The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shen NI Lee, 2023-06-29 09:24:57

SHE101

SHE101

KESAN GLOBALISASI TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SHE 101 - HUBUNGAN E TNIK PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMAS YARAKATAN DISEDIAKAN OLEH : 1. KOO WENG HEI (165117) 2. LEE SHEN NI (157420) 3. MUNAWWARAH (165287) 4. IZAZ NASRIN (162519) 5. HAMZATUL NASYWA BINTI HALIM (154960) NAMA PENYELIA : DR .MOHD KHAIRUDDIN MOHAD SALLEHUDDIN KUMPULAN 11 Scan To View As Digital Book Version !


PENGENALAN METODOLOGI KAJIAN KONSEP ATAU TEORI SUB TOPIK KESIMPULAN ISI KANDUNGAN DALAM KAJIAN INI, KUMPULAN KAMI MENGKAJI TOPIK GLOBALISASI DAN KESAN-KESAN GLOBALISASI TERHADAP HUBUGAN ETNIK DI MALAYSIA. KUMPULAN 11 SHE 101 1. 5. 3. 2. 4.


AHLI KUMPULAN MUNAWWARAH TAHUN SATU, MAJOR ANTROPOLOGI SOSIOLOGI IZAZ NASRIN BINTI MAZLI TAHUN SATU, MAJOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN LEE SHEN NI TAHUN DUA, MAJOR EKONOMI [email protected] [email protected] KOO WENG HEI TAHUN SATU, MAJOR EKONOMI [email protected] HAMZATUL NASYWA BINTI HALIM TAHUN TIGA, MAJOR ANTROPOLOGI SOSIOLOGI [email protected] [email protected]


PENGENALAN Globalisasi dikatakan suatu fenomena sedunia yang muncul hasil percantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi,politik, budaya dan ideologi sesuatu negara menembusi sempadan negara lain. Globalisasi juga merupakan suatu fenomena pelbagai dimensi meliputi aspek ekonomi,politik, budaya dan ideologi (Waters, 1995; Mittelman 1996). Sebagai fenomena pelbagai dimensi, globalisasi sama ada secara perlahan atau revolusi telah membawa perubahan ke atas kehidupan masyarakat plural di negara ini. Globalisasi juga dapat ditinjau menerusi makna yang lebih luas dengan melihatnya daripada proses penerusan penjajahan barat ke atas dunia terutama dunia Asia. Lantaran itu, ada sarjana yang melihatnya tidak lain daripada proses kolonialisasi (Omar Jah, 2001). Globalisasi mempunyai hubungan dengan pembangunan sejarah kapitalisme Eropah yang cuba untuk menakluki seluruh dunia dan membawanya berada di bawah satu sistem ideologi politik yang dinamakan kapitalisme atau nasionalisme fascisme. Proses globalisasi ini dapat dikesan semenjak daripada abad ke-15, iaitu zaman kolonial Eropah mula mengembangkan kuasanya di pelbagai tempat di dunia yang dimulai oleh Sepanyol/Portugal yang berusaha untuk mengKristiankan orang luar yang tidak bertamadun. Kemudian terdapat pula kolonial British, Perancis dan Belanda yang mendakwa hendak mentamadunkan masyarakat yang dianggap belum atau tidak bertamadun yang digelar juga sebagai masyarakat primitif di Asia, Afrika dan TimurTengah. Globalisasi merujuk kepada satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. 1.0


