The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Hawa, 2023-05-24 22:44:45

Buku Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping

Buku Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM TAIPING 2023 1 ATUR CARA MAJLIS 3 KATA ALU-ALUAN PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA 4 KATA ALU-ALUAN YANG DI PERTUA MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING 5 KATA ALU-ALUAN PENGETUA CEMERLANG MRSM TAIPING 6 AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT 2021-2023 7 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING 2023 8 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING KALI KE 19 2022 9 LAPORAN TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING SESI 2022- 2023 24 PENYATA KEWANGAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING 2022-2023 26 PEMBENTANGAN USUL 34 PERLANTIKAN JAWATANKUASA BARU 2023-2025 37 PERLANTIKAN TIGA ORANG WAKIL KE MESYUARAT MUAFAKAT KEBANGSAAN 38


Tarikh : 10 Mei 2023 Kepada, Ahli berdaftar MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping Maktab Rendah Sains MARA Taiping, Perak. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING KALI KE-20 2023 Perkara di atas dirujuk. 2. Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20, 2023 (MAT 2023) untuk MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sri Larut MRSM Taiping 3. Ahli berdaftar yang berhasrat untuk hadir ke MAT2023 dinasihatkan untuk : 3.1 Melengkapkan borang kehadiran (wajib) dan usul melalui google form https://forms.gle/fGPAtEA9ak8oasQZ8 3.2 dan kembalikan borang kehadiran tersebut sebelum atau pada 20 Mei 2023 4. Tahun ini, MAT 2023 merupakan Tahun Pemilihan Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping untuk sesi 2023- 2025. Oleh itu, ahli berdaftar boleh mencalonkan/ dicalonkan/ mengundi/ diundi untuk jawatan-jawatan berikut: 4.1 Seorang Pengerusi Tetap 4.2 Seorang Timbalan Pengerusi Tetap 4.3 Seorang Yang Dipertua 4.4 Seorang Naib Yang Dipertua 4.5 Tujuh orang AJK Ibu bapa 4.6 Seorang Juruaudit Ibu bapa 5. Borang pencalonan boleh didapati melalui google form: https://forms.gle/UnFFohnPDey5uCPq7 1


5.1 Calon/ Pencadang/ Penyokong untuk jawatan-jawatan tersebut di atas mesti di kalangan Ahli Berdaftar sahaja. 5.2 Calon/ Penyokong/ Pencadang untuk jawatan-jawatan tersebut di atas mesti hadir ke MAT 2023. 5.3 Kembalikan borang pencalonan tersebut sebelum atau pada 20 Mei 2023. Sekian untuk perhatian dan tindakan Ahli berdaftar. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” “CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG” Dengan segala hormat, SITI HAWA BINTI MOHD YUSOP Setiausaha MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping 2


ATUR CARA


ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20 MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING 8.30 pagi: Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati 9.00 pagi: Majlis Perasmian -Nyanyian lagu Negaraku - Bacaan Doa - Ucapan alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Taiping - Ucapan Perasmian oleh Pengetua Cemerlang MRSM Taiping 9.30 pagi: Mesyuarat Agung bermula - Ucapan alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Taiping - Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM Taiping Kali Ke-19 2022 - Membentang dan menerima Laporan Tahunan MUAFAKAT MRSM Taiping sesi 2022/2023 - Membentang dan menerima Laporan Penyata Kewangan MUAFAKAT MRSM Taiping Sesi 2022/2023 - Pembentangan dan Penerimaan Usul - Pembubaran Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping 2021-2023 - Pemilihan Jawatankuasa Baru MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping sesi 2023-2025 - Pemilihan 3 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan - Hal-hal Lain - Ucapan Penangguhan 11.00 pagi: Majlis Bersurai 3


Kata Kata alua-aluan KATA ALUALUAN


KATA ALU-ALUAN OLEH YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke-20 . Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anak-anak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023 4


KATA ALU-ALUAN OLEH FARIZ BIN ABD AZIZ Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping Bismillaahirrahmaanirrahiim, Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan segala nikmat yang diberi dan dengan izinNya saya diberi kesempatan untuk menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah banyak memberi komitmen dan kerjasama sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada pelajarpelajar, warga pendidik dan warga kerja MRSM Taiping di atas kejayaan cemerlang dalam SPM pada tahun 2021. Saya percaya kejayaan dan kecemerlangan pelajar adalah berkat usaha gigih pelajar, didikan dan bimbingan ibu bapa dan warga pendidik secara bersama dan istiqamah. Kejayaan tidak akan dicapai tanpa komitmen dan kerjasama dari semua pihak. Kerjasama dan komitmen dari ibu bapa, MUAFAKAT, pendidik dan seluruh warga MRSM Taiping telah membantu MRSM Taiping mencapai kejayaan yang disasarkan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Keberkesanan peranan dan kerjasama ini adalah penting demi melahirkan insan yang cemerlang serta bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara Akhir kata, saya bagi pihak MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2022, Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT, warga MRSM Taiping dan juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung pada tahun ini. Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati kerjasama dan sumbangan semua dalam memastikan kecemerlangan MRSM Taiping. Sekian, terima kasih. FARIZ BIN ABD AZIZ Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping 5


KATA ALU-ALUAN AZMAN BIN MANAP PENGETUA CEMERLANG MRSM TAIPING Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan izin-Nya saya dapat mencoret sebaris dua kata dalam buku laporan Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan MRSM Taiping kali ke-19 pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana menjayakan Mesyuarat Agung kali ini. Seterusnya pada kesempatan ini saya ingin berkongsi kegembiraan dan memanjat kesyukuran yang tidak terhingga atas pencapaian cemerlang MRSM Taiping dalam SPM 2021 yang lalu. MRSM Taiping telah berjaya menduduki tempat pertama MRSM se-Malaysia. Saya berharap jalinan ukhuwah dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan berkekalan demi meneruskan kecemerlangan MRSM Taiping bukan sahaja dalam bidang akademik , malah dalam bidang kokurikulum serta dapat melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji. Semoga hasrat murni ini akan mendapat keberkatan daripada-Nya. Akhir kata , saya mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ahli Permuafakatan MRSM Taiping dan sekalung tahniah kepada jawatankuasa Mesyuarat Muafakat MRSM Taiping dalam menjayakan mesyuarat pada tahun ini. Sekian, terima kasih. 'Muafakaf Membawa Berkat " AZMAN BIN MANAP Pengetua Cemerlang, Maktab Rendah Sains MARA Taiping 6


