The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Hidayah Yusoff, 2020-08-04 23:49:10

NOTA PP BAB 2 SEM 1

NOTA PP BAB 2 SEM 1

Keywords: PENGAJIAN PERNIAGAAN

LEPAK SANTAI BERSAMA CIKGU HIDAYAH

BAB 2: PENGELUARAN
2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
Takrif pengeluaran:
 Pengeluaran merujuk kepada sebarang aktiviti, kegiatan atau pekerjaan berkaitan dengan mengeluar,

mencipta, menyiapkan bahan mentah, dan memberi perkhidmatan.

 Juga melibatkan proses pencarian idea, perancangan pengurusan dan keseluruhan aktiviti dalam pengeluaran
produk.

Takrif pengurusan pengeluaran
 Suatu proses pengurusan yang menggabungkan sumber-sumber perniagaan seperti sumber manusia dan

mesin bagi mengeluarkan barangan atau menawarkan perkhidmatan.

 satu sistem yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan
perkhidmatan.

Contoh Aktiviti pengeluaran:
1. Pengeluaran secara fizikal :
 Penghasilan burger McDonald
 Pengeluaran Bihun Sufi
 Pemasangan Pesawat Boeng 737-300

2. Pengeluaran bukan fizikal [servis/perkhidmatan] :
 Pendidikan
 Perubatan
 Guaman
 Khidmat nasihat

Peranan pengeluaran:
1. Menghasilkan output : produk fizikal dan perkhidmatan
2. Mengawal kualiti produk dan perkhidmatan
3. Mengawal kos semasa pengeluaran
4. Mengawal kecekapan penggunaan sumber
5. Memastikan produktiviti adalah maksimum
6. Mengawal selia kelancaran proses pengeluaran
7. Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

Evolusi Konsep Tahun Pelopor
Revolusi industri 1769 James Watt
Enjin wap 1776 Adam Smith
Pembahagian kerja 1790 Eli Whitney
‘Interchangeable Parts’

Pengurusan saintifik Prinsip Pengurusan Saintifik 1911 Frederick W.Taylor
Perhubungan manusia Kajian masa dan pergerakan 1911 Frank and Lillian Gilbreth
Carta penjadualan aktiviti [Gantt] 1912 Henry Gantt
Barisan pemasangan bergerak 1913 Henry Ford
Kajian Hawthorne 1930 Elton Mayo
Teori Motivasi 1940an Abraham Maslow
1950an Frederick Herzberg
Penyelidikan Pengaturcaraan linear 1960an Douglas McGregor
pengeluaran [operasi] Komputer digital 1947 George Dantzig
Simulasi, Teori Barisan menunggu, 1951 Remington Rand
Teori Keputusan, 1950an Operations Research Group
PERT/CPM
MRP, EDI, EFT, CIM 1960an Joseph Orlicky,
1970an IBM

Revolusi kualiti Just in Time [JIT] 1970an Taiichi Ohno [Toyota]
TQM [Total Quality Management] 1980an W.Edwards Deming, Joseph
Juran
Strategi dan operasi 1990an Wickham Skinner, Robert
Hayes
Proses Perniagaan Michael Hammer, James
Merekayasa [Reengineering] Champy

Globalisasi WTO [World Trade Organization] 1990an Banyak negara dan syarikat
Revolusi internet EU [European Union] 2000an yang terlibat
Other trade agreements
Internet, WWW 1990an ARPANET, Tim Berners-Lee
ERP, Pengurusan Rantaian Bekalan 2000an SAP, i2 Technologies. Oracle,
PeopleSoft
E-Dagang Amazon, Yahoo, Ebay.

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran:

1. Peningkatan teknologi
 Wujudnya kaedah dan teknologi baru yang membolehkan proses pengeluaran yang lebih cepat
menuntut pengurus lebih peka kepada perubahan tersebut sama ada untuk menggantikan dengan
kaedah sedia ada dengan kaedah dan teknologi baru tersebut.

2. Penekanan pada kualiti
 Pengurus pengeluaran perlu memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang baik
secara berterusan
 Pengurus perlu memastikan produk yang dikeluarkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh
industri seperti pematuhan kepada SIRIM, ISO dan sebagainya.
 Pengurus perlu bijak menangani peningkatan kos tambahan untuk pengeluaran produk berkualiti
 Pengurus perlu sentiasa membuat pemantauan, memastikan kaedah pengeluaran yang digunakan
adalah yang terbaik untuk kualiti terbaik.

3. Isu penjagaan alam sekitar
 Pengurus pengeluaran perlu sentiasa peka dengan kesan pengeluaran ke atas alam sekitar di
samping objektif syarikat untuk mendapat keuntungan.
 Mengambil langkah pemuliharaan alam sekitar.
 Pengurus perlu memastikan sisa pengeluaran dikendalikan mengikut peraturan

4. Sumber semakin berkurangan
 Sumber manusia semakin berkurang dan pengurus perlu memastikan pekerja sentiasa mencukupi
 Sumber bahan mentah semakin berkurang dan pengurus pengeluaran perlu memastikan bahan
mentah sentiasa mencukupi
 Sumber kewangan yang semakin berkurang di mana pengurus pengeluaran perlu sentiasa
memastikan bajet diuruskan dengan baik dan tanpa masalah kewangan.

