The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by oshine8202, 2021-08-20 06:32:31

KAJIAN TINDAKAN SEJARAH NUR AFIZAN 2019

KAJIAN TINDAKAN SEJARAH NUR AFIZAN 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 06900 YAN

KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TINDAKAN

PENULIS
NUR AFIZAN BINTI MOHD ZAINON

TAJUK

TEKNIK MAGIC WORDS : SATU KAEDAH UNTUK
MENGUASAI FAKTA DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

BAGI PELAJAR TINGKATAN LIMA AMANAH

TAJUK KAJIAN
TEKNIK MAGIC WORDS : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI FAKTA
DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH BAGI PELAJAR TINGKATAN
LIMA AMANAH

OLEH
NUR AFIZAN BINTI MOHD ZAINONSEK.MEN.KEB.AGAMA YAN
06900 YAN KEDAH

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 5 Amanah dalam meningkatkan
kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat mereka untuk belajar
Sejarah. Seramai 15 orang pelajar 5 Amanah SMK Agama Yan Kedah dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian pra dilakukan ke atas 15 orang pelajar Tingkatan 5 Amanah yang
dikenalpasti tidak dapat menjawab soalan dengan betul semasa Peperiksaan
Akhir Tahun Tingkatan 4 . Hasil tinjauan awal menunjukkan pelajar tidak
mengingati dan lupa walaupun fakta tersebut baru sahaja dipelajari ataupun
dibaca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penggunaan ‘MAGIC
WORDS’ berjaya membantu 15 orang responden dalam meningkatkan
kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka
untuk belajar Sejarah. Kaedah ini juga membantu saya sebagai pendidik
dalam penambahbaikkan amalan mengajar saya dalam mata pelajaran
Sejarah.

Kata kunci: Kesan penggunaan ‘MAGIC WORDS’, murid tingkatan
5 Amanah, kefahaman dan ingatan, minat dan motivasi, amalan mengajar

1.0 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran Yang Lalu

Pelajar-pelajar di dalam kelas 5 Amanah terdiri daripada pelajar-pelajar
yang sederhana dan cemerlang. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman
mengajar mata pelajaran Sejarah, didapati ramai pelajar yang tidak meminati
Sejarah, sukar mengingati fakta Sejarah, rasa tertekan untuk belajar Sejarah,
rasa bosan mempelajari Sejarah, tidak membawa buku teks dan bosan
dengan teknik guru berceramah. Oleh itu, mereka gagal menjawab soalan
kerana gagal memahami soalan, baca soalan sekali sahaja, tidak memahami
istilah atau makna perkataan yang sukar dan gagal mengingati fakta sejarah.

Kegagalan pelajar memahami soalan kerana sikap sambil lewa pelajar,
sekadar membaca dan tidak cuba memahami soalan disebabkan kurang
pembacaan, kurang latihan dan gagal mengingati fakta. Pelajar juga tidak
memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dalam soalan yang
dibaca. Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan
tahap kefahaman pelajar. Saya ingatkan mereka mampu melakukannya
kerana mereka berkebolehan dalam melakukan modul nota berpandu dan
latihan. Jadi bagi saya mereka tiada sebarang masalah. Mereka langsung
tidak bertanya sedangkan mereka mempunyai masalah. Saya sangka dengan
penggunaan modul isi tempat kosong yang mudah dapat memudahkan
pelajar untuk mengingat fakta dengan baik tetapi sangkaan saya meleset.
Prestasi mereka dalam ujian bulanan langsung tidak memberangsangkan.

Sejak kebelakangan ini, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan memandangkan pelajar-pelajar saya akan menghadapi
peperiksaan sebenar SPM nanti. Teknik ‘MAGIC WORDS’ ini dari pengurusan
grafik, kata kunci dan panduan muka surat akan mendorong dan
memudahkan pelajar membaca buku teks dan membuat nota sebelum proses
pembelajaran bermula. Maklumat yang dikenalpasti membolehkan pelajar
memiliki dan mengisi nota yang lengkap, padat dan menyeluruh. Teknik
‘MAGIC WORDS’ ini juga membolehkan pelajar mempunyai pengetahuan
yang sedia ada tentang topik yang akan dipelajari.

