin (080-1) - Anggota Lembaga

1.9 : Puan Maimunah binti T.V Ahmad (112-2) - Anggota Lembaga

1.10 : Encik Abdul Mubin bin Endut (034-2) - Anggota Lembaga

1.2 : Jawatankuasa Audit Dalaman (3 Orang)

2.1: Nor Diana binti Ibni Hajjal (008-0)
2.2: Muhammad Iqmal Hakim bin Noor Azman (130-0)
2.3: Megat Firdaus bin Megat yunus(131-0)

1.3: Anggota (36 Orang):-

Sebagaimana di lampiran :-

1.4: Turut Hadir :-

1.4.1: Tuan Haji Zulkifli bin Sidik
Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Timur

1.4.2: Encik Mohd Shaipul Amini bin Sha’ari
Pengurus Kawasan FELCRA Darat Datok

1.4.3: Encik Sayyid Abdul Rahman bin Syed Ahmad
Eksekutif Pembangunan Peserta

1

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI
KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD
(Tuan Haji Yahaya bin Mamat)

2.1: Beliau memberi salam dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
pada pagi ini kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 secara
atas talian dan berharap agar mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar. Beliau
memaklumkan pada tahun 2019 banyak koperasi yang tidak dapat melaksanakan
Mesyuarat Agung Tahunan begitu juga dengan tahun 2020 dan pada tahun ini 2021
SKM telah pun mengeluarkan arahan supaya koperasi mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan secara atas talian sebelum 31 Oktober 2021.

2.2: Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Zulkifli bin Sidik selaku
Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Timur yang sudi meluangkan masa bagi
merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6. Dan terima kasih kepada Encik
Mohd Shaipul Amini bin Sha’ari selaku Pengurus Kawasan Felcra Darat Datok,
Kepada semua Anggota Lembaga dan anggota Koperasi yang dapat hadir pada hari
ini.

2.3: Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Shaipul Amini bin
Sha‘ari yang juga Yang Di Pertua Koperasi mengikut UUK 32 (1) yang banyak
membantu koperasi ini dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mangangkut BTS dan
Projek Dalaman Felcra.

2.4: Beliau juga bersyukur dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, Koperasi ini
masih mampu menjalankan aktiviti dan mendapat keuntungan untuk diagihkan
kepada anggota dan Lembaga mencadangkan dividen pada tahun 2020 sebanyak
8%. Walaupun nampak kecil dividen 8%, namun ianya masih tinggi berbanding
dengan institusi kewangan dan GLC. Beliau berharap agar anggota dapat
menambah model syer, jika anggota melabur dengan menambah modal syer
dengan jumlah yang dibenarkan, nescaya hasil daripada dividen itu dapat dengan
jumlah yang lebih besar. Dengan modal syer anggota dengan jumlah yang besar,
Koperasi ini dapat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti yang lebih besar
dan menguntungkan.

2.5: Dan akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Besar Felcra
Berhad Wilayah Timur kerana dapat meluangkan masa dan merasmikan mesyuarat
agung kita, kepada Pengurus Kawasan Darat Datok serta kakitangan terutama
Puan Nor Diana – SE yang tidak jemu-jemu membantu menjayakan aktiviti
Koperasi.

2

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

1. UCAPAN PERASMIAN –
PENGURUS BESAR FELCRA BERHAD WILAYAH TIMUR
(Tuan Haji Zulkifli bin Sidik)

3.1: Beliau mengucapkan salam dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
serta berterima kasih kerana diberi penghormatan untuk merasmikan Mesyuarat
Agung Tahunan.

3.2: Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koperasi ini kerana dapat
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 secara atas talian sebagaimana
kehendak undang-undang kecil walaupun dalam keadaan yang agak kurang selesa
kerana negara masih lagi mengalami penularan wabak pandemik covid19.

3.3: Beliau memaklumkan dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang ini
memberi kesan kepada Felcra dalam membuat segala bayaran bagi kerja-kerja
dalaman Felcra yang terpaksa diagih-agihkan kepada semua koperasi. Beliau juga
memaklumkan dengan ekonomi sekarang ini felcra tidak lagi membayar elaun sara
hidup kepada semua peserta tanam semula dan berharap agar semua peserta
bersabar.

3.4: Beliau mencadangkan jika koperasi tidak mampu lagi membayar kontrak bagi
kerja-kerja mengangkut BTS kepada subkontrak maka koperasi hendaklah
menamatkan kontrak dan bayaran seterusnya akan diuruskan oleh Felcra kawasan
tetapi kerja-kerja tersebut masih lagi dibuat oleh koperasi.Tuntutan bayaran
bulanan akan dibuat oleh Felcra kawasan.

3.5: Nasihat beliau kepada semua Anggota Lembaga supaya sentiasa mengamalkan
semangat keterbukaan, amanah, jujur serta bertanggungjawab dalam
mengurustadbir Koperasi. Beliau berharap agar Koperasi ini sentiasa berusaha
mencari peluang-peluang perniagaan yang ada untuk memberi keuntungan kepada
anggota.

3.6: Beliau juga berharap supaya pengurusan Koperasi ini dapat bersaing secara sihat
dan bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan khususnya SKM untuk
mendapat khidmat nasihat dan juga pihak swasta dalam usaha mencari peluang
yang boleh dikongsikan untuk kepentingan bersama.

3.7: Untuk menjadikan sebuah Koperasi yang berdaya maju tentunya ia mengambil
masa, yang penting kesabaran dan ketekunan Lembaga bekerja dan sokongan
serta sumbangan modal daripada anggota.

3.8: Anggota Koperasi perlu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Lembaga untuk
mengurustadbir Koperasi. Sikap saling hormat menghormati dan keyakinan serta
kepercayaan antara satu sama lain dalam Koperasi amat diperlukan, jika ada
penggeseran dan salah faham ianya perlu diselesaikan segera tanpa mengambil
masa yang panjang.

