The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by oshine8202, 2021-08-20 06:23:19

Kajian tindakan KISC NUR AFIZAN

Kajian tindakan KISC NUR AFIZAN

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SUNGAI PETANI
08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TINDAKAN
FORMULA ASAS KBAT DALAM PDPC
MELALUI KAD IMBASAN DAN VIDEO PENDEK

PENULIS : NUR AFIZAN BINTI MOHD ZAINON
TAJUK : TEKNIK 5W 1H 1E DAN IMBUHAN ME, BE, KE, PE

0

FORMULA ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
DALAM PDPC MELALUI TEKNIK 5W 1H 1E DAN IMBUHAN ME, BE, KE, PE

Nur Afizan Binti Mohd Zainon,
SMA Sungai Petani,
08100 Bedong, Kedah

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan selepas peperiksaan percubaan setara SPM 2020. Kajian ini

bertujuan mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menjawab soalan- soalan
bahagian KBAT sejarah SPM kertas 2. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif
dan menaakul serta strategi berfikir (DSKP Sejarah SPM m/s 11)

Hasil kajian menunjukkan kelemahan pelajar dalam menjawab soalan KBAT sekaligus
menyebabkan markah peperiksaan sejarah mereka rendah dan tidak memuaskan. Kajian ini
dilakukan ke atas 18 orang pelajar tingkatan 5 Farabi yang telah memperoleh gred C, D dan
E dalam peperiksaan tersebut.

Kaedah akronim IMBUHAN ME, BE, KE, PE diajarkan oleh guru kepada para pelajar
melalui video pendek yang telah dibuat. Inovasi melalui video ini telah menggunakan
platform Youtube dan Tik Tok untuk memudahkan murid membuat rujukan. Rasional
penggunaan platform tersebut kerana ia sangat popular digunakan oleh murid-murid.

Guru menerangkan maksud akronim yang dibuat kepada pelajar selama 30 minit waktu
PdPR. Berdasarkan isu kajian, akronim IMBUHAN ME, BE, KE, PE diperkenalkan kepada
pelajar untuk membimbing pelajar menulis jawapan yang tepat dan menjana idea mereka
menghurai dengan betul bagi soalan KBAT.

Hasil kajian menunjukkan teknik ini sangat memberi impak positif dalam memberi idea
kepada pelajar menjawab soalan KBAT. Hasil kajian ini menunjukkan pencapaian baik
pelajar melalui ujian PdPR membuktikan keberkesanan teknik IMBUHAN ME, BE, KE, PE
dan teknik modul yang digunakan.

1

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Selepas selesai mempelajari semua bab sejarah tingkatan 5, saya membuat penilaian
formatif terhadap pelajar mengenai bahagian soalan mata pelajaran sejarah. Hasilnya, saya
mendapati bahawa sebahagian besar pelajar tidak dapat menjawab soalan berkaitan KBAT
dengan baik pada sesi latihan pengukuhan. Mereka masih keliru dan kurang memahami
kaedah menghasilkan jawapan yang terbaik dalam soalan-solan KBAT.Mereka tidak dapat
memulakan jawapan yang sepatutnya iaitu mengandungi fakta yang mempunyai
huraian,huraian lanjutan,contoh dan inferen.

Walaupun saya sudah membuat perbincangan bersama pelajar di dalam kelas tentang
soalan-soalan KBAT, namun saya mendapati cara ini masih kurang memberangsangkan.
Pelajar didapati hanya boleh menjawab soalan KBAT semasa PdPc di dalam kelas bersama
saya. Tanpa bimbingan saya, pelajar tidak mampu menjawab dengan tepat mengikut
kehendak soalan. Pemerhatian dan temubual dijalankan di dalam kelas untuk mengetahui
pendapat pelajar berkenaan soalan-soalan KBAT.

Kebanyakkan pelajar melontarkan pandangan bahawa soalan-soalan KBAT adalah sukar
bagi mereka. Mereka juga mengakui terpaksa mengambil masa yang lama untuk memulakan
jawapan soalan-soalan terbuka(KBAT) pada akhir PdPc. Hasil analisis item peperiksaan
percubaan setara SPM 2020 yang telah dijalankan, saya mendapati ramai pelajar masih lemah
dalam penguasaan KBAT.

