MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO : Tajuk : Nilai masyarakat majmuk di malaysia menarik Perhatian warga dunia. Nama No.matriks Sharmini a/p kalyanasundram 16DPM22F2044 Nur aliah aqilah binti Mohamad radzuan 16DPM22F2054 Jhanaghan a/l subramaniam 16DPM22F2046 Tan cheng hong 16DPM22F2036 SESI PENGAJIAN : SESI 1 2022/2023 NAMA PENSYARAH : PUAN NURHIDAYU BINTI SALLEH
Isi kandungan ISI KANDUNGAN MUKA SURAT pengenalan 1-2 Konsep masyarakat majmuk di malaysia 3-4 Definisi masyarakat majmuk 5-6 faktor 7-13 kesan 14 kesimpulan 15 Sumber rujukan 16
PRAKATA Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam e-folio tentang Nilai Masyarakat Majmuk Di Malaysia Menarik Perhatian Warga Asing Luar Negara. Saya SHARMINI A/L KALYANASUNDRAM bersama tiga orang rakan yang lain iaitu NUR ALIAH AQILAH BINTI MOHAMAD RADZUAN, JHANAGAN A/L SUBRAMANIAM dan TAN CHENG HONG berasa bersyukur kerana mendapat tugasa ini kerana banyak perkara kami boleh pelajari seperti konsep, definisi, faktor, kesan dan sebagainya. Kami ingin mengucapkan perhargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang banyak membantu kami iaitu puan nurhidayu binti salleh. Beliau banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ibubapa dan rakan-rakan kami yang banyak memberikan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan e-folio ini. Mereka juga memberi beberapa maklumat tentang fakta-fakta yang berkaitan. Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
PENGENALAN Malaysia merupakan salah satu negara yang memiliki kepelbagaian perkauman iaitu kaum terbesar ialah kaum Melayu yang terdiri daripada 45% yang beragama Islam dan mengamalkan budaya orang melayu. Mereka juga menggunakan bahasa melayu yang mana merupakan bahasa utama atau ibunda di negara Malaysia. Kaum Cina pula terdiri daripada 25% tinggal di tempat seperti bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina ini beragama Buddha, Kristian atau Taoisme. Mereka kebanyakan menggunakan Mandarin, Inggeris, Hokkien, Hakka, Kantonis dan Teochew dan lebih hebat dalam bidang ekonomi. Manakala kaum India pula terdiri daripada 7.5% daripada populasi keseluruhan. Kebanyakan kaum India beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain dari perkauman tersebut, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera yang lain. Seperti yang kita tahu penggunaan bahasa Inggeris juga digunakan dalam dunia perniagaan. Selain di semenanjung, terdapat juga kaum lain di Sabah seperti Kadazan-Dusun. Kaum ini terbentuk daripada satu kumpulan etnik dari dua bangsa iaitu bangsa Kadazan dan bangsa Dusun di Borneo yang digabungkan menjadi satu kumpulan kaum atau etnik. Kaum ini juga dikenali dalam bahasa asal sebagai Mamasok atau Pasok yang bermaksud yang sudah menduduki. Kaum Kadazan-Dusun ini juga menggunakan bahasa yang pelbagai dan dialek serta mengamalkan kepelbagaian budaya dan adat resam tradisional. Sementara di Sarawak, terdapat 40 kumpulan sub-etnik dengan masing–masing menggunakan bahasa, budaya dan gaya hidupnya sendiri. Bandar-bandar di sana kebanyakan diduduki oleh kaum Iban, Melayu, Melanau, Cina dan India dan peratusan kecil ialah Bidayuh dan Orang Ulu. Istilah Bumiputera dayak telah digunakan secara alami untuk etnik asli Sarawak. Corak kemasyarakatan Malaysia berlaku disebabkan perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu hanya didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini telah berubah segalanya dan wujudlah pembentukan masyarakat yang majmuk. 1
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk ini terdiri daripada pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam tersendiri. Walaupun berbeza kaum, mereka berganding bahu untuk saling membantu dan melengkapi kekurangan masing-masing. Idea Furnivall mengenai ,masyarakat majmuk telah diterima oleh semua tokoh-tokoh sosiologi. 2
