- 0 -
- 1 - Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan guru guru yang dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru , SK Parit Jawa TS 25:3.0 Kali ke-50/2023 ini. Terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang sentiasa menyokong dan memberi komitmen yang tinggi dalam semua program yang dirancang. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbiran dan guru-guru serta anggota kumpulan pelaksana sekolah yang bersama-sama bermandi peluh menaikkan nama sekolah dalam pelbagai aspek. Segala kejayaan yang dikecapi sepanjang tahun 2022 -2023 adalah berkat doa dan bantuan yang juga datang dari PIBG SKPJ , komuniti , pertubuhan swasta serta individuindividu yang sayangkan sekolah dan murid-murid Parit Jawa. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya untuk tahun mendatang agar pihak kami mendapat lebih banyak lagi sumbangan kewangan, tenaga dan idea-idea demi kelangsungan pendidikan anak-anak dalam Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti . Permuafakatan , sikap saling membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat darinya. Sekian, Assalamualaikum wbkth. MUAFAKAT “FOR” BAROKAH SALLEHUDDIN BIN MISNON (GURU BESAR SK PARIT JAWA)
- 2 - Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ucapan terima kasih khusus kepada ibubapa /penjaga dan guru-guru kerana sentiasa memberi sokongan dan kerjasama padu kepada PIBG dalam merencana dan melaksanakan setiap aktiviti. Terima kasih juga kepada Guru Besar SK Parit Jawa yang memberi galakan dan nasihat berharga untuk PIBG. Saya menyeru agar kita sama-sama memahami dan memainkan peranan masing-masing dalam mendidik anak-anak kita supaya cemerlang dan terbilang melalui sekolah ini. Buku ini bertujuan memaparkan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG khususnya yang melibatkan ibubapa. Ibubapa digalak memberi idea bernas serta pandangan kepada PIBG untuk meningkatkan kecemerlangan murid sejajar dengan aspirasi Negara melalui saluran komunikasi yang telah disediakan. Melalui pendidikan berkualiti sahaja yang dapat menjamin masa depan anak-anak kita. Pendidikan di sekolah bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi aspek kerohanian, emosi dan jasmani. Pihak sekolah terpaksa merangka program-program khas untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis. Kerjasama ibubapa diharapkan dalam memastikan anak-anak terlibat secara aktif dalam program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Sumbangan ibubapa yang telah diterima digunakan sebaik mungkin untuk membantu pihak sekolah menjayakan program berkenaan. Saya berharap semoga sokongan padu ahli-ahli PIBG SK Parit Jawa akan berterusan dan mendapat maklum balas positif daripada semua pihak demi kecemerlangan anak-anak kita di sekolah ini. Sekian, terima kasih. EN ZULKIPLI B ABDULLAH (YDP PIBG SK PARIT JAWA)
- 3 - ISI KANDUNGAN AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 50 MS 4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 MS 5 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022/2023 MS 9 PENYATA KEWANGAN 2022 MS 19 USUL 2023 MS 21
- 4 - AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 50 1. UCAPAN PENASIHAT 2. UCAPAN YDP 3. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022-2023 4. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022-2023 5. PEMBENTANGAN KEEWANGAN 2022-2023 6. PERKARA BERBANGKIT 7. BACAAN USUL 8. PEMBUBARAN AJK PIBG 2022/2023 UNTUK SESSI 2023/2024 9. PELANTIKAN AJK PIBG 2023/2024 10. PEMBUBARAN PEMERIKSA KIRA-KIRA 2022/2023 UNTUK SESSI 2023/2024 11. PELANTIKAN PEMERIKSA KIRA-KIRA SESSI 2023/2024 12. HAL HAL LAIN 13. UCAPAN PENUTUP
