MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET
KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK
BIL. 2 TAHUN 2022
Tarikh: 12 April 2022
Masa: 10.00 Pagi
Tempat : Google meet online
Link Google meet: http://meet.google.com/hgf-ehqj-bye
KEHADIRAN
Bil Nama Jawatan
1. Pn. Norhayati Binti Abdul Rahman Pengarah
2. Pn. Mazlina Bt Ibrahim Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
3. Pn. Siti Kamariah Binti Omar Ketua Jaminan Kualiti
4. Pn. Kurnia Hasna Bt Mustafa Pegawai Aset
5. En. Mohd Fadzil Bin Abd Rashid Penolong Pegawai Aset
6. Pn. Massita Binti Mohd Yusof Penolong Pegawai Aset
7. Pn. Zatul Hidayah Binti Mohd Sapian Setiausaha Aset
8. Pn. Ermi Binti Lagomi Pegawai Pelupusan / Ketua Unit Kemanusiaan
9. En. Zainal Bin Muda@Musa Pegawai Pelupusan
10. En. Nasaruddin Pegawai Perolehan (Pendaftar Aset)
11. En. Mohd Fazli Bin Md Pauzi Pegawai Perolehan (Pendaftar Aset)
12. En. Fadzli Bin Sulaiman Ahli Lembaga Pemeriksaan Pelupusan
13. Pn. Julia Binti Abdul Hamid Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
14. En. Iskandar Zulkarnain Bin Ibrahim Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
15. Pn. Afifah Binti Mat Husain Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
16. Pn. Haryati Binti Ibrahim Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
17. Pn. Rohaya Binti Abd Aziz Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
18. Pn. Zanariah Binti Mohd Nawi Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori/
Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum
19. Pn. Nurhuda Binti Jasni Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
20. Pn. Jamiyah Binti Ismail Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori/
21. Pn. Nur Farah ‘Adilah Binti Jaafar Ketua Unit Pengurusan Kediaman Pelajar
Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
22. Pn. Belinda Binti Suib Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
23. En. Muhammad Khairul Bin Mat Daud Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
24. En. Hasmizul Hisham Bin Ab Rahman Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
25. Pn. Nazihah Binti Mohd Noor Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
26. Pn. Rosnah Binti Rohani Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan Inventori
27. Pn. Noor Syafika Binti Awang@Muhammad Ketua Program Perakaunan
28. Pn. Rubaizah Bt. Ghazali Ketua Program Pengurusan Peruncitan
29. Pn. Norhasliza Bt Ramli Ketua Program Insurans
30. Pn. Mariam Bt Abdul Aziz Ketua Program Pemasaran
31. En. Iskandar Zulkarnain Ketua Program Kesetiausahaan Pentadbiran
32. Pn. Siti Rohani Bt Abdul Aziz Ketua Program Perbankan
33. Cik Laila Fariz Binti Annuar Ketua Program Multimedia
34. Pn. Azimah Binti Sulaiman Ketua Unit Sains dan Matematik
35. Pn. Siti Salmah Binti Mohd Nasir Ketua Unit Teras Umum / Bilik Bahan Core Abilities
36. Pn. Nadia Binti Ismail Ketua Unit Pusat Sumber/ Setiausaha Pengurusan Taska /
PIC Pusat Sumber
37. En. Mohd Suhaimi Bin Mamat Ketua Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan
38. Pn. Liyana Binti Yunus Ketua Unit Psikologi Dan Kerjaya/ PIC Bilik Kaunseling
39. Pn. Sumaiyah Bt Mamat Zambi Ketua Jabatan Perniagaan/PIC Bilik Bussiness Centre
40. Pn. Norfadilah Bt Ibrahim Ketua Jabatan Seni Reka
1
TIDAK HADIR (dengan kenyataan) : Jawatan
Pegawai Perolehan (Pendaftar Aset)
Bil. Nama Pegawai Pelupusan / Pegawai Perolehan (Pendaftar
1. En. Mohd Noor Sabree Bin Sailan Aset)
2. Pn. Raihana Bin Abd Latif Ahli Lembaga Pemeriksaan Pelupusan
Pemeriksa (Pemverifikasi) Harta Modal Dan
3. En. Shahriz Imran Bin Hamdan Inventori
4. Pn. Nurul Afiza Binti Nordin Ketua Unit Bahasa
5. Pn. Siti Hairus Binti Sazali
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi Pn. Norhayati memulakan mesyuarat dengan membaca Surat Al-Fatihah dan ucapan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menjalankan mesyuarat aset kali kedua pada tahun ini.
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET KALI KEEMPAT TAHUN 2021
Minit mesyuarat Bil. 1 Tahun 2022 telah dicadang oleh Pn. Rubaizah Binti Ghazali dan disokong oleh
En Suhaimi Bin Mamat.
