The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14208430, 2023-01-30 02:33:56

BUKU PERATURAN BARU SKO 2023 terbaru

BUKU PERATURAN BARU SKO 2023 terbaru

1 BUKU PERATURAN DAN TATATERTIB SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN, PERLIS DISEDIAKAN OLEH : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT DISIPLIN SK ORAN, PERLIS


2 SEKAPUR SIREH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan terima kasih serta rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. dan izin-Nya, Jawatankuasa Disiplin Sekolah Kebangsaan Oran telah berjaya menyusun sebuah buku kecil Panduan Peraturan Sekolah. Pihak Hal Ehwal Murid didorong kuat oleh kesedaran bahawa masalah disiplin sekolah tidak mungkin dapat diatasi dengan berkesan tanpa penglibatan menyeluruh ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah. Semoga buku kecil ini dapat digunakan sebagai rujukan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa/ penjaga demi untuk meningkatkan prestasi murid, khasnya bagi mengurangkan kes-kes salahlaku dalam kalangan murid-murid. Dengan ini para ibu bapa/penjaga juga dapat mengetahui secara mudah akan peraturan sekolah. Murid-murid dapat memahami betapa pentingnya disiplin yang tinggi lagi murni. Insya Allah dengan adanya kerjasama dan penglibatan ibu bapa/penjaga, saya yakin iklim dan budaya sekolah akan sentiasa terpelihara. Sekian, mudah-mudahan kita semua akan memperoleh kejayaan dan kebaikan. Semoga Allah SWT memberkati dan memberi hidayat kepada kita semua. GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN, JALAN MATA AYER, PERLIS.


3 RUKUNEGARA Maka Kami, Rakyat Malaysia Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut : Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluruhan Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


4 LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan. Raja Kita Selamat Bertakhta LAGU NEGERI PERLIS Amin, amin, ya Rabiljalil, Doa hamba yang sangat zalil, Tinggikan daulat serta adil, Kekal perintah Jamalullail IKRAR MURID Bahawasanya kami Murid Sekolah Kebangsaan Oran berikrar dan berjanji pada setiap masa untuk patuh kepada perintah Allah, akur perintah ibu bapa, menghormati pemimpin, guru dan orang yang lebih tua, mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang Negara serta menjadi warga yang bertanggungjawab kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.


5 LENCANA Perisai Benteng dan pertahanan untuk seluruh warga sekolah dari gejala yang tidak sihat. Bulan dan Bintang Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia Dua Tangkai Bunga Padi Malambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan dengan matang serta rasional dalam segala tindakan. Jalur Merah dan Putih Melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang Warna Kuning Naungan Diraja Warna Merah Berani dan Setia Warna Putih Bersih, Jujur dan ikhlas. Biru Melambangkan warga sekolah yang mempunyai semangat perpaduan dalam menjadi rakyat Malaysia.


6 Moto BERILMU DAN BERIMAN ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan warga SK ORAN IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan jati diri dalam kalangan warga SK ORAN LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN Sk Oran Kebanggaan Kami Semua Penggerak Kemajuan Menjana Ilmu Penggerak Minda Dengan Satu Wawasan *** Berilmu Dan Beriman Kami Terus Melangkah Menjangkaui Maklumat Menganjak Paradigma Memangkin Perubahan Dengan Iltizam Jitu *** Kami Warga Sk Oran Sejati Hormati Guru Dan Rakan Bekerjasama, Berdisiplin, Bervisi Itu Amalan Murni (Nukilan: Panitia Muzik, Sk Oran 1997)


7 MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH 1. Membentuk kesempurnaan peribadi murid baik dari segi intelek, mahupun rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 2. Melahirkan insan yang berilmu dan beriman selaras motto sekolah. 3. Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin. 4. Melahirkan insan yang berani , berketrampilan dalam memimpin. 5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan selamat bagi semua murid, guru dan kakitangan. 6. Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran sekolah yang teraputik dan selesa kepada semua. TUJUAN HUKUMAN 1. Mencegah dan memberikan pengajaran kepada murid yang bersalah dari mengulangi kesalahannya. 2. Mencegah murid lain dari melakukan kesalahan yang sama. 3. Menjauhkan murid yang 'berbahaya' atau yang bermasalah dari mempengaruhi murid lain. 4. Memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan setelah terbukti kesalahannya.