- 5 - PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA JALAN TEMENGGONG AHMAD 84150 PARIT JAWA, MUAR, JOHOR. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SESI 2022/2023. Tarikh : 29 Jun 2022 Hari : Rabu Masa : 8.30 malam Tempat : Dalam talian Kehadiran : 120 orang 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2022/2023 1.1 Pengerusi En Zulkipli b Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah dan guru besar dengan persiapan Mesyuarat PIBG kali ke 49 1.2 Pengerusi juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan ibu bapa yang komited untuk hadir bermesyuarat secara dalam talian. 2.0 Ucapan Penasihat 2.1 Guru Besar EN Sallehuddin b Misnon merakamkan ucapan tahniah kepada semua barisan ajk yang bertungkus lumus menjayakan MAT ke 49 pada tahun ini. Walaupun berdepan pasca pendemik covid 19, usaha murni untuk menemukan antara barisan pendidik SKPJ dengan ibubapa tetap dilaksanakan. 2.2 Guru besar berharap agar MAT PIBG pada kali ini menjadi langkah awal kepada usaha sekolah merapatkan jalinan dan jaringan dengan masyarakat luar khususnya warga dan komuniti Parit Jawa. 2.3 Guru Besar juga berharap agar komuniti dan ketua masyarakat Parit Jawa tidak segan silu melontarkan idea dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah bagi menyediakan persekitaran kondusif kepada anak-anak yang bersekolah di SK Parit Jawa. 3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-48 3.1 Tengku Yaakob selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. 3.2 En. Faizal b Shahruddin mengesahkan minit dan disokong oleh En Haikal b Subahir. 4.0 Membentangkan Laporan aktiviti Tahunan PIBG
- 6 - 4.1 Tengku Yaakob selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG. 5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2021 5.1 Pn Ruhaya bt Salleh membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember tahun 2021 untuk diterima. 5.2 En Azmi mengesahkan Laporan Penyata Kewangan bagi tahun 2021 dan disokong oleh En. Faizal b Shaharuddin. 6.0 Perkara-perkara Berbangkit Tiada perkara berbangkit. 7.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sessi 2021/2022 dan Pemeriksa Kira-Kira 7.1 Semua jawatan AJK pibg dan Pemeriksa kira-kira dibubarkan 8.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 8.1 Semua AJK dikekalkan kecuali 1 tempat bagi AJK Ibubapa dilantik. YDP mencadangkan Pn Norasyikin bt Kassim dilantik untuk jawatan AJK ibubapa dan di terima sebulat suara. 8.2 Seorang Pemeriksa kira-kira dilantik. YDP mencadangkan En Helmi b Fauzan dan diterima sebulat suara. Penasihat : En Sallehuddin b Misnon (Guru Besar SK Parit Jawa) Setiausaha Kehormat : YM Tengku Yaakob b Tengku Samsudin Bendahari Kehormat : Pn. Ruhaya bt Salleh AJK Guru : En Faizal b Shaharuddin : En Jamaluddin b Md Dawi : En Azmi b Juri Yang Di Pertua PIBG : En Zulkipli B Abdullah
- 7 - Naib yang dipertua PIBG : En Roslan b Abd Rahman Ahli Jawatankuasa ibu bapa. : En Zaini b Shabah : En Shahrulneza b Khalil : En Shazreen b Suradi : Pn Lizana bt Wahab : Pn Norasyikin bt Kassim Pemeriksa kira-kira : En Helmi b Fauzan : Pn Zaleha bt Ishak Makluman Semua 9.0 Membahaskan dan Menerima Usul 9.1 Pemberi usul : En Shazreen b Suradi Cadangan agar pihak sekolah memohon dana PIBG daripada Yang Behormat, menyediakan laluan susur gajah mengelakan hujan dan panas kepada murid-murid. Pihak sekolah menerima cadangan tersebuat serta berharap agar pihak ibubapa juga bersama-sama membantu sekolah mencari dana bagi menyediakan laluan susur gajah. Cadangan yang sangat baik dan merupakan antara projek pihak sekolah yang masih belum dapat direalisasikan. 9.2 Pemberi usul : Pn Norasyikin bt Kassim Cadangan pihak sekolah menyediakan program hafalan sifir bagi murid-murid serta program hafazan 10 ayat surah al Kahfi. Cadangan diterima dan pihak sekolah telah menyediakan program minda pagi bermula pukul 7.05 hingga 7.30 pagi bagi subjek teras. Manakala program bacaan Yassin dan tazkirah diadakan pada setiap pagi khamis. Pihak sekolah juga merperkasakan program tasmik bagi menggalakkan setiap murid membaca quran atau iqra di rumah dengan pemantauan ibubapa dan bacaan direkod.
