The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nur Qasrina Wan Rosli, 2024-01-09 23:11:12

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SETARAF SPM DI 3 NEGARA

Kumpulan kimia

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SETARAF SPM DI 3 NEGARA DISEDIAKAN OLEH: Munirah Binti Sulaiman Nur Adlin Binti Shariffuddin Wan Nur Qasrina Binti Wan Rosli 2023 FINLAND . AMERIKA SYARIKAT . MALAYSIA


1 ISI KANDUNGAN 2 Pengenalan 3 - 6 Perbandingan Sistem Pendidikan Setaraf Spm Di 3 Negara 7 - 9 Kekuatan Sistem Pendidikan Setaraf Spm Di 3 Negara 10 - 11 Kelemahan Sistem Pendidikan Setaraf Spm Di 3 Negara 12 Penutup 13 Rujukan 1


2 PENGENALAN Sistem pendidikan Malaysia mengamalkan sistem pendidikan 3-3-4, yang bermaksud tiga tahun pendidikan prasekolah, tiga tahun pendidikan rendah, dan empat tahun pendidikan menengah (tingkatan 4 dan 5). Ujian terbesar yang perlu diambil semasa Tingkatan 5 adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebanyakan pelajar akan menduduki ujian SPM ini kerana SPM ditawarkan hampir di semua sekolah kerajaan di Malaysia. Seterusnya, IGCSE adalah singkatan kepada International General Certificate of Secondary Education. IGCSE ini juga dianggap setaraf peringkat SPM di Malaysia. Kebanyakan sekolah swasta dan sebahagian MRSM (contoh: Alor Gajah, Kuala Klawang) menyediakan pilihan IGCSE kepada pelajar. Perbezaan SPM dan IGSCE dari segi subjek termasuklah ujian SPM mewajibkan pelajar untuk mengambil subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Namun, pelajar yang mengambil IGCSE bebas mengambil subjek yang diingini berdasarkan target dan keperluan mereka. Dalam tugasan ini, kami memilih untuk membandingkan sistem yang setaraf SPM di negara Finlad dan juga di Amerika Syarikat demi penambahbaikan sistem SPM dan juga sistem IGSCE di Malaysia. 2


3 PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SETARAF SPM DI 3 NEGARA Terdapat beberapa perbezaan antara sistem pendidikan setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Malaysia dan sistem pendidikan di Finland dan Amerika Syarikat. Perbezaan ini melibatkan pelbagai aspek termasuk struktur sistem, pendekatan pengajaran, penilaian, dan pendekatan ke arah pelajar. Jadual di bawah ini adalah beberapa perbezaan utama: MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT SISTEM PENDIDIKAN Tiga tahun pendidikan prasekolah, tiga tahun pendidikan rendah, dan empat tahun pendidikan menengah (tingkatan 4 dan 5, di mana SPM diambil pada tingkatan 5). Sistem pendidikan yang sepenuhnya bebas ujian hingga peringkat menengah rendah, dengan penekanan pada pembelajaran yang lebih bermakna dan bebas tekanan ujian. Terdiri daripada dua belas tahun, dengan tingkatan prasekolah, enam tahun pendidikan asas (“elementary” dan “middle school”), dan enam tahun pendidikan menengah tinggi (“high school). PENDEKATAN PENGAJARAN Berpusat pada pengajaran berpusatkan peperiksaan dan kurikulum nasional. Terdapat penekanan pada pendedahan kepada pelbagai mata pelajaran dan Menggalakkan pemikiran kritis dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kurikulum cenderung lebih fleksibel dan menekankan Lebih banyak penekanan pada pembelajaran yang bermakna, pemikiran kritis, dan kerja projek. Pembelajaran berpusatkan pelajar dan penggunaan 3


4 ujian berstandardisasi seperti SPM. pembangunan kemahiran generik. teknologi dalam pengajaran adalah lebih umum. WAKTU PENGAJARAN Waktu pengajaran di Malaysia adalah lebih panjang dan lebih terstruktur. Terdapat lebih banyak jam pelajaran dan kurikulum yang perlu dilaksanakan. Waktu pengajaran di Finland adalah lebih ringkas. Sistem mereka memberikan penekanan kepada keseimbangan antara belajar dan rehat serta aktiviti luar kelas. Waktu pengajaran di Amerika Syarikat selalunya bermula antara 8 pagi hingga 3 - 3:30 pm . Waktu pengajarannya lebih kurang di malaysia di mana lebih banyak jam pelajaran dan kurikulum dilakukan. KALENDAR AKADEMIK Kalendar akademik di Malaysia biasanya bermula pada awal tahun dan tamat pada akhir tahun, dengan cuti-cuti persekolahan yang dijadualkan. Tahun ajaran di Finland biasanya dimulai pada bulan Ogos atau awal September dan berakhir pada bulan Jun tahun berikutnya. Kalendar akademik di Amerika Syarikat sering bermula pada bulan Ogos atau September dan tamat pada bulan Mei atau Jun. Terdapat cuti-cuti musim panas yang panjang antara sesi pengajaran. 4