Oleh hal yang demikian, saya mencari beberapa alternatif lain bagi membantu pelajar-
pelajar menjawab soalan dengan tepat dan mendapat markah yang maksimum. Saya
merasakan perlu menghasilkan satu teknik yang mudah untuk dijadikan panduan kepada
pelajar semasa menjawab soalan berkaitan KBAT. Saya telah membina teknik akronim
IMBUHAN ME, BE, KE, PE di samping menggunakan kaedah 5W 1H 1E. Saya memilih
kaedah pembelajaran secara konstruktivisme iaitu dengan mengemukakan soalan-soalan
terbuka melalui perbincangan kumpulan dalam kalangan murid pada sesi akhir pembelajaran.

Teknik akronim merupakan kaedah satu singkatan yang dibentuk menggunakan
komponen-komponen satu frasa atau nama contohnya kugiran ( kumpulan gitar rancak).
Teknik ini amat sesuai untuk pelajar-pelajar mengingat isi-isi penting yang perlu ditulis
sebagai jawapan. Pelajar diajar cara mencari isi, huraian,contoh dan inferens. Teknik ini juga
dapat merangsang minda pelajar untuk berfikir dalam masa yang singkat.

2

2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Berdasarkan peperiksaan percubaan setara SPM 2020 Sejarah kelas Tingkatan 5 Farabi

didapati 18.4 peratus pelajar mendapat markah yang rendah dalam soalan KBAT. Oleh itu,
isu pelajar gagal menguasai KBAT berpunca daripada pelbagai faktor yang perlu ditinjau
secara teliti dan mendalam. Pembedahan terhadap isu kegagalan pelajar dalam
pembelajarannya, khususnya berkaitan soalan KBAT perlu dilakukan dengan segera.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana pelajar ini akan menghadapi SPM
2021 pada bulan Mac tahun hadapan. Seandainya mereka tidak menguasai kemahiran KBAT
dengan baik ,kebarangkalian untuk mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran
Sejarah peringkat SPM adalah tipis. Ini kerana soalan bahagian ini merangkumi 40 % wajaran
markah daripada markah keseluruhan Sejarah Kertas 2. Oleh itu, kajian tindakan perlu
dilakukan segera bagi meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengupas soalan terbuka
(KBAT) dengan komprehensif .

Kajian ini memfokuskan kepada beberapa perkara:
2.1 Penyerapan elemen bahasa (EMK) melalui teknik akronim ini bagi membina kemahiran

berfikir aras tinggi dalam diri murid
2.2 Menggabungkan teknik 5H 1H 1E dan teknik akronim IMBUHAN ME, BE,

KE, PE untuk merangka jawapan bagi soalan KBAT.
2.3 Bimbingan menggunakan fakta dalam buku teks serta menggunakan pengetahuan sedia

ada untuk menjawab soalan terbuka.
2.4 Merujuk kepada aspek politik,ekonomi dan sosial dalam perkembangan huraian

Daripada fakta.
2.5 Menggunakan kaedah Ulang Lihat pada video pendek di Youtube dan Tik Tok.

3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar akan mencapai objektif berikut:
3.1 Meningkatkan kemahiran dan penguasaan pelajar memberi jawapan KBAT yang

mematuhi kehendak soalan.
3.2 Mampu memulakan jawapan soalan terbuka dengan menggunakan contoh-

contoh kata kerja yang bermula dengan ketiga-tiga imbuhan tersebut.
3.3 Berkemahiran menggabungkan fakta yang dipelajari dengan pengetahuan

sedia ada misalnya dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.
3.4 Berpotensi mengembangkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam

aktiviti pembentangan iaitu secara lisan atau tulisan dalam aktiviti kelas.
3.5 Berkemampuan menjelaskan sesuatu persoalan dalam ayat yang menepati

konsep 5W1H1E.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar Tingkatan 5 Farabi yang tidak menguasai kemahiran
KBAT semasa peperiksaan percubaan setara SPM 2020 dan seorang guru mata pelajaran
sejarah.

5.0 PROSEDUR KAJIAN
1) Ujian 1 : Ujian menjawab soalan terbuka tanpa bimbingan teknik akronim me,be, ke dan

konsep 5W1H1E
2) Semakan jawapan murid dari ujian 1.
3) Murid mula dibimbing dengan menayangkan video pendek berkaitan kemahiran

tersebut
4) Murid diberikan Kad Imbasan tentang teknik berkenaan dan guru membimbing cara

untuk mahir dalam mengaitkan fakta yang dipelajari dalam PdPc dengan pengetahuan
semasa.