8 PANDUAN PERATURAN SEKOLAH GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID 1.KEHADIRAN 1.1.Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan. 1.2 Murid-murid mesti berada di sekolah sebelum atau pada pukul 7.30 Pagi. 1.3.Waktu PdP adalah seperti berikut: TAHUN HARI MASA PULANG 1, 2 dan 3 ISNIN - RABU KHAMIS JUMAAT 1:00 Petang 12.30 Petang 12.00 T.hari 4,5 dan 6 ISNIN DAN SELASA RABU DAN KHAMIS JUMAAT 1.30 Petang 1.00 Petang 12.00 T.hari 1. Jumaat – semua murid pulang jam 12:00 tengah hari. 2. Setiap hari Rabu : 1.00-3.00 petang (perjumpaan unit badan beruniform dan kelab persatuan) 3. Setiap hari Khamis : 5.15-6.15 petang (perjumpaan 1M1S) 4. Rehat – 20 minit 5. Murid yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas. 6. Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan oleh guru disiplin. 7. Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah. 8. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid.


9 2. KETIDAKHADIRAN 1. Murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden. 2. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan. 3. Tindakan terhadap kes ponteng: 4. PK HEM, Guru bimbingan kaunseling , guru kelas serta guru bertugas boleh menjalani lawatan (ziarah cakna) ke rumah murid dengan bantuan YDP PIBG serta pegawai perhubungan sekolah (Polis angkat) pada bila-bila masa yang sesuai ekiranya ponteng berterusan. 5. Seterusnya mana-mana murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada penjaga, murid berkenaan boleh digantung sekolah. 6. Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum. SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir


10 3. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Peraturan pakaian seragam sekolah adalah mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut kesesuaian Sekolah Kebangsaan Oran. 3.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki Seluar a. Seluar panjang berwarna biru kehitaman (dark blue) b. Kemas dan selesa. c. Tidak ketat atau terlalu besar d. Fesyen jeans tidak dibenarkan e. Kaki seluar mestilah mencecah kasut atau tidak menampakkan stokin apabila berdiri dan tidak menyentuh tanah. f. Kaki seluar mestilah sederhana besarnya. Baju a. Baju kemeja adalah berwarna putih dan berlengan pendek. b. Baju dipakai masuk ke dalam seluar. c. Butang baju mesti dibutangkan. d. Bertali leher bercop sekolah (boleh di dapati di kedai buku sekolah) Kasut dan Stokin a. Kasut pvc / kain berwarna hitam. b. Tanpa jalur atau berbelang atau mempunyai tulisan atau gambar. c. Stokin berwarna hitam tidak berjalur atau berbelang warna. d. Kasut sukan hanya dibenarkan pakai pada hari yang mempunyai pendidikan jasmani sahaja. Lencana a. Dijahit di sudut kiri bahagian atas dada di atas poket b. Dipakai pada setiap hari persekolahan. c. Tanda nama diletak di bahagian atas lencana. d. Tali leher bercop lencana sekolah


11 3.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan Baju dan Kain Sarung a. Baju kurung warna putih, potongan tradisional dan leher teluk belanga. b. Baju dan kain sarung hendaklah kelihatan longgar, selesa dan tidak ketat . c. Jenis kain cotton tebal sahaja atau sejenis d. Kain sarung berwarna biru tua jenis susun tepi e. Labuh kain hendaklah menutupi mata kaki atau mencecah kasut, tidak akan menampakkan stoking atau pergelangan kaki apabila berdiri. Tudung / Mini Telekung a. Murid perempuan dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu hendaklah menutup bahu dan dilarang sama sekali memakai tudung singkat yang menampakkan tengkuk. b. Ukuran tudung / mini telekung adalah sesuai dengan pemakainya. c. Diwajibkan memakai serkup kepala berwarna putih atau hitam sahaja d. Semasa Pendidikan Jasmani, murid hanya di benarkan memakai tudung berwarna hitam atau putih sahaja. Kasut dan stokin a. Kasut pvc / kain hitam b. Stokin hitam