Jawatankuasa MUAFAKAT 2021-2023


JAWATANKUASA MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TAIPING SESI 2021/2023 JAWATAN NAMA PENASIHAT Tn Hj Azman bin Manap TIMB. PENGETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK Pn Asmah binti Ahmad Hambadley TIMB. PENGETUA PEMBANGUNAN PELAJAR En. Fauzi b. Raman TIMB. PENGETUA PEMBANGUNAN BAKAT En Ahmad Syukri bin Hariri YANG DIPERTUA En Fariz b. Abd Aziz TIMBALAN YANG DIPERTUA Tn Hj Nadzri b. Abu Bakar SETIAUSAHA Pn Siti Hawa bt. Mohd Yusop PEN. SETIAUSAHA Pn Nurul'ain binti Mokri BENDAHARI Pn. Norhayati Binti Mohd Shakawi AJK (IBU BAPA) 1. Pn Dayang Arbaiaah bt. Hashim 2. Pn Noraidilfitri bt. Hamzah 3. Pn Nurulasyikin bt. M Zawawi 4. En Rajendra A/L Subramaniam 5. En Adzim Mokhtar 6. En Zulkipli Hj Mohd Shaarif 7. Pn Noor Azlina bt Ariffin 8. Pn Suhaila Salleh AJK (GURU) 1. Pn. Mazlina bt. Mat Rashid 2. En. Mohamad Ronizan b. Saad 3. Pn. Nur Solehah bt. Rahim 4. Pn. Nurul Hanis bt. Mat Zaini 5. En. Mohd Roslan b. Mohd Noor JURUAUDIT 1. Pn Siti Noraini bt. Esa (Guru) 2. En Ahmad Zamri b. Hamid (Ibu bapa) 7


AGENDA Agenda Mesyuarat Agung Tahunan


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT KALI KE-20 2023 CAWANGAN MRSM TAIPING 1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Taiping 2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM Taiping Kali Ke-19 2022 3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan MUAFAKAT MRSM Taiping sesi 2022/2023 4. Membentang dan menerima Laporan Penyata Kewangan MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping Sesi 2022/2023 5. Pembentangan dan Penerimaan Usul 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping 2021- 2023 7. Pemilihan Jawatankuasa Baru MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping sesi 2023- 2025 8. Pemilihan 3 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan 9. Hal-hal Lain 10. Ucapan Penangguhan 11. Majlis Bersurai 8


Minit Mesyuarat


CAWANGAN MRSM TAIPING KALI KE – 19 2022 TARIKH : 30 OKTOBER 2022 MASA : 9.00 PAGI-12.40 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN SRI LARUT MRSM TAIPING KEHADIRAN : SEPERTI LAMPIRAN BIL PERKARA TINDAKAN 1.0 UCAPAN YANG DI PERTUA MUAFAKAT 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Taiping kali ke-19 ini. Makluman 2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-18 2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18 2021. 2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18 2021. Cadangan : Pn Nor Azah binti Osman Disokong : En Mohd Fakhrul Fahmi Makluman 3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI MUAFAKAT MRSM TAIPING OKTOBER 2021 HINGGA JULAI 2022. 3.1 Setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti MUAFAKAT pada tahun 2021 dan tahun 2022 yang berakhir pada Julai 2022. Makluman 9


4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN 2021 dan 2022 4.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan 2021 dan 2022 yang berakhir pada Jun 2022. 4.2 Pengesahan Penyata Kewangan 2021 dan 2022 yang berakhir pada Jun 2022 Cadangan : Pn Noor Shafina Mohd Nor Disokong : En Helmi bin Mohamed Makluman 5.0 MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL 5.1 Prasarana Usul/Cadangan Pengirim usul a. Mengecat bangunan dewan Sri Larut secara bergotong royong bersama pihak maktab iaitu muafakat / ansara. En. Fariz Abdul Aziz b. Menaiktaraf jalan masuk maktab utk kemudahan ibu bapa mengambil anak. MUAFAKAT dan ANSARA boleh menyumbang utk mencari dana JAWAPAN: Pihak maktab lebih bersetuju jika diadakan kutipan dana bagi penyelarasan dan kekemasan kerja. En. Fariz Abdul Aziz c. Sediakan ATM MEPS untuk pelajar agar dapat mengeluarkan wang tanpa perlu keluar maktab. JAWAPAN : Kad “cashless” bank rakyat sedang diusahakan oleh pihak koperasi. Diba binti Jamalluddin & Zaleha Binti Yusof 10


d. Adakan Vending machine makanan/minuman seperti Family Mart dan lain-lain kepelbagaian untuk pelajar terutama di kawasan asrama. JAWAPAN : Setakat ini “vending machine” oleh maktab diadakan di kawasan akademik sahaja. Diba binti Jamalluddin & Kamaratul Sarah bt Ahmad Tarmizi e. Adakan ‘student center’ di mana pelajar-pelajar boleh makan/belajar/riadah/bersukan selain dari asrama/kelas agar mereka kurang ber”outing”. JAWAPAN : Ada ruang santai/ “student centre” disediakan. Diba binti Jamalluddin f. Cadangan supaya diadakan gerai menjual makanan panas (nasi goreng/mee goreng/nasi lemak dan lain-lain) di dalam maktab untuk kemudahan pelajar membeli makanan bermasak sebagai pilihan sekiranya tidak sempat / kurang berminat makanan yang disediakan di dewan makan. JAWAPAN : Kafe koperasi telah sediakan. Zurina Zakaria g. Mengadakan dan membaikpulih fasiliti di asramaasrama kerana keadaan asrama kelihatan terlalu suram dan uzur kerana sudah berusia berpuluh tahun contohnya dinding atau tilam yang berkulat amat merbahaya kepada kesihatan pelajar. JAWAPAN : Proses baik pulih akan dibuat secara berperingkat, melupus dan diganti yang baharu di kawasan asrama dan akademik. Suhaila Binti Salleh 5.2 Homeroom Usul/Cadangan Pengirim usul a. Mengadakan perjumpaan antara Homeroom dan ibu bapa 3 bulan sekali bergantung kepada minggu yg sesuai. En. Fariz Abdul Aziz 11


