The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KT6KK Digital Library, 2021-04-26 23:26:46

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI

MALAYSIA.



ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 5

SEJARAH & LATAR 7
BELAKANG PEMBENTUKAN
MASYAKAT MAJMUK DI 8
MALAYSIA. 9
10
Dari Masyarakat 11
Melayu 12
Dari Masyarakat 13
Cina 14

Dari Masyarakat India

RUSUHAN KAUM PADA 13
MEI 1969

Latar Belakang 13 Mei 1969

Akibat daripada peristiwa
16 Mei 1969

Kaum Cina Meraikan
Kemenangan:

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PERARAKAN KEMATIAN 15
CINA: 16
17-18
RUMAH MENTERI BESAR 19
SELANGOR: 20
21
REJIMEN RENJER
22
PANGGUNG ODEON
23
DIMANA TUNKU: 24

MANGAREN
KESAN PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI

MALAYSIA

MASYARAKAT MELAYU

MASYARAKAT CINA

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

MASYARAKAT INDIA 26
IMPLIKASI TERHADAP 27
KEMAJUAN NEGARA 28
29
DARI SEGI POLITIK : 30-31
32
DARI SEGI EKONOMI

DARI SEGI SOSIAL

KESIMPULAN

SIDANG MAJALAH 33

PENGENALAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan

etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik inilah
maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.

Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan
India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun
1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya
sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang
manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.

Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum
Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar
kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk
bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.

Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah
pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian
cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah
mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

Pemajmukan masyarakat
menyebabkan British
mentadbir berdasarkan
pendekatan ‘pecah dan
perintah’ di Tanah Melayu.
Kaum pendatang dibiarkan
untuk mengekalkan identiti
dan budaya masing-masing
sementara perhubungan
langsung dengan kaum-
kaum lain tidak
digalakkan. Hasilnya
terbentuklah masyarakat
majmuk seterusnya
berbilang kaum di negara
ini dari semasa ke semasa.

SEJARAH & LATAR BELAKANG
PEMBENTUKAN MASYAKAT MAJMUK

DI MALAYSIA.

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu,

Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti
yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini
kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan
budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai
bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat
Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan
struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah
kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai
lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang
tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan
sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis
pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya.

Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan
manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-
cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya
melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di
Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad
ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di
Malaysia terjadi secara tidak sengaja.

Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah
Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India
secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari
pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

Dari Masyarakat
Melayu:

Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang
tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di
perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai
petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil
hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama
buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah
Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam.

Dengan kedatangan
Islam juga, masyarakat
Melayu telah
mengamalkan syariat
yang wajib diamalkan
dalam Islam contohnya
solat lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan,
mengerjakan haji dan
lain-lain lagi.

Dari Masyarakat
Cina:

Masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran.
Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula
sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal
dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan
Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai
peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong
semasa era penjajahan British.

Kedatangan buruh ini ke
Tanah Melayu adalah melalui
beberapa cara seperti sistem
tiket kredit, sistem
pengambilan kakitangan dan
pengambilan rumah kongsi.

Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun
kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.

Dari Masyarakat
India:

Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di
kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki
Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka
terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang.
Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah
British mendapati India sebagai tempat mendapatkan
buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal.
Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah
mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk
mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-
ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi
kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada
Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka
yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan
Tamil.

RUSUHAN KAUM

PADA 13 MEI 1969

• Rusuhan kaum adalah kemuncak masalah perpaduan di
Malaysia.

• Dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.
• Telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
• Mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya.
• Berlaku pada 13 Mei 1969.
• Merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara

Malaysia.

Latar Belakang 13 Mei 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi
tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan
semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan
syak wasangka. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah
perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina.
Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini
ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-
orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami

kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66
kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti
dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan
PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina)
menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS
menang 12 kerusi.

