SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA (3)
PERSIARAN BUKIT UTAMA, 47800 PETALING JAYA, SELANGOR
MESYUARAT GURU BIL 1/2021
Tarikh : 18 Januari 2021
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Google Meet (BDR)
Kehadiran :
1) PN. ROS BT LIZAN (PENGETUA)
2) EN. AZMI BIN ARSHAD (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
3) PN ONG SOON MOI (PENOLONG KANAN HEM)
4) PN. NABISHA BINTI SHAHUL HAMID (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
5) PN.GAJATHISWARI A/P VEJIAN (GURU KANAN)
6) PN.SUMATHI A/P VELLAYAN@PARAMASIVAM (GURU KANAN)
7) PN.SUHAILA BT IDRIS (GURU KANAN)
8) PN.ZAINAB BT ABDULLAH (GURU KANAN)
9) PN NOORHYDAYAH BT AHMA NOOR
10) CIK RAJESWARI A/P SINNAKOUNDAN (GBK)
11) CIK ANA SYAHIDA BINTI CHE RAZAK (GBK)
12) EN.AHMAD FIKRUL HAKIM BIN SHAHRUDDIN
13) PN.AITON BT WAHAB
14) DATIN ANAS SHAFARIZA BINTI ABDUL SHUKOR
15) PN ASMANI BT MORAD
16) PN CHAN MEI CHOW
17) CIK GRACE MARIE CHAI KAR YEN
18) PN.HASNIRAIZA BINTI ABDULLAHI
19) PN HAZLINDA BT ZAIDI
20) PN.HOO LEE PENG
21) PN.JULIANA PATSY LUCAS SADIN
22) PN.JULITA BINTI ALI
23) EN.KHALID ASYMAWI BIN CHE DOLI
24) EN.LIM CHEE HONG
25) EN.MOHAMAD AZAN BIN YUSOF
26) EN.MOHAMAD PAIZUL BIN MOHD ISA
27) MUHAMMAD SHAFITZ BIN ABDUL MALEK
28) PN.NADIAH BINTI CHE MOHAMED
29) PN NAJAH ILHAMI BINTI SABRI
30) PN NALINI A/P SUPPIAH
31) NAZARIAH BINTI AHMAD NAZRI
32) CIK NAZEEHA BINTI ZIARAT KHAN
33) PN.NG LEE LAN
34) EN.NIK MOHD NOR AZMAN BIN NIK YAAKUB
35) PN.NIK NORSYUKRIAH BINTI WAN DAUD
36) PN.NIK ROSMALIHANA BINTI NIK MUSTAPA
1
37) PN NOR AIDA BINTI HAMIDON
38) PN.NOOR ZAIDA BINTI MOHD ZAIRI
39) PN.NORAINI BINTI ZAKARIA
40) PN.NORAZIAH ANINA BINTI MOHD RASHID
41) PN.NORHAYATUL HASSANAH BINTI MOHD NOOR
42) PN.NUR HIDAYAH BINTI CHE MOHD ROSLI
43) PN. NUR AMIRAH BINTI CHE HUSIN
44) NUR ILMIAH BINTI GHANI
45) CIK NURSYAZA BINTI HAKIMIN
46) PN.ONG CHOOI PENG
47) EN.PARANDAMAN A/L M.ANDY
48) PN.ROZITA BINTI SULAIMAN
49) PN.SHAHRIAH BINTI MUHAMMAD SAID
50) CIK SITI AISHAH BINTI ZAKARIA
51) PN.SITI AZNITA FAZLIN BINTI ABDUL AZIZ
52) CIK SITI NOR AISYAH BT MARZUKI
53) PN.SITI NOR HAFIZAH BINTI MOHD SALEH
54) CIK SITI NURHAZWANI BINTI MAHAMED HARIF
55) EN.WAN MOHD SUKRI BIN WAN YUSOFF
56) CIK WAN NORAZILA BINTI WAN ISMAIL
57) PN.ZAIMAH BINTI MAHMUD
58) PN.ZURAIDAH BINTI YUSOF
Tidak Hadir:
- Tiada
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam
mesyuarat guru bil 1/2021. Sebelum memulakan majlis, pengerusi meminta
semua guru yang beragama Islam untuk membaca surah al-Fatihah dan guru
bukan beragama Islam untuk bertafakur. Pengerusi memaklumkan, mesyuarat ini
merupakan mesyuarat pertama bagi tahun 2021. Pengerusi juga mengucapkan
syukur dan mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru.