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Konsep masyarakat majmuk di Malaysia mengacu pada kenyataan bahwa Malaysia terdiri dari banyak kelompok etnis, agama, dan budaya yang berbeda-beda. Kelompok-kelompok ini termasuk Melayu, Cina, India, dan berbagai suku bangsa lainnya. Sebagai negara yang terdiri dari masyarakat majmuk, Malaysia berupaya untuk menciptakan harmoni dan kesejahteraan bagi semua kelompok etnis yang tinggal di sana. Pemerintah Malaysia telah mengambil berbagai tindakan untuk mempromosikan keharmonisan dan integrasi antara kelompok-kelompok etnis ini, termasuk dengan menerapkan undang-undang dan kebijakan yang menghargai keanekaragaman budaya dan agama. Salah satu contoh kebijakan pemerintah yang digunakan untuk mencapai tujuan ini adalah prinsip-prinsip Rukun Negara. Rukun Negara adalah lima prinsip dasar yang menekankan pentingnya kesetiaan kepada negara, kepercayaan kepada Tuhan, kesetaraan di antara semua rakyat, supremasi hukum, dan kesopanan dan kesusilaan yang baik. Selain itu, negara Malaysia juga memiliki undang-undang dan kebijakan yang melindungi hak-hak kelompok-kelompok etnis, seperti hak-hak Melayu dan hak-hak pribumi. Pemerintah juga mendorong dialog antarbudaya dan mengadakan berbagai acara dan program yang mempromosikan toleransi, harmoni, dan kerja sama antara kelompok-kelompok etnis yang berbeda. Meskipun demikian, tantangan masih ada dalam menciptakan masyarakat majmuk yang benar-benar harmonis dan berintegrasi di Malaysia. Beberapa isu yang perlu diatasi termasuk ketidakadilan ekonomi, ketegangan antara kelompok agama, dan polarisasi politik. 3
4
DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK Menurut Kamus Dewan 2005, masyarakat majmuk bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kumpulan masyarakat terdiri daripada golongan individu , keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil. Manakala menurut J.S.Furnival yang merupakan seorang pakar antropologi, masyarakat majmuk ialah kelompok manusia yang hidup berdampingan, tetapi hidup berlainan dalam satu entiti. Walaupun pendapat tokoh tersebut diambil contoh dari Burma dan Indonesia, situasi tersebut juga berlaku di tanah Melayu iaitu sekarang dipanggil Malaysia. Dalam konteks Malaysia, negara yang hidup dalam kepelbagaian kaum dapat mewujudkan suasana yang harmoni serta dapat membina masyarakat yang teguh. Malaysia terkenal dengan panggilan masyarakat majmuk kerana kita memiliki kepelbagaian kaum yang mengamalkan budaya, agama, adat resam dan bahasa dengan cara yang tersendiri. Perpaduan kaum ini juga dapat meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan masyarakat yang mana sangat penting untuk mengekalkan keindahan dan keharmonian negara. Hal ini membolehkan masyarakat hidup dalam keadaan yang selesa dan juga selamat dari segi kes jenayah yang boleh membahayakan nyawa kita 5.
Dalam usaha memahami konsep negara bangsa terdapat beberapa definisi yang perli difahami iaitu negara, bangsa, ras dan entiti. Istilah negara telah diberi takrifan seperti yang dikemukakan oleh sarjana Harold J.A Laski dan R.A. Dahl. Harold J.A. Laski (1984), menyatakan bahawa negara sebagai satu kelompok masyarakat yang bersatu dan mendapat kuasa yang sah disisi undang – undang. 6
FAKTOR Faktor-faktor yang menjadikan nilai masyarakat majmuk di Malaysia menarik perhatian warga asing luar negara termasuk: Kepelbagaian budaya: Malaysia terkenal dengan budaya dan agamanya yang merangkumi masyarakat Melayu, Cina, India dan etnik lain-lain. Kepelbagaian budaya ini adalah pelbagai, seperti rumah tradisional, upacara adat, pakaian tradisional, tarian tradisional, alat muzik dan lagu tradisional, senjata tradisional, dan juga pelbagai makanan istimewa. Ini menarik perhatian warga asing yang ingin mengetahui dan mempelajari budaya yang berbeza di Malaysia. Budaya warisan lokal kenegerian yang ada di setiap negeri di Malaysia sememangnya cukup unik dan tidak ditemui di negara asal orang asing terbabit. Contohnya, keunikan ini turut mempengaruhi pelajar asing untuk membuat keputusan pemilihan destinasi pengajian mereka.Hakikat perlu diterima, kehadiran pelajar asing bukan sekadar menuntut ilmu, namun pada masa sama mereka menggunakan peluang berada di negara ini untuk melancong dan meneroka keunikan