b. Group WhatsApp/ Telegram perlu diwujudkan bagi ibubapa & Homeroom berkomunikasi mencapai kecemerlangan anak-anak. Nur Huslinda Binti Che Mat c. Saya berharap cikgu homeroom menjadi perantara di antara anak dan waris memandangkan setiap pelajar mempunyai homeroom masing masing untuk dirujuk bagi memudahkan waris mengetahui perkembangan anak anak di asrama. Cikgu homeroom dapat menyalurkan hal hal terkini seperti kesihatan pelajar, pelajaran dan tingkah laku mereka di maktab. Khairol Azhar bin Mohamed Mostar JAWAPAN: Penambahbaikan dibuat dari masa ke masa. 5.3 Lawatan Ibu Bapa / Pelajar keluar ke bandar Usul/Cadangan Pengirim usul a. Ibubapa dibenarkan melawat anak pada hujung minggu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. JAWAPAN: Dibenarkan jika tiada program/aktiviti di maktab. Haryanty bt Mohd Seat b. Mohon agar waris dapat masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar dan mengambil anak dalam kawasan sekolah kerana ada ruang untuk parking yang agak banyak. JAWAPAN: Dibenarkan dengan keperluan tertentu terutama waktu hujan, tetapi perlu ambil dan bawa keluar dengan segera untuk mengelakkan kesesakan. Salasiah bt Abd Rashid c. Kantin Maktab boleh digunakan dan ada jualan kepada ibu bapa pada hari lawatan anak hujung minggu. JAWAPAN: Dibenarkan ibubapa yang datang melawat membeli di kafe/koperasi mengikut syarat dan masa yang ditetapkan. Zullkofli bin Ayub 12


d. Penjadualan Tarikh Outing. Tarikh tersebut boleh dibatalkan sekiranya terdapat keperluan. Rozalina Omar e. Mohon anak-anak diberikan kelonggaran untuk keluar outing dalam masa yang sama anak-anak boleh merehatkan minda, lapangkan dada dan boleh fokus untuk peperiksaan akan datang. Roslin Binti Bakar f. Memberi kebenaran outing kepada para pelajar selepas endemik dan kebenaran ibubapa untuk melawat pelajar di dalam kawasan sekolah pada hujung minggu. Mohd Nasir Bin Othman g. Ditambah masa outing Zaleha Binti Yusof JAWAPAN: Tarikh outing boleh berubah jika terdapat program yang tidak dapat dielakkan oleh pihak maktab. Masa outing pelajar masih sama iaitu perlu kembali ke maktab sebelum jam 6 petang. Setakat ini tiada perubahan masa. 5.4 Program akademik Usul/Cadangan Pengirim usul a. Kepada para pelajar yang gagal subjek-subjek tertentu dalam ujian formatif baru-baru ini, apakah pelan tindakan sekolah bagi membantu mereka. Sebagai ibu bapa, saya mohon pencerahan dari pentadbiran sekolah untuk isu ini. JAWAPAN: Antara program yang telah dan sedang dilaksanakan ialah memastikan pelajar berkenaan terus berjumpa guru, mengadakan program gemilang mengikut jadual subjek tertentu dan pihak kaunselor turut berjumpa dengan pelajar-pelajar ini bagi memberi motivasi. Mohd Nasir Bin Othman b. Report Card Day. Sesi taklimat berkenaan prestasi pelajar kpd waris. Boleh dilakukan melalui perjumpaan terus, melalui panggilan telefon ataupun perhubungan whats App/Telegram. Abdul Malek bin Rawi 13


c. Mengadakan lawatan sambil belajar ke universiti terpilih sebagai salah satu aktiviti ting 5. Memberi peluang dan membuka minda pelajar pilihan aliran yg akan mereka ambil setelah spm. Abdul Malek bin Rawi d. Memberi rehat tanpa sebarang aktiviti kecuali solat berjemaah kpd pelajar dari tengahari sabtu hingga petang ahad. Memberi peluang kepada belajar untuk menyiapkan tugasan yg diberikan dan juga rehat yg mencukupi. Prep diteruskan pada ahad malam. Abdul Malek bin Rawi e. Usul diadakan program pertukaran pelajar tingkatan 4 dalam kalangan pelajar MRSM Bitara, Iaitu MRSM Tun Ghafar Baba dan MRSM Pengkalan Chepa. Dengan cara ini, pelajar boleh bertukar maklumat, pengalaman dan strategi menghadapi peperiksaan SPM bagi memastikan kecemerlangan GPS SPM MRSM Taiping dan kemenjadian pelajar. Suffian bin Abd Karim f. Saya cadangkan untuk pelajar yang lemah setiap mata pelajaran, diberi kelas tambahan oleh cikgu atau diberi perhatian yang lebih kerana bimbang pelajar tidak boleh belajar sendiri untuk subjek yang sukar memandangkan pelajar tidak cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran tersebut. Noor Azlina bt Ariffin & Kamaratul Sarah bt Ahmad Tarmizi & Norlaila Bt Mohamad Yussof g. Mengadakan dan memberikan maklumat atau updates terhadap status pembelajaran pelajar-pelajar kepada pihak waris melalui Cikgu-cikgu Homeroom dan berharap untuk pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran atau sosial diberikan kelas tambahan. Suhaila Binti Salleh JAWAPAN: In syaa Allah, semua cadangan yang diusulkan diambil maklum untuk tindakan penambahbaikan pada masa akan datang. h. Liputan Wifi yg lemah mesti di selesaikan Sebagai sebuah sekolah yg membawa gelaran "Apple Distinguished", banyak kerja sekolah, Projek dan "Administrative Related Activities" yg melibatkan semua pelajar (dan juga Guru/Staff) yg Nazmi Bin Mohamad Habali 14