5 UJIAN NASIONAL SPM adalah ujian nasional yang penting di Malaysia dan menentukan kelayakan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Finland tidak mempunyai ujian seragam melainkan National Matriculation Exam, iaitu ujian sukarela untuk pelajar di peringkat sekolah menengah atas. Semua kanak-kanak di Finland dinilai secara individu dan sistem penggredan ditetapkan oleh guru mereka. Namun begitu, Kementerian Pendidikan tetap menyemak perkembangan keseluruhan dengan cara menguji sebilangan pelajar daripada pelbagai jenis sekolah. Di Amerika Syarikat, terdapat ujian nasional seperti SAT dan ACT, tetapi keputusan ini tidak semestinya menjadi satu-satunya faktor penentu kelayakan masuk ke kolej atau universiti. Pemilihan pelajar juga dipengaruhi oleh prestasi akademik, kegiatan ekstrakurikuler, surat rujukan, dan esei peribadi. KURIKULUM & PILIHAN MATA PELAJARAN Kurikulum SPM mempunyai mata pelajaran yang tetap diambil oleh semua pelajar, dengan pilihan mata Kurikulum pendidikan Finland mempunyai pendidikan asas iaitu bahasa ibunda, bahasa kebangsaan dan bahasa ketiga. Selain itu, mereka Pelajar di Amerika Syarikat mempunyai lebih banyak kebebasan dalam memilih mata pelajaran. Terdapat mata pelajaran yang diwajibkan, tetapi 5


6 pelajaran elektif tertentu. juga perlu ambil kajian alam sekitar, agama atau etika, sejarah, kajian sosial, matematik, fizik, kimia, biologi, geografi, pendidikan jasmani, muzik, seni visual, kraf, ekonomi rumah tangga dan bimbingan kaunseling. juga terdapat peluang untuk memilih mata pelajaran elektif yang sesuai dengan minat dan kekuatan pelajar. 6


7 KEKUATAN SISTEM PENDIDIKAN SETARAF SPM DI 3 NEGARA MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT (AS) Inisiatif Peningkatan Akses: ● Malaysia telah berusaha meningkatkan akses pendidikan untuk semua lapisan masyarakat, memungkinkan lebih banyak pelajar di Malaysia untuk dapat mengakses pendidikan setaraf SPM. Pendidikan Percuma: ● Pendidikan dasar dan menengah di Finland adalah percuma, menawarkan akses yang setara bagi semua warganegara Finland. Fleksibiliti dan kepelbagaian: ● Sistem pendidikan di AS memberikan fleksibiliti kepada pelajar dalam pemilihan mata pelajaran dan program pembelajaran. Pelajar dapat memilih dari pelbagai mata pelajaran dan jalur pendidikan sesuai dengan minat dan keinginan mereka. Multibahasa: ● Sistem pendidikan di Malaysia memperkenalkan Kurikulum Holistik: ● Kurikulum di Finland menekankan pendekatan holistik, Inovasi dan Pengembangan Keterampilan: ● Sistem pendidikan di 7


8 bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran utama, memberikan pelajar dapat mempelajari bahasa lain. Sesetengah sekolah ada juga menawarkan pilihan Bahasa Asing, seperti Bahasa Jepun, Bahasa Arab, dan lain-lain. memfokuskan perkembangan peribadi dan sosial pelajar serta menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis. AS mendorong pelajar berinovasi dan mengembangkan keterampilan pelajar. Banyak program pendidikan menawarkan latihan vokasional dan teknik, yang mempersiapkan pelajar untuk pendidikan lanjutan dan ceburi kerjaya tertentu. Budaya yang diversiti: ● Kehidupan sekolah mencerminkan keragaman etnik dan budaya di Malaysia, memberikan pelajar untuk mempelajari budaya kaum lain dan juga mendapat pengalaman yang berharga dalam memahami masyarakat yang berbilang kaum (multiracial). Contohnya,kaum Keseimbangan dalam Pembelajaran dan Kehidupan : ● Sistem beban belajar yang seimbang dan kurang latihan yang diberikan oleh guru kepada pelajar (bukan exam-based oriented). Jadi, pelajar dapat meluangkan masa untuk kegiatan ekstrakurikuler dan juga kehidupan sosial. Akses terhadap sumber penyelidikan yang berkualiti: ● AS memiliki beberapa institusi tinggi dan universiti yang terkemuka di dunia, memberikan akses terhadap pendidikan dan juga penyelidikan yang tinggi. Amerika Syarikat umumnya mempunyai belanjawan penyelidikan yang 8


9 India turut menyambut perayaan kaum Melayu, yang diadakan di sekolah. lebih besar, infrastruktur yang lebih luas, dan penumpuan institusi penyelidikan peringkat “top tier” yang lebih tinggi. Jadi, pelajar akan mendapat pengalaman dalam bidang penyelidikan/kajian yang berbeza di AS berbanding negara-negara lain. 9