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran

Jabatan pemasaran:
1. Membuat tempahan produk kepada jabatan pengeluaran
2. Membuat perancangan jumlah produk yang perlu dihasilkan untuk dipasarkan
3. Mendapatkan maklum balas tentang kehendak pelanggan terhadap spesifikasi produk
4. Memasarkan produk yang dikeluarkan oleh jabatan pengeluaran.

Jabatan pengeluaran:
1. Mengeluarkan produk berdasarkan tempahan dan spesifikasi daripada jabatan pemasaran
2. Menghasilkan volum produk berdasarkan jumlah perancangan jualan daripada jabatan pemasaran
3. Membuat penambahbaikan dan perubahan berdasarkan perubahan cita rasa pelanggan yang dikenal pasti
oleh jabatan pemasaran
4. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan produk berdasarkan maklumat pelanggan
daripada jabatan pemasaran.

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan

Jabatan kewangan:
1. Menyediakan peruntukan dan sumber kewangan berdasarkan keperluan yang dimaklumkan oleh jabatan
pengeluaran.
2. Menerima cadangan daripada jabatan pengeluaran untuk sebarang penambahan pelaburan dalam bentuk

aset seperti pembelian mesin, pembesaran kilang dan sebagainya.
3. Menyediakan laporan kewangan kepada jabatan pengeluaran berkaitan kos overhed dan kos pengeluaran

langsung untuk tindakan sewajarnya

Jabatan Pengeluaran:
1. Memberi maklumat berkaitan keperluan kewangan untuk sebarang aktiviti operasi pengeluaran kepada
jabatan kewangan.
2. Membuat cadangan kepada jabatan kewangan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membuat
pelaburan tambahan untuk menambah kecekapan pengeluaran.
3. Menyediakan rancangan belanjawan atau bajet kepada jabatan kewangan untuk diluluskan.

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia

Jabatan sumber manusia:
1. Memberi maklumat kebersediaan sumber manusia organisasi kepada jabatan pengeluaran untuk
merancang sebarang program dalam jabatan.
2. Merekrut, membuat pemilihan, mengadakan program orientasi, melaksanakan program latihan yang
berkaitan dengan jabatan pengeluaran.

Jabatan pengeluaran:
1. Membuat unjuran keperluan sumber manusia dalam jabatan pengeluaran kepada jabatan sumber
manusia.
2. Memaklumkan kepada jabatan sumber manusia apabila berlaku pemecatan pekerja atau pengurangan
dalam bilangan sumber manusia dalam jabatan pengeluaran.

Sistem Pengeluaran:
 Sistem pengeluaran merupakan satu sistem transformasi yang menukarkan input kepada output.
 Di dalam sistem pengeluaran, terdapat beberapa komponen dan elemen yang saling berhubung kait seperti:

1. Input yang terdiri daripada semua sumber yang digunakan semasa proses transformasi
2. Proses transformasi terhadap input
3. Output yang terdiri daripada produk siap dan produk separuh siap.
4. Aset yang digunakan termasuklah kilang, mesin dan peralatan.
5. Sumber manusia yang terdiri daripada pekerja yang terlibat dalam aspek fizikal dan mental, mahir dan

tidak mahir.
6. Sumber modal termasuklah kewangan yang dilaburkan oleh pemilik, pemegang saham dan pinjaman

bank.
7. Teknologi yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Subsistem Pengeluaran:
 Subsistem pengeluaran merujuk kepada sistem pengeluaran yang lebih kecil dalam satu sistem yang lebih

besar dan rumit.
 Subsistem pengeluaran merujuk kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dalam sistem pengeluaran yang

terlibat secara langsung dalam membentuk satu sistem pengeluaran (unit kawalan inventori, pengurusan
logistik, unit kawalan kualiti dan sebagainya).

2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN

Proses Pengeluaran:
1. Input

i. Proses penyediaan faktor pengeluaran yang akan digunakan semasa proses pengeluaran seperti
bahan mentah, mesin, peralatan, modal insan, teknologi, dan modal.

2. Proses Transformasi
i. Proses mengubah input pengeluaran kepada produk siap dan separuh siap melalui proses tambah
nilai ke atas bahan mentah menggunakan semua mesin dan peralatan, teknologi dan juga kepakaran
modal insan.

3. Output
i. Output merupakan produk siap dan produk separuh siap yang akan dipasarkan oleh jabatan
pemasaran kepada pengguna akhir atau pengguna industri.

Reka bentuk pengeluaran:
1. Simplification

 Reka bentuk pengeluaran yang mengurangkan kuantiti bahagian, komponen, atau proses pemasangan
dalam pengeluaran produk

 Menjadikan sesuatu proses pengeluaran lebih mudah dan banyak peringkat atau langkah kepada
beberapa langkah yang digabungkan.

 Menjimatkan tempoh masa dan kos pengeluaran di mana semua sumber akan digunakan secara
optimum.