3

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

3.9: Disamping itu juga, beliau berharap agar semua peserta dapat memberikan
kerjasama dengan pihak pengurusan untuk meningkatkan lagi hasil-hasil ladang
bagi menambahkan pendapatan dividen.

3.10: Beliau memaklumkan, pihak Felcra Wilayah akan terus memberi ruang dan
peluang kepada Koperasi dalam apa-apa kerja penyelenggaraan, prasarana
dalam ladang dan mana-mana keperluan input yang boleh Koperasi bekalkan
dengan harga yang sesuai, Felcra boleh mempertimbangkan.

3.11: Dengan Lafaz yang mulia “Bismillahirohmanirrohim” beliau merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam
Kemaman Berhad.

(Tuan Pengurus Besar Felcra Wilayah Timur minta izin keluar)

MESYUARAT AGUNG DI MULAKAN

(Jam 11.00 pagi)

Tuan Haji Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki (Setiausaha) mengambil tugas sebagai
pengacara majlis dengan menyampaikan salam dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd
Shaipul Amini bin Sha’ari - Pengurus Kawasan Felcra Darat Datok yang juga selaku Yang Di
Pertua Koperasi serta seluruh anggota Koperasi. Beliau memaklumkan kehadiran ialah
seramai 49 orang daripada 104 orang anggota, oleh itu ianya sudah cukup kuorum
mesyuarat.

AGENDA SATU

PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT

Setiausaha memaklumkan Encik Mohd Shaiful Amini bin Sha’ari – Pengurus Felcra Kawasan
yang juga Yang Di Pertua Koperasi mengikut UUK 32 (1) dan hendaklah mempengerusikan
mesyuarat agung tahunan kecuali semasa ketiadaannya. Beliau seterusnya menjemput
Encik Mohd Shaiful Amini bin Sha’ari – Yang Di Pertua Koperasi mengambil tempat dan
mempengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 6.

Encik Mohd Shaiful Amini bin Sha’ari – Pengurus Kawasan yang juga Yang Di Pertua Koperasi
mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk mempengerusi
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6. Beliau berharap anggota dapat memberi kerjasama
bagi melancarkan Mesyuarat Agung ini mengikut agenda yang ditetapkan.

4

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

AGENDA DUA

MEMILIH 10 ORANG MENDUDUKI JAWATANKUASA UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT
MESYUARAT AGUNG KALI KELIMA (6 ORANG ANGGOTA DAN 4 ORANG ANGGOTA
LEMBAGA TERMASUK PENGERUSI)

- Mengikut UUK 31(1)(j)

Merujuk kepada Borang Pencalonan dan Undian yang di edar pada 13/08/2021 dan Tarikh
tutup pada 17/08/2021. Pengerusi mengumumkan Keputusan seramai 6 orang telah di pilih
iaitu :

2.1.1: Puan Nor Diana binti Ibni Hajjal (008-0)
2.1.2: Che Wan Nor Azahar bin Che Wan Ab Ghani (027-1)
2.1.3: Encik Abdul Muttaleb bin Ismail (095-1)
2.1.4: Encik Mohd Zaizul Hairi bin Che Zainuddin (111-0)
2.1.5: Cik Suhaida binti Abdul Mubin (117-0)
2.1.6: Puan Salbiah binti Ibrahim (124-1)

AGENDA TIGA

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 5 (2020)
- Mengikut UUK 31(1)(a)

(Kertas Mesyuarat Bil. 01/06/2021)

3.1: Tuan Haji Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki selaku Setiausaha membentang
Minit Mesyuarat Agung kali ke-5 dari muka surat 01 hingga 14.

3.2: Puan Salbiah binti Ibrahim (124-1) mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 5
dari muka surat 01 hingga 14 disahkan. Puan Zubaidah binti Yusof (007-3) menyokong.
Majlis terima sebulat suara.

AGENDA KEEMPAT

MEMBENTANG DAN MENIMBANG LAPORAN TAHUNAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
BAGI TAHUN 2020/2021- Mengikut UUK 31(1)(b)

(Kertas Mesyuarat Bil. 02/06/2021)

4.1: Tuan Haji Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki selaku Setiausaha
membentang Laporan Tahunan Anggota Lembaga bagi tahun 2020/2021 dari muka surat 15
hingga 21 untuk diterima oleh mesyuarat agung.

4.2: Encik Abdul Muttaleb bin Ismail (095-1) mencadangkan Laporan Tahunan Anggota
Lembaga bagi tahun 2020/21 diterima. Disokong oleh Puan Salbiah binti Ibrahim (124-1).
Majlis terima sebulat suara.

5

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

AGENDA LIMA

MEMBENTANG DAN MENERIMA AKAUN TERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER, 2020 SERTA LAPORAN BERKANUN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI-

Mengikut UUK 31(1)(c)
Kertas Mesyuarat Bil. 03/06/2021)

5.1: Encik Mohd bin Deraman selaku Bendahari Koperasi membentang Akaun Teraudit
Berakhir 31 Disember 2020, Laporan Berkanun Anggota Lembaga Koperasi dan bayaran
dividen sebanyak 8% serta Honorarium dari muka surat 1 hingga 14 buku Akaun Teraudit
2020.

5.2: Encik Mohd Zaizul Hairi bin Che Zainuddin (111-0) mencadangkan Akaun Teraudit
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020, Laporan Berkanun Anggota Lembaga Koperasi dan
bayaran dividen sebanyak 8% serta Honorarium diterima. Encik Abdul Muttaleb bin Ismail
(095-1) menyokong. Majlis menerima dengan sebulat suara.

