The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2019-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamidahserijengka, 2019-11-06 22:27:13

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2019-converted

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2019-converted

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI JENGKA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM
26500 MARAN PAHANG

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN 2019

Tarikh : 27 DISEMBER 2018 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Studio Persembahan, SMK Seri Jengka

Kehadiran : Pengetua
1. En Yahya bin Awang GPK Pentadbiran
2. Pn Hajah Monaliza binti Mohamed Yatim GPK HEM
3. En Ahmad Khusairi bin Hussin GPK Kokurikulum
4. Pn Norafidah binti Osman GPK Tingkatan 6
5. En Isa bin Kasim Guru Kanan MP Bahasa
6. Pn Hajah Jamilah binti Mat Rejab Guru Kanan MP Kemanusiaan
7. Pn Hajah Jamiah binti Haji Hussin Guru Kanan MP Teknik & Vokasional
8. En Muhammad Khir bin Zainun Guru Kanan MP Sains dan Matematik
9. Pn Rabiah binti Jusoh Kaunselor
10. Pn Zuraidah binti Wahid
11. Pn Nurizzati binti Ab. Wahab
12. Pn Julia Afiza binti Mat
13. YM Tengku Nor Idawati binti Raja Yunus
14. Pn Ruziah binti Harun
15. Pn Zurayani binti Ismail
16. En Ikbal Zahin bin Mohamed
17. En Nik Rosdi bin Draman @ Nik Man
18. Pn Wan Nashariah binti Wan Abdullah
19. Pn Aliza binti Abdullah
20. Pn Noor Mayuzie binti Yusoff
21. Cik Norhayati binti M. Deris
23. Pn Nor Fazira binti Ramli
24. Pn Nurul Huda Laily binti Zahri
24. Pn Putri Noor Idayu binti Robani
25. Pn Suryatihana binti Abdullah Sani
26. Pn Robieyah binti Abd Karim@Abd Malek
27. Pn Asma binti Musa
28. Pn Roha Yunus binti Abu Bakar
29. Pn Haslindawati binti Abdul Wahab
30. Pn Rohaya binti Mohd
31. Pn Nurul Fazlina Aira binti Norazman
32. En Suhairi bin Shafie
33. En Hamran bin Abdullah
34. En Jaslin bin Ghazali
35. Pn Nor Hafizah binti Abdul Rahim
36. Pn Noor Idayu binti Badaruddin
37. Pn Norhayati binti Mohammad
38. En Baharum Sham bin Shapien
39. Mat Din Bin Ibrahim
40. Pn Siti Esah binti Mohd Daud

41. Pn Siti Fairusmida binti Abd Wahab
42. Pn Hamidah binti Kassim
43. Pn Emmy Amira binti Ahmad
44. Pn Jawahir binti Jamid
45. Cik Serimah binti Awang Amat
46. Pn Nur Ain binti Kasim
47. Pn Zarina binti Hishamuddin
48. Pn Nurun Nadiah binti Jumbri
49. Pn Farah binti Hussin
50. Cik Rahayu binti Ismail
51. YM Tengku Musa bin Tengku Ismail
52. En Shamsul Nizam bin H. A. Rahman
53. En Mohd Sukri bin Mohamed Mokhtar
54. Pn Shamsariah binti Setapah
55. En Muhammad Idris bin Hj Derus
56. En Azwan bin Musah

Guru yang tidak hadir (bersebab):
1. Pn Hajah Hayati binti Hassan
2. Pn Nordiyana binti Zainol

AGENDA MESYUARAT

1.0 Aluan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi memulakan ucapan dengan kata alu-aluan dan mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru yang hadir dalam mesyuarat guru pada kali ini.

1.3 Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran guru baharu dan memperkenalkan barisan
pentadbiran kepada mereka.