Makluman : Semua Guru
1.2 Pengerusi meminta kerjasama guru untuk membaca Akur Janji
Penjawat Awam 2021 yang diketuai oleh Penolong Kanan HEM dan diikuti oleh
semua guru. Pengerusi juga meminta guru mengisi maklumat pada borang
akur janji tersebut dan dihantar kepada pengerusi untuk pengesahan.
Makluman : Semua guru
2
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2021 sehingga 2025 berada di gelombang ketiga. Semua sekolah, guru
dan pengetua atau guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihh standard
minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada
meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan
setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan
menganjakkan kebanyakkan sekolah kepada model pengurusan berasaskan
sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam
pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sitem
pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan
meningkatkan pencapian yang lebih tinggi
Makluman : Semua Guru
1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat panitia atau bidang akan di adakan
secara maya bermula 19 Januari 2021 mengikut kesesuaian masa.
Makluman : Semua guru
1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh pembukaan sekolah secara bersemuka
bagi tahun ini ialah Rabu 20 Januari 2021 hanya melibatkan murid tingkatan lima
2020. Bagi tingkatan satu hingga lima 2021 akan melaksanakan kelas secara PdPr
dan murid serta guru akan mendapat jadual waktu mengikut ketetapan yang telah
dibuat. Guru wajib melaksanakan kelas maya dengan murid iaitu menggunakan
aplikasi Google Meet atau Zoom.
Makluman : Semua guru
1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM bagi tahun 2020 ialah
bermula pada Selasa 23 Februari 2021 sehingga Khamis 25 Mac 2021.
Makluman : Semua guru
1.7 Pengurusan Kurikulum
1.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bagi Rekod Pengajaran Harian (RPH)
perlu dibuat seperti biasa tidak lagi menggunakan catatan PKP seperti
sebelum ini. RPH wajib hantar pada hari Jumaat setiap minggu bersama-
sama RPH bagi hari Isnin minggu hadapan. Penghantaran e-RPH 2021
perlu di hantar selewat-lewatnya pada hari ahad minggu tersebut kepada
penyemak di tapak Google Classroom.
Makluman : Semua guru
3
1.7.2 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual waktu PdPr dan jadual bertugas
guru iaitu perlu hadir ke sekolah selama tiga hari manakala pentadbir
empat hari seminggu akan diedarkan secepat yang mungkin .
Makluman : Semua guru
1.7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa program peningkatan prestasi SPM
2020 panitia perlu merancang bahan atau boleh di kongsikan dengan
murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Manakala
modul pintas akan digunakan sebagai pengayaan.
Makluman : Semua guru
1.7.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Program SPM 2021, perlu mengikut
format KSSM 2021 dan semua guru mata pelajaran perlu bersedia.
Makluman : Semua guru
1.7.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa bagi GPS peperiksaan SPM tahun
2020 sekolah menetapkan sasaran ialah 2.10 manakala GPS peperiksaan
SPM tahun 2021 ialah 2.05.
Makluman : Semua Guru
1.7.6 Pengerusi juga memaklumkan bahawa Dokumen Penjajaran Kurikulum
2.0 melibatkan murid tingkatan satu, dua, tiga dan lima tahun 2021. Ketua
panitia perlu ambil maklum perkara ini
Makluman : Semua Guru
1.7.7 Pengerusi juga memaklumkan bahawa takwim persekolahan bagi tahun
2021 ialah bermula persekolahan Rabu 20 Januari 2021 sehingga Jumaat
10 Disember 2021. Guru-guru boleh rujuk takwim yang disediakan di
dalam buku pengurusan.
Makluman : Semua Guru
1.7.8 Pengerusi juga mengingatkan bahawa PLC sangat penting dilaksanakan.
Hal ini kerana kebanyakkan sekolah mengguna model Program
Pengurusan Sekolah dan guru perlu berusaha meningkatkan kaedah PdPr
ke arah norma baharu.
Makluman : Semua Guru
4
1.7.9 Pengerusi juga memaklumkan bahawa berlaku perubahan jadual waktu
bagi tahun ini iaitu mengikut PdPc dan PdPr. PdPc melibatkan guru dan
murid tingkatan lima tahun 2020. Kriteria perlaksanaan jadual ini
mendapat ketetapan daripada Bahagian Kurikulum. Bagi guru yang akan
melaksanakan PdPr pastikan guru mengadakan sekurang-kurangnya sejam
bagi sesi kelas menggunakan aplikasi Google Meet kerana guru dan murid
perlu ada komunikasi juga.
