GOTONG-ROYONG MEMUPUK
PERPADUAN.
KUMPULAN 1
Nama Ahli Kumpulan
❖ PARRIVEENA SREE A/P SUPPRAMANIAM (33DFO22F1072)
❖ YUVASRIEE A/P KANAIYA (33DFO22F1072)
❖ SHARIFAH NURHANIS AQILAH BINTI SYED SULAIMAN
(33DFO22F1073)
❖ NURUL HAYATIE BINTI RAMLEE (33DFO22F1065)
KOD KURSUS
• MPU21032
PENSYARAH
• USTAZAH AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
DETIK PERPADUAN : AKTIVITI GOTONG-
ROYONG MEMUPUK PERPADUAN RAKYAT:
• Sejak mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia yang dahulu
dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan dalam mencapai keamanan pada hari ini.
• Hasil usaha pemimpin terdahulu yang mewakili setiap kaum dan bangsa di
tanah air ini telah berjaya memberikan kebebasan daripada penjajahan.
Namun begitu, keharmonian yang dinikmati oleh nenek dan moyang kita
dahulu semakin hari semakin goyah. Jurang ekonomi dan pendidikan
menjadi antara faktor yang menyumbang kepada isu ini selain gerakan
politik negara yang terlalu berteraskan kaum dan agama.
• Tidak dinafikan bahawa kita mempunyai rambut yang sama hitam tetapi
hati masing-masing lain. Justeru, meraikan perbezaan dan sikap toleransi
hendaklah dipupuk dalam setiap individu yang ingin melihat negara kita
maju ke hadapan.
• Terdapat banyak cara-cara untuk memupuk perpaduan kaum. Antaranya
ialah gotong-royong. Hal ini dapat eratkan hubungan antara penduduk
Kawasan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
YUVASRIEE A/P KANAIYA (33DFO22F1072)
PAGE 1
BAGAIMANAKAH PERPADUAN DAPAT
DIPUPUK SEMASA AKTIVITI GOTONG-
ROYONG:
Umum sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang unik di mana pelbagai
kaum, bangsa dan agama duduk di bawah satu negara sejak mencapai
kemerdekaan.
Kemajmukan masyarakat ini perlu diperkukuh dari semasa ke semasa kerana
terdapat segelintir daripadanya yang cuba menjadikan perbezaan perkauman dan
sebagainya sebagai satu isu tetapi disebaliknya hanya ingin mendapatkan
kepentingan diri.
Oleh itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, kita dapat
mengenali jiran tetangga kita dengan lebih baik. Hal ini dapat mengelakkan
perselisihan faham antara kaum.
Selain itu, hubungan silaturahim akan terjalin di samping bersama-sama
menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Selanjutnya, masyarakat dapat menyedarkan diri dan mengetahui kepentingan
perpaduan kaum.
Tuntasnya, semua pihak patutlah bekerjasama memupuk perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian untuk mengukuhkan nilai
perpaduan antara masyarakat supaya kesejahteraan dan keamanan yang kita
kecapi hari ini berkekalan sampai bila-bila. . Bak kata peribahasa “bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh”.
PAGE 2
PUNCA SEMAKIN PERPADUAN LUNTUR
DALAM KALANGAN MASYARAKAT:
Antaranya, perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal
sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Tiada lagi masa untuk berborak
dan saling tegur menegur antara satu sama lain. Kos sara yang tinggi
menyebabakan masyarakat mengejar kekayaan yang perlu mencari duit lebih
sehingga bekerja lewat malam.
Akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa dan tiada lagi masa untuk
berjiran. Berbeza dengan zaman dahulu yang saling memerlukan kerjasama antara
mereka untuk mencari sesuap nasi seperti melakukan pekerjaan bercucuk
tanam,pertanian dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, arus pembangunan yang semakin pesat menyebabkan negara
menjadi punca semangat kejiranan berkurangan. Mereka lebih banyak
menghabiskan masa dengan mengunjungi tempat berkaroke,membeli-belah
,taman permainan dan sebagainya.
Oleh itu, kita haruslah mengurangkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri
dengan tidak bergaul sesama jiran. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak akan
berjaya kerana perpaduan mereka amatlah rapuh dan mudah dipengaruhi anasir
luar.
Kesimpulannya. Pembangunan yang begitu pesat akan melanda negara menjadi
punca lunturnya semangat kejiranan.dalam masyarakat kini .
PARRIVEENA SREE A/P SUPPRAMANIAM (33DFO22F1072)
PAGE 3
KELEBIHAN BERGOTONG-ROYONG:
Gotong-royong merupakan tradisi turun-temurun yang
diamalkan oleh masyarakat terdahulu :
• Antara manfaat bergotong-royong dalam perpaduan adalah ia dapat
memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Hubungan
silaturahim akan terjalin semasa menyiapkan tugas.Bergotong-royong dapat
mengukuhkan nilai perpaduan antara masyarakat supaya kesejahteraan dan
keamanan yang kita kecapi hari ini berkekalan sampai bila-bila.
• Di samping itu,memberikan kelebihan kepada setiap ahli masyarakat
kerana ia akan memudahkan tugasan atau objektif yang ingin dicapai.secara
tidak langsung kita dapat meluangkan masa lebih untuk melakukan aktiviti
bermanfaat .
• Secara tuntas,ini memberikan pelbagai kelebihan kepada masyarakat yang
menyertainya dengan aktif. Amalan tradisi nenek dan moyang kita pastinya
memeberi seribu satu manfaat kepada kita secara umumnya.
NURUL HAYATIE BINTI RAMLEE (33DFO22F1065)
PAGE 4
KESIMPULAN AMALAN BERGOTONG-
ROYONG :
Kesimpulannya,aktiviti bergotong - royong ini amat penting dan perlu
dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi
serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik
yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya
hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih
mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi
lebih kukuh.Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan
gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi.
Selain itu,ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadapanak-
anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainka peranan
menggalakkan anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan
tenaga pengajar pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa,seharusnya sentiasa
memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang
kelebihan gotong-royong.
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini
mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk
hubungan silaturrahim antara kaum dan etnik.Terutamanya program-program bagi
pelajar-pelajar yang berada di institusi Pendidikan lagi. Ini kerana amalan iniperlu disemai
sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat
suatu hari kelak.
SHARIFAH NURHANIS AQILAH
BINTI SYED SULAIMAN (33DFO22F1073)
PAGE 5
PAGE 6