The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Hidayah Yusoff, 2020-08-04 00:46:01

NOTA BAB 1 PP SEM 1

NOTA BAB 1 PP SEM 1

Keywords: PENGAJIAN PERNIAGAAN

LEPAK SANTAI BERSAMA CIKGU HIDAYAH

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

Maksud perniagaan;
 Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
 Yang dikehendaki oleh pengguna
 Bermotif untung

Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan

Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan
kebajikan sosial
Matlamat keuntungan yuran ahli dan sumbangan
masyarakat
Sumber kewangan modal dan keuntungan syarikat bercorak kemasyarakatan

Aktiviti utama organisasi penjualan barangan dan
perkhidmatan

Maksud untung
 Lebihan hasil jualan setelah ditolak dengan kos-kos yang terlibat
Untung = Jum Hasil – Jum Kos

 Jenis untung iaitu kasar dan untung bersih.
Kepentingan untung kepada perniagaan

 Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko, contoh dividen.
 Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival) pelaburan semula

keuntungan.
 Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat.
 Matlamat dan halatuju – ukuran kepada prestasi perniagaan.
 Keyakinan / dorongan kepada pelabur.

1. Peranan perniagaan kepada pengguna
 Menyediakan barangan dan perkhidmatan
 Mempelbagaikan barangan dipasaran
 Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

2. Kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat:
 Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan.
 Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan.
 Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui
sistem bekalan dan jualan.

3. Peranan untung kepada ekonomi
 Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat
keuntungan
 Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan
 Mengurangkan kadar pengangguran
 Meningkatkan ekonomi negara

4. Peranan untung kepada negara
 Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai perniagaa
 Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran /
meningkatkan kadar guna tenaga negara
 Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan
perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas

FAKTOR PENGELUARAN
Faktor pengeluar merujuk kepada sumber-sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

Unsur-unsur yang terdapat dalam faktor pengeluaran
1. Bahan mentah
 Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menhgasilkan
seauatu produk
 Contoh bijih timah, kayu balak, kelapa sawit dan koko
2. Modal insan
 Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan
 Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir
 Mendapat gaji / upah
3. Modal
 Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.
 Terdiri dari bentuk wang atau aset
 Contoh kenderaan, ruamah, mesin dan peralatan
4. Keusahawanan
 Orang yang membentuk perniagaan / orang yang mengambugkan faktor-faktor pengeluaran dan
menjadikan sebagai output dalam pengeluaran
 Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan
5. Teknologi
 Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagan
 Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan mkecekapan,meningkatkan
daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan

PROSES PERNIAGAAN

Proses perniagaan melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi (pertukaran) terhadap input-input
pengeluaran bagi memastikan output-utput untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan
keuntungan kepada perniagaan.

Proses perniagaan
i. Input
 Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh, tanah, modal
dan keusahawanan
ii. Proses transformasi –
 Ialah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input kepada output
dengan menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi.
iii. Output
 Merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaran
iv. Proses Pemasaran
 Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan ,jabatan
pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukan
v. Untung atau rugi
 Untung ialah lebihan hasil ke atas kos , rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos, untung
merupakan ganjaran kepada usahawan

Cabaran Aktiviti Perniagaan Kini dan Masa hadapan:
 Globalisasi / dunia tanpa sempadan – persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja /

modal , celaru budaya
 Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu

kemahiran teknologi, perlu modal tinggi
 Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan ,

pihak berkepentingan; buruh kanak-kanak; prihatin terhadap OKU
 Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam) – pematuhan syariah
 Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan
 Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi,

meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)
 Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan / suasana

kerja yang berbeza daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah „matang‟

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Jenis-jenis persekitaran perniagaan

1. Persekitaran Umum
 Merujuk kepada unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan
mempengaruhi persekitaran tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan

2. Persekitaran tugas/Pihak-pihak berkepentigan
 Merupakan unsur-0unsur persekitaran yang secara langsung mempengaruhi dan memberi kesan kepada

operasi dan prestasi perniagaan.

Faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan.
1. Persekitaran ekonomi
 Risiko dan ketidakpastian pasaran/ perubahan-perubahan pasaran
 Keadaan-keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi
 Contoh: Penempatan pasar raya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan mampu.

2. Persekitaran persaingan dan jaringan
 Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti
 Jenis struktur pasaran seperti monopoli, persaingan oligopolistik dan monopoli
 Persaingan yang dihadapi / Persaingan harga

3. Persekitaran sosiobudaya
 Hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum
 Perlindungan dan tanggungjawab sosial yang dipegang sesuatu bangsa
 Contoh: keperluan pakaian orang Melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang Cina. Oleh itu tak

sesuai jual baju melayu di Petaling Street.

