Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025)
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) Kandungan & Muka surat Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke - 15 / 2025 Bil. Kandungan Muka surat 1. Senarai Kandungan Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 15 / 2025 1 2. Surat Jemputan Waris Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 15 / 2025 2 3. Surat Jemputan AJK PIBG Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 15 / 2025 3 4. Atur cara & Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 15 / 2025 4 5. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 15 / 2025 5 6. Moto, Visi, Misi & Objektif PIBG SK Batu 8 6 7. Carta Organisasi PIBG SK Batu 8 Sesi 2024 / 2025 7 8. Warga SK Batu 8 - 2025 8 9. Pendahuluan & Alu-aluan PIBG SK Batu 8 9 10. Rekod Ucapan & Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 14 / 2024 10 - 15 11. Catatan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 14 / 2024 16 - 19 12. Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2024 20 - 23 13. Penutup 24 14. Lampiran 1 – Penyata Kewangan Tahunan PIBG SK Batu 8 Berakhir 31 Dis. 2024 Lampiran 2 - Usul AJK PIBG 25 26 15. Sekalung Penghargaan & Terima Kasih 27 16. Catatan 28
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) No. Pendaftaran : JPK 03-07/3200(286) Telefon : 011-65735011 / e-mel : [email protected] _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ “ IKHLAS, BERBAKTI DAN PROFESIONAL “ Rujukan : PIBG .SKBL.100-8/1/14(8) Tarikh : 13 Februari 2025 14 Syaaban 1446 Bapa/Ibu/Waris/Penjaga/Ahli PIBG SK Batu 8. Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BATU 8 KALI KE - 15 2025. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke - 15 2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut :- Tarikh : 27 Februari 2025, Hari : Khamis, Masa : 2:00 petang, Tempat : Dewan Terbuka SK Batu 8. 3. Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti perincian di bawah :- Agenda I : Ucapan Tuan Yang Dipertua PIBG; Agenda II : Ucapan Tuan Penasihat PIBG; Agenda III : Membentang & Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-14 2024; Agenda IV : Membentang & Meluluskan Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2024; Agenda V : Membentang & Meluluskan Kutipan Sumbangan PIBG 2025: Agenda VI : Membahas Usul (jika ada); Agenda VII : Pemilihan & Pelantikan AJK PIBG SK Batu 8 sesi 2025/2026; Agenda VIII : Pemilihan & Pelantikan Juruaudit Dalaman PIBG SK Batu 8 sesi 2025/2026; Agenda IX : Hal-Hal Lain; dan Agenda X : Penutup & Penangguhan. Keberadaan dan komitmen tuan/puan pada majlis nanti amat dihargai demi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 pada kali ini. Kami dahului dengan ucapan selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT, BERBAKTI DAN BERWAWASAN” Saya yang menjalankan amanah, (ALAWIAH BINTI ABU BAKAR) Setiausaha, PIBG SK Batu 8, Sik. PERSATUAN IBU BAPA-GURU, SK BATU 8, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) No. Pendaftaran : JPK 03-07/3200(286) Telefon : 011-65735011 / e-mel : [email protected] _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ “ IKHLAS, BERBAKTI DAN PROFESIONAL “ Rujukan : PIBG .SKBL.100-8/1/14(9) Tarikh : 13 Februari 2025 14 Syaaban 1446 YDP/NYDP/Setiausaha/Bendahari/Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batu 8. Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BATU 8 KALI KE - 15 2025. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke - 15 2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut :- Tarikh : 27 Februari 2025, Hari : Khamis, Masa : 2:00 petang, Tempat : Dewan Terbuka SK Batu 8. 3. Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti perincian di bawah :- Agenda I : Ucapan Tuan Yang Dipertua PIBG; Agenda II : Ucapan Tuan Penasihat PIBG; Agenda III : Membentang & Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-14 2024; Agenda IV : Membentang & Meluluskan Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2024; Agenda V : Membentang & Meluluskan Kutipan Sumbangan PIBG 2025: Agenda VI : Membahas Usul (jika ada); Agenda VII : Pemilihan & Pelantikan AJK PIBG SK Batu 8 sesi 2025/2026; Agenda VIII : Pemilihan & Pelantikan Juruaudit Dalaman PIBG SK Batu 8 sesi 2025/2026; Agenda IX : Hal-Hal Lain; dan Agenda X : Penutup & Penangguhan. Keberadaan dan komitmen tuan/puan pada majlis nanti amat dihargai demi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 pada kali ini. Kami dahului dengan ucapan selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT, BERBAKTI DAN BERWAWASAN” Saya yang menjalankan amanah, (ALAWIAH BINTI ABU BAKAR) Setiausaha, PIBG SK Batu 8, Sik. PERSATUAN IBU BAPA-GURU, SK BATU 8, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) ATUR CARA DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BATU 8 KALI KE - 15 2025 2:00 petang : Pendaftaran. 2:30 petang : Ketibaan Perasmi & Tetamu Kehormat. 2:45 petang : Majlis Bermula. ► Aluan Juruacara; ► Doa; ► Ucapan Tuan Yang Dipertua PIBG SK Batu 8; ► Ucapan Tuan Penasihat PIBG SK Batu 8; ► Ucapan & Perasmian; ► Penyampaian tanda mata kepada perasmi; ► Penyampaian sijil penghargaan & tanda mata kepada AJK PIBG SK BATU 8 sesi 2025/2026; ► Cabutan bertuah; ► Persembahan; ► Istirahat; 3:45 petang : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke - 15 2025 bermula. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali yang ke - 15 2025 Agenda I : Ucapan Tuan Pengerusi PIBG; Agenda II : Ucapan Tuan Penasihat PIBG; Agenda III : Membentang & Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 14 2024; Agenda IV : Membentang & Meluluskan Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2024; Agenda V : Membentang & Meluluskan Kutipan Sumbangan PIBG 2025: Agenda VI : Membahas Usul-Usul (jika ada); Agenda VII : Pemilihan & Pelantikan AJK PIBG SK Batu 8 sesi 2025/2026; Agenda VIII : Pemilihan & Pelantikan Juruaudit Dalaman PIBG SK Batu 8 sesi 2025/2026; Agenda IX : Hal-Hal Lain; dan Agenda X : Penutup & Penangguhan. ► Cabutan Bertuah; ► Majlis tamat dan bersurai.