memerlukan penggunaan iPad/Smartphone dan internet access yg baik di seluruh kawasan sekolah. Untuk itu, khusus kepada MRSM Taiping, Wifi signal yg kuat dan menyeluruh di semua kawasan sekolah ialah satu keperluan asas, bukannya kehendak mewah. Paling minimum: semua kawasan blok pentadbiran dan kelas, semua kawasan asrama, dewan selera, surau dan kawasan padang yg berdekatan dengan blok sekolah mesti ada WiFi coverage. Pihak sekolah mesti ada pelan yg konkrit dengan milestone yg jelas bilakah keperluan ini akan direalisasikan. Apa yg diperlukan, berapakah kosnya, bila pemasangan akan dibuat dan fasa-fasanya, dimana dan siapa yg akan mengelolakannya? Perlu ada ketua projek yg akan melaporkan status projek terus ke Pengetua dari masa ke semasa. i. Usul supaya kemudahan dan kelajuan Internet/Fiber Optik di maktab dinaiktaraf sehingga kelajuan 800 Mpbs bagi memudahkan pelajar untuk akses, muat naik dan muat turun bahan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Sekiranya perlu, mungkin boleh diadakan kutipan dana dalam kalangan Ibu Bapa/ penjaga pelajar Suffian bin Abd Karim JAWAPAN : Hampir keseluruhan kawasan MRSM telah dilengkapi dengan wifi yang boleh digunakan oleh semua pelajar. Talian 1 Govnet yang dibekalkan oleh MARA adalah 150 Mbps dan talian Unifi 800 Mbps yang diusahakan oleh ANSARA. Penambah baik liputan akan dilakukan di beberapa kawasan yang sebelum ini dikenalpasti agak kurang liputan internetnya. j. Lanjutkan masa wifi kerana ada pelajar yang belajar lewat malam. JAWAPAN : Setakat ini, wifi maktab dibuka jam 5.30 pagi hingga 10.30 malam sahaja dan tiada perancangan lagi untuk dilanjutkan. Bagi ruang untuk pelajar berehat/ tidur secukupnya pada sebelah malam. Fadzilahusni Husain & Joari Mohamad Jaafar 15


5.5 Program kerohanian Usul/Cadangan Pengirim usul a. Program usrah pelajar dgn bimbingan kaunselor/senior/guru/warden untuk pemantapan rohani mengikut homeroom masing-masing. Kamaratul Sarah bt Ahmad Tarmizi b. Diadakan program halaqah quran dan majlis khatam quran utk pelajar-pelajar Zaleha Binti Yusof JAWAPAN : Telah dilaksanakan oleh Unit Amal Islami dan Badan Dakwah dan Kerohanian Badan Wakil Pelajar. 5.6 Isu keselamatan Usul/Cadangan Pengirim usul a. Mana-mana tangga atau anak tangga yg pelajar selalu tergelincir perlu dibaiki supaya berkeadaan selamat. JAWAPAN : Kawasan yang berkaitan dikenalpasti untuk penambahbaikan. Zullkofli bin Ayub b. Menukar seterika lama di asrama yang berrisiko dari segi keselamatan. Alat elektrik lama boleh mendedahkan penghuni asrama kepada lintas pintas, kecederaan dan kebakaran. Model lama juga tidak efisyen tenaga elektrik. JAWAPAN : Unit asrama ambil maklum untuk tindakan lanjut. Ernniey bt Norsani c. Cadangan supaya kehadiran kera-kera yang berkeliaran di kawasan maktab dilaporkan kepada Jabatan PERHILITAN Negeri yang berhampiran untuk tindakan Jabatan tersebut kerana kera-kera berkenaan sering mengganggu pelajar-pelajar di maktab. Zurina Zakaria 16


JAWAPAN : Telah dilaporkan kepada pihak PERHILITAN untuk tindakan selanjutnya. d. Kawalan supaya monyet/kera tidak memasuki asrama dan kelas perlu dipertingkat. Zullkofli bin Ayub e. Meminta pihak Maktab supaya dapat mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian serangan monyet yang mencerobohi kawasan asrama dan kelas. Terlampau banyak kes kerosakan dan kehilangan barang-barang pelajar. Harap tidak akan berlaku penyerangan terhadap pelajar/warga maktab di masa hadapan. Suhaila Binti Salleh JAWAPAN : Pelajar sentiasa diingatkan untuk tidak meninggalkan makanan di atas meja atau almari atau terdedah di tempat yang senang di lihat. Tingkap perlu sentiasa di tutup apabila keluar dari asrama. 5.7 Mesyuarat muafakat a. Mesyuarat Muafakat dilakukan secara atas talian agar tidak membebankan ibubapa. JAWAPAN : Akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK mengikut keperluan. Nur Huslinda Binti Che Mat 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Pertanyaan dari En Fahuznazam bin Nik Mohd Najmi berkenaan bayaran untuk program ICT dan sumbangan am dalam laporan kewangan tahunan Muafakat. 6.1.1 Penjelasan dari bendahari bahawa bayaran ini digunakan untuk 1. Bayaran internet talian Unify 2. Peralatan ICT lebih kurang RM 5000 17


3. Pembelian 4 unit LCD projector 4. Pembelian adaptor VGA untuk PdPc 6.1.2 Perbelanjaan bagi sumbangan am diantaranya ialah sumbangan banjir dan perbelanjaan untuk jamuan SPM 2021. 6.2 En Suffian bin Abd Karim menyatakan bahawa jika menggunakan internet dalam talian , caj bank sepatutnya lebih rendah dari RM 117 (seperti tercatat dalam penyata kewangan tahunan) Untuk makluman, caj untuk servis transaksi adalah sebanyak RM 30. Jadi caj dikenakan sebanyak dua kali, total menjadi RM 60. 6.3 Pengetua mencadangkan supaya laporan kewangan tahunan Muafakat MRSM Taiping akan disediakan mengikut tahun kewangan mulai Januari hingga Disember tahun semasa. 6.4 Pn Azwa bt Zaki mencadangkan agar penyata tahunan pada masa akan datang dibuat secara terperinci. 6.5 Pertanyaan dari En Suffian bin Abd Karim, adakah program Ulul Albab dilaksanakan semasa PKP? Jawapan dari TPPP, program Mini Ulul Albab dijalankan secara dalam talian. Makluman Bendahari Bendahari Bendahari Makluman 7.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT OLEH YDP 9.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengharapkan agar kerjasama dan sokongan antara Muafakat, Ansara, pengurusan maktab, guru-guru, ibu bapa dan pelajar sentiasa terjalin erat demi meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar. Makluman 18