12 3.3 Pakaian Seragam Pengawas Lelaki a. Baju kemeja lengan panjang biru muda (cotton) b. Seluar panjang berwarna biru tua (slack c. Vest berwarna biru tua d. Kasut pvc/kain berwarna hitam/stokin hitam e. Lencana sekolah/tanda nama di jahit di atas vest f. Bertali leher Pengawas g. Songkok 3,4 Pakaian Seragam Pengawas Perempuan a. Baju kurung berpesak berwarna biru muda (cotton) b. Kain tudung berwarna biru muda c. Kain susun berwarna biru tua (cotton) d. Stokin Panjang berwarna hitam e. Kasut/pvc/kain berwarna hitam f. Lencana sekolah/tanda nama di atas vest


13 3.5 Pakaian Seragam Pengawas Pusat Sumber sekolah Lelaki a. Baju kemeja lengan panjang kuning cair b. Seluar panjang berwarna coklat gelap c. Vest berwarna coklat gelap d. Kasut kulit/pvc/stokin hitam e. Lencana sekolah/tanda nama di jahit di atas vest f. Bertali leher pengawas Pusat Sumber sekolah g. Songkok 3.6 Pengawas Pusat Sumber Sekolah Perempuan a. Baju kurung berpesak berwarna kuning cair (cotton) b. Kain tudung berwarna coklat gelap c. Kain susun berwarna coklat gelap (cotton) d. Stokin Panjang berwarna hitam e. Kasut/pvc/kain berwarna hitam f. Lencana sekolah/tanda nama di atas vest


14 3.7 Pakaian Seragam Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Lelaki a. Baju kemeja lengan panjang putih (cotton) b. Seluar panjang berwarna biru tua (slack c. Vest berwarna ungu d. Kasut jenis pvc/kain berwarna hitam/stokin hitam e. Lencana sekolah/tanda nama di jahit di atas vest f. Bertali leher g. Songkok 3.8 Pakaian Seragam Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Perempuan a. Baju kurung berpesak berwarna putih (cotton) b. Kain tudung berwarna putih c. Kain susun berwarna biru tua (cotton) d. Vest berwarna ungu e. Stokin Panjang berwarna hitam f. Kasut jenis pvc/kain berwarna hitam g. Lencana sekolah/tanda nama di atas vest


15 3.7 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Lelaki a. Baju T sekolah (wajib) b. Seluar track suit panjang berwarna biru tua atau hitam c. Kasut hitam sekolah atau kasut sukan (sport shoes) d. Stoking hitam 3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Perempuan a. Baju T sekolah (wajib) b. Seluar track suit panjang berwarna biru tua atau hitam c. Tudung hitam berjahit (kain bawal tidak dibenarkan) d. Kasut hitam sekolah atau kasut sukan (sport shoes) e. Stoking hitam f. Sarung tangan sekiranya baju T berlengan pendek.


16 4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN 4.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu : 4.1.1 Di belakang : Rambut tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta kemas. 4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.


17 4.1.3 Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan “sideburn” hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka. 4.1.4 Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci 4.1.5 Berfesyen : tidak dibenarkan membuat fesyen rambut ‘’ stylo, petak dan sebagainya. 4.1.6 Fesyen rambut murid perempuan : tidak dibenarkan menyanggul terlalu tinggi. 4.2 Murid dilarang mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu. 4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali. 4.4 Sebarang alat solek termasuk celak dan liptint adalah dilarang. 4.5 Murid diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki. 4.6 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa. 4.7 Murid yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey. 4.8 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarnawarni, pakaian jeans, semasa waktu Pdp dan kelas tambahan serta pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. 4.9 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah.


18 5. PERHIMPUNAN 5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan oleh Guru Besar iaitu pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu persekolahan. 5.2 Semua murid dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum perhimpunan bermula. 5.3 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. Murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas. 5.4 Murid hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua murid dilarang berbual-bual antara satu sama lain. 5.5 Selepas perhimpunan, para murid hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas. 5.6 Murid yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan diambil tindakan. 6. KAWASAN SEKOLAH 6.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah 6.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”. 6.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru. 6.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, muridmurid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. 6.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua tingkatan bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 6.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan. 6.1.6 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru tingkatan dengan memaklumkan kepada guru yang sedang mengajar pada waktu itu. 6.1.7 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada Guru Tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh murid.