Metodologi ialah kaedah digunakan untuk mengutip dan mengumpul data melalui tatacara efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Menurut Sulaiman Masri (2005), pengumpulan data merupakan proses pengumpulan pemboleh ubah dan penyelidik akan menentukan prosedur, teknik serta aspek pengumpulan data yang sesuai dengan kajiannya. Kaedah pengumpulan data yang sesuai sangat perlu bagi memastikan data yang diperoleh tepat dan sesuai dengan tujuan kajian dilakukan. Metodologi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu proses perancangan, proses aplikasi dan proses analisis. Penyelidik perlu merancang rangka kerja metodologi sebelum menjalankan pengumpulan data kajian.Bagi mencapai objektif atau hipotesis kajian, proses perancangan, proses aplikasi dan proses analisis wajib diutamakan dalam proses mengutip dan mengumpul data. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian teks. Menurut Mohd Shaffie (1991), kajian kepustakaan merupakan kaedah yang digunakan oleh seseorang penyelidik atau penulis untuk mendapat data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod-rekod yang sedia ada. Langkah ini membolehkan pengumpulan data yang bersifat sekunder dapat dilakukan bagi menyokong dapatan kajian. Pengkaji akan mendapatkan maklumat berkenaan kosa ilmu yang berkaitan dengan kesan globalisasi terhadap hubungan etnik di Malaysia. Pengkaji memperoleh maklumat berkenaan kosa ilmu melalui buku-buku, latihan ilmiah, tesis, laporan, serta turut memanfaatkan kemudahan jurnal atas talian yang dibekalkan dalam sistem atas talian oleh pihak universiti dan sebagainya. Tegasnya,perancangan reka bentuk metodologi yang rapi akan mempercepatkan dan melancarkan proses mengutip data, menganalisis data, mengolah data, mempamerkan laporan dan menjadi perintis kepada penyelesaian masalah masyarakat. Kaedah Pengumpulan Data 2.0 METODOLOGI KAJIAN


KONSEP ATAU TEORI Globalisasi dimakna sebagai proses yg membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya akan disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi. Kita lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar. Kesan pertama ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia yang dapat mengglobalisasikan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya ke peringkat global. Matlamat seterusnya adalah untuk membolehkan perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yang padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan demi bahasa dan budaya Melayu pada tahap yang sewajarnya. Globalisasi adalah proses integrasi antarabangsa yang berlaku kerana pertukaran pandangan dunia, produk, pemikiran, dan aspek budaya lain-lain. Proses ini merujuk kepada peningkatan integrasi ekonomi di seluruh dunia, terutamanya melalui pergerakan rentas sempadan barangan, perkhidmatan, dan modal-modal. Melalui proses globalisasi, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara, dan terbuka luas untuk dimasukkan oleh pelbagai maklumat yang dihantar melalui pelbagai media komunikasi perantara seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Proses globalisasi berlaku dalam empat tahap. Proses globalisasi bermula dengan manusia mengenal perdagangan antarbangsa berlanjut dengan penyebaran agama serta transformasi ilmu pengetahuan lagi melakukan perkembangan secara pesat dalam industry dan teknologi akhirnya berkembang pasaran bebas di seluruh dunia. Dalam perkembangannya, globalisasi mempengaruhi 3 aspek iaitu aspek ekonomi, sosio-budaya dan politik. Dalam segi sosio-budaya yang dapat dilihat dari proses termasuklah nilai, norma, cara hidup, dan praktik budaya ke dalam kehidupan masyarakat. Ini merujuk kepada pelbagai tingkah laku masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya global. Apabila manusia hidup di dalam sesuatu kelompok, mereka akan lebih kreatif dan inovatif. Untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka telah menghasilkan kebudayaan sama ada berbentuk material ataupun bukan material. Masyarakat sentiasa mengalami perubahan merangkumi segala aspek kehidupan seperti bilangan ahli, sistem ekonomi, politik dan sosial. Perubahan boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar dan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh faktor luaran seperti proses migrasi, pertembungan budaya dan penjajahan 3.0


Teknologi maklumat dan komunikasi telah memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Melalui kemudahan seperti media sosial, platform digital, dan aplikasi pemesejan segera, individu daripada pelbagai kumpulan etnik boleh berkomunikasi secara langsung, berkongsi pengalaman dan membina rangkaian yang menggalakkan persefahaman dan persahabatan antara kumpulan etnik. SUB TOPIK 4.0 CABARAN ETNIK DAN JATI DIRI KEBANGSAAN Globalisasi telah memperkayakan kepelbagaian etnik Malaysia, tetapi ianya juga telah menimbulkan cabaran kepada kesedaran tentang identiti etnik dan kewarganegaraan. Pengaruh budaya asing dan aliran maklumat yang meluas boleh membawa kepada ketidakpastian identiti dan kekeliruan tentang peranan dan kedudukan dalam konteks nasional. Oleh itu, wujud keperluan untuk membina identiti nasional yang inklusif dan menghormati pelbagai etnik di Malaysia. KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI DALAM HUBUNGAN ETNIK


