The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kesan-kesan pencemaran sungai dan Langkah-langkah memulihara sungai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisaerina19, 2021-12-20 03:10:08

Selamatkan Hidupan Laut

Kesan-kesan pencemaran sungai dan Langkah-langkah memulihara sungai

Keywords: Kesan-kesan pencemaran sungai dan Langkah-langkah memulihara sungai

SELAMATKAN AIR, DAN AIR AKAN SELAMATKAN KAMU

tkan Hidupan
Selama Akuatik

ISI KANDUNGAN

1 KESAN NEGATIF PENCEMARAN

AIR SUNGAI

7 LANGKAH-LANGKAH UNTUK

MEMULIHARA SUNGAI

13 KESIMPULAN

KESAN-KESAN
NEGATIF

PENCEMARAN
AIR SUNGAI

1

DAYA TARIKAN
PELANCONG
TERHAKIS

Sungai-sungai yang kotor dan berbau busuk
turut menjejaskan imej negara kita kepada para

pelancong serta memberikan gambaran yang buruk
kepada pelancong tentang sikap negatif rakyat negara
kita yang gemar membuang sampah-sarap ke dalam
sungai.

2

MENJEJASKAN
SUMBER
PENDAPATAN
NELAYAN

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pencemaran

sungai ini menjejaskan sumber pendapatan
penduduk setempat khususnya bagi para nelayan.

Hal ini menyebabkan hidupan air yang tinggal di
kawasan air kotor akan berpindah habitat yang lebih
selamat.

Tambahan pula, Sumber pendapatan nelayan
ibarat ‘Kais Pagi makan pagi,Kais petang makan
petang’. Justeru itu, para nelayan terpaksa mengikat

perut kerana kekurangan makanan.

3

MENJEJASKAN
KESIHATAN

Kesihatan juga akan terjejas akibat daripada

pencemaran sungai kerana sumber utama hidupan
adalah air. Apabila air tercemar , pelbagai penyakit

akan menimpa .Justeru itu,air akan berkurangan
sekiranya tidak dicegah .Memulihkan air memerlukan
kos belanja yang tinggi.

Selain aitu, ktiviti seharian tidak dapat
diteruskan kerana pencemaran sunga.Contohnya

membasuh baju,minum dan makan,mandi dan
sebagainya.

4

KEJATUHAN
EKONOMI

Pencemaran sungai boleh mengakibatkan ekonomi

tiada sumberNegara akan jatuh merundum. Hal ini kerana
air tawar yang dapat dieksport ke Pasaran
Antarabangsa.

Justeru itu, perjanjian antarabangsa akan terbatal
apabila pemintaan tidak dapat ditunaikan. Perkara Ini

juga boleh mengakibatkan pergaduhan,dan permusuhan.

5

KEKURANGAN
SUMBER AIR

Tanaman makanan utama negara iaitu padi, amat
memerlukan bekalan air dalam jumlah yang banyak bagi
memastikan kesuburan dan hasil yang tinggi kepada
sumber makanan tersebut. Kekurangan sumber air yang
disebabkan oleh kemusnahan sungai di negara kita

mampu mengakibatkan usaha penanaman tanaman
tersebut terjejas dan memberi kesan besar kepada
penduduk.

Hal yang sama turut akan dirasai oleh kilang-kilang
di kawasan perindustrian terutamanya bagi kilang
yang mengeluarkan hasil minuman jika masalah ini
tidak segera diatasi.

6

KEKURANGAN
TENAGA
ELEKTRIK

Sumber lain seperti arang batu yang dapat
dijadikan pengganti untuk menghasilkan tenaga elektrik
juga semakin berkurangan memandangkan bekalannya
yang hampir pupus, malah penggunaan teknologi
moden untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan
menggunakan reaktor nuklear amat memerlukan kos
yang amat besar dan membebankan kewangan negara.

Maka kemusnahan sungai akan memberi
implikasi yang amat kompleks dalam kehidupan
kita kerana tenaga elektrik hidro menjadi
keperluan utama seluruh masyarakat.

7

LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MEMULIHARA

SUNGAI

7

KEMPEN CINTAI
SUNGAI

Kempen ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti gotong-royong
membersihkan sungai. Selain dapat merapatkan hubungan antara
masyarakat, aktiviti gotong-royong juga dapat menyemai sikap
menyintai sungai kita dalam kalangan masyarakat setempat.

