The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan projek penulisan esei ini telah diberikan oleh pensyarah bagi kurusu MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA dan PERADABAN dan ditulis oleh kumpulan kami iaitu kumpulan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puteri nurfatihah, 2023-11-12 23:34:39

JENAYAH SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR

Tugasan projek penulisan esei ini telah diberikan oleh pensyarah bagi kurusu MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA dan PERADABAN dan ditulis oleh kumpulan kami iaitu kumpulan 2

1 MPU21032 PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN PROJEK: PENULISAN ESEI TAJUK: JENAYAH SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR (KUMPULAN 2) NAMA PENSYARAH: PUAN MUNIRAH BINTI HAJI MUSTAFFA NAMA AHLI KUMPULAN: 1)PUTERI NUR FATIHAH BINTI MOHD ZAINAL ABIDIN (14DKA23F1002) 2)SITI NUR HIDHAYAH BINTI MUZAHPAR (14DKA23F1007) 3)MUHAMMAD AQMAR REEZA BIN ABU BAKAR (14DKA23F1090) 4)AZIZUL HAKIM BIN MOHD ZAIDI (14DKA23F1093) 5)MUHAMMAD FARIS BIN SYAHRIR (14DKA23F1063) 6)MUHAMMAD IRFAN FARHAN BIN MOHD SIDEK (14DKA23F1081) 7)MOHAMAD HAIKAL BIN MOHAMAD NIZAM (14DKA23F1105) 8)HAIKAL BIN AZIZI (14DKA23F1806)


2 PENGENALAN Untuk kali ini, kumpulan kami iaitu Kumpulan 2 mendapat tugasan untuk menulis sebuah esei yang bertajuk jenayah siber dalam kalangan pelajar.Kami menulis esei ini dengan merujuk beberapa rujukan dan sumber sebagai panduan. Di dalam flipbook ini, kami akan memaparkan penulisan esei kami tentang punca jenayah siber dalam kalangan pelajar. Selain itu, kami juga menulis tentang bagaimana jenayah siber ini dapat memberi keburukan kepada pelajar serta kesan yang mereka dapat jika mereka melakukan perkara tersebut. Akhir sekali, kami juga menuliskan tentang langkah untuk mengatasi jenayah siber yang berlaku dalam kalangan pelajar.


3 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKASURAT MUKA DEPAN 1 PENGENALAN 2 ISI KANDUNGAN 3 ESEI 4-6 LAMPIRAN 7 RUJUKAN 8 PEMBAHAGIAN TUGASAN 9


4 Berdasarkan kebimbangan global, Malaysia menghadapi cabaran serius berkaitan dengan buli siber yang semakin meluas dalam kehidupan harian. Penjenayah dalam dunia maya ini sering menggunakan platform digital untuk menyebarkan mesej yang merendahkan, menyakiti emosi, atau bahkan mengancam individu secara peribadi. Salah satu aspek yang mencabar ialah sifat anonim dalam talian, yang membuat pengenalan dan penanganan penjenayah menjadi sukar.Pelbagai bentuk bullying cyber termasuk penghinaan dalam talian, penyebaran informasi palsu, serta manipulasi kandungan digital untuk merendahkan mangsa. Impaknya jauh melebihi skop maya, menyebabkan tekanan emosi, kehilangan keyakinan diri, dan dalam kes yang lebih serius, boleh menyebabkan masalah kesihatan mental. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan undang-undang untuk menangani isu ini, tetapi penting untuk kita menilai keberkesanannya dan memastikan pelaksanaan yang berkesan. Selain itu, institusi pendidikan juga memainkan peranan penting dalam menyedarkan pelajar tentang kesan buruk dan langkah-langkah pencegahan buli siber.Bukan itu Sahaja, usaha kesedaran masyarakat juga penting untuk menggalakkan budaya dalam talian yang positif dan menyokong mangsa. Komunikasi terbuka, penyediaan sumber sokongan, dan pendidikan tentang tingkah laku dalam talian yang betul adalah beberapa aspek kunci dalam mengatasi masalah bullying cyber di Malaysia. Dalam era teknologi yang terus berkembang, penyelarasan strategi pencegahan dengan perkembangan teknologi menjadi penting untuk memastikan persekitaran digital yang selamat dan harmoni di kalangan masyarakat Malaysia. Jenayah siber boleh memberi kesan buruk kepada pelajar jika tiada pengawasan oleh ibu bapa atau penjaga. Aplikasi atas talian akan mendedahkan pelajar kepada penjenayah siber apabila melibatkan proses transaksi pembayaran atas talian. Contohnya pembelian barangan melalui aplikasi Facebook, Instagram dan lain-lain. Laman web yang tidak rasmi dalam sistem perbankkan online akan memudaratkan pengguna tanpa disedari. Hal ini akan memudahkan penggodam mencuri informasi pengguna khususnya pelajar. Selain itu, pelajar juga mudah terdedah kepada isu dan maklumat negatif. Pelajar dapat menyerap maklumat tidak kira benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi yang tersebar melalui internet. Pengguna bebas dalam menyebarkan menerima maklumat tanpa tapisan. Sebagai contoh kes penyebaran berita palsu atau fitnah mengenai kes yang berlaku di sekolah dan institusi pengajian tinggi, kematian ahli politik atau selebriti yang boleh mendatangkan kekeliruan. Terdapat juga sesetengah pelajar menghadapi tuduhan tidak berasas daripada pihak tertentu dengan cara mengaibkan rakanrakan melalui platform media social. Antara tujuan tindakan tersebut dilakukan ialah untuk menjatuhkan maruah dan reputasi pelajar kepada individu lain. Ancaman fitnah merupakan implikasi buruk terhadap pelajar dan boleh mengganggu fokus mereka terhadap pelajaran. Malah, pelajar yang menjadi mangsa jenayah siber menghadapi tekanan yang tinggi sehingga boleh menyebabkan mereka menutup akaun di laman social. Mangsa juga akan mengurungkan diri di rumah lalu bertindak menyalahkan diri sendiri dan orang lain yang boleh mengakibatkan perhubungan sosial terjejas. Pihak keluarga mangsa juga akan turut terkesan dan menyebabkan maruah keluarga tercemar. Hal ini akan membuatkan pelajar menghadapi masalah dari segi mental iaitu kemurungan, tekanan perasaan, kebimbangan yang ekstrim (anxiety disorder) dan kecelaruan personaliti. Di samping itu, jenayah siber juga boleh dikategorikan sebagai buli siber yang sering kali berlaku di dalam media sosial. Masyarakat pada hari ini lebih banyak meluangkan masa melayari media sosial berbanding bersosial secara bersemuka seperti sebelum ini. Apabila


