The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wswinnie0720, 2022-06-13 09:06:49

Monyet dan gajah yang baik hati

Monyet dan gajah yang baik hati

BUKU CERITA KANAK-KANAK

MONYET DAN GAJAH YANG
BAIK HATI

PENULIS : MASTURA BINTI GANTI
IPG KENINGAU (DO1202513)
Ilustrasi dari google image

Pada suatu petang, seekor monyet sedang
bergayut di atas pokok sambil memakan buah
pisang.

1

Tiba-tiba tangan monyet terlepas semasa bergayut
di dahan pokok dan terjatuh ke dalam sungai.
Monyet terkejut dan tidak dapat menyelamatkan
diri. “Oh, Tuhan! Selamatkanlah aku, tolong,
tolong!”. Jerit monyet ketakutan. Seekor gajah
yang sedang mencari makanan ternampak monyet
meminta tolong. Ia berasa sangat kasihan. “Kasihan
monyet itu, aku mesti menolongnya?” bisik gajah.

2

Kemudian ia menghampiri dahan pokok yang
ada berhampiran sungai dan menghulurkannya
kepada monyet. Monyet terus berpaut ke atas
dahan tersebut. Akhirnya monyet berjaya
selamatkan diri.” Terima kasih!, Terima kasih
banyak-banyak gajah,”kata monyet sambil
menangis gembira. “Aku terhutang budi
dengan kamu, suatu hari nanti aku pasti akan
membalas jasamu ini,” kata monyet lagi.

3

Gajah berasa sangat gembira kerana berjaya
menyelamatkan monyet. Lalu berkata
“sama-sama monyet, tidak apa, hari ini aku
menolong kamu, nanti akan datang bila aku susah
kamu boleh menolong aku juga”.

4

Pada suatu hari, seekor harimau telah
terjatuh ke dalam sebuah telaga yang dalam.
Ia cuba memanjat keluar tetapi tidak berjaya
kerana dinding telaga itu terlalu curam.
“Tolong, tolong, tolong!” Jerit harimau. Gajah
yang sedang lalu berhampiran telaga itu
terdengar jeritan harimau. Gajah menghampiri
telaga itu dan menjenguk ke dalam telaga.

5

“Gajah, tolong aku!” Jerit harimau kepada

gajah. “Jangan bimbang, aku akan tolong

kamu,”kata gajah. 6

Gajah pun memaut dahan pokok berhampiran
dengan menggunakan belalainya. Dahan pokok itu
dihulurkan ke dalam telaga. Harimau pun berpaut
pada dahan pokok itu dan memanjat keluar dari
telaga. “Terima kasih, gajah.” kata harimau
dengan gembira. Tiba-tiba harimau teringin
untuk memakan daging gajah. “Gajah, aku minta
maaf kerana aku ingin merasai daging kamu,”
kata harimau sambil menuju ke arah gajah.

7

8

“Oh, tidak! Jerit gajah. Ia menyesal kerana
telah menolong harimau yang tidak mengenang
jasa itu. “Sanggupkah kamu memakan dagingku
setelah aku menyelamatkan kamu daripada
mati di dalam telaga itu?” tanya gajah dengan
marah. “Ah! Aku tidak peduli!, Sekarang aku
lapar, aku mahu makan daging kamu.” Kata
harimau sambil mahu menerkam gajah.

9

Pada ketika itu, monyet sedang memerhatikan
gajah dan harimau dari atas sepohon pokok
berhampiran. Ia berfikir, sudah tiba masanya
ia mesti menolong gajah dan membalas budi
baik gajah yang telah membantu
menyelamatkan ia semasa terjatuh ke dalam
sungai. Monyet tidak sampai hati melihat
gajah mati dimakan harimau.

10

Tiba-tiba, monyet mendapat
suatu akal.

11

Dengan segera ia bertanya. “Apakah yang sedang
berlaku?” tanya monyet kepada harimau dan gajah.
“Tadi aku telah menghulurkan dahan pokok ke dalam
telaga bagi menolong harimau keluar dari telaga
itu,”kata gajah. “Tetapi, sekarang ia ingin memakan
daging aku pula,”kata gajah lagi. Tunjukkan kepada aku
kedudukan asal dahan pokok itu,”kata monyet. Gajah
pun menarik keluar dahan pokok itu dari telaga dan
meletakkannya Kembali ke tempat asal.

12

“Di manakah kamu ketika itu?” tanya monyet
kepada harimau pula. “Ketika itu, aku masih
berada di dalam telaga,” kata harimau. “Tunjukkan
kepada aku!” Kata monyet lagi. Tanpa berfikir
panjang, harimau pun terjun ke dalam telaga itu.
“Aku berada di dalam telaga inilah sebentar tadi!”
Jerit harimau dari dasar telaga itu. “Bagus!”
Sahut monyet. “Kamu duduklah di dalam telaga itu
sampai bila-bila kerana tidak ada haiwan lain yang
akan menolong kamu lagi,” jerit monyet.

13

“Terima kasih, monyet,” kata gajah dengan
senang hati. Kamu telah menyelamatkan aku dari
dimakan oleh harimau yang tidak mengenang budi
itu.“Sama-sama gajah”. Kata monyet. Semenjak
itu, gajah dan monyet menjadi sahabat baik.

14

Nilai murni
1. Buat baik dibalas baik.
2. Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada

orang yang telah menolong kita.

Pengajaran
1. Jangan pentingkan diri sendiri
2. Jangan mengambil kesempatan di atas

pertolongan yang telah diberikan.

15


Click to View FlipBook Version