Selain membersihkan sungai, aktiviti ini turut membabitkan
kerja-kerja pengindahan sungai seperti penyediaan kemudahan
rehat di sungai-sungai berkenaan. Antara sungai-sungai yang
terlibat termasuklah Sungai Muar dan Sungai Batu Pahat.

Jelaslah melalui Kempen Cintai Sungai bukan sahaja dapat
mendidik tetapi juga mendewasakan masyarakat tetang
kepentingan sungai dalam kehidupan.

13

MEMUPUK
KESEDARAN
MASYARAKAT

Jika kita melakukan sebarang aktiviti di
kawasan sungai seperti memancing atau hanya melewati

kawasan sungai, kita hendaklah memastikan
tiada sampah atau ia dibuang dengan betul ke
dalam tong sampah yang disediakan.

Jika tiada kemudahan untuk membuang sampah,

kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk
memastikan sampah yang kita hasilkan dibuang ke
tempat yang betul.

8

PEMERKASAAN
PENGUATKUASAAN

UNDANG-UNDANG

Pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang oleh
pegawai kerajaan atau pihak berkuasa wajar dilakukan.

Pemantauan yang kerap dalam melihat kebersihan
sungai serta penggunaan tahap kebersihan yang lebih

tinggi dalam analisis kebersihan air di sungai adalah inisiatif
yang terbaik.

Tindakan yang tegas dan pantas perlu dilaksanakan
pihak berkuasa sekiranya berjaya menangkap individu atau

kumpulan yang melakukan aktiviti pencemaran di mana
kebersihan sungai terjejas seterusnya boleh mengakibatkan
pelbagai masalah lain.

9

PEMBANGUNAN
SECARA LESTARI

Kebersihan sungai di negara kita terancam kerana
kerancakkan pembangunan yang tidak terurus dengan baik.

Kemajuan pembangunan adalah kepentingan hakiki
negara namun jika ia memudaratkan alam semula jadi yang

menjejaskan ekosistem kehidupan persekitaran kita maka ia
perlu dilaksanakan dengan lestari

Perancang bandar dan desa yang bertanggungjawab

dalam bidang ini seharusnya memastikan pembinaan
kawasan industri dan pertanian tidak terletak
berdekatan dengan sungai.

10

MEWARTAKAN
SUNGAI SEBAGAI
PUSAT KOMUNITI

Usaha yang dapat dilaksanakan dalam memastikan
kebersihan sungai dijaga adalah dengan mewartakan

sungai sebagai pusat komuniti. Dengan campur tangan
pihak berkuasa dan bantuan daripada sektor swasta,
insentif untuk memastikan inisiatif penjagaan
kebersihan sungai dapat disalurkan secara terus dan
disaksikan sendiri oleh penduduk setempat.

Pengurusan secara langsung daripada pihak yang
berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam
memastikan sungai di dalam negara mencapai tahap
kebersihan yang diidamkan tercapai di suatu masa kelak

11

PERANAN MEDIA
MASSA

Melalui media, masalah alam sekitar yang terjadi
dapat diatasi dan dibendung secara perlahan-lahan.

Media bertangunggungjawab menyebarkan maklumat
berkaitan isu alam sekitar yang terjadi. Contohnya,

tanah runtuh, banjir, pembalakan haram dan sebagainya.

Media massa juga boleh mempengaruhi pembaca
dalam membina persepsi yang betul terhadap alam
sekitar ini. Selain daripada melaporkan apa yang terjadi
terhadap alam, media massa juga berperanan untuk
mengubah dan membentuk sikap masyarakat ke arah
bertindak secara proaktif.

12

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran air telah menyebabkan kualiti air tidak
memenuhi piawai yang ditetapkan. Maka, pelbagai langkah perlu diambil
supaya kualiti air terpelihara. Tindakan undang-undang yang keras adalah

perlu demi untuk menjaga warisan ini untuk generasi akan datang.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pencemaran air berlaku akibat
proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran yang berlaku adalah

berpunca daripada kegiatan manusia. Walaupun tidak dapat dinafikan
bahawa penerokaan terhadap sumber alam semula jadi amat penting untuk

kemajuan, namun sikap tamak manusia telah memburukkan keadaan.
Ancaman yang terjadi akibat pencemaran air tidak hanya menjejaskan
tanaman dan ekosistem semula jadi alam malahan ia juga turut mengancam

kesihatan manusia dan mengundang maut.

ditulis oleh :

1. NISA ERINA
2. DAMIATUL SAADAH
3. NUR ANIS FARHANA
4. NUR IFFA BATRISYIA

Selsaumnagatki an


Click to View FlipBook Version