1.4 Perhimpunan Rasmi – Perhimpunan rasmi akan diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari
Isnin, Rabu dan Jumaat. Semua guru wajib hadir ke perhimpunan. Jika guru tidak dapat hadir,
mereka perlu memaklumkan kepada pihak pentadbir. Guru-guru perlu hadir ke sekolah
sebelum pukul 7.30 pagi kecuali hari Isnin sebelum pukul 7.20 pagi. Guru yang bertugas, perlu
memastikan perhimpunan dimulakan dan ditamatkan pada masa yang telah ditetapkan. Guru
bertugas mingguan juga perlu memastikan pada hari Selasa dan Khamis, program sehari
selembar al-Quran diteruskan dan dimulakan pada pukul 7.20 pagi.
Tindakan : Semua Guru

1.5 Lawatan ke Luar Negara – Semua penjawat awam termasuk guru tidak dibenarkan ke luar
negara tanpa kebenaran dan perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya lima minggu
bagi mendapat kelulusan.
Tindakan : Semua Guru

1.6 Fail Rekod Mengajar – Semua guru diminta menyiapkan dan melengkapkan fail rekod
mengajar dan perlu dihantar ke pejabat pada hari akhir persekolahan.
Tindakan : Semua Guru

1.7 Pertukaran dan Kemasukan Guru – Seramai tiga orang guru berjaya dalam sesi pertukaran kali
ini dan sekolah ini telah menerima empat orang guru baharu.
Tindakan : Makluman Guru

1.8 Jamuan Kelas – Pelajar yang ingin mengadakan jamuan kelas perlu memaklumkan kepada
pihak pentadbiran bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul kelak.
Tindakan : Guru Kelas

1.9 Pakaian Guru – Guru-guru perlu berpakaian lengkap mengikut etika yang telah ditetapkan.
Tindakan : Semua Guru

2.0 Majalah Sekolah – Pengerusi mencadangkan harga bayaran majalah dinaikkan iaitu RM18.00.
Tindakan : Guru Kelas

2.1 Bayaran PIBG – Kutipan dana kecemerlangan dan sumbangan PIBG masih sama iaitu
RM250.00 dan guru-guru tidak dibenarkan mengutip duit sebelum memperoleh surat
kebenaran.
Tindakan : Guru Kelas

2.2 Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga – Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan
majlis ketika penyerahan keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga kepada pelajar.
Tindakan : Makluman Guru

2.3 Rayuan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 dan 4 – Borang rayuan boleh diambil di pejabat
sekolah dan perlu menghantar ke Pejabat Pendidikan Daerah.
Tindakan : Makluman Guru

2.4 Guru Ikon – Pihak sekolah telah melantik lima orang guru untuk dijadikan panduan bagi guru-
guru lain mengikut mata pelajaran tertentu. Guru-guru tersebut ialah Pn Rabiah binti Jusoh,
Pn Zarina binti Hishamuddin, Dr Ikbal Zahin bin Mohamed, YM Tengku Nor Idawati binti Raja
Yunus dan YM Tengku Musa bin Tengku Ismail.
Tindakan : Makluman Guru

2.5 Minggu Pertama dan Ketiga Dilarang Membuat Program – Sekolah dilarang melakukan
sebarang program yang melibatkan pelajar ketika minggu pertama dan ketiga bagi setiap
bulan bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul.
Tindakan : Makluman Guru

2.6 Speaker Corner - Setiap sekolah perlu menyediakan speaker corner untuk digunakan oleh
pelajar.
Tindakan : Makluman Guru

2.7 Solat Berjemaah – Pengerusi meminta semua guru untuk solat Zuhur berjemaah di surau.
Tindakan : Makluman Guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Dr Ikbal Zahin bin Mohamed mencadangkan Minit Mesyuarat Guru Kali Ketiga 2018 disahkan

dan disokong oleh En Muhamad Idris bin Hj Derus .
Tindakan: Makluman Guru

3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada

4.0 Ustazah Hajah Monaliza Binti Mohamed Yatim (GPK Pentadbiran - Pentadbiran)
4.1 Ustazah Hajah Monaliza Binti Mohamed Yatim mengucapkan terima kasih kepada semua guru

kerana hadir ke mesyuarat guru pada kali ini. Ribuan terima kasih juga diberikan kepada Pn
Nurul Fazlina Aira binti Norazman kerana telah menyiapkan jadual waktu guru dan kelas.