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BATU 8 KALI KE - 15 (2025) (PENASIHAT) PUAN SOPIAH BINTI ZAKARIA (PENGERUSI) ENCIK ABDUL RASHID BIN ABD. HAMID (NAIB PENGERUSI) PUAN NORLAILA BINTI YA AHMAD PUAN MARDIANI BINTI KUSAIRI ENCIK SABRI BIN ABU BAKAR (SETIAUSAHA) PUAN ALAWIAH BINTI ABU BAKAR (BENDAHARI) ENCIK MOHAMMAD SABRI BIN ISMAIL (PENDAFTARAN) PUAN NUR HAKIMAH BINTI HASHIM PUAN SHAHIDAH BINTI SHAHDIN (JURUACARA) PUAN HAMILAH BINTI KAMIS (PERSIAPAN DEWAN) ENCIK ISHAK BIN AZIZ ENCIK MOHAMAD ZAIMI BIN ISMAIL PUAN HAMIDAH BINTI ALI PUAN ROZITA BINTI SAIDIN PUAN NOR AZITA BINTI MOHD ZAIN (DEKORASI PENTAS) LILIES SURYANTI BINTI AZEMI PUAN KHALIMATON BINTI MAJID PUAN ASMAWATI BINTI ABU SEMAN PUAN NOR SHAHIDA BINTI GHAZALI PUAN ROSLINA BINTI ZAINUL@HASSAN (JAMUAN TETAMU KEHORMAT) PUAN NOORHAYATI BINTI BERAHIM PUAN BASYIRAH BINTI JAMALUDIN PUAN MAZLINNA BINTI ABDUL JALIL PUAN NURUL HUSNA BINTI M. ABDUL WAHID PUAN HAJJAH NOR AZAH BINTI ABDUL RAZAK (JAMUAN WARIS) PUAN HAZLINA BINTI MANSOR@MAT USOFF PUAN NORHASIMAH BINTI ABU BAKAR CIK NUR FADZILIANA BINTI ABDUL AZIZ PUAN SITI SUMAYYAH BINTI AHMAD SUJI (JURUCETAK) CIK SANIAH BINTI MD SAAT (BUKU MESYUARAT) PUAN ALAWIAH BINTI ABU BAKAR (JURUFOTO) ENCIK ALEEF ALAMGIR BIN ROSLI CIK SANIAH BINTI MD SAAT (PENYAMBUT TETAMU KEHORMAT) PENTADBIR SK BATU 8 ENCIK MOHD NAJIB BIN TAJUDIN AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BATU 8 ENCIK MOHAMMAD SABRI BIN ISMAIL (JURUTEKNIK SIAR RAYA) ENCIK MUHAMMAD NOOR BIN OTHMAN ENCIK MOHD SHUHOR BIN ABDULLAH@YAACOB (PEMBACA DOA) ENCIK MOHD SHUHOR BIN ABDULLAH@YAACOB (PENCATAT MINIT) PUAN MARIAH BINTI ISMAIL CIK NOR AZIAH BINTI AHMAD (TANDA MATA PERASMI) MARLINI BINTI AB HALIM (LAYAR PENTAS & REKABENTUK BUKU) CIK NUR FARAH MARINA BINTI RUSLAN PUAN NUR SYAHIRAH BINTI MUHD KAMEH (PERSEMBAHAN ) PUAN ANIS SALWA BINTI ALAUDDIN ENCIK ZULKIFLI BIN MUBAKKI@ISMAIL (HADIAH CABUTAN BERTUAH) PUAN NUR EZZA HUSNA BINTI MOHD NADZIR PUAN HASIAH BINTI MD REJAB PUAN ROHAIZAD BINTI MAHAMAD PUAN ASIAH BINTI HAJI ABU HASSSAN (INFORMAN) PUAN SALASIAH BINTI MAT ZAIN (DOKUMENTASI) PUAN ALAWIAH BINTI ABU BAKAR
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) MOTO, VISI, MISI & OBJEKTIF PIBG SK BATU 8 1. MEMBANTU MENINGKATKAN KEFUNGSIAN DAN HUBUNGAN DI ANTARA IBU BAPA DAN GURU DENGAN LEBIH BERKESAN, BERMUAFAKATAN DAN SEMANGAT MUHIBAH. 2. MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SECARA IKHLAS DAN PROFESIONAL DALAM MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MENGIKUT KEPERLUAN SECARA MENYELURUH DALAM BIDANG :- 1 : KURIKULUM 2 : KOKURIKULUM 3 : BINA INSAN / MORAL 4 : DISIPLIN 5 : KECERIAAN SEKOLAH 6 : KESELAMATAN SEKOLAH * BERILTIZAM UNTUK MENJADI SEBUAH ORGANISASI PIBG YANG TERKEHADAPAN DAN CEMERLANG DALAM MEMBERIKAN KHIDMAT DAN BAKTI. BERKHIDMAT, BERBAKTI DAN BERWAWASAN. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG DEMI MENCAPAI OBJEKTIF DAN MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YANG DIHASRATKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA. M O T O V I S I M I S I O B J E K T I F
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) CARTA ORGANISASI PIBG SK BATU 8 SESI 2024/2025 ABDUL RASHID B. ABD. HAMID MOHAMMAD SABRI B. ISMAIL NORSHUHADA BT. ABDULLAH HAFISAH BT. MOHAMED TAIB ALAWIAH BINTI ABU BAKAR MOHD FAZLAN B. ABD WAHAB M. SOFIAN B. M. NOH NORLAILA BT. YA AHMAD ABDUL RAHIM B. YUSOF ROSITAH BT. HUSSAIN SOPIAH BT. ZAKARIA PENASIHAT NUR SYAHIRAH BT MUHD KAMEH SETIAUSAHA ZAKI B. ISMAIL AHLI JAWATANKUASA HAFIZAH BT. ABU BAKAR FAUZIANA BT. AWANG AHMAD ASMAWATI BT. ABU SEMAN NORHASIMAH BT. ABU BAKAR AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA NAIB YANG DIPERTUA YANG DIPERTUA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA JURUAUDIT 1 1 AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA BENDAHARI MOHD YUSRI B. MOHD ISA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA ZAMIROH BT. ISMAIL AHLI JAWATANKUASA JURUAUDIT 2 AHLI JAWATANKUASA MOHD NAZRI B. SHAFFIE NOR HAFIZA BT. JUSOH NUR HAKIMAH BT HASHIM AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA MOHD TATAZANI B. ZAKARIA AHLI JAWATANKUASA
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) WARGA SK BATU 8 - 2025 ROHAIZAD MOHD SHUHOR MUHAMMAD ALEEF ALAMGIR NUR SYAHIRAH HAZLINA NUR FADZILIANA PK KOKURIKULUM ZULKIFLI SABRI MOHAMMAD SABRI MAZLINNA NUR HAKIMAH HAMILAH NORHASIMAH LILIES SURYANTI NURSHAHIDA ALAWIAH NOORHAYATI ASMAWATI SALASIAH SANIAH NUR EZZA HUSNA FARAH MARINA MARDIANI KHALIMATON ANIS SALWA MARIAH MARLINI SHAHIDAH NOR AZIAH ROSLINA SOPIAH
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) PENDAHULUAN DAN ALU-ALUAN PIBG SK BATU 8 Assalamualaikum. Alu-aluan ini mewakili semua Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025. Tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali yang ke-15 pada hari ini. Keberadaan tuan-puan pada hari ini membuktikan kecaknaan dan komitmen padu anda semua kepada PIBG dan SK Batu 8. Lebih sedekad lalu PIBG SK Batu 8 ditubuhkan sehingga kini, PIBG SK Batu 8 merupakan satu tonggak utama dan tapak untuk sama-sama kita bersatu mengeluarkan pendapat bagi merancang dan menambahbaik segala aktiviti untuk kebaikan persatuan ini. Seterusnya melaksanakan apa yang telah dirancang bagi memenuhi keperluan dan hasrat pihak sekolah secara bersama. PIBG berperanan memastikan segala kebajikan dan keperluan yang terkandung dan termaktub dalam moto, misi, visi serta objektif PIBG SK Batu 8 tercapai dengan jayanya dari semasa ke semasa tanpa sebarang halangan dan kekangan yang dapat mengganggu gugat setiap perancangan dan hala tuju PIBG SK Batu 8. Marilah bersama-sama kita satukan dan tumpukan kemampuan yang ada untuk membantu pihak sekolah melaksanakan setiap agenda yang telah dirancang walau sekadar niat seikhlas di hati. Semoga ada kebaikan untuk kita bersama-sama menggerakkan kerja bagi mencapai tujuan tersebut. Justeru memperoleh manfaat bersama dengan apa yang telah dirancang dan dilaksanakan. Sekiranya tanpa sokongan dan bantuan daripada semua pihak yang terlibat, maka kita tiada daya upaya untuk melakukannya seorang diri. Oleh itu, kita perlulah bergerak bersama -sama dalam persatuan ini. Dengan demikian, kita dapat bergerak lebih jauh dan lebih maju untuk melakukan sebarang aktiviti. Sekiranya timbul sesuatu permasalahan, dapatlah diadu dan didengar. Seterusnya dibawa berbincang untuk mencapai jalan penyelesaian secara bersama dan harmoni. Pihak PIBG akan terus berusaha mencari titik persamaan dan berusaha untuk membuat keputusan terbaik demi kemaslahatan bersama. Semoga semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat terutama kepada murid-murid. Itulah matlamat kita bersama. Hanya sekadar ini dahulu bicara alu-aluan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke-15 bagi tahun 2025 ini. Diharap semua hadirin dapat menyertai mesyuarat sehingga selesai dalam suasana harmoni dan kondusif bagi mempastikan mesyuarat kali ini berjalan lancar sehingga selesai. Sekian. ”SELAMAT BERMESYUARAT”