4. Persekitaran politik dan perundangan
 Keadaan politik dan polisi awam sesebuah negara
 Peraturan, kawalan, sokongan dan galakan kerajaan, sistem percukaian
 Contoh: Pusat hiburan, kedai minuman keras dan pusat mainan video cukai dinaikkan

5. Persekitaran teknologi
 Sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau

membentuk tugas atau prosedur kerja
 Contoh: Teknologi komputer dalam perniagaan, penggunaan E-mail, E-Commerce

6. Prasarana
 Kemudahan asas yang di sediakan untuk membantu aktiviti perniagaan
 Contohnya kemudahan elektrik, jalanraya .

7. Antarabangsa
 Merujuk kepada faktor- faktor seperti dasar perdagangan , undang-undang perniagaan yang melibatkan

dua buah negara atau lebih

Pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan
1. Pelanggan
 Pembeli produk / pengguna produk atau perkhidmatan
 Perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti pengeluaran
2. Pembiaya
 Pemberi pinjaman
 pinjaman tinggi membolehkan pembesaran perniagaan

3. Pemodal
 Penyumbang modal
 Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan perniagaan

4. Pembekal
 Pihak yang membekalkan input / bahan mentah
 Bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaan

5. Pesaing
 Firma lain dalam industri yang sama / peniaga yang menjual produk serupa di tempat yang sama
 Memaksa perniagaan membuat inovasi /persaingan harga dan kualiti produk organisasi menentukan

tingkat harga dan kualiti produk / persaingan sihat.

6. Kerajaan
 Pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang / peraturan / perlesenan
 Cukai tinggi mengurangkan keuntungan perniagaan dan jualan
 Kehendak undang-undang mewujudkan tanggungjawab sosial memberi pengaruh kepada aktiviti

perniagaan

7. Pekerja
 Tenaga buruh yang menyumbangkan dalam bentuk fizikal atau mental
 Pekerja yang baik / berkemahiran tinggi meningkatkan produktiviti pengeluaran
 Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat organisasi

8. Masyarakat
 Membeli/menyokong produk yang dikeluarkan oleh peniaga
 Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjwab sosial untuk memastikan sokongan yang berterusan dari

masyarakat.

Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepetingan
1. Pelanggan

 Peniaga harus menjaga kebajikan dengan memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan
pengguna.

2. Pembekal:
 Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan
berterusan pada harga yang berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada
masanya.

3. Pembiaya
 Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjian
 Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyukarkan perniagaan mendapatkan pinjaman pada masa
akan datang.

4. Pemodal/pelabur
 Perniagaan seharusnya memaksimakan kekayaan pelabur atau pemodal yang melaburkan wang mereka
memberikan bayaran dividen yang tinggi.
 Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik diri dari
perniagaan.

5. Pesaing:
 Firma seharusnya bersaing secara sihat dan tidak memburuk nama baik pesaing.

6. Kerajaan
 Firma seharusnya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti
membayar cukai yang ditetapkan dan sebagainya.

7. Pekerja:
 Perniagaan perlu sensitif kepada kehendak dan keperluan pekerja samada dalam bentuk kewangan dan
bukan kewangan.
 Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-latihan
tertentu.
 Sekiranya produktiviti pekerja menurun, maka ia akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan
barang „defect‟ juga akan meningkat.

8. Masyarakat
 Merujuk kepada nilai-nilai sosio budaya sesebuah negara yang meliputi cara hidup, kuasa beli yang
mempengaruhi aktivii perniagaan.
 Perniagaan tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan harga barangan
sewenang-wenangnya. Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat
memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat.

1.3 ENTITI PEMILIKAN DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Entiti perniagaan
Milikan Tunggal
1. Ciri-ciri milikan tunggal

 Dimilikim oleh seorang pengusaha.
 Liabiliti tidak terhad
 Operasi dan modal yang kecil
 Di kawal dibawah akta pendaftaran syarikat 1056(pindaan 2978)

2. Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemahan
- Mudah ditubuhkan - Liabiliti tidak terhad
- Mudah diuruskan - Modal terhad
- Pasaran yang terhad - Pemilik tiada kemahiran / terhad
- Modal kecil - Beban pengurusan
- Sesuai bagi orang yang baru belajar - Perniagaan jarang kekal dalam jangka

berniaga untuk dapat perniagaan panjang
- Mudah dikawal - Cukai persendirian - kadar tinggi
- Perkhidmatan bersifat peribadi

3. Langkah penubuhan
 Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan borang PNA 42
 Permohonan pendafratan menggunkan borang A
 Yuran pendafratan
 Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (borang D) dan mempamerkannya..