9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengahari. Dicatatkan oleh, Disahkan oleh, ………………………………… SITI HAWA BINTI MOHD YUSOP Setiausaha Muafakat MRSM Taiping Sesi 2021/2023 …………………………………… FARIZ BIN ABD AZIZ Yang DiPertua Muafakat MRSM Taiping Sesi 2021/2023 19


SENARAI KEHADIRAN AHLI MESYUARAT MUAFAKAT KALI KE-19 2022 Bil Nama anggota Ibu bapa/ Guru 1 Fariz Abdul Aziz YDP 2 Prof. Madya Dr Norehan Mokhtar Pengerusi tetap 3 Siti Hawa bt. Mohd Yusop AJK Guru 4 Norhayati Binti Mohd Shakawi AJK Guru 5 Dayang Arbaiaah bt. Hashim AJK Ibu Bapa 6 Mazlina bt. Mat Rashid AJK Guru 7 Mohamad Ronizan b. Saad AJK Guru 8 Nur Solehah bt. Rahim AJK Guru 9 Nurul Hanis bt. Mat Zaini AJK Guru 10 Mohd Roslan b. Mohd Noor AJK Guru 11 Siti Noraini bt. Esa AJK Guru 12 Adzim bin Mokhtar AJK Ibu Bapa 13 Suhaila Binti Salleh AJK Ibu Bapa 14 Zulkipli Hj Mohd Shaarif AJK Ibu Bapa 15 Noor Azlina bt Ariffin AJK Ibu Bapa 16 Abd Majid bin Abd Ghani Ibu Bapa/ Penjaga 17 Abdul Malek bin Rawi Ibu Bapa/ Penjaga 18 Ahmad Jaafar Ibu Bapa/ Penjaga 19 Ahmad Khairuddin bin Azahri Ibu Bapa/ Penjaga 20 Ahmad Razlan bin Zahar Ibu Bapa/ Penjaga 21 Ahmad Shahriman Johari Ibu Bapa/ Penjaga 22 Ahmad Zaidi Yusuf Ibu Bapa/ Penjaga 23 Amierul Hamzah bin Puat Nelson Ibu Bapa/ Penjaga 24 Aniza Abdul Aziz Ibu Bapa/ Penjaga 25 Arni Samsudin Ibu Bapa/ Penjaga 26 Asni binti Yusuh Ibu Bapa/ Penjaga 27 Azian Binti Ahmad Ibu Bapa/ Penjaga 28 Azlida bt Md Yusof Ibu Bapa/ Penjaga 29 Aznor binti Hasnan Ibu Bapa/ Penjaga 30 Azrulhizam Suriady bin Ahmad Sobri Ibu Bapa/ Penjaga 31 Azwa binti Zaki Ibu Bapa/ Penjaga 32 Che Norlia binti Che Mat Ibu Bapa/ Penjaga 33 Danalis bin Khabi Ibu Bapa/ Penjaga 34 Darmilatul Khomar Binti Baharudin Ibu Bapa/ Penjaga 35 Diba binti Jamalluddin Ibu Bapa/ Penjaga 36 Eddynor b Manshor Ibu Bapa/ Penjaga 37 Ernniey bt Norsani Ibu Bapa/ Penjaga 38 Erza bin Anas Ibu Bapa/ Penjaga 20


39 Farah Lisa Ghazali Ibu Bapa/ Penjaga 40 Faridah binti Osman Ibu Bapa/ Penjaga 41 Fauziah Hanim bt Ismail Ibu Bapa/ Penjaga 42 Ghazali bin hussin Ibu Bapa/ Penjaga 43 Habikah Abdul Kadir Ibu Bapa/ Penjaga 44 Hairol bin Idris Ibu Bapa/ Penjaga 45 Hanisal bin Hussaini Ibu Bapa/ Penjaga 46 Hartini binti Hamif Ibu Bapa/ Penjaga 47 Haryanty bt Mohd Seat Ibu Bapa/ Penjaga 48 Haslina binti Mohamad Ibu Bapa/ Penjaga 49 Hayati binti Yob Ibu Bapa/ Penjaga 50 Hazni Salwa binti Yusof Ibu Bapa/ Penjaga 51 Helmi bin Mohamed Ibu Bapa/ Penjaga 52 Hj Alias Hashim Ibu Bapa/ Penjaga 53 Jamilah binti Jamaluddin Ibu Bapa/ Penjaga 54 Jamilah binti Saad Ibu Bapa/ Penjaga 55 Jazi Iqwan bin Ja'afar Ibu Bapa/ Penjaga 56 Juriah Bt Md Nor Ibu Bapa/ Penjaga 57 Kamaluddin bin Abdul Razak Ibu Bapa/ Penjaga 58 Khairi Anuar Bin Shaharuddin Ibu Bapa/ Penjaga 59 Khairil Anwar Bin Hanafi Ibu Bapa/ Penjaga 60 Khairuddin Bin Sabri Ibu Bapa/ Penjaga 61 Khairul Anuar bin Wahidin Ibu Bapa/ Penjaga 62 Marzalina Binti Md Kamal Ibu Bapa/ Penjaga 63 Mas Linda Idris Ibu Bapa/ Penjaga 64 Mazlina binti Mohd Idris Ibu Bapa/ Penjaga 65 Maznieta Binti Ahmad Ibu Bapa/ Penjaga 66 Md Yazid Ahmad Ibu Bapa/ Penjaga 67 Mohamad Shaiful Ashrul bin Ishak Ibu Bapa/ Penjaga 68 Mohamad Suhaimi bin Salleh Ibu Bapa/ Penjaga 69 Mohamad Sukry bin Salim Ibu Bapa/ Penjaga 70 Mohammad Khairi b Saat Ibu Bapa/ Penjaga 71 Mohd Bakhri Ali Ibu Bapa/ Penjaga 72 Mohd Faisal bin Alias Ibu Bapa/ Penjaga 73 Mohd Fakhrul Fahmi Ibu Bapa/ Penjaga 74 Mohd Khairul Anuar bin Mamat Ibu Bapa/ Penjaga 75 Mohd Khairul Anuar bin Omar Ibu Bapa/ Penjaga 76 Mohd Nasir Bin Othman Ibu Bapa/ Penjaga 77 Mohd Nazree Mhd Noor Ibu Bapa/ Penjaga 78 Mohd Noor Najib Abd Karim Ibu Bapa/ Penjaga 79 Mohd Sarul Rizal bin Mohd Yaziz Ibu Bapa/ Penjaga 80 Mohd Zamzuri bin Shaari Ibu Bapa/ Penjaga 21


