The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Afrina, 2024-02-22 20:54:06

Hand Book Student PEN ACADEMY

Details and Rule About Program

Isi Kandungan 01 04 Pemahaman Program Pelanggaran Perjanjian Peraturan Pelajar PEN 02 03 Syarat Semasa Pengajian


Pengurusan Hospitaliti Pengurusan Entrepreneurship Pengurusan Logistik Clinical & Hospital Aide Automotive, EV & Safety NOTE : SILA BACA DAN FAHAMKAN PEMAHAMAN PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA BERASASKAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI SIJIL PROFESIONAL BIDANG Apa Itu Kerjaya ??? Kerjaya bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan.Kerjaya selalunya merujuk kepada jawatan tetap dan berjaya menjadikan seseorang itu mencari nafkah hidup, menyara kehidupan.Konsep tradisi menegenai kerjaya adalah barkait dengan perkembangan beransur menaiki hirarki teratur dalam sesebuah organisasi atau profesion.


KETERANGAN MAKLUMAT Pembangunan Kerjaya Berasaskan Program Latihan Industri Bidang : Pengurusan Hospitaliti Pengurusan Entrepreneurship Clinical & Hospital Aide Automotive, Ev & Safety Logistic Management Pelatih yang mempelajari program Hospitality Management / Entrepreneurship / Clinical & Hospital Aide / Automotive Ev & Safety / Logistics Management di industri yang ditetapkan, di bawah kendalian PEN Academy . Peserta yang mengikuti program ini adalah dengan tujuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan,kemahiran dan pengalaman sebenar dalam alam pekerjaan. “Industrial Base Training”: Segala latihan adalah berasaskan keperluan INDUSTRIAL dan mengikuti KEPERLUAN DAN KEHENDAK INDUSTRI. Apa Itu Praktikal ???


Yuran Pengajian Tajaan Industri Jangka Masa Program 16 Bulan Masa Bekerja 10 jam (Rehat 1 jam) Hostel Ditolak RM100/RM200 sebulan dari elaun (Tertakluk kepada pihak Industri) Elaun Pelatih RM700-RM1000 (ELAUN DIKIRA MENGIKUT JAM DAN HARI BEKERJA) Pembelajaran 8 jam kelas (DALAM MASA SEBULAN SELAMA 16 BULAN) Projek Akhir Bulan ke 16 (WAJIB MENGHANTAR PROJEK AKHIR) - Jika Gagal Berbuat Demikian, Pelajar Berkemungkinan Tidak Akan dianugerahkan Pensijilan. Pembayaran Konvokesyen (RM480) Ditolak selama 4 bulan berturut-turut iaitu 3 bulan pertama penolakan ialah RM140 dan pada bulan terakhir iaitu bulan ke 4 ialah sebanyak RM60.


Penempatan Pelajar/IbuBapa/Penjaga tidak dibenarkan sama sekali berhenti atau menarik diri daripada Program / Industri tanpa kebenaran pihak PEN Academy. Dan Pihak PEN Academy berhak menukarkan/ menempatkan semula pelajar di Industri lain sekiranya pihak PEN Academy mendapati sebarang masalah yang timbul di Industri samaada oleh pihak Industri mahupun pelajar. Jika didapati Pelajar/IbuBapa/Penjaga melanggar peraturan ini pihak PEN Academy berhak menjalankan Penalti seperti di dalam surat perjanjian.


Komunikasi Ibu bapa tidak dibenarkan untuk berhubung dengan pihak industri agar tidak timbul salah faham pada masa hadapan. Jika terdapat sebarang kemusykilan dan permasalahan boleh berhubung terus dengan pihak PEN ACADEMY. Makan Dan Minum Hanya Bidang Hospitality Sahaja ( 1X Sehari ) Penarikan Diri Dari Program Pelajar tidak dibenarkan untuk menarik diri dari program kerana berisiko pihak industri menarik semula tajaan pengajian pelajaran. NOTA : Jika mempunyai MC atau ponteng lebih dari 10 hari dalam masa 16 bulan, program akan ditambah 2 bulan pengajian atau lebih (bergantung kepada isu pelajar) Penalti Bon akan dikenakan jika gagal menghabiskan program dalam masa yang ditetapkan industri tanpa sebab munasabah. Saya mengaku faham dan bersedia menjadi pelatih program ini serta mengikut segala peraturan yang ditetapkan.


