The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Novel Comel Cinderella Di Aidilfitri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KT6KK Digital Library, 2021-03-26 02:46:11

Ebook Novel Comel Cinderella Di Aidilfitri

Ebook Novel Comel Cinderella Di Aidilfitri

Cinderella di
Aidilfitri

PERSIAPAN HARI RAYA
√ Baju kebaya tiga pasang
√ Selendang untuk ke kubur dan masjid
√ Beg tangan baru
√ Kasut baru yang sangat cantik lagi
vogue

Dia tersenyum sampai nampak gusi bila
sahaja melihat senarai persiapan hari
raya semuanya serba sempurna. Baju-
baju kebaya sudah siap digantung dalam
almari. Selendang warna putih berlabuci

Ain Maisarah

itu pula boleh dipadankan dengan warna
ketiga-tiga baju kebaya. Tapi itu semua
tidak sehebat merenung lama kasut raya
tahun ini. Kasut yang diperolehi dengan
berkat usaha memujuk semanis mulut
serta merayu sepenuh jiwa. Hampir satu
bulan dia menabur kata-kata pujuk rayu.

Segala penat lelah berjaya juga
bilamana kasut idaman jenama GUESS by
Marciano sudah sah jadi miliknya! Nanti
bolehlah dia berbangga-bangga sampai
kembang-kembang hidung depan ahli The
Wannababes yang lain! Ah! Seronoknya
raya kali ini!

Diana merenung lama ke arah wajah
ibunya, Puan Suraya. Mata pantang

2

Cinderella di Aidilfitri

selang lima saat, akan menjeling tajam
barang sekali dua. Tak cukup dengan itu,
mulutnya muncung boleh disimpul jadi
riben hadiah krismas. Wajah Diana benar-
benar menunjukkan riak tak puas hati lagi
memendam rasa sakit hati!

“Mama…. adik tak mahu ikut!” Buat
kali ke-dua puluh tujuh dia menyuarakan
protes hatinya.

Puan Suraya yang sedang membetul-
betulkan selendang di hadapan cermin
jadi terkaku seketika. Dia menjeling Diana
daripada biasan imej cermin.

“Adik jangan nak mengada-ngada!
Mama kata ikut, ikut sajalah!”

“Adik tetap tak mahu ikut. Petang ni ada
siaran langsung konsert raya Akademi

3

Ain Maisarah

Fantasia! Please mama!” Diana mencuba
nasib lagi memujuk.

Diana memang sudah hafal benar
dengan semua senarai rancangan program
TV sempena raya tahun ini. Pukul 2.00
petang ada Chit Chat Istimewa Raya
Azwan Ali. Itu salah satu rancangan
kegemaran Diana.

Pukul 4.00 petang pula ada konsert
reunion khas Akademi Fantasia. Semua
pelajar dari musim pertama hingga musim
kelima akan beraksi. Diana betul- betul
tak mahu ketinggalan mellihat keletah
Vince, Zahid, Mawi, Faizal dan Mila.
Semua johan pertandingan Akademi
Fantasia dari musim pertama hingga
musim ke lima akan beraksi. Lebih
menggamatkan suasana, pengacara kekal
AF iaitu Aznil Hj. Nawawi juga tak

4

Cinderella di Aidilfitri

mahu kalah. Aznil sudah mengumumkan
mahu menyanyikan dua lagu raya! Mesti
ketawa tak kering gusi melihat telatah
Aznil!

Tetapi dalam banyak-banyak, Diana

amat ternanti-nanti kemunculan Dafi yang

sangat cute-mute. Diana memang gilakan

Dafi sejak bermulanya musim kelima

Akademi Fantasia. Malah Diana sering

mengingatkan rakan-rakan The

Wannababes yang lain supaya

memanggilnya dengan nama gelaran baru

iaitu ‘DiFi’ (gabungan nama Diana- Dafi).

Menggedik sungguh!

Diana juga mati-mati tak mahu
dipanggil dengan gelaran biasanya iaitu
‘Di’ seperti kelaziman. Begitulah
kroniknya minat dan angau Diana
terhadap Dafi!

5

Ain Maisarah

Diana terlalu tertunggu-tunggu siaran
khas ASTRO kali ini. Mulanya ingatkan dia
dapat menonton dengan tenang kerana
sejak mula takbir raya sampai ke
tengahari, Diana akur dengan semua
rencana aktiviti beraya bersama keluarga.
Tetapi Diana bagai terkena serangan sakit
jantung bila Puan Suraya membuat
pengumuman mahu menyambung lagi
lawatan beraya di rumah datuk dan nenek
saudara pula pada sesi petang!