- 8 - 10.0 Hal-Hal Lain 10.1 Guru besar dan pihak pentadbiran sekolah mengekalkan ajk yang sedia ada adalah kerana situasi pendemik yang membataskan program sekolah bersama PIBG diadakan. Selama dua tahun aktiviti bersemuka tertangguh maka dengan mengekalkan ajk sedia ada penunjuk aras kerjasama PIBG/sekolah dapat dilaksankan pada tahun ini. Makluman semua 10.3 YDP mencadangkan agar program sekolah dapat melibatkan alumni/sarana/pibk selaras dengan pelan TS25 memperluaskan jalinan dan jaringan sekolah dengan komuniti. Tindakan :Pihak sekolah dan pibg 10.4 Guru besar memaklumkan kutipan infak telah dibelanjakan untuk surau dengan menaik taraf lantai simen kepada vinyl, serta cat dinding dan menyediakan smart TV. Makluman semua 10.5 Guru besar mencadangkan agar semua pihak dapat membantu mencari penyumbang smart tv. Harapan agar semua kelas ada akses untuk smart tv bagi menambah nilai dalam pembelajaran dan minat murid untuk belajar. Tindakan semua Ahli pibg 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasyang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2022 / 2023. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 malam. DISEDIAKAN OLEH SU PIBG SKPJ SESSI 2022/2023 TENGKU YAAKOB B TENGKU SAMSUDIN DISEMAK OLEH YDP PIBG SKPJ SESSI 2022/2023 ZULKIPLI B ABDULLAH
- 9 - LAPORAN PERJALANAN PIBG SKPJ DAN WARGA SEKOLAH SKPJ ( BULAN JULAI 2022 HINGGA JUN 2023) KATEGORI SEKOLAH/ PIBG/PIBK/KOMUNITI BIL AKTIVITI BULAN BERMULA JUN 2022 HINGGA MEI 2023 1 MENSYUARAT AJK KHAS MAT PIBG JUN 2 MAT PIBG SKPJ JUN 3 OUTREACH PPD DAN KKM MUAR (PPKI/PEKHA) EN AZMI DAN PN QOMARIAH JUN 4 KORBAN PERDANA SKPJ/NGO CERAMAH PERDANA JULAI 5 BOLA BALING MSSD MUAR/TEAM SKPJ JURULATIH TENIKAL OLEH 2 BEKAS PEMAIN BOLA BALING MSSM IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU JULAI 6 MEMANAH MSSD/MSSJ/MSSM JURULATIH MEMANAH OLEH KELAB MEMANAH MUAR JULAI
- 10 - 7 AKUATIK MSSD/MSSJ/MSSM JURULATIH ACARA RENANG INDIVIDU PEREMPUAN JULAI 8 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 JULAI 9 JOM SARAPAN PAGI SUMBANGAN KOMUNITI/AHLI PIBG/NGO SETIAP HARI 10 SOAL SELIDIK PENGGUNAAN TELEFON OELH MURID OGOS 11 AGIHAN BUBUR ASYURA DAN MEMULIAKAN ANAK YATIM SEMPENA 10 MUHARRAM SEKOLAH/PIBG/KOMUNITI/NGO OGOS 12 TAKLIMAT PERGIGIAN OLEH KLINIK PT JAWA UNTUK MURID SKPJ OGOS 13 PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN (KWAMP) SKOLAH/AHLI PIBG OGOS 14 WEBMINAR GENERATIONAL END GAMES KHUSUS BUAT OGOS