AGENDA ENAM

MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

- Mengikut UUK 31(1)(d) & UUK 36 (1)

6.1. Tuan Haji Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki (Setiausaha) memaklumkan
mengikut UUK 31(1)(d) & UUK 36 (1), empat (4) orang Anggota Lembaga digugurkan
mengikut giliran dan mereka boleh dipilih semula jika berminat. Antara yang digugurkan
ialah :

6.1.1: Encik Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki (011-0)
6.1.2: Puan Zubaidah binti Yusof (007-3)
6.1.3: Tuan Haji Harun bin Awang (032-1)
6.1.4: Encik Abdul Mubin bin Endut (034-2)

Merujuk kepada Borang Pencalonan dan Undian yang di edar pada 13/08/2021 dan Tarikh
tutup pada 17/08/2021. Pengerusi mengumumkan Keputusan seramai 4 orang telah dilantik
iaitu :

6.2.1: Encik Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki (011-0)
6.2.2: Puan Zubaidah binti Yusof (007-3)
6.2.3: Encik Abdul Mubin bin Endut (034-2)
6.2.4: Encik Nadzaruddin bin Shawal (036-2)

6

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

AGENDA TUJUH

MENIMBANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN BAJET BAGI TAHUN 2022
- Mengikut UUK 31(1)(e)

7.1: Encik Mohd bin Deraman membentang bajet Koperasi bagi tahun 2022 untuk di
luluskan sebagaimana butiran berikut:

ANGGARAN BAJET
BAGI TAHUN KEWANGAN 2022

Nota Ringkasan Butiran Anggaran (RM) Jumlah
15,750.00
A PEROLEHAN 2,001,530.00

1 Pentadbiran/Perkhidmatan

1.1. Bayaran fee masuk 450.00

1.2. Hibah / Dividen Bank 300.00
1.3. Syer Anggota 15,000.00

2 Dividen Pelaburan 20,500.00

2.1. KPFB (RM10,000) 500.00
2.2. Lain-lain Pendapatan 20,000.00

3 Urusniaga& Projek 1,965,280.00

3.1. Urusniaga& Perkhidmatan 400,500.00
3.1.1.Urusniaga hasil komoditi 40,000.00
3.1.2. Urusniaga Input pertanian
3.1.3. Perkhidmatan pengangkutan 250,000.00
(Pakej Lawatan)
3.1.4. Lain-lain projek 250,000.00

3.2. Kontrak 110,000.00
3.2.1.Memelihara Kaw Tanaman (MKT) 254,000.00
3.2.2. Mengangkut BTS 380,000.00
3.2.3. Penuaian
3.2.4 Membaja 30,500.00
3.2.5. Infra dan Penyelenggaraan 250,280.00

7

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Nota Ringkasan Butiran Anggaran Perbelanjaan Jumlah
(RM) (RM)
B PERBELANJAAN
153,591.20 1,871,089.20
i Pentadbiran/ Pengurusan

1. Gaji & Elaun 15,600.00
2,320.20
1.1.Gaji Pekerja 1,271.00
1.2. KWSP &PERKESO
1.3. Bonus pekerja 18,000.00
1.4. Elaun Pengurusan 15,000.00
1.5. Elaun Mesyuarat Lembaga
1.6. Elaun Mesyuarat Jawatankuasa 7,000.00
1.7. Elaun JAD bersidang 1,200.00
1.8. Elaun P’jalanan & Sarahidup ALK 12,000.00
1.9. Elaun Bil Pengurusan 2,500.00

74,891.20

2. Peralatan , Alatulis & Percetakan 5,000.00
2.1. Inventori 5,000.00
2.2. Pembaikian 2,000.00
2.3. Percetakan &Alatulis 3,000.00
2.4. Sistem / Sofware
2.5. Luar Jangka 500.00

3. Belanja Mesyuarat 15,500.00
3.1. Mesyuarat Agung Tahunan
12,500.00
3.2. Mesyuarat ALK 2,000.00
3.3. Lain-lain Mesyuarat 500.00

6 Kursus 15,000.00
4.1 Seminar/Kursus
5,000.00
5,000.00

Sambungan...

8

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Nota Ringkasan Butiran Anggaran Perbelanjaan (RM)

5. Perbelanjaan Am

5.1. Kiriman, Telefon & fax 3,600.00
5.2. Bayaran Audit Luar 1,000.00
5.3. Keraian 1,500.00
5.4. Komesin & Caj Bank
5.5. Bay. Khid. Percukaian 200.00
5.6. Cenderahati/Sumbangan 0.00
5.7. Sewa pejabat
5.8. Kump Wang Tebus Syer 1,500.00
6,000.00
5.9. Bil Air & Letrik 3,500.00
5.10. Ubahsuai pejabat 1,900.00
5.11. Sumbangan Khas ALK (Hono) 5,000.00
5.12. Kump. Wang Kebajikan Anggota 6,000.00
5.13. Cukai Pendapatan (2021) 3,500.00
5.14. Zakat (2021)
5.15. Dividen 10%(2021) 0.00
5.16. Perbelanjaan luar jangka 0.00
8,000.00
1,500.00

43,200.00

ii Pelaburan 16,674.00

1. Bayar Balik Pinjaman&Rosotnilai 15,000.00
1.1. Bayaran Balik Pinjaman 0.00
1.2.Rosotnilai/Kehausan Pelaburan
1.3. Susutnilai Harta/ Aset 1,674.00
1.4. Bayaran Guaman 0.00

iii Urusniaga/ Projek 1,700,824.00

1. Sewaan, Cukai& Perkhidmatan 360,450.00
1.1.Urusniaga hasil komoditi 36,000.00
1.2. Urusniaga Input pertanian
1.3. Perkhidmatan pengangkutan 225,000.00
1.4. Lain-lain projek 200,000.00

821,450.00

2. Kontrak 104,500.00
2.1.Memelihara Kaw Tanaman (MKT) 161,500.00
2.2. Mengangkut BTS 382,500.00
2.3. Penuaian
2.4 Membaja 25,650.00
2.5. Infra dan Penyelenggaraan 200,224.00
2.6. Insuran Projek
5,000.00

879,374.00

ANGGARAN KEUNTUNGAN KASAR ( A – B ) 130,440.80

7.2: Encik Mohd Zaizul Hairi bin Che Zainuddin (111-0) mencadangkan anggaran bajet
tahunan 2022 diterima. Disokong oleh Encik Abdul Muttaleb bin Ismail (095-1). Majlis
menerima sebulat suara.