Perkongsian
1. Ciri-ciri

 Dimiliki sekurang-kurangnya 2 -20 orang pemilik
 Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah yang dipersetujui
 Agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal
 Liabiliti tidak terhad
 Cukai pendapatan perseorangan bukan cukai perniagaan
 Dikawal oleh akta perkongsian 1961

2. Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemahan
- Prodsedur penubuhan mudah & ringkas - Liabiliti tidak terhad
- Sumber modal lebih banyak - Penubuhan tidak kekal lama
- Mudah untuk mendpatkan pinjaman
- Risiko perniagaan dikongsi bersama
- Berkongsi kepakaran

3. Langkah penubuhan
 Membuat permohonan mendaftar dengan menggunkan borang A yang mengandungi butiran berikut:-
- Nama dan alamat ahli
- Nama dan jenisnperniagaan yang dijalankan
- Tempoh perkongsian
- Sumbangan modal setiap ahli
- Nisbah pembahagian untung
- Tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi

 Yuran pendaftaran
 Sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan.

Syarikat Berhad
1. Ciri-ciri syarikar Sendirian berhad
 Ahli 2-50 orang
 Perkataan “Sdn” pada sebahagian dari nama syarikat
 Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja
 Pemegang saham adalah pemilik syarikat
 Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham
 Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
 Untung syarikat dikenakan cukai8 keuntungan syarikat.

2. Ciri-ciri syarikat awam berhad
i. Pemegang saham adalah pemilik syarikat
ii. Ahli minimum 2 orang dan tidak ada had
iii. Libiliti pemegang saham adalah terhad
i. Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham
ii. Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
iii. Untung syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat.

3. Kekuatan dan kelemahan Kelemaahan
Kebaikan
- Kos penubuhan sangat tinggi dan
- Modal besar pembubaran yang kompleks
- Liabiliti terhad
- Operasi dapat mengembangkan - Konflik kepentingan dalam
pengurusan
perniagaan
- Terdapat pengkhususan – - Pertelingkahan antara pemegang
saham
kewangan, pemasaran, sumber
manusia - Laporan kewangan mengikut Akta
- Jangka hayat lebih panjang Syarikat 1965, perlu diaudit
- Percukaian
- Syarikat sendirian berhad sebagai - Keputusan dibuat lambat kerana perlu
entiti yang berasingan, boleh mendapat persetujuan daripada
didakwa dan mendakwa pemegang saham

- Kurang kerahsiaan

4. Langkah penubuhan
i. Tatawujud syarikat yang memperihalkan tentang pembatalan seksyen 15 Akta Syarikat 1965
ii. Mendapatkan kelulusan sari suruhanjaya sekuriti berkaitan prospektos dan penyenaraian saham
dibursa saham
iii. Pengedaran borang permohonan saham dan perspektus.
iv. Mendapatkan sujil perakuan perniagaan oleh pendaftar syarikat.

Koperasi: Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang
1. Ciri-ciri Modal diperolehi dari ahli melalui pungutan yuran
Diuruskan dan ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa
i. mesyuarat Agong tahunan
ii. Liabiliti terhad
iii. Agihan untung dalam bentuk dividen dan bonus

iv.
v.

2. Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemaahan

- Keuntungan dan kebajikan kepada - Diuruskan oleh ahli yang kurang
ahli berkelayakan dan pengalaman

- Liabiliti ahli terhad - Dikuasai oleh golongan minoriti yang
- Cukai lebih rendah daripada aktif dalam mengambil bahagian
dalam koperasi
perniagaan
- Mewujudkan swemangat kerjasama - Masalah dalam mencari pengganti
kepada pihak pengurusan yang lama
dan saling membantu antara ahli
- Lebih demokratik - Modal bergantung kepada yuran dan
keuntungan yang kecil

- Operasi adalah mengikut akta
koperasi dan dikawal rapi oleh SKM.

3. Langkah penubuhan

1. Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui Pejabat
Pembangunan Koperasi wilayah atau daerah.