2. Standardization
 Reka bentuk pengeluaran yang menggunakan bahagian yang seragam dan biasanya boleh ditukar ganti
dengan mudah.
 Merujuk kepada proses penyediaan satu piawaian atau satu standard pengeluaran yang perlu diikuti
sepanjang proses pengeluaran termasuklah:
1. Standard teknikal dan prosedur
2. Standard spesifikasi produk
3. Standard kaedah ujian
4. Standard kualiti produk
5. Standard tempoh masa pengeluaran.

3. Modular
 Reka bentuk pengeluaran yang menggabungkan blok pembinaan yang standard, atau modul, untuk
mencipta produk siap yang unik.
 Reka bentuk pengeluaran ini menggunakan komponen-komponen prasiap yang disediakan di kilang,
diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual untuk menghasilkan produk siap.
 Membahagikan proses pengeluaran yang kepada bahagian atau unit-unit pengeluaran yang lebih kecil
dalam sel-sel tertentu.
 Tujuan reka bentuk ini adalah untuk memastikan proses pengeluaran mudah dipantau dan sebarang
kesilapan lebih mudah dikenal pasti.

Jenis-jenis pengeluaran

1. Pengeluaran secara tempahan
 Melibatkan pengeluaran dan penghasilan produk mengikut spesifikasi dan ciri yang dipersetujui oleh
pelanggan.
 Biasanya ciri-ciri jenis pengeluaran secara tempahan ini ialah:
1. Masa lama untuk disiapkan
2. Modal dan pelaburan yang besar diperlukan
3. Kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan produk mengikut spesifikasi pelanggan
4. Penggunaan teknologi yang canggih dan terkini
5. Produk dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.
6. Produk hanya dihasilkan selepas mendapat tempahan daripada pelanggan.
7. Contoh pengeluaran : Pembinaan rumah, tempahan makanan katering.

2. Pengeluaran Secara massa
 Pengeluaran secara massa merujuk kepada pengeluaran secara berterusan, berulangan, dan secara besar-
besaran dengan volum pengeluaran yang besar.
 Antara ciri-ciri pengeluaran secara massa ialah:
1. Produk yang seragam
2. Pengeluaran dalam satu barisan yang panjang
3. Pengeluaran secara berterusan dan kadang kala melibatkan operasi 24 jam
4. Proses pengeluaran melibatkan penggunaan mesin dan jentera yang dikawal oleh komputer
5. Melibatkan barangan keperluan harian
6. Contoh : pengeluaran minyak masak, gula, sabun dan sebagainya.

3. Pengeluaran Secara kelompok
 Pengeluaran secara kelompok melibatkan proses pengeluaran produk yang dihasilkan mengikut
spesifikasi pengguna.
 Ciri-ciri bagi pengeluaran secara kelompok ini ialah:
1. Produk dikeluarkan dalam kuantiti yang sederhana
2. Standard dan spesifikasi ditentukan oleh pelanggan
3. Pengeluaran barangan yang mempunyai fungsi yang sama
4. Pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan kelompok yang lain.
5. Segala peralatan disusun untuk mengeluarkan produk atau barangan yang berbeza
6. Semua tenaga kerja akan disusun bagi mengeluarkan produk yang berbeza mengikut kelompok.
7. Contoh : Percetakan buku dan majalah, pemasangan barangan elektronik, penghasilan kek di kedai
kek dan sebagainya.

Susun atur proses pengeluaran

1. Susun atur tetap
 Ciri-ciri susun atur proses pengeluaran secara susun atur tetap:
1. Proses pengeluaran adalah kekal di satu lokasi dari awal hingga siap
2. Semua input pengeluaran akan dibawa ke lokasi pengeluaran

3. Ciri-ciri produk biasanya berat, besar, mudah pecah
4. Kos yang tingi untuk hasilkan suatu produk
5. Contoh pengeluaran : Pembinaan lebuh raya, jambatan, bangunan, kapal laut, kapal terbang,

empangan, dan sebagainya.

2. Susun atur proses
 Ciri-ciri susun atur pengeluaran secara susun atur proses ialah :
1. Input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan disusun mengikut fungsi
kerja.
2. Penghasilan produk adalah tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti keluaran.
3. Pengeluaran adalah dalam kumpulan atau kelompok yang kecil.
4. Pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini.
5. Berlaku perkongsian sumber di mana semua sumber akan digunakan secara bersama oleh pekerja
yang berbeza.
6. Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan hospital, perkhidmatan bank, bengkel perkayuan,
kek tempahan, dan sebagainya.

3. Susun atur produk
 Ciri-ciri susun atur pengeluaran secara susun atur produk ialah:
1. Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan akan disusun
khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.
2. Pengeluaran melibatkan penghasilan produk yang seragam.
3. Pengeluaran melibatkan volum kuantiti yang banyak
4. Wujud lini atau barisan pemasangan dalam proses pengeluaran
5. Contoh: Pengeluaran-pengeluaran automobil, pemprosesan makanan, pengeluaran kasut,
pemasangan komputer, barangan elektrik, dan sebagainya.

4. Susun atur selular
 Ciri-ciri susun atur selular dalam susun atur proses pengeluaran ialah:
1. Membina pelbagai produk dengan hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit.
2. Semua peralatan dan stesen kerja akan disusun dalam urutan yang melalui sesuatu proses yang
menyokong aliran dan susunan bahan mentah dan komponen secara lancar, tanpa berlaku
kelewatan.
3. Melibatkan produk yang memerlukan banyak gabungan komponen
4. Kepakaran berbeza untuk setiap komponen pengeluaran dalam setiap sel pengeluaran atau
penghasilan komponen.