81 Mohd.Shubhi Bin Omar Ibu Bapa/ Penjaga 82 Muhammad Faizul Supandi Ibu Bapa/ Penjaga 83 Nadzri bin Idris Ibu Bapa/ Penjaga 84 Nazmi Bin Mohamad Habali Ibu Bapa/ Penjaga 85 Nik Fahusnaza Bin Nik Mohd Najmi Ibu Bapa/ Penjaga 86 Noor Adni Bt Mohamad @ Mohamad Adnan Ibu Bapa/ Penjaga 87 Noor Asmah binti Hamid Ibu Bapa/ Penjaga 88 Noor Asmahani binti Husin Ibu Bapa/ Penjaga 89 Noor Hasmidar binti Abdul Hamid Ibu Bapa/ Penjaga 90 Noor Shafina Mohd Nor Ibu Bapa/ Penjaga 91 Nor Azah binti Osman Ibu Bapa/ Penjaga 92 Nor Laili Hassan Ibu Bapa/ Penjaga 93 Norazaruddin Ngatmun Ibu Bapa/ Penjaga 94 Norazlin binti Haji Suboh Ibu Bapa/ Penjaga 95 Norhana Binti Hamzah Ibu Bapa/ Penjaga 96 Norhayati binti Mohaidin Ibu Bapa/ Penjaga 97 Norhayati Husain Ibu Bapa/ Penjaga 98 Noridayu binti Ismail Ibu Bapa/ Penjaga 99 Norlaila Bt Mohamad Yussof Ibu Bapa/ Penjaga 100 Normala bt Othman Ibu Bapa/ Penjaga 101 Norulhuda binti Yaacob Ibu Bapa/ Penjaga 102 Norzita binti Mohd Nor Ibu Bapa/ Penjaga 103 Nur Huslinda Binti Che Mat Ibu Bapa/ Penjaga 104 Nurul Amri bin Ahmad Ibu Bapa/ Penjaga 105 Ramli bin Baharim Ibu Bapa/ Penjaga 106 Rohani binti Zan Ibu Bapa/ Penjaga 107 Roshawani binti othman Ibu Bapa/ Penjaga 108 Rosita binti Radzi Ibu Bapa/ Penjaga 109 Roslina Bt Jalil Ibu Bapa/ Penjaga 110 Rubia Ahmad Bashah Ibu Bapa/ Penjaga 111 Salasiah binti Rajuli Ibu Bapa/ Penjaga 112 Salasiah bt Abd Rashid Ibu Bapa/ Penjaga 113 Salehudin Abdullah Ibu Bapa/ Penjaga 114 Sharizan Ahmas Ibu Bapa/ Penjaga 115 Sheikh Nurazhar Ibu Bapa/ Penjaga 116 Siti Normaziah binti Kassim Ibu Bapa/ Penjaga 117 Siti Roziena bt Basiron Ibu Bapa/ Penjaga 118 Siti Shawarni Abd hamid Ibu Bapa/ Penjaga 119 Suffian bin Abd Karim Ibu Bapa/ Penjaga 120 Suryati binti Ismail Ibu Bapa/ Penjaga 121 Tengku Shahrul Azani Bin Tengku Mohd Yusof Ibu Bapa/ Penjaga 122 Tun Maizura Mohd Fathullah Ibu Bapa/ Penjaga 22


123 Wan Mohd Khairul Syahman Bin Wan Khairuldin Ibu Bapa/ Penjaga 124 Wan Mokhtaruddin bin Wan Abdullah Thani Ibu Bapa/ Penjaga 125 Wan Muhammad Hisham Wan Hilal Ibu Bapa/ Penjaga 126 Wan Nazariah binti Shamsudin Ibu Bapa/ Penjaga 127 Wan Nazatul Shima binti Shahidan Ibu Bapa/ Penjaga 128 Yuhanis Binti Mohd Yusoff Ibu Bapa/ Penjaga 129 Yuzma binti Yuzma Ibu Bapa/ Penjaga 130 Zalinah Mohd Khalid Ibu Bapa/ Penjaga 131 Zolkifli bin Mohd Rashdi Ibu Bapa/ Penjaga 132 Zulkifli Bin Mohd Khalid Ibu Bapa/ Penjaga 133 Zullkofli bin Ayub Ibu Bapa/ Penjaga 134 Zulraimi Bahar Ibu Bapa/ Penjaga 135 Zumariyah Jennal Ibu Bapa/ Penjaga 23