4

5) Ujian 2 : Ujian menjawab soalan terbuka selepas bimbingan teknik akronim me,be, ke dan
konsep 5W1H

6) Semakan jawapan murid dari ujian 2.
7) Perbandingan markah dapatan dari kedua-dua ujian.

5.1 TINJAUAN MASALAH
Tinjauan masalah telah dikenal pasti dan dilakukan bertujuan memahami masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam menjawab soalan-soalan KBAT Sejarah Kertas 2. Saya telah
mengambil beberapa langkah pemerhatian seperti berikut:
5.1.1 Menganalisis item markah ujian pra oleh 18 orang pelajar Tingkatan 5 Farabi yang tidak
dapat menjawab soalan berkaitan KBAT dengan baik semasa peperiksaan percubaan setara
SPM 2020.

i) Tidak menjawab soalan terbuka .
ii) Tiada huraian.
iii) Tiada contoh samada dari fakta sejarah atau pengetahuan sedia ada.
iv) Tiada inferen atau kesimpulan kecil dari pokok persoalan.
5.1.2 Melakukan temubual secara maya dengan para pelajar semasa PdPR untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar 5 Farabi, hasil pemerhatian
tersebut telah saya rekodkan seperti dalam jadual berikut:
5.2.1 Markah Ujian Pra
Jadual 1 menunjukkan analisis markah Ujian Pra yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar
Tingkatan 5 Farabi.

5

JADUAL 1

BIL NAMA MURID KELAS MARKAH PENINGKATAN
1 ADIBAH HANIM BINTI AHMAD ASRI
2 AHMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA 5 FARABI 0 4
3 AIN ZAHRA BINTI MOHAMAD NIZAN
4 ALYA NAJMA BINTI MOHD FUAD 5 FARABI 0 6
5 ANIS RAFIDA BINTI MOHD DESA
6 MUHAMAD AIMAN IKHWAN BIN BADRUL 5 FARABI 0 6
7 MUHAMMAD AFI SYAHMI BIN RIZAL
8 MUHAMMAD ISMY ABSHAR BIN NASIR 5 FARABI 0 8
9 MUHAMMAD NOOR ADLI BIN YUSHAIZAN
10 NUR ALIA SHAHIDAH BINTI HASLIM 5 FARABI 2 7
11 NUR ALYA ZULAIKHA BINTI MOHD SHAMIL
12 NUR AMNI BINTI ABD SAMAD 5 FARABI 1 8
13 NUR AZIFATIL AZIFAH BINTI NASIR
14 NUR DIANA SYUHADA BINTI MUHAMAT 5 FARABI 0 3
15 NUR ILIA HUDA BINTI BUKHORI
16 NUR LAILATUL FITRIAH BINTI JA'AFAR 5 FARABI 1 7
17 NURAQILAH BINTI ABDULLAH
18 SYASYA NUR HUSNINA BINTI MURSYIDI 5 FARABI 0 10

5 FARABI 0 1

5 FARABI 0 7

5 FARABI 0 3

5 FARABI 3 5

5 FARABI 1 10

5 FARABI 0 7

5 FARABI 0 5

5 FARABI 1 6

5 FARABI 3 4

JADUAL 2

Markah Bilangan pelajar Peratus
0 11 61.11
1 4 22.22
2 1 5.56
3 2 11.11
18 100.00
Jumlah

Markah Ujian Pra ini adalah untuk menentukan keberkesanan aktiviti yang dirancang untuk
kajian ini. Analisis Peratus Ujian Pra bagi 18 orang pelajar 5 Farabi direkodkan dalam
Jadual 2.

6

5.2.2 Temubual

Temubual telah dilakukan kepada 18 orang pelajar 5 Farabi yang terlibat dengan kajian
tindakan ini. Hasil temubual tersebut, majoriti pelajar memberitahu bahawa mereka tidak
dapat mengemukakan jawapan yang tepat bagi soalan berkaitan KBAT. Mereka juga
memberitahu bahawa mereka masih keliru dan memerlukan masa yang lama untuk menjawab
setiap soalan KBAT dalam Kertas 2 Sejarah. Mereka hanya menghurai soalan berkaitan
KBAT tersebut secara umum dan tidak menepati kehendak soalan.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Guru telah menjelaskan kepada semua pelajar tentang teknik 5W 1H 1E dan teknik akronim
IMBUHAN ME, BE, KE, PE yang akan diikuti oleh pelajar sepanjang tempoh kajian
dijalankan. Berdasarkan tinjauan masalah dan analisis tinjauan masalah yang dilakukan,
aktiviti-aktiviti dijalankan seperti berikut:

1. Guru menerangkan teknik 5W 1H 1E dan teknik akronim IMBUHAN ME, BE, KE,
PE kepada para pelajar dengan kaedah ‘slide presentation’ dan tayangan video pendek
tentang teknik akronim tersebut.