Saya telah cuba membantu pelajar dalam mengatasi masalah di atas
dengan cara meminta setiap pelajar memberikan jawapan dalam modul dan
menjawab soalan latihan dengan berpandukan halaman buku teks Sejarah
tingkatan 5. Saya telah membimbing mereka dengan memberikan setiap
halaman buku teks bagi setiap soalan supaya mereka dapat mencari jawapan
yang paling tepat berdasarkan ayat-ayat dalam buku teks.

Bagi membantu menyelesaikan masalah memahami istilah dan makna
perkataan yang terdapat dalam soalan yang dibaca, saya juga memberikan
makna istilah tersebut semasa perbincangan bersama pelajar serta
memberikan halaman buku teks yang mengandungi makna tersebut.

2.0 Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas, didapati pelajar tidak dapat menjawab soalan
objektif adalah kerana

a. Pelajar tidak cuba membaca soalan lebih daripada sekali untuk
memahami kehendak soalan.

b. Pelajar tidak memahami makna istilah Sejarah yang terdapat
dalam soalan.

c. Pelajar gagal mengingati fakta sejarah dalam buku teks.

Masalah ini berlaku di kalangan pelajar-pelajar terutamanya pelajar
yang tidak membawa buku teks, malas membaca, hendak cepat siap lalu
menyalin nota atau jawapan daripada rakannya sahaja, tidak minat Sejarah,
sukar mengingati fakta Sejarah, rasa tertekan untuk belajar Sejarah dan rasa
bosan mempelajari Sejarah.

Pelajar tidak pernah bertanya kepada guru tentang masalah yang
dihadapi tetapi dapat mencari jawapan dalam buku teks serta dapat
menjawab latihan objektif dan subjektif dengan baik. Pelajar menjadi lemah
dalam mengingat fakta sejarah kerana pelajar bergantung pada buku teks
Sejarah dengan sepenuhnya semasa sesi pembelajaran berlaku.

Kesan masalah jika tidak ditangani, pelajar akan terus mengamalkan
sikap sambil lewa kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah kerana
sentiasa menggunakan buku teks sebagai panduan untuk mencari jawapan.
Jika penggunaan buku teks diberikan secara berterusan maka pelajar akan
malas untuk menghafal fakta sejarah.

Saya akan cuba mengatasi masalah pelajar tersebut dengan
menggunakan teknik yang baru.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk menggalakkan penggunaan ‘magic words’
dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan murid tingkatan 5 amanah
dalam subjek Sejarah

3.2 Objektif Khusus:
 Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid-murid Tingkatan 5
Amanah dalam topik Sejarah dengan penggunaan ‘MAGIC WORDS’.
 Meningkatkan minat dan motivasi murid-murid dalam belajar Sejarah.
 Menambahbaik cara mengajar saya dengan penggunaan ‘MAGIC
WORDS’.

4.0 Kumpulan Sasaran:
Pelajar yang terlibat adalah 15 orang murid 5 Amanah. Kelas ini terdiri
daripada 7 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan.

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan masalah

Saya menguji daya ingatan responden melalui ujian pra. Sebanyak 40
soalan dari Bab 1 Tamadun Awal Manusia akan diuji ke atas responden.
Soalan ini akan digunakan sebagai ujian pra dan ujian pos. Tempoh masa
yang digunakan untuk menguji ujian tersebut adalah selepas selesai
proses pembelajaran Bab 1 dijalankan. Ujian pra akan diberikan kepada
responden terlebih dahulu bagi mengetahui tahap ingatan mereka
terhadap isi pelajaran yang baru disampaikan. Setelah itu saya akan
menerangkan kepada responden cara membuat ‘MAGIC WORDS’ bagi
setiap sub tajuk dalam bab tersebut. Dua minggu selepas responden
didedahkan dengan sistem ‘MAGIC WORDS’ ini, saya akan menguji
kembali mereka dengan ujian pos iaitu soalan yang sama digunakan pada
ujian pra sebelumnya. Hasil dapatan itu membolehkan saya menilai sejauh
mana keberkesanan sistem pembelajaran ‘MAGIC WORDS’ ke atas
responden tersebut. Selain daripada itu saya juga menyediakan borang
soal selidik untuk mengetahui tanggapan dan kesan sistem pembelajaran
‘MAGIC WORDS’ ini ke atas tahap ingatan serta cara pembelajaran
responden.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil dapatan melalui ujian pra yang diadakan boleh dilihat melalui
jadual di bawah.