budaya sesebuah negara. Uniknya, penawaran produk tempatan seperti kraf tangan, kedai makan, penjualan cenderamata dan pusat tarikan pelancongan yang ada akan menarik perhatian mereka. Di sinilah pelajar asing akan mengambil peluang merasai sendiri kelazatan makanan tradisional lokal. Antaranya nasi dagang dan keropok lekor di Terengganu, beriani gam dan laksa Johor di Johor, masak lemak cili api di Negeri Sembilan, kuih tahi itik dan nasi kerabu di Kelantan dan sebagainya. Keunikan dan kepelbagaian menu makanan lokal Malaysia mungkin menjadi tarikan baharu dan mencetus keseronokan pelajar asing sepanjang berada di negara ini. Pelajar asing juga menggunakan peluang keemasan di Malaysia untuk berkunjung ke tempat menarik. Lokasi tarikan terdapat di setiap negeri mendorong pelajar asing untuk melabur kewangan dan keluar berhijrah serta melanjutkan pengajian di Malaysia. Kenapa peranan pelajar asing ini penting? Realitinya, selepas tamat pengajian, mereka bukan hanya menggenggam ijazah, namun pada masa sama sudah sedia mempelajari lebih banyak ilmu mengenai budaya warisan lokal Malaysia. Mereka pasti seronok berkongsi cerita dan pengalaman berada di Malaysia bersama ahli keluarga, rakan dan kenalan selepas kembali ke negara asal . Dengan pengalaman ini, tidak mustahil mereka akan menyarankan pula kepada kenalan mereka untuk memilih Malaysia sebagai pilihan destinasi percutian atau pengajian tinggi. 7
Apa yang dapat disimpulkan, setiap negeri mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dari segi sejarah dan budaya warisan lokal yang tidak terdapat di negara lain. Jika semua budaya unik ini tidak dipelihara dan dijaga sebaiknya, lama-kelamaan ia akan tenggelam. Oleh itu, warisan lokal perlu dipulihara dan dikekalkan sebagai usaha menarik minat pelajar asing untuk belajar sambil melancong di Malaysia. Toleransi dan keharmonian antara agama: Walaupun terdapat perbezaan agama di Malaysia, rakyat hidup dalam keharmonian dan toleransi yang tinggi. Ini menunjukkan masyarakat Malaysia mampu hidup bersama secara aman walaupun berbeza agama dan kepercayaan.Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat bersama dalam suasana aman serta harmoni. Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia. Selain melihat sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah seluruh alam, ciri agama bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal menerajui usaha baik ini. Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati. Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan. Ini realiti harus difahami dan diterima semua pihak. Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian. Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu 8
ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita. Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini. Pemimpin pelbagai peringkat, terutama harus senada dalam merealisasikan agenda perpaduan negara. Persefahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting kerana melaluinya, rakyat akan dapat isyarat yang jelas mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di negara ini adalah tanggungjawab semua warganegara. Makanan: Malaysia terkenal dengan masakan tradisional yang lazat yang terdiri daripada pelbagai masakan Melayu, Cina, India dan etnik lain. Warga asing yang berkunjung ke Malaysia biasanya tertarik dengan kepelbagaian kulinari yang ditawarkan. Makanan warisan tradisional ataupun makanan tempatan sekian lama digunakan sebagai strategi tarikan pelancongan. Setiap negara, negeri mahupun daerah memiliki keunikan makanan tempatan masing-masing. Ia mencerminkan identiti budaya sesebuah tempat. Sebagai contoh, sushi diketahui ramai sinonim dengan Jepun. Kimchi pula sinonim dengan Korea, tom yam dengan Thailand, ayam penyet dengan Indonesia. Makanan tempatan bukan hanya unik dari segi nama, tetapi turut memiliki keunikan dari segi penggunaan bahan, peralatan memasak dan kaedah memasak untuk menghasilkan sesuatu resipi. Semua pakej keunikan ini andai diketengahkan mampu menarik pelancong atau pengunjung untuk