“Adik….dengar cakap mama. Raya
cuma setahun sekali. Inilah masanya nak
melawat saudara-mara kita.”

“Tapi mama…. konsert reunion AF pun
setahun sekali!” Bibir Diana kelihatan
setiap saat makin muncung ke hadapan.

6

Cinderella di Aidilfitri

“Kenapa adik asyik pentingkan TV?
Sampai di kampung pun ingat nak tengok
TV saja!” Puan Suraya menjeling anak
bongsunya itu.

“Pagi tadi adik dah ikut lawat ke kubur.
Adik pergi semua rumah pakcik-makcik.
Petang ni adik nak duduk rumah. Please
mama.” Diana mencuba nasibnya lagi.

Puan Suraya menghentikan seketika
aktiviti mengoles pemerah pipi pada kedua
belah tulang pipinya. Dia merenung lama
wajah Diana.

“Adik nak kasut raya mahal, mama dah
belikan. Harga kasut GUESS adik lebih
mahal dari harga kasut raya mama. Adik
ingat lagi janji-janji adik pada mama?”

Diana mengangguk lemah. “Ingat.”

“Apa janjinya?”

7

Ain Maisarah

“Sepanjang tahun mesti jadi anak yang
mendengar kata.”

Puan Suraya tersenyum menang. “Hah!
Ingat pun! Mama dah tunaikan permintaan
adik nak kasut raya mahal tahun ni. Adik
pula mesti tunaikan janji jadi anak yang
mendengar kata. Sekarang dengar arahan
mama, pergi bersiap. Kita nak ke rumah Tok
Alang Mat Win.”

Diana mengeluh perlahan. Nampak- nya
Dafi kesayangannya terpaksa dikorbankan
semata-mata kerana janji- janji terdahulu
Diana yang terlalu mahukan kasut GUESS!

Sebenarnya kasut GUESS itu bukanlah
dibeli kerana mahu digayakan sewaktu hari
raya. Lagipun Diana tahu sangat sepupu-
sepupu di kampung semua jenis

8

Cinderella di Aidilfitri

tak pandang jenama. Asal cantik di mata,
mereka pasti ikhlas memuji. Mereka juga
takkan bersusah payah mahu melihat label
jenama kasut yang letaknya pun di bawah
kaki.

Tujuan sebenar Diana mahukan kasut
GUESS itu kerana mahu memastikan
dirinya tidak kalah bergaya jika
dibandingkan dengan ahli The
Wannababes yang lain. Dia yakin
Fasharina bt Tan Sri Hisham, ketua The
Wannababes akan menggayakan sesuatu
yang unik lagi mahal. Shasha naib
presiden The Wannababes juga pasti
tampil hebat dengan kasut berjenama.
Maklum sahaja, Shasha anak bekas
model terkenal Singapura iaitu Datin Rina
Kirana. Mudah sahaja bagi Shasha mahu
mendapatkan segala barangan

9

Ain Maisarah

berjenama yang dikehendakinya. Linda,
Sazzy, Fazura dan Nana juga pastinya
masing-masing bergaya hebat raya tahun
ini. Diana tidak boleh ketinggalan! Dia
salah seorang ahli kumpulan paling
popular di Sekolah Menengah Sri Bangsar.
Penampilannya mesti stylo dan setanding
ahli The Wannababes yang lain!

Ah! Sedihnya terasa menusuk jiwa!

Situasi Diana kini bagaikan ditelan mati
mak, diluah mati bapak. Jika dia memilih
Dafi, maka kasut GUESS pasti dalam
bahaya. Mama mungkin akan menarik
balik kasut tersebut dengan serta-merta.

Jika Diana memilih menyelamatkan
kasut GUESS, maka hilanglah peluang
mahu menyaksikan Dafi beraksi.

10

Cinderella di Aidilfitri

Aduh! Pening betul!

“Kenapa adik termenung lagi?
Cepatlah siap. Lepas Zohor kita terus
sambung beraya ke rumah saudara-
mara.” Lamunan panjang Diana diganggu
oleh suara arahan Puan Suraya.

