The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by soniavivian1004, 2021-10-01 08:51:29

Folio Kerjaya Digital

Folio Kerjaya Digital

Folio kerjaya tentang arkitek

Nama penuh:Sonia Vivian Rua AK Gabriel
Kelas:4PKA3

Pengenalan tentang diri saya

• Diberi nama Sonia Vivian Rua ak Gabriel
• Berumur 16 tahun
• Mempunyai 3 adik-beradik dan saya merupakan anak sulung
• Lahir pada 10 April 2005
• Lahir di Hospital Umum Sarawak
• Kini tinggal di Taman Samarindah
• Bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat,Kuching
• Memilih bidang Pengajian Kejuruteraan Awam
• Bercita-cita untuk menjadi seorang Arikitek Landskap yang berjaya

Pengenalan tentang kerjaya arkitek landskap

• Senibina Landskap(Landscape Architecture) adalah satu profesion yang
diiktiraf sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk
persekitaran luaran,pembinaannya serta kerja-kerja berkaitan.

• Ini untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi
dan kegunaan sesuatu kawasan.

• Ia menitikberatkan rekabentuk persekitaran alam yang melibatkan kerja-kerja
seperti analisis setempat,perancangan dan pemilihan tapak untuk
pembangunan sesuatu projek.

Pengenalan tentang kerjaya arkitek landskap

• Satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan seni
• Ia adalah satu profesion yang menekankan pertalian di antara alam binaan

dan alam tabie dengan mengambil kira kedua-duanya dalam konteks
kehidupan manusia sejagat.
• Rekabentuk landskap boleh ditakrifkan sebagai seni dan sains
mengubahsuai kawasan pesekitaran dengan mengatur dan mengambil kira
unsur-unsur semulajadi,tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan
estatik dan teknik yang menyeluruh.

Maklumat-maklumat tentang kerjaya arkitek
landskap

• Akta Perancangan Bandar dan Desa,1995 (pindaan),telah menekan tentang
pentingnya peranan yang akan dimainkan oleh bidang landskap dalam
proses pemajuan

• Terdapat satu jabatan yang baru sahaja ditubuhkan iaitu Jabatan Landskap
Negara.

• Pembangunan landskap di Malaysia berkembang dengan kadar yang begitu
cepat sekali.

• Tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama iaitu
Kajian Perancangan Pelan Induk,Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan
Struktur,Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap
spesifik.

Malumat-maklumat tentang kerjaya arkitek landskap

1. Perancangan Pelan Induk

• Arkitek Landskap bersama-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain
bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan
pelan induk

• Ia berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber
landskap sedia ada

• Menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan
induk landskap,kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan
landskap yang mengambil kira perancangan keseluruhan pembangunan.

2. Kajian Pelan Tempatan dan Struktur

• Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar,salah satu aspek kajian ialah
landskap dan kawasan persekitarannya.

Maklumat-maklumat tentang kerjaya arkitek
landskap

• Sumber-sumber landskap sedia ada dan panduan pembangunan landskap
akan digunapakai oleh Kerajaan Tempatan

• Projek-projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti akan
dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan

3. Kajian keberkesanan Alam Sekitar (EIA)

• Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya
semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap baru.

• Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan satu pelan pembangunan
landskap yang menyeluruh perlu disediakan

• Ia akan membantu untuk mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar
yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek.

Maklumat-maklumat tentang kerjaya arkitek
landskap

4. Projek-projek Landskap Spesifik
• Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang

dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti:
i. perumahan/kondominium
ii. pejabat/perindustrian/kompleks
iii. pinggir sungai,tasik,laut/empangan
iv. perdagangan
v. taman bandar/zoo/pertanian
vi. kawasan peranginan/peloncongan
vii. padang golf/kelab golf

Maklumat-maklumat tentang kerjaya arkitek
landskap

• Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap
lembut dan kejur.

Tugas-tugas umum arkitek landskap

a. Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan
projek,kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan.

b. Menyedia pelan atur dan menentukan ciri-ciri senibina luar,memilih bahan-
bahan dan menyediakan pelan hiasan

c. Menyelaras rekabentuk struktur,mekanikal dan elektrik.Menyediakan pelan
dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk
mematuhi undag Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) serta mendapatkan
kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT

Maklumat-maklumat tentang kerjaya arkitek
landskap

d. Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi,kemajuan kerja
mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan.

e. Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti
bekalan air,elektrik,telefon dan sebagainya.

Syarat Kelayakan Arkitek Landskap

• Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun
• Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan

daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf

Maklumat-maklumat tentang kerjaya arkitek
landskap

Gaji Arkitek landskap
• Untuk gaji Arkitek Landskap Gred J41 sekitar RM 2529 sehingga RM 9643
• Manakala untuk kadar kenaikan gaji setahun adalah berjumlah RM 225

Tokoh dan Sumber inspirasi kerjaya arkitek landskap

1. Tokoh

a) Lancelot 'Capability' Brown(1716-1783)
• Merupakan arkitek landskap yang paling dikagumi
• Antara idea beliau ialah Temple Newsam di Yorkkshire,Petworth di West

Sussex dan Compton Verney di Warwickshire
• Beliau cuba 'melenyapkan' taman formal sebaliknya mewujudkan landskap

taman semula jadi hingga kemudian menjadi ikon orang inggeris

b) Frederick Law Olmsted(1822-1903)
• Merupakan 'Bapa' pengasas profesion seni bina landskap

Tokoh dan Sumber inspirasi kerjaya arkitek landskap

• Beliau cuba mencipta taman unik di bandar besar dan berusaha sedaya
upaya untuk mengurangkan kesan perindustrian serta urbanisasi

• Pada masa yang sama beliau turut terkenal dalam kempen untuk memlihara
landskap kesan dari pembangunan.

2. Sumber inspirasi

a) Instagram: arch_more
• Saya suka melihat rekabentuk dan lukisan kejuruteraan yang ada di

instagram tersebut.
• Ia membuat saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih mendalam

tentang kejuruteraan awam

Tokoh dan Sumber inspirasi kerjaya arikitek landskap

b) Instagram: landscapedesignpros
• Saya menjadi tertarik untuk mengetahui tentang rekabentuk landskap

selepas melihat keindahan dan kekretifan seseorang itu untuk mencantikkan
sesuatu ruang

c) Youtube: VKS HOME DECOR
• Di dalam channel youtube ini terdapat banyak video tentang landskap yang

cantik serta moden
• Saya suka menyaksikan video-videonya kerana ia dapat memberi saya

banyak inspirasi kepada diri saya.

Harapan dan impian saya

Harapan saya ialah saya dapat menyambung pengajian saya sampai ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
ataupun di Taylor's University.Selepas saya habis melanjutkan pelajaran saya
selama 2 atau 3 tahun di universiti,saya akan terus mengejar impian saya untuk
menjadi seorang arkitek yang berjaya.


Click to View FlipBook Version