mencuba sendiri cita rasa ditawarkan sesebuah destinasi pelancongan. Lantas, keunikan menu ini harus terus dijaga sama seperti aset warisan lain dipulihara supaya tidak tenggelam ditelan zaman. Pelancongan makanan penting kerana ia juga satu daripada cara mengekalkan makanan warisan tradisional supaya dapat dinikmati generasi seterusnya. Umum tahu, Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan tradisional diwarisi turun-temurun. Sejarah pembentukan Malaysia sendiri memberi kesan kepada warna-warni kepelbagaian makanan tempatan kita. Kepelbagaian kaum menjadikan makanan di Malaysia tarikan pelancongan yang menarik dan unik, menunggu masa diketengahkan ke mata dunia. Jika dilihat sejarah kulinari masakan tradisional Melayu, ia sememangnya kaya dengan penggunaan bahan seperti herba dan rempah sejak zaman berzaman. Pelbagai herba dan rempah digunakan dalam masakan, mudah didapati sama ada sekeliling rumah ataupun di dalam hutan. Malah penggunaan alat seperti lesung batu, giling, dapur kayu dan kukur kelapa menjadikan makanan tradisional lebih unik dan sedap. Penggunaan bahan perasa semula jadi dalam masakan Melayu tradisional menjadi ia 9
satu kemestian dalam dapur masyarakat Melayu. Tumbuh-tumbuhan dan ulam-ulaman juga sebahagian menu masyarakat Melayu. Kerabu, masak lemak cili padi, laksa, nasi lemak, asam pedas, rendang, lemang, dodol, wajik dan tapai antara menu sinonim dengan masyarakat Melayu yang dinikmati hingga hari ini. Semua ini dihidangkan sama ada sebagai menu harian ataupun untuk majlis keraian. Kini, cabaran besar untuk generasi sekarang memartabatkan warisan tidak ketara ini kepada generasi seterusnya. Tidak dinafikan pelbagai cabaran dihadapi untuk menjadikan makanan Melayu tradisional sebagai tarikan pelancongan. Antaranya, promosi dilakukan lebih bersifat individual dan status makanan warisan tradisional Melayu kurang dipromosikan ke peringkat lebih tinggi serta pengusaha makanan tradisional menganggap makanan itu bukan tarikan atau yang dicari pelancong. Generasi sekarang juga semakin tidak berbangga dengan makanan warisan tradisional Melayu, malah lebih mengagungkan makanan luar. Bilangan restoran menawarkan produk makanan tradisional Melayu juga masih kurang. Menyedari realiti ini, pelbagai inisiatif dan strategi perlu diambil semua. Pihak berwajib contohnya boleh menyediakan pakej menarik dan merangkumi aktiviti berkaitan kulinari masakan tradisional Melayu, menyediakan fasiliti berkaitan pelancongan makanan dengan lebih banyak serta mempromosi makanan ini di tempat tumpuan pelancong. Usaha menghubungkan pengusaha makanan tradisional dengan ejen pelancongan juga penting, selain memperbanyakkan latihan berkenaan pelancongan makanan kepada pengusaha makanan. Pengusaha inap desa perlu memainkan peranan dengan memasukkan aktiviti atau program berkaitan penyediaan menu masakan Melayu dan etika pemakanan masyarakat Melayu serta bekerjasama dengan pengusaha makanan warisan Melayu tradisional. Dari sini pelancong dapat mempelajari ilmu warisan budaya makanan Melayu, selain menikmati makanan dihidangkan. Dengan cara ini Malaysia berpotensi menarik lebih banyak pelancong khususnya yang menghargai kesenian dan keunikan masakan Melayu tradisional. Keramahan dan kemesraan masyarakat: Rakyat Malaysia terkenal dengan layanan mesra dan kemesraan mereka terhadap pelawat, sama ada warga asing atau tempatan. Ini membuatkan pengunjung berasa selesa dan mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Malaysia. Contohnya, Obama terharu dengan layanan baik dan keramahan Malaysia. Menurutnya, secara peribadi, Obama tahu banyak tentang Malaysia dan inilah yang membuatkan dia sentiasa selesa dari segi hubungan, yang ingin diperbaiki antara Amerika dan rantau ini. “Sejarah peribadinya amat bermakna, misalnya di majlis jamuan negara, dia mengimbau kisah silam ibunya yang gemar mengumpul kain batik dan abang iparnya dari pihak Indonesia yang merupakan rakyat Malaysia. “Malah, pada majlis makan tengah hari dua hala di Seri Perdana, Obama memberitahu 10