5 kita bergaul di media sosial,sebahagian kenalan yang kita kenali ramai itu tidak mengenali diri kita secara peribadi. Apabila kita tersilap mengkongsikan perkara yang salah atau tidak menepati fahaman orang lain, pengguna media sosial tersebut akan mudah untuk dikritik, disalahkan dan dicaci oleh pengguna media sosial lain yang kadang kala tidak tahu perkara sebenar tentang perkongsian tersebut. Impaknya, pengguna yang berkongsi perkara tersebut akan berasa trauma kerana telah diburukkan oleh orang ramai dan menjatuhkan keyakinan diri mereka. Malahan pula, terdapat mangsa buli siber yang mengalami depresi kerana bagi mereka situasi tersebut bagai jatuh ditimpa tangga Ada segelintir pihak yang mempengaruhi dan mengumpan pelajar dengan pelbagai tawaran dan perkhidmatan yang menarik minat pelajar untuk menyertainya menerusi laman web. Penjenayah siber akan menawarkan pendapatan atau pulangan wang yang tinggi sekiranya mereka melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang dipromosikan seperti pelaburan wang haram dan penipuan atas talian. Hal ini akan merugikan pelajar dari segi kewangan sekiranya mereka membelanjakan wang mereka ke arah tujuan tersebut. Seterusnya, ketidakpahaman etika dalam talian, kurangnya pemahaman etika dalam penggunaan teknologi dan media sosial boleh mengakibatkan pelajar terlibat dalam tingkah laku yang merugikan atau jenayah siber. Kurangnya Pengawasan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor berlakunya buli siber.Kelebihan akses kepada internet tanpa pengawasan yang mencukupi boleh menyebabkan pelajar terlibat dalam aktiviti tidak baik secara atas talian. Bukan itu sahaja, tekanan sosial termasuk dalam salah satu asbab munculnya buli siber. Tekanan dari rakan sebaya atau keinginan untuk mendapat pengiktirafan dalam talian boleh mendorong pelajar melakukan tindakan yang tidak baik. Tambahan lagi,Kurang Kesedaran dalam diri individu yang melakukan buli siber. Kesannya Kurang kesedaran terhadap akibat serius jenayah siber, seperti penyalahgunaan data atau penghinaan dalam talian, boleh menyebabkan pelajar melibatkan diri tanpa memahami risiko yang terlibat.Pendidikan dan kesedaran tentang etika digital, penggunaan bertanggungjawab teknologi, serta pentingnya privasi dalam talian dapat membantu mengatasi punca-punca ini. Antara langkah untuk mengatasi jenayah siber ialah langkah pertama untuk menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber. Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang


6 dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan. Dalam pada itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah. Akhir sekali, isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jikasebliknya hanya kerugian akan kita dapat. Tuntasnya, jenayah siber ini memberi kesan yang buruk kepada diri kita tidak kira sebagai pelajar, pekerja atau masyarakat dalam sesebuah komuniti. Tindakan perlu segera diambil jika didapati berlaku jenayah siber bukan hanya dalam kalangan pelajar tetapi masyarakat juga. Peranan semua pihak amat penting bagi mengatasi masalah jenayah siber ini. Setiap pihak perlu memainkan peranan mengikut kemampuan yang ada serta memberikan inisiatif yang baik bagi mengelakkan masalah ini semakin berleluasa di negara kita. Bak kata pepatah, “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Ini memberi maksud jika masalah ini berterusan maka semakin banyak kes jenayah siber ini berlaku dan tidak dapat dibendung lagi. Kita juga perlu menghidarkan diri dari terjerumus dalam perkara yang negatif seperti ini supaya dapat menjamin keamanan dan keharmonian diri sendiri dan juga negara.


7 LAMPIRAN


8 RUJUKAN The Star, 20 November 2022, https://www.mcmc.gov.my/en/media/pressclippings/address-cyberbullying-urgently Prof. Madya Dr. Abdul Said Sambotang, 28 Ogos 2019, https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20190828/281736976117657 https://www.irujukan.my/jenayah-siber/ https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html


9 PEMBAHAGIAN TUGASAN : PENULIS ESEI : 1)PUTERI NUR FATIHAH BINTI MOHD ZAINAL ABIDIN 2)SITI NUR HIDHAYAH BINTI MUZAHPAR 3)MUHAMMAD AQMAR REEZA BIN ABU BAKAR 4)AZIZUL HAKIM BIN MOHD ZAIDI 5)MUHAMMAD FARIS BIN SYAHRIR 6)MUHAMMAD IRFAN FARHAN BIN MOHD SIDEK 7)MOHAMAD HAIKAL BIN MOHAMAD NIZAM 8)HAIKAL BIN AZIZI EDITOR : PUTERI NUR FATIHAH BINTI MOHD ZAINAL ABIDIN


Click to View FlipBook Version