4.2 Jadual Waktu - Kelas Aliran Agama (KAA) terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3. Manakala
Kelas Rancangan Khas Tahfiz terdiri daripada kelas 1A1, 2A1, 3A1, 4SA dan 5SA. Waktu PdPc
bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 4.30 petang bagi kelas 4SA dan 5SA.

4.3 Pendaftaran Murid – Pendaftaran pelajar bagi tingkatan 2 hingga 6 adalah pada 2 Januari 2019
manakala tingkatan 1 adalah pada 3 Januari 2019.

4.4 Fail PdPc – Fail akan sampai ke sekolah pada 31 Disember 2019.
Tindakan : Makluman Guru

5.0 Ustazah Hajah Monaliza Binti Mohd Yatim (GPK Pentadbiran - Kurikulum)
5.1 Ustazah Hajah Monaliza Binti Mohd Yatim mengucapkan tahniah kepada mata pelajaran yang

telah mencapai peningkatan dalam PT3 2018. Mata pelajaran yang mengalami kejatuhan
adalah Matematik dan Bahasa Inggeris dimana terdapat calon yang gagal dalam subjek
tersebut.

5.2 Perbandingan GPS di mana pada tahun 2017 telah mencapai 1.95 dan tahun 2018 mengalami
kejatuhan iaitu 2.14. Ustazah Hajah Monaliza Binti Mohd Yatim menegaskan, walaupun
mengalami kejatuhan dalam GPS, tetapi terdapat seorang pelajar telah mencapai semua mata
pelajaran A, iaitu 8A.

5.3 Semua guru diingatkan bahawa keputusan PAT 2018 merupakan TOV bagi tahun 2019.

5.4 TOV calon SPM 2019 - seramai 15 orang pelajar gagal dalam mata pelajaran Sejarah dimana
peratus lulus bagi subjek ini ialah 78.57%. Program intervensi perlu dirancang dan dijalankan
oleh panitia Sejarah bagi mengatasi masalah pelajar yang gagal ini.

5.5 GPS TOV 2019 iaitu 5.14 adalah lebih baik berbanding TOV 2018 iaitu 5.28 walaupun peratus
gagal Sejarah lebih besar.

5.6 Calon pelajar cemerlang – Amir Razziq bin Mohd Fadzli (3A, 5A-), Aimi Najwa binti Abdullah
(3A, 4A-) dan Mia Nur Shazmelia binti Azman (1A+, 3A, 2A-).
Tindakan : Makluman Guru

5.7 Program kecemerlangan akademik – penyelaras tingkatan boleh memulakan perancangan
awal untuk menyusun slot kelas tambahan berfokus bagi pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 5. Kelas
tambahan boleh dijalankan selepas tamat pdpc .
Tindakan : Penyelaras Tingkatan

5.8 Peperiksaan dan penilaian - Setiausaha peperiksaan diminta untuk menyimpan semua
keputusan peperiksaan yang telah dicetak sebagai rujukan kelak. Fail pentaksiran bilik darjah
(PBD) juga perlu disediakan dan disimpan untuk mudah dirujuk.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan

5.9 Maklumat SEGAK – Penyelaras perlu menyimpan ‘hardcopy’ dan sentiasa memastikan data
lengkap untuk dua kali ‘key-in’ setahun.