19 7. KELAS 7.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib bertaggungjawab. 7.2 Para murid di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 7.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut. 8 KELUAR-MASUK KELAS 8.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang murid (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas. 8.2 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat. 8.3 Para murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal, bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan itu.Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya. 8.4 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada. 8.5 Murid dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi peraturan “8.4”. 9. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS 9.1 Murid mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru. 9.2 Murid-murid tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan sepanjang masa. 9.3 Setiap murid hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi. 9.4 Pada masa pertukaran waktu, murid tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing sementara menanti ketibaan guru. 9.5 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar waktu muridan atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera. 9.6 Murid-murid tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah.


20 9.7 Jika seseorang murid tidak mengambil sesuatu mata muridan, murid berkenaan hendaklah berada di dalam kelas mengikuti muridan guru berkenaan. 9.8 Murid-murid dikehendaki bangun “memberi hormat”apabila pelawat, Guru Besar atau guru-guru masuk atau keluar kelas. 9.9 Apabila Guru Besar, atau guru masuk, murid-murid hendaklah berdiri dan memberi salam. 9. HARTA BENDA SEKOLAH 9.1 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid/kumpulan terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga barang tersebut. 9.2 Buku-buku teks: 9.2.1 Buku teks adalah milik sekolah. Murid yang merosakkan atau menghilangkan buku teks wajib menggantikan dengan buku yang baru. Bayaran dalam bentuk wang tunai, cek,draf dan sebagainya tidak akan diterima. 9.2.2 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. 9.2.3 Murid diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut. 9.2.4 Murid dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku. 9.2.5 Murid dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis masa sekolah. 9.2.6 Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti dengan buku juga. 9.2.7 Murid hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun seperti yang diarahkan oleh sekolah. 9.2.8 Murid yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan. 11. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN 11.1 Tidak dibenarkan murid-murid menulis, melukis, menggaris, menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran. 11.2 Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan. 11.3 Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata. 11.4 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama. 11.5 Murid-murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.


21 12. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 12.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua kelas. 12.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 12.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah 12.4 Untuk tinggal di bilik rawatan murid-murid mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 12.5 Guru bertugas akan menguruskanmenghubungi iibu bapa, menemani murid ke hospital kerajaan atau klinik jika sakit kuat dengan kebenaran ibu/bapa/penjaga murid. 13. KAWASAN YANG DILARANG 13.1 Tempat letak kenderaan guru 13.2 Kawasan tangki septik 13.3 Bilik Guru 13.4 Bilik Peperiksaan 13.5 Kawasan Tangki Air 13.6 Banggunan lama 13.7 bilik elektrik 13.8 Kawasan-kawasan bertanda “Kawasan Larangan” 13.9 Kawasan “red line” ( yang bertanda tali awas merah) 14. KEBERSIHAN 14.1 Tong Sampah 14.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 14.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 14.2 Kantin 14.2.1 Tidak dibenarkan murid-murid membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran. 14.2.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika membeli makanan dan minuman. 14.2.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan.Hindarkan daripada menumpahkan makanan dan minuman. 14.2.4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau minum sambil berjalan. 14.2.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan.


22 14.3 Bilik Darjah 14.3.1 Bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 14.3.2 Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga. 14.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. 14.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi. 14.3.5 Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong sampah. 14.4 Tandas 14.4.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 14.4.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 14.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong sampah yang disediakan. 15. KESELAMATAN 15.1 Semasa datang 15.1.1 Masuk ke kawasan sekolah dengan memberi salam kepada guru bertugas. 15.1.2 Berjalan di laluan yang dibenarkan sahaja dengan tertib dan teratur. 15.1.3 Melihat kenderaan semasa melintas 15.1.4 Sentiasa berhati-hati 15.1.5 Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pentadbir sekolah. 15.1.6 Murid yang berbasikal ke sekolah dikehendaki menuntun basikal semasa berada dalam kawasan sekolah. 15.2 Semasa berada di dalam kawasan sekolah 15.2.1 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke manamana tempat atau bilik khas. 15.2.2 Tidak berlari 15.2.3 Menyapa guru, pekerja sekolah dan juga tetamu dari luar apabila bertemu. 15.3 Waktu balik 15.3.1 Sebelum pulang, murid mestilah mengemaskan kerusi, meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas. 15.3.2 Semasa hendak pulang murid perlu keluar dengan teratur 15.3.3 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. 15.3.4 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sehingga ibu/bapa/penjaga datang untuk mengambil pulang. 15.3.5 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. 15.3.6 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan berhati-hati dan tidak secara beriringan. 15.3.7 Murid yang menaiki basikal ke sekolah perlu menuntun basikal hingga ke pintu pagar sekolah. Dilarang menaiki basikal dalam kawasan sekolah.