SYARAT - SYARAT PENGAJIAN Tidak boleh menukar bidang kursus PENGAJIAN, mod PENGAJIAN sepenuh masa, tempat latihan industri selain daripada yang ditetapkan oleh AKADEMI, menangguhkan PENGAJIAN, atau berhenti daripada PENGAJIAN tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada AKADEMI; Adalah selanjutnya disetujui dan diakui bahawa semasa atau pada bila-bila masa dalam tempoh PENGAJIAN, PELAJAR: Tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara sekalipun yang pada pendapat AKADEMI mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Malaysia dan / atau tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh AKADEMI tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan AKADEMI; Tidak boleh menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa atau apa-apa jua cara dan bentuk tajaan lain bagi tujuan PEMBIAYAAN PENGAJIAN; Hendaklah menunjukkan usaha dan mencapai kejayaan yang memuaskan di dalam PENGAJIAN;


tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apaapa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis dari AKADEMI dan AKADEMI, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh AKADEMI tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan AKADEMI. Sekiranya PELAJAR telah mengambil bahagian dalam apaapa kegiatan dan kemudiannya telah diberitahu oleh AKADEMI bahawa kegiatan tersebut adalah tidak selaras dengan kepentingannya atau kepentingan AKADEMI maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta merta daripada mengambil bahagian selanjutnya; bertanggungjawab untuk memulangkan apa-apa bayaran yang terlebih bayar oleh AKADEMI. Bayaran yang terlebih bayar oleh AKADEMI tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh notis diberikan oleh AKADEMI. Pihak AKADEMI berhak dan boleh menukarkan tempat latihan diindustri lain bila-bila masa dan waktu sekiranya bagi pendapat dan pandangan AKADEMI tempat berkenaan tidak lagi sesuai untuk PELAJAR diatas pelbagai faktor.


tidak hadir ke kuliah dan latihan industri tanpa sebarang alasan munasabah dan tanpa bukti (sakit atau kematian) selama sepuluh (10) hari atau lebih; atau melanggar mana-mana peraturan AKADEMI; maka PELAJAR boleh dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan Ulang Latihan / Pengajian (kuliah atau latihan industri selama satu (1) hingga tiga (3) bulan atau lebih bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Bertindak (JKB) & PELAJAR perlu menyiapkan Projek Akhir tepat pada masa yang telah ditetapkan oleh AKADEMI bagi melayakkan untuk mendapatkan pensijilan daripada UTMSPACE. PELANGGARAN PERJANJIAN, TINDAKAN TATATERTIB DAN PENAMATAN PERJANJIAN 6.2 AKADEMI berhak menasihati industri untuk menahan atau menggantung latihan industri serta elaun PELAJAR dan sebarang keputusan tindakan tatatertib akan dikeluarkan oleh JKB. 6.1 Sekiranya PELAJAR dalam tempoh PENGAJIAN:


6.3 Sekiranya PELAJAR: ditamatkan PENGAJIAN oleh pihak AKADEMI; atau melakukan pelanggaran kepada peruntukan di bawah Fasal 5 Perjanjian ini atau mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini, atau tidak menamatkan PENGAJIANnya dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam SURAT TAWARAN PROGRAM atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan AKADEMI kemudiannya, maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, AKADEMI boleh menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan notis bertulis kepada PELAJAR dan PENJAMIN. 6.4 PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, penerima-penerima serah hak, apabila diminta dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh diminta oleh AKADEMI: membayar balik kepada AKADEMI sejumlah wang sehingga seperti yang telah dikeluarkan oleh AKADEMI kepadanya atau ditetapkan kemudiannya oleh AKADEMI;


6.5 Walau apapun Fasal 6.3 Perjanjian ini, AKADEMI boleh dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada PELAJAR untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab, dan selepas tamat tempoh satu (1) bulan tersebut, maka Perjanjian ini adalah terbatal dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak AKADEMI di bawah Perjanjian ini, segala faedah dan tanggungan PELAJAR atau PENJAMIN di bawah Perjanjian ini adalah terhenti. membayar penalti sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00) sahaja (dikira sebagai Bon sepanjang tempoh PENGAJIAN); dan membayar balik semua kos dan perbelanjaan termasuk dan tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara-anakguam, untuk menuntut, menyaman dan mandapatkan balik jumlah PEMBIAYAAN yang telah dibayar kepada PELAJAR atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini.