10 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN SETARAF SPM DI 3 NEGARA MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT Taraf Pencapaian Akademik ● Pencapaian akademik dalam subjek yang penting seperti STEM tidak memenuhi syarat tahap antarabangsa. Pilihan ‘Spacialisation’ Awal ● Meskipun peluang memilih pendidikan setelah peruskoulu ada, keputusan awal ini boleh membatasi pilihan kerjaya dan pendidikan lanjutan pelajar. Kos Pendidikan: ● Kos yuran yang perlu dibayar oleh pelajar agak tinggi sehingga ada golongan yang tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya Kebergantungan kepada SPM ● SPM digunakan 90% untuk menilai pelajar. SPM juga hanya berorientasikan peperiksaan yang mungkin akan Kurang ujian Standardasi ● Meskipun pendekatan ini mempromosikan pembelajaran yang holistik, tetapi mungkin kurang memberikan gambaran jelas Pembelajaran berorientasikan ujian ● Terlalu banyak ujian standardisasi boleh mengakibatkan pendidikan yang terlalu fokus pada peperiksaan dan kurang menekankan 10


11 menyebabkan kurang pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan pelajaran. tentang pencapaian sebenar pelajar berbanding rakan sebaya antarabangsa. kemahiran abad ke-21. 11


12 PENUTUP Kesimpulannya, terdapat perbezaan antara tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Finland dan Malaysia. Menurut analisis yang telah dijalankan, jelas bahawa struktur dan pendekatan pendidikan setiap negara adalah berbeza dan unik. Setiap sistem pendidikan di Amerika Syarikat, Finland, dan Malaysia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang perlu diambil kira. Di Malaysia, dengan sistem pendidikan 3-3-4 dan SPM sebagai ujian utama, telah berusaha untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada rakyatnya. Namun, keperluan untuk mempertingkatkan kurikulum dan pendekatan pembelajaran berorientasi kepada peperiksaan masih menjadi cabaran. Finland, dengan pendekatan pendidikan yang berfokus kepada pembelajaran yang bermakna dan fleksibiliti, telah mencapai pengiktirafan antarabangsa sebagai salah satu sistem pendidikan terbaik di dunia. Kebebasan untuk memilih subjek dalam pendidikan mereka memberikan peluang kepada pelajar untuk berkembang dalam cara yang mempromosikan kreativiti dan pemikiran kritis. Sementara itu, Amerika Syarikat dengan kepelbagaian pendidikan dan akses terhadap sumber penyelidikan yang berkualiti menawarkan peluang yang luas untuk pelajar. Namun, penekanan yang berlebihan pada ujian standardisasi mungkin membatasi pendidikan kepada hanya fokus pada peperiksaan. Sebagai kesimpulan, walaupun terdapat perbezaan dalam pendekatan dan struktur, objektif utama setiap sistem pendidikan adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan. Oleh itu, pemahaman dan adaptasi terhadap kelebihan dan kelemahan masing-masing sistem adalah penting untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dan relevan untuk generasi akan datang. 12


13 RUJUKAN Azian. (2022, October 20). Finland Negara Contoh terbaik Dalam Sistem Pendidikan. EraBaru.https://www.erabaru.com.my/2022/10/20/finland-negara-contoh-terbaik-dalam-siste m-pendidikan/ Kilpi-Jakonen, E., Erola, J., & Karhula, A. (2016). Inequalities in the haven of equality? Upper secondary education and entry into tertiary education in Finland. Models of secondary education and social inequality: An international comparison, 181. Bishop, J. H. (2010). Which secondary education systems work best? The United States or Northern Europe. Sundari, S., & Sassi, K. (2024). Analisis Komparasi Sistem Pendidikan Indonesia dan Finlandia. Simpati: Jurnal Penelitian Pendidikan dan Bahasa, 2(1), 142-161. bin Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1). Radin, M., & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan pendidikan abad ke-21 di Malaysia: Satu tinjauan awal. Sains Humanika, 10(3-2). Azzahra, G. F., Asbari, M., & Ariani, A. S. (2023). Pendidikan Multikultural: Menuju Kesatuan Melalui Keanekaragaman. Journal of Information Systems and Management (JISMA), 2(6), 1-7. Bunyamin, M. A. H. (2016). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global. Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah,(April). Syakhrani, A. W., Maulani, A., Saubari, A., Yusuf, M., & Ilham, M. (2022). Sistem Pendidikan Di Negara Maju Amerika Serikat. Adiba: Journal Of Education, 2(3), 311-317. Hutagaluh, O. (2022). PENDIDIKAN DI FINLANDIA: KEMAJUAN DAN CONTOH UNTUK INDONESIA. Jurnal Ilmu Pendidikan dan Kearifan Lokal, 2(4), 188-198. 13


Click to View FlipBook Version