Diana memandang sayu ke arah Puan
Suraya. Dia mahu mencuba nasib buat kali
terakhir. “Mama…. adik nak duduk
rumah. Nak tengok ASTRO. Bolehlah
mama.”

Puan Suraya sekali lagi terhenti dari
menyolek wajah. Kali ini matanya lebih
tajam merenung. Bibirnya diketap geram.
“Asyik-asyik nak tengok ASTRO, nak
tengok ASTRO…..nak tengok ASTRO!
Hari raya pertama pun tak mahu ziarah
saudara-mara sebab nak tengok ASTRO.
Jangan sampai balik KL

11

Ain Maisarah

nanti mama buang kuali ASTRO rumah
kita!” Puan Suraya mula mengugut gaya
merbahaya.

Diana makin menunduk. Dia tahu
harapannya amat tipis. Dia perlu
menerima ketentuan takdir, tidak akan
dapat melihat rancangan TV yang sekian
lama dinanti-nanti!

Rumah Tok Ngah dan Nek Senah menjadi
destinasi ketiga lawatan hari raya. Rata-
rata semua rumah menghidangkan lauk-
pauk cap boria belaka. Ketupat, rendang,
biskut raya dan sirap.

Diana mengerling ke arah jam
tangannya. Sudah pukul 3.45 petang!
Bermakna tinggal 15 minit sebelum konsert
AF bermula! Keluhan maha berat

12

Cinderella di Aidilfitri

dilepaskan. Sudah terikat lagi tersimpul
kaki dan tangannya, tidak mampu
berbuat apa-apa. Terpaksa membiarkan
minit-minit terakhir sebelum rancangan
yang dinanti dipancarkan secara langsung
ke kaca TV. Diana memandang ke arah
mama dan papa. Rancak sekali Puan
Suraya dan Encik Naimi beramah mesra.
Setahun sekali berjumpa, macam-macam
gosip jadi topik perbualan.

“Dulu mak kamu tu, bila disuruh
mengaji macam-macam alasan diberi.
Sakit perutlah, sakit gigilah, sakit kukulah.
Liat betul!” Nek Senah mengimbas
kembali kisah-kisah lama zaman Tok
Kaduk.

Encik Naimi yang mendengar tergelak
besar. Dia turut menyampuk mengata
isteri sendiri. “Sampai sekarang pun

13

Ain Maisarah

tak berubah, Nek! Bila nak memasak,
masa itu jugalah tangan rasa lenguh, lutut
rasa nak tercabut, badan rasa nak
demam!”

Puan Suraya tersipu-sipu malu bila
rahsianya didedahkan. Kakak dan abang
Diana turut tergelak kuat. Siapa sangka
mama mereka juga kaki putar belit alam
waktu zaman muda remaja! Namun gelak
tawa serta gurau senda itu tidak sedikit
pun mampu mencairkan muncung kebal
tanda tak puas hati Diana. Sesekali dia
sedar mata Puan Suraya menjelingnya
tajam. Bagai memberi peringatan supaya
menjaga tingkahlaku ketika di rumah
orang. Pasti mama mahu dia berlakon
memaniskan muka di hadapan saudara
mara. Diana rasa nak menjerit geram! Dia
nak balik tengok TV! Membuak-

14

Cinderella di Aidilfitri

buak betul kemarahan hinggakan Diana
tidak langsung mengucap sepatah kata di
rumah saudara-mara yang dilawatinya.
Yang penting padanya, hanyalah mahu
menyaksikan konsert AF! Memang Diana
betul-betul kena demam kemaruk AF!

4.45 petang. Sudah 45 minit konsert
berlangsung. Diana rasa nak tercabut
jantung dan sesak nafas bila teringatkan
betapa dia sudah terlepas menyaksikan
telatah mencuit hati Aznil Hj Nawawi.
Adam mungkin sudah selesai berjoget
lambak dengan penuh gaya. Mawi
mungkin sudah habis menyanyi merdu.
Dafi pula sudah pasti tersenyum manis
mengalahkan madu sepanjang beraksi di
atas pentas. Aduh, seksanya!

15

Ain Maisarah

“Mama….. ada berapa banyak rumah
lagi kita nak pergi?” Diana bertanya
dalam nada suara bosan yang terlebih
dos.

Puan Suraya memandang ke kerusi
penumpang bahagian belakang. Dengan
nada menyindir dia menjawab. “Ada
banyak lagi….. dalam 30 buah rumah.”