23 16. PELAWAT 16.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat (fasa transisi tahun 1 sahaja) 16.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan. 16.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. 16.4 Pelawat mestilah mematuhi arahan yang disediakan. 17. KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS 17.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Badan Disiplin Sekolah dengan kerjasama guru-guru dan disahkan oleh Guru Besar. 17.2 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. 17.3 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlantikan pengawas itu. 17.4 Sifat-sifat Kelayakan: 17.4.1 Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang murid hendaklah mempunyai akhlak dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. 17.4.2 Lain-lain kelayakan : a) Bertanggungjawab dengan sepenuhnya b) Berwibawa dan bekerjasama c) Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan d) Jujur dan berakal e) Menepati masa 17.5 Tugas-tugas pengawas: 17.5.1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. 17.5.2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. 17.5.3 Pengawas mestilah menjalankan tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas yang kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. 17.5.4 Semasa menjalankan tugas, pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan murid. Pengawas hendaklah menjaga tutur kata dan keharmonian murid. Sekiranya ada murid melanggar peraturan, maka hendaklah diberi amaran.Pada amaran ketiga, murid itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.


24 18. PENGGUNAAN SURAU SEKOLAH. 18.1 Sejadah hendaklah disimpan setelah digunakan. 18.2 Murid perempuan dikehendaki untuk membawa telekung masing-masing atau boleh menggunakan telekung milik sekolah 18.3 Murid hendaklah beratur sewaktu mengambil wudhu’ dan tidak berebutrebut. 18.4 Al-Quran yang digunakan mestilah disimpan di rak yang disediakan 18.5 Murid tidak dibenarkan bermain di dalam surau. 18.6 Murid berada dalam keadaan tertib semasa berada di dalam surau. 19. WAKTU REHAT Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah dan peperiksaan. 20. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN 20.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid mesti berbaris di luar kelas dan berjalan mengikut laluan yang di benarkan. ( ikut plan kebakaran ). 20.2 Murid-murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain. 20.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ. 20.4 Guru darjah hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu dengan segera. 20.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain. 20.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru darjah dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. 21. BAYARAN TAMBAHAN Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah seperti penambahan buku kerja murid dan sebaagainya. 22. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 22.1 Murid digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. 22.2 Murid tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah kecuali dengan kebenaran sekolah. 22.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya ingin mengambil bahagian di dalam kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan. 22.4 Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.


25 23. KATEGORI KESALAHAN 23.1 Kesalahan Ringan 23.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang. 23.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 23.1.3 Bermain dalam bilik darjah, kaki lima atau kawasan yang dilarang. 23.1.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. 23.1.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. 23.1.6 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 23.1.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 23.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 23.1.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 23.1.10 Makan dan minum di dalam bilik darjah. 23.1.11 Melakukan pembaziran air atau elektrik. 23.1.12 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas. 23.1.13 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 23.1.14 Lewat ke sekolah. 23.1.15 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas. 23.1.16 Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 23.1.17 Menunggang atau motor dalam kawasan sekolah. 23.1.18 Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. 23.1.19 Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 23.1.20 Mengganggu kawan. 23.1.21 Mengganggu guru. 23.1.22 Lewat masuk kelas. 23.1.23 Mengotorkan kelas. 23.1.24 Tidak duduk setempat. 23.1.25 Berada dalam kawasan larangan. 23.1.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa izin. 23.1.27 Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. 23.1.2 Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 23.1.29 Membuang sampah merata-rata. 23.1.30 Meludah atau membuang barang-barang dari bangunan. 23.1.31 Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 23.1.32 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 23.1.33 Memakai cermin mata berfesyen. 23.1.34 Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 23.1.35 Membawa telefon bimbit dan alat elektronik.


26 23.2 Kesalahan Sederhana 23.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 23.2.2 Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 23.2.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 23.2.4 Tiga amaran, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. 23.2.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 23.2.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 23.2.7 Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. 23.2.8 Menconteng pada harta benda sekolah. 23.2.9 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 23.2.10 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 23.3 Kesalahan Berat 23.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga 23.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalamkegiatan dadah. 23.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 23.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 23.3.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 23.3.6 Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 23.3.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 23.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid. 23.3.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 23.3.10 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 23.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 23.3.12 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 23.3.13 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. 23.3.14 Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 23.3.15 Mencabul kehormatan guru / murid. 23.3.16 Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 23.3.17 Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 23.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 23.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan. 23.3.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 23.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. 23.3.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan. 23.3.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 23.3.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 23.3.25 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.