Makluman : Semua Guru
1.8 Pengurusan HEM
1.8.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa kehadiran bagi kelas PdPr perlu di
ambil dan guru perlu ketahui sebab murid tidak hadir kelas PdPr.
Makluman : Semua Guru
1.9 Pengurusan Kokurikulum
1.9.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa tiada lagi arahan terkini bagi
menjalankan aktivi kokurikulum di sekolah secara bersemuka kelak.
Pendaftaran unit-unit bagi aktiviti kokurikulum hanya dibuat secara atas
talian sahaja.
Makluman : Semua Ketua Panitia
1.10 Kewangan atau PCG
1.10.1 Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua ketua panitia perlu membuat
perancangan rapi kewangan dan membelanjakan wang peruntukkan
sehingga pertengahan tahun 2021. Selain itu, perlu membuat semakan bagi
setiap dokumen penting ketika membuat perbelanjaan
Makluman : Semua Ketua Panitia
1.11 Pembangunan Personal
1.11.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mengikut norma baharu tahun ini
sesi LDP akan dibuat secara maya. Guru juga boleh menghadiri sendiri
sesi maya ini dan perlu mendapat pengesahan dari SU LDP.
Makluman : Semua Guru
5
1.12 SKPMG2 (Pembelajaran dan Pemudahcaraan)
1.12.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa cabaran PdPr ialah dari segi
pelaksanaan oleh guru. Kaedah PdPc yang digunakan untuk mencapai
sasaran subjek dengan lebih berkesan. Guru sebagai perancang, penilai
dan pembimbing. Oleh sebab itu, pihak pentadbir akan menghadiri mana-
mana kelas PdPr yang dilaksanakan oleh guru.
Makluman : Semua Guru
1.13 Prasarana
1.13.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa padang sekolah akan dinaik taraf
bagi keselesaan semua pihak. Selain itu, akan mencuba mendapatkan lagi
kemudahan LCD dan pembesar suara dengan bantuan kewangan dari
pihak PIBG bagi melancarkan PdPc kelak.
Makluman : Semua Guru
1.14 Kelas
1.14.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa murid kini terdedah kepada semua
kelompok namun, kita boleh berusaha untuk pencapaian yang lebih baik
dan perlu pertingkatkan usaha.
Makluman : Semua Guru
1.14.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa sekolah layak untuk membuka
tujuh kelas dan sepatutnya kita mempunyai enam puluh empat orang guru
tetapi disebabkan kekurangan guru maka kita kekalkan enam kelas seperti
biasa.
Makluman : Semua Guru
1.14.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pemilihan murid tingkatan empat
bagi tahun 2021 dilakukan dengan menggunakan instrumen yang diberi
oleh pihak berkenaan dan mengambil kira peperiksaan akhir tahun dan
pertengahan tahun tingkatan dua pada tahun 2019.
Makluman : Semua Guru
6
1.15 SPBT
1.15.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pemulangan dan pengambilan buku
teks akan dijadualkan semula dan akan mula diurus bermula Rabu 20
Januari 2021.
Makluman : Semua Guru
1.16 Tataterib
1.16.1 Pengerusi juga menegaskan bahawa sebagai penjawat awam perlu patuh
dengan SOP ketika PKP ini supaya tidak ada yang akan di ambil tindakan
tataterib. Hal ini kerana boleh dikenakan tindakan seperti tahan kerja,
buang kerja dan lain-lain. Jangan menggunakan surat khas kebenaran ke
sekolah untuk ke tempat tidak berkaitan.
Makluman : Semua Guru
1.17 Cuti atau BDR
1.17.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mengikut norma baharu mesyuarat
akan diadakan secara maya sahaja. Sekiranya guru cuti sakit dan
mempunyai PdPr pada hari berkenaan, guru perlu ganti sendiri kerana
tiada guru akan mengganti waktu tersebut. Guru boleh memberi tugasan
pada murid di dalam aplikasi Google Classroom. Oleh itu, guru tidak akan
menggunakan cuti sakit kerana berada dalam tempoh BDR.
Makluman : Semua Guru
1.18 HRMIS atau e-operasi
1.18.1 Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua guru perlu mengemaskini
maklumat peribadi mengikut ketetapan yang dimaklumkan kemudian.
Makluman : Semua Guru
1.19 Orientasi Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 2021
1.19.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa guru-guru yang terlibat dengan
orientasi secara maya bagi murid tingkatan empat dan tingkatan satu perlu
bersedia bagi majlis tersebut.
Makluman : Semua Guru
7
1.20 Soalan peperiksaan
1.20.1 Pengerusi juga mengingatkan bahawa guru yang terlibat menggubal
soalan peperiksaan perlu sediakan soalan tersebut bagi peperiksaan
pertengahan tahun secara bercetak.
