The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KT6KK Digital Library, 2021-04-11 20:11:16

MALAYSIAKU NEGARAKU

E-MAJALAH

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA
SURAT
Pengenalan
3
Sudut Editorial
Hari Kemerdekaan 4
Lagu 5-6
Aktiviti Hari 7-8
Kemerdekaan
Perpaduan Kaum 9
Koleksi Sajak
Komik 10- 13
Temubual 14 - 15

16
17

Pengenalan

• TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun
sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat
Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Namun, penghayatan
kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan
perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan
pemahaman maksud serta kepentingan
mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi. Erti
kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada
cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan
minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir
luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar
memelihara nama baik negara di mana sahaja
mereka berada. Kemerdekaan ini bukanlah takdir
semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan
pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama
menjaga maruah serta kedaulatan negara.
Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan
negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama
baik Malaysia walau di mana kita berada.

Assalamualaikum,setinggi – tinggi kesyukuran kehadrat

ilahi tahniah diucapkan kepada majalah “Malaysiaku
Merdeka” atas kejayaan dalam menerbitkan majalah yang

unik ini.
Majalah ini adalah naskhah yang membentangkan tentang

maklumat am dan sejarah kemerdekaan Malaysia.
Terutamanya kepada masyarakat Malaysia khasnya perlu
mengetahui tentang sejarah kemerdekaan di Malaysia.Segala
butiran dan gambar yang dipaparkan bakal menjadi titik
pengenalan untuk mengetahui sejarah kemerdekaan di
Malaysia.Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial
mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir,tetapi

sebagai dokumentasi rasmi,majalah “Hari Kemerdekaan”

akan terus signifikan sampai bila – bila.
Sekali lagi ucapan tahniah kepada jawatankuasa majalah

atas terbitan “Malaysiaku Merdeka”.Kepada pembaca
majalah ini,semoga pembaca beroleh manfaat dan maklumat
tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.
Sekian,terima kasih.

Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama
446 tahun. Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di
Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak
kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing.
Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan
dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan
tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan
hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau bagaimanapun,
orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang
ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari
tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan
Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu
kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah
dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa
kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah
MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih
daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat
Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.

Sejarah perkhidmatan keretapi di
negara ini bermula sebagai
pengangkutan bijih
timah. Menyedari tentang
keperluan pengangkutan darat yang
lebih cepat dan selesa ianya telah
diperkembangkan lagi kepada
perkhidmatan keretapi
penumpang. Pada mulanya
perkhidmatan keretapi beroperasi
secara bersendirian bagi
memudahkan perhubungan di
negeri-negeri, kemudian
dicantumkan menjadi sebuah
syarikat dengan nama Federated
Malay State Railway (FMSR) yang
diterajui dan dikendalikan oleh
orang-orang Inggeris.

Hari kemerdekaan disambut dengan
meriah setiap tahun di Malaysia bagi
mengenang jasa tokoh yang telah
berkorban demi mencapai
kemerdekaan untuk tanah air. Selain
itu, menyambut hari kemerdekaan
adalah penting agar kita dapat
mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia.
Seterusnya melalui sambutan hari
kemerdekaan, kita dapat mengekalkan
perpaduan antara kaum di negara kita.
Kerana inilah kita dapat melihat betapa
meriahnya sambutan hari kemerdekaan
setiap tahun.

Negaraku Jom
menyanyi
Negaraku bersama!
Tanah tumpahnya
darahku, Warisan
Rakyat hidup
bersatu dan maju, Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Rahmat bahagia Disini tersemai cita cita
Tuhan kurniakan, Bercambah menjadi warisan
Raja kita
selamat bertakhta, ( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Rahmat bahagia Andai aku disingkirkan
Tuhan kurniakan. Kemana harusku bawakan
Raja kita Kemana harusku semaikan cinta
selamat bertakhta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh
tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh

tujuh Ulang Daripada

Hari yang mulia Mula

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang Mari kita seluruh
merdeka
warga negara

Ramai-ramai
Mari kita seluruh warga menyambut hari
negara
merdeka
Ramai-ramai menyambut Merdeka!
hari merdeka
Tiga satu bulan
Merdeka!
lapan lima puluh
Tiga satu bulan lapan
lima puluh tujuh tujuh
Hari mulia negaraku Hari mulia negaraku
merdeka merdeka

Merdeka.. merdeka..
merdeka..
MERDEKA!