Laporan Aktiviti Tahunan 2022-2023


AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN TAHUN 2022 BIL TARIKH AKTIVITI 1. 24/1/2022 Sumbangan Majlis Makan Malam Tahunan Pelajar Ting. 5 2021 2. 24/1/2022 Sumbangan cenderahati sempena Majlis Graduasi Pelajar Ting. 5 2021 3. 2/2 & 3/2/2022 Perjalanan pulang pelajar ting 4 sempena Cuti Tahun Baru Cina ke maktab semula menggunakan bas sewa khas yang diuruskan oleh biro pengangkutan 4. 7/2/2022 Sumbangan Pembelian Hadiah Persaraan Pengetua 5. 8/2/2022 Sumbangan Untuk Majlis Persaraan Pengetua 6. 11/2/2022 Sumbangan 300 Covid test kit untuk kegunaan pelajar Ting 4 7. 12/2/2022 Sumbangan air mineral (50 karton) dan 100 plus (25 karton) kepada pelajar MRSM Taiping 8. 4-24/3/2022 Sumbangan makanan kepada calon SPM 2021 sepanjang peperiksaan SPM 2021/ Meal SPM 2021 9. 15-23/3/ 2022 Pelancaran Tabung Prihatin Risya binti Ralis (Bapa meninggal) 10. 23/3/2022 Sumbangan hadiah penghargaan kepada semua guru 11. 28/3/2022 Sumbangan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sem 2, 2021 secara atas talian 12. 4/4/2022 Program perkhidmatan bas untuk pelajar ting 5 kembali ke maktab 13. 8/4/2022 Program Infaq dan Waqaf Ramadhan 2022 dilancarkan. 14. 28/4/2022 Majlis Iftar perdana dan sumbangan duit raya kepada pelajar, guru dan staff 15. 29/4/2022 Program perkhidmatan bas untuk pelajar pulang sempena cuti Hari Raya 16. 8/5/2022 Program perkhidmatan bas untuk pelajar kembali ke maktab 17. 9/5/2022 Sumbangan Muafakat kematian pelajar SPM 2021, Ahmad Anas bin Mohammad Hanapiah. 18. 19/5/2022 Sumbangan Muafakat Kematian Bapa Pelajar Dayana Natasha 19. 23/5/2022 Sumbangan Muafakat Untuk Jamuan Hari Raya Aidilfiti MRSM Taiping 20. 3/6/2022 Program perkhidmatan bas untuk pelajar pulang bercuti sempena cuti Pertengahan Semester 1 21. 11-12/6/2022 Program perkhidmatan bas untuk pelajar kembali semula ke maktab 22. 23/6/2022 Sumbangan untuk pesta Durian dan buah-buahan 23. 1/7/2022 Jamuan Kesyukuran SPM 2021 untuk Guru dan Staff 24. 7/7 dan 12/7/2022 Program perkhidmatan bas untuk pelajar pulang bercuti sempena cuti Aidil Adha dan kembali semula ke maktab 25. 30/7/2022 Sumbangan Muafakat untuk Mesyuarat AGM kali ke 19 26. 31/7/2022 Sumbangan Muafakat Untuk Hari Asrama 27. 5/8/2022 Sumbangan Muafakat untuk Ragbi 28. 15/8/2022 Sumbangan Muafakat untuk pembinaan dataran kepimpinan pelajar 29. 17/8/2022 Pembelian 1 set robot untuk kegunaan pertandingan robotik 30. 28/8/2022 Sumbangan Muafakat untuk Insentif kemenangan kepada peserta Bola Tampar Sukan Muhibbah MRSM Perak 24


31. 29/10/2022 Sumbangan Muafakat untuk Program MRSM Got Talent 32. 3/12/2022 Penghantaran 3 wakil AJK Muafakat ke Mesyuarat Agung Muafakat Kebangsaan di UniKl 33. 10/12/2022 Sumbangan untuk Hari Keluarga Guru dan Staf Mrsm Taiping AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN TAHUN 2023 SEHINGGA MEI BIL TARIKH AKTIVITI 1. Jan – Mac 2023 Sumbangan untuk aktiviti program Gemilang SPM 2022 dan “Meal” SPM 2022 2. 27/1/2023 Sumbangan untuk program Solat Hajat dan Doa Restu SPM 2022 3. 28/1/2023 Sumbangan kepada pelajar untuk Hari Graduasi SPM 2022 4. 28/2/2023 Sumbangan pembelian cat untuk keceriaan asrama sempena Gotong Royong Perdana 5. 14/4/2023 Sumbangan Ramadhan Bersamaku Bersama anak-anak yatim dan asnaf rumah Nur Kasih di Hotel Taiping Perdana 6. 17/4/2023 Sumbangan duit raya kepada pelajar dan guru homeroom sempena Iftar Perdana dan sumbangan 2 buah kerusi roda untuk kegunaan pelajar yang sakit. 7. 18/4/2023 Perjalanan pulang pelajar ting 4 dan 5 sempena Cuti Aidil Fitri ke rumah masing-masing menggunakan bas sewa khas yang diuruskan oleh biro pengangkutan 8. April 2023 Sumbangan untuk Aktiviti Program Gemilang SPM 2023 Disediakan oleh: SITI HAWA BINTI MOHD YUSOP Maktab Rendah Sains MARA Taiping, Perak. 25


PENYATA KEWANGAN 2022-2023


26


27


28


29


30


31


32


33


Usul/ Cadangan Ibubapa / Penjaga


USUL-USUL DAN CADANGAN IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR BIL USUL/CADANGAN NAMA IBU BAPA/PENJAGA 1 Prasarana a) Menaik taraf Dewan Sri Larut dan badminton court untuk kemudahan riadah dan aktiviti pelajar. Noor Hisham Bin Kamaruddin b) Menaik taraf asrama seperti meletak tikar getah. Noor Hisham Bin Kamaruddin c) Meningkatkan lagi keceriaan di kawasan maktab seperti perbanyakkan lagi pokok-pokok bunga dan mengecat balik bangunan-bangunan yang cat telah pudar. Noor Hisham Bin Kamaruddin d) Mencadangkan koop tidak menjual makanan dari Korea yg kurang sesuai dan tidak dipastikan halal seperti ramen. Abd Majid bin Abd Ghani e) Keadaan di asrama yang memerlukan banyak penambahbaikan kerana terlalu uzur dan mungkin boleh diadakan gotong-royong bersama ibubapa dan Muafakat selain mencari dana untuk membantu maktab bagi memudahkan urusan penambahbaikan infrastruktur yang terjejas. Suhaila binti Salleh 2 Situasi semasa/ peraturan maktab a) Pihak maktab dicadangkan agar membenarkan pelajar perempuan memakai baju kurung moden yg tiada pesak tetapi tidak ketat .Hal ini kerana baju kurung ada pesak sukar didapati di pasaran yg menyebabkan ibu bapa terpaksa membeli kain dan mengupah orang menjahit, menjadikan kosnya tinggi. Perkara ini tentulah menyukarkan ibubapa yang berpendapatan kecil. Abd Majid bin Abd Ghani 3 Lawatan Ibu Bapa / Pelajar keluar ke bandar a) Kaji semula peraturan keluar bandar. Cadangan, pelajar boleh keluar ke bandar tanpa penjaga. Shairulfezel bin Mohd Sharif b) Kaji semula peraturan pulang bermalam. Cadangan, pelajar boleh pulang bermalam tanpa dijemput penjaga dengan syarat ada kelulusan bertulis dari penjaga. Shairulfezel bin Mohd Sharif c) Mencadangkan ibu bapa boleh masuk dengan kereta kekawasan maktab apabila melawat atau menunggu anak untuk pulang bermalam, kerana maktab pun mempunyai kawasan parkir yg luas. Menunggu diluar Abd Majid bin Abd Ghani 34 4


