JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR, PERLIS PAKK1142 ORAL COMMUNICATION IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION Nama : NURUL IMAN BINTI MHD ZAIN No. K/P : 040611-10-0892 Angka Giliran : 2022232310175 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Nama Pensyarah : DR. ERNIE BINTI ADNAN Tarikh Hantar : 27 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Nurul iman Tarikh : 27 Februari 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Penghargaan Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dilimpahkan kekuatan untuk menyiapkan Pentaksiran Berterusan PAKK1094 dengan penuh jayanya.Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah subjek Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak yang saya hormati , Encik Abdul Ghani bin Abdul Hamid kerana memberikan sepenuhnya tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu , saya juga mengungkapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu-bapa saya yang membantu saya untuk menyempurnakan tugasan ini.Mereka telah memberikan sokongan moral kepada saya setiap masa. Seterusnya , tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Mereka banyak berkongsi idea dan pendapat mereka.Mereka sentiasa menjawab segala persoalan yang saya utarakan kepada mereka disamping mereka menambahbaik ayat yang saya telah lakukan. Akhir sekali , saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.Terima kasih. ……………………………………… (NURUL IMAN BINTI MHD ZAIN) P22232758 i
Kandungan Halaman Penghargaan i Kandungan ii 1.0 Pengenalan 1 2.0 Banding beza kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di Taska dan Tadika yang diguna pakai pada masa kini 2.1 Persamaan 2.1.1 Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 2 2.2 Perbezaan 2.2.1 Modul pembelajaran. 3 2.2.2 Pentaksiran atau penilaian terhadap perkembangan. 4 2.2.3 Matlamat Kurikulum. 5 3.0 Rumusan 6 Rujukan Ii
1.0 Pengenalan Apa yang dimaksudkan dengan kurikulum ? Bagaimana wujudnya perkataan kurikulum ? Istilah “kurikulum” ini tidak memiliki takrifan yang khusus. Menurut Tanner (1980) menakrifkan kurikulum sebagai “pengalaman pembelajaran yang terancang dan berpandu serta hasil pembelajaran yang dimaksudkan , yang dirangka melalui penyusunan semula maklumat dan pengalaman secara sistematik para pelajar oleh pihak sekolah bagi perkembangan pendidikan awal kanak-kanak bermula sejak tahun 1940-an. Kurikulum yang digunakan kepada kanak-kanak di taska adalah Kurikulum Permata manakala murid yang diajar di prasekolah berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum Permata mula diguna pakai seluruh negara di semua PAPN , KEMAS , JPNIN , Taska di tempat kerja , taska komuniti dan taska keluarga YKPT. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pula mula dikenali pada tahun 1950 dan berkembang pesat pada tahun 1990 dan melakukan penambahbaikan pada tahun 1994.Konsep pendidikan awal kanak-kanak terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama bermula 0 hingga 3 tahun dan peringkat kedua bermula 3 hingga 6 tahun. 1
2.0 Banding beza kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di Taska dan Tadika yang diguna pakai pada masa kini 2.1 Persamaan 2.1.1 Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang diguna pakai di taska (PERMATA) dan di prasekolah (KSPK) ingin mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Gabungan setiap item tersebut mampu menghasilkan modal insan yang diingini oleh negara Malaysia. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah ..”.Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti begitu sahaja (Norfaezah et.al). FPK telah menjadi medium merealisasikan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa dan memenuhi aspirasi negara. Tambahan lagi , salah satu daripada strategi pembelajaran dan pemudah cara (PdPC) PERMATA dan KSPK adalah belajar melalui bermain dimana bermain telah menjadi fitrah bagi seorang kanak-kanak. Oleh itu , dapat disimpulkan bahawa PERMATA dan KSPK ini ingin mencapai matlamat FPK yang sama iaitu melahirkan generasi yang mempunyai modal insan yang tinggi. 2