Objektif pemilihan lokasi kilang

Sebelum sesebuah kilang dibina, beberapa faktor perlu diambil kira bagi memastikan kelancaran operasi kilang
tersebut terjamin bagi jangka masa pendek dan panjang. Antara faktor terpenting dalam pembinaan sesebuah
kilang ialah faktor lokasi kilang tersebut.

Antara objektif pemilihan lokasi kilang ialah:
1. Mengurangkan kos pengeluaran

2. Memaksimakan keuntungan
3. Memudahkan logistik
4. Mewujudkan harga produk yang lebih kompetitif

Berikut ialah faktor-faktor yang perlu diambil kira dan boleh mempengaruhi pemilihan lokasi kilang.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kilang

1. Bekalan tenaga buruh
 Bekalan tenaga buruh adalah faktor terpenting untuk menjalankan proses pengeluaran.
 Jadi, pengeluar harus memastikan lokasi kilang yang hendak dibina memenuhi pertimbangan :
1. Kos buruh
2. Kuantiti penawaran buruh
3. Etika buruh, dan
4. Tahap kemahiran buruh.

2. Sistem pengangkutan dan logistik
 Kemudahan pengangkutan yang baik seperti lebuhraya, keretapi dan laut juga perlu diambil kira bagi
memastikan bahan mentah dan produk yang siap dihantar dengan segera.
 Sistem pengangkutan dan logistik yang baik akan memudahkan syarikat berhubung dengan pasaran dan
kemudahan penghantaran bahan mentah. Ini akan menjimatkan kos dan mengurangkan kos menyimpan
inventori.

3. Pengguna sasaran
 Pengeluar perlu memastikan kedudukan kilang yang berhampiran dengan pengguna akan meningkatkan
permintaan terhadap produk.

4. Pembekal dan sumber
 Pengeluar juga harus memastikan kilang yang akan dibina adalah berdekatan dengan pembekal bahan
mentah bagi memastikan proses pengeluaran adalah sentiasa lancar dan tidak tergendala.
 Kedapatan bahan mentah dan jaraknya dgn kilang menjadi asas pertimbangan pemilihan kawasan
kilang.
 Pembekal yang bertolak ansur, cekap dan jujur harus di pertimbangkan sebelum pembinaan sesebuah
kilang.

5. Politik dan sosiobudaya setempat
 Politik dalaman yang stabil membolehkan perniagaan berjalan dengan aman, tiada gangguan dan
perubahan yang kerap terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan.

6. Iklim dan kos utiliti
 Iklim yang sesuai dan bebas dari bencana seperti banjir, gempa bumi membolehkan pengeluaran
berjalan dengan lancar. Kos utiliti seperti tarif air, elektrik dan gas yang berpatutan mengurangkan kos
pengeluaran.

7. Peraturan dan kawalan undang-undang
 Pengenaan cukai yang tidak membebankan, perlindungan tariff, perlindungan hak milik mempengaruhi
pengeluar memilih lokasi untuk mengembangkan operasi perniagaan.

8. Saiz dan kos tanah
 Kos tanah yang terlalu tinggi membuatkan pemilik perniagaan mem buat keputusan membeli atau
menyewa sesuatu lokasi. Lokasi perniagaan yang strategic dan menjadi tumpuan ramai mempunyai kos
tanah yang tinggi.

9. Ciri-ciri sosial
 Pendapatan penduduk, budaya dan kualiti hidup seperti kadar upah, keperluan latihan, produktiviti
pekerja, taraf kesihatan, produktiviti, kesatuan sekerja dan lain-lain.

10. Jarak lokasi dengan tempat kemudahan
 Jarak lokasi dengan kemudahan seperti institusi kewangan, pembekal, pemasar memudahkan urusan
pembayaran dan penerimaan wang, bekalan dan pemasaran produk.

2.3 Kawalan kualiti

Maksud kawalan kualiti:
 Kawalan kualiti ialah proses pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan bagi memastikan produk

tersebut menepati piawai dan standard yang telah ditetapkan.

Kepentingan kawalan kualiti:
 Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses pengeluaran
 Memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kualiti produk
 Memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti produk.

Proses Kawalan Kualiti
1. Rancang (Plan) – Aktiviti mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti masalah, penentuan matlamat dan

membangunkan perancangan untuk penambahbaikan.
2. Buat (Do) - Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang dan mengukur

pencapaian
3. Semak (Check) - Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan dan mengenal

pasti segala kecacatan atau pelanggaran piawaian yang telah ditetapkan untuk tindakan seterusnya.
4. Tindakan (Act) – Proses terakhir ialah proses mengambil segala tindakan penambahbaikan atau pembetulan

di atas semua kecacatan dan kesilapan yang dilaporkan.

Kaedah pemeriksaan

1. Pemeriksaan menyeluruh
 Kaedah di mana semua produk yang dikeluarkan akan melalui proses pemeriksaan.
 Sesuai dilaksanakan bagi pengeluaran produk secara tempahan di mana unitnya adalah kecil.