orang ramai cara sebenar untuk menyediakan nasi goreng yang lazat. Dia juga bergurau tentang durian yang sudah beberapa kali cuba makan tetapi bukan buah kegemarannya,” kata Yun. Beliau berkata melalui persahabatan unik yang terjalin antara Obama dan Najib, kedua-dua pemimpin itu mampu membawa hubungan Amerika dan Malaysia ke tahap perkongsian menyeluruh melalui peningkatan kerjasama dalam bidang ekonomi, keselamatan, pendidikan, sains, teknologi dan banyak lagi. Menjelaskan Program Penepian Visa Amerika, Yun berkata Malaysia perlu memenuhi syarat yang terkandung dalam undang-undang dan peraturan negaranya, termasuk kadar sekatan visa hendaklah kira-kira tiga peratus, kewajipan Malaysia untuk melaporkan kepada Interpol mengenai pasport yang dicuri atau hilang dan pertukaran data tentang pengganas. dan penjenayah. “Walaupun Malaysia telah memenuhi beberapa syarat seperti penyediaan pasport yang boleh dibaca mesin, membolehkan rakyat Amerika memasuki negara ini tanpa visa dan beberapa pendahuluan lain, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum mereka layak menikmati program itu,” katanya. Bagaimanapun, beliau menegaskan setakat ini tiada tarikh ditetapkan untuk mengadakan rundingan dan taklimat teknikal berkaitan penilaian program tersebut. Warganegara negara yang disenaraikan di bawah program pengecualian visa dibenarkan melawat dan tinggal di Amerika untuk tempoh maksimum 90 hari. Kadar penafian visa Malaysia kekal pada lima peratus. Berhubung giliran Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2015, Yun berkata Amerika Syarikat sedang menunggunya dengan penuh minat dalam bidang diplomatik dan ekonomi dan bersedia untuk memberi sumbangan besar berhubung hala tuju Asean dan hasratnya untuk menjadi sebuah lagi gergasi serantau. "Amerika sentiasa menyokong Asean sebagai sekumpulan negara dan itulah sebabnya kami mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan menawarkan bantuan teknikal kepada Asean dalam pasaran tunggal, isu tenaga. Ia memberi peluang kepada Amerika untuk membuat banyak kemajuan dalam pelbagai perkara. ," katanya. Infrastruktur moden: Malaysia mempunyai infrastruktur moden dan canggih, seperti pengangkutan, teknologi dan perkhidmatan kesihatan. Ini menjadikan Malaysia destinasi menarik untuk warga asing tinggal dan bekerja di sini. Contohnya,: A) Pembangunan jalan raya 1.) Penekanan kepada pembangunan jalan raya: Memperluas kapasiti dengan membina jalan baru.. Menaik taraf jalan sedia ada untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pemanduan. Membaiki tempat yang terdedah kepada kemalangan 2.) Jalan-jalan baru dibina untuk: 11
Meningkatkan komunikasi dalam bandar. Membawa ke pusat yang kurang maju, rekreasi dan pertumbuhan. Menambah rangkaian jalan raya di luar bandar. Pembiayaan pembangunan jalan raya termasuk kaedah penswastaan dan pembayaran tertunda. B) Pengangkutan Bandar Membangunkan sistem pengangkutan bandar yang bersepadu, cekap dan boleh dipercayai. Rasionalisasi dan lebih mengoptimumkan perkhidmatan pengangkutan awam. Menggalakkan multimodalisme untuk penyepaduan yang konsisten – sistem tiket biasa, jalan bersepadu dan rangkaian kemudahan. Aplikasi Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas bandar. Wujudkan sistem pejalan kaki di bandar untuk mengurangkan penggunaan kereta. C) Pengangkutan Kereta Api : Meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan rel. Sambungan perkhidmatan komuter antara bandar – Rawang ke Tanjung Malim. Menggalakkan multimodalisme untuk barangan – meningkatkan produktiviti dan tahap prestasi kemudahan rel dan terminal – membina lebih banyak depoh kontena dan kemudahan terminal. D) Pelabuhan : Memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti, menaik taraf peralatan dan kemudahan dan juga meningkatkan kecekapan, produktiviti pelabuhan dan perkhidmatan berkaitan pelabuhan. Buat penguatkuasaan pelabuhan tunggal Mempromosikan lagi Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Membangunkan lagi syarikat perkapalan dan perkhidmatan feri. E) Lapangan Terbang : Memberi tumpuan kepada kecekapan, produktiviti dan keselamatan penerbangan. Meningkatkan kapasiti untuk memenuhi permintaan yang meningkat. Mempromosikan KLIA sebagai hab penerbangan serantau. Lapangan terbang baharu di Bintulu dan Limbang untuk menggantikan lapangan terbang di pusat bandar. Naik taraf peralatan trafik udara untuk memenuhi piawaian ICAO. F) Komunikasi : Terasnya ialah untuk meningkatkan kapasiti bagi memberi ketersampaian yang lebih besar terhadap perkhidmatan komunkasi dan multimedia, terutamanya di luar bandar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) : 12