9

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

AGENDA LAPAN

MELULUSKAN PERLANTIKAN SUATU PANEL YANG TIDAK KURANG
DARIPADA DUA ORANG/FIRMA JURUAUDIT LUAR YANG DILULUSKAN
OLEH SURUHANJAYA ATAU PEGAWAI SURUHANJAYA, UNTUK
MENGAUDIT AKAUN KOPERASI 2021
- Mengikut UUK 31(1)(g)

8.1. Tuan Haji Che Wan Shapuddin bin Che Wan Razaki mencadangkan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) atau mana-mana firma audit yang dipersetujui oleh lembaga
Koperasi sebagai Juruaudit Luar kepada akaun Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam
Kemaman Berhad bagi tahun kewangan 2021. Encik Mutaleb bin Ismail (095-1)
menyokong. Majlis menerima dengan sebulat suara.

AGENDA SEMBILAN

MENIMBANG DAN MELULUSKAN RUANG LINGKUP DAN HAD
PELABURAN YANG DIBIAYAI OLEH KUMPULAN WANG LEBIHAN KOPERASI

- Mengikut UUK 32(1)(h)

9.1. Tuan Haji Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki (011-0) mencadangkan
had pelaburan yang dibiayai oleh Kumpulan Wang Lebihan Koperasi ini diluluskan
sebanyak RM 500 ribu sahaja. Puan Hjh Fatimah@Kembang binti Mat Amin (080-1)
menyokong cadangan tersebut dan anggota menerima dengan sebulat suara.

AGENDA 10

MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI

- Mengikut UUK 32(1)(f)

10.1. Encik Abdul Mutaleb bin Ismail (095-1) mencadangkan had maksimum
keterhutangan Koperasi ini sebanyak RM5juta. Puan Mimunah binti TV Ahmad (112-0)
menyokong cadangan tersebut. Majlis menerima dengan sebulat suara.

AGENDA 11

MENIMBANG DAN MELULUSKAN USUL YANG DI NOTISKAN

- Mengikut UUK 31(1)(l)

11.1. USUL 1 - Pindaan Undang-Undang Kecil Perkara 11.1. – Keanggotaan

Tuan Haji Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki (011-0) mewakili Anggota
Lembaga Koperasi mencadangkan bahawa usul untuk pindaan UUK 11.1
sebagaimana berikut:

10

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

UNDANG-UNDANG KECIL ASAL PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL

11. (1) Keanggotaan Koperasi ini 11. (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka

terbuka kepada Peserta - Peserta kepada Peserta Felcra Lubuk Dalam dan
Felcra Lubuk Dalam Kijal dan Keluarga atau Peserta Felcra Kawasan
Keluarga serta Pegawai dan
Darat Datok dan Keluarga atau Pegawai
kakitangan Felcra Kawasan Darat dan kakitangan Felcra Kawasan Darat
Datok Kemaman Terengganu Darul
Datok, Kemaman Terengganu Darul
Iman. Iman

11.2. USUL 2 – Dividen Atas Modal Syer Anggota

Tuan Haji Che Wan Shahapuddin bin Che Wan Razaki (011-0) mewakili Anggota
Lembaga Koperasi mencadangkan dividen tahunan yang dibayar kepada
anggota pada setiap tahun di kreditkan ke Modal Syer anggota bagi anggota
yang modal syernya RM500.00 atau kurang, manakala bagi anggota yang modal
syernya RM500.00 atau lebih bolehlah anggota buat pilihan samada di
masukkan ke dalam akaun modal syer anggota atau jika ada permintaan
bolehlah dibayar tunai ke akaun bank anggota selepas 15 hari dari tarikh
mesyuarat agung yang meluluskan itu diadakan.

11.3. Encik Abdul Muttaleb bin Ismail (095-1) menyokong cadangan usul 11.1 dan
usul 11.2 yang di bentang oleh bekas Setiausaha Tuan Haji Che Wan
Shahapuddin bin Che Wan Razaki (011-0). Majlis menerima dengan sebulat
suara.

12. UCAPAN PENANGGUHAN

12.1. Encik Abdul Muttaleb bin Ismail (095-1)

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kerana koperasi ini dapat mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 ini secara atas talian. Beliau mencadangkan
agar anggota dapat menambahkan jumlah modal syer memandangkan dividen
yang diberikan oleh koperasi agak tinggi iaitu 8%.

11

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

12.2. Tuan Haji Yahaya bin Mamat (003-2)

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota yang turut serta
mengikuti mesyuarat agung tahunan secara atas talian ini. Beliau
memaklumkan semua koperasi tiada pengecualian untuk mengadakan
mesyuarat agung pada tahun ini.

12.4. Encik Mohd Shaiful Amini bin Sha’ari selaku Pengerusi Mesyuarat
mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga yang terpilih pada mesyuarat
kali ini. Beliau berharap agar semua Anggota yang dilantik dapat menjalankan
tugas yang diamanahkan.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1.30 Tengahari.