Terbeliak terbelalak mata Diana
mendengar jumlah itu! Takkan sampai 30
buah rumah! Dia menjangka mereka akan
selesai melawat semua rumah saudara
sebelum Maghrib. Paling-paling tidak,
sempat juga Diana menonton detik-detik
terakhir konsert. Ini tidak! Jika ada 30
buah rumah lagi dalam
senarai menunggu, pasti sampai ke
malam mereka beraya!

16

Cinderella di Aidilfitri
“Mama….kenapa banyak sangat
rumah nak dilawat? Adik penatlah!”
“Ini hari raya. Setahun sekali kita jumpa
saudara.”
“Tapi adik nak tengok konsert AF!”
“Adik, mana lebih penting…. saudara
atau AF?”
“AF!”
“Adik!” Satu kereta bertempik.
“What?” Selamba sahaja Diana buat
muka tak bersalah. Dia hanya
menyatakan kebenaran. Dia memilih
menonton AF berbanding melawat
saudara-mara pada hari raya pertama.
Apa yang salah besar sangat?

17

Ain Maisarah

Di rumah Pak cik Razak dan Mak cik
Bibah, Diana tetap keras kepala dengan
perangainya. Tak peduli langsung nak
bermesra. Muka masam macam
kedondong. Dia rasa nak mengamuk
kerana secara rasmi konsert Akademi
Fantasia sudahpun tamat tepat pukul 6.00
petang…. dan Diana tidak dapat
menonton walau sesaat pun rancangan
yang dinanti-nantinya itu!

Pak cik Razak dan Mak cik Bibah yang
berpangkat dua pupu dengan ibubapa
Diana jadi tak menang tangan melayan
tetamu. Penuh rumahnya diserbu tiga
keluarga yang kebetulan datang serentak.
Makin seronok Puan Suraya dan Encik
Naimi bercerita. Lama sungguh mereka
terlekat di rumah Pak cik Razak hinggakan
tiga keluarga yang datang

18

Cinderella di Aidilfitri

sebelum mereka sudahpun beredar
pulang.

Akhirnya Puan Suraya mencuit juga
paha Diana ajak meminta diri. Diana
bagai robot yang menurut perintah.

Disuruh bangun, dia bangun.

Diperintah bersalam, dia bersalam.

Diana betul-betul macam zombi
kampung pisang! Dia jadi tidak
berperasaan langsung! Sesungguhnya,
semangat Diana sudah punah dan
musnah.

“Datang KL, singgahlah pula rumah
kami di Bangsar.” Puan Suraya dengan
manis mulut mengajak hormat. Encik
Naimi tidak lupa menyerahkan duit raya
kepada anak-anak tuan rumah. Abang
dan kakak Diana iaitu Daniel dan Dinaz

19

Ain Maisarah
juga sempat bersembang pendek dengan
tuan rumah sebelum meminta diri.
Hanya Diana sudah turun ke tanah dan
mencari kasutnya di balik tangga kayu
rumah kampung itu.

‘Eh? Mana kasut aku?’
Puas Diana tercari-cari. Namun kasut
baru yang disayangi lagi dibangga-
banggakan berjenama GUESS tetap tidak
kelihatan langsung!
Dicuba-cuba melihat di belakang
tangga. Tiada.
Di laman rumah. Tiada.
Di sebalik semak. Tiada.
Di dalam longkang. Tiada.
Mana pula menghilangnya kasut itu?

20

Cinderella di Aidilfitri
“Mama! Kasut adik hilang!” Suara
Diana menjerit kuat! Dia sudah menangis
terduduk bawah tangga!

Kasut Diana memang tidak berjaya
dikesan. Jangkaan awal adalah kasut
Diana sudah tertukar dengan kasut tiga
ahli keluarga lain yang datang beraya
serentak di rumah Pak cik Razak. Jika
tadi Diana sibuk bising-bising nak balik
rumah tengok konsert AF, kali ini Diana
sibuk merayu-rayu pula agar ibubapanya
pergi ke rumah tiga saudara mara mereka.
Dia mahu mendapatkan semula kasutnya.

“Mama….please mama. Jomlah kita
pergi cari kasut adik.” Matanya tak henti-
henti mengalirkan airmata.

21

Ain Maisarah

“Nak pergi rumah siapa?” Kakaknya
Dinaz tiba-tiba menyoal.