Tindakan: Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Merujuk minit lepas, pelupusan aset bernilai rendah di asrama seperti tilam, locker dan sebagainya
yang rosak memerlukan tindakan susulan bagi permohonan pelupusan. Pn. Habsah memaklumkan
bahawa proses menjawab quiry dari PPA sedang dijalankan dan pelupusan masih dalam proses.
Tindakan: Penyelia Asrama
3.2 Pn. Habsah memaklumkan pelupusan locker asrama dan katil yang tidak boleh digunakan telah
diuruskan dan masih dalam proses pelupusan. Terdapat beberapa harta modal juga akan dilupuskan
selepas audit dijalankan.
Tindakan: Penyelia Asrama
3.3 Pn. Kurnia memaklumkan menurut pekeliling terkini, pembelian di bawah OS42000 iaitu pembelian
dengan PCG tidak perlu direkodkan dalam sistem pengurusan aset tetapi akan direkodkan dalam
borang yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman
3.4 Merujuk minit yang lepas, Pn. Kurnia memohon En. Iskandar untuk menyemak semula kategori set
pinggan mangkuk untuk kursus protokol bagi program Kesetiausahaan Pentadbiran. Pn Kurnia
memaklumkan produk tersebut boleh dimasukkan dalam kategori stok. Semua pembelian aset
bernilai rendah yang telah dibuat pada suku akhir tahun 2021 telah direkodkan.
Tindakan: Makluman
2
4. LAPORAN KETUA PROGRAM, KETUA UNIT DAN PEGAWAI ASET
4.1 Laporan Pembentangan Ketua Program dan Ketua unit
4.1.1 Terdapat pembelian aset bernilai rendah iaitu LCD EPSON yang bernilai RM1600.00 oleh Unit
Sains dan Matematik.
4.1.2 Pn. Ermi memaklumkan terdapat pembelian Canvas Kit yang bernilai RM220.00 oleh Unit
Kemanusiaan.
4.1.3 Ketua Program Pemasaran telah membuat pembelian aset bernilai rendah iaitu rak kasut
sebanyak 2 unit yang berharga RM550.00 yang membawa jumlah RM1100.00 dan mesin
laminasi A3 sebanyak satu unit bernilai RM464.00.
4.1.4 Ketua Program Pengurusan Peruncitan telah membentangkan aset bernilai rendah yang telah
dibeli iaitu mesin laminasi Biosystem A3 sebanyak 2 unit yang bernilai RM370.00 seunit yang
membawa jumlah RM740.00
4.1.5 Ketua Program Animasi 3D telah membentangkan terdapat pembelian aset bernilai rendah iaitu
5 buah almari pintu berkaca yang berjumlah RM4257.00 dan almari besi berpalang sebanyak 3
buah yang membawa jumlah RM2042.70.
Tindakan : Makluman
4.2 Laporan Pegawai Aset
4.2.1 Pn. Kurnia membentangkan laporan kedudukan semasa aset alih bagi suku tahun pertama
2022 bermula 1hb Januari 2022 sehingga akhir 31 hb Mac 2022.
4.2.2 Peruntukan bagi suku tahun pertama yang telah diterima adalah sebanyak RM6,000.00 dari
OS2600. Perbelanjaan yang telah dibuat adalah sebanyak RM409.01.
4.2.3 Laporan Verifikasi dan Kedudukan Semasa Stok boleh merujuk laporan dan lampiran Stok.
4.2.4 Pemeriksaan aset alih yang telah dijalankan sebanyak 358 iaitu meja pelajar. Aset lain akan
diperiksa selepas sistem dapat berfungsi dengan baik.
4.2.5 Pn. Kurnia memohon sekiranya terdapat aset yang ingin dilupuskan, PIC perlu menguruskan
pelupusan dengan segera mengikut prosedur.
4.2.6 Pn. Kurnia memaklumkan sekiranya terdapat penerimaan hadiah atau sumbangan perlu
dimaklumkan supaya pengurusan kelulusan permohonan dapat dilaksanakan dan
membolehkan urusan penyelenggaraan menggunakan peruntukan penyelenggaraan kolej.
Tindakan : Makluman
PE5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. pengarah mengingatkan aset adalah harta yang perlu dijaga dan diuruskan dengan baik.
Sekiranya aset ingin dilupuskan, ia perlu diuruskan dengan segera supaya kita dapat menerima
aset yang baru.
3
5.2 Pn. pengarah mengingatkan permohonan pembelian komputer kepada JK ICT perlu dibuat awal
tahun supaya pembelian komputer dapat diuruskan. Jika permohonan tidak dibuat, pembelian
tidak boleh dibuat bagi tahun tersebut.
PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi dengan ucapan terima kasih daripada Pengarah
dan menutup mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat akan datang akan dimaklumkan kelak.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
........................................ ................................
( Kurnia Hasna Bt Mustafa) ( Norhayati Binti Abdul Rahman)
Pegawai Aset Kolej Pengarah
Mesyuarat Jawatankuasa Aset Kolej Vokasional Gombak
Kolej Vokasional Gombak
4