Makluman : Semua Guru
1.21 PIBG
1.21.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat PIBG tahun 2021 akan
dilaksanakan secara maya sahaja. Tarikh mesyuarat boleh rujuk takwim
dan masa akan dimaklumkan kemudia tertakluk kepada perubahan.
Makluman : Semua Guru
2.0 Kurikulum (En. Azmi Bin Arshad)
2.1 Penolong kanan memaklumkan jawatan kuasa pengurusan pentadbiran bagi tahun
2021 masih lagi kekal mengikut tahun 2020 kecuali beberapa tugas yang
mempunyai sedikit perubahan seperti Setiausaha Kurikulum di sandang oleh Puan
Shahriah Binti Muhammad Said, Penolong Setiausaha Sukan oleh Encik Khalid
Asymawi Bin Che Doli, Setiausaha PT3 oleh Puan Nadiah Binti Mohamed,
Penolong Setiausaha PT3 oleh Cik Siti Nor Aisyah binti Marzuki, Setiausaha PBS
oleh Puan Julita Binti Ali, Penolong Setiausaha SPM oleh Cik Wan Norazila
Binti Wan Ismail Guru, Penolong Setiausaha Mesyuarat Guru oleh Puan Nor
Aida Binti Hamidon, Pengerusi Kelab Staf oleh Puan Nik Rosmalihana Binti Nik
Mustafa, Penyelaras Kajian Tindakan oleh Puan Shahriah Binti Muhammad Said,
Penyelaras Sidang Redaksi Majalah oleh Cik Nazeeha Binti Ziarat Khan dan
Penyelaras Program Peningkatan Prestasi oleh Puan Shahriah Binti Muhammad
Said.
Makluman : Semua Guru
2.2 Penolong kanan juga memaklumkan bahawa sasaran GPS SPM 2020 ialah 2.10
manakala GPS SPM 2021 ialah 2.05. Bagi sasaran GPS Mata pelajaran SPM pula
antara 0.50 hingga 3.00. Selain itu, sasaran GPS Mata pelajaran Tingkatan Tiga
antara 0.50 hingga 2.50. Bagi SKPMg2 standard 3.1.2 menyasarkan skor empat
bagi semua Mata Pelajaran serta mencapai skor 4 SKPMg2 bagi semua Aspek
Pengurusan Kurikulum.
Makluman : Semua Guru
8
2.3 Penolong kanan juga memaklumkan tentang RPT mestilah digubal mengikut
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 dan mestilah disediakan sebelum hari
persekolahan.
Makluman : Semua Guru
2.4 Penolong kanan mengingatkan tentang RPH mestilah disediakan sebelum PdPc
sama ada secara bersemuka atau PdPr. Bagi pelaporan PdPR, mestilah dibuat
pada hari yang sama sebelum pukul 6.00 petang atau mengikut maklumat terkini
dari pihak JPN Selangor dan masih menggunakan link yang sama seperti tahun
2020. Rekod mengajar (e.RPH) dihantar melalui Google Classroom setiap
minggu pada hari Jumaat.
Makluman : Semua Guru
2.5 Penolong kanan juga mengingatkan semua guru supaya mengemaskini Fail Buku
Rekod Mengajar dan Fail RPH untuk semakan dan pengesahan oleh pentadbir,
penolong kanan atau pengetua selewat-lewatnya pada Jumaat 29 Januari 2021.
Tindakan : Semua Guru
2.6 Penolong kanan mengingatkan semua ketua panitia berkaitan kewangan atau PCG
supaya merujuk semula Perancangan Kewangan tahun 2020 dan membuat
perancangan untuk tahun 2021. Pengurusan kewangan panitia (PCG) mestilah
dimasukkan dalam agenda setiap mesyuarat Panitia. Setiap pembelian mesti akur
kepada tatacara pembelian penggunaan wang PCG. Sila rujuk dan berbincang
Bersama GKMP & AKP Kewangan sekiranya ada sebarang kemusykilan.
Sebaiknya pastikan peruntukan yang ada dapat dibelanjakan selewat-lewatnya
bulan September. Bagi panitia yang masih mempunyai baki peruntukan PCG
tahun 2020 yang masih banyak lagi belum digunakan, sila mengambil tindakan
segera untuk digunakan sebelum bulan Mac 2021.