“Manalah adik tahu siapa keluarga
yang beraya dengan kita di rumah Pak
cik Razak tadi!” Diana membentak
geram. Kakaknya langsung tak tunjuk rasa
simpati, malah macam sengaja
menambahkan sakit hati.

“Itulah! Tadi waktu semua orang
berkenal-kenalan dan beramah mesra,
adik buat tak peduli. Muka muncung
macam tenuk tak cukup makan.” Dengan
mulut laser, abangnya Daniel pula
menyindir Diana.

“Tadi adik asyik ingat nak tengok AF.”
Diana menjawab lemah.

“Hari raya setahun sekali nak kenal-
kenal dengan saudara, dia pula asyik

22

Cinderella di Aidilfitri

pentingkan AF! Macamlah tak ada siaran
ulangan.” Kali ini ayah Diana pula iaitu
Encik Naimi menghulurkan sebutir bom
nasihat bercampur sindiran.

“Mama… adik tetap nak cari kasut
adik. Adik nak tanya tiga keluarga tadi.
Mungkin mereka yang terambil kasut tu.”
Diana tahu dia bersalah. Kakaknya Dinaz
serta abangnya Daniel sudah berkali-kali
menegur sikapnya yang asyik teringat TV
dan tak mahu melayan saudara-mara.
Ayahnya Encik Naimi pula jenis orang
yang jarang membuka mulut mahu
menegur, tetapi jika sudah melampau
pasti Diana teruk ditegur!

“Sekarang mama nak tanya adik. Siapa
tiga saudara kita yang terserempak sama-
sama beraya di rumah Pak cik Razak tadi?
Kalau tak ingat, kita tak payah cari kasut

23

Ain Maisarah

tu.” Soalan Puan Suraya mirip soalan kuiz.
Tidak langsung menunjukkan belas juga
kasihan.

“Adik tak ingat! Ramai sangat!” Suara
Diana kedengaran panik.

Memang terlalu ramai manusia yang
beraya di rumah Pak cik Razak. Muka
memang tak cam. Nama langsung tak
ingat. Riuhnya tadi di rumah Pak cik
Razak macam ada pasar borong. Mustahil
Diana boleh mengingat kembali nama-
nama saudaranya!

“Tiga keluarga pun takkan tak boleh
ingat!” Puan Suraya mengasak dan
mendera lagi dengan sindiran.

Diana menggeleng lemah. Dia memang
tak ingat langsung nama tiga keluarga itu.

24

Cinderella di Aidilfitri

“Tadi macam kera sumbang. Sombong
sangat. Dengan saudara mara taknak
bertegur sapa. Sekarang…. bila dah
tersepit, baru terkial-kial nak cari
saudara!” Encik Naimi pula
menghadiahkan satu das lagi semburan
sindiran pedas cap cili padi!

Diana terkebil-kebil. Tiada jawapan
mahu membela diri. Itu memang silapnya.
Seharian beraya ke rumah saudara mara,
mulut Diana macam ada emas. Berat benar
nak bertegur sapa apatah lagi mahu
meramah mesra dengan saudara. Padahal
hari raya setahun sekali. Balik kampung
jarang sekali. Diana buat tak peduli dengan
semua itu. Yang dipentingkan sangat
adalah rancangan TV kegemarannya itu.
Rancangan yang pasti akan ada siaran

25

Ain Maisarah
ulang tayang. Dan kini mahukah saudara
maranya menolong mencari kasut Diana
setelah senyuman yang dihulur, jelingan
sombong yang dibalas?

Puan Suraya dan Encik Naimi tidak
langsung boleh dipujuk-pujuk. Mereka
tetap dengan keputusan tidak akan
membantu mencari kasut Diana. Jika
mahu, Diana perlu mencarinya sendiri
esok hari. Itupun Diana disuruh mencari
nama-nama saudara mereka.

Nampak gaya, esok pagi-pagi lagi
Diana perlu membuat kajian dan
temuramah eksklusif dengan Pak cik
Razak. Dia perlu tahu siapa tiga keluarga
yang mungkin tertukar kasut dengannya.

26

Cinderella di Aidilfitri

Mulut Diana senyap sunyi sepanjang
perjalanan balik ke rumah. Jika kasut
GUESS itu hilang, tidak dapatlah dia nak
buat sesi tunjuk-menunjuk dengan kawan-
kawan di Sekolah Menengah Sri Bangsar.
Dia juga tidak dapat menayang-nayang
pada Fasha, Shasha, Sazzy, Linda, Fazura
dan Nana… enam geng kamcengnya
dalam kumpulan The Wannababes! Sedih
sungguh!