5.10 Pusat sumber sekolah - Penyelaras bilik PSS, bilik tayang dan bilik studio perlu mewujudkan
jadual penggunaan bilik dan ditampal di luar bilik.
Tindakan : Penyelaras Bilik

5.11 Fail Rekod mengajar - Fail rekod mengajar yang lengkap perlu dihantar untuk semakan GPK
pentadbiran pada 11 Januari 2019.
Tindakan : Semua Guru

5.12 Perancangan strategik 2019 – Bermula 2019, semua guru akan menggunakan ‘One Page
Project Manager (OPPM)’, untuk membuat perancangan program sepanjang tahun. Pengerusi
membentangkan contoh OPPM di bawah pengetua dan bidang kurikulum. Matlamat OPPM
adalah untuk memastikan semua guru akan menyediakan sekurang-kurangnya minima 1
program di sekolah bergantung kepada jawatan yang dipegang. LADAP untuk OPPM akan
dijalankan pada 14 Januari 2019. Guru boleh mendapatkan tapak OPPM di telegram Esjay.
OPPM untuk unit HEM dan Kokurikulum akan dibentangkan oleh GPK terlibat. Semua guru
diminta untuk memastikan unsur-unsur KBAT diterapkan di dalam program-program yang
dirancang. Ini bagi memastikan pembudayaan KBAT dalam kalangan guru dan pelajar berlaku
secara menyeluruh dan sistematik.
Tindakan : Semua Guru

5.13 Pelajar 2019 – Guru-guru boleh mendapatkan senarai nama pelajar 2019 di dalam telegram
Esjay.
Tindakan : Makluman Guru

6.0 En Ahmad Khusairi bin Hussin (GPK Hal Ehwal Murid)
6.1 En Ahmad Khusairi bin Hussin dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir mesyuarat pada kali ini. Beliau berharap agar semua setiausaha dapat mengemaskini
dan melengkapkan fail unit masing-masing.

Tindakan : Setiausaha Unit

6.2 Pengurusan dan Perancangan Unit HEM-

6.2.1 Unit Bina Insan - Pn Norhafizah menyatakan amali haji dan amali pengurusan jenazah
tidak dapat dijalankan kerana kekangan peruntukan dari duit kluster. Selain itu, semua pelajar
perlu sentiasa diberi peringatan tentang solat berjamaah dan masalah pelajar perempuan
yang suka bercakap di dalam surau.

Tindakan : AJK Bina Insan

6.2.2 JK Badan Disiplin Sekolah - Jk ini diketuai oleh En Suhairi Bin Shafie menggantikan En Nik
Rosdi yang dilantik menjadi warden dan ia berkuat kuasa pada bulan Februari nanti. Manakala
setiausaha ialah Puan Ruziah Bt Harun. Beliau berharap agar perlu merangka program-

program untuk disiplin pelajar dan sentiasa memberi peringatan kepada pelajar tentang
peraturan sekolah yang mesti dipatuhi.

Tindakan : AJK Disiplin
6.2.3 JK Badan Pengawas - JK ini diketuai oleh Pn Nurul Huda Laili dan beliau berharap agar
guru pengawas sentiasa memberi peringatan kepada pengawas supaya sentiasa
bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan dan sentiasa menegur pelajar yang
melakukan kesalahan.

Tindakan : AJK Pengawas

6.2.4 JK Bimbingan dan Kaunseling - Beliau berharap jawatankuasa ini meneruskan program
yang telah dibuat pada tahun lepas dan berharap agar program pada tahun ini dapat berjalan
dengan lancar.

Tindakan : AJK Kaunseling

6.2.5 JK Pengurusan Asrama - Beliau menyatakan bahawa setiausaha warden yang baru
dilantik ialah Pn Emmy Amira dan beliau berharap agar dapat merancang aktiviti kepada
pelajar. Beliau juga menyatakan bahawa En Nik Rosdi dilantik menjadi warden bagi
menggantikan En Suhairi bermula bulan Februari nanti.

Tindakan : Semua warden

6.2.6 JK SPBT - Setiausaha SPBT masih kekal iaitu Pn Putri Nor Idayu dan dibantu oleh En
Baharum Sham. Beliau mengucapkan terima kasih kepada setiausaha yang telah menjalankan
tugas dengan baik dan berharap agar semua pelajar mendapat buku teks pada awal tahun ini.