Makluman : Semua Ketua Panitia
2.7 Penolong kanan juga memaklumkan bahawa pada dasarnya peruntukkan masa
dalam jadual adalah seperti biasa/normal, tetapi terpaksa disusun mengikut
kesesuaian dan mengikut ketetapan yang sepatutnya. Bagi jadual bersemuka
tingkatan lima tahun 2020 ialah 7.30 pagi hingga 2.00 petang. Manakala jadual
PdPR Tingkatan satu hingga lima bagi tahun 2021 ialah bermula pada pukul
7.30pagi hingga 10.00 pagi, 10.30pagi hingga 12.00 tengah hari dan 12.30 petang
hingga 2.00 petang.
Makluman : Semua Guru
9
2.8 Penolong kanan memaklumkan bahawa peperiksaan dalaman bagi tahun 2021
mengikut adalah takwim sekolah (Rujuk Takwim Sekolah). Hanya diadakan
untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan
Percubaan. Sebarang perubahan tarikh peperiksaan akan dimaklumkan. Semua
Ketua Panitia, boleh menyerahkan nama penggubal soalan untuk setiap
peperiksaan dalaman kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman selepas mesyuarat
panitia nanti.
Makluman : Semua Guru
2.9 Penolong kanan mengingatkan ketua bidang atau ketua panitia dan guru terlibat
memastikan pengurusan fail dilaksanakan mengikut ketetapan seperti SKPMg2
serta eviden-eviden atau dokumen berkaitan disediakan. Segala keputusan dan
pelaksanaan semua aktiviti atau program dibincang, diputus dan dicatatkan dalam
minit mesyuarat sebagai ketetapan yang menjadi punca kuasa pelaksanaan aktiviti
atau program. Selain itu, perlu memastikan mesyuarat atau dialog prestasi
diadakan mengikut prosedur yang betul sekurang-kurangnya empat kali setahun.
Mohon semua setiausaha menyediakan surat perlantikan tugas guru-guru di
bawah jawatankuasa unit atau panitia masing-masing. Ketua panitia hendaklah
peka dan sentiasa merujuk takwim kurikulum berkaitan mesyuarat dan program
sepanjang tahun agar dapat dilaksanakan mengikut ketetapan dan dirancang lebih
awal dan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Setiap Bidang Mata
Pelajaran (4 bidang) memastikan ada melaksanakan Kajian Tindakan untuk
dihantar ke peringkat daerah. Guru yang menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel
di luar sekolah perlu mengisi borang minit curai dan diserahkan kepada Ketua
Bidang masing-masing.
Makluman : Semua Guru
2.10 Penolong kanan juga menegaskan bahawa program peningkatan prestasi guru dan
murid perlu dibuat semakan jika program tersebut berkesan diteruskan dan perlu
diberi penambahbaikan. Ini selaras dengan perancangan program bagi Pelan
Strategik Organisasi baru (2021-2025).
Makluman : Semua Guru
2.11 Penolong kanan juga memaklumkan bahawa Penggubalan PSO yang baru di
peringkat induk telahpun dihantar kepada pihak PPD Petaling Utama untuk
semakan. Sekiranya telah diterima, peringkat Seterusnya pihak unit atau panitia
perlu melengkapkannya, iaitu menyediakan jadual 1 & 2 PSO. Mohon Ketua
Bidang dapat membuat semakan untuk panitia masing-masing dan merancang
program-program baru.
Makluman : Semua Guru
10
2.12 Penolong kanan mengingatkan semua guru pencerapan guru akan diadakan dua
kali setahun. Jadual akan diedarkan dan dimaklumkan kepada semua guru.
Tertakluk kepada pindaan dan perkembangan semasa negara. Pemantauan atau
pencerapan di sepanjang PKP ini juga akan dilaksanakan oleh pentadbir mengikut
kesesuaian untuk pelaporan ke PPD atau JPN. Pastikan guru melaksanakan PdPR
secara dalam talian Google Meet , gabungan atau luar talian offline. Pastikan
juga, guru ada mengajar terlebih dahulu dan tidak semata-mata hanya memberi
latihan sahaja.
Makluman : Semua Guru
2.13 Penolong kanan memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Cemerlang untuk murid
tingkatan lima tahun 2020 akan diadakan pada hari Selasa 9 Februari 2021.
Manakala Majlis Anugerah Cemerlang untuk murid SPM tahun 2019 diadakan
secara bersemuka iaitu murid perlu hadir untuk penerimaan sijil dan bergambar
serta tempoh pengambilan ditetapkan bermula 15 hingga 19 Februari 2021.
Jawatankuasa pelaksana akan dibentuk dan diberikan taklimat pelaksanaan.