Kereta yang dipandu ayah Diana

perlahan-lahan memasuki laman rumah

kampung milik moyang mereka. Ketika itu

kelihatan seorang lelaki

duduk di atas tangga kayu di hadapan

rumah.

“Siapa pula tu, bang?” Puan Suraya
memuncungkan bibir menunjuk ke arah

27

Ain Maisarah

objek yang jadi macam penunggu depan
rumah.

Encik Naimi menggeleng. “Entahlah.
Setahu abang, semua orang keluar
beraya.”

Sebaik sahaja kereta diberhentikan,
budak lelaki itu terus datang mendekati.

“Assalamualaikum Mak cik Suraya. Saya
Dani. Anak Pak cik Razak.”

“Oh! Dani! Buat apa di sini? Nak datang
beraya di rumah kami pula?” Puan Suraya
tersenyum mesra menyambut kedatangan
tetamu tak diduga itu.

“Sebenarnya, saya datang bawakan
kasut Diana yang tertinggal.” Tangan
lelaki itu menjimbit sepasang kasut
jenama GUESS milik Diana. Diana

28

Cinderella di Aidilfitri

terlopong terkejut beruk memandang
lelaki itu.

“Minta maaflah kalau Diana tercari-
cari kasut ni. Tadi saya tolong basuhkan.
Terkena tahi ayam. Maklumlah, ayam
kampung ni tak berdisiplin. Bukan boleh
bezakan kasut mahal dengan selipar
jepun! Itu yang merata dibelasahnya
semua kasut-kasut tak kira mahal atau
murah! Maafkan ayam saya ya?” Dani
dengan hormat menghulurkan kasut
kesayangan Diana.

Diana jadi terkaku. Tak sangka betul
lelaki seperti Dani sanggup mahu
membasuh kasutnya. Sudahlah Dani yang
berdiri di hadapan itu sungguh drop dead
handsome! Pendek kata Dani itu seiras
benar dengan Dafi…. penyanyi AF yang
diminatinya separuh mati!

29

Ain Maisarah

Bertuahnya Diana! Dani remaja
kampung di hadapannya itu lebih kacak
dari Fahrin dan lebih manis dari Tengku
Affin, dua pelajar lelaki paling popular di
Sekolah Menengah Sri Bangsar! Geng The
Wannababes lain mesti pengsan-pengsan
cemburu bila melihat Diana dapat
berkenalan dengan Dani…. lelaki yang
kacaknya setaraf Dafi peserta Akademi
Fantasia!

Siapa sangka, berkat kasutnya Diana
dapat bertemu dengan hero kampung
yang kacak lagi sasa. Macam nasib si
Cinderella yang bertemu putera idaman di
majlis tari menari, Diana pula
berjumpa bakal cinta hati di hari raya!
Mujur juga Diana ikut beraya ke rumah
Pak cik Razak. Jika Diana duduk rumah
menonton konsert Akademi Fantasia,

30

Cinderella di Aidilfitri

pasti tidak dapat kesempatan berkenalan
dengan Dani!

Diana bernekad dalam hati tidak mahu
sombong-sombong lagi dengan saudara-
mara di kampung lebih-lebih lagi dengan
keluarga Pak cik Razak. Maklumlah Pak cik
Razak ada potensi jadi bakal bapa mertua
di masa hadapan.
Diana juga sudah berura-ura mahu
menukar nama gelaran semasanya iaitu
DiFi menjadi DiNi (gabungan nama
Diana-Dani)

“Awak? Awak taknak ambil kasut ni
sebab takut masih ada bau tahi ayam ya?
Janganlah risau, saya dah basuh bersih-
bersih.” Pertanyaan Dani mengacau
angan-angan indah Diana.

“Eh! Taklah! Saya nak kasut ni….
walaupun dah terkena tahi ayam.” Diana

31

Ain Maisarah
cepat-cepat menyambut kasut yang
dihulur.

Dani tersenyum memandang ke arah
Diana. Lama mata mereka bertaut.
Bagai prince charmingyang jatuh cinta
pandang pertama kepada Cinderellanya.

~ TAMAT ~

32


Click to View FlipBook Version