Akibat daripada peristiwa
16 Mei 1969

Kaum Cina Meraikan Kemenangan:

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya

berbangsa Cina telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.
Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan
parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor .
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale
dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO
ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika
itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan
slogan perkauman. Ada pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir')
orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu
mempunyai konotasi yang amat negative - sial. Ada orang Cina
yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di
tepi-tepi jalan.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman
keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Perarakan Kematian Cina:

GAMBAR
MENUNJUKKAN
PERARAKAN
KAUM
CINA
DI
KL

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina
akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan
raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye
selaku Presiden Gerakan memohon maaf di
atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan
melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu
semasa perarakan. Malangnya permohonan
maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor:

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13
Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini
adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar
Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,
Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-
rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata
pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat
lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang
Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan
meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum
Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu
dengan kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk menghina
dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat
kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat ketara ketika
itu.

Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan
orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri
Besar Selangor. 4.00 petang. Pemuda-pemuda Cina yang
dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah
bertindak ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di
sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda
Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan
lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat
dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah.
Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari
Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan
sekitar Kuala Lumpur.

REJIMEN RENJER:

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan
askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan
ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut
menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang
Melayu semakin meradang. Ketua Regimen Renjer
dikatakan seorang Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan
diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar
Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah
rumah Menteri Besar Selangor.

Gambar menunjukkan

Askar Melayu pada tahun 1969
Akhirnya, Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan

dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai
di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman
masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke
kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di
sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian
preman.

Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai
orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong
bijih timah. Kononnya terdapat rakaman televisyen
mengenai beberapa pemuda Cina ditangkap dan
dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh.
Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila
sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai
rakaman tersebut.

Panggung Odeon:

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap bertindak
mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul
Rahman. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari
panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-
pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut
bertindak ganas dengan membakar panggung Odeon setelah
semua bangsa Cina keluar dari panggung
tersebut. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang
mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di
Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala
Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena
tetakan di kepala dan berpura-pura mati tetapi beliau masih
hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan kaum Cina
itu, barulah orang Melayu mulai tersedar. Rusuhan kaum
tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang, Johor dan
Negeri Sembilan. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis
tidak ada sebarang pergaduhan. Cuma ada sedikit di
Melaka.

• 196 mati, 439 cedera
• 39 hilang 9143 ditahan
• 211 kenderaan musnah.
• 700 orang telahpun mati

terbunuh.

DIMANA TUNKU:

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman
baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan
beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua
Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian
pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada
khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain
macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal
tersebut.

Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai
punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun
Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei
1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik
menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan
tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.

Mangaren:

Maksud MAGERAN atau nama sebenarnya Majlis Gerakan Negara telah
ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap
Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam,
pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-
bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha
memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni. ini berikutan
daripada insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan
Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara
150 Perlembagaan Persekutuan.

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara
dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak dan
parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul
Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun
1970. Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada
pendapat yang mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancang
kepada kejadian 13 Mei 1969. Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir
telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil
bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa
badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan
Rukun Negara juga telah diciptakan.
Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan
lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan
2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional
dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi
mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri
Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan
melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan
raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem
demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran
semulakan oleh PKM.

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud
sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada tahun 31 Ogos
2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 24,850,400
di mana orang warganegara beranggaran seramai 20, 196 600
dan 40, 53 800 orang bukan warganegara. Daripada jumlah
warganegara, 13.48 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera
Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera bukan Melayu,
6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta orang kaum India
dan 318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain. Dalam kumpulan
kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih
daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah
penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.

Masyarakat Melayu:

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih
daripada 10 juta orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum
‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk peribumi yang lain.
Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang
bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan
beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan ini memberi
implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja
memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang
bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara automatik
fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripada
pergaulannya dengan orang Melayu.

Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk
secara mudahnya kepada satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri
umum seperti berbudaya kan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan
berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk
kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan
kebudayaan yang berbeza daripada bangsa yang lain.

Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di
Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang
menganjur dari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan
dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat.
Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah
berketurunan orang Melayu-Deutro (Deutro-Malay) yang berhijrah dari
Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di s`elatan Tanah Besar
Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.

Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan
tempatan. Alasannya teori ini lebih berupa kan andaian atau hipotesis
yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan kedua, tinjauan
pakar-pakar sejarah dan antropologi di kawasan yang dikatakan tempat
asal orang Melayu di selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa
bukti yang boleh dihubungkan dengan orang Melayu. Dengan itu, orang
Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami negara ini.