Makluman : Semua Guru
2.14 Penolong kanan memaklumkan bahawa pakej mata pelajaran bagi tingkatan
empat tahun 2021 terbahagi kepada tiga pakej. Pertama ialah pakej STEM A bagi
kelas Sains Tulen iaitu kelas 4 Theta, 4 Delta dan 4 Zeta. Kedua pakej STEM B
bagi kelas Sub Sains dengan tambahan subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik
Tambahan dan tiada subjek Biologi iaitu kelas 4 Omega. Ketiga pakej STEM C
bagi kelas 4 Gamma dengan tambahan subjek Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas
dan Matematik Tambahan manakala bagi kelas 4 Sigma subjek Prinsip
Perakaunan dan Pendidikan Seni Visual.
Makluman : Semua Guru
2.15 Penolong kanan memaklumkan bahawa Ketua Panitia Matematik Tambahan ialah
Puan Julita Binti Ali, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan ialah Puan Nik Rosmalihana Binti Nik Mustafa dan yang terakhir
Ketua Panitia Pendidikan Moral ialah Puan Hasniraiza binti Abdullah
Makluman : Semua Guru
11
3.0 Hal Ehwal Murid (Pn. Ong Soon Moi)
3.1 Penolong Kanan HEM memaklumkan tentang Jawatan Kuasa Hem iaitu
Setiausaha Hem masih kekal Puan Nik Norsyukriah. Manakala ada beberapa unit
yang diambil tugas oleh guru baru seperti Unit Kebajikan dan Biasiswa ialah
Puan Nur Amirah Binti Che Husin, Unit 3K/SPKS ialah Encik Muhammad
Shafitz bin Abdul Malek , Unit Kesihatan oleh Puan Nazariah Binti Ahmad Nazri,
Penolong pengawas sekolah ialah Cik Siti Nor Aisyah Binti Marzuki bagi
Pegawai Pemeriksaan Stok pula akan menunggu lantikan dari pihak JPN. Satu
jawatan kuasa baharu juga dibuat iaitu JK Bebas Denggi bagi menangani isu
denggi kerana sekolah telah dikenakan kompuan oleh MBPJ semasa cuti sekolah
pada akhir tahun 2020.
Makluman : Semua Guru
3.2 Penolong Kanan HEM memaklumkan senarai guru tingkatan 2021 akan
diedarkan di dalam aplikasi Whatsapp. Bagi tahun 2021 guru penyelaran
tingkatan akan dibuat secara bergilir-gilir dengan mengikut turutan guru tingkatan
Theta, Delta, Omega, Gamma dan Sigma bagi semua guru tingkatan 2021.
Walaubagimanapun, guru tingkatan lima 2020 masih kekal yang sama.
Makluman : Semua Guru
3.3 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa rekod kehadiran murid tingkatan
lima 2020 akan dibuat sacara manual dan masih lagi perlu mencatat suhu badan.
Guru tingkatan lima 2020 juga perlu mengemaskini kehadiran di APDM sebelum
pukul 10.00 pagi.
Makluman : Guru Tingkatan Lima 2020
3.4 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa senarai murid bagi semua
tingakatan mengikut kelas telah di maklumkan kepada pihak PIBG SMKBUD3
dan web sekolah serta akan diberitahu juga menggunakan aplikasi Whatsapp
sekolah bagi kegunaan guru tingkatan 2021.
Makluman : Semua Guru
3.5 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa guru tingkatan empat 2021 perlu
membuat group Whatsapp mengikut kelas dengan mengambil data di APDM atau
boleh bertanya kepada guru tingkatan tiga 2020 .
Tindakan : Semua Guru Tingkatan Empat 2021
12
3.6 Penolong Kanan HEM memaklumkan juga bagi murid tingkatan satu 2021 guru
tingkatan perlu membuat group Whatsapp mengikut kelas tetapi akan diberi
pautan dari pihak PIBG SMKBUD3 kepada pengerusi.
Tindakan : Semua Guru Tingkatan Satu 2021
3.7 Penolong Kanan HEM menerangkan bahawa kedudukan kelas bagi tingkatan lima
2020 di Blok A dan Blok B. Manakala bagi tingkatan lima 2021 jika bersemuka
kelas akan menggunakan Blok C dan Blok D. Pelan ini guru boleh rujuk di dalam
buku pengurusan strategik 2021.
Makluman : Semua Guru
3.8 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa group kehadiran di dalam aplikasi
Whatsapp masih lagi aktif. Guru tingkatan lima 2020 boleh mengemaskini rekod
kehadiran murid di group ini bagi memudahkan guru tingkatan lima 2020 yang
BDR pada hari tersebut.