Kayuhan Merdeka Bendera Botol

Lakonan
Semula Adegan

Sejarah

Pertunjukan Fesyen Berpakaian
Tradisional

'Bagai aur dengan tebing' merupakan Selain itu, perpaduan kaum juga dapat
mengelakkan semangat assabiah iaitu
peribahasa yang amat sinonim dengan semangat kekitaan yang hanya mementingkan
kehidupan masyarakat Malaysia. diri sendiri ala 'enau dalam belukar,
Walaupun penduduk Malaysia berbilang melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat
kaum namun semangat tolong-menolong assabiah ini akan menimbulkan permusuhan
sesama masyarakat amat penting untuk antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi
melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik contoh terbaik kepada negara lain seperti
tolak daripada sikap saling menolong ini, negara Amerika Syarikat yang mengamalkan
akan lahirlah masyarakat yang bersatu Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar
padu. Perpaduan merupakan aset yang mewujudkan jurang perbezaan antara
terpenting Malaysia kerana tanpa golongan berkulit putih dengan golongan
perpaduan, tidak mungkin keharmonian berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai
dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita masalah sosial yang melibatkan perkauman
teguh, bercerai kita roboh'. berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar,
masayarakat Malaysia wajar mengekalkan
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan perpaduan demi mengelakkan semangat
dapat menjadikan Malaysia sebagai assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
sebuah negara yang merdeka. Sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaan, Konklusinya, pihak kerajaan perlulah
pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh mengadakan pelbagai program atau aktiviti
generasi terdahulu untuk menuntut yang dapat memupuk semangat perpaduan
kemerdekaan. Hasil perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang memainkan peranan dalam memupuk
berganding bahu menuntut kemerdekaan perpaduan kaum supaya negara kekal dalam
telah membuka mata pihak Inggeris kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan
supaya memberikan kemerdekaan kepada pada tahun ini akan meningkatkan
Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kesepakatan masyarakat untuk menobatkan
kini hidup harmoni tanpa gangguan dan Malaysia agar gah dan popular di seluruh
kongkongan penjajah. Perpaduan yang sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu
telah wujud kini adalah warisan daripada diteruskan agar semangat warganegara
warisan nenek moyang yang harus Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas.







KOLEKSI MERDEKA

SAJAK Satu jeritan yang banyak berulang
meresap
meresap... seperti senyum gadis di
pertemuan
menerawang... serupa gema di tengah
malam
merempuh... seperti kereta kebal di
medan perjuangan.

Pekiklah!
Jeritlah!
Dan...
Maralah!

Tongkat Warrant
4 Julai 1954

HIDUP BERSAMA

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di
bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana
kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus
menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

A Samad Said

SUMPAH Aku anak merdeka
ANAK
MERDEKA Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung
perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang
negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
Serunai Faqir

Wangsa Maju



TEMUBUAL

Bersama Tuan Aizat

Amir: HI, nama saya Nasrul Amir daripada Politeknik Banting, boleh
saya mengadakan temu ramah dengan tuan?
Aizat : Boleh, sementara pelajar sedang rehat, adik boleh mengadakan
temu ramah dengan saya. Ada apa yang adik ingin tahu?
Amir : Kenapa Tuan ingin menjadi seorang jurulatih pertandingan robot
bagi FIRA 2018?
Aizat : Saya memang berminat dengan robot dan ingin melahirkan
pelatih yang dapat mengharumkan nama malaysia di mata dunia.
Amir : Apakah sebab yang mendorong tuan untuk terus bergiat dalam
bidang ini?
Aizat : Saya rasa bersemangat bila melihat pelatih saya bersungguh-
sungguh pergtandingan dalam perlawanan.
Amir : Apa masalah yang sering Tuan hadapi ketika bergiat dalam
bidang ini?
Aizat : Masalah yang sering saya hadapi ialah remaja zaman sekarang
malas untuk belajar tentang teknologi robotik kerana mereka asyik
dengan permainan video.
Amir : Apakah harapan Tuan semasa bergiat dalam bidang ini?
Aizat : Saya berharap remaja zaman sekarang akan lebih berminat
untuk belajar dan mendalami bidang ini supaya dapat bersaing dengan
negara-negara maju di luar sana.
Amir : Apakah yang Tuan ingin capai?
Aizat : Saya ingin melahirkan ramai pelatih yang mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam bidang robotik supaya boleh membanggakan negara
di mata dunia.
Amir : Terima kasih Tuan kerana sudi meluangkan masa dalam temu
ramah ini bersama saya.
Aizat : Sama-sama.


Click to View FlipBook Version