Responden Markah Ujian Pra
Responden 1 60%
Responden 2 63%
Responden 3 61%
Responden 4 68%
Responden 5 52%
Responden 6 44%
Responden 7 50%
Responden 8 60%
Responden 9 42%
Responden 10 58%
Responden 11 56%
Responden 12 64%
Responden 13 67%
Responden 14 52%
Responden 15 48%

5.3 PENILAIAN
Penilaian terhadap kajian ini dilakukan dengan mengambil markah ujian
pasca. Markah yang diperolehi oleh pelajar semasa Ujian Pasca
dibandingkan dengan markah Ujian Pra.

5.3.1 Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Responden Markah Ujian Pra Markah Ujian
Pasca
Responden 1 60% 96%
Responden 2 63% 89%
Responden 3 61% 93%

Responden 4 68% 91%
Responden 5 52% 82%
Responden 6 44% 74%
Responden 7 50% 87%
Responden 8 60% 86%
Responden 9 42% 52%
Responden 10 58% 88%
Responden 11 56% 85%
Responden 12 64% 80%
Responden 13 67% 90%
Responden 14 52% 75%
Responden 15 43% 80%

Melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh responden, sebahagian
besar responden mengatakan bahawa penggunaan teknik ini memberi
kesan yang positif ke atas pembelajaran mereka terutamanya daya ingatan
mereka.

Markah Bilangan pelajar Peratus
Meningkat 15 100%
0
Sama 0 0%
Merosot 15 0%
Jumlah 100%

CARTA 1 : PERBANDINGAN MARKAH
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

100
M 90
A
R 80
K 70
A 60
H

50

U 40

J 30
I
A 20

N 10

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 MURID

U MARKAH UJIAN PRA MARKAH UJIAN PASCA

Temu bual
Kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang membolehkan seseorang
penyelidik mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan
hubungan bersua muka secara langsung dengan peserta kajian. Temu bual
berstruktur dengan menggunakan soalan tertutup dipilih sebagai kaedah
mengumpul data.

Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada responden-
responden yang terlibat dalam untuk mendapat maklum balas responden-
responden terhadap kaedah ‘Magic Word’ yang diperkenalkan. Soal selidik
telah diberikan sebelum dan selepas kaedah peta minda diperkenalkan

5.4 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Aktiviti 1: Magic Kad
 Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, saya telah meminta pelajar 5
Amanah membawa pen / pensil warna semasa kelas kerana saya
ingin memperkenalkan satu teknik P & P yang dapat membantu
mereka mendapat keputusan yang lebih baik.

 Sebelum saya membimbing pelajar melakar ‘ MAGIC WORDS’ saya
telah menerangkan serba sedikit tentang konsep sejarah.

 Seterusnya saya membimbing pelajar membina ‘MAGIC WORDS’.
Sebelum itu saya telah mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada
pelajar terlebih dahulu.

 Pelajar membina ‘MAGIC WORDS’ di atas sekeping kertas putih

 Pelajar menjalani Ujian PRA dan Ujian PASCA. Selepas ujian saya
dan pelajar akan membincangkan jawapan sebagai langkah
pengukuhan.

 Setiap kali kelas sejarah, saya mengingatkan pelajar supaya membaca
atau membuat semula ‘MAGIC WORDS’ untuk mengukuhkan daya
ingatan.

6.0 PENILAIAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu.
Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan sukatan
pelajaran Sejarah. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk
membimbing pelajar membina ‘MAGIC WORDS’. Pelajar telah menjalani
ujian, lima hari selepas membina ‘MAGIC WORDS’ dan Ujian Pasca, sebulan
selepas itu. Selepas Ujian Pos 2, pelajar diminta mengisi borang soal selidik
untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik ‘MAGIC WORDS’.
Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa
menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Saya juga
telah menerangkan secara ringkas mengenai teknik ‘MAGIC WORDS’ kepada
rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan.