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) REKOD UCAPAN & PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 14 SK BATU 8 TAHUN 2024 Tarikh :- 8 Mei 2024. Hari :- Rabu. Masa :- 2:50 petang. Tempat :- Dewan Terbuka SK Batu 8. Dirasmikan oleh :- Encik Muhammad Adli bin Mohd Nazim (Pengurus Tehyeish) 1. ALUAN JURUACARA :- (Puan Anis Salwa binti Alauddin ) • Dimulai dengan salam dan kata alu-aluan. Berterima kasih kepada Tuan Guru Besar, Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG, barisan Penolong Kanan, para guru, guru-guru KAFA dan Ahli Jawatankuasa PIBG dan para waris serta sesiapa sahaja yang turut sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali yang ke-14 2024. • Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Bolia bin Jaafar. • Tuan Yang Dipertua PIBG SK Batu 8 dijemput untuk memberikan ucapan. 2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SK BATU 8 :- (Encik Abdul Rashid bin Abd. Hamid) • Memulakan dengan ucapan salam dan berterima kasih kepada juruacara majlis serta mengalu-alukan kehadiran dan keberadaan para Pentadbir SK Batu 8, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Batu 8, para guru, kakitangan-kakitangan sekolah, ibu-bapa serta para waris yang hadir. • Merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan sebagai Perasmi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bersama-sama bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 kali ke-14. • Tuan Yang Dipertua mengucapkan tahniah dan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Tuan Guru Besar SK Batu 8 yang baharu - Puan Sopiah binti Zakaria setelah Guru Besar yang lama - Encik Sah Nun bin Ahmad bertukar ke SK Chepir. • Tidak lupa juga kepada semua AJK PIBG SK Batu 8 yang masih setia bersama-sama selama 13 tahun sejak PIBG SK Batu 8 ditubuhkan sehingga sekarang. • Menyatakan rasa bersyukur kerana banyak kejayaan dapat diperoleh dan dicapai bersama-sama antara PIBG dan pihak sekolah di bawah naungan Tuan Penasihat PIBG SK Batu 8 Encik Sah Nun bin Ahmad yang mana beliau begitu aktif menjalankan aktivitiaktiviti bersama-sama AJK PIBG dan para waris. Antaranya, PIBG SK Batu 8 telah mengadakan Hari Sukan Tahunan berserta kenduri dengan menyembelih seekor lembu untuk menjamu semua jemputan yang hadir. Selain itu, PIBG SK Batu 8 juga dapat bergotong-royong bersama AJK dan waris setiap tahun mengadakan aktiviti membakar lemang beratus batang untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri. Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang dilaksanakan tanpa perlu disebutkan di sini.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) • Pada hari ini juga, kita dapat seorang Perasmi yang hebat. Seorang usahawan yang terkenal di Daerah Sik ini dan juga terkenal di luar daerah. Syabas dan tahniah kepada beliau. • Sebagai maklumat, Tuan Yang Dipertua memberitahu, lagi 9 bulan lagi beliau akan bersara daripada tugas rasmi beliau di Hospital Sik sebagai akauntan. Sementara itu, beliau dengan seikhlas hati menolak tawaran kenaikan pangkat atas dasar mahu memberi khidmat dan bakti kepada PIBG SK Batu 8. • Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah atas kehadiran waris pada kali ini. Waris perempuan lebih ramai berbanding waris lelaki. • Mesyuarat pada kali ini ada pencalonan dan pemilihan AJK PIBG yang baharu. Kepada AJK PIBG SK Batu 8 yang masih kekal diucapkan syabas dan tahniah. Bagi AJK yang akan dicalonkan dan dilantik nanti terimalah lantikan tersebut dengan rela hati dan semoga dapat memberi satu komitemen dengan sebaik mungkin bersama-sama memajukan PIBG SK Batu 8 dari semasa ke semasa. • Sebenarnya, kerja dan amanah sebagai AJK PIBG ini adalah secara rela dan ikhlas hati semata-mata bukannya diupah atau dibayar oleh sesiapa dengan apa-apa sama ada wang ringgit atau mata benda untuk sesuatu kerja yang dilaksanakan. • Buat pengetahuan semua, saya sebenarnya telah menghantar memo perletakan jawatan sebagai YDP PIBG SK Batu 8. Akan tetapi atas desakan AJK PIBG SK Batu 8 semua yang masih mengharapkan saya terus memimpin, saya tidak tergamak berbuat demikian. • Sekiranya ada mana-mana yang waris yang akan dicalonkan dan dilantik sebagai YDP PIBG SK Batu 8 yang baharu, saya boleh bantu di belakang. • Terima kasih kepada semua penyumbang cabutan bertuah. Banyak juga hadiah cabutan yang kita terima. • Kepada waris-waris murid berbangsa Siam, sebelum ini ramai agak ramai berbanding sekarang. Dengar cerita mereka menghantar anak-anak ke sekolah lain. Kalau boleh, kita kembalikan nostalgia di SK Batu 8 seperti dahulu. • Berkenaan bayaran tahunan PIBG, pihak sekolah memang memerlukan kewangan yang cukup untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Tanpa kewangan yang cukup mana mungkin ianya dapat dilaksanakan. Setiap program memerlukan perbelanjaan seperti pengurusan, hadiah dan sebagainya. Kita semua maklum, zaman sekarang ini nilai matawang semakin kecil dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ini kerana masih terdapat beberapa waris yang belum menjelaskan bayaran tahunan PIBG dan pihak sekolah tiada hak untuk memaksa. Sama-samalah kita fikirkan. • Dalam ucapan beliau juga ada menyatakan, semua yang bermula pasti akan berakhir. Beliau tujukan kata-kata ini khas buat Tuan Guru Besar Encik Sah Nun bin Ahmad yang telah ditukarkan ke SK Chepir. Diharap beliau dapat memberikan perkhidmtan terbaik di tempat baharu. • Sebagai tambahan, beliau menyatakan bahawa sepatutnya tidak berlaku sedemikian. Janganlah anggap kita yang berada di atas kita boleh berbuat sesuka hati apa sahaja kepada orang yang di bawah. Itu pertlu diingat sebenarnya.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) • Sekali lagi terima kasih kepada Encik Muhammad Adli bin Mohd Nazim sebagai perasmi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada kali ini. Kepada pihak sekolah Tuan Guru Besar dan barisan pentadbir, guru-guru termasuk guru-guru KAFA serta semua kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis pada hari ini. Kepada semua AJK PIBG SK Batu 8 terima kasih semua. Juga kepada semua hadirin waris ahli PIBG SK Batu 8 yang hadir. • Mohon kemaafan andai ada terkasar bahasa tersalah bicara dan andai ada yang terasa. Sehingga berjumpa lagi di lain masa. • Ucapan beliau diakhiri dengan terima kasih dan ucapan salam pada jam 3:20 petang. 