Pencatat Minit
WAN FAZATULSHIDA BINTI WAN MAHMOOD
Pembantu Tadbir

Disemak Oleh Disahkan Oleh

(CHE WAN SHAHAPUDDIN BIN CHE WAN RAZAKI) (HAJI YAHAYA BIN MAMAT)
Setiausaha Pengerusi

12

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Di Perakui oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Menentusahkan Draf

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6
Pada :13 September 2021

Cik Suhaida binti Abdul Mubin (117-0)

13

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Menimbang laporan
tahunan

Anggota Lembaga dan
Jawatankuasa Audit
Dalaman bagi tahun

2021/2022

Kertas Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam

Kemaman Berhad
Kertas Mesyuarat Bil. 02/07/2022

( Muka Surat 14-21 )

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

LAPORAN TAHUNAN
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI 2021 / 2022

1. PENGENALAN
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad telah didaftarkan pada 20 Jun
2014 dibawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dengan Nombor Pendaftaran T-3-
0600, Rujukan SKM.IP (Pend)T-581/(1). Kewujudan Koperasi ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan pendapatan peserta ladang/anggota dengan mempelbagaikan aktiviti
selain daripada sumber ladang. Adalah menjadi harapan Koperasi, anggota akan terus
menambah modal syer untuk melaksanakan aktiviti ekonomi dan memberi komitmen
yang tinggi untuk menjana ekonomi peserta. Justeru hanya menerusi platform
‘Koperasi’ dan kesepakatan anggota ianya mampu capai kejayaan untuk jangka
panjang.

2. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
Koperasi ini ditadbir oleh dua belas (12) orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) terdiri
daripada kalangan beberapa orang usahawan dan pengurusan yang berpengalaman
dengan dibantu oleh seorang pembantu tadbir koperasi dan staf Felcra. Pentadbiran
dan Pengurusan Koperasi terikat dengan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Garis Panduan,
Arahan Pengerusi Eksekutif, UUK dan Aturan aktiviti dari semasa ke semasa. Barisan
Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sebagaimana berikut:-

2.1: Anggota Lembaga Koperasi

2.1.1: Tuan Haji Yahaya bin Mamat (003-2) - Pengerusi
2.1.2:
2.1.3: Tuan Haji C.W Shahapudin bin C. W Razaki (011-0) - Setiausaha
2.1.4:
2.1.5: Encik Mohd bin Deraman (060–1) - Bendahari
2.1.6:
2.1.7: Tuan Haji Mohd Yusof bin Mohamad (001-1) - ALK
2.1.8:
2.1.9: Encik Abdul Rahman bin Abu Bakar (104-3) - ALK
2.1.10:
2.1.11: Encik Abu Bakar bin Zainol (006–3) - ALK
2.1.12:
Puan Zubaidah bt Yusof (007–3) - ALK

Encik Ibrahim bin Abd Ghani (009–1) - ALK

Encik Nadzaruddin bin Shawal(036–2) - ALK

Puan Hjh Fatimah@Kembang binti Mat Amin (080–1) - ALK

Encik Abdul Mubin bin Endut (034-2) - ALK

Puan Maimunah binti T.V Ahmad Kutty (113) - ALK

14

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

2.2: Kakitangan

Memandangkan Koperasi ini tidak banyak menjalankan aktiviti disebabkan
kekangan modal, tetapi pengurusan Koperasi masih mampu melantik seorang
Pembantu Tadbir sebagaimana butiran berikut :-

Bil Nama Jawatan Tarikh Lantik

1 Wan Fazatulshida bt Wan Mahmood Pembantu Tadbir 01.11.2018

2.3: Pejabat Urusan

Koperasi tidak mempunyai bangunan sendiri untuk dijadikan pejabat, tetapi
dengan adanya ehsan daripada Felcra Berhad Kawasan Darat Datok telah
memberi kebenaran kepada Koperasi untuk menggunakan bangunan E-komuniti
sebagai pejabat sementara.

2.4: Kekerapan Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi

Sebagaimana kehendak Undang-undang Kecil 39, Anggota Lembaga Koperasi
telah mengadakan lima (5) kali Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi. Tarikh
mesyuarat anggota Lembaga dan kehadiran sebagaimana berikut :-

1. Pada 30 Ogos 2021-Mesy Khas 4. Pada 24 Mei 2022
2. Pada 21 Oktober 2021 5. Pada 09 Jun 2022
3. Pada 15 Februari 2022

Bil Anggota Lembaga Kehadiran
Koperasi 1 2 3 4 5 JUM

1 Tn Haji Yahaya bin Mamat 1 1 1 1 1 05/05

2 En C.W. Shahapudin bin C.W. Razaki 1 1 1 1 1 05/05

3 En Mohd bin Deraman 1 1 0 1 1 04/05

4 Tn Hj Mohd Yusof bin Mohamad 1 1 1 1 1 05/05

5 En Abdul Rahman bin Abu Bakar 0 0 0 0 0 00/05

6 En Abu Bakar bin Zainol 1 1 1 0 1 04/05

7 En Ibrahim bin Abd Ghani 1 1 0 1 1 04/05

8 En Abdul Mubin bin Endut 1 1 1 1 1 05/05

9 Puan Zubaidah bt Yusof 1 1 1 1 1 05/05

10 Pn Hjh Fatimah@Kembang bt Mat Amin 1 1 1 0 0 03/05

11 Puan Maimunah binti T.V Ahmad 1 1 1 1 1 05/05

12 En Nadzaruddin bin Shawal 1 1 1 1 1 05/05

X Jumlah Kehadiran 11 11 09 09 10

- Tidak berkenaan 0 - Tidak hadir 1 – Hadir

15

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

2.5. Pengguguran Anggota Lembaga Mengikut Giliran

Mengikut UUK31(1)(d) & UUK 36 (1), empat (4) orang Lembaga digugurkan
mengikut giliran dan mereka boleh dipilih semula jika beliau berminat. Mereka
yang digugurkan ialah:

Yang digugurkan:
2.5.1: Tuan Hj Yahaya bin Mamat (003-2)
2.5.2: Encik Abu Bakar bin Zainol (006-3)
2.5.3: Tuan Haji Mohd Yusof bin Mohamad (001-1)
2.5.4: Encik Abdul Rahman bin Abu Bakar (104-3)

2.6. Keanggotaan Dan Modal Syer

Kedudukan anggota dan modal syer pada tahun ini terdapat sedikit peningkatan,
kebanyakan anggota terdiri daripada golongan vateran. Justeru diharapkan waris
anggota dapat menyertai dengan menjadi anggota koperasi dan menyumbang
modal syer sebagai langkah untuk meneruskan legasi peninggalan anggota
terdahulu.

