NAMA: ADRIANA BATRISYIA BINTI NOORAZHAR KUMPULAN/UNIT: BMMB1 PPISMP JUN 2022 NAMA & KOD KURSUS: BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH: MOHD IZAN BIN HJ. YUSOP INSTITUT: IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
ISI KANDUNGAN PANTUN NASIHAT PANTUN PATRIOTIK PANTUN KEMASARAKATAN PANTUN PENDIDIKAN PANTUN ALAM SEKITAR 1.DEFINISI/TAKRIF PANTUN 2. MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN 3. FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 4. RUJUKAN
Definisi pantun Merupakan salah satu daripada puisi Melayu sejak terdahulu lagi. Justeru, pantu mempunyai serangkap empat baris, empat atau lima perkataan satu baris dan terdiri darpada rima a,b,a,b. Kemudian, rangkap nya terdiri daripada pembayang dan maksud. Dua baris mewakili pembayang dan dua baris seterusnya mewakili maksud.
Bulan purnama datang menerpa, Bintang malam tetap setia; Pesan ibu bapa jangan dilupa, Kelak hidup kan pasti bahagia. MAKSUD: Untuk mengingati segala pesanan yang disampaikan daripada ibu bapa untuk mengecapi hidup yang bahagia. TEMA: NASIHAT Mendengar pesanan ibu bapa untuk mengecapi hidup bahagia. Pesanan daripada ibu bapa amat penting kepada kehidupan anak-anak. PERSOALAN:
Jenis pantun: Empat kerat. Bilangan baris: Empat. Jumlah kata: Empat atau lima perkataan satu baris. Jumlah suku kata: Sembilan hingga 12 suku kata. Rima akhir: a,b,a,b Bentuk: Nasihat. Imej alam : Bulan, bintang. Asonansi : Bintang malam tetap setia Aliterasi : Kelak hidup kan pasti bahagia GAYA BAHASA: Pengulangan vokal (a). Pengulangan konsonan (k).
Kita mestilah mendengar pesanan daripada ibu bapa untuk bahagia dalam kehidupan. Kita haruslah menimba pengalaman hidup daripada mereka yang lebih tua. Kita mestilah mengingat setiap pesanan yang disampaikan agar perjalanan hidup berjalan dengan lancar. PENGAJARAN: Pantun ini menasihatkan agar mendengar pesanan yang disampaikan daripada orang tua untuk mengecapi kesejahteraaan dalam hidup. Justeru, mengikuti pesanan orang tua itu amat dituntut dalam budaya Melayu. FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU: FUNGSI SOSIAL
MAKSUD: Mencintai tanah air sendiri supaya tanah air ini kekal, menjadi saksi perjuangan untuk generasi akan datang. TEMA: PATRIOTIK Negara merupakan aset yang paling penting untuk dijaga dan dicinta. Memupuk semangat patriotik untuk generasi akan datang. PERSOALAN: Ke Terengganu makan sata, Makan pula bersama kentang; Tanah air harus dicinta, Sebagai teladan generasi mendatang.
Jenis pantun: Empat kerat. Bilangan baris: Empat. Jumlah kata: Empat perkataan satu baris. Jumlah suku kata: Sembilan hingga 12 suku kata. Rima akhir: a,b,a,b Bentuk: Patriotik. Asonansi : Tanah air harus dicinta Aliterasi : Sebagai teladan generasi mendatang GAYA BAHASA: Pengulangan vokal (i). Pengulangan konsonan (g).
Kita mestilah mencintai negara sendiri kerana negara merupakan aset yang amat berharga. Kita haruslah memupuk semangat patriotik dalam diri sendiri supaya dapat diterjemahkan kepada generasi akan datang. Kita haruslah menjaga mencintai negara sendiri untuk menjadi sumber teladan kepada anak-anak kecil. PENGAJARAN: Pantun ini memberi peringatan agar semua warganegara sentiasa menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri masingmasing Oleh itu, negara akan dapat mencapai keamanan dan bebas daripada cengkaman penjajah FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU: FUNGSI SOSIAL
MAKSUD: Menabur budi dan saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat akan mengukuhkan hubungan dan dapat hidup dalam suasana sejahtera. TEMA: KEMASYARAKATAN Berbuat baik sesama masyarakat agar hubungan kekal harmoni. Hormat menghormati dalam komuniti setempat supaya dapat mengeratkan hubungan. PERSOALAN: Indah nian pohon meranti, Tidak kurang pohon cemara; Baik budi, hormat menghormati, Hubungan kukuh masyarakat sejahtera.
Jenis pantun: Empat kerat. Bilangan baris: Empat. Jumlah kata: Empat perkataan satu baris. Jumlah suku kata: sembilan hingga 12 suku kata. Rima akhir: a,b,a,b Bentuk: Kemasyarakatan. Asonansi : Indah nian pohon meranti Imej alam: Pohon meranti, pohon cemara. GAYA BAHASA: Pengulangan vokal (i).