2. Apabila kelulusan untuk menubuhkan koperasi diperolehi dari Jabatan Pembangunan
Koperasi,Jawatankuasa Penaja – 10 orang akan dilantik untuk menjalankan tugas-tugas awalan
berikut;
i. Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan
ii. Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain yang termaktub dalam objektif
penubuhan
iii. Mengubal undang-undang kecil berdasarkan undang-undang kecil seragam yang disediakan
oleh Jabatan Pembangunan Koperasi
iv. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota,
v. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota.

3. Mesyuarat Agung Penubuhan/Permulaan diadakan bertujuan untuk;
i. Mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhkan koperasi
ii. Menerima undang-undang kecil

iii.Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi
 Seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Koperasi akan hadir untuk memberikan

penerangan secara am mengenai hak dan tanggungjawab ahli dan aktiviti koperasi.

4. Dokumen Pendaftaran perlu diserahkan kepada Pendaftar Koperasi
 Tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat agung penubuhan
 Dokumen yang perlu di hantar adalah;
i. Borang permohonan yang telah ditandatangani oleh 10 orang Jawatankuasa Penaja

ii. 3 naskah Undang-undang Kecil koperasi
iii. Minit Mesyuarat Agung penubuhan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli

yang hadir.

5. Sijil Perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar setelah koperasi didaftarkan.

Aktiviti perniagaan
 Pengeluaran: ekstraktif, barangan konsumer, barangan industri, pembuatan dan pemasangan
 Perkhidmatan: runcit, borong, kewangan, profesional, perhotelan, dan pendidikan

Perbandingan antara perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan

Aktiviti berasaskan pengeluaran Aktiviti berasaskan perkhidmatan

 Melibatkan barang fizikal /nampak  Melibatkan barang tak nampak

 Boleh disimpan  Tidak boleh disimpan

Pengeluaran – merujuk kepada proses mengeluar atau menghasilkan produk fizikal oleh sebuah syarikat
perniagaan bagi memuaskan kehendak pengguna.

Aktiviti pengeluaran berasaskan pengeluaran merangkumi:-
1. Ekstraktif

 Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi.
 Contoh perlombongan,pertanian,perikanan dan pembalakan.

2. Barangan pengguna/konsumer
 Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan organisasi.
 Contoh pisang di buat kek untuk dimakan sendiri dan ahli keluarga.

3. Barangan industri
 Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang / keluarannya kepada pembuat / syarikat lain
dan barangan tersebut diproses seterusnya / transformasi / tambah nilai bagi dijual semula /
menghasilkan produk.
 Contoh pisang dibuat kek untuk dijual semula.

4. Pembuatan
 Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunkan sumber-sumber seperti
bahan mentah, manusia, mesin dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan.

5. Pemasangan
 Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagia atau komponen produk untuk menghasilkan
barangan siap untuk dipasarkan.

Perkhidmatan – sesuatu aktiviti yang boleh ditawarkan dipasaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.

1. Runcit
 Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti yang kecil.
 Contoh kedai runcit

2. Borong
 Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak oleh pemborong dan
kemudian menjualkan semula kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.
 Contoh pasar borong.

3. Kewangan
 Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya untuk tujuan perniagaan ataupun
persendirian.
 Contoh Bank, institusi kewangan kerajaan serta badan-badan swasta dan badan berkanun.

4. Profesional
 Kepakaran dan kemahiran khusus yang ditawarkan oleh sesebuah syrikat perniagaan
 Contoh perundangan, perakaunan, perubatan dan lain-lain

5. Perhotelan
 Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan reakrasi kepada pelangn mengikut
kadar yang tertentu serta kemampuan pelanggan
 Contoh hotel Hilton, Hotrl Bajet Home stay dan lain..

6. Pendidikan
 Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat bagi menyediakan
sumber tenaga manusia/modal insan.
 Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika sehinggalah keperingkat tertinggi iaitu
universiti.
 Contoh Tadika, sekolah, madrasah, kolej, Universiti.

PERANAN SEKTOR INDUSTRI
1. Swasta

 Merujuk kepada firma perniagaan yang dimiliki oleh individu atau kumpulan individu secara peribadi
dan menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.

2. Awam
 Organisasi yang dimiliki, dibiayai, dan diuruskan oleh pihak kerajaan.

3. Badan berkanun
 Ialah agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan tanggungjawab terhadap
aktiviti kerajaan secara khusus. Cth: MARA, MARDI, MADA dll.

Peranan antara sektor swasta, awam dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan
ekonomi negara:

1. Pihak swasta:
 Menjalankan aktiviti perniagaan
 Memberi peluang pekerjaan
 Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan.