 Pemeriksaan menyeluruh ini tidak sesuai bagi produk yang dikeluarkan secara massa kerana ia akan
mengambil masa yang lama.

2. Pelan persampelan
 Merujuk kepada pemeriksaan ke atas beberapa sampel yang diambil secara rawak dalam satu kumpulan
 Sampel tersebut akan mewakili kumpulan atau lot produk yang telah diperiksa.
 Lot atau kumpulan produk akan diterima sekiranya sampel yang diambil dan diperiksa telah mematuhi

piawaian dan standard pengeluaran yang telah ditetapkan.
 Sekiranya sampel-sampel yang diperiksa didapati banyak yang rosak, lot atau kumpulan produk bagi sampel

tersebut akan ditolak.
 Pemeriksaan secara pelan persampelan ini sesuai untuk produk yang dikeluarkan secara massa atau

kelompok.

Alat-alat kawalan kualiti

1. Kawalan proses secara statistik ( Statistical Process Control )
 Mengambil sampel secara berkala semasa proses kerja pengeluaran dan memeriksa sampel tersebut
berada dalam had kawalan statistik atau sebaliknya
 Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi
suatu produk yang telah dikeluarkan.
 Sekiranya ukuran purata sampel produk berada di dalam had kawalan, pengeluaran produk akan
diteruskan manakala jika sebaliknya, tindakan pembetulan perlu dilaksanakan secara segera terhadap
bahagian yang didapati tidak menepati standard kualiti yang telah ditetapkan.

2. Carta Kawalan
 Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang sedang dijalankan, memantau sejauh mana
produk memenuhi spesifikasi bagi kualiti dan hasil pemantauan direkodkan dalam bentuk carta

3. Kajian Kualiti/Kos
 Menjalankan kajian ke atas kualiti produk berbanding dengan kos produk di mana kajian dibuat untuk
 Alat kawalan kualiti menggunakan kaedah kajian kualiti dan kos merujuk kepada penilaian ke atas kos
yang terlibat untuk meningkatkan kualiti produk termasuk kos pencegahan, kos penilaian, kos kegagalan
luaran dan dalaman.

4. Pasukan Penambahbaikan Kualiti
 Pasukan penambahbaikan kualiti merujuk kepada kumpulan pekerja yang terdiri daripada pelbagai
peringkat dalam unit pengeluaran yang diwujudkan untuk membuat proses kawalan kualiti yang bermula
dengan proses mengenal pasti masalah dalam kualiti produk, membuat analisis, dan menyelesaikan
masalah yang timbul tersebut.

5. Penanda Aras (Benchmarking)
 Kawalan kualiti berasaskan kaedah penanda aras atau benchmarking adalah satu cara sesebuah
organisasi mendapatkan cara terbaik untuk aktiviti pengawalan kualiti produk dan juga aktiviti untuk

peningkatan prestasi organisasi.
 Organisasi yang mempunyai amalan dan kaedah pengurusan kawalan terbaik akan dijadikan contoh

rujukan untuk menanda aras prestasi organisasi tersebut.

6. Analisis Tambah Nilai
 Analisis tambah nilai merujuk kepada satu proses mengeluarkan ciri-ciri dalam suatu produk bagi
menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan tanpa menjejaskan kualiti
produk tersebut.
 Dalam analisis tambah nilai juga, suatu produk akan diberi ciri-ciri tambahan untuk kepuasan pelanggan
tanpa melibatkan penambahan kos pengeluaran yang tinggi.

Pendekatan kawalan kualiti
1. Kawalan Input

 Kawalan input juga dikenali sebagai kawalan awalan.
 Merujuk kepada kawalan ke atas semua input pengeluaran termasuk bahan mentah, peralatan, mesin,

modal insan sebelum aktiviti proses pengeluaran dilaksanakan bai memastikan semua input adalah yang
terbaik dan tanpa sebarang masalah.

2. Kawalan Proses
 Kawalan proses merujuk kepada kawalan semasa proses pengeluaran berlaku di mana pihak organisasi
akan memastikan proses pengeluaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
 Pengurus akan memastikan operasi berjalan dengan lancar dan sekiranya berlaku sebarang masalah,
tindakan pemulihan dan penambahbaikan akan dilakukan dengan segera.

3. Kawalan Output
 Kawalan output merujuk kepada kawalan selepas sesuatu proses pengeluaran selesai.
 Pengurus akan memantau kualiti produk secara pelan persampelan atau kaedah pemeriksaan menyeluruh
sebelum produk yang dikeluarkan dapat diterima untuk dipasarkan.

2.4 KAWALAN INVENTORI

Maksud Kawalan Inventori
 Merujuk kepada satu aktiviti menyimpan dan memastikan inventori atau stok bahan mentah dan barangan

siap sentiasa dapat disediakan apabila diperlukan sepanjang masa.