Petunjuk jumlah anggota dan syer berakhir pada tarikh berkenaan sebagaimana
carta berikut :-

- Modal Syer dan Anggota Bagi Tahun Berkenaan
Jantina
31 Disember 2020 31 Disember 2021 30 Jun 2022
Lelaki
Perempuan Anggota Syer Anggota Syer Anggota Syer

Jumlah 62 57,098.41 59 57,198.41 55 59,574.19

45 24,589.51 45 24,189.51 50 27,799.13

107 84,568.16 104 87,273.32 105 87,373.32

2.7: Jawatankuasa Audit Dalaman
Sebagaimana kehendak Undang-undang Kecil 53, sebuah Jawatankuasa Audit
Dalaman (JAD) telah dipilih oleh Mesyuarat Lembaga seramai 3 orang dan tugas
mereka sebagaimana kehendak UUK 57. Mereka yang di lantik ialah :
2.6.1: Encik Megat Firdaus Bin Megat Yunus (132-0)
2.6.2: Puan Nor Diana binti Ibni Hajjal (008-0)
2.6.3 : Encik Muhammad Iqmal Hakim Bin Noor Azman (131-0)

16

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

2.8: Jawatankuasa Sektor dan Kegiatan

Untuk memantapkan pengurusan dan pergerakan aktiviti Koperasi, Pengurus
Felcra Kawasan bertindak sebagai penasihat kepada lima (5) Jawatankuasa
Sektor telah dibentuk oleh Lembaga Koperasi. Setiap Jawatankuasa Sektor,
kecuali Jawatankuasa Pengurusan, Kewangan dan Pelaburan di pengerusikan oleh
Pengerusi Koperasi, manakala sektor lain di pengerusikan seorang anggota
Lembaga yang berpengalaman dalam bidang berkaitan.

2.8.1: Jawatankuasa Pengurusan, Kewangan, Aset dan Pelaburan

* Tuan Hj Yahaya bin Mamat - Pengerusi
* Encik C.W. Shahapuddin bin C.W. Razaki - Setiausaha
* Encik Mohd bin Deraman - Ahli (Bendahari)
* Puan Maimunah binti binti T.V.Ahmad Kutty - Ahli
* Puan Wan Fazatulshida bt Wan Mahmood - Ahli (Pemb.Tadbir)

Pencapaian/Aktiviti:

a) Mengemaskinikan data anggota dan modal syer anggota dengan
sistem yang lebih telus serta membuka pejabat sementara di
bangunan Komuniti Felcra untuk pengurusan yang dikendalikan oleh
Setiausaha dan dibantu oleh Pembantu Tadbir Koperasi.

b) Koperasi juga merupakan anggota Koperasi Peserta-Peserta Felcra
Malaysia Berhad (KPFB) dengan Modal Syer RM10,000.00. Koperasi
telahpun menjadi anggota kepada Koperasi Co-opbank Persatuan
Malaysia Berhad dengan bayaran modal syer RM10,000.00 dan
membuka akaun Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS)
RM10,000.00.

c) Berusaha untuk mendapatkan lesen CIDB untuk aktiviti projek-
projek yang bersesuaian.

17

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

d) Pihak pengurusan berusaha agar Lembaga dapat mengikuti kursus
wajib 1, 2 dan 3 sebagaimana yang dianjurkan oleh IKM. Kursus
tersebut khas bagi Anggota Lembaga yang bertujuan untuk
memantap pengurusan Koperasi dalam mempelbagaikan aktiviti
untuk kemajuan Koperasi. Kursus lain seperti seminar, bicara ilmu
dan sebagainya yang dianjurkan oleh SKM, IKM dan ANGKASA
termasuk FELCRA yang boleh memberi manfaat kepada Lembaga
dan Koperasi.

2.8.2: Jawatankuasa Pembangunan hartanah & kontrak

* Encik Abu Bakar bin Zainol - Pengerusi
Ahli
* Encik Abdul Mubin bin Endut - Ahli

* Encik C.W. Shahapuddin bin C.W. Razaki -

Pencapaian/Aktiviti:

a) Menjalankan aktiviti kontrak mengangkut Kelapa Sawit serta biji
lerai dari ladang/Ramp ke pusat timbang Felcra Lubuk Dalam 4/ ke
kilang KMT Seri Bandi.

b) Menjalankan aktiviti menyewa jentera Excavator bagi kerja-kerja
membersih kawasan diladang Lubuk Dalam 1,2 dan 3.

c) Menjalankan kerja-kerja Membekal, Membina dan Memasang (Cattle
Grid) diprojek Mempusi 2 Felcra Berhad Kawasan Darat Datok.

2.8.3: Jawatankuasa Urusniaga, Pemborongan dan Peruncitan

* Tuan Haji Mohamad Yusof bin Mohamad
* Encik Nadzaruddin bin Shawal
* Encik Ibrahim bin Ab.Ghani
* Che wan Shahapuddin bin Razaki

Pencapaian/Aktiviti:
a) Mencadangkan agar tanah diladang Lubuk Dalam 4 seluas empat ekar

dapat dijadikan kolam ternakan ikan tawar bertujuan untuk
meningkatkan pendapatan koperasi.