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA Pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk persefahaman dan toleransi antara kumpulan etnik di Malaysia. Pengenalan kokurikulum pelbagai budaya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan menghargai budaya yang berbeza. Ianya melibatkan pengenalan kandungan yang mencerminkan kepelbagaian etnik, sejarah dan warisan budaya negara. Dengan pelaksanaan sedemikian, pelajar dapat menghayati dan menghargai budaya masing-masing serta melahirkan generasi yang bertolak ansur dan menghormati pelbagai etnik. PENERIMAAN DAN PENYEBARAN BUDAYA ASING Globalisasi telah membuka pintu kepada pengaruh budaya asing yang semakin meluas dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Ini boleh dilihat dalam gaya hidup, makanan, fesyen, muzik, filem, dan hiburan popular yang diadaptasi dari luar negara. Pengaruh ini telah memberi warna dan kepelbagaian kepada budaya tempatan, mencerminkan penyesuaian dan penerimaan orang ramai terhadap unsur-unsur baru. PELUANG PEKERJAAN DAN PERKONGSIAN EKONOMI Globalisasi juga membuka peluang kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kumpulan etnik di Malaysia. Melalui perkongsian dalam inisiatif perdagangan dan ekonomi, kumpulan etnik boleh bekerjasama untuk memanfaatkan potensi dan kekuatan masing-masing. Hal ini dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara kumpulan etnik dalam mencapai kemajuan ekonomi negara bersama-sama.


Globalisasi merupakan suatu fenomena yang muncul hasil daripada pencantuman proses transnasional dan struktur domestik seperti politik, budaya, dan ideologi sesuatu negara yang berjaya menembusi negara lain dan tersebar ke seluruh dunia. Globalisasi juga terdiri daripada suatu fenomena yang meliputi aspek ekonomi seperti perbezaan pekerjaan dan dominasi dalam sektor ekonomi. Kedua, daripada aspek sosial iaitu pemisahan penempatan fizikal. Ketiga, daripada aspek sistem pendidikan iaitu akses kepada sistem pendidikan berbeza mengikut kepada etnik- etnik tertentu. Keempat, daripada aspek budaya iaitu perbezaaan budaya mengikut etnik masing-masing. Kelima, daripada aspek tekonologi dan global iaitu pengaruh budaya luar. Sebagai fenomena pelbagai dimensi, globalisasi sama ada secara perlahan atau revolusi telah membawa perubahan yang dominan dalam kehidupan masyarakat plural di negara ini. Globalisasi dapat dikenali dengan lebih luas melalui proses penjajahan barat yang meliputi dunia terutamanya pada bahagian Asia. Berdasarkan pernyataan sarjana Omar Jah (2001) proses globalisasi tidak jauh daripada proses kolonialisasi yang mempunyai hubungan dengan pembangunan sejarah kapitalisme Eropah yang cuba untuk menakluki dunia dan menghasilkan sistem ideologi politik iaitu kapitalisme dan nasionalisme. Justeru, terdapat beberapa kesan globalisasi yang terdapat di dalam hubungan etnik di Malaysia yang terdiri daripada aspek politik, ekonomi, sosial, agama dan adat istiadat, pendidikan, kebudayaan, dan teknologi serta global. Bagi kesan yang utama adalah politik, politik diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan sesebuah kaum dengan menyuarakan pendapat, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan hidup kaum masing-masing. Politik juga dilihat sukar untuk menerima pemimpin daripada kaum lain disebabkan keutuhan dalam memelihara semangat perkauman yang tinggi. Justeru, faktor daripada dominasi ekonomi juga menyebabkan ketakutan untuk menerima pemimpin berlainan kaum kerana takut ditindas. KESIMPULAN 5.0