Makluman : Semua Guru
3.9 Penolong Kanan HEM mengingatkan bahawa mulai tahun 2021 APDM boleh di
log masuk oleh ibubapa. Guru tingkatan perlu memastikan menanda kehadiran
dengan betul dan masih lagi perlu mengemaskini sebelum pukul 10.00 pagi. Guru
tingakatan juga perlu mengemaskini maklumat murid mengikut arahan yang akan
diberitahu. Bagi guru yang mempunyai anak bersekolah boleh rujuk pautan
public.moe.gov.my.
Makluman : Semua Guru
3.10 Penolong Kanan HEM menegaskan bahawa setiap hujung bulan guru tingkatan
perlu membuat pengesahan secara bulanan kehadiran murid di APDM. Guru
tingkatan perlu buat pengesahan dan cetak analisa tersebut dan perlu diletak di
dalam fail yang disediakan di pejabat. Sekiranya guru tingkatan menghadapi
masalah untuk membuat cetakan boleh guna komputer di sekolah pada bila-bila
masa sahaja.
Tindakan : Semua Guru Tingkatan
3.11 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa pemulangan buku teks tingkatan
lima 2020 akan dibuat selepas murid selesai peperiksaan SPM 2020.
Makluman : Semua Guru
13
3.12 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa sebelum memulakan PdPc guru
perlu memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan teratur. Guru tingkatan
lima 2020 boleh mengambil penyapu dan penyodok sampah di pejabat.
Makluman : Semua Guru
3.13 Penolong Kanan HEM menerangkan bahawa guru bertugas masih perlu
mengambil suhu dan hanya dua pintu pagar akan dibuka pada tempoh ini iaitu
pintu pagar hadapan dan pintu pagar di kantin. Guru bertugas pagi diminta hadir
awal kerana ada murid yang datang awal. Manakala guru bertugas waktu balik
perlu memastikan murid pulang dan berjalan dalam keadaan jarak antara satu
sama lain.
Makluman : Semua Guru
3.14 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa pemulangan buku teks tingkatan
lima 2020 akan dibuat selepas murid selesai peperiksaan SPM 2020.
Makluman : Semua Guru
3.15 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa waktu pulang bagi tingkatan lima
2020 terbahagi kepada tiga waktu iaitu pukul 1.00 petang, 1.30 petang dan 2.00
petang. Hal ini kerana, bagi mengurangkan kesesakan sewaktu murid pulang
secara serentak.
Makluman : Semua Guru
3.16 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa sewaktu rehat murid perlu makan
di dalam kelas dengan pengawasan guru yang bertugas. Guru perlu benarkan dua
orang murid mengambil makanan di kantin. Selain itu, ingatkan murid untuk
pergi ke tandas dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Bagi membuat pesanan
makanan, guru dan murid perlu membuat pesanan sebelum pukul 1.00 petang
sehari sebelum ke sekolah. Guru yang bertugas di kantin perlu mengingatkan
murid yang datang ambil makanan basuh tangan dahulu sebelum mengambil
makanan.
Makluman : Semua Guru
14
3.17 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa semua guru perlu mengisi SSDM
bagi murid yang melakukan amalan baik ketika di sekolah. Hal ini berikutan,
pada tahun 2020 tiada guru yang mengisi makluman di SSDM walhal terdapat
murid yang melakukan amalan baik. Berikutan itu, pada tahun 2021 minta
kerjasama semua guru untuk mengisi SSDM.
Makluman : Semua Guru
3.18 Penolong Kanan HEM menegaskan bahawa semua guru adalah guru disiplin.
Oleh itu, semua guru perlu memastikan murid sentiasa berdisiplin semasa di
sekolah. Guru-guru juga diingatkan bahawa sistem dimerit masih diguna. Barang
terlarang seperti membawa telefon bimbit dan mempunyai jambang atau misai
adalah dilarang. Manakala murid yang berambut panjang guru tidak boleh
mengambil tindakan. Selain itu, guru perlu memastikan murid memakai kasut dan
stokin mestilah menggunakan warna yang seragam iaitu stokin hitam dan
berkasut hitam atau stokin putih berkasut putih. Bagi pemakaian pakaian sukan
hanya pada hari Selasa dan Khamis manakala pakaian seragam pada hari Isnin,
Rabu dan Jumaat.