27 23.3.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 23.3.27 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 23.3.28 Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 23.3.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. 23.3.30 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. 23.3.31 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 23.3.32 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 23.3.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 23.3.34 Melakukan hubungan yang dicurigai. 23.3.35 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah . 24 SALAH LAKU 24.1 Tingkah Laku Jenayah 24.1.1 Mendera dan mencederakan. 24.1.2 Bertindak ganas dan mencederakan. 24.1.3 Memeras ugut. 24.1.4 Bergaduh. 24.1.5 Mencuri. 24.1.6 Menipu atau memperdayakan. 24.1.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan murid. 24.1.8 Menyalahgunakan dadah. 24.1.9 Khalwat. 24.1.10 Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. 24.1.11 Menyertai kumpulan kongsi gelap. 24.2 Tingkahlaku Lucah 24.2.1 Mencarut. 24.2.2 Berdua-duaan. 24.2.3 Becumbu-cumbuan. 24.2.4 Melihat / membaca bahan lucah. 24.2.5 Melukis / menulis bahan lucah. 24.2.6 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. 24.2.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang. 24.2.8 Berpakaian tidak senonoh.


28 24.3 Tingkahlaku Anti-Sosial 24.3.1 Tidak mahu bergaul. 24.3.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah. 24.3.3 Membuat bising. 24.3.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal. 24.3.5 Mengganggu orang lain. 24.3.6 Menulis dan menconteng bangunan. 24.3.7 Membuang sampah merata-rata. 24.3.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu. 24.3.9 Memaki hamun. 24.3.10 Sombong , bongkak dan biadap. 24.4 Tingkahlaku Tidak Jujur 24.4.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan. 24.4.2 Meniru tandatangan orang lain. 24.4.3 Bercakap bohong. 24.4.4 Mengubah markah yang dicatat oleh guru. 24.4.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah. 24.4.6 Menganiaya sesama rakan. 24.4.7 Tidak amanah. 24.4.8 Mengampu. 24.4.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. 24.4.10 Mengambil barang orang lain tanpa izin. 24.4.11 Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab. 254.4.12 Berdolak-dalik. 24.5 Tingkahlaku Tidak Sopan 24.5.1 Berbahasa kasar. 24.5.2 Tidak menghormati guru. 24.5.3 Menghisap rokok. 24.5.4 Berambut panjang. 24.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. 24.5.6 Lalai dan cuai terhadap murid lain 24.5.7 Mempermain / memperlekehkan guru. 24.5.8 Selalu lewat. 24.5.9 Suka bertengkar. 24.5.10 Pakaian tidak sesuai.


29 25 PERATURAN KHAS 25.1 Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan muridmurid, perlu memaklumkan pihak sekolah dan mengisi borang permohonan pertukaran sebelum mengambil sebarang tindakan. 25.2 Ibu bapa/penjaga yang perlu menghantar dan mengambil murid di luar pagar sekolah. 25.3 Murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa/penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah. 26 PERATURAN LAIN ATAU BARU 26.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, murid-murid juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini. 26.2 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan baharu berdasarkan keperluan semasa dan setiap murid wajib mematuhinya. 26.3 Murid juga dikehendaki mematuhi arahan dan peraturan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah/Jabatan Pendidikan Negeri Perlis atau Kementerian Pelajaran Malaysia.


30 BORANG PENGAKUAN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Oran, Jalan Mata Ayer, 02500 Mata Ayer Perlis Melalui Guru Kelas, BUKU PERATURAN DAN TATATERTIB SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN. 1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang. 3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. Sila tulis nama anak tuan / puan yang masih bersekolah di SK ORAN. Bil Nama Anak Darjah *sila lampirkan di lampiran lain jika ruangan ini tidak mencukupi Pengakuan : Saya ____________________________________ ibu / bapa / penjaga kepada murid seperti nama yang tertulis di atas telah membaca keseluruhan isi buku Peraturan dan Tatatertib Sekolah dan memahaminya. Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : Nama : Tanda tangan Guru Kelas : Nama :


Click to View FlipBook Version