5W 1H 1E

5W WHAT, WHO, WHEN, WHY,
WHERE

1H HOW (BAGAIMANA)
1E EFFECT ( KESAN)

IMBUHAN ME, BE, KE, PE

PELAJAR BELAJAR MENCIPTA KEJAYAN

PE BE ME KE

7

2. Guru menunjukkan hasil video yang dibuat berkaitan teknik tersebut untuk
menambahkan kefahaman pelajar-pelajar. (https://youtu.be/712wT3WqZu8 )

3. Guru membuat soalan latih tubi berkaitan KBAT bersama pelajar dengan
mengaplikasikan teknik-teknik tersebut.

4. Selepas itu, guru mengedarkan soalan-soalan berkaitan KBAT Kertas 2 Sejarah
kepada semua pelajar dengan meletakkan tempoh 15 minit sahaja.
(rujuk lampiran 1)

5. Pelajar cuba menjawab soalan-soalan berkaitan KBAT dengan sendiri tanpa
bimbingan guru dalam tempoh 15 minit untuk menguji keberkesanan teknik-teknik
yang diperkenalkan.

5.4 PENILAIAN
Penilaian terhadap kajian ini dinilai dengan mencatat markah Ujian Pasca. Markah yang
diperolehi oleh para pelajar semasa Ujian Pasca dibandingkan dengan markah Ujian Pra
sebelumnya.

5.4.1 Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Murid Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca Peningkatan
1 0 4 +4
2 0 6 +6
3 0 6 +6
4 0 8 +8
5 2 7 +5
6 1 8 +7
7 0 3 +3
8 1 7 +6
9 0 10 +10
10 0 1 +1

8

11 0 7 +7
12 0 3 +3
13 3 5 +2
14 1 10 +9
15 0 7 +7
16 0 5 +5
17 1 6 +5
18 3 4 +1

5.4.2 Analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca

Markah Bilangan Pelajar Peratus
Meningkat 18 100%
Sama 0 0%
Merosot 0 0%
Jumlah 18 100%

CARTA PALANG

Markah CARTA PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
8 Markah ujian pra Markah uijan pasca
6
4
2
0

Murid

9

5.5 Refleksi Kajian 820220145484

Keberkesanan kajian tindakan ini adalah bergantung kepada tindakan secara menyeluruh
yang telah dirancang. Hasil kajian yang dilaksanakan didapati semua pelajar menunjukkan
peningkatan 100% berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Pelajar-pelajar ini dapat
meningkatkan penguasaan dan kemahiran mereka untuk menjawab soalan berkaitan
KBAT dengan tepat mengikut kehendak soalan. Penggabungan antara teknik 5W 1H 1E
dan teknik akronim IMBUHAN ME,BE,KE,PE terbukti dapat menyelesaikan masalah
yang sering dihadapi oleh para pelajar. Kelebihan teknik 5W 1H 1E dan akronim
IMBUHAN ME,BE,KE,PE ini ialah ianya mudah diingat dan dapat memberi idea kepada
pelajar untuk menulis jawapan yang baik berbanding hanya menjawab soalan-soalan
KBAT secara berulang-ulang.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan teknik 5W 1H 1E dan akronim IMBUHAN ME,BE,KE,PE ini perlu terus
digunakan pada masa hadapan. Hal ini kerana teknik ini sangat memudahkan pelajar dan
membantu meningkatkan kemahiran mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati
bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara yang berbeza dalam memahami dan menguasai
sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran sejarah. Pada masa akan datang penggunaan teknik
ini boleh diperluaskan lagi dan dicipta lebih banyak akronim untuk memudahkan pelajar
menguasai soalan berkaitan KBAT. Pengalaman saya melaksanakan kajian tindakan ini
banyak membantu saya meminimumkan kelemahan para pelajar.

7.0 RUJUKAN

• LAMAN WEB

GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN

BEHAVIORLISME BAGI MENINGKATKAN PRESTASI MATA

PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN TIGA
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Akronim

10

LAMPIRAN 1
UJIAN POS

11


Click to View FlipBook Version