- 11 - IBUBAPA/MURID/KOMUNITI ANJURAN JPN JOHOR, PEMADAM, IKRAM 15 KELAB STEM DAN ROBOTIK SKPJ JEMPUTAN MEMBUKA BOOTH DI PPD MUAR DAN JEMPUTAN DARIPADA PEGAWAI DAERAH MUAR MEMBUKA BOOTH SEMPENA PELANCARAN MUAR PERKASA 2030 OGOS 16 TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH/PPD/JPN/KPM/KOMUNITI/NG O/ OGOS 17 SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SUMBANGAN KEK PELANCARAN OLEH KOMUNITI PT JAWA/AHLI PIBG OGOS 18 MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN SEKOLAH/AHLI PIBG/KOMUNITI SEPTEMBER 19 TEMU BINCANG DAN LIBAT URUS SEKOLAH/AHLI PIBG SEPTEMBER 20 PERASMIAN BILIK STEM OLEH DATO MUSTAFFA KAMAL B DATO HJ SHAMSUDDIN PEGAWAI DAERAH MUAR SEKOLAH/PIBG/PPD/PENGHULU PT OKTOBER
- 12 - JAWA/PEJABAT DAERAH MUAR 21 REWANG MAULID NABI SKPJ SEKOLAH/PIBG/KOMUNITI/MASJID SG RESIK OKTOBER 22 LAWATAN PENANDA ARAS OLEH PPD BATU PAHAT DI BILIK STEM SKPJ NOVEMBER 23 AMALI MEMBERUS GIGI OLEH KLINIK PERGIGIAN MUAR NOVEMBER 24 LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH/BOMBA MUAR NOVEMBER 25 MAULID RASUL ANJURAN MASJID AL EHSAN PT JAWA PERARAKAN OLEH MURID SKPJ DAN KOMUNITI PT JAWA DISEMBER 26 ACARA JEMPUTAN DI SK SERI JAMIL TEAM OLAHRAGA SKPJ ACARA JEMPUTAN RETAS DESA SK PT NO 5 TEAM PPKI SKPJ JULAI DISEMBER 27 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SKPJ SUMBANGAN HADIAH DAN MAKANAN OLEH AHLI PIBG SKPJ DISEMBER
- 13 - 28 PEMASANGAN KABEL TELEFON OLEH TM MALAYSIA DISEMBER 29 PROGRAM SEHARI BERKONGSI ILMU OLEH UIAM PAGOH ANJURAN MUKIM PT JAWA MURID SKPJ/ PENGHULU PT JAWA/ UIAM PAGOH JANUARI 30 PERKHEMAHAN BERSEPADU SKPJ UNIT PENGAKAP/TKRS/BULAN SABIT MERAH/ PUTERI ISLAM SEKOLAH/PIBG/ JURULATIH PBSM MUAR/AHLI PENGAKAP KELANA MUAR JANUARI 31 MESYUARAT AJK PIBG JULAI 2021,JANUARI 2022,SEPTEMBER 2022,JUN 2022 32 LAWATAN PENANDA ARAS SK ST ANDREWS KE SKPJ SURAU,BILIK STEM, PUSAT SUMBER, GALERI SEJARAH, BILIK DADAH FEBUARI 33 SUMBANGAN KHAS ALATAN TULIS KEPADA ANAK YATIM OLEH INDIVIDU AJK PIBG FEBUARI 34 MAJLIS APRESIASI DAN PRA SEKOLAH FEBUARI