Tindakan : AJK SPBT

6.2.7 JK Bantuan, Biasiswa dan Unit Kebajikan - Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn
Asma dan Pn Shamsariah selaku guru biasiswa yang menguruskan biasiswa dengan baik.
Beliau juga berharap agar unit kebajikan dapat mengenal pasti pelajar yang berpendapatan
3000 ke bawah untuk pemberian bantuan awal persekolahan..

Tindakan : AJK Biasiswa dan Unit Kebajikan

6.2.8 JK Kantin dan Jamuan Rasmi Sekolah - Beliau berharap agar keadaan kantin sentiasa
baik dan selesa . Makanan yang dijual kepada pelajar mestilah yang berkhasiat dan mengikut
piawaian kementerian kesihatan.

Tindakan : AJK Kantin Sekolah

6.2.9 JK Majalah dan Buletin Sekolah - Unit majalah dan buletin masih lagi setiausaha yang
lama iaitu Pn Robieyah dan Pn Nor Diana dilantik sebagai ajk majlah sekolah. Beliau berharap
agar setiap gambar yang dihantar ke telegram sekolah perlu ditulis aktiviti dan tarikh.

Tindakan : AJK Majalah

6.3 Taklimat Pendaftaran Pelajar Sesi 2019

6.3.1 GPK HEM menyatakan tentatif program, senarai jawatankuasa induk dan jawatankuasa
pelaksana majlis tersebut serta perincian tugas setiap AJK (seperti lampiran)

Tindakan : Semua guru

6.3.2 Beliau menyatakan bahawa pada tahun ini tidak perlu diadakan pemeriksaan barang dan
ajk pemeriksaan barang perlu membantu di bahagian yang lain.

6.3.3 Beliau juga menyatakan perlu diadakan kaunter PIBG bagi pelajar yang hendak
membayar yuran dan menjelaskan hutang pada tahun lepas.

6.3.4 Beliau juga menyatakan bahawa semasa pendaftaran guru kelas perlu mengagihkan
borang kesihatan untuk pelajar tingkatan 1 dan 3 serta perlu juga diagihkan borang SMM.

Tindakan : Guru kelas

7.0.Pn Norafidah binti Osman (GPK Kokurikulum)

7.1 Pn Norafidah binti Osman Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua
guru pada Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama tahun 2019. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih atas semua sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan semua program
kokurikulum, sukan dan koakademik sepanjang tahun 2018 yang melibatkan aktiviti di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan.

7.2 Bagi mengamalkan penjimatan pada tahun 2019, surat panggilan mesyuarat dalaman tidak
diedarkan kepada setiap guru tetapi untuk simpanan fail sahaja.
Tindakan : Makluman Guru

7.3 DASAR DAN KETETAPAN KOKURIKULUM

7.3.1 Pada tahun 2019, pelajar-pelajar telah dimaklumkan untuk memiliki baju unit uniform
lengkap dan juga tshirt aktiviti bagi unit masing-masing. Surat edaran untuk makluman
penjaga sudah diedarkan sebelum pelajar pulang bercuti akhir tahun.

7.3.2 Rekod dan pelaporan perjumpaan bagi setiap unit pada tahun ini akan menggunakan
buku pelaporan yang sudah dibeli oleh unit kokurikulum sekolah.

Tindakan : Makluman Guru

7.4 ANALISA DATA PAJSK 2018

7.4.1 GPS keseluruhan PAJSK bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 6 adalah 1. 66 dengan 135
orang pelajar memperoleh gred A dan 258 orang pelajar memperoleh gred B bagi PAJSK tahun
2018. Semua pelajar-pelajar Pra U 2 mendapat A untuk PAJSK. 59.42% pelajar tingkatan 5 dan
57.14% pelajar tingkatan 4 turut menyumbang kepada bilangan pelajar yang mendapat A.
Manakala, peratusan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 mendapat A adalah kurang daripada 20%.
Pengerusi berharap pada tahun 2019, nilai GPS PAJSK akan semakin baik dan pelajar-pelajar
tingkatan 1,2 dan 3 juga menjadi penyumbang bagi memperoleh gred A dengan adanya
program-program khas untuk mereka. Sasaran GPS PAJSK pada tahun 2019 adala 1.60.