18

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

2.8.4: Jawatankuasa Sektor Pertanian dan Industri Kecil dan Sederhana
* Puan Hajjah Fatimah @ Kembang binti Mat Amin
* Puan Zubaidah binti Yusof
* Encik Abdul Rahman bin Abu Bakar
* Che Wan Shahapuddin bin Razaki
Pencapaian/Aktiviti :
a) Mencadangkan agar koperasi dapat menjalankan aktiviti menternak
kambing diladang Lubuk Dalam 1,2 & 3 memandangkan permintaan
daging kambing tempatan dipasaran pada masa kini terlalu tinggi,
ianya bertujuan untuk menambahkan pendapatan koperasi.

19

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

2.9: Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman

TARIKH PENGAUDITAN : 10 Januari 2022 (Isnin)

BIL PENEMUAN SEWAKTU AUDIT CADANGAN PENAMBAIKAN
1 PENTADBIRAN
- Di carta organisasi perlu ada YDP
1) Carta Organisasi - Perlu jumlah untuk rekod setiap tahun
2) Rekod Cuti Sakit - Perlu ditandatangani oleh Pengerusi/Setiausaha
3) Borang Cuti - Perlu diagihkan kepada anggota setiap tahun dan
4) Slip/Penyata Dividen
direkod cara agihan penyata (Whatsapp, email@pos)
5) Kursus kepada ALK - Pastikan Ahli Lembaga mengikuti kursus wajib pada

2 KEWANGAN setiap tahun.
1) Rekod buku tunai
- Perlu disemak dan disahkan oleh Bendahari
3 PERLADANGAN
1)Rekod Hasil/Bil.Trip - Sediakan satu buku rekod hasil setiap bulan, dan perlu
disemak oleh Pengerusi/Setiausaha
2) Rekod Cuti Sakit
- Pastikan salinan bayaran yang diterima ditandatangani
untuk simpanan fail.

Rumusan Laporan Jawatankuasa Audit Dalam :

Tujuan : Kami bagi pihak Anggota Juruaudit Dalaman telah membuat lawatan dan Pemeriksaan
ke atas Koperasi bagi mematuhi kehendak Subseksyen 9(2) Akta Koperasi 1993 dan
Undang-Undang Kecil 57 (4)

Kesimpulan : Kami mengucapkan Tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi dan warga kerja

Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad kerana telah mengurus tadbir

Koperasi dengan baik dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang di

amanahkan dan kami juga berharap agar Lembaga Koperasi serta kakitangan dapat

mengekalkan prestasi Koperasi di masa hadapan.

Kami berharap agar Lembaga dapat memikirkan bidang yang boleh di ceburi oleh

Koperasi bagi menambah sumber pendapatan untuk meningkatkan keuntungan pada

tahun akan datang. Pastikan juga ALK mengikuti kursus wajib untuk membolehkan

Lembaga memahami konsep Koperasi serta mengenalpasti peranan dan

tanggungjawab mereka yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi

sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.

Disediakan Oleh, Disediakan Oleh,

(NOR DIANA BINTI IBNI HAJJAL) (MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT YUNUS)
Setiausaha Juru Audit Dalam Ketua Juru Audit Dalam
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam
Kemaman Berhad Kemaman Berhad

20

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

3. PANEL AUDIT LUAR
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tidak lagi
dapat meneruskan pengauditan akaun-akaun koperasi. Koperasi telah melantik Khuzaimi
& co sebagai Juruaudit Luar bagi tahun kewangan 2021.

4. PRESTASI KEWANGAN
4.1: Dividen : Memandangkan prestasi kewangan koperasi bagi tahun 2021 kurang
baik dengan keuntungan yang tipis kerana kurangnya aktiviti berikutan Negara
dilanda pandemik covid-19, namun Anggota Lembaga bermurah hati untuk
memberi dividen sebanyak 6% berjumlah RM4,919.28 atas modal syer RM81,987.92
sebagai pembakar semangat anggota.

4.2: Belanja Berhemah : Lembaga sentiasa prihatin dan berhemah dalam
membelanja wang Koperasi, tidak ada sebarang program yang dianjurkan tanpa
memberi faedah kepada Koperasi dan anggota. Insya Allah dengan amalan
berjimat dan berhemah, dan dengan berkat doa semua anggota serta kegigihan
Lembaga dan kakitangan, Koperasi ini terus maju dan berjaya.

4.3: Koperasi juga telahpun menjadi anggota kepada Koperasi Co-opbank Persatuan
Malaysia Berhad dengan bayaran modal syer sebanyak RM 10,000.00 dan membuka
akaun Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) sebanyak RM 10,000.00

5. PENGHARGAAN

Pihak Pengurusan, Lembaga dan seluruh anggota merakamkan ucapan terima kasih
kepada Pengurus serta kakitangan FELCRA Berhad diperingkat Wilayah dan Kawasan,
Pengarah serta kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri dan Wilayah Selatan,
Kemaman dan semua yang terlibat dalam usaha dan membantu Koperasi secara
berterusan serta menjayakan Mesyuarat Agung Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam
Kemaman Berhad.