Kita mestilah berbuat baik kepada semua orang agar hubungan yang harmoni dapat diwujudkan. Kita haruslah hormat menghormati antara satu sama lain supaya dapat mengelakkan perselisihan faham. Kita janganlah mewujudkan sebarang konflik antara masyarakat, agar tidak menjejaskan hubungan sesama sendiri. PENGAJARAN: Pantun ingin menerapkan rasa hormatmenghormati dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan suasa yang harmoni. Justeru, hubungan yang kukuh dalam kalangan masyarakat akan memberi impak yang positif kepada negara FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU: FUNGSI SOSIAL
MAKSUD: Pentingnya untuk menuntut ilmu sehingga pandai supaya ilmu yang diperoleh tersebut dapat dimanfaatkan kepada orang lain. TEMA: PENDIDIKAN Menuntut ilmu supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu yang dimanfaatkan akan dikekalkan kefahaman tersebut dalam diri sendiri PERSOALAN: Allah menuntut belajar pandai, Perlu berusaha walau sesaat; Harus belajarsehingga pandai, Kerana ilmu dapat dimanfaat.
Jenis pantun: Empat kerat. Bilangan baris: Empat. Jumlah kata: Empat perkataan satu baris. Jumlah suku kata: sembilan hingga 11 suku kata. Rima akhir: a,b,a,b Bentuk: Pendidikan. Asonansi : Allah menuntut belajar pandai. Aliterasi : Harus belajar sehingga pandai GAYA BAHASA: Pengulangan vokal (a). Pengulangan konsonan (h).
Kita haruslah menuntut ilmu sehingga ke peringkat yang tertinggi supaya dapat memanfaatkan ilmu tersebut kepada orang lain. Kita mestilah menuntut ilmu kerana ilmu pengetahuan amat penting digunakan dalam kehidupan seharian. Kita hendaklah memanfaatkan ilmu yang diperoleh kepada masyarakat sekeliling supaya kefahaman ilmu tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat. PENGAJARAN: Pantun ini ingin menerapkan rasa supaya belajar sehingga pandai, untuk memanfaatkan ilmu kepada masyarakat dan negara. Impaknya, ilmu yang diperoleh tersebut akan diperluas dan dapat menambah ilmu pengetahuan orang lain. FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU: FUNGSI PENDIDIKAN
MAKSUD: Alam sekitar merupakan harta bernilai yang perlu dijaga oleh semua masyarakat, tidak kira masa. TEMA: ALAM SEKITAR Alam sekitar harta yang harus dijaga dengan baik oleh semua pihak. Penjagaan sungai dan laut yang baik dapat menarik tontonan para pelancong. PERSOALAN: Balik umrah membawa kurma, Berkongsi rezeki,semua merasa; Sungai dan laut khazanah bersama, Harus dijaga sepanjang masa
Jenis pantun: Empat kerat. Bilangan baris: Empat. Jumlah kata: Empat atau lima perkataan satu baris. Jumlah suku kata: sembilan hingga 12 suku kata. Rima akhir: a,b,a,b Bentuk: Alam Sekitar. Asonansi : Harus dijaga sepanjang masa. Aliterasi : Balik umrah membawa kurma. Imej alam : Laut, Sungai, Kurma. GAYA BAHASA: Pengulangan vokal (a) Pengulangan konsonan (m).
Kita mestilah menjaga sungai dan laut dengan baik, agar habitat akuatik ini tidak pupus. Kita hendaklah menghargai khazanah negara yang masih tersisa. Kita haruslah mempelihara sungai dan laut kerana sungai dan laut ini merupakan aset yang akan menjana ekonomi negara. PENGAJARAN: Pantun ini mengingatkan agar sentiasa menjaga alam sekitar supaya alam sekitar tidak tercemar. Oleh itu, generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar yang segar dan bersih. FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU: FUNGSI SOSIAL
RUJUKAN Azman bin Rahmat, Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan, Hasnah bin Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al Ehsan ms33-46. Nurul Idayu. (2009). Gaya Bahasa Dalam komsas http://cikgu-idayu.blogspot.com/2009/10/gayabahasa-dalam-komsas.html?m=1 Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini Dulu Dan Selamanya. http://journalarticle.ukm.my/6395/1/IMAN1_6.pdf
RUJUKAN Zairul Fakhri Zainal Abidin. (2022). Rima Akhir Pantun Yang Sama Tinggi Kualitinya. http://dewansastera.jendeladbp.my/ Zurinah Hassan. (tt). Bahasa Dalam Pantun dan Panduan Menulis Pantun. http://zurinah1306.blogspot.com/2017/12/