7.4.2 Unit Kelab dan persatuan mencatatkan GPS keseluruhan terbaik iaitu 1.86 dengan
pencapaian seramai 78 pelajar memperoleh gred A bagi kelab dan persatuan. Unit sukan dan
permainan pula mencatatkan GPS 2.11 dengan 69 pelajar memperoleh gred A bagi sukan dan
permainan. Unit badan beruniform pula mencatatkan GPS sebanyak 2.17 dengan hanya 31
pelajar memperoleh gred A. Pengerusi berharap setiap penyelaras dapat merancang aktiviti
yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian setiap unit dengan kerjasama semua guru.
Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 juga perlu diberikan peluang untuk menyertai aktiviti yang
dijalankan supaya dapat meningkatkan markah kokurikulum mereka.

Tindakan : Semua Penyelaras & Guru

7.4.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam
proses melengkapkan data PAJSK secara atas talian. Seperti tahun 2018, bahagian SEGAK dalam
PAJSK akan diisi oleh guru PJPK dan bahagian PAJSK akan dilengkapkan oleh guru kelas masing-
masing.

Tindakan : Semua Guru PJPK & Guru Kelas

7.5 PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM 2019

7.5.1 Semua unit di bawah kokurikulum perlu mempunyai objektif dan matlamat masing-
masing. Objektif dan matlamatkan ini akan memudahkan pihak guru untuk merancang aktiviti
yang bersesuaian dan memasukkan elemen KBAT bagi meningkatkan prestasi kokurikulum
pelajar sekali gus melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

7.5.2 Pengerusi juga mengingatkan tentang aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan
ketika para guru menjalankan aktiviti bersama-sama pelajar. Pengerusi berharap tiada
kemalangan yang berlaku sepanjang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum samada di
dalam mahu pun luar kawasan sekolah. Para guru juga diingatkan untuk mengedarkan surat
kebenaran penjaga sebelum membawa keluar pelajar.

Tindakan : Semua Guru

7.5.3 Setiap penyelaras di bawah unit kokurikulum perlu menyediakan OPPM bagi unit masing-
masing bagi meningkatkan pencapaian kokurikulum di bawah unit masing-masing.

Tindakan : Semua Penyelaras

7.5.4 Guru penasihat perlulah memastikan buku PAJSK pelajar lengkap setiap kali perjumpaan
diadakan bagi mengelakkan kekalutan pada waktu pengisian data secara atas talian.

Tindakan : Semua guru

7.5.5 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Isnin minggu ketiga
setiap bulan. Perhimpunan ini akan dikendalikan oleh unit uniform yang bertugas. Pelajar dan
guru akan memakai pakaian unit uniform pada hari perhimpunan ini.

Tindakan : Semua guru

7.6 PELAKSANAAN KBAT DALAM KOKURIKULUM MELALUI 1 MURID 1 PROJEK

7.6.1 Pelaksanaan 1 MURID 1 PROJEK masih diteruskan untuk tahun 2019 bagi setiap unit
sebagai kesinambungan program pada tahun 2018.

7.6.2 Guru perlu memaksimumkan penglibatan pelajar dalam mengendalikan aktiviti semasa
perjumpaan kokurikulum. Guru hanya sebagai fasilitator sahaja bagi melahirkan para pelajar
yang dapat berdaya saing dan menjadi pemimpin di masa hadapan. Para pelajar juga perlu
diberi peluang untuk menonjolkan bakat dan kreativiti yang mereka miliki.

Tindakan : Semua Guru

7.7 SENARAI TUGAS 2019

7.7.1 Pengerusi meminta para guru bagi menyemak pembahagian tugas yang telah dilakukan
melalui paparan Buku Pengurusan Sekolah tahun 2019.