Salam Hormat dari kami,

…………………………………………………………….
(C.W SHAHAPUDDIN BIN C.W RAZAKI)
Setiausaha
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam
Kemaman Berhad

21

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

AKAUN TERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2021 SERTA LAPORAN
BERKANUN ANGGOTA LEMBAGA

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

Kertas Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam

Kemaman Berhad
Kertas Mesyuarat Bil. 03/07/2022

( Muka Surat SKM 1-14 )

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Membentang & menerima
Anggaran Bajet
Bagi
Tahun 2023

Kertas Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam

Kemaman Berhad
Kertas Mesyuarat Bil. 04/07/2022

( Muka Surat 22-24 )

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Nota Ringkasan Butiran Anggaran (RM) Jumlah
7,150.00
A PEROLEHAN 1,838,430.00

1 Pentadbiran/Perkhidmatan

1.1. Bayaran fee masuk 450.00

1.2. Hibah / Dividen Bank 2,200.00
1.3. Syer Anggota 4,500.00

2 Dividen Pelaburan 1,000.00

2.1. KPFB (RM10,000) 500.00

2.2. Bank Rakyat (0.00) 0.00
2.3. Coop Bank Pertama (10,000) 500.00

3 Urusniaga & Projek 1,831,280.00

3.1. Urusniaga & Perkhidmatan 400,500.00
3.1.1. Urusniaga hasil komoditi 40,000.00
3.1.2. Urusniaga Input pertanian
3.1.3. Perkhidmatan pengangkutan 250,000.00
(Pakej Lawatan)
3.1.4. Lain-lain Pendapatan 20,000.00

3.2. Kontrak 110,000.00
3.2.1. Memelihara Kaw Tanaman (MKT) 350,000.00
3.2.2. Mengangkut BTS 380,000.00
3.2.3. Penuaian
3.2.4 Membaja 30,500.00
3.2.5. Infra dan Penyelenggaraan 250,280.00

22

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Nota Ringkasan Butiran Anggaran Perbelanjaan Jumlah
(RM) (RM)
B PERBELANJAAN
206,281.80 1,722,059.80
i Pentadbiran/ Pengurusan

1. Gaji & Elaun 38,400.00
5,716.80
1.1. Gaji Pekerja 3,200.00
1.2. KWSP & PERKESO
1.3. Bonus pekerja 18,000.00
1.4. Elaun Pengurusan 10,000.00
1.5. Elaun Mesyuarat Lembaga
1.6. Elaun Mesyuarat Jawatankuasa 5,000.00
1.7. Elaun JAD bersidang 1,200.00
1.8. Elaun P’jalanan & Sarahidup ALK 12,000.00
1.9. Elaun Bil Pengurusan 2,500.00

99,016.80

2. Peralatan , Alatulis & Percetakan 5,000.00
2.1. Inventori 5,000.00
2.2. Pembaikian 2,000.00
2.3. Percetakan & Alatulis 3,000.00
2.4. Sistem / Sofware
2.5. Luar Jangka 500.00

3. Belanja Mesyuarat 15,500.00
3.1. Mesyuarat Agung Tahunan
3.2. Mesyuarat ALK 12,500.00
3.3. Lain-lain Mesyuarat 2,000.00
500.00
4. Kursus
4.1. Seminar/Kursus 15,000.00

5,000.00
5,000.00

Sambungan……

23

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

Nota Ringkasan Butiran Anggaran Perbelanjaan (RM)

5. Perbelanjaan Am 3,600.00
3,000.00
5.1. Kiriman, Telefon & fax 1,500.00
5.2. Bayaran Audit Luar
5.3. Keraian 200.00
5.4. Komisen & Caj Bank 1,000.00
5.5. Bay. Khid. Percukaian 1,500.00
5.6. Cenderahati/ Sumbangan 6,000.00
5.7. Sewa pejabat 15,694.00
5.8. Kump Wang Tebus Syer 1,900.00
5.9. Bil Air & Letrik 5,000.00
5.10. Ubahsuai pejabat 6,000.00
5.11. Sumbangan Khas ALK (Hono) 15,694.00
5.12. Kump. Wang Kebajikan Anggota
5.13. Cukai Pendapatan (2021) 0.00
5.14. Zakat (2021) 0.00
5.15. Dividen 10% 9,177.00
5.16. Perbelanjaan luar jangka 1,500.00

71,765.00

ii Pelaburan 14,954.00

1. Bayar Balik Pinjaman & Rosotnilai 12,204.00
0.00
1.1. Bayaran Balik Pinjaman
1.2. Rosotnilai/Kehausan Pelaburan 2,750.00
1.3. Susutnilai Harta/ Aset 0.00
1.4. Bayaran Guaman
1,500,824.00
iii Urusniaga/ Projek

1. Sewaan, Cukai & Perkhidmatan

1.1. Urusniaga hasil komoditi 360,450.00
1.2. Urusniaga Input pertanian 36,000.00
1.3. Perkhidmatan pengangkutan
225,000.00

621,450.00

2. Kontrak

2.1. Memelihara Kaw Tanaman (MKT) 104,500.00
2.2. Mengangkut BTS 161,500.00
382,500.00
2.3. Penuaian
25,650.00
2.4 Membaja 200,224.00

2.5. Infra dan Penyelenggaraan 5,000.00
2.6. Insuran Projek
879,374.00

ANGGARAN KEUNTUNGAN KASAR ( A – B ) 116,370.20

24

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM
KEMAMAN BERHAD

(No Daftar : T-3-0600)

Usul
Yang Di Notiskan

Kertas Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam

Kemaman Berhad
Kertas Mesyuarat Bil. 05/07/2022

( Muka Surat 25 )

Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Peserta Felcra Lubuk Dalam Kemaman Berhad

Kali Ke-7 (2022)

KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD

(No. Daftar : T-3-0600)
Pejabat Felcra Kawasan Darat Datok, Peti Surat 27, 24207 Kemasik,
Kemaman, Terengganu.
No Tel: 019-9883221 / 013-3993165
e-mail: [email protected]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI PESERTA FELCRA LUBUK DALAM KEMAMAN BERHAD

KALI KE- 7 (2022)

USUL ANGGOTA LEMBAGA

1. Mesyuarat Agung Tahunan KPR Lubuk Dalam yang diadakan pada pagi ini
bersetuju meminta pihak pengurusan FELCRA agar kerja-kerja kontrak diladang
Lubuk Dalam 1,2,3 dan 4 serta bekalan input pertanian untuk kegunaan ladang
tersebut diberikan kepada KPR Lubuk Dalam Kemaman Berhad.

Keputusan :
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................

25


Click to View FlipBook Version