kadangkala menggangu orang awam lain yang menggunakan jalan yang sama untuk ketaman suria atau sebaliknya. d) Program melawat anak di sekolah boleh di buka bagi ibu bapa menziarahi anak-anak di asrama. Azman bin Tahir@ Mohamed Tahir e) Ibu bapa dibenarkan melawat anak di dalam maktab tanpa perlu outing. Noor Azlina bt Ariffin 4 Program akademik a) Muafakat memainkan peranan lebih aktif dlm menjadikan anak-anak MRSM Taiping terbaik dan paling bernilai dalam pasaran negara. Antaranya: 1. Peranan perlu ditumpukan dalam membantu merit PAJSK ditahap optima 2. Pendedahan kepada intitusi pendidikan terunggul (dalam dan luar negara) kpd pelajar. 3. Interaksi pelajar & penaja (post SPM) perlu digiatkan. 4. Program motivasi yg berterusan terutama utk pelajar tingkatan 5 Sansubari bin Che Mud b) Harap maktab dapat memberikan perhatian yang lebih kepada pelajarpelajar yang lemah yang tidak menunjukkan keputusan yang memberansangkan. Noor Azlina bt Ariffin c) Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada Muafakat Kebangsaan kerana telah berjaya mengadakan Tuisyen Muafakat MARA Pada 27 Februari - 10 Mac 2023. Usul saya adalah kita perbanyakkan lagi Tuisyen Muafakat MARA ketika cuti sekolah terutama dalam kalangan pelajar tahun 4 agar GPS SPM MRSM Taiping boleh mencapai bawah 1.29 setiap tahun. Di samping pelajar boleh bertukar maklumat, pengalaman dan strategi menghadapi peperiksaan SPM bagi memastikan kecemerlangan GPS SPM MRSM Taiping dan kemenjadian pelajar. Suffian bin Abd Karim d) Sesi runding cara akademik (RCA) merupakan salah satu cara terbaik untuk Ibubapa mengetahui prestasi pelajar daripada pihak guru. Saya mengusulkan agar diperluaskan lagi Runding Cara Akademik (RCA) dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 dan semua pelajar Tingkatan 5 tanpa mengira Purata Nilai Gred (PNG) pelajar Suffian bin Abd Karim e) Cara bagaimana pihak maktab menangani isu stress di kalangan pelajar. Meshahery bin Sahin f) Kelajuan Internet/Fiber Optik di maktab adalah 800 Mpbs. Saya mengusulkan agar di tambah router di tempat signal wifi yang lemah/tiada signal wifi bagi memudahkan pelajar untuk akses, muat naik dan muat turun bahan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan tngkatkan markah pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum Suffian bin Abd Karim dan Meshahery bin Sahin 35


(PAJSK) pelajar. Sekiranya perlu, mungkin kita boleh adakan kutipan dana dalam kalangan ibubapa/ penjaga/ Ahli Korporat/ masyarakat dan lain-lain pihak. 5 Program Homeroom a) Mengeratkan hubungan yang lebih rapat dan mesra antara maktab, pentadbir, muafakat, waris anak/waris homeroom dan anak-anak. Kebanyakan waris malu untuk memulakan langkah mengenali guru-guru anak kerana bimbang menganggu privacy. Jadi, besar harapan kami agar hubungan sebagai satu keluarga ini dimulakan oleh guru.guru. Berada di MRSM Taiping terasa agak jauhnya hubungan antara guru dan waris. Hubungan yang baik antara semua pihak adalah jalan ke arah kecemerlangan sahsiah, disiplin dan akademik anak-anak. In shaa Allah. Ja’afar bin Yen b) Perjumpaan homeroom bersama ibu bapa harap dapat diadakan sekerap yang boleh untuk mengetahui hal berkaitan akademik dan sahsiah anak anak sepanjang kehidupan di maktab. Noor Azlina bt Ariffin c) Harap pihak maktab dapat mengadakan perjumpaan antara Homeroom dan waris-waris, mohon diadakan sebolehnya sebanyak 2 kali sepanjang 4 semester persekolahan di maktab untuk mengetahui tentang situasi akademik dan sahsiah pelajar tanpa mengira kedudukan pointers lemah atau tinggi. Ini adalah kerana terdapat para waris yang merasakan sukar untuk berhubung dengan guru homeroom anak-anak mereka. Mungkin juga boleh diadakan konsep “Open Day” untuk para waris bertemu dan mengenali lebih lanjut tentang perkembangan anak-anak dan dapat mengenali guru-guru yang terlibat yang banyak menaburkan jasa dalam pendidikan anak-anak di maktab. Suhaila binti Salleh 6 Isu keselamatan a) Mmbincangkan cara mengatasi gangguan monyet. Noraslinda Bt Abdul Hamid 36


Pemilihan AJK Baharu MUAFAKAT Cawangan Taiping 2023-2025


JAWATANKUASA MUAFAKAT 2023-2025 PENGERUSI TETAP : _____________________________________________________________ TIMBALAN PENGERUSI TETAP : ____________________________________________________ YANG DI PERTUA : ______________________________________________________________ NAIB YANG DI PERTUA : _________________________________________________________ SETIAUSAHA : __________________________________________________________________ BENDAHARI : __________________________________________________________________ 7 AJK IBU BAPA : 1) ___________________________________________ 2) ___________________________________________ 3) ___________________________________________ 4) ___________________________________________ 5) ___________________________________________ 6) ___________________________________________ 7) ___________________________________________ 5 AJK GURU : 1) ___________________________________________ 2) ___________________________________________ 3) ___________________________________________ 4) ___________________________________________ 5) ___________________________________________ 2 JURUAUDIT : 1) __________________________________________(GURU) 2) __________________________________________(IBU BAPA/PENJAGA) 37


Pemilihan 3 Perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan


3 PERWAKILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEBANGSAAN 1) ______________________________________________________________________________ 2) ______________________________________________________________________________ 3) ______________________________________________________________________________ 38


Click to View FlipBook Version