Kepentingan Kawalan Inventori
1. Memastikan inventori sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang masa

2. Memastikan tiada pembaziran kos pemegangan inventori dalam suatu tempoh tertentu
3. Memastikan proses menyediakan produk dalam proses pengeluaran dilakukan secara berterusan
4. Memastikan semua keperluan dalam pasaran dapat dipenuhi apabila diperlukan
5. Memastikan risiko kecurian dan kerosakan pada inventori dapat dikurangkan
6. Mengelakkan berlaku pembaziran sumber

Jenis-jenis inventori
1. Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran (kayu dan paku)
2. Produk separuh siap yang masih dalam proses transformasi (pintu almari)
3. Produk siap yang bersedia untuk dipasarkan (almari baju)
4. Alatan penyelenggaraan yang digunakan untuk selenggara mesin dan alatan

Alatan habis guna yang digunakan sepanjang proses pengeluaran.
Alat / kaedah kawalan inventori
1. Analisis ABC

 Analisis ABC merujuk satu kaedah kawalan inventori menggunakan pengelasan tahap penggunaan
inventori mengikut nilai ringgit penggunaan.

 Semakin tinggi nilai ringgit penggunaan suatu inventori, semakin tinggi tahap kepentingannya.
 Tiga tahap inventori yang dikelaskan mengikut nilai penggunaan ringgit iaitu:

1. Tahap A – paling penting
o Penggunaan yang paling tinggi dari segi nilai ringgit dan kerap digunakan

2. Tahap B - sederhana penting
o Penggunaan ringgit yang sederhana dalam inventori tahap ini.

3. Tahap C – kurang penting
o Penggunaan ringgit yang paling kurang dan paling jarang digunakan.

2. Model Kuantiti Pesanan Ekonomi ( Economic Order Quantity)
 EOQ merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang akan
meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan.
 EOQ juga merupakan satu teknik pengurusan inventori untuk mengimbangi 3 kos yang utama
melibatkan pesanan dan simpanan inventori iaitu :
1. Kos belian – harga belian dan kos penghantaran
2. Kos pesanan – Harga memproses iaitu kos kertas kerja, kos panggilan, kos pemeriksaan barangan
dan lain-lain kos.
3. Kos simpanan [Pegangan] – Kos untuk menyimpan inventori. Insurans, cukai dan lain-lain.

3. Titik Pesanan Semula (Reorder Point)-ROP
 ROP merujuk kepada keputusan untuk menentukan masa yang sesuai untuk memesan semula inventori
dalam suatu kuantiti tertentu.

4. Sistem Tepat Pada Waktu ( Just In Time ) -JIT
 JIT merujuk kepada satu sistem yang memastikan pembekal perlu menghantar bekalan inventori kepada
pelanggan atau organisasi tepat pada masa yang diperlukan dalam satu jumlah minimum yang mungkin.

Andaian EOQ :

1. Kadar penggunaan adalah konsisten
2. Item dikeluarkan atau diperolehi dalam bentuk lot dan diterima sekaligus dan tiada had ke atas saiz lot

item.
3. Keputusan untuk sesuatu item tidak bergantung kepada keputusan bagi item yang lain di mana hanya

satu item yang terlibat pada suatu masa tertentu.
4. Masa menunggu diketahui dengan pasti
5. Kekurangan tidak dibenarkan berlaku
6. Diskaun harga tidak ditawarkan
7. Kos yang terlibat ialah kos pesanan dan kos pemegangan [penyimpanan] sahaja

Tujuan EOQ
1. Memastikan pengaliran kerja diselenggarakan dengan baik
2. Dapat mengawal kos inventori
3. Untuk menepati masa dan saiz tempahan
4. Dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan pengguna.

MODEL EOQ
 Purata inventori kitaran = Q + 0 = Q

22
FORMULA MENCARI NILAI EOQ

EOQ Error! Reference source not found.

Di mana :

D = Permintaan ramalan sesuatu item dalam suatu jangka masa
OC = Kos pesanan
V = Kos pesanan sesuatu item
CC = Kos penyimpanan dalam penyenggaraan inventori keseluruhan dalam peratus

 Apabila kos [pemesanan/permintaan/pemegangan] meningkat, EOQ akan meningkat.

Contoh Pengiraan EOQ :
Syarikat SQ sebuah pembekal alat elektronik ingin menentukan kuantiti pesanan ekonominya. Item yang
hendak ditentukan ialah kipas jenama KDK. Ramalan jualan syarikat ialah 4000 unit setahun dan nilai
belian setiap item ialah RM500. Pengurus kewangan telah menganggarkan bahawa setiap pesanan item
tersebut ialah RM75 dan kos penyimpanan termasuk insurans, cukai dan lain-lain adalah 20% setahun dari
harga sistem tersebut.
Kirakan EOQ Syarikat Jaya untuk item tersebut.

Penyelesaian:
Maklumat yang diperolehi ialah:
D - 4000 unit
OC - RM75

V - RM500
CC- 20%

EOQ Error! Reference source not found.

= Error! Reference source not found.
= 77.46 [bundarkan]
= 78 unit
Model inventori ini mencadangkan pada pihak pengurusan Syarikat SQ bahawa pesanan yang paling
ekonomi ialah 78 unit, iaitu mereka mesti membuat pesanan sebanyak 52 kali setahun [4000/78].