3. UCAPAN OLEH TUAN PENASIHAT PIBG SK BATU 8:- (Puan Sopiah binti Zakaria) • Salam dan alu-aluan kepada tetamu jemputan dan Perasmi yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali yang ke-14 2024. • Mengalu-alukan Tuan YDP PIBG dan semua AJK PIBG SK Batu 8 serta guru-guru. Seterusnya guru-guru KAFA, kakitangan sokongan dan seterusnya para waris yang hadir. • Bersyukur dan terima kasih kepada para waris yang hadir dan sanggup meluangkan masa hadir untuk memberi komitmen menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. • Sebagai makluman, beliau memberitahu hadirin bahawa beliau baharu sahaja menerima arahan pertukaran dari SK Haji Hussain ke SK Batu 8. • Beliau berharap kepada yang hadir untuk sama-sama meningkatkan prestasi murid SK Batu 8 dari semasa ke semasa dan terimalah beliau seadanya. • Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat menyiapkan persiapan majlis pada hari ini. Ianya berjalan lancar sepertimana yang ditetapkan dan dirancang sebelum ini. • Terima kasih dan tahniah kepada Tuan YDP PIBG SK Batu 8 yang memegang jawatan sebagai YDP PIBG selama 13 tahun sejak sekolah ini mula-mula ditubuhkan. Bukan satu perkara mudah untuk mengekalkan komitmen sebagai seorang pemimpin persatuan seperti Tuan YDP PIBG ini disamping beliau sendiri ada tanggungjawab dan komitmen lain sebagai penjawat awam. Jika dilihat dan dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain, paling lama pun 3 tahun sahaja memegang jawatan YDP PIBG. Ini kerana mereka tidak sanggup dan tak mampu memberikan perkhidmatan seperti apa yang telah diberikan oleh Tuan YDP PIBG kita ini. Kita sangat bertuah mempunyai YDP PIBG seperti beliau. • Beliau sangat berharap semoga Tuan YDP akan bersama-sama beliau selagi mana beliau masih berada di SK Batu 8 ini. • Terima kasih kepada tuan perasmi majlis ini. Walaupun beliau dalam kesibukan menguruskan perniagaan yang begitu melonjak, namun sudi untuk hadir sebagai perasmi. Kita patut berbangga dengan kejayaan beliau pada hari ini. Dalam usia 29 tahun beliau sudah menjadi seorang pengurus dan berjaya membuka beberapa cawangan perniagan. Kita dapat jadikan beliau contoh dan idola untuk anak-anak kita. Pihak PIBG dan sekolah menjemput beliau sebagai orang tempatan Sik adalah supaya dapat menyuntik semangat kepada ibu bapa amnya dan anak-anak yang tidak berkerja khasnya. • Kita bersekolah bukan hanya mahu berkerja dalam Sektor Kerajaan sahaja. Akan tetapi kita boleh berkerja dalam Sektor Swasta dan berkerja sendiri.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) • Sebagai makluman, kuota bagi pendaftaran murid prasekolah 2025 masih dibuka sehingga kini walaupun secara atas talian telah ditutup. Bagi waris yang mempunyai anak untuk didaftarkan ke prasekolah bolehlah berbuat demikian. Sekiranya kurang mahir, boleh terus berjumpa dengan guru prasekolah untuk membantu tuan-puan mendaftar. Harap tahun 2025 nanti ada pertambahan murid. • Saranan beliau semoga semua guru lama dan baru SK Batu 8 dapat mempertingkatkan sahsiah murid. • Untuk makluman, seramai 9 orang menperoleh keputusan 8A dan 1 orang 7A 1B dalam UPKK 2024 yang lalu. SK Batu 8 merupakan tempat pertama sekolah Kerajaan dalam Daerah Sik dan tempat ketiga keseluruhan sekolah yang memperoleh keputusan tertinggi berbanding sekolah-sekolah lain. Syabas dan tahniah kepada anak-anak SK Batu 8 atas kejayaan tersebut dan terima kasih juga kepada semua guru KAFA yang terlibat. Tahniah juga kepada murid-murid lain yang telah berjaya menduduki Ujian KAFA 2024 yang lalu. • Kemungkinan sekiranya masih ada UPSR, tidak mustahil SK Batu 8 tempat pertama dalam Daerah Sik. • Sementara itu, kita mencapai tahap terbaik kategori 11 tahun acara catur. Acara catur ini berlangsung sepanjang tahun dan terbuka kepada mana-mana murid yang berminat. • PIBG dan sekolah akan mengadakan Hari Sukan Tahunan 2024 yang akan dijangkakan pada Hari Khamis 23 Mei 2024 nanti dan semua AJK PIBG dijemput hadir. • SK Batu 8 merupakan satu-satunya sekolah yang ada program “Dual Language Programme” (DLP) iaitu matapejaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris melibatkan tahun 1 hingga tahun 3 yang mana setiap tahun mempunyai 1 kelas biasa dan 1 kelas DLP. Kita patut promosi SK Batu 8 kepada waris-waris lain kerana ada program DLP ini. Manakala bagi kategori sekolah menengah, hanya 2 buah sekolah sahaja yang terlibat iaitu SK Sik dan SMKA Sik. Bagi murid yang terpilih dan berpeluang menyertai program ini, mereka mempunyai peluang cerah untuk masuk ke SK Sik dan SMKA Sik sebab mereka telah pun mengikuti program LDP tersebut di sini. Setakat ini, hanya 20 orang sahaja murid yang telah menyertai program LDP di SK Batu 8. • Sebagai makluman ,tujuan pihak sekolah juga nak kurangkan murid yang tidak menguasai 3M (membaca-menulis-mengira). Pelbagai program sudah dilaksanakan seperti program pemulihan seperti membaca, menulis dan mengira. Tugas sebagai ibu bapa perlu tolong bantu biar ada kesinambungan dalam pembelajaran di rumah seperti menyuruh anak membaca buku teks dan mengulangkaji di rumah. Kita juga mahu mengurangkan murid yang tidak mengusai bacaan Iqra’ dan Al-Quran serta tulisan Jawi dan bacaan Jawi. • Sebagai waris, kita berperanan menghantar anak untuk belajar mengaji supaya anak-anak dapat menguasai bacaan Iqra’ dan Al-Quran. Jika tidak, akan timbul masalah ponteng kepada murid kerana dia malu untuk hadir ke sekolah. • Buat pengetahuan semua, pihak sekolah telah menyediakan 1 set televisyen di setiap kelas tahun 1 hingga tahun 6 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran murid seiring teknologi sekarang. • Ujian pertengahan tahun 2024 akan diadakan pada 24 Jun 2024 - 27 Jun 2024 nanti untuk menilai setakat mana kebolehan dan pencapaian murid selama ini. • Berkenaan hantar dan ambil anak sewaktu pulang sekolah, waris perlu menurunkan anak di pintu pagar kecil. Ada sedikit kesesakan berlaku sewaktu menurunkan dan mengambil anak-anak. Waris juga boleh menurunkan anak-anak di pintu pagar sebelah atas.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) • Bagi murid yang sakit dan tidak hadir ke sekolah, surat atau sijil sakit diperlukan. Waris mestilah membuat atau menulis surat kepada pihak sekolah menyatakan hal tersebut sebagai rekod. Sekiranya tiada surat, ianya dikira sebagai ponteng tak bersebab. • Sebagai maklumat tambahan, pihak sekolah telah berbincang dan bercadang untuk membuat satu laluan bersimen untuk keselesaan murid di tepi tempat menunggu kerana laluan yang terdapat sekarang terdapat tanah yang tidak rata. Dicadangkan supaya kita dapat mencari dana untuk membuat laluan bersimen tersebut. • Bagi keselesaan murid juga, pihak sekolah bercadang membeli kerusi kecil setiap murid untuk kegunaan semasa perhimpunan pagi setiap Hari Ahad. • Pihak sekolah juga ada membuat program Tabung Infaq Subuh di mana hasil daripada tabung tersebut digunakan untuk menampung aktiviti-aktiviti murid dan sebagai kegunaan untuk membaiki peralatan dan kerosakan kecil. • Untuk yang terakhir, semoga semua waris dapat memberikan komitmen yang baik. Doakan perjalanan mesyuarat kita pada hari ini berjalan lancar sehingga selesai. • Mohon maaf andai ada tersilap dan terkasar bicara dan sama-sama kita memperbaiki kelemahan yang ada. • Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat menjayakan mesyuarat ini. • Beliau mengakhiri ucapan dengan terima kasih dan salam pada jam 3:45 petang. 4. UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH:- (Encik Muhammad Adli bin Mohd Nazim - Pengurus Tehyeish) • Memulakan ucapan dengan salam dan terima kasih kepada Pengerusi Majlis dengan kata alu-aluan serta berterima kasih kepada barisan pentadbir sekolah, barisan AJK PIBG, tetamu-tetamu dan para waris yang hadir. • Terima kasih sekali lagi kepada pihak sekolah dan PIBG kerana sudi menjemput beliau sebagai perasmi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke-14 bagi tahun 2024. • Beliau memberitahu, selalunya sekolah-sekolah menjemput ahli politik untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG seperti ini. Tapi hari ini perasminya bukan daripada orang politik. • Beliau mahu bercakap sebagai seorang anak di hadapan waris anak-anak SK Batu 8. Terma kasih kepada abang dan kakak yang hadir dan sudi mendengar. • Apa yang dapat dikongsi di sini dapat membantu untuk membesarkan anak-anak di zaman moden ini adalah sangat berbeza berbanding dahulu. • Sekolah merupakan satu tempat yang tak boleh untuk diukur kemampuan seseorang untuk masa hadapan. Beliau menyatakan bahawa pentas seperti ini tidak pernah berpeluang untuk berpijak naik sewaktu zaman persekolahan dahulu. Namun, itu tidak beerti kita gagal selamanya. • Sekiranya kita mempunyai tiga orang anak dan ada anak yang kurang dalam pelajarannya, janganlah kita sisihkannya. • Sekiranya ada anak yang tidak mampu berjaya dalam pelajaran, janganlah paksa dia. Tapi, dia ada kemahiran. Gunakan dan gilapkan kemahiran yang dia miliki untuk dia terus berusaha dan berjaya.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) • Sebenarnya, sekolah sangat penting untuk semua murid laluinya untuk ambil asas. Sekiranya murid tidak berada di tempat yang betul, dia akan tertipu dengan kehidupannya itu. • Dari segi kerjaya, kadang-kadang orang akan main petik sahaja. Kita jangan pindahkan cita-cita kita kepada anak-anak kita. Sekiranya anak-anak tak mampu, kita sebagai ibu bapa jangan pula merapu. Kita kena beritahu kepada anak-anak macam mana sebenarnya apa yang kita nak jadi. Sementara itu, kita juga kena bergerak selaras dengan arus kemajuan seperti hari ini. Sesiapa yang pandai dan bijak mengatur hidup, dia akan berjaya. Begitulah sebaliknya. • Kalau anak-anak berpeluang masuk ke universiti, masuklah untuk ambil ilmu. Sekiranya kita ada potensi untuk kita lakukan kerja sendiri, lebih baik kita buat sendiri. • Itu sahaja apa yang dapat disampaikan sebagai motivasi kepada hadirin pada hari ini. • Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga terus berjaya hendaknya. • Dengan lafaz “BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM” beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke-14 2024. • Ucapan dan perasmian beliau berakhir pada jam 4:15 petang.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) AGENDA & CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BATU 8 KALI KE - 14 (2024) Tarikh : 8 Mei 2024. Hari : Rabu. Masa : 4:30 petang - 5:45 petang. Tempat : Dewan Terbuka SK Batu 8. Kehadiran : 122 orang. Agenda I Ucapan Pengerusi Mesyuarat – Encik Abdul Rashid bin Abd Hamid (YDP PIBG SK Batu 8). 1. Memberi salam dan mengalu-alukan AJK PIBG, Tuan Penasihat PIBG dan para waris. Berterima kasih kerana cakna dan hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke-14 2024. 2. Beliau meminta supaya semua ahli mesyuarat dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika mesyuarat sedang berlangsung dan dapat berbincang dengan sebaik mungkin perkaraperkara berbangkit berkaitan sesuatu yang akan diperjelaskan dan dibincangkan serta dapat membuat keputusan secara persetujuan bersama dalam majlis ini. Agenda II Ucapan Tuan Penasihat – Puan Sopiah binti Zakaria (Penasihat PIBG SK Batu 8). 3. Berterima kasih kepada barisan ahli PIBG dan para waris serta bersyukur kerana dapat menjayakan mesyuarat pada hari ini. 4. Berharap semoga mesyuarat ini dapat berlangsung dengan suasana yang aman harmoni. Agenda III Membentang, membahas, menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-13 (2023) yang lalu. 5. Setiausaha PIBG SK Batu 8 membentang catatan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke-13 (2023) seperti yang tercatat di dalam buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG (2024) pada halaman 13 hingga halaman 17. 6. Setiausaha meminta sesiapa yang mahukan penjelasan dan perincian Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke-13 (2023) yang lalu, bolehlah berbuat demikian sebelum minit tersebut disahkan. 7. Sekiranya tiada sebarang soalan atau perkara-perkara berbangkit disuarakan, maka ahli mesyuarat diminta membuat cadangan untuk mengesahkan minit dan seterusnya menyokong cadangan tersebut. 8. Encik Mohd Fazlan bin Abd. Wahab cadang supaya catatan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-13 (2023) disahkan. 9. Cadangan beliau disokong oleh Puan Wahidah binti Alias@Kassim. 10. Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 kali ke-13 (2023) diterima sebulat suara dan disahkan tanpa bantahan.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) Agenda IV Membentang & Menerima Laporan Kewangan PIBG SK Batu 8 Berakhir 31 Disember 2023. 11. Bendahari PIBG SK Batu 8 membentang Penyata Kewangan PIBG SK Batu 8 berakhir pada 31 Disember 2023 seperti perinciannya di dalam buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali Ke-14 2024 pada lampiran 1 di halaman 21. 12. Penyata Kewangan tersebut merangkumi dapatan dan perbelanjaan serta baki terkini berakhir 31 Disember 2023. 13. Sekiranya terdapat persoalan berkaitan Penyata Kewangan yang dibentangkan, diminta ahli mesyuarat menyuarakannya untuk mendapatkan penjelasan daripada Bendahari PIBG SK Batu 8. 14. Puan Rohani binti Ramli membuat cadangan supaya Penyata Kewangan PIBG 2023 yang dibentang oleh Bendahari PIBG SK Batu 8 disahkan. 15. Puan Nursilawati binti Hamzah menyokong cadanagan tersebut. 16. Diterima sebulat suara tanpa bantahan. 17. Ringkasan Laporan Kewangan PIBG SK Batu 8 berakhir pada 31 Disember 2023. Agenda V Membincang dan Membahas Usul. 18. (Usul daripada Encik Muhammad Kamal Afzan bin Ramli) - Mengadakan set informasi atau iklan menggunakan televisyen di Dewan Terbuka bagi tujuan memudahkan kaedah penyampaian maklumat kepada murid. - Usul ini dijelaskan oleh Tuan Penolong Kanan Pentadbiran merangkap barisan Penasihat PIBG SK Batu 8- Encik Mohamad Asri bin Salleh. Beliau menyatakan bahawa pihak sekolah ada perancangan untuk memasang set televisyen untuk informasi atau iklan. Atas faktor kewangan, pihak sekolah terpaksa menangguhkan dahulu rancangan tersebut dan memberi laluan kepada program yang lebih utama dan memerlukan. Sekiranya ada waris yang sanggup membeli untuk disumbangkan kepada sekolah adalah sangat-sangat diharapkan. 