2.2 Perbezaan 2.2.1 Modul Pembelajaran Kurikulum PERMATA menggunakan modul berdasarkan peringkat umur yang terbahagi kepada enam modul. Modul 1 adalah peringkat umur 0 hingga 6 bulan. Contoh pembelajaran seperti membaca buku untuk bayi , memperdengarkan pelbagai bunyi dan memberi permainan dan meminta bayi untuk memegangnya. Modul 2 bagi peringkat umur 6 hingga 12 bulan. Contoh pembelajaran seperti bermain belon , mendengar lagu dan menyanyi lagu. Modul 3 bagi peringkat umur 1 hingga 2 tahun dimana contoh pembelajarannya seperti mencuci tangan , melakar dan mengenal emosi. Modul 4 bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun. Contoh pembelajaran seperti memperkenal ahli keluarga dan mencari bahan tersembunyi. Modul 5 bagi peringkat umur 3 hingga 4 tahun. Contoh pembelajaran seperti mengenali bentuk serta bacaan awal. Modul yang terakhir , modul 6 iaitu penggayaan untuk kanak-kanak 4+ tahun dimana contoh pembelajaran seperti gunting dan tampal serta membuat projek bersesuaian. (USM , 2020). Manakala KSPK menggunakan modul asas dan modul bertema. Modul asas merangkumi Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Bahasa Cina (untuk prasekolah yang mengambil aliran bahasa cina) , Bahasa Tami (untuk prasekolah yang mengambil aliran bahasa tamil) , Pendidikan Islam , Pendidikan Moral , Matematik dan Permainan Luar. Modul bertema pula ialah menyepadukan semua tunjuang dalam kurikulum prasekolah. Modul ini perlu mengikut keperluan murid , keperluan setempat dan keperluan semasa (Wawa ,2017). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa modul pembelajaran yang digunakan oleh kurikulum Permata dan KSPK tidak mempunyai kesinambungan kerana masing-masing memberi fokus kepada objektif sebenar kurikulum. 3
2.2.2 Pentaksiran atau penilaian terhadap perkembangan. Kurikulum Permata melakaukan penaksiran kepada kanak-kanak melalui pemerhatian , dan bukan secara ujian atau peperiksaan. Penaksiran ini dilakukan secara berterusan serta dinamakan sebagai penaksiran autentik. Penaksiran ini bertujuan bagi mengetahui kemajuan perkembangan kanak-kanak serta membantu pendidik dan ibubapa merancang intervensi yang sesuai untuk bantu atau memperkaya lagi pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Manakala bagi KSPK , guru yang bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat yang tentang perkembangan murid. Ia dilakukan secara formatif dan sumatif (semester 1 tahun). Tujuan proses ini dilakukan bagi mengesan pertumbuhan dan perkembangan , mengenal pasti kecerdasan dan potensi , mengenal pasti kelebihan dan kekurangan serta memberi maklum balas kepada murid , ibubapa dan pentadbir sekolah tentang perkembangan dan pembelajaran murid dalam semua aspek KSPK. Proses ini juga sangat membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan. Oleh itu , dapat disimpulkan bahawa penilaian atau pentaksiran terhadap perkembangan kanak-kanak atau murid tidak mempunyai kesinambungan antara kurikulum Permata dan KSPK. 4
2.2.3 Matlamat setiap kurikulum. Bagi Matlamat Kurikulum Permata , ia menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak bagi dapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti bagi melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia , kerohanian yang mantap , kecerdasan intelek yang tinggi , menghargai kepelbagaian budaya , patriotic dan mengamalkan gaya hidup sihat (Jabatan Perdana Menteri , 2013). Manakala , matlamat KSPK bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani , emosi , rohani , intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menghiburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan , kreatif dan bermakna. Ia dapat meningkatkan kemahiran , menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (Kementerian Pendidikan Malaysia , 2017). Oleh itu , dapat disimpulkan bahawa matlamat bagi Permata dan KSPK ini tidak mempunyai kesinambungan antara tujuannya. 5
3.0 Rumusan Kurikulum yang tersedia ini untuk membina perkaitan antara bidang perkembangan kanak-kanak. Kurikulum ini juga bagi memberi kesediaan kepada kanak-kanak atau murid tidak terkejut dengan transisi yang berlaku. Kerjasama yang kuat dan erat antara guru dan ibubapa amat penting bagi membuat persediaan kepada mereka. Penerapan nilai-nilai yang baik kepada kanak-kanak dan murid juga harus dititikberatkan kerana ia akan dibawa sehingga mereka masuk kea lam persekolahan kelak. Modul pembelajaran yang terancang dan tersusun juga menjadi pemudahcara bagi menilai tahap perkembangan kanak-kanak atau murid sebelum melaporkan diri kea lam persekolahan. Kesimpulannya , penggunaan keudadua kurikulum ini sebagai panduan kepada guru amat penting supaya kanak-kanak atau murid berkembang secara saksama dari aspek jasmani , emosi , rohani , intelek dan sosial (JERIS). 6
Rujukan Kurikulum Permata Negara. (2013). Bahagian pendidikan awal kanak-kanak (PERMATA). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2017). Bahagian pembangunan kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia. Nur Amalina Md Nasir. (n.d). Banding beza permata , kspk dan kssr. Scribd. https://www.scribd.com/document/388832518/Banding-beza-Permata-Kspk-Kssr# Tengku Batrisya. (n.d). Kurikulum Permata dan KSPK. Anyflip. https://anyflip.com/cvwns/tmyb/basic Wawa81. (n.d). Pendidikan awal kanak-kanak (PAM1203). https://pdfslide.tips/documents/assigment-kurikulumdocx.html?page=1