2. Sektor awam:
 Pendorong dan penyokong dengan memberi kemudahan dan panduan kepada pihak swasta.
 Mengurangkan lapisan birokrasi di sektor awam

3. Badan Berkanun:
 Mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan.
 Menjaga kewibawaan sektor swasta.
 Menyediakan sumber manusia – universiti

Peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi negara:

1. Menyediakan kemudahan Infrastruktur / Perkhidmatan awam
 Kemudahan pengangkutan / elektrik/air dan telekomunikasi /Perkhidmatan keselamatan /
kemudahan pendidikan/ kemudahan perkhidmatan kesihatan
 Contoh –membina lebuhraya dari Johor baharu ke Padang Besar untuk melancarkan agihan
barangan.

2. Mengamalkan monopoli semula jadi
 Melaksanakan projek berisiko /projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang
tinggi/Mengelakkan persaingan yang merugikan/Memastikan dapat menikmati faedah skel ekonomi
bidangan
 Contoh:membina empangan hidro untuk membekalkan kuasa elektrik

3. Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan
 Menetukan kaedah percukaian yang sesuai/memberi bantuan subsidi/pinjaman/kepakaran/
membentuk dasar belanjawan yang fleksibel.
 Contoh: mengurangkan kesan inflasi kepada ekonomi melalui kenaikan kadar faedah

4. Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan
 Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam/Menjamin kepentingan pengguna/menggubal
akta dan peraturan/mengeluarkan lesen/Penyebaran maklumat/ tentang peraturan dan prosedur yang
jelas/mengenakan tindakan atau mendakwa
 Contoh: penetapan harga maksimum bagi barang kawalan untuk mengelakkan inflasi/ kuasa beli

5. Melaksanakan program Pendidikan Pengguna
 Menjaga kepentingan pengguna/penyampaian maklumat yang tepat/mengadakan penerbitan risalah/

majalah/ pengiklanan/ Mengadakan seminar kepenggunaan
 Contoh : mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan untuk mengurangkan aliran keluar

mata wang/menggalakkan perniagaan domestik.

6. Mewujudkan peluang pekerjaan
 Mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan taraf hidup/meningkatkan kuasa beli
 Contoh :mewujudkan skim jawatan sementara/kontrak di jabatan kerajaan bagi memberi
pendapatan kepada lepasan universiti untuk mengurangkan pengangguran

Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan
1. Perniagaan dapat beroperasi secara sah.
2. Mendapat kemudahan infrastruktur
3. Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan
4. Mendapat sumber pembiayaan
5. Faedah dari penyelidikan
6. Pembangunan/latihan/khidmat nasihat
7. Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan

Tahap Perniagaan :-
i. Primer
Aktiviti peringkat premier merujuk kepada pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang
diperoleh dari alam semula jadi.

ii. Sekunder
Aktiviti peringkat sekunder merujuk kepada aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan

mentah yang didapati daripada aktiviti peringkat premier.

iii. Tertier
Ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi,
contoh
 Perkhidmatan langsung seperti doktor dan pendandan rambut
 Perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL
 Perkhidmatan bank seperti perkhidmatan pinjaman oleh Maybank Malaysia Bhd
 Perkhidmatan insuran seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh Great Eastern Assurance
Bhd
 Perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh Sherwood Marina Cove
 Perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh Telekom

AKTIVITI PERNIAGAAN HULUAN DENGAN HILIRAN
1. Huluan

 Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum
perniagaan lain dapat dijalankan.

 Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah/
pengeluaran hasil bumi.

 Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti cari gali minyak.

2. Hiliran
 Aktiviti hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi memproses bahan
mentah menjadi barangan siap untuk dipasarkan.
 Melibatkan pemprosesan sumber.
 Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti pemprosesan minyak mentah untuk dijadikan pelbagai
produk petrokimia seperti minyak petrol dan diesel

AKTIVITI PERNIAGAAN DOMESTIK DENGAN ANTARABANGSA
1. Domestik

 Perniagaan yang beroperasi dalam negara
 Menggunakan sumber / input / kewangan yang terdapat dalam negara
 Pasaran / pelanggan dalam negara
 Pasaran sempit

2. Antarabangsa
 Perniagaan antarabangsa merujuk kepada perniagaan yang sebahagian aktiviti atau kegiatan
perniagaannya melibatkan negara luar
 Melibatkan aktiviti import, eksport dan entrepot
 Pasaran luas
 Urusan perniagaan melibatkan pertukaran wang asing seperti Yen Jepun

http://www.youtube.com/c/HidayahYusoff0808


Click to View FlipBook Version