Memudahkan pembangunan industri yang sihat. Menetapkan piawaian dan menggalakkan minat pengguna. Memantau perlaksanaan program USP. Meningkatkan peraturan diwujudkan sendiri oleh industri. G) Bekalan Air : Memastikan bekalan air mencukupi dan mampan. Pengurusan bekalan air Pembinaan infrastruktur baharu. Menaik taraf dan memulihkan sistem sedia ada. Pemuliharaan sumber air Meningkatkan kecekapan pengagihan bekalan air. Pengurusan Permintaan Air Mengurangkan kehilangan dan pembaziran air dan Kerajaan Persekutuan perlu merancang, mengurus dan mengatur program mengenai bekalan air. H) Pembentungan : Satu pembangunan besar utama untuk meningkatkan kualiti efluen yang dihasilkan. Keutamaan diberikan di sekitar ibu kota, bandar dan kawasan pelancongan. Sistem pembetungan berpusat - mengurangkan bilangan loji rawatan tempatan - mengoptimumkan sumber dalam operasi dan penyelenggaraan. Sistem individu di kawasan berbukit dan terpencil - tangki septik komunal. R&D untuk menambah baik rawatan, pelupusan, kitar semula kumbahan. 13
KESAN Kesan yang pertama adalah dari segi politik. Ini disebabkan fahaman dan pengaruh politik yang berbeza. Bagi kaum cina dan india, mereka lebih pentingkan hal-hal politik yang berlaku di negara asal mereka berbanding apa yang berlaku di tanah melayu. Contohnya pada tahun 1930, pergeseran yang berlaku antara orang cina dengan jepun di china telah mendorong masyarakat cina di tanah melayu kembali ke china untuk membantu sanak saudara mereka di sana. saluran - saluran informasi yang amat berbeza yang mengekalkan identity kaum, bahasa dan budaya masing-masing sama ada dalam pendidikan. Program agama , akhbar dan persatuan- persatuan sosial. Perhubungan antara kaum tidak begitu baik kerana wujud jurang dan prasangka yang mendalam antara satu sama lain. Tidak berlaku proses asimilasi antara kaum kerana dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh british . orang melayu pula, sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka sebagai anak jati tanah melayu terbela. Ia banyak dizahirkan dan diperjuangkan dalam majalah-majalah seperti saudara, pengasuh ,utusan melayu, warta sahaja seperti urusan jual beli dan perkhidmatan kerajaan .in. Seterusnya dari segi ekonomi iaitu perbezaan tumpuan sector ekonomi. Hal ini kerana dasar pecah dan perintah, orang melayu kekal menjadi petani dan nelayan, kaum cina digalakan bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang india mengusahakan estet-estet getah dan kelapa. Jadi kaum-kaum ini berjumpa dan berrurusan dalam hal-hal yang berkaitan 14
KESIMPULAN Kesimpulannya, nilai masyarakat majmuk di Malaysia menarik perhatian warga asing di luar negara kerana kepelbagaian budaya, toleransi dan keharmonian antara agama, keenakan masakan tradisional, kemesraan dan kemesraan masyarakat, serta infrastruktur moden. Selain itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang stabil dan aman dengan tadbir urus yang baik, menjadikannya tempat yang menarik untuk orang asing tinggal, bekerja, atau melawat. Justeru, nilai masyarakat majmuk di Malaysia merupakan salah satu faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan yang menarik di Asia Tenggara. 15
Sumberrujukan http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/ba b-1-pengenalan-padatahun-1948-seorang.html http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/ba b-1-pengenalan-padatahun-1948-seorang.html#:~:text=M enurut%20J.S%20Furnival%2C%20masyarakat%20majm uk,berlainan%20dalam%20satu%20entiti%20politik 16