5. Titik Pesanan Semula (Reorder Point)-ROP
 Dalam Pengurusan inventori, pengurus operasi mestilah membuat keputusan mengenai bilakah masanya
untuk memesan semula dan jumlah akan dipesan semula itu.
 Masa untuk memesan semula disebut ‘titik pesanan semula’ yang biasanya dibuat pada suatu paras stok
yang ditentukan terlebih dahulu.
 Paras stok ini mengambil kira masa tunggu yang diperlukan dan juga stok keselamatan.

FORMULA ROP
ROP = Error! Reference source not found. × L
Petunjuk:
D = Jumlah Permintaan
W= Jumlah masa bekerja setahun
L = Jangka Masa Penghantaran Pesanan

Objektif Sistem Inventori tepat pada masa [JIT]:
1. Mengurangkan kos penyimpanan inventori
2. Mengelakkan pembaziran inventori bahan mentah dan barang separuh siap
3. Menjimatkan masa pengurusan inventori dan kekerapan penyediaan inventori (set-up)
4. Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori untuk setiap kali proses pengeluaran.
5. Memastikan sistem pengeluaran sentiasa berjalan lancar dan tidak tergendala akibat kekurangan bahan
mentah.
6. Menjadikan proses pengeluaran lebih fleksibel.

Ciri – ciri Sistem JIT :
1. Komponen yang digunakan dalam sistem pengeluaran adalah seragam
2. Saiz lot pengeluaran yang kecil
3. Kualiti produk sentiasa dititikberatkan
4. Masa proses pengeluaran yang pendek
5. Mesti mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal
6. Tenaga kerja digunakan secara anjal
7. Melibatkan susun atur proses pengeluaran secara susun atur produk.

2.5 ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN

Maksud International Organisation for Standardisation (ISO)
 ISO merujuk kepada satu standard dan piawai bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen

asas yang perlu ada dalam suatu sistem kualiti bagi sesebuah organisasi.

Prinsip – prinsip ISO 9000 :
1. Prinsip Pertama : Standard bagi sistem kualiti
2. Prinsip Kedua : Dokumentasi pada semua proses kerja yang kritikal
3. Prinsip Ketiga : Penekanan kepada aspek pencegahan sebarang masalah
4. Prinsip keempat : Penumpuan kepada pelanggan
5. Prinsip keempat : Standard universal [umum] untuk bagi semua organisasi
Faedah-faedah ISO 9000
1. Boleh mengurangkan proses tindakan pembetulan
2. Boleh mengenal pasti dan memperincikan tugas-tugas yang patut dilaksanakan
3. Dapat mendokumentasikan semua amalan-amalan pengurusan dan cara melaksanakan kerja
4. Boleh mengenal pasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada berulang
5. Tugas yang dilaksanakan adalah “right the first time and everytime” iaitu sentiasa betul dari awal sehingga

bila-bila.
6. Menjadi bukti kepada pembuat penilaian ke atas kualiti perkhidmatan
7. Membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan tepat.

Ciri utama ISO 9000:
1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurus atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi
5. Memastikan keberkesanan latihan
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan elemen kualiti
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian objektif kualiti.

Siri-siri ISO 9000

JENIS NAMA Keterangan

STANDA Garis panduan bagi memilih dan menggunakan model yang sesuai.
Garis panduan bagi melaksanakan pengurusan kualiti dan elemen-elemen
RD sistem kualiti.
Kepastian kualiti dalam:
Garis Panduan ISO 9000
 Reka bentuk
Garis Panduan ISO 9004  Pengeluaran produk atau perkhidmatan
 Instalasi atau khidmat
Model ISO 9001 Kepastian kualiti dalam:
Kepastian  Pengeluaran produk atau perkhidmatan
Kualiti  Instalasi atau khidmat
Kepastian kualiti dalam:
Model ISO 9002
Kepastian ISO 9003
Kualiti
Model

Kepastian  Pemeriksaan
Kualiti  Pengujian

Elemen-elemen ISO 9000
BIL ELEMEN-ELEMEN ISO 9000
1 Tanggungjawab Pengurusan (Management Responsibility)
2 Sistem Kualiti (Quality System)
3 Semakan Kontrak (Contract Review)
4 Kawalan Rekabentuk (Design Control)
5 Kawalan Dokumen dan Data (Document and Data Control)
6 Perolehan (Purchasing)
7 Kawalan Produk yang Dibekalkan oleh Pelanggan (Control of Customer Supplied Product)
8 Identifikasi dan Kemudahkesanan Produk-Product Identification and Traceability)
9 Kawalan Proses (Process Control)
10 Pemeriksaan dan Pengujian (Inspection and Testing)
11 Kawalan Peralatan Pemeriksaan, Pengukuran dan Pengujian (Control of Inspection, Measuring
and Test Equipment)
12 Status Pemeriksaan dan Pengujian (Inspection and Test Status)
13 Kawalan Produk yang Tidak Memenuhi Keperluan yang Ditetapkan (Control of Nonconforming
Product)
14 Tindakan Pembetulan dan Pencegahan (Corective and Preventive Action)
15 Pengendalian, Penyimpanan, Pembungkusan. Pemeliharaan dan Penghantaran (Handling.
Storage, Packaging, Preservation and Delivery)
16 Kawalan Rekod-rekod Kualiti (Control of Quality Records)
17 Audit Kualiti Dalaman (Internal Quality Audits)
18 Latihan (Training)
19 Khidmat Susulan (Servicing)
20 Teknik-teknik Statistik (Statistical Techniques)

Cara-cara untuk mendapat ISO 9000
1. Melaksanakan ISO 9000.
2. Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumenkan.
3. Menyediakan dokumen-dokumen ISO 9000
4. Menjalankan analisis jurang perbezaan
5. Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana
6. Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan ISO 9000
7. Membina komitmen pengurusan atasan.