1. Seseorang Pelajar / Pelatih TIDAK BOLEH: Mencemarkan atau memburukkan nama baik PEN ACADEMY melalui verbal, bertulis, visual tidak kira dimana-mana platform media massa atau bersurat kepada orang perseorangan / mana-mana agensi atau sistem pesanan ringkas telefon mudah alih atau emel atau dimana-mana laman sesawang atau dimanamana aplikasi di telefon mudah alih. Melanggar peraturan tatatertib yang sedang berkuat kuasa. Melanggar peruntukan mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar akademi. Mengganggu perjalanan kuliah, aktiviti atau program yang dianjurkan oleh PEN ACADEMY. Menghalang perlaksanaan tugas mana-mana kakitangan/pengurusan PEN ACADEMY dengan apa cara sekalipun. PERATURAN PELAJAR PEN ACADEMY


Menghalang mana-mana pelajar PEN ACADEMY daripada menghadiri kuliah, tutorial atau sebarang program atau aktiviti yang sah. Memboikot/memulaukan mana-mana ujian, kuliah, tutorial dan semua program anjuran PEN ACADEMY. Merosakkan harta benda PEN ACADEMY atau industri (vandalisme). 2. Pelajar/pelatih hendaklah berpakaian kemas dengan berkemeja putih dan berseluar slack berwarna hitam, bagi pelatih atau pelajar perempuan kain labuh atau blaus hitam dibenarkan. Kehadiran / kedatangan ke kelas atau menghadiri kuliah pada bulan pertama @ kuliah bulanan mestilah mencapai 90% minimum dalam masa sebulan atau enam belas (16) bulan mengikut skim yang disetujui. 3. Kegagalan berbuat demikian pelajar/pelatih akan diberi amaran atau tindakan tatatertib yang tegas. Pelajar/pelatih wajib mengikuti segala aktiviti atau mematuhi segala program / aturan program untuk pelajar/pelatih atau yang telah ditetapkan seperti menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh tenaga pengajar dan wajib menjalani "On The Job" / kerja / praktikal di industri yang telah disediakan oleh pihak PEN ACADEMY.


4. Pelajar / pelatih wajib menghabiskan pengajian / program selama tempoh masa yang telah diberikan / ditetapkan beserta dengan tugasan-tugasan yang telah diberikan, kegagalan berbuat demikian amaran atau tindakan tegas / tatatertib akan dikenakan kepada pelajar / pelatih. 5. Pelajar / pelatih wajib memberitahu kepada pihak pengurusan PEN ACADEMY jika pelatih / pelajar mempunyai sebarang penyakit kronik atau mendapat surat cuti dari Hospital Kerajaan yang berada disekitar kawasan industri 6. Kegagalan pelatih menghabiskan / menyempurnakan segala tugasan yang diberi atau "On The Job"/ kerja/ praktikal akan menyebabkan pelatih / pelajar tidak layak menerima sebarang pensijilan oleh PEN ACADEMY atau UTMSPACE. 7. Pelajar / pelatih yang bersikap kurang sopan / tidak menghormati / mengganggu gugat pihak pengurusan / tenaga pengajar/rakan-rakan akan dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan PEN ACADEMY.


SILA BACA DAN FAHAMKAN SAMPAI HABIS SILA BACA DAN FAHAMKAN SAMPAI HABIS 8. Ibu Bapa atau Penjaga TIDAK dibenarkan sama sekali untuk berkomunikasi atau berhubung terus dengan pihak industri dimana pelajar ditempatkan bagi mengelakkan sebarang permasalahan atau salah faham dari manamana pihak di kemudian hari dan mengekalkan profesionalisme antara PEN Academy dan pihak industri.


Click to View FlipBook Version