19. (Usul daripada Encik Mohd Ashrah bin Jusoh) - Menyediakan tong sampah kitar semula dalam kawasan sekolah. - Usul ini juga merupakan satu usul yang baik. Sebagai makluman, pihak sekolah telah mengadakan satu kempen mengumpul minyak masak terpakai untuk dijual. Murid-murid boleh membawa minyak masak yang telah digunakan di rumah untuk dikumpulkan di sekolah. Seterusnya pihak pengurusan akan menjualnya. Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk murid-murid ketika mengadakan aktiviti sekolah. 20. (Usul daripada Puan Syazlina binti Abdul Rasid dan Puan Siti Khalijah binti Zulkifli) - Bina laluan berjalan kaki berbumbung bermula dari tempat turunkan murid hingga ke bangunan sekolah. - Sebagai makluman, pihak sekolah telah memanjangkan usul ini kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sik (PPD Sik). Oleh sebab tiada peruntukan, usul ini ditangguhkan.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) 21. Puan Siti Nor Diana binti Fakharozi cadang usul yang dibincangkan sebentar tadi diterima. 22. Puan Nurul Wahida binti Razali menyokong. 23. Diterima sebulat suara tanpa bantahan. Agenda VI Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025. 24. Jawatankuasa PIBG SK Batu 8 sesi 2023/2024 yang lalu dibubarkan. 25. Cadangan untuk melantik Pengerusi Mesyuarat dilaksanakan. 26. Encik Mohammad Sabri bin Ismail cadang Encik Mohamad Asri bin Salleh dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat. 27. Cadangan beliau disokong oleh Puan Suzeana binti Mohd Zuki. 28. Majlis bersetuju sebulat suara melantik Encik Mohamad Asri bin Salleh sebagai Pengerusi Mesyuarat. 29. Pemilihan dan pencalonan jawatan Yang Dipertua / Naib Yang Dipertua / AJK PIBG SK Batu 8 dilaksanakan. 30. Encik Ahmad Mukhlis bin Haji Hamzah mencadangkan YDP, NYDP dan semua AJK PIBG SK Batu 8 bagi sesi 2023/2024 yang lalu dikekalkan dan dilantik semula bagi sesi 2024/2025. 31. Cadangan beliau disokong oleh Puan Suzeana binri Mohd Zuki. 32. Encik Mohd Fazlan bin Abd. Wahab membuat cadangan supaya pencalonan ditutup. 33. Encik Ahmad Shopian bin Hassan Badui menyokong. 34. Majlis bersetuju sebulat suara semua pencalonan PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025 ditutup. 35. YDP, NYDP dan AJK PIBG adalah dilantik semula dan dipersetujui tanpa bantahan. 36. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima ketetapan dan segala yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang telah berlangsung. 37. Semua yang dilantik dengan sah menjadi AJK PIBG SK BATU 8 sesi 2024/2025 dan berkuat kuasa serta merta. Agenda VII Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batu 8 daripada kalangan guru sesi 2024/2025. 38. Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG SK Batu 8 daripada kalangan guru bagi sesi 2024/2025 akan dilaksanakan secara lantikan dalaman. 39. Majlis sebulat suara bersetuju pemilihan dan pelantikan AJK PIBG SK Batu 8 daripada kalangan guru bagi sesi 2024/2025 dilaksanakan secara lantikan dalaman.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) Agenda VIII Pemilihan dan Pelantikan Juruaudit Dalaman PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025. 40. Pemilihan dan pelantikan Juruaudit Dalaman 1 dan Juruaudit Dalaman 2 PIBG SK Batu 8 daripada kalangan guru bagi sesi 2024/2025 akan dilaksanakan secara lantikan dalaman. 41. Majlis sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan pemilihan dan pelantikan Juruaudit Dalaman 1 dan Juruaudit Dalaman 2 PIBG SK Batu 8 daripada kalangan guru bagi sesi 2024/2025 akan dilaksanakan secara lantikan dalaman. Agenda IX Hal-hal lain. 42. Tuan Penasihat PIBG SK Batu 8 mohon persetujuan daripada majlis berkaitan Sumbangan Tahunan PIBG bagi tahun 2024 sebanyak RM85.00 seperti mana sumbangan pada tahun-tahun sebelum ini dikekalkan tanpa sebarang penambahan. Perinciannya adalah seperti berikut:- - Surau (Islam sahaja)=RM10.00 - Sukan=RM15.00 - Percetakan=RM30.00 - /Waris=RM30.00 43. Semua bersetuju sebulat suara tanpa sebarang bantahan dengan permohonan yang dibuat oleh Tuan Penasihat berkaitan sumbangan PIBG bagi tahun semasa 2024. Agenda IX Ucapan dan Penangguhan Oleh Tuan Penasihat PIBG SK Batu 8 - Puan Sopiah binti Zakaria. 44. Terima kasih kepada yang hadir dan sudi meluangkan masa bermesyuarat sehingga selesai agenda yang dibincangkan. 45. Syabas dan tahniah kepada yang terpilih dan dilantik semula sebagai barisan AJK PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025 untuk sama-sama berganding bahu memajukan dan membantu sekolah dalam melaksanakan aktiviti. 46. Sekiranya sesiapa daripada kalangan waris yang mempunyai sebarang kepakaran, silalah berkongsi ilmu dengan rela hati untuk datang. Pihak sekolah amat-amat mengalukan untuk sama-sama membantu membangunkan sekolah sama ada dari segi material mahupun tenaga. Semoga apa yang kita harapkan akan menjadi kenyataan di suatu masa nanti. 47. Jutaan terima kasih juga kepada pihak yang sudi memberi sumbangan untuk cabutan bertuah Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 kali yang ke-14 pada tahun ini. Terima kasih kepada hadirin semua. • Ucapan beliau diakhiri dengan salam. Penangguhan majlis daripada Tuan YDP PIBG SK Batu 8 berakhir pada pukul 4:40 petang. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 kali ke-14 2024 telah dicatat dan direkod perincian butirannya oleh :- Puan Nur Awatif binti Jamaludin, Puan Mariah binti Ismail dan Cik Musyirah binti Mat Zuki. Disediakan oleh :- Mohd Yusri bin Mohd Isa, Setiausaha PIBG SK Batu 8, Sesi 2024/2025.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2024/2025 AKTIVITI KURIKULUM - KOKURIKULUM - HAL EHWAL MURID PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN BIL. AKTIVITI TEMPAT TARIKH 1. UJIAN SEGAK TAHAP 1 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 3.1.2024 2. UJIAN SEGAK TAHAP 2 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 4.1.2024 3. PROGRAM KEMPEN CEGAH BULI DAN SEKSUAL DEWAN TERBUKA SK BATU 8 13.1.2024 4. SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UPKK 2023 SURAU AN-NAIM 14.1.2024 5. PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DEWAN AS-SYAFIE SK BATU 8 24.1.2024 6. MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID 2023 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 27.1.2024 7. PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH 2024 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 29.1.2024 8. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND CAMERON HIGHLAND 30.1.2024 9. LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHAP 2 LOST WORLD OFF TAMBUN 31.1.2024 10. JAMUAN AKHIR TAHUN 6/2023 SWISS AVENUE, SUNGAI PETANI 5.2.2024 11. HARI GRADUASI TAHUN 6/2023 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 6.2.2024 12. JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS SK BATU 8 6.2.2024 13. MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENGURUSAN KELAS BILIK MESYUARAT KECIL, SK BATU 8 6.3.2024 14. MAJLIS PERPISAHAN TUAN GURU BESAR DEWAN TERBUKA SK BATU 8 7.2.2024 15. MAJLIS PERPISAHAN TUAN GURU BESAR & CIKGU SUHAIZA THE JERAI HOTEL, SUNGAI PETANI 6.3.2024 16. TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN TAHUN 1/2024 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 7.3.2024 17. PELANCARAN TABUNG DERMA SUBUH DEWAN TERBUKA SK BATU 8 11.3.2024 18. PROGRAM SENAM SIHAT DEWAN TERBUKA SK BATU 8 11.3.2024 19. PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL DEWAN TERBUKA SK BATU 8 11.3.2024 20. PROGRAM KAUNSELING: GANGGUAN SEKSUAL DEWAN TERBUKA SK BATU 8 14.3.2024 21. MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEMPENA RAMADAN DEWAN TERBUKA SK BATU 8 14.3.2024 22. KEM SMART RAMADAN (TKRS) MASJID JAMEK AS-SHAHAB, JITRA 31.3 -1.4..2024 23. MOTIVASI DI AMBANG SYAWAL DEWAN TERBUKA SK BATU 8 4.4.2024 24. SUMBANGAN SEMPENA AIDILFITRI DEWAN TERBUKA SK BATU 8 4.4.2024 25. MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADAN DEWAN TERBUKA SK BATU 8 4.4.2024 26. MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1/2024 DEWAN AS-SYAFIE SK BATU 8 15.4.2024 27. BANTUAN AWAL PERSEKOLAH TAHUN 1/2024 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 17.4.2024 28. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DEWAN TERBUKA SK BATU 8 18.4.2024 29. KEJOHANAN MERENTAS DESA TREK MERENTAS DESA 21.4.2024 30. MESYUARAT AJK PIBG KALI 1/2024 BILIK MESYUARAT KECIL, SK BATU 8 22.4.2024 31. JOM BACA BERSAMA 10 MINIT BILIK KELAS 23.4.2024 32. PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN CILIK DEWAN TERBUKA SK BATU 8 28.4.2024 33. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 14/2024 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 8.5.2024 34. PERTANDINGAN EKSPLORASI KELAB DOKTOR MUDA VILLAGE MALL, SUNGAI PETANI 11.5.2024 35. KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK DEWAN TERBUKA SK BATU 8 13.5.2024 36. SUKATARA SK BATU 8 SK BATU 8 14.5.2024
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2024/2025 AKTIVITI KURIKULUM - KOKURIKULUM - HAL EHWAL MURID PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN BIL. AKTIVITI TEMPAT TARIKH 37. PROGRAM BACAAN AL-QURAN 30 MINIT DEWAN TERBUKA SK BATU 8 16.5.2024 38. SAMBUTAN HARI GURU SK BATU 8 16.5.2024 39. PERTANDINGAN CATUR SIRKIT 3 SK KALAI 18.5.2024 40. LATIHAN KEBAKARAN SK BATU 8 & PPD SIK SK BATU 8 19.5.2024 41. SUKANEKA SK BATU 8 SK BATU 8 21.5.2024 42. HARI SUKAN TAHUNAN SK BATU 8 23.5.2024 43. UJIAN SEGAK TAHAP 2 DEWAN SK BATU 8 3.6.2024 44. IHTIFAL KAFA DAERAH SIK SK DANGLAU 8.6.2024 45. HARI KELUARGA PPIM SK BANDAR BARU BERIS JAYA 8.6.2024 46. 3 ZEROS AND HEALTH PROGRAMME BY AL-BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY WITH PRE SCHOOL PRA SEKOLAH SK BATU 8 11.6.2024 47. PELANCARAN PERTANDINGAN IDAMAN X CHANGE RECYCLE NOW DEWAN TERBUKA SK BATU 8 12.6.2024 48. PERTANDINGAN CATUR MSSD SIK SK BANDAR BARU BERIS JAYA 12.6.2024 49. MAJLIS MEMAHAT MEMORI MENGUKIR RINDU NOMAD KOPIFI , AGRO BIZ 18.6.2024 50. PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH KOLABORASI BERSAMA PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH SIK DEWAN TERBUKA SK BATU 8 20.6.2024 51. MAJLIS APRESIASI PPD SIK SMKA SIK 22.6.2024 52. KEJOHANAN BOWLING TENPIN MSSD SIK IPOH BOWL SUNGAI PETANI 24.6.2024 53. FESTIVAL NASYID DAN KHAT DAERAH SIK SK BATU 8 25.6.2024 54. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SIK SMK JENERI 1.7.2024 55. PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOLA BALING PADANG SK BATU 8 4.7.2024 56. SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H DEWAN TERBUKA SK BATU 8 8.7.2024 57. PERTANDINGAN BADMINTON MSSD SIK 2024 DEWAN TERBUKA SMK BATU 8 8.7.2024 58. SAMBUTAN HARI LAHIR & PESTA BUAH DEWAN TERBUKA SK BATU 8 10.7.2024 59. AKTIVITI HARI KELUARGA PPIM PERINGKAT NEGERI KEDAH SMKA JERLUN 13.7.2024 60. PELANCARAN MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 14.7.2024 61. PERTANDINGAN BOLA BALING MSSD SIK ARENA FUTSAL BERIS JAYA 14.7.2024 62 MAJLIS JAMBANGAN KASIH HARUMAN BUDI DEWAN TERBUKA SK BATU 8 18.7.2024 63. KARNIVAL PERPADUAN PERINGKAT NEGERI KEDAH SK BUKIT KAYU HITAM 18.7. 2024 64. PROGRAM ADAB DAN NILAI DAERAH SIK SK KOTA AUR 23.7.2024 65. PERTANDINGAN ROKET AIR SR DAERAH SIK SMKA SIK 25.7.2024 66. FESTIVAL RANCAK SENI (FERAS) SOLO&DUO NEGERI KEDAH BILIK MESYUARAT KECIL, SK BATU 8 22.4.2024 67. PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA TAHUN 1446H SK BATU 8 31.7.2024 68. MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 1(2024/2025) DEWAN AS-SYAFIE SK BATU 8 1.8.2024
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2024/2025 AKTIVITI KURIKULUM - KOKURIKULUM - HAL EHWAL MURID PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN BIL. AKTIVITI TEMPAT TARIKH 69. SOFBALL MSSK B12 LELAKI DEWAN TERBUKA SK BATU 8 8.5.2024 70. PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DEWAN TERBUKA SK BATU 8 11.8.2024 71. KEM PEMERKASAAN LITERASI JAWI DAERAH SIK SK BANDAR BARU BERIS JAYA 14.8.2024 72. PIDATO 3 MINIT PERINGKAT KEBANGSAAN SK BATU 8 14.5.2024 73. KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH SIK DEWAN TERBUKA SK BATU 8 20.8.2024 74. PERTANDINGAN PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH SIK SMK BATU 8 21.8.2024 75. PEMBERIAN MILO PERUCMA KANTIN SK BATU 8 22.8.2024 76. PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PPIM DAERAH SIK SK HUJUNG BANDAR 23.8.2024 77. PENYERAHAN PELAPORAN PENTAKSIRAN PERTENGAH TAHUN SESI 2024/2025 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 27.8.2024 78. SAMBUTAN & PENUTUP KEMERDEKAAN BERSAMA PPD SK BATU 8 29.8.2024 79. LAWATAN KE NEGERI PERLIS PERLIS 30.8.2024 80. PERTANDINGAN CATUR SIRKIT 4 DAERAH SIK SK BATU 8 4.9.2024 81. BERUS GIGI BERSAMA KLINIK KESIHATAN DAERAH SIK DEWAN TERBUKA SK BATU 8 5.9.2024 82. PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DEWAN AS-SYAFIE SK BATU 8 5.9.2024 83. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KAFA DEWAN TERBUKA SK BATU 8 10.9.2024 84. KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI KEDAH SK DARUL AMAN HEIGHT 10.9.2024 85. LAWATAN PENANDA ARAS SIRI 1KE SK HAJI HUSIN SK HAJI HUSIN 11.9.2024 86. PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK KEMERDEKAAN 2024 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 11.9.2024 87. PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2024 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 12.9.2024 88. PERSEMBAHAN PANTOMIN SIK LESTARI 12.9.2024 89. PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKBB) KOMPLES SUKAN PERDANA MDS 23.9.2024 90. PERTANDINGAN TULISAN KHAT & JAWI KELAS-KELAS SK BATU 8 1.10.2024 91. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DEWAN TERBUKA SK BATU 8 2.10.2024 92. JEMPUTAN MEWARNA MURID PRA SEKOLAH SMK BATU 8 3.10.2024 93. HARI SUKAN NEGARA 2024 DEWAN TERBUKA SMK BATU 8 13.10.2024 94. PROGAM CERIA PAGI ( PICK & STICK GAMES) DEWAN TERBUKA SK BATU 8 15.10.2024 95. LAWATAN PERKONGISAN PINTAR SK RHU 10 , TERNGGANU 18.10.2024 96. TEAM BUILDING KE PULAU REDANG PULAU REDANG , TERENGGANU 18.10.2024 97. PERKKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM 2024 CIK YAM HOMESTAY&CAMPSITE ,BALING 24-25.10.2024 98. PERTANDINGAN CATUR SIRKIT 5 SK BANDAR BARU BERIS JAYA 4.11.2024 99. PERKHEMAHAN KENAIKAN PANGKAT (TKRS) KEDAH PUSAT KOKURIKULUM PENDANG 13-16.11.2024 100. PROGRAM ADAB DAN NILAI DAERAH SIK SK KOTA AUR 23.7.2024