Makluman : Semua Guru
4.0 Kokurikulum (Pn. Nabisha Binti Shahul Hamid)
4.1 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa semua guru perlu
mengambil surat perlantikan kokurikulum bagi tahun 2021
Makluman : Semua Guru
4.2 Penolong Kanan Kokurikulum juga memaklumkan bahawa setiap unit perlu
membuat perbincangan dan perbentangan kertas kerja yang lengkap bagi tahun
2021.
Makluman : Semua Guru
4.3 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa jawatan kuasa unit
kokurikulum dan unit koperasi bagi tahun 2021 masih dikekalkan.
Makluman : Semua Guru
4.4 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa bagi persatuan Bahasa dan
Kebudayaan di bawah panitia bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bagi kelab
Fotografi atau Redaksi di kendalikan oleh Cik Nazeeha Binti Ziarat Khan serta
dibantu oleh Cik Nur Ilmiyah Binti Ghani. Seterusnya kelab Pencegahan Jenayah
di bawah perlaksaan HEM. Manakala bagi kelab sorak sekiranya memerlukan
15
persembahan di dalam majlis ketika bersemuka kelak, maka kelab sorak diberi
tanggungjawab untuk mengendalikan bahagian persembahan.
Makluman : Semua Guru
4.5 Penolong Kanan Kokurikulum juga memaklumkan bahawa laporan buku BLAK
tahun 2020 berjaya dihantar dan disiapkan oleh semua guru penasihat. Ucapan
tahniah kepada kelab bola keranjang perempuan serta persatuan Sains dan
Matematik kerana antara berjaya melengkapkan buku BLAK tahun 2020.
Makluman : Semua Guru
4.6 Penolong Kanan Kokurikulum menegaskan bahawa guru penasihat perlu
memastikan jurulatih luar yang dilantik bersedia datang ke sekolah membuat
latihan jika bersemuka kelak dan mempunyai sijil sah kejurulatihan. Selain itu,
pembayaran akan dibuat sekiranya jurulatih membuat latihan sama ada secara
online atau bersemuka.
Makluman : Semua Guru
4.7 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa sukan secara maya akan
dilaksanakan bermula dengan merentas desa dan sukan tahunan. Bagi membuat
pembaharuan rumah sukan, guru diminta membantu memberi cadangan nama
rumah sukan yang lebih menarik.
Makluman : Semua Guru
4.8 Penolong Kanan Kokurikulum mengingatkan semua guru bahawa sijil PAJSK
dan SEGAK tahun 2020 telah dicetak dan perlu dimasukkan ke dalam fail murid.
Makluman : Semua Guru
4.9 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa pembelian dari Koperasi
sekolah perlu di buat secara bersemuka. Namun urusan pesanan awal boleh dibuat
secara maya dengan memberitahu kepada guru kelas.
Makluman : Semua Guru
4.10 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa program NILAM
melibatkan semua guru matapelajaran bukannya terhad kepada guru bahasa
sahaja. Bagi menarik penyertaan murid dalam program ini, murid boleh membuta
sinopsis menggunakan peta i-think dan lain-lain yang bersesuaian.
Makluman : Semua Guru
16
4.11 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa bagi mengikut norma
baharu pada tahun ini, semua pertandingan yang dibuat boleh disertai oleh semua
murid. Ini bagi menggalakkan pernyertaan dan markah pencapaian PAJSK juga
meningkat.
Makluman : Semua Guru
4.12 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa perhimpunan bulanan bagi
badan beruniform akan dimulai dengan pengakap. Guru juga perlu memakai
pakaian beruniform yang lengkap.
Makluman : Semua Guru
4.13 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa semua guru penasihat
perlu membuat pengemaskinian papan kenyataan setiap unit. Papan kenyataan
terbaik akan dipilih bagi tahun 2021.
Makluman : Semua Guru
4.14 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa semua guru penasihat
perlu membuat promosi secara maya bagi penyertaan murid tingkatan satu 2021.
Tindakan : Semua Guru Penasihat
4.15 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa AGM bagi tahun 2021 ini
akan dibuat secara maya menggunakan aplikasi yang bersesuaian. Pastikan
membuat perbincangan secara menyeluruh dari segi pemilihan AJKT sehingga
kewangan.
Makluman : Semua Guru
5.0 Hal-hal Lain
5.1 Pengerusi memperkenalkan dua orang guru baharu bagi lantikan Januari tahun
2021 iaitu Cik Grace Marie Chai Kar Yen (Biologi dan Matematik) dan Cik Siti
Nurhazwani Binti Mahamed Harif (Kimia dan Biologi).
6.0 Penutup
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang dengan ucapan penghargaan
kepada ahli yang hadir.
Urusetia,
Setiausaha Mesyuarat Guru
17