7.7.2 Beberapa perubahan yang telah dipersetujui telah dilakukan. Semua perubahan ini akan
dibaiki di dalam Buku Pengurusan Sekolah tahun 2019 nanti.

7.7.3 Perubahan-perubahan yang dilakukan adalah:
- Pn Nordiyana akan menyertai Rumah Bendahara, Kelab Bola Baling dan Pengakap.
- Encik Mat Din akan menyertai rumah Syahbandar, Pengakap, Kelab Doktor Muda dan dilantik
menjadi ketua penasihat Kelab Bola Sepak.
- Puan Hajah Hayati dan En Hamran adalah bersama unit Kadet Polis.
- Puan Wan Nashariah akan dimasukkan bersama Kelab Tunas Niaga (Protune)
- Pn Norfazira akan bersama-sama menjadi guru penasihat Kelab Pengguna.

7.7.4 Kelab Doktor Muda adalah kelab baru yang ditubuhkan di SMK Seri Jengka dan pemilihan
sekolah kita adalah dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Maran

Tindakan : Semua Guru

7.8 KOPERASI

7.8.1 Pada tahun 2019, pihak sekolah telah bersetuju untuk menggunakan baju batik baru yang
sudah disediakan oleh pihak koperasi dan masih mengekalkan warna ungu sebagai warna latar.

7.8.2 Tshirt riadah pelajar akan ditukar kepada kain jenis microfibre.

7.9 PROGRAM SEPANJANG JANUARI – MAC

7.9.1 Minggu ke-2 persekolah adalah merupakan minggu mesyuarat agong bagi setiap unit dan
juga latihan bagi Larian Seri. Larian Seri akan diadakan pada 16 Januari 2019.

7.9.2 Antara program-program peningkatan yang telah dirancang adalah:
1) Larian Seri
2) Kejohanan Olahraga Tahunan
3) Smart Leader’s Camp
4) Sukantara

7.9.3 Kategori Khas untuk pelajar Berisiko Berat Berlebihan dan Berat Berlebihan dalam Larian
Seri dan Kejohanan Olahraga Tahunan masih lagi diteruskan seperti tahun 2018. Ini adalah
salah satu usaha bagi memastikan pelajar-pelajar ini turut menyertai aktiviti sukan yang
dijalankan.

7.9.4 Smart Leader’s Camp akan dijalankan pada minggu ke-3 bulan Februari selepas cuti Tahun
Baru Cina dengan kerjasama pihak UiTM Jengka.

Tindakan : Semua Guru

8.0 En Isa bin Kasim (GPK Tingkatan 6)
8.1 Ucapan dimulakan dengan kata alu-aluan dan memaklumkan beberapa perkara berkaitan

tingkatan 6.

8.2 En Isa bin Kasim memaklumkan guru-guru dan pelajar tingkatan 6 masih sama.

8.3 Pusat Tingkatan 6 di Pahang ialah di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Sekolah Abu
Bakar dan Sekolah Menengah Astana.

8.4 Perancangan aktiviti Tingkatan 6:-
1) Pameran Seni Visual (977/3) – Oktober
2) Pendidikan Luar Sains Sukan, Perkhemahan di Cameron Higlands – September
3) Lawatan sambil belajar ke Hatyai – Ogos
4) Bengkel/Seminar Menjawab Soalan – Seni Visual & Geografi ( Oktober)
- Bahasa Melayu (April)
5) Pendaftaran Pra U1 – Mei
6) Annuar Dinner di Zenith Hotel – Oktober
7) Peperiksaan :
STPM – Sem 2 (Mei)
- Sem 3/ Semester 1, Ulangan Sem 1 & Sem 2 (4/11/2019- 27/11/2019)
MUET – Sesi 2 (28/6/2019)
- Sesi 3 (02/11/2019)