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2024/2025 AKTIVITI KURIKULUM - KOKURIKULUM - HAL EHWAL MURID PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN BIL. AKTIVITI TEMPAT TARIKH 101. KLINIK LOMPAT TALI SIRI 1 PERINGKAT SEKOLAH DEWAN TERBUKA SK BATU 8 20.11.2024 102. MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PERKASAKAN KAREKTOR KARAMH INSANIAH DEWAN TERBUKA SK BATU 8 20.11.2024 103. PROGRAM TENPIN (TEKNIK PINTAR MENJAWAB SOALAN UASA MATEMATIK) DEWAN AS-SYAFIE, SK BATU 8 21.11.2024 104. PENGHAYATAN HADIS 40 HADIS KE17 DEWAN TERBUKA SK BATU 8 9.12.2024 105. BACAAN YASSIN MINGGUAN DEWAN TERBUKA SK BATU 8 12.12.2024 106. KLINIK LOMPAT TALI SIRI 2 PERINGKAT SEKOLAH DEWAN TERBUKA SK BATU 8 16.12.2024 107. LAWATAN KE BERTAM BERTAM 12.12..2024 108. PROGRAM CERAMAH KESELAMATN & UNDANG-UNDANG JALANRAYA DEWAN TERBUKA SK BATU 8 16.12.2024 109. TAKLIMAT SAFE SHIELD INTERNET (NADI) DEWAN TERBUKA SK BATU 8 18.12.2024 110. MAJLIS PERPISAHAN USTAZ RASHDI BIN DEWAN TERBUKA SK BATU 8 18.12.2024 111. ENGLISH DAY SK BATU 8 17.12.2024 112. MAJLIS BACAAN YASSIN & RESTU ILMU DEWAN TERBUKA SK BATU 8 29.12.2024
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) PENUTUP Syabas dan tahniah kepada para hadirin yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali yang ke-15 2025 ini. Syukur atas segala nikmat untuk sama-sama kita bertemu kembali bagi menggerakkan persatuan ini. Demi kemaslahatan dan kepentingan bersama agar terus persatuan ini terus memacu dan dapat membantu SK Batu 8 ke arah yang lebih baik, cemerlang dan menjadikan ianya terbilang dalam daerah Sik ini. Seandainya ada daripada kami yang tersalah dan tersilap serta terkurang semasa melaksanakan dan menjalankan amanah dalam tempoh sesi 2024/2025 lalu, kami bersedia menerima sebarang teguran, tunjuk ajar dan nasihat membina daripada sesiapa sahaja. Bantulah dan sokonglah kami untuk meneruskan kerja-kerja persatuan ini. Amanah ini bukan kerana untuk meminta habuan atau bayaran sebagai ganti masa yang terguna dan peluh yang jatuh menitis. Ini Bukanlah satu rungutan dan ianya juga bukan satu rintihan meminta belas kasihan daripada sesiapa. Ianya juga bukan untuk meraih pujian sebagai penyedap di telinga. Janganlah pula kami dikeji di belakang dengan apa yang kami telah korbankan. Kami cuma mahu membantu dan terus membantu serta berbakti selagi diperlukan di sini. Kecaknaan dan komitmen daripada semua yang sudah sekian lama terjalin ini merupakan pemangkin hasrat dan hala tuju dalam merealisasikan perjalanan PIBG SK Batu 8 ke arah yang lebih baik dalam amal kebajikan membantu pihak sekolah dalam melaksanakan visi dan misi PIBG itu sendiri dari semasa ke semasa dalama apa jua cara sekalipun. Semoga semua daripada hasil usaha selama ini akan dikurniakan ganjaran pahala di sisi Tuhan dan beroleh keredaan daripada-NYA. Itulah yang kita harapkan. Semoga keikhlasan hati akan menguatkan semangat untuk kita terus berkhidmat dan berkhidmat sebaik mungkin selama mana masih diperlukan. Marilah kita bersama-sama memajukan dan menguatkan PIBG SK Batu 8 untuk kecemerlangan anak-anak yang berada di SK Batu 8 di bawah bimbingan dan didikan guru-guru yang diberi kepercayaan untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang berjaya dan berguna kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA di masa hadapan kelak. Sekian, terima kasih dan assalamualaikum. disusun oleh :- Alawiah binti Abu Bakar, Setiausaha PIBG SK Batu 8.
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) PENYATA KEWANGAN PIBG SK BATU 8 PENYATA KEWANGAN PIBG SK BATU 8 BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 DAPATAN & PERBELANJAAN KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 ’SETELAH DISEMAK DAN DITELITI SEGALA BUTIRAN SERTA PERINCIAN YANG TERKANDUNG DALAM PENYATA KEWANGAN PIBG SK BATU 8 BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2024, MAKA DENGAN INI, KAMI BERSETUJU SEBULAT SUARA MEMPERAKUI AKAN KESAHIHANNYA’ (Lampiran 1) Disediakan oleh :- Encik Sabri b. Ismail Bendahari PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025 Disemak oleh :- Puan Asmawati bt. Abu Seman Juruaudit Dalaman I PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025 Disemak oleh :- Puan Norhasimah bt. Abu Bakar Juruaudit Dalaman II PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025 Diperakui oleh :- Encik Abdul Rashid b. Abd. Hamid Yang Dipertua PIBG SK Batu 8 sesi 2024/2025 DAPATAN PERBELANJAAN BAKI RM7,464.79 RM4,111.00 RM3,353.79 Bil. Dapatan Jumlah (RM) Bil. Perbelanjaan Jumlah (RM) 01. Baki pada 31 Disember 2023 2,809.00 01. Hari Anugerah Cemerlang 2023/2024 1,300.00 02. Sumbangan Tahunan PIBG (setiap waris) 2,550.00 02. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 2024 1,061.00 03. Sumbangan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2024 377.00 03. Majlis Perpisahan(Cikgu Anastasia, Ustaz Yusri & Cikgu Rahim) 250.00 04. Sumbangan Luar 1,328.00 04. Majlis Kacau Bubur Asyura 300.00 05. Sumbangan Homestay Sik 300.00 05. Majlis Persaraan Ustaz Bolia 200.00 06. Sumbangan Vic Three 100.00 06. Hari Anugerah Cemerlang 2024/2025 1,000.00 Jumlah Perbelanjaan 4,111.00 Baki 3,353.79 Jumlah 7,464.79 Jumlah 7,464.79
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) USUL AJK PIBG ‘SAYA ENCIK MOHD FAZLAN BIN ABD WAHAB MENCADANGKAN SUMBANGAN PIBG BAGI SETIAP KELUARGA DINAIKKAN KEPADA RM50.00’ (Lampiran 2)
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH KEPADA :- TUAN PERASMI, TETAMU-TETAMU KEHORMAT, TUAN GURU BESAR, GURU-GURU PENOLONG KANAN, TUAN YANG DIPERTUA PIBG, TUAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG, SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU, GURU-GURU KAFA, KAKITANGAN SOKONGAN, PARA IBU, BAPA, WARIS, PENJAGA, ORANG PERSEORANGAN DAN SESIAPA SAHAJA YANG MELIBATKAN DIRI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MEMBANTU DAN MELAKSANAKAN SERTA MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BATU 8 KALI YANG KE - 15 TAHUN 2025 TERIMA KASIH
Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batu 8 Kali Ke-15(2025) CATATAN