Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI
30020 IPOH, PERAK.
LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2020
TAJUK:
KITAR SEMULA DI
TAMAN JATI, IPOH, PERAK
NAMA : ___________________________________________
TINGKATAN: 3 SIGMA
NAMA GURU: PUAN NURUL IZZAH BINTI PAHIM
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
JADUAL KERJA
TARIKH HARI PERKARA CATATAN
18 Nov RABU Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Geografi, Tingkatan 3 Ketua Panitia
menerusi Google Meet Guru Mata
20 Nov JUMAAT Perbincangan tentang : Pelajaran
- Tajuk Kajian Online
- Jadual kerja / pengagihan kerja
- Penghargaan (Whatsapp)
- Pendahuluan (60 MINIT)
- Objektif kajian
- Kawasan Kajian
- Penentuan Kaedah kajian
- Hasil Kerja Lapangan
- Rumusan
- Rujukan
- Sediakan lampiran
23 Nov ISNIN Murid menyediakan muka depan kerja lapangan. Di rumah
(PdPR)
24 Nov SELASA Murid menulis pendahuluan, penghargaan, objektif dan
kaedah kajian. (30 minit)
(PdPR)
(1 jam)
25 – 26 RABU - Murid Mencari dan mengumpul maklumat (PdPR)
Nov KHAMIS
(PdPR)
27 Nov JUMAAT - Menghuraikan konsep (2 jam)
2 Dis SELASA - Menghuraikan faktor yang mempengaruhi amalan (PdPR)
3 Dis RABU kitar semula di kawasan kajian (1 jam)
4 Dis KHAMIS (PdPR)
- Menghuraikan kesan amalan kitar semula di kawasan (30 minit)
5 Dis JUMAAT kajian. (PdPR)
(1 jam)
- Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi amalan
kitar semula di kawasan kajian.
- Membuat rumusan tentang tajuk kajian
Murid mengemaskini dan menghantar tugasan
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 M/S
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENDAHULUAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KAWASAN KAJIAN
5.0 KAEDAH KAJIAN
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep Kitar Semula
6.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
6.3 Kepentingan Kitar Semula
6.4 Masalah/ Halangan Terhadap Amalan Kitar Semula
6.5 Langkah Penyelesaian Masalah Amalan Kitar Semula
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
1.0 PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 3.
Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua Cemerlang SMK
Jati, Puan Julaila binti Yahya kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu
Puan Nurul Izzah binti Pahim kerana telah membantu saya dalam
penyediaan laporan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
iaitu ______[NAMA IBU/BAPA/PENJAGA]______ yang memberi
bantuan kewangan untuk menjayakan kerja lapangan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
memberikan kerjasama dan semua pihak yang terlibat dalam proses
menyiapkan kerja lapangan ini.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
2.0 PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang kitar semula di Taman Jati,
Ipoh, Perak.
Saya memilih kawasan kajian tersebut adalah kerana kawasan itu
berhampiran dengan rumah saya. Ini memudahkan saya untuk
membuat kajian ini.
Saya menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di Taman Jati
serta kepentingan amalan tersebut untuk dipraktikkan dalam
kehidupan seharian di kawasan tersebut.
Selain itu, saya juga menilai halangan dan permasalahan yang
dihadapi untuk melaksanakan amalan tersebut serta meberi
cadangan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan penduduk di kawasan kajian untuk mengamalkan kitar
semula.
Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah (Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah, PdPR) pada waktu pengajaran dan
pembelajaran Geografi selama dua minggu.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Jati, Ipoh, Perak,
bertujuan untuk:
3.1 Mengenal pasti konsep dan elemen kitar semula.
3.2 Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan
tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian di
kawasan kajian.
3.3 Mengkaji dan menghuraikan halangan dan permasalahan yang
dihadapi untuk melaksanakan amalan kitar semula dalam diri
penduduk di kawasan kajian.
3.4 Mencadangkan usaha yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk di
kawasan kajian untuk mengamalkan kitar semula.
3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah
pengangkutan awam di kawasan kajian.
3.6 Menghasilkan produk daripada barang kitar semula.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Taman Jati, Ipoh, Perak. Saya memilih
kawasan ini kerana jaraknya yang dekat iaitu hanya 2km dari rumah
dan sekolah saya. Taman ini berkeluasan kira-kira 50 hektar dan
mempunyai bilangan penduduk seramai kira-kira 900 orang.
Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai kaum dengan purata umur
40 tahun. Kawasan ini terletak berdekatan dengan institusi
pendidikan dan kawasan perniagaan.
Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah, iaitu kawasan
rata dan sesuai untuk membina pelbagai jenis petempatan seperti
rumah, bangunan kedai, sekolah dan masjid. Kawasan ini juga
merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kadar
pembuangan sisa pepejal dan sisa domestik yang tinggi.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
PETA KAWASAN KAJIAN
PETUNJUK:
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:
5.1 Pemerhatian
Dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar Taman Jati
untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti pandang darat
fizikal, pola petempatan dan masalah petempatan yang ada
disana.
5.2 Rujukan Internet
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui tentang
konsep dan elemen kitar semula. Saya merujuk beberapa laman
web untuk mendapatkan beberapa maklumat tambahan bagi
kajian saya.
5.3 Rujukan Bahan Bercetak –
Rujukan bahan bercetak seperti buku, majalah dan surat khabar
digunakan untuk mengetahui konsep dan elemen kitar semula.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep dan elemen Kitar Semula :
Kitar semula ialah kegiatan mengolah semula bahan buangan
untuk menghasilkan barangan yang baru, dalam kata lain proses
memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan
daripada sampah untuk diguna semula.
Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan
buangan moden dan tiga komponen bagi 3R ialah : Reduce
(Kurangkan), Reuse (Guna semula), Recycle (Kitar Semula).
Contohnya, barangan keluli yang tidak lagi terpakai seperti
kereta rosak, akan diambil kelulinya dan menjadi bahan mentah
untuk membuat kereta yang baru. Selain itu, sisa makanan atau
buangan organik lainnya dapat mereput menjadi baja organik
yang boleh digunakan untuk pertanian mahupun kegunaan
rumah tangga.
Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran,
mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
tenaga dan mengurangkan pengelauaran gas rumah hijau. Kitar
semula juga dapat menjimatkan penggunaan bahan mentah
baru.
Kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan yang
mesra alam dan dapat menjaga warisan generasi yang akan
datang di masa hadapan nanti.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
6.2 Jenis-jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula :
Terdapat pelbagai jenis bahan kitar semula yang terdapat di Taman
Jati. Antaranya terdiri daripada kertas, air, getah, plastik, dan tekstil.
Kertas dapat dikitar semula sama ada berwarna atau tanpa warna
seperti akhbar, majalah , buku−buku lama dan katalog. Air pula
seperti air basuhan beras digunakan untuk menyiram pokok. Botol
air plastik dan beg plastik merupakan bahan plastik yang juga boleh
digunakan semula. Getah pula seperti tayar digunakan untuk
tanaman, buaian dan pelampung. Tekstil pula didermakan dalam
bentuk pakaian kepada orang yang miskin, rumah orang tua dan
rumah anak yatim.
Masih terdapat dalam kalangan penduduk di Taman Jati yang
mengamalkan 3R di rumah mereka. Walaupun bukan dalam skala
yang besar, namun mereka tetap menyahut seruan kerajaan yang
ingin melahirkan rakyat yang cinta akan alam sekitar.
Antara amalan kitar semula yang banyak dilakukan di Taman Jati
ialah:
a. Mengitar semula barangan.
Penduduk Taman Jati akan mengitar semula barangan
mengikut warna tong kitar semula yang biasa dilihat di
tempat awam. Seterusnya, amalan menjual bahan kitar
semula juga diamalkan oleh penduduk kawasan kajian saya.
Antara bahan yang dikitar semula adalah botol plastik dan
akhbar akhbar lama. Wang akan diperoleh mengikut berat
bahan yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa mereka
amat bersyukur kerana dapat menikmati alam sekitar
anugerah Tuhan.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
b. Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok
Penduduk Taman Jati telah berganding bahu untuk
mendermakan pakaian dan barangan yang tidak digunakan
kepada beberapa pusat kebajikan yang kerap dating ke
kawasan ini . Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat
prihatin dan bersedia membantu sesiapa yang memerlukan
pertolongan.
c. Mengguna Semula Barangan
Komuniti Taman Jati juga mengamalkan amalan
menghasilkan bahan baru. Misalnya , botol − botol plastik
dijadikan sebagai pasu bunga kecil dan kraftangan yang lain
untuk menghiaskan rumah mereka. Selain itu , tayar − tayar
lama digunakan sebagai buaian , dan juga pelampung bagi
kanak − kanak. Penduduk taman ini mempunyai daya
kreativiti dan inovatif yang sangat tinggi. Hal ini membuktikan
bahawa penduduk di kawasan ini suka berjimat – cermat dan
selalu peka terhadap alam sekitar.
d. Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastik
Penduduk di Taman Jati juga mula menggunakan beg
mesra alam untuk menggantikan beg plastik ketika membeli
barangan di pasar raya. Ini dapat menjimatkan duit kerana
beg plastik akan dicaj dan mereka dapat menjaga alam
sekitar juga.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
1.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula di kawasan kajian :
Kepentingan amalan kitar semula di Taman Jati, Ipoh, Perak adalah
seperti yang berikut:
1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Apabila sisa pepejal dan sisa domestic dasingkan dan dilupuskan
dengan kaedah yang betul, persekitaran kawasan perumahan
tersebut akan menjadi lebih bersih. Penduduk akan hidup dengan
lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang berkualiti.
2. Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat megurangkan sampah di tempat
pelupusan kerana sisa akan diurus dengan sistematik. Jadi,
pencemaran bau dapat diatasi.
3. Menjamin bekalan sumber semula jadi
Sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar akan menjadikan
penduduk lebih mengambil berat mengenai kepentingan
memelihara dan memulihara sumber semula jadi, terutamanya
sumber hutan. Mereka juga sedar akan kesan yang akan berlaku
sekiranya sumber semula jadi tersebut tidak dijaga.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
6.4 Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula
Ketika menjalankan kerja lapangan ini, bebrapa masalah telah
dikenalpasti iaitu:
6.4.1 Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula
Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar semula
di sekitar Taman Jati, penduduk membuat keputusan untuk
tidak mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula di
rumah. Keadaan itu juga dalam masa yang sama tidak
mewujudkan kerjasama antara penduduk untuk mengamalkan
amalan ini.
6.4.2 Sikap negatif dalam diri individu
Melalui pemerhatian saya juga, sikap penduduk yang masih
berdegil dan tidak mahu menggunakan beg mesra alam ketika
membeli barang. Bagi mereka, perkara ini tidak penting kerana
lebih mudah menggunakan beg plastik.
6.4.3 Memilih untuk membakar atau membuang barangan
Penduduk juga lebih memilih jalan yang lebih mudah iaitu
membuang danmembakar barangan yang tidak digunakan
lagi. Disebab kan sudah terbiasa dengan amalan tersebut,
mereka tidak terfikir untuk mengguna atau mengitar semula
barang yang masih baik.
.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
6.5 Cadangan mengurangkan masalah amalan kitar semula di
kawasan kajian
a) Menyediakan pusat kitar semula
Dengan menyediakan pusat kitar semula di Taman Jati,
penduduk tidak perlu bersusah payah untuk membawa
barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula.
Selain itu, mengganti semua tong sampah dengan tong kitar
semula merupakan kaedah yang berkesan untuk memudahkan
orang mengamalkan amalan kitar semula. Jadi, semua
buangan yang boleh dikitar semula akan pergi ke pusat kitar
semula, dan bilangan sampah yang keluar setiap tahun akan
berkurang secara signifikan.
b) Mengadakan kempen kesedaran secara berkala
Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada
masyarakat dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar.
Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara-cara untuk
menjaga lama sekitar akan diterangkan supaya penduduk akan
lebih faham dengan amalan kitar semula. Maka, pihak kerajaan
dan bukan kerajaan perlu berganding bahu untuk memastikan
misi ini terlaksana.
c) Menjadikan amalan kitar semula sebagai aktiviti mingguan
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan
mengadakan amalan ini sebagai rutin mingguan. Dengan itu, ia
akan menjadi tabiat dan ikutan yang berterusan.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
7.0 RUMUSAN
Dalam kajian di Taman Jati ini, saya mendapati amalan kitar semula
merupakan salah satu kaedah mengurangi jumlah buangan dengan
memproses sampah dan membuatnya menjadi barangan yang
berguna semula. Amalan tersebut juga mudah dan praktikal kerana
kita hanya perlu menghantar barangan kita ke pusat pengumpulan
kitar semula yang terdekat, dan hampir semua barangan yang kita
buang adalah barang yang boleh dikitar semula.
Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangkan jumlah
sampah serta mencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan
dan menjaga alam. Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan
dan mesti diamalkan.
Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti
kemudahan yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran
masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula. Tetapi,
dengan kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat,
masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani dan kitar semula
dapat terus diamalkan.
Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian
ini, salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam
dengan mengamalkan 3R.
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
Ahmad Ridzuan Bin Abdul Rahman, Rajini Gauri
Muthusamy, Pau Anak Utek (2018). Geografi Tingkatan 3
Johor: IMS Books Trading Sdn. Bhd.
8.2 Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/kitar_semula.htm
• http://maps.google.com/
• http://geogarang.blogspot.com/2009/07/aneka-jenis-tong-
kitar-semula.html
• (PDF Document) Mohd Rashidi Mohd Nor, Recycle, Mei
2009
..CIKGU NURUL IZZAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
9.0 LAMPIRAN
Contoh tong kitar semula yang boleh menggantikan tong sampah biasa.
..CIKGU NURUL IZZAH