9.0 Hal-hal lain
9.1 En Jaslin menyatakan terdapat kesilapan pada ejaan nama GPK Hem di buku pengurusan muka

surat 18.
Tindakan: GPK Pentadbiran

9.2 En Hamran meminta agar pekerja swasta mengelakkan memesin rumput ketika waktu PdPc
berlangsung dan dapat memastikan rumput di padang sekolah sentiasa dalam keadaan pendek.
En Hamran turut meminta agar tarikh mesyuarat Agung Rumah Sukan dan Latihan Larian Seri
diawalkan ke 7hb Januari 2019.
Tindakan: GPK Kokurikulum

9.3 YM Tengku Musa meminta agar tumpuan dapat diberikan pada mata pelajaran-mata pelajaran
yang mempunyai TOV yang rendah agar fasa pemulihan dapat dijalankan oleh panitia.
Tindakan: GPK Pentadbiran

9.4 Pn Zarina mencadangkan agar program kecemerlangan didahulukan dengan mata pelajaran-
mata pelajaran dengan TOV yang rendah.

9.5 Puan Hajah Monaliza berharap setiausaha kurikulum dapat menjemput tenaga pakar dari
sekolah lain bagi membantu matapelajaran yang memerlukan pemulihan seperti matematik.
Tindakan: Setiausaha Kurikulum

9.6 Puan Hajah Monaliza memaklumkan guru-guru perlu sentiasa menerapkan KBAT di dalam tiga
elemen utama iaitu Kurikulum, Pentaksiran dan Pedagogi serta empat elemen sokongan
Kokurikulum, Sokongan Komuniti dan Swasta, Sumber dan Bina Upaya. Kesemua elemen ini
adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid.
Pemahaman guru tentang pernyataan KBAT dalam kurikulum hendaklah jelas bagi
membolehkan segala aktiviti PdPc dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah termasuk aktiviti kokurikulum.
Tindakan: Semua Guru

9.7 Dr Iqbal meminta mana-mana guru yang ingin menyertai NUTP dapat menyerahkan borang
NUTP. Banyak kelebihan guru-guru dapat perolehi dengan menyertai persatuan ini.

Tindakan: Semua Guru

9.8 En Shamsul Nizam memohon agar guru kelas menyemak pelajar yang telah berpindah sekolah
dan memaklumkan agar pelajar tersebut dapat dikeluarkan daripada APDM. Borang APDM bagi
pendaftaran pelajar tingkatan 1 telah dicetak. Guru kelas diminta agar mengedarkan borang
tersebut kepada semua pelajar untuk dilengkapkan. Semua guru kelas diminta agar
mengumpulkan borang APDM yang baru agar pengemaskinian data APDM dapat dilakukan.
Data APDM yang lengkap perlu dihantar ke JPN sebelum 15 Januari.
Tindakan: Guru Kelas

9.10 En Ahmad Khusairi memohon agar semua guru kelas peka terhadap pengisian dan sebarang
pembetulan pada borang APDM yang perlu dihantar ke JPN sebelum 15 Januari.
Tindakan: Guru Kelas

9.11 En Muhammad Idris memaklumkan bahawa bilik Galeri telah dimasuki air akibat longkang yang
tersumbat dan ini membimbangkan kerana kedudukan plak yang terletak dibahagian bawah
dinding. Memohon tindakan daripada pihak sekolah agar pembersihan dapat dilakukan ketika
program gotong royong perdana. En Muhammad Idris juga memohon kerjasama semua guru
matapelajaran agar memberi laluan untuk pelajar 5SA bagi persediaan peperiksaan KKQ.
Tindakan: Makluman Guru

10.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi meminta semua guru di SMK Seri Jengka dapat menjalankan tanggungjawab dalam
mendidik para pelajar supaya dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang
kurikulum ataupun kokurikulum. Mesyuarat diakhiri dengan salam dan ditangguhkan pada pukul
1.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

------------------------------------------ ----------------------------------------------------
(PN NURIZZATI BINTI AB. WAHAB) (PN MONALIZA BINTI MOHAMED YATIM)
Setiausaha, GPK Pentadbiran,
Mesyuarat Guru SMK Seri Jengka


Click to View FlipBook Version