- 14 - SEKOLAH/AJK PIBG/AHLI PIBG 35 LAWATAN OLEH SARJAN YUSUF B SULAIMAN SEKOLAH/ BALAI POLIS PT JAWA FEBUARI 36 TAKLIMAT IBUBAPA MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 SEKOLAH/AHLI PIBG FEBUARI 37 PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 TAKLIMAT IBUBAPA TAHUN 1 SEKOLAH/AHLI PIBG MAC 38 WORLD QURAN HOUR SEKOLAH/PPD/JPN/KPM/AHLI PIBG/KOMUNITI APRIL 39 SUMBANGAN ANAK YATIM OLEH EN AFEZAN B YAHYA PENGHULU MUKIM PARIT JAWA APRIL 40 MUNJONG-BUBUR LAMBOK SEKOLAH/PIBG/AHLI PIBG APRIL 41 MAJLIS KHATAM QURAN DAN SUMBANGAN ASNAF/ANAK YATIM SUMBANGAN DARIPADA SEKOLAH, SYARIKAT KOPRAT DAN APRIL
- 15 - PERSEORANGAN 42 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH SARJAN YUSUF B SULAIMAN MERASMIKAN SEKOLAH/ PIBG/ BALAI POLIS PT JAWA MEI 43 MAJLIS SAMBUTAN ANAK YATIM DAERAH MUAR SEKOLAH/AHLI PIBG/ANAK YATIM SKPJ MEI LAPORAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN MURID-MURID AHLI PIBG SK PARIT JAWA BIL AKTIVITI SUKAN/ PERSATUAN PENCAPAIAN 1 SUKAN SEKOLAH ( SEMUA MURID) SEKOLAH 2 RENANG MSSD MUAR ACARA KUAK DADA MSSD / JOHAN MSSJ / SAGUHATI
- 16 - ACARA GAYA BEBAS 3 OLAHRAGA PPKI 100 M LONTAR PELURU L/P MSSD / JOHAN MSSJ/ 4 BOLA BALING LELAKI DAN PEREMPUAN MSSD SUKU AKHIR 5 BOLA JARING MSSD 6 BOLA SEPAK MSSD KEJOHANAN KOMUNITI (KG NELAYAN) 7 OLAHRAGA 100M,200M,RELAY 4KALI 100 RENTAS DESA MSSD 8 SEPAK TAKRAW MSSD / SUKU AKHIR 9 KURSUS KEPIMPINAN PUTERI ISLAM DAERAH 10 BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH / JOHAN NEGERI / KEDUA
- 17 - 11 MEMANAH LELAKI 12 DAERAH/ JOHAN NEGERI/ 12 STEM DECATHLON CHALLANGE NEGERI JOHOR 13 KUIZ KEMERDEKAAN DAERAH MUAR 14 STEM ONLINE QUIZ NEGERI JOHOR KEBANGSAAN 15 KEM BESTARI SOLAT SEMUA MURID SEKOLAH DAERAH 16 MAHRAJAN AL QURAN KHAT LELAKI/ PEREMPUAN DAERAH/ JOHAN NEGERI 17 STEM BRIDGE BUILDING DAERAH/ JOHAN NEGERI/ JOHAN KEBANGSAAN/ KETIGA 18 KARNIVAL SUKAN RAKYAT PUTERI ISLAM CEPER, LARI 3 KAKI DAERAH/ NAIB JOHAN 19 5000 LANGKAH DERAP SEJAVAS SEKOLAH
- 18 - 20 KEM SAINS ANJURAN UPM KEBANGSAAN 21 TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PENTAULIAHAN KOPERAL SEKOLAH DAERAH 22 PERTANDINGAN MEDIA SOSIAL SPBT MUAR TIKTOK SPBT SKPJ DAERAH/ JOHAN 23 ANUGERAH SEKOLAH RENDAH CEMERLANG BRIDGE BULDING 2023 PPD MUAR 24 ANUGERAH PASUKAN SEKOLAH RENDAH CEMERLANG STEM 2022 PPD MUAR 25 PENGELOLA BOLA BALING DAERAH MUAR PPD MUAR 26 ANUGERAH GURU INOVATIF LELAKI- EN SALLEH B HASANON PEREMPUAN- PN IRMAYATI BT ISMAIL PPD MUAR
- 19 - 27 INOVATIF PDP PRA SEKOLAH PN HAFIZAH BT AHMAD PPD MUAR/ JOHAN
- 20 -
- 21 - USUL YANG DIANGKAT, DITERIMA DAN DIPINDA 2023 - TIADA USUL -