Masyarakat Cina:

Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19
lagi. Pulau Pinang dan Singapura telah menjadi destinasi utama mereka
apabila kedua-duanya dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Tetapi,
orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada
hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya
berpindah ke Singapura selepas Singapura dibuka oleh British. Pada awal
abad ke-19, saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah
saudagar berkenaan mendapat izin untuk mengerjakan lombong daripada
pemerintah tempatan dengan tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak.

Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang
tertumpu di Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi kawasan di
sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka ladang. Contohnya,
Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua
(Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut
sebagai Kangkar. Di Perak, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah
membawa masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada
pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut.
Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19
dan awal abad ke-20 seiring dengan perkembangan dalam perlombongan
bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di Tanah Melayu agak stabil jika
dibandingkan dengan suasana politik di China. Selepas pada itu, kebanyakan
kaum Cina tidak bercadang untuk terus menetap di Malaysia. Pada tahun
1930-an, timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di
negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China yang tidak stabil.

Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan
bermulanya tanda-tanda perubahan terhadap komposisi kependudukan di
negara ini. Kedudukan orang Cina mula mendapat perakuan British apabila
Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian Tanah Melayu
1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini
komposisi sebenar penduduk negara ini berubah.

Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan
merupakan kaum kedua terbesar. Di Sabah, bilangan kaum Cina adalah
sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan. Hanya sebilangan kecil
daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka.
Bilangan orang Cina di Sarawak agak ramai berbanding di Sabah. Orang
Cina memasuki Sarawak melalui Indonesia.

Masyarakat India:

Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan
sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu
sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar
raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi
kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi di
negara ini. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British
membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen).
Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses
pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut.
Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-
bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan.

Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi
kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang
tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu,
sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan
buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan
buruh ladang. Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-
negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas
campur tangan British pada 1874, British membawa masuk
satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-peladang Eropah
sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih
murah dan tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British
di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk
bekerja di Tanah Melayu.

IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN
NEGARA.

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada
beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan
orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat
menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan
masyarakat Malaysia yang majmuk.
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan
ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan
sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita
melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut.

DARI SEGI POLITIK:

1927-1932

• Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara
asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah
Inggeris.

1930
• Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi
dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran
balik ke negara asal mereka.
• Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah
Melayu.
• Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke
Malaysia disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk
mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan
perladangan selain membina jalan. keretapi dan jalan raya.
• Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan
Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh
imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi
gelap mahupun majikan.

1874
• Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.
• Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang
asing.
• Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang
asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan
bebas

DARI SEGI EKONOMI:

Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas
yang berlaku menyebabkan perubahan sistem
daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh
hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak
berlaku mendorong kepada wujudnya sistem
ekonomi moden berteraskan industri berasaskan
buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan
pemodenan prasarana baru yang memerlukan
tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah
kemasukan buruh-buruh asing.

DARI SEGI SOSIAL:

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar
pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini
dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat
majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang
berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan
lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi
jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat
melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan
sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai
kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan
yang berbeza serta keperluan guru berasaskan
tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif
dengan mengikut sukatan

DARI SEGI SOSIAL:

Pendidikan serta mengambil para guru dari negara
asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa
Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang
ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka.
Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat
pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja
sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk
mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik.
Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada
anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.

Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya
menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana
mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh
pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga
menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga
kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

KESIMPULAN

Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud
masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang
kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara
tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah
melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19,
penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran
daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.

Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan,
sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada
carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun
kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan
perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru,
mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan
dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini,
masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal
abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan
pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada
keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama
iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar
bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita
telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa
sahaja yang kita kecapi masakini.

SIDANG MAJALAH :

NADHRATUL FARHANA FAQIHAH

ELIYA SYAZNIN

SITI NURZULAIKHA NUR NADHIRAH

SEKIAN TERIMA KASIH DARI KAMI….


Click to View FlipBook Version