Maksud Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

 Pengurusan Kualiti Secara Menyeluruh adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada
falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan, penglibatan semua orang,

setiap bahagian, dan proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.

Kepentingan TQM

1. Penghasilan produk dan perkhidmatan yang lebih murah
2. Proses pengeluaran menjadi lebih cepat
3. Produk dan perkhidmatan lebih berkualiti dan dapat memuaskan pelanggan
4. Peningkatan kualiti dan pengurangan kos produk dan perkhidmatan untuk membolehkan syarikat bersaing

dengan lebih efektif di pasaran.
Objektif TQM
1. Memenuhi kepuasan pelanggan melalui penghasilan produk yang berkualiti dan harga berpatutan.
2. Meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih kompetitif dengan membuat kerja

betul kali pertama iaitu output maksimum dan input minimum, bukan membuat pembetulan kemudian.
3. Untuk mencapai keberkesanan dengan menghasilkan output yang tepat, tiada kecacatan iaitu yang dihargai

oleh pemegang saham.

Prinsip – prinsip TQM
1. Memfokuskan penambahbaikan kualiti produk dan perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan.
2. Pekerja diberi autoriti untuk membuat keputusan
3. Wujudkan semangat kerjasama dan kepercayaan antara ahli organisasi
4. Pekerja sentiasa diberi galakan untuk meningkatkan kualiti
5. Amalan yang berkualiti pihak pengurusan menjadi contoh kepada pekerja.
6. Semua aktiviti pengeluaran produk dan perkhidmatan perlu menekankan aspek penambahbaikan berterusan.

Ciri-ciri penekanan dalam kualiti produk
1. Performance (prestasi)
2. Features (sifat atau ciri)
3. Reliability (keboleh percayaan)
4. Conformance (setakat mana menurut piawai)
5. Durability (Ketahanan Lama/ Daya Tahan Lama
6. Serviceability (Kebolehan utk diselangarakan)
7. Aesthetics (estetik)
8. Perceived quality (kualiti anggapan)

Kebaikan TQM
1. Dapat meningkatkan produktiviti
2. Dapat meningkatkan semangat, keyakinan, serta kepuasan pekerja
3. Dapat meningkatkan imej organisasi
4. Dapat Memperbaiki hubungan antara organisasi dengan pembekal
5. Dapat menjimatkan kos operasi
6. Dapat meningkatkan kecekapan operasi organisasi secara keseluruhan
7. Dapat meningkatkan kebolehan untuk bersaing organisasi
8. Dapat membentuk budaya kualiti unggul

Kelemahan TQM
1. Kos yang tinggi termasuk latihan, penambahbaikan dan kawalan.

2. Tiada pekerja yang sanggup memberi komitmen
3. Tiada sokongan penuh dari staf bawahan
4. Pekerja yang berkemahiran adalah kurang
5. Mengambil masa yang lama untuk proses TQM

Perekayasaan Semula ( Reengineering)
 Proses membentuk semula proses-proses utama yang penting, proses yang kritikal yang melibatkan sistem,

struktur organisasi secara radikal dan besar-besaran untuk mencapai kemajuan besar dalam perniagaan.

Reka Bentuk Bantuan Komputer / Pembuatan Bantuan Komputer (Computer Aided Design/ Computer
Aided Manufacturing – CAD/ CAM)
 CAD adalah sejenis program komputer yang dicipta membolehkan pengguna untuk memberi dengan arahan

yang menyerupai pen dan kertas. CAD sering digunakan oleh jurutera, arkitek dan profesional reka bentuk
yang lain untuk mencipta objek 2D dan 3D untuk menggambarkan projek.
 CAM melibatkan penggunaan komputer dan robot untuk kawalan proses transformasi dan kualiti

Pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated manufacturing (CIM)]
 CIM merujuk kepada satu sistem pembuatan dengan menggunakan peruntukan bantuan komputer sebagai

kawalan dan automasi yang menggunakan teknologi tinggi pada semua peringkat pembuatan dengan tujuan
mengurangkan pembaziran dalam aspek tenaga kerja, kewangan, masa, peralatan dan perkakasan jentera,
tenaga dan sebagainya.

Sistem Pembuatan Luwes (Fleksibel Manufacturing System)
 Sistem pembuatan Luwes merujuk kepada satu sistem yang boleh mengawal sistem pengeluaran yang

menggunakan mesin yang akan membolehkan mesin tersebut mengeluarkan pelbagai produk dengan cepat
seperti satu sistem dengan beberapa komputer yang digunakan untuk mengawal mesin-mesin dalam operasi
tertentu dikawal oleh sebuah komputer pusat.

http://www.youtube.com/c/HidayahYusoff0808


Click to View FlipBook Version