Berdasarkan pemerhatian saya teknik ‘MAGIC WORDS’ berjaya
membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam subtopik Sejarah.
Pelajar berlumba – lumba hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan
dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan percubaan
dari negeri – negeri lain. Saya berasa lebih seronok, tidak lagi marah- marah
dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas 5 Amanah. Rakan – rakan
guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan
terhadap usaha saya. Malah beberapa orang guru telah meminta saya
mengajar anak – anak mereka teknik ‘ magic words’ dan membantu sekolah-
sekolah sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

Refleksi Penilaian Tindakan

Penyelidikan tindakan ini berjaya mendatangkan impak yang positif
kepada 15 orang responden saya. Secara keseluruhannya, mereka telah
menunjukkan peningkatan yang banyak dari segi kefahaman, daya ingatan
terhadap isi-isi penting, minat dan motivasi responden-responden untuk
belajar Sejarah. Perkara yang amat menggembirakan saya ialah semua
responden suka dan berminat untuk menggunakan ‘MAGIC WORDS’ yang
diperkenalkan oleh saya.

Bagi diri saya pula, saya berupaya untuk memperlihat kekuatan
semasa melaksanakan penyelidikan tindakan dan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih jelas. Dari segi kekuatan, penggunaan teknik
‘MAGIC WORDS’ dengan gabungan teknologi maklumat seperti slaid
PowerPoint membantu meningkatkan minat dan motivasi murid-murid
termasuk responden-responden untuk belajar Sejarah.

Tindakan yang telah dijalankan menunjukkan perubahan positif
terhadap amalan dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Pada
pihak guru pula, tindakan ini juga telah mengurangkan beban guru dari segi
merancang dan menyediakan BBM kerana ‘MAGIC WORDS’ boleh digunakan
untuk semua tahap pelajar. Proses penyemakan hasil kerja pelajar juga
menjadi mudah dan cepat kerana guru hanya perlu membaca fakta-fakta
ringkas yang diperlukan sahaja. Oleh itu, penggunaan ‘MAGIC WORDS’ akan
diteruskan dan guru akan terus berusaha membuat penambahbaikan dan
perubahan dari semasa ke semasa.

7.0 RUJUKAN

BUKU DAN TERBITAN
1. Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan
Kajian Tindakan 2008 (TUNTAS). Kedah : Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah.

2. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2002.

Lampiran
Kaedah-kaedah penggunaan ‘Magic Word’

‘MAGIC WORD’ YANG DIGUNAKAN

Bab 1 : T4

Maksud Tamadun

Kata kunci :
 Barat – Lahiriah

 Islam (Ibn. Khaldun)

 Lahiriah dan
Rohaniah
(budi pekerti tinggi)

Contoh penggunaan Magic word

SPMU 2019 SPM U 2017 SPM 2009
2009
Menurut pandangan Menurut pandangan Dalam karyanya
Barat, konsep Islam, konsep tamadun Muqaddimah, Ibn Khaldun
tamadun merangkumi memberi penekanan menekankan ciri
pembangunan kepada pembangunan kehidupan bandar yang
T4 B1 ms5 unsur-unsur tertentu. bertamadun. Apakah ciri
T4 B1 ms 5 kehidupan tersebut? T4
A Bandar B1 ms 5
B Tatasusila Apakah unsur-unsur
C Kesopanan tersebut? A Kebebasan beragama
D Moral A Bandar dan seni B Kesejahteraan hidup
B Lahiriah dan falsafah C Kemajuan ekonomi
C Lahiriah dan rohaniah D Ketinggian moral
D Bandar dan budaya

Contoh soalan-soalan yang menggunakan ‘Magic Word’

Contoh ‘Magic Word’ yang ditampal
Pelajar teruja menggunakan ‘Magic Word’
Pelajar-pelajar mencari jawapan menggunakan ‘Magic Word’









21


Click to View FlipBook Version