Kesan yang ketiga daripada aspek kebudayaan kerana setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat, bahasa, dan kebudayaan yang berlainan. Dan disebabkan perbezaan ini sering berlaku konflik antara kaum kerana sikap mereka yang hanya mementingkan bahasa dan budaya mereka sendiri. Akan tetapi, disebabkan pengaruh dari segi teknologi dan global menyebabkan keutamaan diberikan pengaruh budaya luar seperti nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi keutamaan hidup sehingga mengubah gagasan ekonomi dan politik negara mengikut ke arah barat. Selain itu, kesan daripada pemisahan penempatan fizikal mengikut kaum yang muncul daripada dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh British. Hal ini, merengangkan hubungan antara kaum terutamanya disebabkan kesukaran berinteraksi dan pemisahan ini juga merangkumi aspek pemakaian, keagamaan, pendidikan, dan bahasa. Kerana faktor pengaruh global mengubah semua struktur kehidupan masyarakat mengikut kepada penempatan. Kesan yang kedua terhadap aspek ekonomi yang melibatkan perbezaan pekerjaan dan dominasi sektor ekonomi. Daripada aspek perbezaan pekerjaan berlaku apabila seseorang memilih bidang kerja yang maksimum hanya melibatkan etnik mereka yang mengakibatkan interaksi terbantut kerana pertalian komunikasi hanya berlaku dalam kalangan etnik yang sama sahaja tanpa melibatkan etnik yang lain. Seterusnya, dominasi sektor ekonomi disebabkan penguasaan ekonomi yang berterusan sehingga menunjukkan jurang yang luas daripada segi keseimbangan pendapatan.


Justeru, kesan globalisasi kepada sistem pendidikan kerana berlaku pengasingan sistem pendidikan seperti sistem prasekolah yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda tersendiri. Hal ini menimbulkan konflik antara perkauman kerana pergaulan terbatas hanya antara etnik sendiri dan menimbulkan prasangka yang buruk dengan etnik yang lain. Kesimpulannya, kesan globalisasi di dalam hubungan etnik menyebabkan sesuatu etnik tidak mencapai keharmonian kerana konflik dan beberapan asbab lain seperti semangat perkauman sendiri tanpa mementingkan etnik lain dan pengaruh daripada dunia luar berkaitan budaya seperti pakaian, makanan, pendidikan dan lain-lain.


Rujukan Kamus Keuangan (17 May 2021). Globalisasi - Pengertian, Jenis dan Contohnya . Dicapai dari https://kamus.tokopedia.com/g/globalisasi/ Dan, G., Etnik, H., Fauzi, M., Koharuddin Balwi, M., Azhar, M., & Hamid, A. (2009). GLOBALISASI DAN HUBUNGAN ETNIK. Dicapai dari http://eprints.utm.my/id/eprint/14545/1/MuhammadFauziOthman2009_Glo balisasidanHubunganEtnik.pdf Nuraini. (5 December 2022). Pengertian Globalisasi: Jenis, Penyebab, dan Dampaknya. Bisnis.com.). Pengertian Globalisasi: Jenis, Penyebab, dan Dampaknya. Dicapai dari https://entrepreneur.bisnis.com/read/20221205/52/1605182/pengertianglobalisasi-jenis-penyebabdandampaknya#:~:text=Jenis%20Globalisasi%201%201.%20Globalisasi%20t ransportasi%20Sektor%20transportasi Afiq Faiz (2017) Maksud Gllobalisasi Dicapai dari https://issuu.com/afiqfaizz/docs/cabaran_globalisasi_terhadap_peradaban_d i_malaysia/s/14278555 Ang , Kean Hua. “Pengenalan Rangkakerja Metodologi Dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Literatur.” Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), vol. 1, no. 17-24, Apr. 2016, msocialsciences.com/index.php/mjssh. Accessed 27 June 2023. Jasmi, Kamarul Azmi. “(PDF) Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatitif.” ResearchGate, Jan. 2012, www.researchgate.net/publication/293097563_Metodologi_Pengumpulan_Data _dalam_Penyelidikan_Kualitatitif. Accessed 26 June 2023.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version